Pages

Sunday, March 28, 2010

Sanggup Terjun Neraka



Adi bin Hatim r.a meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w katanya, baginda bersabda yang bermaksud :
“Tidak ada seorang pun antara manusia di akhirat kelak kecuali dia akan berhadapan dengan Allah. Antara manusia dan Tuhan tidak ada jurubahasa”.
(Hadis Riwayat Muslim)
Pertemuan dengan Allah di akhirat adalah sesuatu agenda utama manusia ketika dibangkitkan di Mashyar kelak, setelah kita berusaha keras dengan beribadat bersungguh-sungguh kepadaNya.
Orang-orang yang beriman lagi soleh bukan saja dapat bertemu Allah malah dapat menatap wajah Yang Maha Agung. Sementara orang-orang yang menderhaka penciptaNya juga dapat bertemu dengan Allah tetapi tidak dapat menatap wajahNya. Sekiranya golongan ini gagal menatap wajah Allah, apatah lagi golongan-golongan yang kufur kepadaNya.
Walaubagaimanapun mereka pasti bertemu denganNya tanpa jurubahasa ataupun perantara. Yang dimaksudkan bertemu Allah itu ialah mereka pasti berhadapan dengan mahkamah Allah (Mahkamah Qadhi Rabbul Jalil) itu tidak memerlukan bantuan malaikat untuk menjalan tugas pendakwaan, maupun sebarang juru bahasa untuk menterjemahkan segala perbuatan keji dan kemungkaran yang dilakukan oleh manusia.
Segala urusan daripada Hari Pendedahan segala rahsia perbuatan mungkar dan keji itu, segala penyerahan catatan akan dilakukan Allah sendiri. Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa setiap hamba pasti berdepan dengan Allah di akhirat.
Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w menjelaskan mengenai Hari Pendedahan yang dilakukan oleh Allah terhadap hambaNya di akhirat, ada di kalangan manusia yang memohon kepada Allah supaya segala keburukan diri mereka tidak didedahkan di khalayak ramai kerana tidak sanggup menanggung malu yang amat sangat. Ada antara mereka menganggap lebih baik mereka terus dicampakkan ke neraka asalkan tidak didedahkan perbuatan mereka yang keji dan hodoh.
Di akhirat nanti, akan ada manusia yang sudah bersedia untuk terjun ke bawah neraka daripada dimalukan dikhalayak ramai. Begitulah keadaan gawat yang berlaku di Mahsyar apabila Allah melaksanakan sesi Yaumul “Ardh.
Saudara-saudaraku sekelian, jauhilah amalan-amalan kemungkaran di dalam kehidupan seharian kita. Ingatlah setiap detik dalam hayat ini aktiviti-aktiviti kita baik yang makruf mahupun yang mungkar senantiasa dirakamkan oleh Malaikat Ratib dan ‘Atid untuk dipaparkan dihadapan Allah pada hari itu.
Wallahu A’lam…Ya Allah…jauhilah diri kami dari keburukan dunia ini…
Sumber :
Buku : Bertemu Janji Allah

Lelaki ramai masuk neraka?



Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.
Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.
Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.
Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.
Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.
Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.
Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj
Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”
Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”
Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab:“Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)
Sumber : Ust Zainuddin Hashim
HarakahDaily

Rayuan penghuni-penghuni neraka



Saudara-saudaraku sekelian….
Semua manusia tahu bahawa neraka adalah tempat azab seksa dan mereka tidak sesekali mahu menghampirinya dan mendiaminya. Manusia yang beriman dan bertakwa saja yang ingin menjauhkan diri dari lembah kehinaan berpanjangan ini. Maka mereka berbuat dan beramal dengan kebaikan dan beramal dengan amalan-amalan yang disuruh oleh Allah, dan meninggalkan segala godaan nafsu dunia yang sementara ini untuk kehidupan abadi yang dijanjikan Allah yakni Alam Akhirat, yang kebanyakan manusia pada hari ini kurang yakin kepadanya sehingga banyak meninggalkan suruhan agama…

Di neraka digambarkan oleh Quran banyak penyesalan manusia yang tidak mahu beriman di dunia. Mereka merayu Allah dengan penuh penyesalan tetapi tidak dilayan oleh Allah….
Di antaranya, penghuni-penghuni neraka ini memohon agar mereka dikeluarkan daripadanya. Firman Allah dalam surah Al Mukmin ayat 11:
” Ya Tuhan kami, engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali, maka kami sekarang mengakui dosa-dosa kami, oleh itu, adakah sebarang jalan untuk kami untuk keluar dari neraka ini?”
Permohonan mereka itu dijawab oleh Allah dengan firmannya ;
“Lalu dikatakan kepada mereka : “Azab (yang kamu berada padanya) itu adalah dari kerana keadaan kamu apabila Allah yang Maha Esa saja yang diseru dan disembah, kamu kufur dan apabila dipersekutukan sesuatu dengan Allah kamu percaya, maka kuasa menjalankan keadilan adalah hak Allah, Yang Tertinggi lagi Yang Amat Besar”.’
(Al-Mukmin :12)
Penghuni neraka juga akan merayu pada Allah supaya mereka dikembalikan ke dunia, kata mereka ;
“Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.”
(Assajdah : 12)
Jawab Allah :

“Oleh sebab kelalaian kamu maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan.”
(AsSajdah : 14)
Mereka juga memohon supaya ditangguhkan seksaan, kata mereka ;
“Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu) dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu…”
(Ibrahim ; 44)
Namun rayuan mereka akan ditolak Allah dengan dikatakan kepada mereka:
“Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?”
(Ibrahim : 44)
Semua rayuan dan permohonan yang bermacam-macam itu juga di jawab Allah dengan penuh kemurkaan sebagaimana firman-Nya :

(Allah) berfirman: Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam Neraka dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu!
(Al-Mukminun : 108)
Wallahu A’lam……”Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah kami hamba-hambamu yang soleh…tempatkanlah kami di syurgaMu.”

15 kesengsaraan menimpa pengabai solat




Saudaraku-saudaraku yang dikasihi Allah…
15 kesengsaraan yang akan menimpa orang yang mengabaikan waktu solat. 6 kesengsaraan akan menimpa ketika di dunia.  3 ketika sakaratul maut, 3 ketika di dalam kubur, dan 3 lagi ketika bangkit dari kubur.
6 kesengsaraan ketika di dunia adalah:
Pertama : dicabut keberkatan hidupnya.
Kedua : dihapus ciri-ciri orang soleh yang berada di wajahnya.
Ketiga : setiap amal baik yang di lakukan, tidak akan di beri pahala oleh Allah.
Keempat : doa tidak dikabulkan.
Kelima : tidak akan mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh.
Keenam : keluar dari dunia (mati) tanpa membawa iman.
3 kesengsaraan ketika sakaratul maut adalah :
Pertama : mati dalam keadaan sangat hina.
Kedua : mati dalam keadaan sangat lapar.
Ketiga : mati dalam keadaan sangat dahaga, sehingga apabila seluruh air laut diminum, tidak akan hilang rasa hausnya.
3 kesengsaraan ketika di dalam kubur adalah :
Pertama : segera dihimpit oleh kubur.
Kedua : sepanjang siang dan malam dibakar dengan api membara.
Ketiga : dililit ular besar bernama Syuja’ (Ular ini matanya dari api neraka. Kukunya panjang dari besi yang panjangnya setiap kukunya adalah perjalanan sehari)
3 kesengsaraan ketika dibangkitkan dari kubur adalah :
Pertama : dihisab dengan berat.
Kedua ; mendapat murka Allah.
Ketiga : dimasukkan ke dalam Neraka.
Oleh itu, ketika mendengar suara azan, bersegeralah berwudhuk untuk mendirikan solat kerana azan memiliki makna-makna maknawi yang luar biasa.
Dalam kitab Tanbihul Ghafilin disebutkan bahwa Sa’id Jubair berkata, Ibnu ‘Abbas r.a ketika mendengar suara azan, ia menangis sampai basah serbannya dan merah matanya. Ketika ditanya, beliau menjawab, “Seandainya manusia tahu benarnya suara muazzin, pasti tidak mungkin dia sempat beristirahat dan tidur.” Apa maksudnya? Lalu beliau menjelaskan :
1. Seruan pertama, “Allahu Akbar” mempunyai makna, “Hai sekalian manusia yang telah sibuk mengurusi harta dunia, berhentilah dulu sejenak,sambutlah seruan ini, istirahatlah badanmu dan segeralah beramal
baik demi keuntungan dirimu.”
2. Seruan kedua, “Ashhadu alla ilaha illallah” mempunyai makna : “Aku mohon persaksian semua masyarakat langit dan bumi, bagiku di sisi Allah kelak di Hari Kiamat bahwa ‘ Aku telah menyeru kalian.”
3. Seruan ketiga “Ashhadu anna Muhammadar Rasulullah” mempunyai makna: “Aku mohon persaksian dari para Nabi khususnya, Nabi Muhammad s.a.w kelak di Hari Kiamat bahawa Aku telah memberitahu kepada kalian setiap harinya lima kali.”
4. Seruan keempat, “Hayya ‘alassolah” mempunyai makna, “Sungguh Allah telah menegakkan solat bagi kalian, maka tegakkanlah solat olehmu.”
5. Seruan kelima, “Hayya ‘alal-falah” mempunyai makna, “Masuklah kalian dalam rahmat dan peganglah petunjuk bagimu.”
6. Seruan keenam, “Allahu akbar” mempunyai makna, “Segala pekerjaan (urusan duniawi) terlarang bagimu, sebelum melaksanakan solat.”
7. Seruan ketujuh, “La ilaha illallah” mempunyai makna, “Inilah amanat tujuh lapisan bumi dan langit, sudah berada di bahumu, maka terserah kepada kalian akan dilaksanakan atau tidak.”
Dikutip Dari Buku Jejak Langkah Mengenal Allah
Moga memberi manafaat kepada orang-orang yang mencari pertunjuk Allah….Amin

Pahala Solat



Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Bahawasanya seseorang yang selesai daripada sembahyangnya itu ada yang ditulis baginya (pahala sekadar) satu persepuluh sembahyang, satu persembilan sembahyang, satu perlapan, satu pertujuh, satu perenam, satu perlima, satu perempat, satu pertiga, dan satu perdua (separuh)”
(Riwayat Abu Daud).
Pengajaran:
Pahala solat (sembahyang) amat besar.
Namun demikian, pahala solat adalah mengikut sekadar mana khusyuk dan ikhlasnya seseorang itu kepada Allah S.W.T.
Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa khusyuk dan ikhlas kepada Allah S.W.T. dalam menunaikan solat.

Tujuh Petanda Takwa



Saudara-saudaraku di luar sana…apa kabar? Moga dirahmati Allah selalu hendaknya….ingatlah ikrar kita dalam solat…yang berbunyi :
Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) Sesungguhnya solatku serta ibadatku, hidup dan matiku ini adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Sekelian Alam”.
Lantaran apa sahaja perbuatan kita sama ada baik atau buruk tetap ditulis oleh dua Malaikat Rakib dan Atid, sebagai rekod book setiap manusia untuk dipaparkan di hadapan Allah…Amatlah menggerunkan jika kita tidak sempat kembali kepada-Nya dengan bertaubat. Ingatlah Malaikat Izrail sentiasa memerhatikan kita dengan penuh perhatian tidak pernah tersilap mencabut nyawa seseorang sambil menunggu perintah-Nya 24 jam.

Ingatlah setiap detik berlalu dalam kehidupan ini akan di adili di depan Allah…
Firman Allah :

Maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”
(Surah Al-Hasyr : 18)
Saudara-saudaraku…di Padang Mahsyar kita adalah makhluk yang sangat lemah. Semua anggota akan dipertanggungjawabkan atas segala amalan perbuatan yang dilakukan di dunia ini baik semasa kita sedang celik maupun sedang kita tidur. Pejam celik, makan-minum, ke hulu-ke hilir, sakit demam, hatta sedang qada’ hajat sekalipun akan diperhitungkan di depan Allah.
Firman Allah dalam surah Yasin ayat 65:
“Pada waktu itu Kami meterikan mulut mereka dan tangan-tangan mereka memberitahu Kami dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan”
Saudara-saudaraku sekelian, marilah kita bertakwa kepada Allah. Imam Ghazali mengatakan tanda-tanda seseorang itu takutkan Allah akan dilihat pada tujuh perkara :
1. Pada lidah, hindarilah cakap kotor, mengumpat, memfitnah, berbual kosong, menipu, berdusta dan banyak bercakap. Isikan masa-masa yang berlalu dengan banyakkan berzikir, membaca Alquran dan muzakarah ilmu agama.
2. Pada hati, buanglah sikap suka bermusuh dan benci, dengki, memperkecilkan orang lain dan sebagainya. Ingatlah apabila hati yang rosak, akan rosak segalanya.
3. Pada mata, jauhilah pandangan-pandangan yang haram seperti melihat aurat kerana ia boleh mematikan hati. Begitu juga jauhilah godaan dunia seperti hiburan-hiburan melalaikan dan perempuan-perempuan yang menjolok mata. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhi matanya dengan api neraka pada hari kiamat”.
4. Pada perutnya, jangan ia diisi dengan makanan dan minuman yang haram seperti harta perolehan riba, harta anak yatim, harta curi, rasuah, makan tidak dijemput dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Sesuap barang yang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknati selama barang haram tersebut dalam perutnya. Jika ia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya adalah neraka”.
5. Pada kedua tangannya. Jauhkanlah tangan kita daripada berbuat maksiat atau perkara-perkara yang dilarang bahkan gunakan ia untuk kebaikan dan ketaatan kepada Allah.
6. Pada kakinya, Tidak berjalan ke arah perbuatan maksiat tetapi hanya melangkah menuju keredhaan ilahi.
7. Pada ketaatannya, dengan menjadikan ketaatan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, takutkan sifat riak dan munafik.
Janji Allah tetap benar, firmannya :
Yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa akan ditempatkan di dalam syurga-syurga indah dengan mata air yang memancar-mancar”
(Al-Hijr : 45)
Moga mendapat sesuatu yang bermanfaat…Wallahu a’lam

Penghuni Syurga ‘Adnin



Saudara-saudaraku…
Di dalam Al Quran dicatatkan bakal-bakal manusia yang akan mendiami Syurga ‘Adnin… di antaranya :

Orang yang bertaqwa kepada Allah Taala
 :
Firman Allah yang bermaksud ;

“Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertaqwa: “Apakah Yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Kebaikan”. Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini akan mendapat balasan yang baik, dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu Syurga ‘Adnin, yang mereka masuk ke dalamnya, yang mengalir padanya sungai-sungai, di dalam syurga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki; Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertaqwa”.
(An-Nahlu : 30-31)
Orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh
Firman Allah Taala yang bermaksud :
“Dan barang siapa yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman dan bersungguh-sungguh telah beramal soleh, maka mereka itulah orang-orang yang telah memperolehi tempat tinggi lagi mulia. Iaitu Syurga ‘Adnin yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan itu adalah balasan bagi orang-orang yang bersih dari kekufuran dan maksiat”.
(Thaha : 75-76)
Orang yang banyak berbuat kebaikan dan sangat jarang berbuat kesalahan :
Firman Allah Taala yang bermaksud :
… dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya ada pula orang yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang sangat besar. Bagi mereka adalah Syurga ‘Adnin’, yang mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka dihiasi dengan gelang-gelang emas dan mutiara; dan pakaian mereka adalah sutera”
(Al-Fatir : 32-33)
Orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Allah, mendirikan solat, menginfakkan harta di jalan Allah dan dapat menolak segala kejahatan dengan kebaikan:
Firman Allah yang bermaksud :
“Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan, mendirikan solat, serta menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; mereka itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik, iaitu Syurga ‘Adnin, mereka masuk bersama-sama orang-orang yang soleh, ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu.” 
(Ar-Ra’du : 22-23)
Wallahu A’lam
Moga kita sentiasa berusaha ke arahnya…

Hidup hanya sementara ditipu dunia




Saudara-saudaraku yang mengaku beriman kepada Allah dan Hari Akhirat..
Hari-hari yang berlalu bagi sesetengah orang berdepan dengan pelbagai ujian. Macam-macam ujian datangnya dari lumrah kehidupan. Ada ujian berbentuk bala dari Allah yang memerlukan banyak kesabaran dan keinsafan seperti berlakunya fenomena perubahan cuaca dan alam. Semuanya kehendak Allah seperti gempa bumi, banjir, ribut itu dan ribut ini, ombak tsunami dan sebagainya.

Semuanya marilah menempuhinya dengan mengambil iktibar bahawa semuanya adalah datang daripada Allah jua untuk manusia semuanya mengambil pelajaran penting iaitu “Tiada Tuhan Melainkan Allah” Yang Maha Berkuasa pada kalimah-Nya “KUN FAYAKUN..”. Dengan berkat kesabaran bagi manusia beriman diberi pula ganjaran pahala berlipat kali ganda dengan sebab bertambahnya iman di dada dengan meyakini Allah penetap segala sesuatu.
Gambaran hidup ini adalah sementara adalah amat benar…lihatlah gunung-gunung yang dahulunya mungkin berjuta tahun lampau telah runtuh begitu sahaja dengan ledakan berapi…itu yang berjuta-juta tahun…apatah umur kita cuma berapa ya? Kalau usia kita 60, 80 tahun pun, cuma sekadar umur bayi sekiranya dibandingkan dengan umur Nabi Nuh Alaihis Salam yang telah diizinkan Allah sampai 1000 tahun lebih umurnya. Bahkan hari-hari, mungkin setiap saat ada yang mati menemui ajalnya.
Sayugia matlamat hidup semestinya menjurus kepada kehidupan Akhirat yang dijanjikan Allah dengan membawa sebaik-baik bekalan. Apakah bekalan itu? Kekayaan dan kemewahan? Pangkat dan darjat? Sedarkah kita sekelian…hari-hari hidup dalam permainan dan ditipu dunia bagi orang yang tidak mahu kepada Syurga. Ingatlah sebaik-baik bekalan adalah ketakwaan kepada Allah. Takutlah kepada Allah!
Oleh itu, majoriti manusia hari ini hidup mengejar kemewahan dan kekayaan, kejar pangkat dan populariti, mengejar nikmat dunia dan hidup kerana perempuan. Seolah-olah semua itu tiada di Akhirat. Walhal Akhirat adalah lebih baik dari segala yang ada di dunia.
Islam tidak melarang mencari dunia tetapi ada kawalan baik dan buruknya, halal dan haramnya. Janganlah menjual agama. Janganlah jadikan kekayaan bertapak di hati kerana akan merosakkan diri, sebaliknya jadikan kekayaan di tapak tangan saja. Tiada ertinya jika kaya tetapi kedekut dan bakhil. Jadilah orang kaya yang banyak pahala dengan menyumbang fi sabillah…bersedekah ke tempat yang di redhai Allah. Orang kaya dan mewah pada kebiasaanya lupa diri dan ego. Akan sentiasa menambahkan kekayaan kerana tamak haloba kerana disangka modal yang banyak harus dipusing-pusing agar bertambah kekayaan dan mendapat populariti. Bangga diri akan memakan diri…bahkan pepatah “orang tamak selalu rugi” ada benarnya, tamak dengan hanya menyimpan tiada disedekah orang mana nak dapat pahala bahkan kematiannya tiada apa yang dibawa ke dalam liang kecuali keranda kayu, kain kapan, kapas, sedikit bau-bauan. Berapakah harganya? Mana keretamu? mana rumahmu? mana hartamu? mana buku-buku akaunmu? Mana kalkulatormu?
Mungkin sebahagian orang-orang ini tidak tahu apa yang akan berlaku sesudah kita dikebumikan…Alangkah meruginya hidup sebegini di dunia. Hidup yang hanya tahu mencari makanan, perhiasan dan melepaskan nafsu semata! Bagai binatang…bangun pagi makan dan makan, cari makan, hidup untuk mencari makan!
Yang fardu dilupa dan dialpakan kononnya terlampau sibuk sehingga ada yang meninggalkan solat fardu kerana mengejar dunia yang tidak pasti….yang tidak kekal….yang sementara. Zakat harta diabaikan bimbang akan rugi…puasa diabaikan bimbang tiada tenaga untuk mengerjakan dunia, haji sengaja dilewat-lewatkan kononnya itulah kewajipan terakhir! Walhal itulah yang mesti diutamakan bila mampu dengan kekayaan dan mampu jasmani. Bukankah itu menyenangkan daripada masa perlukan bantuan orang?
Saudara-saudaraku….jangan tertipu dengan dunia ini. Makin hari semakin banyak godaan terutama skim-skim cepat kaya di dalam rangkaian online dan offline kerana mencari orang. Banyaklah sangat…yang mengundang bala dari Allah dan bakal mengundang… mirip skim Jutawan Firaun yang juta disebut orang sistem piramid. Ramai terpengaruh dengan skim-skim yang menjanjikan pelbagai imbuhan riba.
Apa guna kaya jika segala ibadat sunat dan wajib tidak diterima Allah? Apa guna kaya jika akhirnya masuk neraka?

Israk dan Mikraj





Daripada Anas bin Malik R. A :
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi. Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab : Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan. Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s. meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab:Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab:Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya:Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t :Yang bermaksud: “Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya”. Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya; Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Haron a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab :Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya : Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab : Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s ia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad!, Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya”
Riwayat Muslim

Taqwa Adalah Akhlak Mukmin



Tahukah saudaraku sekalian…?
Ketaqwaan adalah simbol atau lambang muslim sejati yang benar-benar beriman kepada Allah. Di dalam al-Quran dan hadis, sifat taqwa seringkali dikaitkan sebagai sifat kejayaan  dan kebahagiaan manusia di  akhirat.

Dari Abu Zar Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal r.a, bersabda Rasulullah s.a.w. : “Bertaqwalah kepada Allah di mana saja kamu berada. Dan ikutilah setiap perbuatan dosa dengan mengerjakan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang terpuji.” (Riwayat al-Tirmizi)
Berdasarkan saranan Rasulullah s.a.w tersebut dapat disimpulkan bahawa taqwa adalah sifat yang sangat penting pada seseorang Islam yang tunduk dan patuh kepada Allah. Ia tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia. Malah ia adalah lambang dan simbol utama keteguhan iman yang terpahat dalam hati Muslim.
Namun, segelintir umat Islam hari ini belum memahami pengertian taqwa yang sebenar dan kepentingannya dalam kehidupan harian. Nabi s.a.w. menjelaskan lagi konsep taqwa sebagaimana dalam hadis berikut : ” Sesiapa yang menyebut kalimah “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dengan ikhlas, nescaya dia dapat masuk syurga.” Kemudian baginda ditanya: “Apakah maksud ikhlas itu?”. Baginda menjawab : “Iaitu kamu memelihara diri kamu daripada melakukan larangan Allah.”
Pendek kata, ketaqwaan menurut alQuran dan hadis adalah menunaikan segala amalan yang difardukan dan meninggalkan segala yang diharamkan Allah dan RasulNya. Inilah pengertian umum bagi taqwa yang sekurang-kurangnya perlu dimaklumi dan dihayati oleh umat Islam dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran pada hari ini.
Ibnu Abbas pernah menyatakan :
“Orang yang bertaqwa ialah mereka yang sentiasa beringat akan seksaan Allah apabila meninggalkan segala perintahnya. Oleh itu, mereka tidak akan meninggalkannya dan sebaliknya melaksanakan perintahnya dengan penuh kepatuhan dan ketulusan serta sentiasa mengharapkan rahmatnya dan keredhaannya dalam semua urusan yang diperintahkannya.”
Sumber : Pelbagai

Tahukah saudaraku sekalian…?
Ketaqwaan adalah simbol atau lambang muslim sejati yang benar-benar beriman kepada Allah. Di dalam al-Quran dan hadis, sifat taqwa seringkali dikaitkan sebagai sifat kejayaan  dan kebahagiaan manusia di  akhirat.

Dari Abu Zar Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal r.a, bersabda Rasulullah s.a.w. : “Bertaqwalah kepada Allah di mana saja kamu berada. Dan ikutilah setiap perbuatan dosa dengan mengerjakan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang terpuji.” (Riwayat al-Tirmizi)
Berdasarkan saranan Rasulullah s.a.w tersebut dapat disimpulkan bahawa taqwa adalah sifat yang sangat penting pada seseorang Islam yang tunduk dan patuh kepada Allah. Ia tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia. Malah ia adalah lambang dan simbol utama keteguhan iman yang terpahat dalam hati Muslim.
Namun, segelintir umat Islam hari ini belum memahami pengertian taqwa yang sebenar dan kepentingannya dalam kehidupan harian. Nabi s.a.w. menjelaskan lagi konsep taqwa sebagaimana dalam hadis berikut : ” Sesiapa yang menyebut kalimah “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dengan ikhlas, nescaya dia dapat masuk syurga.” Kemudian baginda ditanya: “Apakah maksud ikhlas itu?”. Baginda menjawab : “Iaitu kamu memelihara diri kamu daripada melakukan larangan Allah.”
Pendek kata, ketaqwaan menurut alQuran dan hadis adalah menunaikan segala amalan yang difardukan dan meninggalkan segala yang diharamkan Allah dan RasulNya. Inilah pengertian umum bagi taqwa yang sekurang-kurangnya perlu dimaklumi dan dihayati oleh umat Islam dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran pada hari ini.
Ibnu Abbas pernah menyatakan :
“Orang yang bertaqwa ialah mereka yang sentiasa beringat akan seksaan Allah apabila meninggalkan segala perintahnya. Oleh itu, mereka tidak akan meninggalkannya dan sebaliknya melaksanakan perintahnya dengan penuh kepatuhan dan ketulusan serta sentiasa mengharapkan rahmatnya dan keredhaannya dalam semua urusan yang diperintahkannya.”
Sumber : Pelbagai

Fadhilat Berwudhu’




Fadhilat Berwudhu’
1 – Sebahagian Dari Iman
Diriwayatkan daripada Abu Malik al-Ash’ari radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman…” (H/R. Muslim, no. 223)

2 – Wudhu’ Yang Sempurna Menghapuskan Dosa
Pengambilan wudhu’ yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimnya solat tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu’ maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhu’ ia bersih dari dosa-dosanya”. (H/R. Muslim, 1/148)
“Barangsiapa yang berwudhu’ seperti ini (seperti wudhu’nya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala”. (H/R. Muslim, 3/113)
“Dari Abi Umamah radiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Apabila seseorang muslim berwudhu’ maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya”. (H/R. Ahmad, 5/252. Hadis Hasan: Lihat Jami’ as-Saghir, No. 461)
3 – Wudhu’ Mengangkat Darjat Manusia
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:
“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu’ walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)…” (H/R. Muslim, no: 253)
4 – Wudhu’ Dapat Membuka Pintu Ke Syurga
Diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Tiada seorang pun dari kalian yang berwudhu’, lalu ia menyampaikan atau meratakan wudhu’nya, kemudian dia mengucapkan: “Asyhadu alla ilaha illallah wa anna Muhammadan ‘Abduhu wa Rasuluh”, melainkan dibukalah untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu mana pun yang dia kehendaki.” (H/R. Muslim, no: 234)
5 – Wudhu’ Memberi Cahaya Di Akhirat
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:
“Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhu’.” (H/R. Muslim, no: 250)
6 – Wudhu’ Dapat Membuka Ikatan Syaitan
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau meriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
“…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu’ pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu’, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas”. (H/R. al-Bukhari, no: 1091)
sumber : al-ahkam.net

Kebesaran solat dua rakaat



Sumber : myMetro
ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap.

Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?” Lalu Allah berfirman yang ber maksud: “Tidak.”
Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rekaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rekaat itu tempohnya 20,000 tahun.
Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorangpun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rekaat yang hanya sebentar saja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.
Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguh nya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.”
Kemudian Jibril a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”
Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma’wa sebagai tempat tinggal.”
Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:

  •  Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat.

  •  Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

  •  Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.

  •  Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ra madan.

  •  Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).

  •  Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.

  • Amalan terbaik dalam hidup



    1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
    2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
    3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
    4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
    5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
    6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
    7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
    8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
    9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
    10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
    11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
    12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
    13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
    14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
    15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
    16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
    17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
    18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
    19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
    20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
    21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
    22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
    23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
    24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
    25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
    26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari
    27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
    28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
    29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
    30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari
    31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
    32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
    33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
    34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
    35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
    36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
    37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
    38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
    39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
    40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
    41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
    42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
    43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) – Muttafaq Alaih
    44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
    45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud
    46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
    47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
    48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
    49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
    50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan
    sumber: www.krkperak.net