Pages

Saturday, June 28, 2014

Guna filem Transformers persenda bekas kekasih


Beijing: Seorang lelaki membelanjakan AS$40,000 (RM130,000) untuk menempah empat panggung wayang yang menayangkan tayangan perdana filem terbaru ‘Transformers.’

Dia berbuat demikian sebagai cara untuk membuktikan kepada bekas kekasihnya bahawa wanita itu melakukan kesilapan kerana meninggalkannya atas alasan dia miskin tujuh tahun lalu.

“Hu Xiaoyun: Saya sangat miskin ketika kita belajar di kolej pada 2007 sehingga saya tidak mampu membeli dua tiket wayang.

“Ketika kamu berlepas ke Beijing, kamu berkata saya akan kekal miskin.

“Saya bekerja keras selama tujuh tahun kerana terkenangkan ayat itu dan hari ini saya membelanjakan separuh daripada gaji bulanan untuk menempah semua tempat duduk di panggung wayang pada 27 Jun.

“Saya hanya ingin memberitahu, kamu tersilap langkah,” kata lelaki itu dalam akaunnya di Sina Weibo.

Sebagai bukti, dia turut memuat naik kontrak dengan agensi tempatan tiga resit berjumlah 250,000 yuan (RM130,000).

Lelaki itu yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Wang, menggunakan nama samaran dalam talian Chicken Run 1234.

Dengan menggunakan gambar profil pahlawan Na’vi dari filem Avatar, dia meminta pengguna Internet menyebarkan mesejnya agar wanita itu melihatnya.

Dia juga berjanji memberikan tiket percuma kepada mereka yang memuat naik mesej itu.

Berita itu tersebar cepat dan mesej berkenaan disebarkan semula lebih 110,000 kali semalam.

Hasilnya, lelaki berkenaan mendapat panggilan daripada bekas kekasihnya.

Mereka berdua tidak lagi bermusuhan tetapi tidak mungkin mereka menyambung kembali hubungan lama.

“Saya berjanji ketika pertama kali bertemu dengannya jika dia pergi satu hari nanti, saya akan membuat seluruh dunia tahu saya mencarinya,” katanya.

-AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28

Kahwin kali kedua selepas dicabar


Manama: Seorang lelaki Arab Saudi tidak menduga mendapat isteri baru selepas menghadiri majlis pertunangan adik perempuannya gara-gara menyahut cabaran rakan.

Laman berita Jazan Today melaporkan, lelaki yang sudah beristeri itu dicabar rakannya supaya melamar anak perempuan seorang tetamu yang menghadiri majlis berkenaan.
Tanpa berfikir panjang, lelaki terbabit yang menganggap perbuatan berkenaan sekadar satu gurauan terus menghampiri bapa wanita itu, malah menamakan anak yang kononnya ingin dinikahi.

Bapa terbabit yang terkejut bagaimanapun menerima lamaran itu malah terus meminta kadi memulakan satu lagi majlis perkahwinan.


Perbuatannya mengejutkan pemuda itu yang terus memohon maaf kerana menganggap semuanya gurauan.


“Saya minta maaf, saya cuma bergurau. Malah saya tidak cukup wang untuk berkahwin atau membayar mas kahwin,” katanya.

Bagaimanapun, bapa wanita itu berkeras meneruskan majlis, malah tidak kisah menanggung semua kos menyebabkan pemuda terbabit akhirnya mengalah dan bersetuju menikahi wanita berkenaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28

Bekas kelab malam jadi ladang ganja


Polis menemui lebih 1,000 pokok dadah itu ketika menyerbu bekas tapak kelab malam Apollo di bandar ini di Wales. 
Menurut jurucakap polis, bangunan tiga tingkat itu hanya dikosongkan kira-kira tiga bulan lalu. 

Dua lelaki yang dipercayai warga asing ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti menanam ganja berkenaan.
Foto
LADANG ganja di dalam kelab malam berkenaan.

Kawasan bar dan dewan tari dalam bangunan itu didapati diubah suai untuk dijadikan kawasan yang luas bagi menanam ganja berkenaan.

Tingkat satu digunakan untuk menanam anak pokok sementara tingkat bawah dan dua digunakan untuk menempatkan pokok yang peringkat usia pertengahan dan matang. 

Pokok yang sudah matang yang ditemui di tingkat atas bangunan sudah sedia untuk dituai dan menurut pegawai, ia hanya mengambil masa beberapa minggu atau hari saja untuk dijual. 

Sarjan Rhondda Chris Peters berkata, ia penemuan terbesar dan tepat pada masanya. 

“Ia operasi terbesar dan paling canggih pernah saya temui. Ia mampu menghasilkan dadah bernilai jutaan dolar dalam tempoh 12 bulan,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28

Kerana bihun RM2.60


Lelaki berkenaan dikatakan turut menggigit organ itu selepas mencabutnya dari tubuh mangsa. 
“Kejadian berdarah dan menakutkan itu berlaku di tepi jalan dan ia berpunca daripada pergaduhan demi semangkuk bihun berharga 5 RMB (RM2.60),” kata saksi. 

Orang ramai berkumpul untuk menyaksikan perbuatan kejam itu, namun tidak seorang pun berani menghentikan perbuatan lelaki berkenaan.
Foto
MAYAT mangsa yang dibunuh kerana semangkuk bihun.

Menurut saksi, suspek tidak melarikan diri selepas melakukan kekejaman berkenaan, sebaliknya merayau-rayau di lokasi kejadian dan duduk sambil memegang jantung mangsa.

Kira-kira 40 minit kemudian, polis tiba dan menahan suspek. 

Penduduk tempatan menyifatkan serangan itu sebagai ‘tidak masuk akal’ dan mengaku ketakutan kerana ia berlaku berhampiran kediaman mereka. 

“Kami tidak berasa selamat sekarang,” kata seorang penduduk di situ.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28

Wanita cipta jean antirogol


Inisiatif berkenaan diambil selepas beberapa siri serangan kejam di negara itu yang turut menggemparkan dunia. 
Diksha Pathak, 21, dan Anjali Srivastava, 23, dari bandar Varanasi berkata, mereka meletakkan sejenis alat peranti yang apabila ditekan akan menghantar isyarat ke balai polis berhampiran. 

Hampir 200 balai polis di kawasan berkenaan sudah dilengkapi teknologi untuk menerima isyarat kecemasan apabila alat itu diaktifkan.
Foto
DUA wanita itu menunjukkan jean antirogol dicipta mereka.

Jika uji kaji yang bakal dilakukan bulan depan berjaya, ahli parlimen India akan memperluaskan sistem itu ke seluruh negara.

Kemarahan orang ramai tercetus kembali bulan lalu selepas kematian dua gadis masing-masing berusia 12 dan 14 tahun yang dirogol beramai-ramai dan dibunuh di Uttar Pradesh.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28