Pages

Friday, February 28, 2014

Ular jadi teman


Michigan: Seorang kanak-kanak perempuan sembilan tahun menarik perhatian dengan kebolehannya bermain dengan ular.

Krista Guarino, tinggal bersama 30 ekor reptilia itu termasuk anaconda dan ular sama sepanjang empat meter di rumahnya di Michigan, Amerika Syarikat.



Dia makan, tidur dan bermain dengan ular yang ada di antaranya dua kali ganda saiznya.

Krista mula tinggal bersama dengan ular sejak berusia dua tahun.

Foto
KRISTA bermain bersama ular sawa batik sepanjang 12 kaki miliknya.
Foto
KRISTA bersama ular sawa batik di sebuah acara kebajikan.
Foto
KRISTA belajar di rumah bersama ular peliharaannya.

Kanak-kanak yang berani ini pernah beberapa kali dipatuk ular, tetapi semua ular berkenaan tidak berbisa dan Krista berkata dia tidak sakit.


“Saya tak pernah takut dengan ular. Ia minat dan kegilaan saya,” katanya.

Anak sulung tiga beradik itu mula diperkenalkan dengan reptilia itu oleh bapanya Jamie, 33, pakar ular.

“Ular adalah antara perkataan pertama yang disebutnya. Sejak itu saya merasakan reptilia itu akan menjadi minatnya.

Sejak kecil lagi, dia berbeza dengan kanak-kanak lain. Dia langsung tidak takut dengan ular. Dia mahu menjadikan haiwan itu peliharaannya,” kata Jamie.

Sewaktu cuti musim panas, Krista membantu Jamie di taman ular tempatan miliknya dan tidak menunjukkan sebarang ketakutan ketika mengendalikan haiwan berkenaan.

Dia juga membantu memberi makan buaya.

Pasukan ayah dan anak itu menikmati hujung minggu mereka dengan mencari ular orok-orok, satu daripada spesies ular paling berbahaya di dunia.

Mereka turut memuat naik video pengembaraan mereka yang ‘mengerikan’ di saluran SnakeHuntersTV milik mereka di YouTube.

Krista bercita-cita membuka zoo reptilia sendiri apabila dewasa dan mahu mengubah persepsi masyarakat mengenai ular.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Lelaki China buang tumor seberat 10 kilogram

YANG diberitahu oleh doktor-doktornya bahawa dia mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.


XI'AN, Shaanxi - Seorang lelaki di China, Xiao Yang, 27, menjalani pembedahan bagi membuang tumor seberat 10 kilogram yang tumbuh di belakang tengkuknya sejak 15 tahun lalu, lapor akhbar Metro.co kelmarin.
Xiao mula sedar ada bonjolan kecil bersaiz sebiji telur di tengkuknya 10 tahun lalu yang kemudian semakin membesar.
Pada tahun 2007, dia telah pergi ke sebuah hospital di sini untuk mendapatkan rawatan. Yiang kemudian diberitahu bahawa sdia telah menghidap ketumbuhan yang dinamakan fibromatosis.
Doktor yang merawatnya ketika itu memberitahu, pem bedahan untuk membuang ketumbuhan itu sangat sukar dan risikonya amat tinggi dengan menyebabkan bapanya, Jigao membuat keputusan untuk membiarkan sahaja ketumbuhan tersebut.
Namun pada penghujung tahun 2013, Xiao membuat keputusan untuk menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan itu selepas ia membesar sehingga 45 sentimeter dengan berat 10 kilogram.
Kos pembiayaan pembedahan itu telah dikumpul melalui kutipan derma orang awam dan pinjaman yang dibuat oleh bapanya.
Doktor yang melakukan pembedahan ke atas Xiao memberitahu, lelaki itu mempunyai peluang cerah untuk pulih. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2uZD18MpY 
Hakcipta terpelihara 

Budak perempuan 9 tahun tinggal bersama anakonda

KRISTA bermain dengan anakonda peliharaannya.


WARREN, Michigan - Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang taksub terhadap haiwan reptilia menjadikan rumahnya di sini sebagai tempat tinggal 30 spesies tersebut, lapor akhbar Miror News kelmarin.
Kanak-kanak berkenaan, Charming Krista tinggal bersama spesies reptilia seperti anakonda dan ular sawa sepanjang 3.6 meter selain mempunyai hobi memberi makan aligator yang dibela di kediaman keluarganya.
Ayah Krista yang juga seorang pakar ular, Jamie, 33, mula memperkenalkan ular pada Krista semasa usianya dua tahun.
Anak sulung daripada tiga beradik itu turut memuat naik beberapa klip video berhubung minatnya di laman perkongsin video YouTube.
"Semua orang takut pada ular tetapi saya menganggap ular sebagai haiwan yang menakjubkan.
"Saya bercita-cita untuk membina sebuah zoo kecil apabila dewasa kelak," katanya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2uZCkh2Pb 
Hakcipta terpelihara