Pages

Monday, July 11, 2016

Rambut 6kg dikeluarkan daripada perut wanita








COX (kanan) bersama anaknya, Alice.- AGENSI (gambar kecil) GUMPALAN rambut yang ditemui dalam perut Cox.

CHELTENHAM, Britain – Seorang wanita terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan gumpalan rambut seberat enam kilogram (kg) dari dalam perutnya baru-baru ini.

Sophie Cox, 23, yang berasal dari sini menghidap sejenis penyakit digelar Sindrom Rapunzel yang menyebabkan dia memakan rambutnya sendiri. Dia berbuat demikian selama tujuh tahun semasa sedang tidur.

Cox mula hilang berat badan dan menyedari terdapat bahagian di kepalanya yang botak sebelum mengalami sakit perut ketika mengandung anak perempuannya pada penghujung 2014.

“Pada Oktober 2015, saya tidak boleh makan tanpa muntah dan perut saya membengkak. Doktor tidak tahu mengapa keadaan saya sedemikian. Mereka membuat ujian batu hempedu dan kanser perut, namun tidak menemui apa-apa,” kata Cox.

Dia kemudian menjalani pemeriksaan endos­kopi pada November tahun lalu dan doktor menemui gumpalan rambut seberat 6kg di dalam perutnya.

Cox bagaimanapun terpaksa menunggu selama empat bulan sebelum menjalani pembedahan yang memakan masa selama enam jam bagi membuang gumpalan rambut itu pada April lalu.

Dia kini dipantau bagi memastikan tiada lagi gumpalan rambut baharu terbentuk di dalam perutnya.

– Agensi



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0710&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4E4MnS4mA
Hakcipta terpelihara