Pages

Thursday, August 22, 2013

Gempa bumi berskala 6.0 landa Mexico

Gempa bumi berskala 6.0 landa Mexico: "MEXICO CITY 22 Ogos - Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter melanda bandar ini menyebabkan penduduk terpaksa berpindah dari bangunan dan hotel di pusat peranginan Acupulco, semalam.

Pusat Seismologi Kebangsaan berkata gegaran itu berlaku sewaktu orang ramai sedang bersiap ke pejabat dan ke sekolah. Pusat gegaran direkodkan pada kedalaman 17 kilometer dari barat bandar San Marcos di selatan negeri Guerrero.

Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Gempa susulan dilaporkan menyusul 20 minit kemudian pada kedalaman 14 kilometer di timur laut Acapulco dimana batu-batu dari bukit jatuh di jalan utama dan menyebabkan hotel di kawasan tersebut merekah. - AFP

"

'via Blog this'

Lagi bunga bangkai mekar



ORANG ramai mengabadikan detik Titan Arum atau bunga bangkai mekar kelmarin.- AP


PITTSBURGH - Sosej peram, lampin kotor, sampah, sayuran reput dan daging mereput.
Itu antara perbandingan yang dibuat oleh beratus-ratus pelawat tentang bau bunga bangkai yang mekar malam kelmarin di Balai Cerap dan Taman Botani Phipps di sini dalam negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat.
"Bunga ini juga berbau seperti seekor rusa yang sudah mati selama 10 hari," kata seorang pengunjung lelaki berusia 30 tahun, Vincent Salvino.
Selain bunga bangkai, tumbuhan itu juga dikenali sebagai Titan Arum atau nama saintifiknya, Amorphophallus titanum.
Bunga gergasi itu hanya mekar sekali selama 48 jam dalam tempoh 10 tahun.
Apabila ia mekar sepenuhnya, spesies tumbuhan yang berasal dari Indonesia itu menarik kehadiran lalat dan pelbagai jenis kumbang untuk membantu proses pendebungaan.
"Kami pernah menghubungi taman botani lain. Bunga ini bukan sahaja dikerumuni lalat, malah ramai pengunjung hadir untuk menyaksikan ia mekar," kata pengarah bahagian pemasaran dan komunikasi taman berkenaan, Liz Fetchin.
Menurutnya, orang ramai tidak dikenakan sebarang bayaran untuk melihat bunga gergasi setinggi sekitar dua meter itu tetapi tempat adalah terhad.
Sebelum ini, sepasang bunga bangkai mekar setiap satu di Taman Botani Amerika Syarikat di Washington dan Brussels pada 20 Julai serta 7 Julai lalu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2ceOdZVhO 
Hakcipta terpelihara 

Pijak ubi kentang untuk buang kulit


SEORANG wanita Aymara, Ramona Bustos memijak ubi kentang untuk membuang kulitnya di pergunungan La Cumbre dekat ibu kota Bolivia, La Paz pada 22 Julai lalu.- AP


LA PAZ - Orang Asli Aymara yang menetap di kawasan pergunungan di Bolivia mempunyai cara unik untuk membuang kulit ubi kentang.
Kaedah tersebut masih tidak berubah sejak ia pertama kali dicipta oleh puak Inca lebih 1,500 tahun dahulu.
Setiap kali musim menuai tiba, petani-petani Aymara akan membawa ubi kentang mereka ke kawasan tinggi di Pergunungan Andes.
Tanaman itu dijemur dalam cuaca sejuk beku di pergunungan tersebut selama tiga hari.
Sepanjang tempoh itu, ubi-ubi kentang tersebut akan membeku dan mengeras.
Selepas itu, kaum wanita Aymara akan memijak ubi kentang tersebut untuk membuang kulitnya.
Suhu sejuk ekstrem menyebabkan kulit tanaman itu tanggal dengan mudah apabila dipijak.
Isi ubi kentang itu kemudian dijemur di bawah pancaran matahari untuk dijadikan hidangan tempatan yang enak dikenali sebagai chuno. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2ceOERpkA 
Hakcipta terpelihara 

PUTERA KHALID BIN FARHAN BELOT DARI KELUARGA DI RAJA ARAB SAUDI



ARAB SAUDI (Arrahmah.com) - Sumber Al-Alam melaporkan bahwa Putera Khalid Bin Farhan Al-Saud telah mengumumkan pembelotannya dari keluarga kerajaan Saudi melalui sebuah pernyataan, menyerukan putera-putera lainnya untuk menghentikan kebisuan mereka dan mengungkapkan kebenaran demi Allah.

Dalam pernyataannya pada Sabtu (27/7/2013) tersebut, puteran Saudi itu mengungkapkan “penderitaan”nya di bawah pemerintahan rejim Al Saud dengan menggambarkan mereka sebagai pengalaman pahit seperti diungkapkan oleh penulis twitter Saudi Mujtahid dan aktivis Saudi Saad al-Faqih, yang ketika ini menetap di London.

Dia bersyukur kepada Allah yang membantunya memahami kebenaran tentang rejim Saudi melalui “pengalaman peribadi langsung yang mengerikan” sehingga dia dapat merasakan penderitaan rakyat seluruh negeri.

“Dengan bangga, saya mengumumkan pembelotan saya dari keluarga Al Saudi di Arab Saudi,”
dia menulis pernyataannya.

“Rejim ini di Arab Saudi tidak berpijak dengan aturan Allah atau bahkan aturan yang ditetapkan (negara) dan kebijakan-kebijakan, keputusan-keputusan, dan tindakan-tindakannya benar-benar didasarkan pada kehendak peribadi pemimpinnya.” “Semua yang dikatakan di Arab Saudi tentang menghormati hukum dan aturan agama adalah palsu sehingga mereka kerap berbohong dan berpura-pura bahawa rejim mematuhi aturan Islam.”
Dia mengkritik keluarga kerajaan kerana mempertimbangkan negara sebagai milik mereka sendiri sambil membungkam semua suara dari dalam dan luar pemerintah yang menyerukan perubahan dan reformasi.

Dia menyeru kepada semua orang yang prihatin dengan masa depan negara itu untuk bergabung dengannya dan aliran reformasi dan memecah kebisuan mereka terhadap kejahatan Al Saud.