Pages

Saturday, March 26, 2011

Manafaat membaca Al-quran

by Pak Ngah - Farit Ismeth Emir 
Membaca Al-Quran hukumnya wajib bagi setiap muslim. Hanya dengan membaca Al-Quran umat Islam akan tahu apa yang kewajibannya sebagai muslim, bagaimana mengamalkan syariat Islam, dan bagaimana mencapai keridhoan Allah serta memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
  1. Pembela Hari Kiamat -- Abu Umamah berkata, “Saya telah mendengar Rosulullah Saw bersabda: "Bacalah Qur'an, karena dia akan datang pada hari kiamat sebagai pembela pada orang yang mempelajari dan menaatinya” (HR. Muslim).
  1. Menjadi Manusia Terbaik -- 'Utsman bin 'Affan berkata: Rasulullah Saw bersabda: "Sebaik-baik kamu yaitu orang mempelajari Qur'an dan mengajarkannya. (HR. Bukhari).
  1. Jadi Syifa atau Obat Jiwa – Al-Quran juga adalah obat atau penawar bagi orang yang gelisah jiwanya. "Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhan-mu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman" (QS. Yunus:57). Sahabat Rasulullah, Ibnu Mas'ud, pernah menasihati orang yang jiwanya gelisah, tidak tenteram, fikirannya kusut, makan tak enak, tidur tak nyenyak. Ibnu Mas'ud menasehatinya, antara lain agar orang tersebut mengunjungi tempat orang membaca Al-Quran, lalu ikut membaca atau mendengarkan saja. Setelah orang itu kembali ke rumahnya, diamalkannyalah nasihat Ibnu Mas'ud itu. Dia pergi mengambil wudhu, lalu mengambil Al-Quran, terus dia baca dengan hati yang khusyu. Selesai membaca Al Quran, berubahlah kembali jiwanya, menjadi jiwa yang aman dan tenteram, fikirannya tenang, kegelisahannya hilang sama sekali.
  1. Penghilang Penyakit Hati – “(Al-Quran) merupakan penawar (syifa) dan rahmat bagi mereka yang beriman” (QS. Al-Isra’: 82). Di dalam al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa disebutkan, “Syifa bermaksud (Quran adalah penawar) yang dapat menghilangkan syak (keragu-raguan), nifak, penyelewengan, kelemahan dan penyakit dalam hati. Quran juga adalah rahmat yang dapat menghasilkan iman, hikmat dan kebahagiaan.”
  2. Jiwanya Harum dalam Pandangan Allah – “Perumpamaan orang Mu'min yang membaca Al-Quran adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lezat; orang mu'min yang tak suka membaca Al-Quran, adalah seperti buah korma, baunya tidak begitu harum, tetapi manis rasanya” (HR. Bukhari dan Muslim).
  1. Berlimpah Rahmat dan Ketenangan -- "Kepada kaum yang suka berjamaah di rumah-rumah peribadatan, membaca Al-Quran secara bergiliran, dan ajar-megajarkannya terhadap sesamanya, akan turunlah kepadanya ketenangan dan ketenteraman, akan berlimpah kepadanya rahmat dan mereka akan dijaga oleh malaikat, juga Allah akan mengingat mereka" (HR. Muslim dan Abu Hurairah).
  2. Mendapatkan Pahala -- Membaca Al-Quran, baik mengetahui artinya ataupun tidak, termasuk ibadah, amal shaleh dan memberi rahmat serta manfaat bagi yang melakukannya; memberi cahaya ke dalam hati yang membacanya sehingga terang benderang, juga memberi cahaya kepada keluarga rumah tangga tempat Al-Quran itu dibaca. "Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumah tanggamu dengan sholat dan membaca Al Quran" (HR. Baihaqi dari Anas). Ali bin Abi Thalib mengatakan, tiap-tiap orang yang membaca Al-Quran dalam sholat akan mendapat pahala 50 kebajikan untuk tiap-tiap huruf yang diucapkannya; membaca Al-Quran di luar sholat dengan berwudhu, pahalanya 25 kebaikan bagi tiap-tiap huruf yang diucapkannya; dan membaca Al-Quran di luar sholat dengan tidak berwudhu, pahalanya 10 kali kebaikan bagi tiap-tiap huruf yang diucapkannya.
Kebaikan di Rumah -- "Perbanyaklah membaca Al-Quran di rumahmu, sesungguhnya di dalam rumah yang tak ada orang membaca Al-Quran, akan sedikit sekali dijumapi kebaikan di rumah itu, dan akan banyak kejahatan, serta penghuninya selalu merasa sempit dan susah." Wallahu a’lam. (ASM. Romli, berbagai sumber).*

NATO berbelah-bahagi

BRUSSELS 25 Mac – Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) hari ini bersiap sedia untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya dan menghalang pesawat perang rejim Muammar Gaddafi, tetapi belum dapat dipastikan sama ada perikatan itu akan mengambil alih seluruh operasi ketenteraan di sana.
Berikutan rundingan berlarutan yang tertumpu kepada bantahan Turki terhadap kempen serangan udara tentera bersekutu pimpinan Amerika Syarikat (AS) di Libya, NATO lewat semalam bersetuju untuk mengetuai operasi bagi menguatkuasakan zon larangan terbang tetapi belum bersedia untuk mengetuai serangan ke atas tentera darat Gaddafi.
NATO buat masa ini akan melancarkan operasi dalam masa tiga hari akan datang untuk mencegah jet-jet pejuang Gaddafi daripada berlepas, termasuk menembak jatuh pesawat jika perlu, sementara tentera bersekutu terus bertanggungjawab membedil tentera darat Libya.
Turki, satu-satunya negara Islam dalam NATO dan sebuah kuasa serantau, enggan menyertai sebarang misi pertempuran, dan memandangkan perikatan 28 negara itu membuat keputusan menerusi konsensus, sokongan Ankara diperlukan bagi meluaskan skop misi.
Satu lagi persoalan penting ialah siapa yang akan mengambil alih kawalan politik terhadap operasi ketenteraan itu.
Perancis memberi amaran menjalankan misi itu di bawah bendera NATO tidak akan disenangi oleh sekutu di kalangan negara Arab.
Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam berkata, penyelarasan keputusan politik mesti berada di tangan sebuah perikatan antarabangsa yang merangkumi Liga Arab, manakala peranan NATO terbatas kepada operasi ketenteraan secara harian.
Kuasa Barat yang mengetuai kempen itu, AS, Perancis dan Britain menekankan keperluan untuk melibatkan negara Arab dalam kempen di Libya, tetapi setakat ini hanya Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menyumbangkan jet pejuang.
Sementara itu, pesawat perang Barat membedil sasaran di selatan Libya malam tadi tetapi gagal menyekat kereta kebal kerajaan masuk semula ke bandar Misrata di barat negara itu.
Komander Barat berharap tentera pemberontak di timur Libya akan dapat menggulingkan Gaddafi, tetapi kemasukan semula kereta kebal rejim ke Misrata pada waktu malam menunjukkan kesukaran yang dihadapi bagi memaksa pemimpin Libya itu mengadakan gencatan senjata.
Pemberontak yang telah mendirikan kerajaan alternatif pimpinan bekas Menteri Kehakiman, Mustafa Abdel-Jalil di Benghazi, berkata, mereka memerlukan lebih banyak peluru dan senjata pemusnah kereta kebal untuk membolehkan mereka menumbangkan rejim Gaddafi. – AFP/Reuters

Turki tunduk desakan Nato

ANKARA: Parlimen Turki semalam meluluskan usul penghantaran satu pasukan tentera laut ketika kerajaan berasaskan Islam negara itu dengan berat hati menyertai operasi tentera Barat.
Selepas mengecam hebat serangan ke atas Libya, kerajaan meminta Parlimen meluluskan penghantaran pasukan tentera yang terdiri daripada sebuah kapal selam, empat kapal perang dan sebuah kapal bantuan bagi menguatkuasakan sekatan senjata Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu terhadap kerajaan Muammar Gaddafi.


Menurut usul yang diluluskan oleh Parlimen, kerajaan memperoleh kelulusan untuk tempoh setahun sebagai sebahagian daripada sumbangan kepada usaha antarabangsa yang bertujuan mengembalikan kestabilan dan keselamatan di Libya.


Undi itu diadakan secara tertutup dengan mengangkat tangan. Beberapa anggota Dewan turut memberi sokongan kepada kerajaan Parti Keadilan dan Pembangunan pimpinan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan.


Penganalisis berkata, kerajaan yang dipengaruhi oleh kumpulan yang berasaskan Islam itu tidak selari dengan sekutunya dalam Nato apabila ia menentang tindakan ketenteraan terhadap Libya mesikpun penyertaannya tidak boleh dielakkan.


“Turki keliru dan lewat. Ia tidak boleh mengelak daripada menyertai perang itu.


“Ia tidak sepatutnya bangun untuk menentang sekutu Natonya,” kata pengulas dasar luar, Semih Idiz Turki, satu-satunya negara anggota Nato yang majoriti penduduknya beragama Islam. - AFP

Tentera udara Britain, Perancis gempur pinggir Ajdabiya

PARIS: Tentera udara Perancis dan Britain melancarkan serangan ke sasaran tertentu berhampiran bandar Ajdabiya semalam sebagai sebahagian daripada kempen tersusun melumpuhkan pasukan keselamatan Muammar Gaddafi.
Pegawai kanan tentera Perancis, Edouard Guillaud, berkata sebuah pesawat udara negara itu memusnahkan satu pasukan meriam kerajaan.


Kata Guillard, tentera Perancis juga memusnahkan satu pangkalan tentera, depoh peluru dan kemudahan penyelenggaraan di Libya.


“Ruang udara Libya kini terkawal,” katanya.


Setiausaha Pertahanan Britain, Liam Fox, berkata jet Tornado GR-4 menembak sejumlah peluru berpandu ke arah kereta perisai Libya.


Ajdabiya dikepung tentera Libya sejak lebih seminggu lalu selepas bandar itu dijadikan satu daripada kubu pejuang pemberontak yang mahu menggulingkan Gaddafi. - AP

Medvedev mahu Amerika Syarikat elak kematian orang awam

MOSCOW: Presiden Russia, Dmitry Medvedev, menggesan rakan sejawatnya di Amerika Syarikat supaya mengelak orang awam menjadi korban serangan Bersekutu di Libya.
Menurut Kremlin, Medvedev menghubungi Barack Obama semalam bagi membincangkan krisis semasa di Libya yang dibimbangi akan merebak kepada konflik lebih besar.


“Dalam perbualan itu, Medvedev menyatakan kebimbangan Russia terhadap pendekatan Barat dalam konflik di Libya, selain pelbagai isu keselamatan lain di Eropah,” kata kenyataan itu.


Sementara itu, Rumah Putih berkata, Obama berterima kasih kepada Medvedev atas ‘kenyataan positif’ itu.


Russia menjadi satu daripada negara paling lantang - selain India dan China - mengkritik serangan udara ke atas Libya. - AFP

Mayat jadi bukti

TRIPOLI: Orang awam - termasuk wanita - adalah antara mangsa pengeboman tentera Bersekutu dalam serangan terbaru ke atas ibu negara Libya, kata pegawai kerajaan dan kakitangan hospital, semalam.
Menurut pegawai kerajaan, jumlah kematian sejak serangan bermula awal pagi Ahad lalu mencapai 100 orang.


Mereka turut menuduh tentera Bersekutu mengambil sikap menyokong perjuangan pemberontak yang mahu menggulingkan Muammar Gaddafi sebagai pemimpin Libya.


Pekerja rumah mayat, Ahmed Hussein, berkata dia menguruskan mangsa serangan ke atas lokasi awam dan tentera.


Wartawan agensi berita asing turut dibawa melawat Hospital Pusat Tripoli dan ditunjukkan 15 mayat yang didakwa mangsa serangan terbaru tentera Bersekutu.


Bagaimanapun, tiada mana-mana pihak bebas yang boleh mengesahkan setiap dakwaan berkenaan.


Pada masa sama, tentera Bersekutu terus menafikan mereka menyerang lokasi awam dalam usaha menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya.


Ketika melawat hospital itu, wartawan melihat mayat berkenaan diatur di atas troli besi dan petugas memakai penutup hidung bagi mengurangkan kesan bau busuk.
Tiga daripada mayat itu adalah wanita berpakaian biasa, manakala kebanyakan mangsa lain mengenakan pakaian seragam tentera.


Sesetengah mayat rentung dan sukar dikenal pasti.


Tiada sebarang nama diberikan dan doktor juga tiada di situ untuk memberi kenyataan.


Petugas hospital berkata, mayat itu adalah mangsa serangan udara semalam dan kelmarin walaupun satu daripada bungkusan mayat itu tercatat tarikh 18 Mac - hari pertama serangan udara dimulakan. - Reuters
-metro

12 jet UAE bantu Barat pantau Libya


DUBAI: Sekutu rapat Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu (UAE) berjanji menyediakan enam jet pejuang F-16 dan enam Mirage bagi membantu menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya.
Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah Zayed al-Nahayan, berkata penyertaan negara itu bersama tentera Bersekutu akan dimulakan beberapa hari lagi.

“Bagi menyokong Resolusi 1973 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UAE akan terbabit sepenuhnya dalam operasi kemanusiaan di Libya,” katanya kepada media, semalam.

Janji Abdullah itu dibuat agak lewat selepas awal minggu ini UAE tidak bersependapat dengan Barat dalam isu kekacauan di Bahrain.

Akhbar melaporkan, UAE memberi sokongan kepada kerajaan monarki Bahrain tetapi Barat cenderung bersimpati kepada kebangkitan rakyat di negara berkenaan.

Seorang pegawai kanan tentera Abu Dhabi berpangkat jeneral berkata, Barat menganggap kebangkitan rakyat itu adalah gerakan prodemokrasi.

“Sebenarnya, apa yang berlaku gagal difahami Barat kerana ia membabitkan konspirasi Iran,” katanya.

Jeneral itu berkata, UAE sebelum ini keberatan membantu kerana Barat - terutama AS - enggan mengakui ancaman yang ada di Bahrain. - AFP
-metro

75 korban gempa di Myanmar




PENDUDUK menyelongkar runtuhan rumah yang ranap di Tachilek, semalam.
PENDUDUK menyelongkar runtuhan rumah yang ranap di Tachilek, semalam.


PENDUDUK di Tarlay, wilayah Shan, Myanmar, meninjau keadaan jalan raya selepas gempa bumi, semalam.
PENDUDUK di Tarlay, wilayah Shan, Myanmar, meninjau keadaan jalan raya selepas gempa bumi, semalam.

YANGON: Sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh dan beratus-ratus penduduk hilang tempat tinggal selepas gempa bumi melanda Myanmar lewat kelmarin.
Pekerja bantuan berkata, ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum jumlah kerosakan sebenar dapat diketahui.

Gempa bumi sekuat 6.8 magnitud itu turut dirasakan sehingga ke Bangkok, kira-kira 800 kilometer dari pusat gempa, Hanoi dan sebahagian dari China.

Bangunan berhampiran pusat gempa runtuh sementara penduduk di seluruh wilayah berkenaan yang ketakutan meninggalkan kediaman masing-masing apabila gegaran selepas gempa berterusan semalam.

Stesen televisyen Myanmar mengesahkan seramai 74 orang mati dan 111 cedera.

Hampir 400 rumah di empat kampung dan bandar berhampiran pusat gempa ranap.

Dalam pada itu, sembilan pejabat kerajaan di bandar Tarlay, antara kawasan paling teruk terjejas, rosak teruk.

Beberapa kuil di sekitar kawasan itu juga runtuh.
“Kami berusaha menjejaki kawasan pedalaman,” kata seorang pegawai.

Polis, tentera dan pihak berkuasa tempatan berusaha mencari mereka yang cedera di kawasan terjejas tetapi jalan raya masih ditutup.

Di seberang sempadan, pihak berkuasa Thai berkata, seorang wanita berusia 52 tahun terbunuh di daerah Mae Sai selepas tembok rumahnya runtuh.
Enam belas orang, termasuk tujuh warga Myanmar dan lima rakyat China cedera.
Di Yangon, Pengarah Badan Kebajikan Wawasan Dunia, Chris Herink berkata, jumlah korban terus meningkat.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan memandangkan ia terlalu jauh ke darat untuk menjana gelombang besar di lautan Hindi. - Reuters
-metro

Sebulan untuk sejukkan loji nuklear





2011/03/26

ANGGOTA keselamatan   menjalankan operasi mencari dan menyelamat   di Soma, Fukushima, semalam.
ANGGOTA keselamatan menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Soma, Fukushima, semalam.
OSAKA: Pengendali loji nuklear Fukushima, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) semalam berkata ia mungkin mengambil masa sebulan untuk menyejukkan loji berkenaan berikutan Jepun dilanda krisis sama seperti Chernobyl berdasarkan skala kemalangan atom.

Agensi keselamatan industri dan nuklear (NISA) baru-baru ini meletakkan Fuku-
shima dalam kedudukan 5 daripada 7 menyebabkan bencana terburuk di Jepun, menjadikan ia sama taraf dengan kemalangan Pulau Three Mile pada 1979 di Pennsylvania. TEPCO mengakui bahawa ia mungkin mengambil masa kira-kira sebulan lagi untuk memastikan semua reaktor ditutup, di mana suhu jatuh di bawah takat didih dan ia akan menyejukkan sistem kepada tekanan atmosfera biasa.

“Kami masih lagi dalam proses menilai kerosakan loji, jadi kita tidak boleh meletakkan sebarang tarikh bila operasi penyejukan akan bermula semula. Ia mungkin mengambil masa lebih sebulan, siapa tahu,” kata seorang jurucakap TEPCO.

Suhu di satu daripada reaktor melonjak hingga ke peringkat 400 darjah Celsius minggu ini sebelum stabil semula. Suhu di dalam satu daripada empat reaktor masih lagi di tahap takat didih, kata seorang pegawai agensi keselamatan nuklear.

Sementara itu Angka kematian akibat gempa bumi dahsyat dan tsunami melebihi angka 10,000 orang semalam, manakala ratusan ribu mangsa terselamat masih berkhemah di tempat perlindungan sementara. – AP/AFP 

Myanmar dilanda gempa bumi





2011/03/26


  • Foto
    ORANG awam melihat kesan gempa melanda Yangon malam kelmarin yang mengorbankan sekurang-kurangnya 70 mangsa sementara ratusan bangunan musnah.
  • Foto
    PULUHAN mangsa gempa diangkut ke hospital menggunakan trak di Tachileik, Myanmar, semalam.
Gegaran 6.8 skala Richter musnahkan ratusan bangunan, ragut puluhan nyawa


Foto
PULUHAN mangsa gempa diangkut ke hospital menggunakan trak di Tachileik, Myanmar, semalam.


JALAN raya retak dan rosak teruk di bandar Tachilek, timur laut Myanmar, semalam, selepas gempa bumi kuat berukuran 6.8 magnitud melanda negara itu selain turut menggegarkan kawasan sempadan Thailand. Lebih 70 orang maut dalam gempa itu yang turut menyebabkan beratus-ratus rumah ranap (gambar kecil). Gegarannya turut dirasai sehingga ke Bangkok, Hanoi dan sebahagian China. 

YANGON: Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh di Myanmar dan seorang lagi di Thailand manakala beratus-ratus bangunan musnah selepas gempa bumi dengan ukuran 6.8 skala Richter di kawasan Segi Tiga Emas, berdekatan sempadan Thai malam kelmarin, kata pegawai kerajaan kedua-dua negara.
Laporan menyatakan gegaran dapat dirasai hingga ke Bangkok, Thailand kira-kira 800 kilometer dari pusat gempa, Hanoi dan sebahagian China.
Seorang pegawai kerajaan Myanmar berkata berpuluh orang terbunuh di dua bandar berdekatan dengan pusat gempa.

“Jumlah kematian meningkat lebih 50 orang di pekan Tarlay dan Mine Lin,” kata pegawai.

“Jalan ditutup. Mengikut maklumat yang diperoleh, lebih 130 bangunan runtuh akibat gempa itu. Mungkin lebih banyak kemusnahan dan kecederaan,” katanya.

Sementara itu di kawasan sempadan, pihak berkuasa Thailand berkata seorang wanita berusia 52 tahun terbunuh di daerah Mae Sai, selepas dinding rumahnya runtuh.
Radio Myanmar mengumumkan 74 orang terbunuh dan 111 lagi cedera tetapi angka kematian dijangka meningkat. Ia melaporkan 390 rumah, 14 kuil Buddha dan sembilan bangunan kerajaan rosak teruk.

Pegawai daripada Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) berkata kemusnahan teruk berlaku di kampung Mong Lin, lapan kilometer dari Tachileik dengan 29 dilaporkan terbunuh dan 16 lagi cedera.

Akhbar melaporkan dua orang terbunuh termasuk kanak-kanak berusia empat tahun di Tachileik, bandar bersempadan dengan Mae Sai, wilayah Chiang Rai, Thailand.

Penduduk yang ketakutan di wilayah itu meninggalkan rumah masing-masing, ketika bangunan tinggi runtuh, manakala hospital dan sekolah dikosongkan ketika gempa bumi itu.

Di Yangon, pengarah wilayah bagi badan kebajikan World Vision, Chris Herink berkata kemusnahan prasarana akibat gempa tidak begitu kelihatan di kawasan terjejas seperti Kengtung dan Tachileik, walaupun banyak bangunan retak dan gangguan bekalan air di beberapa kawasan.

“Kawasan bergunung ganang berdekatan sempadan antara Thailand dan Laos, dikenali sebagai Segi Tiga Emas. Banyak perniagaan dijalankan di kawasan ini,” katanya.

Gempa bumi itu berlaku kira-kira 90 kilometer ke utara Chiang Rai dan 235 kilometer timur laut Chiang Mai, destinasi pelancong terkenal Thailand.

Jabatan Kaji Cuaca Thailand mencatatkan enam gempa susulan selepas gempa bumi kuat itu.

Penduduk di bandar Chiang Rai berlari keluar dari rumah masing-masing semalam sebaik gempa susulan kembali.

Empat kuil di pekan bersejarah Chiang Saen berdekatan sempadan utara Thai turut musnah termasuk Chedi Luang, apabila tiangnya setinggi tiga meter tumbang.

Stesen Radio Kebangsaan China melaporkan gegaran turut dirasai di wilayah Yunnan, tetapi tiada kematian atau runtuhan bangunan berlaku. – AP/AFP/Agensi 

Haiwan mirip watak Yoda dalam filem Star Wars




HAIWAN Tarsier yang memiliki wajah mirip watak Yoda.


MANILA - Seorang jurugambar, Erik Mikhailov merakamkan gambar seekor haiwan yang mirip satu watak dalam siri filem Star Wars, Yoda ketika dia mengunjungi sebuah kawasan hutan hujan di Filipina baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebenarnya, haiwan yang dirakamkan gambar itu merupakan Tarsier yang mempunyai ciri-ciri fizikal mirip watak Yoda.
Haiwan itu mempunyai bentuk telinga yang tajam ke atas dan memiliki mata besar.
"Saya terus teringatkan Yoda (semasa melihat haiwan tersebut). Ketika itu, saya tidak tahu jenis makhluk tersebut walaupun terdapat pelbagai kehidupan yang menakjubkan untuk dilihat," katanya.
Tarsier merupakan haiwan yang hidup di Asia Tenggara. Ia dikenali dengan nama Maumag di Filipina dan mempunyai mata sangat besar dan menjadikan serangga sebagai makanan. - Agensi
-kosmo

Kepala treler tergantung di tepi lebuh raya


SEBUAH kepala lori treler tergantung di tepi sebuah lebuh raya di Forth Worth, Amerika Syarikat pada Rabu lalu.

FORTH WORTH, Texas - Anggota-anggota bomba di sini berjaya menyelamatkan seorang pemandu lori treler air yang tergantung di bahu lebuh raya selepas ia berlanggar dengan sebuah kereta Honda, lapor sebuah akhbar semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba Forth Worth, Tim Hardmen berkata, anggota-anggotanya menggunakan tangga dan peralatan abah-abah untuk mengeluarkan pemandu yang berada dalam keadaan menggeletar dari ruang pemandu pada ketinggian 15.24 meter.
Operasi menyelamat dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4 pagi Rabu lalu itu melibatkan seorang lelaki dan wanita yang berada dalam kereta Honda.
Kereta itu tersepit di antara treler dengan penghadang di lebuh raya.
Pemandu lori itu hanya mengalami kecederaan kecil. - Agensi
-kosmo

Serangan Barat masih berterusan




BEBERAPA pemberontak cuba mencari tempat perlindungan dalam satu serangan tentera Muammar Gaddafi di sebatang jalan raya dekat Ajdabiya, Libya kelmarin.


TRIPOLI - Tentera bersekutu melancarkan kempen menguatkuasakan zon larangan di Libya buat kali ketujuh berturut-turut semalam.
Tembakan antipesawat turut kedengaran di ruang udara Libya semalaman dengan tiga letupan menggegarkan bandar raya ini dan di Tajura, timur negara ini.
Menurut seorang wartawan agensi berita AFP, satu letupan kedengaran di tengah Tripoli manakala letupan lain didendar dari Tajura.
Setiausaha Pertahanan Britain, Liam Fox semalam berkata, jet-jet Tornado melancarkan serangan peluru berpandu ke atas beberapa kenderaan berperisai di Ajdabiya, 860 kilometer dari sini.
Sebuah jet pejuang Perancis turut memusnahkan satu kumpulan artileri di luar Ajdabiya.
"Saya meragui bahawa serangan ini akan berakhir dalam tempoh beberapa hari. Saya berpendapat, ia akan berakhir dalam tempoh berminggu-minggu dan saya berharap ia tidak akan berlanjutan dalam tempoh berbulan-bulan," kata Fox kepada sebuah stesen radio Perancis.
Kelmarin, sebuah jet pejuang tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dimusnahkan selepas ia melanggar arahan zon larangan terbang yang diputuskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Jet itu dimusnahkan selepas ia mendarat di Misrata, 214 kilometer ke timur Tripoli.
Stesen televisyen Libya menyatakan kawasan penduduk awam dan tentera di bandar raya ini dan Tajura dihujani bedilan peluru berpandu.
Seorang doktor yang merawat mangsa di sebuah hospital di Misrata menyatakan, serangan tentera Gaddafi sejak 18 Mac lalu telah menyebabkan 109 orang terbunuh dan 1,300 lagi cedera, 81 daripadanya dalam keadaan parah.
Serangan tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat (AS) sejak minggu lalu menjadikan sistem pertahanan Libya sebagai sasaran.
Jabatan Negara AS menyatakan sebanyak 12 buah negara mengambil bahagian dalam serangan untuk menguatkuasakan zon larangan terbang termasuk dua buah dari negara Arab iaitu Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Seorang jurucakap pemerintah di Tripoli menyatakan hampir 100 orang awam terbunuh sejak tentera bersekutu melancarkan serangan pada minggu lalu.
Serangan yang dilancarkan oleh tentera bersekutu itu masih belum menyebabkan Gaddafi meletakkan jawatan seperti yang dituntut oleh kumpulan pemberontak.
Kumpulan pemberontak menuntut Gaddafi yang sudah memerintah selama empat dekad berundur.
Tuntutan itu dibuat sejak 15 Februari lalu selepas sekumpulan penunjuk perasaan berhimpun di bandar Benghazi. - Agensi
-kosmo

75 maut gempa bumi di Myanmar




SEBATANG jalan raya terbelah dua akibat gegaran gempa bumi yang berlaku di bandar Tarlay, Myanmar kelmarin.


YANGON - Sekurang-kurangnya 75 orang awam terbunuh, 111 cedera manakala beratus-ratus lagi hilang tempat tinggal selepas gempa bumi kuat melanda Myanmar malam kelmarin.
Beberapa pekerja penyelamat berkata, buat masa ini tempoh selama beberapa hari diperlukan untuk mengetahui jumlah kerosakan yang sebenar. Gegaran yang berukuran 6.8 pada skala Richter itu dapat dirasai sehingga ke Bangkok yang terletak 800 kilometer dari pusat gempa. Gegaran itu turut dirasai di bandar Hanoi, Vietnam dan di sebahagian kawasan di China.
Bangunan-bangunan yang berdekatan pusat gempa bumi ranap manakala penduduk yang ketakutan lari meninggal kediaman sejurus gegaran susulan berlaku semalam. Hampir 400 buah rumah musnah di empat kampung selain sembilan buah bangunan pemerintah ranap dan beberapa biara musnah di bandar Tarlay.
"Kami sedang berusaha untuk pergi ke tempat-tempat terpencil untuk menyelamatkan mangsa.

GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan sebuah rumah ranap akibat gegaran gempa bumi di bandar Tachilek, Myanmar kelmarin.


"Anggota-anggota tentera, polis dan pihak berkuasa tempatan sedang berusaha mencari mangsa yang cedera di kawasan yang terjejas tetapi terdapat beberapa jalan darat yang terputus hubungan," kata seorang pegawai Myanmar.
Pengarah World Vision Myanmar yang merupakan sebuah pertubuhan kebajikan, Chris Herink berkata, kumpulannya telah mengenal pasti dua buah bandar yang teruk terjejas iaitu Tarley dan Mong Lin.
Katanya, pemerintah Myanmar berusaha untuk memberi informasi kepada rakyat dengan memberikan angka terkini kematian dan kerosakan yang berlaku.
Gempa bumi yang melanda Myanmar itu berlaku selepas kejadian gempa dan tsunami di Jepun.
Gempa bumi pernah melanda Myanmar beberapa kali antaranya pada 1975 yang cuma menyebabkan seorang terbunuh. - Agensi
-kosmo