Pages

Thursday, August 5, 2010

Nenek hasrat sambung PhD




JOHOR BAHRU –- Walaupun susuk tubuhnya kecil, siapa sangka beliau seorang nenek kepada sembilan cucu, malah satu-satunya guru besar yang memiliki Ijazah Sarjana Kepengetuaan dari Universiti Malaya (UM). 

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Johor Jaya 1, Mollie Atan, 56, bukan calang-calang orangnya. 

Beliau tidak pernah berputus asa, malah bercita-cita meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi iaitu Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang psikologi tahun depan. 

“Kenapa apabila kita sudah bersara, kita berhenti daripada melakukan sesuatu? Saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Bagi saya kita patut terus berjuang memberi satu faedah kepada negara," katanya ketika ditemui, semalam. 

Beliau juga bercita-cita mahu membina sekolah swasta di mana tenaga pengajarnya terdiri daripada pesara yang mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan. 

Mollie turut mengagumi sifat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad kerana kelantangan pemimpin yang disegani ramai itu dalam mengutarakan idea dan ilmu walaupun selepas usia bersara. 

Mengulas pengalaman beliau selama dua tahun bergelar pelajar separuh masa di UM, Mollie berkata, ia satu detik yang tidak mungkin dilupakannya. 

Malah, katanya, menaiki bas selama lima jam setiap minggu dari Johor Bahru- Kuala Lumpur sudah menjadi rutin. 

“Alhamdulillah, saya berjaya tamatkan pengajian. Ada segelintir nenek-nenek di usia saya memilih untuk menjaga cucu, namun saya memilih haluan berbeza. Berkat sokongan suami, anak-anak, rakan-rakan, saya berjaya dinobatkan sebagai wanita dan guru besar pertama memiliki ijazah sebegini,” katanya. 

Mula bertugas sebagai guru pada 1976 selepas menamatkan pengajian di Institut Perguruan Temenggung Ibrahim, Mollie kemudian melanjutkan pengajian pengajian School Profesional and Continuing Education (Space) luar kampus selama lima tahun dalam bidang kaunseling di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 

Kelmarin, beliau menerima Ijazah Sarjana Kepengetuaan pada majlis konvokesyen UM, daripada Pro Canselor UM, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

21 Kunci Kejayaan Dunia dan Akhirat


http://img297.imageshack.us/img297/8943/4040.jpg

اعرفي المفتاح أولا.
من أعظم أبواب العلم: معرفة مفاتيح الخير والشر، قال ابن القيم رحمه الله: وقد جعل الله سبحانه لكل مطلوب مفتاحا يفتح به;
_فجعل مفتاح الصلاة: الطهور.

1-Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan.
_ومفتاح الحج: الإحرام.

2-Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.
_ومفتاح البر: الصدق.

3-Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.
_ومفتاح الجنة: التوحيد.

4-Kinci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.
_ومفتاح العلم: حسن السؤال وحسن الإصغاء.

5-Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.
_ومفتاح النصر والظفر: الصبر.

6-Kunci kejayaan adalah Kesabaran.
_ومفتاح المزيد: الشكر.

7-Kunci kemanjuan/Kelebihan  adalah bersyukur.
_ومفتاح الولاية: المحبة والذكر.

8-Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.
_ومفتاح الفلاح: التقوى.

9-Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.
_ومفتاح التوفيق: الرغبة والرهبة.

10-Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT.
_ومفتاح الإجابة: الدعاء.

11-Kunci segala kemaqbulan adalah berdoa.
_ومفتاح الرغبة في الآخرة: الزهد في الدنيا.

12-Kuci kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia.
_ومفتاح الإيمان: التفكير فيما دعا الله عبادة إلى التفكر فيه.

13-Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadanya.
_ومفتاح الدخول على الله: إسلام القلب وسلامته له والإخلاص له في الحب والبغض والفعل والترك.

14-Kunci bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci.
_ومفتاح حياة القلب: تدبر القرآن، والتضرع بالأسحار، وترك الذنوب.

15-Kunci menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa.
_ومفتاح حصول الرحمة: الإحسان في عبادة الخالق، والسعي في نفع عبيده.

16-Kunci mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT.
_ومفتاح الرزق: السعي مع الاستغفار والتقوى.

17- Kunci rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT.
_ومفتاح العز: طاعة الله ورسوله.

18-Kunci kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
_ومفتاح الاستعداد للآخرة: قصر الأمل.

19-Kunci kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan.
_ومفتاح كل خير: الرغبة في الله والدار الآخرة.

20-Kunci segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat.
_ومفتاح كل شر: حب الدنيا وطول الأمل.


21-Kunci segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.


وهذا باب عظيم من أنفع أبواب العلم، وهو معرفة مفاتيح الخير والشر، لا
يوفق لمعرفته ومراعاته إلا من عظم حظه وتوفيقه، فإن الله سبحانه جعل لكل خير وشر مفتاحا وبابا يدخل منه إليه.
‏@@@

Solat yang boleh menebuskan dosa dan mendapat Syurga Ilahi


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs287.snc4/40695_142562065765472_100000350392863_331502_7024009_n.jpg
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Tiada seorang Muslim yang tiba padanya waktu sembahyang fardhu lalu dia menyempurnakan wuduk dan khusyuk serta rukuk,sujudnya melainkan sembahyang itu menjadi penebus dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar dan yang demikian itu sepanjang masa” (Riwayat Muslim dari Uthman r.a.)

7 Petala langit mengutuk orang yang selalu melakukan zina


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs590.snc3/31100_128980950456917_100000350392863_256967_5547371_n.jpg
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur didalam neraka dapat mengganggu ahli neraka lainnya kerana sangar busuk” (Riwayat Al-Bazzar)

Gambar penyiasat fatah melakukan zina bersama wanita israeil


Petugas abbas bukan sahaja berani membunuh umat Islam Palestin malah sanggup melakukan perbuatan zina dengan pegawai wanita israeil.
sila layari : http://gulooha.blogspot.com/2010/02/blog-post_6988.html
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/08/d981d987d985d98a.jpg?w=152&h=121
Pegawai yang telah membongkar rahsia pegawai mahmud abbas yang terlibat.
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/08/s2.jpg?w=300
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/08/s3.jpg?w=300
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/08/1h.jpg?w=300
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/08/10.jpg?w=300
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/08/12h.jpg?w=300
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/08/ss1.jpg?w=300
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/08/ss2.jpg?w=300
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/08/h7.jpg?w=300
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/08/5h.jpg?w=300
وثائق لتزوير المشروعات الإقتصادية وسرقة الأموال العامة
Bukti : Maklumat menunjukkan mahmud abbas mencuri harta rakyat.
يو بي اي: بثت القناة العاشرة للتلفزيون “الإسرائيلي” امس الثلاثاء تقريرا تحت عنوان ‘فتح غيت’ حول أعمال فساد في السلطة الفلسطينية وخصوصا في مكتب رئيسها محمود عباس استعرضت فيه مستندات وصورا تتهم مدير مكتب الرئيس الفلسطيني رفيق الحسيني بالفساد والتحرش الجنسي.
واستند التقرير الذي أعده المحلل في القناة العاشرة للشؤون العربية تسفيكا يحزقيلي إلى مستندات ووثائق دأب على جمعها المسؤول عن مكافحة الفساد في جهاز الإستخبارات الفلسطيني فهمي شبانة التميمي على مدار الأعوام الستة الماضية.
وأشارت القناة إلى أن التميمي هو المسؤول الذي عينه محمود عباس رئيس السلطة للتحقيق في الفساد.
مزيد من الوثائق
وظهر التميمي في التقرير وقال انه تم تقديم الوثائق والأدلة على أعمال الفساد ومنفذيها إلى عباس ووجه تحذيرا بأنه في حال لم يتخذ الرئيس الفلسطيني إجراءات ضد المتهمين بهذه الأعمال خلال أسبوعين فإنه سيكشف للقناة العاشرة للتلفزيون “الإسرائيلي” المزيد من الوثائق.
وقال التميمي بالعربية خلال تقرير القناة العاشرة ‘أنا أتوجه للأخ أبو مازن. اليوم أعلنت عن جزء بسيط مما لدي تجاه بعض الفاسدين ماليا وأخلاقيا، ولكن بعد أسبوعين من النشر سوف أعلن عن معلومات أكثر خطورة وأكثر دقة، مسندة بالبينات على نفس هذه القناة التلفزيونية حتى تتم ملاحقة كل الفاسدين وفي الوقت ذاته محاسبة رفيق الحسيني’.
وأضاف التميمي أنه طالب مرارا باتخاذ إجراءات ضد المتهمين بتنفيذ أعمال الفساد والسرقات إلا أنه لم يتم اتخاذ أية إجراءات ضدهم ولذلك قرر التوجه إلى الإعلام.

15 Fahaman yang membawa kepada Murtad atau keluar daripada Islam


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs237.snc4/39184_1348074145088_1328357898_2368842_3283377_n.jpg
  1. Beri’tiqad atau berfahaman agama islam bukan agama ciptaan Allah SWT tetapi ianya agama ciptaan Nabi Muhammad SAW.
  2. Berfahaman agama Islam adalah sama seperti agama-agama lain di dunia ini.
  3. Berkeyakinan agama lain lebih baik dan lebih sempurna daripada agama Islam.
  4. Berfahaman undang-undang Islam hanya layak dan boleh dipakai untuk zaman Nabi Muhammad SAW shaja.
  5. Berfahaman Nabi Muhammad SAW diutuskan hanya untuk umat arab sahaja.
  6. Dunia dan semua makhluk yang wujud didunia ini, dicipta oleh berbagai tuhan bukan Allah SWT sahaja.
  7. Berfahaman dunia ini adalah semulajadi dan terjadi dengan sendiri bukan ciptaan Allah SWT.
  8. Berfahaman tiada kehidupan selepas mati, Syurga dan Neraka adalah khayalan manusia sahaja.
  9. Berfahaman bahawa Nabi Muhammad SAW bukan Rasulullah atau Utusan Allah SWT.
  10. Mempercayai kewujudan nabi lain selepas Nabi Muhammad SAW.
  11. Berfahaman undang-undang Islam adalah zalim, tidak sesuai dizaman ini atau sudah lapuk di telan zaman.
  12. Mempercayai Allah SWT mempunyai anak dan isteri.
  13. Berfahman manusia tidak akan dibangkitkan selepas kematian dan tidak ada lagi alam selepas alam dunia.
  14. Mempercayai roh orang mati hidup semula dalam berbagai bentuk, sama menjadi manusia baru atau binatang, pokok dan sebagainya.
  15. Mempercayai aqidah lain selain daripada aqidah Islam.
Kitab Mencapai Ma’rifat m/s : 300

7 Perbuatan yang menyebabkan Kafir


http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=32430
  1. Menyembah patung dan sebagainya.
  2. Sujud kepada makhluk melebihi daripada sujud sebagai tanda hormat.
  3. Mengamalkan ibadat bukan ibadat orang Islam seperti upacara hindu, kristian dan sebagainya.
  4. Mengingkari ibadat-ibadat wajib yang telah Allah SWT wajibkan keatas hamba-hamba seperti kewajiban solat, kewajipan zakat dan sebagainya.
  5. Hidup mengikut cara hidup orang-orang kafir sepenuhnya seperti dalam bidang makan, minum, pakaian,  adat resam, pergaulan, nikah dan sebagainya.
  6. Pada diri seseorang  yang tidak  nampak ciri-ciri keislaman  pada kehidupan seharian, malah pakain dalam kehidupan seharian hampir menyamai pakaian orang-orang bukan Islam.
Kitab Mencapai Ma’rifat. m/s : 301.

Botak masalah keturunan






SETIAP kali menyisir rambut, hati Muzliana Safuan, 27, pasti merintih. Umpama igauan ngeri, ikal rambutnya yang gugur semakin banyak, rambutnya semakin menipis sekali gus mendedahkan bahagian tengah kepalanya.
“Sudah banyak cara saya lakukan untuk melebatkan rambut. Daripada penggunaan syampu berjenama terkenal, tonik rambut berasaskan herba, petua tradisi hingga ke rawatan pakar tetapi semuanya gagal.
“Keadaan ini sangat merisaukan lebih-lebih lagi saya bakal mendirikan rumah tangga beberapa bulan lagi. Mujur, saya memilih untuk bertudung sejak sekolah, jadi hanya keluarga dan kawan rapat yang mengetahui masalah saya,” kata Muzliana.
Tambah penjawat awam tersebut, masalah tersebut menyebabkan dia berasa kurang yakin untuk berhadapan dengan bakal suami dan keluarga mentua.
Masalah keguguran rambut ekstrem bukan sahaja dirasai Muzliana tetapi ramai lagi wanita mengalami episod ngeri itu.
Bagi individu yang berpegang kepada konsep rambut mahkota wanita, mereka pasti ghairah untuk memiliki rambut yang sihat dengan gaya terkini.
Menjawab masalah keguguran rambut tersebut, Presiden Persatuan Sains Rambut Malaysia, Dr. Steven Chow berkata, menjaga rambut tidak cukup dengan hanya bersyampu tiga kali seminggu.
Jelas beliau, kulit kepala juga memerlukan perapian dan vitamin yang cukup untuk kekal sihat tanpa sebarang masalah seperti kegatalan, kelemumur dan jangkitan kuman.
“Ramai pihak beranggapan silap memilih syampu, pengambilan serbuk perasa (monosodium glutamate) dalam masakan serta faktor penuaan sebagai sebab utama keguguran rambut, namun itu hanya penyebab sampingan.
“Realitinya, tekanan (stress) dalam kerjaya atau kehidupan menjadi pencetus kepada masalah keguguran rambut yang serius terutama membabitkan golongan lelaki,” jelas Steven.

MASALAH botak bukan hanya terhad kepada lelaki tetapi wanita turut mengalami fenomena sama.


Genetik
Menurut beliau, pola keguguran rambut lelaki (MPHL) yang biasa terjadi pada kaum Adam sering dikaitkan dengan faktor genetik.
“Mungkin ramai tidak menyangka botak tiada kaitan dengan faktor genetik, tetapi hakikatnya, keturunan kerap menjadi punca keguguran rambut.
“Ia boleh diwarisi daripada sebelah ibu atau bapa dan boleh berlaku terhadap lelaki ataupun wanita. Kedua-duanya cenderung untuk mewarisi gen botak,” ujar Steven.
Akibat daripada warisan gen rambut gugur tersebut, individu terlibat berisiko tinggi untuk berdepan masalah keguguran rambut yang mampu menipiskan rambut namun tidak semuanya berakhir dengan botak.
Namun, keadaan yang dikenali sebagai androgenetic alopeciaini boleh bermula pada usia belasan tahun, 20-an atau 30-an.
Dalam satu kajian jelas Steven, hampir 50 peratus anak-anak kepada lelaki atau wanita botak akan mewarisi gen tersebut.
“MPHL terjadi secara berperingkat-peringkat. Masalah itu bermula dari kawasan tengah kepala, ia mampu merebak hingga ke seluruh kepala. Ramai lelaki memilih untuk berdiam diri dan tidak berasa ia satu keperluan untuk berjumpa dengan doktor hanya kerana masalah rambut semakin menipis.
“Malah, lebih 80 peratus lelaki tidak tahu apa itu MPHL dan menganggap ia berlaku kerana faktor usia sedangkan masalah ini tidak akan melarat jika dirawat daripada awal,” katanya.
Steven menyarankan individu yang mengalami MPHL mendapatkan rawatan berkesan dengan menangani punca asas masalah tersebut.
Masalah keguguran rambut yang berisiko terjadi kepada setiap orang berkenaan turut mendorong ramai penyelidik untuk tampil menjalankan kajian.
Antaranya, beberapa ahli akademik dari dua universiti di Jerman iaitu Universiti Bonn dan Universiti Dusseldorf menjalankan kajian mengenainya. Mereka mendapati gen botak sememangnya diwarisi.
SELEBRITI Britney Spears membotakkan kepala kerana ingin membuat kejutan manakala Syarifah Amani membotakkan rambut untuk memenuhi kehendak skrip filem yang dilakonkannya.


Gelembung berair
Sekumpulan penyelidik di Victoria, Australia mendapati, keguguran rambut di bahagian tengah dan hadapan kepala meningkat selari mengikut usia. Ia memberi kesan sehingga 57 peratus wanita dan 73.5 peratus kepada lelaki yang berusia 80 tahun ke atas.
Laman sesawang Perpustakaan Medem Medical turut melaporkan, kira-kira 40 juta lelaki di Amerika Syarikat berdepan dengan masalah MPHL.
Menurut laman tersebut, seorang daripada empat lelaki mulai botak pada usia 30 tahun, dua pertiga mulai botak pada usia 60 tahun ke atas. Tambah laman itu, nisbah untuk mendapat gen botak adalah empat dalam setiap tujuh orang.
Selain tekanan dan faktor genetik, faktor pemakanan tidak seimbang, penyakit tiroid, masalah sistem imunisasi, pengambilan dadah atau ubat-ubatan tertentu, kurang penjagaan rambut, trauma dan jangkitan kulit kepala boleh menyumbang kepada keguguran rambut dan botak.
Pertumbuhan rambut individu dewasa yang dipengaruhi oleh hormon seks iaitu androgen boleh mengalami fasa pertumbuhan di antara dua hingga enam tahun dengan kepanjangan kira-kira 0.35 milimeter (mm) sehari. Selepas fasa tersebut, proses pertumbuhan akan berehat untuk beberapa bulan.
Rambut yang sihat dan normal memiliki beberapa ciri khas seperti berkilat, mudah lentur, tidak mudah patah dan boleh menyerap air.
Keguguran rambut di antara 50 hingga 100 helai sehari adalah normal namun jika ia tidak dipantau, keguguran mungkin akan menjadi lebih serius lebih-lebih lagi jika individu tersebut berada dalam kelompok berisiko tinggi untuk botak.
Jika terdedah kepada persekitaran kotor dan berhabuk, kulit kepala yang sering gatal boleh mendapat jangkitan kuman atau alahan kepada bahan kimia.
Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, ruam akan timbul dan bagi kes serius, gelembung berisi air kesan daripada radang kulit akan terbentuk. Pada peringkat ini, individu tersebut boleh mengalami kebotakan serius.

RAMBUT palsu sering menjadi pilihan terutamanya membabitkan wanita dalam menyembunyikan masalah rambut masing-masing.


Sementara itu, Ketua Trikologi Pusat Rambut Svenson, Teo Kim Teik berpendapat. untuk mendapatkan rambut yang sihat, amalan mengambil makanan seimbang sangat penting.
“Meninggalkan diet secara keterlaluan boleh menyebabkan keguguran kerana hampir 90 peratus komponen rambut terdiri daripada protein.
“Diet yang tidak sihat dan kurang mengambil protein akan menjadikan rambut lemah dan mudah gugur. Banyakkan pengambilan zat seperti kalsium dan zink kerana ia boleh menyihatkan rambut,” katanya.
Penjagaan kebersihan dan kesihatan rambut juga tidak boleh diabaikan. Rutin bersyampu sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan pemilihan sikat yang sesuai mampu mengurangkan risiko keguguran rambut.

Gadis 14 tahun mula kelilingi dunia




BOT yang dikemudi Laura Dekker belayar meninggalkan Pelabuhan Den Osse, Belanda semalam.


DEN OSSE, Belanda – Seorang gadis Belanda, Laura Dekker (gambar) berusia 14 tahun yang berhasrat menjadi manusia termuda belayar mengelilingi dunia secara solo memulakan pelayarannya semalam.
Remaja tersebut menyatakan, dia tidak gentar untuk melakukan pelayaran sukar itu.
Laura meninggalkan pelabuhan di sini, barat daya Belanda beberapa hari selepas memenangi kes mahkamah bagi meneruskan pelayaran selepas ditentang pelbagai pihak.
Sebelum ini pihak berkuasa kebajikan kanak-kanak khuatir dia terlalu muda untuk pelayaran tersebut.
”Saya bukannya takut,” kata gadis berambut perang itu sambil tersenyum di hadapan kamera semasa mengemudi perahu layar sepanjang 11.5 meter dinamakan Ketch Guppy.
“Sebaliknya, saya sangat gembira,” tambahnya.
Sebagai permulaan, gadis itu akan membuat pelayaran percubaan menuju ke Portugal dengan ditemani bapanya, Dick.
Dekker menyatakan, dia akan melakukan yang terbaik untuk memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh seorang remaja perempuan Australia, Jessica Watson pada Mei lalu.
Jessica menamatkan pelayaran mengelilingi dunia beberapa hari sebelum dia menyambut hari jadi yang ke-17 tahun.– AFP

Buaya purba makan mengunyah



PARIS - Sekumpulan saintis antarabangsa semalam mengumumkan penemuan satu spesies baru buaya purba yang memiliki gigi untuk mengunyah makanan dengan menjadikan darat sebagai habitat.
Seorang profesor di Universiti Ohio di Athens, Greece, Patrick O'Connor yang mengetuai kajian itu berkata, rangka lengkap reptilia tersebut berusia 100 juta tahun ditemui di lembangan lurah Rukwa, Tanzania pada 2008 lalu.
Reptilia itu dinamakan Pakasuchus kapilimai daripada perkataan paka bererti kucing dalam bahasa Swahili Afrika dan souchos iaitu buaya dalam bahasa Greek manakala Kapilimai merujuk kepada nama seorang pakar purba dari Tanzania, Saidi Kapilima. - Agensi

Kereta Bugatti RM95j dipamerkan



GAMBAR menunjukkan kereta Bugatti 57SC Atlantik.


OXNARD, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah kereta klasik Bugatti tahun 1936 yang dijual baru-baru ini pada harga lebih AS$30 juta (RM95 juta) kini dipamerkan di Muzium Automotif Mullin, di negeri California, kelmarin.
Pihak pengurusan muzium menyatakan cuma tiga buah kereta Bugatti 57SC Atlantik itu pernah dikeluarkan dan kenderaan pertama dibeli oleh seorang bangsawan Britain, Lord Victor Rothschild yang berasal dari London.
Pada tahun 1939, kereta itu dihantar semula ke kilang pengeluarannya untuk dipasang satu peralatan.
Antara pemilik kereta unik itu termasuk seorang doktor, Peter Williamson yang membayar sebanyak AS$59,000 (RM187,000) untuk kenderaan itu pada 1971 sebelum membaik pulih kenderaan tersebut.
Selepas beberapa kali bertukar tangan, kereta itu dijual semula pada Mei lalu dengan syarikat Gooding & Co. menjadi orang tengah.
Kereta itu dibeli oleh seorang pembeli tidak dikenali pada harga antara AS$30 juta (RM95 juta) hingga AS$40 juta (RM126.7 juta). - AP