Pages

Wednesday, April 14, 2010

Lipan

Teringat aku disuatu malam dibulan ramadan, ketika

solat tarawikh dikampung tok aku di Paya Keladi Tengah,
 Kepala Batas. Di situ ada sebuah surau lama yang diperbuat
 dari kayu. Dibawah surau itu ada banyak kayu , papan
 dan zing tersusun. Kayu dan papan ini adalah untuk membuat 
' balai ' ketika kenduri kendara. Sekarang sudah tidak pakai 
balai lagi. Kebanyakan orang kampung sekarang lebih suka 
 sewa khemah ketika buat kenduri kendara. Apabila banyak
kayu dibawah surau ini banyaklah lipan tinggal dicelah-celah 
kayu ini. ketika orang-orang kampung tengah solat tarawikh
 kelihatanlah seekor lipan merayap-rayap didinding surau di saf 
paling hadapan sekali. Betul- betul depan aku. Masa solat
 tarawikh itu aku takut tengok lipan kat dinding depan aku tu
turun kepada aku. Solat pun tak khusyuk sebab takut disengat lipan. 
Lama kelamaan lipan pun turun kelantai, masa itu kami tengah
 duduk tahiyat akhir. Masa baca tahiyat akhir jari telunjuk 
menghala kedepan seolah-olah menunjuk kearah lipan itu.
 Lipan itu merayap didepan aku tapi tidak datang padaku.
Lipan itu merayap pergi kepada member sebelah aku. 
Lipan itu merayap hendak masuk bawah lutut kanan  member
aku. Dengan menggunakan jari telunjuknya dia menguis lipan itu
kearah member sebelahnya. Apa lagi melompat lah member yang 
sorang lagi tu kerana lipan masuk bawah kain dia. Habis selerak 
jemaah lari dari lipan. Lipan itu lari kesana-sini nak selamatkan diri. 
Akhirnya lipan itu berjaya dibunuh dan dibuang ketanah.
Begitulah ceritanya. sambung balik solat tarawikh. Selepas tu makan
 moreh.Itu cerita masa dulu. Sekarang suraupun dah
berubah. Dibahagian bawah surau itu sudah dibubuh simen semuanya.

PENYAKIT KESEPIAN


Kesepian biasanya dikaitkan dengan kehidupan bersendirian, tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak memperdulikan apa yang berlaku di sekeliling. Ramai orang tidak sedar bahawa kesepian boleh menimpa sesiapa sahaja termasuklah orang yang nampaknya aktif di dalam masyarakat dan sentiasa dikelilingi oleh orang ramai. Kesepian bukanlah benteng yang memisahkan jasmani seseorang daripada orang lain. Ia adalah suasana dalam jiwa. Benteng berada di dalam jiwa bukan berada di luar tubuh badan. Orang boleh berada di tengah-tengah hingar bingar pasar tetapi jiwanya berasa kesepian. Orang boleh berada di tengah-tengah hilai ketawa keluarga tetapi jiwanya berasa sepi. Orang boleh berada di tengah-tengah kesibukan pekerjaan tetapi jiwanya masih berada sepi. Orang yang gemar bersendirian pula tidak bermakna dia kesepian. Seorang pengarang lebih suka bersendirian dengan mesin taipnya tanpa dia berasa kesepian. Seorang penyair lebih suka bersendirian dengan kertas dan kalamnya tanpa dia berasa sepi. Seorang ‘abid lebih suka bersendirian dalam bilik khalwat tanpa dia berasa sepi. Seorang pelukis lebih suka bersendirian di puncak gunung dengan kertas lukisannya tanpa dia berasa kesepian.
Lawan kepada kesepian ialah keriangan atau keceriaan. Manusia yang paling riang ialah kanak-kanak. Hujan yang turun perlahan-perlahan membuatnya riang kerana dia dapat berendam di dalam lumpur. Hujan yang turun lebat sehingga banjir masih membuatnya riang kerana dia boleh bermain sampan dan pelampung. Angin yang bertiup perlahan membuatnya riang kerana dia dapat bermain tanpa terasa keterikan panas matahari. Angin yang bertiup kencang membuatnya riang kerana dia boleh bermain laying-layang. Angin ribut juga membuatnya riang melihat pepohon menari-nari. Kerbau berlagak membuatnya riang. Arnab melompat membuatnya riang.
Oleh sebab kanak-kanak sentiasa riang dan tidak mudah dihimpit oleh kesepian maka perubahan pada jiwa kanak-kanak atau jiwa keanakan itu yang patut dikaji bagi memahami maksud kesepian. Kita perhatikan peristiwa yang menimpa Sinani. Sinani tinggal bersama-sama dengan ibunya di sebuah kampung. Dia adalah seorang kanak-kanak yang cerdik, cergas dan periang. Satu hari ibunya membawanya berjalan-jalan ke bandar. Sinani terpandang sebuah anak patung di sebuah kedai. Hatinya sangat berkenaan dengan anak patung itu. Dimintanya ibunya membelikannya anak patung itu tetapi ibunya tidak dapat membelinya kerana kesempitan wang. Sinani tidak memaksa ibunya tetapi hatinya tetap mengingini anak patung tersebut. Dia juga telah memberikan nama kepada anak patung itu. Namanya Si Comel.
Sinani berazam untuk membeli Si Comel pada satu hari nanti. Sejak hari itu Sinani mengumpulkan wang untuk Si Comel. Dia sanggup menahan lapar. Wajah Si Comel selalu di ruang matanya. Setelah lama berjimat mengumpulkan wang akhirnya Sinani berjaya mengumpulkan sejumlah yang mencukupi untuk membeli Si Comel. Satu hari dia pergi ke bandar seorang diri untuk mendapatkan Si Comelnya. Sesampai sahaja di kedai anak patung Sinani terus mengambil Si Comel, ditimang, didakap dan diciumnya. Dia benar-benar merasakan yang Si Comel sudah menjadi miliknya. Dia tidak  ragu-ragu lagi untuk memiliki Si Comel yang sudah sekian lama dia idamkan. Kemudian Sinani menyeluk sakunya untuk mengambil wang dan membayar harga Si Comel. Alangkah terkejutnya dia mendapati sakunya kosong. Rupa-ruapanya penyeluk saku sudah mengebas wang untuk membeli Si Comelnya. Dengan hati yang berat diletakkannya kembali Si Comel. Direnungnya Si Comel dengan hati yang sayu. Baharu sebentar tadi dia merasakan Si Comel sudah menjadi miliknya. Kini dirasakannya Si Comel begitu jauh sekali walaupun dia dapat memandangnya. Dia merasakan di antaranya dengan Si Comel terdapat jurang yang sangat dalam dan luas. Cita-citanya untuk memiliki Si Comel sudah musnah. Dalam keadaan sayu begitu dia terkenangkan ibunya. Apabila dia berasa sedih dia akan merebahkan kepalanya keribaan ibunya. Belaian mesra ibunya akan menghilangkan kerisauan dan kesedihan di jiwanya. Dia berjalan pulang membawa kesayuan dan berharap mendapatkan penawar pada dakapan dan belaian ibu tersayang.
Dalam perjalanan pulang Sinani terserempak dengan seekor harimau. Harimau itu mengejarnya. Dia lari dengan penuh ketakutan. Keinginan terhadap ibunya semakin kuat untuk menyelamatkannya daripada harimau yang sedang mengejarnya itu. Dia lari dan terus lari tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya dia sampai ke rumahnya. Dia masih lagi berasa sayu dan diselubungi rasa takut yang amat sangat. Dia sangat letih. Dia mahu mencurahkan ketakutan, kesayuan dan keletihannya ke atas riba ibunya. Dia mahukan belaian sayang ibunya untuk menyapu segala duka di hatinya. Dengan harapan yang menggunung itu dia menaiki tangga rumahnya. Apabila memasuki rumahnya Sinani melihat ramai orang berkumpul mengelilingi ibunya. Datang seseorang membisikkan ke telinganya. Ibunya baharu sahaja meninggal dunia. Sinani menjerit memanggil ibunya dan menerpa mayat ibunya. Ibunya tidak bergerak. Ibunya tidak menjawab seruannya. Ibunya tidak memandang kepadanya. Ibunya tidak dapat membelainya untuk menghilangkan kesedihan di hatinya. Ibunya sudah pergi buat selama-lamanya. Ibunya sudah meninggalkannya keseorangan. Dia sudah hilang segala-galanya. Apa juga perasaan yang terkandung dalam dirinya mati bersama-sama ibunya. Dia tidak berasa takut lagi. Dia tidak berasa sayu lagi. Dia juga tidak berasa keletihan lagi. Dia sudah lupakan Si Comel. Dia juga sudah lupakan harimau yang tadi mengejarnya. Sinani sudah tidak merasakan apa-apa lagi. Seluruh isi dunia ini sudah tidak bererti apa-apa lagi baginya. Jeritannya memanggil ibunya adalah perkataan yang terakhir yang keluar dari mulutnya. Kini dirinya sudah tertutup. Apa sahaja yang datang dari luar tidak dapat menembusi ke dalam jiwanya. Apa juga yang  ada dalam jiwanya tidak dapat mencari jalan keluar. Jiwanya sudah kehilangan daya rasa. Hanya satu sahaja daya rasa yang ada dalam jiwanya, iaitu dia keseorangan dan dia sudah kehilangan segala-galanya. Dia tidak memperdulikan apa yang berlaku di sekelilingnya dan tidak memperdulikan juga apa yang berlaku kepada dirinya. Dia seolah-olah berada dalam bekas kaca yang menghalang apa sahaja yang dari luar sampai kepadanya dan apa sahaja yang dari dirinya terlepas keluar. Dalam bekas kaca itulah wujud satu alam bagi Sinani. Alam itu bernama kesepian.
Jadi, kesepian adalah keadaan hati yang tidak dapat menerima bahan dari  luar dan tidak dapat mengeluarkan bahan dari dalam. Ia merupakan benteng ghaib yang memisahkan seseorang daripada dunia luar dan memisahkannya daripada dirinya sendiri. Ia terbina akibat kehilangan sesuatu yang sangat dihajati. Biasanya ia terbentuk melalui satu-satu peristiwa yang sangat kuat mencengkam hati, seperti kematian orang yang sangat dikasihi dan diharapkan. Peristiwa itu menjadi suis menghidupkan lampu kesepian dan memadamkan lampu yang mengeluarkan cahaya atau warna yang sensitif dengan suasana keliling.
Dia adalah umpama orang yang hidungnya tersumbat. Walaupun disiram dengan minyak wangi namun, kewangian itu tidak mampu dihidunya. Dia juga umpama orang yang pekak telinganya. Suara halilintar menggegar bumi tidak berupaya menggetarkan gendang telinganya. Dia adalah umpama orang yang lidahnya tidak dapat membezakan antara manis dengan masin. Dia adalah umpama orang buta yang tidak dapat melihat suasana di kelilingnya. Dia seolah-olah berada dalam bola kaca sementara isi dunia berada di luar ataupun semua isi dunia berada dalam bola kaca dan dia berada di luar.
Kesepian bukan sahaja menimpa jiwa kanak-kanak. Orang dewasa juga boleh dihinggapi penyakit ini. Secara umumnya manusia ini mempunyai lampu keanakan yang terus menyala sejak dari kecil Hinggalah dia tua dan mati. Seorang yang telah tua masih dapat menyertai permainan ‘bodoh’ cucu-cucunya. Dia berasa seronok dengan permainan itu seolah-olah dia juga seorang kanak-kanak seperti cucunya. Seorang yang telah dewasa berasa seronok dan gembira bila mendengar cerita tentang kelakuannya sewaktu kanak-kanak dahulu hinggakan dia seolah-olah dapat melihat keadaannya di zaman kanak-kanak itu. Inilah lampu keriangan yang menerangi jiwa seseorang. Andainya lampu ini diserkup daripada menerangi jiwa maka jiwa itu akan merasai kekosongan yang boleh membawa kepada kesepian.
Bagaimana lampu keriangan seorang dewasa boleh padam sehingga kegelapan cahaya kesepian menyelubungi jiwanya? 
Kes kajian
Sebagai bahan kajian kita kembali meneliti kisah Sukma Dewi yang tidak jadi berkahwin dengan Kamasutra. Sukma Dewi dibesarkan di dalam rumah tangga di mana ibunya menjadi nakhoda sementara bapanya menjadi ‘pak turut’. Sukma Dewi selalu melihat perkara-perkara yang tidak patut dilakukan oleh ibunya kepada bapanya. Bapanya tidak boleh ‘mengangkat muka’ langsung di hadapan ibunya. Sukma Dewi melihat kelemahan yang ada pada bapanya. Bapanya tidak berupaya menjadi pelindungnya apabila berhadapan dengan ibunya. Dalam jiwanya wujud kehausan kepada ‘bapa’ yang mampu melindunginya. Kecenderungannya kepada ‘kebapaan’ membuatnya tidak berminat dengan teman-teman lelaki di sekolahnya. Dia lebih berminat kepada guru-guru yang mampu memenuhi ketandusan ‘kebapaan’ dalam jiwanya. Kawan-kawan bapa dan ibunya selalu mengunjungi rumahnya. Mereka juga tidak menarik minat Sukma Dewi kerana kebanyakan mereka itu sama seperti bapanya, tunduk kepada ibunya.
Jejaka yang kala dengan ibunya tidak akan dapat menawan hati Sukma Dewi. Dia menganggap lelaki yang tunduk kepada ibunya sebagai lelaki yang lemah dan tidak akan berupaya menjadi pelindungnya. Sebab itu dia tidak tertarik dengan lelaki-lelaki yang cuba memikatnya, yang semuanya adalah kawan-kawan ibu dan bapanya. Tanpa disedarinya hati kecilnya mengharapkan ada ‘orang luar’ yang akan datang ‘menyelamatkannya’. Harapan ini tertanam dalam jiwanya sejak dia kecil. Sudah ada dalam alam impiannya seorang ‘putera raja’ datang berkuda lalu menyambarnya dan membawanya pergi jauh daripada kekuasaan ibunya. Sejak kecil dia sudah menyintai seorang putera raja yang akan datang kepadanya di suatu hari nanti. Bila dia meningkat remaja kerinduannya kepada jejaka impian itu semakin mendalam walaupun dia tidak tahu siapa jejaka itu dan bagaimana rupanya. Tetapi persediaan untuk menyintainya sudah tertanam dam jiwa Sukma Dewi. Dia sudah menyintai seseorang tanpa nama tanpa rupa.
Satu hari datang seorang lelaki ke rumah Sukma Dewi. Lelaki itu tidak pernah ditemuinya tetapi sering didengar cerita mengenainya. Ibunya selalu memuji-muji lelaki tersebut. Kedatangan lelaki itu mendapat sambutan yang berbeza daripada ibunya. Ibunya tidak pernah menghormati tetamu lain seperti tetamu kali ini. Baharu pertama kali Sukma Dewi melihat seorang lelaki sejati yang dapat menundukkan ibunya. Inilah putera raja yang muncul dalam impiannya. Inilah jejaka yang dinanti-nantikannya. Kini jejaka impiannya sudah bernama dan sudah berupa. Kamasutra itulah jejaka yang dapat membawanya keluar dari kurungan ibunya. Di antara semua lelaki yang ditemuinya Kamasutra seorang sahaja yang telah membangkitkan rasa gerun dalam jiwanya. Dadanya seakan-akan mahu pecah apabila berhadapan dengan lelaki ini. Kamasutra itulah suis yang menyalakan lampu cinta dalam hatinya.
Sukma Dewi menunggu masa yang lama sebelum Kamasutra menyedari keadaan dirinya. Bila Kamasutra sudah mengerti akan perasaannya Sukma Dewi merasakan dunia ini adalah miliknya. Dia sangat bahagia sekali. Dia tahu Kamasutra sudah beristeri. Dia rela menjadi isteri kedua Kamasutra. Dia sanggup menghadapi apa juga kesusahan untuk hidup bersama-sama lelaki impiannya. Hatinya yang sekian lama gersang kini sudah disirami oleh hujan. Dia lena dibuai oleh mimpi indah.
Sukma Dewi tersentak dari lamunannya. Ibunya menyuruhnya memaksa Kamasutra agar menceraikan isterinya jika mahu berkahwin dengan Sukma Dewi. Sukma Dewi tersentak. Baharu dia sedar rupa-rupanya menyintai suami orang bukanlah sesuatu yang mudah dan indah. Tetapi perasaan cinta masih kuat menguasai jiwanya. Sukma Dewi lebih tersentak lagi apabila satu hari Datin Sukasih menemuinya. Tubuhnya kedinginan apabila bersalaman dengan perempuan yang mungkin menjadi madunya. Datin Sukasih bercakap dengan lemah lembut, merendah diri dan kadang-kadang menangis. Dia meminta Sukma Dewi berkorban demi menyelamatkan rumah tangganya yang sudah didirikan lebih daripada dua puluh tahun. Anak-anaknya juga sudah ramai. Apakah Sukma Dewi sanggup melihat perempuan lain menderita bersama-sama anaknya. Bukankah Sukma Dewi juga seorang perempuan. Tentu dia dapat merasakan apa yang dirasai oleh perempuan lain.
Sukma Dewi berperang dengan dirinya sendiri. Dia dapat merasakan penderitaan yang dialami Datin Sukasih. Dia berasa bersalah menyebabkan rumah tangga orang bergoncang. Jiwanya semakin tertekan apabila ibunya asyik mendesaknya supaya memaksa Kamasutra menceraikan isterinya. Sukma Dewi tahu yang Kamasutra tidak akan berbuat demikian. Dan dia sendiri tidak tergamak melihat perkara itu berlaku. Perasaannya berbelah bahagi. Jiwanya terganggu. Mengapa dia ditakdirkan menghadapi semua ini? Dia tidak meminta untuk menyintai suami orang. Perasan itu datang sendiri. Mengapa orang memandang serong kepadanya. Kasih sayangnya kepada Kamasutra adalah sejati, bukan dibuat-buat, sama sejati dengan kasih sayang Sukasih ketika mula-mula bercinta dengan Kamasutra dahulu. Sukasih bertuah kerana bila lampu cintanya menyala Kamasutra berada di sampingnya, untuknya seorang, tanpa persaingan. Sukma Dewi pula bernasib malang. Ketika lampu cintanya menyala Kamasutra sudah menjadi milik orang lain. Mengapa begitu malang nasibnya?
Rasa simpati terhadap diri sendiri telah tumbuh dalam jiwa Sukma Dewi. Perasaan ini menjadi racun yang melemahkan keupayaan dirinya. Racun itu bertambah kuat menguasainya apabila dia melihat sudah ada tanda-tanda pergeseran di antara ibunya dengan kekasihnya. Bapanya juga ikut masuk campur, menasihatinya agar jangan meruntuhkan rumah tangga orang lain. Dia benar-benar menyintai Kamasutra. Jiwanya semakin tertekan tetapi masih tidak cukup kuat untuk membawanya berpisah dengan Kamasutra.
Satu hari berlaku pertengkaran di antara Kamasutra dengan ibu Sukma Dewi. Ibu Sukma Dewi gagal mendesak Kamasutra menceraikan isterinya. Perempuan yang selalu menang itu menjadi berang. Malam itu Sukma Dewi berhadapan dengan singa ibunya yang membela merak peliharaan ibunya itu. Sukma Dewi diserang dengan kata-kata yang pedas dan tajam. Sukma Dewi dibelasah. Belum cukup dengan itu ibunya mengeluarkan parang untuk ‘menyembelihnya’. Sukma Dewi benar-benar berasa takut dan mengalami kesakitan yang teruk. Dia melihat keadaan huru hara berlaku dalam kehidupan semua orang akibat perbuatannya. Jiwanya yang sudah tertekan ditekan lagi hingga ke paras maksimum ketuhanannya. Dia terpaksa bersumpah untuk memutuskan hubungannya dengan Kamasutra. Dia terpaksa bersumpah untuk mentaati kehendaki ibunya itu. Sumpah itu membunuh seluruh keinginan, cita-cita, angan-angan dan harapannya. Dia sudah rela mengorbankan dirinya demi kepuasan ibu bapanya dan demi memenuhi permintaan Datin Sukasih. Dia berkorban dengan sepenuh jiwa raga. Mulai saat itu Sukma Dewi tidak ada lagi, yang ada hanyalah sebatang tubuh yang tidak lagi sensitif dengan keadaan keliling. Perasaan seni dan halus yang menyemarakkan jiwanya sudah hilang. Tertutuplah hati Sukma Dewi dari dunia luar dan ghaiblah dunia luar dari hati Sukma Dewi. Terbinalah tembok yang memisahkan Sukma Dewi dari segala-galanya. Dia sudah kecewa mendapatkan putera raja yang sekian lama dinanti-nantikan untuk menyelamatkannya. Dia sudah berhadapan dengan harimau yang membaham jasadnya. Dia sudah mengalami ‘kematian’ dirinya sendiri. Tiupan bayu tidak lagi menyentuh kulitnya. Nyanyian burung tidak lagi menggetarkan gendang telinganya. Kilauan lampu neon tidak lagi menyentuh bola matanya. Dia sudah kehilangan segala-galanya. Sukma Dewi sudah masuk ke dalam alam kesepian.
Kesepian boleh juga menimpa ahli perniagaan yang bersemangat dan berazam membina empayar perniagaannya. Orang yang seperti ini adalah umpama seorang yang sedang membina bangunan yang tegap dan tinggi. Tiba-tiba datang bencana alam meruntuhkan bangunan tersebut. Hartanya habis, hutangnya banyak yang tidak terdaya dia membayarnya. Dia kemudian diistiharkan muflis. Sampailah dia kepada keadaan di mana dia sudah kehilangan segala-galanya. Tidak ada harta. Tidak ada tempat meminta pertolongan. Tidak ada sahabat tempat mencurahkan masalah. Dia bersendirian dan seterusnya mengalami kesepian.
Kesepian merupakan kesan yang mendalam daripada gabungan  berbagai-bagai perasaan seperti kekecewaan, putus asa, kesedihan, ketakutan dan sebagainya. Si mangsa biasanya mengalami sesuatu kejutan besar yang tiba-tiba menimpanya, yang menyebabkan mentol lampu ‘keanakan’ dalam jiwanya terbakar. Alam kesepian adalah sebuah alam yang terpisah jauh daripada alam nyata. Percubaan mengembalikan orang berkenaan kepada alam nyata adalah satu tugas yang sukar dan memerlukan kesabaran serta masa yang agak lama. Si mangsa perlu didorongkan untuk mengerti bahawa tidak mungkin wujud satu suasana di mana seseorang itu kehilangan segala-galanya. Pasti ada yang masih tidak hilang dan ada yang tidak akan hilang selama-lamanya. Jika si mangsa seperti Sukma Dewi mengakui hakikat ini maka proses pengubatannya akan menjadi lebih mudah. Dia harus diberi galakan, walaupun bersendirian, untuk menghubungkan dirinya dengan alam semulajadi. Manusia yang telah membuatnya menderita. Alam semulajadi tidak pernah mengganggunya. Dia lebih mudah menerima kehadiran alam semulajadi daripada menerima kehadiran manusia. Alam semulajadi sentiasa bersimpati dengannya. Jika dia ada minat untuk memerhatikan ombak yang memukul pantai atau melihat bunga-bunga yang sedang berkembang atau mendengar nyanyian burung-burung, itu tandanya sudah wujud satu lubang halus pada tembok atau bekas kesepiannya.
Sesuatu dari luar sudah boleh menyelinap ke dalam dan satu ruang dalam jiwanya sudah mampu berinteraksi dengan sesuatu yang di luar. Dia kemudiannya akan mencari akan kasih sayangnya yang masih tinggal. Ketika itu adiknya yang masih kecil akan menarik minatnya. Dia dapat bermesra dan mencurahkan kasih sayangnya kepada adiknya tanpa sesiapa yang cemburu kepadanya, tanpa sesiapa yang menghalangnya dan tanpa sesiapa yang sakit hati dengannya. Dia memberi yang sejati dari jiwanya dan dia menerima yang sejati juga dari adiknya. Tidak ada kepalsuan, tidak ada porak-peranda dan tidak ada kekecewaan. Semuanya adalah sejati dan murni. Ini juga yang diperolehinya daripada alam semulajadi. Adik yang masih kecil dan alam semulajadi sentiasa memberinya kesempatan untuk mencurahkan kasih sayang tanpa batas dan melayannya dengan penuh kemesraan tanpa halangan.
Bagi orang yang tergelincir ke dalam alam kesepian kerana perniagaan, saham jatuh, jadi muflis dan sebagainya harus berhenti sejenak untuk merenungi kembali apa yang disangkanya kehilangan segala-galanya. Dia mesti menjawab beberapa pertanyaan seperti: Adakah dia mempunyai isteri dan anak? Adakah dia mempunyai sahabat yang walaupun tidak dapat membantu tetapi masih sanggup mendengar? Adakah dia masih mempunyai kaki dan tangan untuk berusaha? Adakah bumi tempat dia berpijak ini masih memberinya kesempatan untuk mencari rezeki? Jawapan positif kepada soalan-soalan tersebut akan menjadi ‘sesuatu yang masih ada dengannya’. Itulah modalnya dan mulakan kembali dari sana. Perhatikan pula kepada bangunannya yang telah runtuh dan membuatnya jatuh muflis. Bangunan dia telah mengumpulkan harta untuk membina bangunan tersebut? Bagaimana pula keadaannya ketika menguasai harta itu? Pasti akan diakuinya bahawa harta yang masuk ke dalam sakunya bercampur di antara yang benar dengan yang salah, seumpama minyak bercampur dengan air. Minyak yang bercampur dengan air tidak boleh digunakan untuk menggoreng dan air yang bercampur dengan minyak tidak boleh diminum. Kedua-duanya rosak. Apabila dia menggunakan minyak yang rosak dan meminum air yang rosak maka kerosakanlah yang mengenai dirinya.
Anggapkan kerosakan dan kehancuran yang terjadi sebagai balasan Tuhan kepada kita yang tidak cermat dalam menjalani kehidupan ini dan jadikan ia sebagai iktibar untuk membina kehidupan lain. Mudah-mudahan balasan yang dikenakan di dunia mengelakkan balasan di akhirat. Sekiranya manusia mengetahui keselamatan dan keampunan yang disediakan buat mereka yang telah menerima balasan di dunia nescaya mereka meminta agar dibalaskan sekarang, bukan di hari muka. Kegagalan, kekecewaan, bala dan bencana menjadi penebus dosanya di akhirat. Tuhan Yang Maha Lemah Lembut, Maha Pengasih tidak suka menghukum hamba-Nya dua kali.
Orang yang mengalami kekecewaan, kejatuhan dam bala bencana berpeluang menemui kekudusan yang sukar ditemuinya jika dia berjaya dan sejahtera. Adik yang kecil memberikan kekudusan. Alam semulajadi memberikan kekudusan. Keperitan hidup mencungkil kekudusan. Sumber kepada segala kekudusan adalah Tuhan Yang Maha Kudus. Dia sentiasa menanti hamba-Nya yang jatuh ke dalam kesepian agar kembali kepada-Nya. Sebab itulah orang yang mampu keluar dari alam kesepian akan ikut keluar bersamanya ialah tenaga positif yang sangat kuat. Dia akan menjadi seorang manusia yang tahu memberi tanpa berfikir untuk menerima. Kesenangan tidak menghilangkan syukurnya dan kesusahan tidak mencabut sabarnya. Bahkan senang dan susah menjadi sama sahaja baginya. Pada kedua-duanya itu ada nikmat dan Hikmat yang tersembunyi. Bukan sedikit bilangan manusia yang terlalu kecewa hinggakan hampir membunuh diri kemudian mereka bangkit semula menaburkan khidmat bakti kepada manusia sejagat tanpa penat lelah tanpa meminta upah, pujian atau sanjungan. Orang yang tidak dapat keluar dari alam kesepian akan rugi dua kali, rugi di dunia dan lebih rugi lagi di akhirat.

ISTERI YANG MENGKHIANATI SUAMI

Pengkhianatan isteri terhadap suami meliputi bidang yang sangat luas. Pengkhianatan  yang paling besar ialah menyerahkan kehormatannya kepada lelaki lain. Menggunakan harta suami tanpa izinnya juga termasuk dalam istilah pengkhianatan. Melayan lelaki lain dengan penuh kemesraan sehingga suami berasa tersinggung juga boleh dikatakan sebagai perbuatan khianat. Selain itu satu amalan yang masih lagi berlaku di dalam masyarakat kita ialah penggunaan ubat-guna dan ilmu pengasih. Perbuatan begini juga boleh dianggap sebagai perbuatan khianat. Oleh kerana perbuatan curang merupakan perbuatan khianat yang paling besar maka kita tumpukan perbincangan kita kepada masalah ini. Kita ingin tahu apakah yang merasuk seorang perempuan sehingga dia tergamak menyerahkan kehormatannya kepada lelaki yang bukan suaminya.
Kajian kes
Bagi tujuan kajian, kita ikuti kisah seorang perempuan bernama Siti Muslihat. Siti Muslihat berketurunan bangsawan. Dia adalah anak yang paling dimanjai oleh ibu bapanya. Sejak kecil lagi dia dididik dengan kesedaran akan asal usul kebangsawanannya. Dia sudah biasa dilayan secara hormat oleh jiran-jiran dan kawan-kawannya. Sebagai anak manja dia boleh mendapatkaan apa yang dia ingini. Dia tidak berjaya mendapatkannya secara lembut dia akan menggunakan kekerasan. Jika dia berkenaan kepada anak patung kawannya dia akan merebut anak patung tersebut. Dia tahu jika kawannya itu mengadu kepada bapanya maka bapanya akan membayar ganti rugi. Jadi, sejak kecilnya Siti Muslihat boleh mendapatkaan apa sahaja yang dia mahu. Beginilah dia dibesarkan dan dibentuk bertahun-tahun lamanya sehingga wujudlah dua ekor binatang dalam kandang dirinya. Haiwan yang pertama ialah mereka yang kecantikan dan kemuliaannya tidak boleh ditandingi. Binatang kedua pula ialah singa yang boleh merampas apa sahaja yang dia mahu dan singa ini juga bertugas melindungi kepentingan merak. Merak boleh muncul dalam diri Siti Muslihat kerana selain daripada dia seorang yang cantik dia juga diajarkan supaya mendewa-dewakan darah kebangsawanannya. Singa pula boleh muncul kerana dia sentiasa berani dan orang lain sentiasa takut kepadanya. Dia sangat yakin kepada dirinya kerana dia sentiasa memperolehi apa yang dia mahu. Dia sangat mementingkan diri sendiri kerana dia sudah biasa dilayan sebagai orang penting. Paling kuat menguasainya ialah sifat materialistic kerana dia sudah biasa dimewahkan.
Orang-orang yang mengunjungi ibu bapa Siti Muslihat terdiri daripada berbagai-bagai golongan. Antara mereka ialah dukun-dukun atau bomoh-bomoh dan mereka yang mengamalkan ilmu kebatinan. Siti Muslihat sebagai seorang yang cerdik dan lincah suka mengambil tahu perbualan orang tua. Bila meningkat remaja dia sudah mempunyai hubungan dengan orang yang demikian.
Siti Muslihat yang sudah remaja berkenalan dengan seorang jejaka tampan bernama Mat Salleh. Siti Muslihat berasa bangga kerana memiliki seorang kekasih yang kacak dan cocok dengan dirinya. Dia mabuk dalam alam percintaan dengan Mat Salleh. Dalam asyik mahsyuk itulah Siti Muslihat mendapat berita yang memeranjat dan mengecewakannya. Mat Salleh sudah mempunyai isteri. Siti Muslihat tidak mahu mengalah dan dia tidak mudah berputus asa. Dia memaksa Mat Salleh menceraikan isterinya. Mat Salleh tidak sanggup berbuat demikian dan dia juga tidak mahu melepaskan Siti Muslihat. Siti Muslihat meradang. Kemuliaan meraknya dicemarkan dan singanya diperhinakan. Tidak pernah dia berasa terhina seperti itu. Timbul azamnya untuk menyakiti hati Mat Salleh kerana dia tahu Mat Salleh masih mencintainya.
Dalam Siti Muslihat mencari-cari peluang untuk membalas dendam terhadap Mat Salleh muncul seorang jejaka dalam hidup Siti Muslihat. Jejaka ini bernama Mat Saad. Mat Saad berasal daripada keluarga yang miskin. Kehidupan yang dilaluinya dengan segala kesusahan membentuk rasa hina diri (inferiority complex) dalam kandang dirinya. Kebanyakan lelaki yang menghidapi penyakit ini suka berlagak seperti orang jantan yang kuat semangat dan mempunyai berbagai-bagai kelebihan. Dia suka menerima cabaran kawan-kawannya sebagai membuktikan yang dia mampu melakukan apa yang orang lain tidak mampu. Di satu pesta Mat Saad dicabar supaya memikat seorang gadis anak orang bangsawan. Mat Saad menerima cabaran itu dengan bangga. Gadis bangsawan yang sedang mengalami sakit hati terhadap kekasihnya itu melihat kedatangan Mat Saad sebagai kesempatan baginya membalas dendam terhadap kekasihnya. Siti Muslihat menerima kehadiran Mat Saad dengan penuh kemesraan. Mat Saad merasakan dia sudah memperolehi satu kemenangan kerana dia berjaya memikat gadis bangsawan. Ini menjadi penawar bagi penyakit rasa hina dirinya.
Perkenalan yang singkat membawa Siti Muslihat dan Mat Saad ke jinjang pelamin. Jinjang pelamin menjadi tempat pertemuan antara Siti Muslihat yang mahu membalas dendam terhadap Mat Salleh, dengan Mat Saad yang mahu membina harga diri. Siti Muslihat menjadikan Mat Saad sebagai alat untuk menyakiti hati Mat Salleh. Mat Saad pula menjadikan Siti Muslihat sebagai mahkota yang boleh dibanggakan kepada orang ramai.
Walaupun Siti Muslihat sudah berkahwin tetapi Mat Salleh masih juga mencintai dan merindui Siti Muslihat. Siti Muslihat juga masih teringatkan Mat Salleh walaupun dia berada dalam pelukan Mat Saad. Mat Salleh berbaik-baik dengan Mat Saad dan menggunakan persahabatan mereka untuk mengunjungi rumah Mat Saad bagi tujuan melihat Siti Muslihat. Mat Salleh sentiasa mencari-cari alasan untuk mengunjungi rumah Siti Muslihat, hinggakan dia berani bertandang ke rumah Siti Muslihat ketika Mat Saad tiada di rumah. Keadaan ini berlarutan sehingga pasangan Mat Saad dan Siti Muslihat mendapat seorang anak.
Mat Saad sangat menyayangi isterinya tetapi desas desus yang sampai ke telinganya membuatnya tidak dapat menahan sabar. Mat Saad menceraikan Siti Muslihat dengan talak satu. Setelah bercerai mat Saad termenung panjang. Dia rindukan anaknya yang dibawa oleh Siti Muslihat. Ketiadaan perempuan bangsawan di sampingnya menyebabkan dia tidak lagi bermahkota untuk dibanggakan. Mat Saad mengalami pergolakan jiwa yang sangat hebat. Siti Muslihat enggan membenarkannya menemui anaknya. Akhirnya Mat Saad mengalah. Dia merayu agar Siti Muslihat kembali ke pangkuannya. Siti Muslihat bersedia untuk kembali kepada Mat Saad tetapi dengan berbagai-bagai syarat. Jika tidak ada kepercayaan suami isteri rumah tangga tidak akan bahagia, demikian kata Siti Muslihat. Kalau Mat Saad percaya kepadanya Mat Saad tidak patut mendengar fitnah dan mencurigainya, demikian tambah Siti Muslihat. Mat Saad haruslah faham isterinya mempunyai ramai kenalan. Tidak patut Mat Saad cemburu kepada kawan-kawan Siti Muslihat sedangkan mereka juga adalah kawan Mat Saad. Mat Saad menerima sahaja walau berapa lori syarat yang dikenakan oleh Siti Muslihat. Dia berjanji tidak akan cemburu dan tidak akan curiga lagi terhadap isterinya. Dia akan memberikan kepercayaan penuh kepada isterinya. Pasangan Mat Saad dan Siti Muslihat pun kembali bercantum.
Selepas rujuk Mat Saad benar-benar berpegang dengan janji-janjinya. Dia tidak sedikitpun menunjukkan rasa cemburu dan curiga terhadap Siti Muslihat. Dia tidak mahu lagi kehilangan mahkota dan anak kesayangannya. Siti Muslihat diberi kebebasan penuh. Dia boleh pergi ke pesta sendirian sementara Mat Saad menjaga anak di rumah. Dia boleh pergi ke mana sahaja, menumpang kereta sesiapa sahaja atau membonceng motosikal sesiapa sahaja. Mat Saad tidak akan cemburu. Dia boleh bergurau, mencubit, menampar atau bertolak-tolakan dengan sesiapa sahaja, Mat Saad tidak akan cemburu. Tetamu yang datang ke rumah mereka bebas masuk hingga ke dapur atau ke bilik tidurnya untuk memanggil Siti Muslihat, Mat Saad tidak akan cemburu.
Walaupun Mat Saad tidak lagi menunjukkan tanda-tanda cemburu namun, pengalaman diceraikan sekali sudah cukup untuk membuat Siti Muslihat mencari muslihat. Ketika remajanya dia sudah biasa dengan ilmu menundukkan suami. Kini tiba masanya dia mengulang kaji pelajarannya dan mengamalkannya. Siti Muslihat mula memberikan bekalan ubat guna-guna kepada suaminya. Sejauh manakah kesan ubat guna-guna? Kita tidak bercadang untuk membincangkan keberkesanan ilmu bomoh atau dukun. Cuma kita ingin singkapkan beberapa fakta tentang tubuh badan manusia dan kesan terhadapnya apabila dimasukkan benda asing ke dalamnya. Tubuh manusia berjenis-jenis seperti manusia itu berbagai-bagai bangsa. Darah, daging dan anggota yang sesuai dengan jenisnya sahaja boleh diterima oleh tubuh seseorang. Manusia mempunyai darah yang tergolong kepada salah satu daripada empat kumpulan iaitu A, B, AB dan O. Darah kumpulan A hanya boleh menerima darah kumpulan A dan O. Darah kumpulan B hanya boleh menerima darah kumpulan B dan O sahaja. Darah kumpulan AB boleh menerima darah semua kumpulan. Darah kumpulan O hanya boleh menerima darah kumpulan O sahaja. Kemasukan darah yang tidak sesuai menyebabkan seseorang itu berasa seram sejuk, demam, kegelisahan, susah bernafas, kepada seakan-akan mahu pecah, sakit yang kuat pada bahagian tengkuk, dada dan bahagian belakang. Orang berkenaan boleh berasa cemas, kulitnya tegang dan sejuk, denyutan nadi menjadi cepat, tekankan darah menurun, berasa loya dan muntah-muntah, tetapi kebiasaannya tidak menyebabkan kematian. Jika darah yang tidak sesuai ditolak oleh tubuh begitu dengan bahagian tubuh yang lain. Biasanya dalam pembedahan plastik doktor menggunakan bahagian daripada pesakit sendiri untuk ditampalkan pada bahagian yang tercedera. Ini kerana bahagian tubuh manusia lain yang tidak sesuai akan menjadi musuh kepada tubuh pesakit. Pemindahan anggota seperti jantung, mata dan lain-lain hanya dibuat setelah anggota pemberi boleh diterima oleh tubuh penerima. Jika tubuh pesakit menolak anggota asing tetapi ia dipaksa juga menerimanya akan berlakulah kerosakan kepada tubuh pesakit.
Dalam pembuatan ubat guna-guna ada dukun yang menggunakan darah manusia dan bahagian tubuh mayat manusia. Ada yang menggunakan tulang orang mati untuk dijadikan serbuk. Ada pula yang membakar dagu orang mati untuk mendapatkan minyaknya dan banyak lagi cara penggunaan anggota manusia yang sudah mati dalam ilmu dukun yang sesat. Bahan-bahan beginilah yang diberi makan oleh isteri kepada suaminya (tanpa si isteri mengetahui keadaannya yang sebenar). Seorang suami itu dimasukkan ke dalam tubuhnya dengan anggota daripada manusia lain. Terjadilah peperangan dalam diri orang berkenaan. Askar musuh akan cuba mengalahkan pertahanan tubuh tuan rumah. Bila bahan yang demikian dibekalkan terus menerus bertahun-tahun lamanya, maka askar musuh yang mendatang itu menjadi sangat kuat dan menguasai tubuh orang berkenaan. Berlakulah kerosakan kepada sistem semulajadi tubuhnya yang juga memberi kesan kepada jiwanya. Kerosakan yang paling teruk dihadapinya ialah tenaga batinnya menjadi lemah. Boleh jadi dia akan sampai kepada peringkat tidak mampu langsung mengeluarkan tenaga batinnya. Inilah akibat daripada ilmu pelemah suami. Orang yang lemah dan boleh dikuasai adalah orang yang lemah jiwanya dan batinnya, bukan sekadar lemah badannya. 
Orang yang sering dibekalkan bahan-bahan asing ke dalam tubuhnya akan menjadi gian seperti penagih dadah. Sel-sel dalam tubuh penagih dadah sudah biasa dan selesa dengan dadah. Tanpa dadah badannya akan memberontak. Darah, daging, tulang dan seluruh bahagian tubuhnya mahukan dadah kerana sistem tubuhnya sudah bertukar menjadi sistem yang diperkuatkan oleh dadah. Tanpa dadah ia akan menjadi lemah. Begitu juga yang terjadi kepada mangsa ubat guna-guna. Isteri yang melihat suami yang sudah tidak sedikitpun “mengangkat muka” memberhentikan bekalan ubatannya. Pada masa ini si suami akan mengalami berbagai-bagai kegelisahan yang amat sangat. Tubuhnya lemah, tidak bermaya, tidak bersemangat, selalu menggeletar dan perasaannya tidak menentu. Si suami itu akan sampai kepada peringkat di mana dia tidak lagi berupaya menunaikan nafkah batin terhadap isterinya. Ketika inilah si isteri akan berasa kesunyian dan mengalami kekosongan yang sangat mendalam. Ia mendorong isteri untuk mencari kepuasan dengan lelaki lain.
Dalam meneliti kisah Mat Saad kita dapati dia bukan sahaja dilemahkan oleh bahan-bahan asing. Sikapnya yang menekan jiwanya sudah cukup untuk melemahkannya. Bukannya Mat Saad tidak mempunyai perasaan cemburu dan curiga. Dia hanyalah manusia biasa. Tetapi dia tidak berani  menyatakan perasaan tersebut. Perasaan itu dipendamkannya sendirian. Memendamkan perasaan merupakan satu pertarungan hebat dalam diri sendiri. Dia banyak menggunakan kekuatan dan tenaganya untuk berlawan dengan dirinya sendiri bagi memenuhi tuntutan Siti Muslihat. Dia sendiri yang melemahkan dirinya zahir dan batin.
Mat Saad sudah terlalu lemah. Siti Muslihat sedang kesunyian. Mat Salleh masih mengekori Siti Muslihat. Bila ada kesempatan Mat Salleh akan menerkam. Siti Muslihat pula, sebagai seorang yang berharta, boleh mendapatkan khidmat daripada beberapa orang yang dikehendakinya di samping khidmat Mat Salleh. 
Bila diikuti kisah Siti Muslihat maka kita temui bahawa kesilapan pada dasar pembinaan rumah tangga mengundang datangnya berbagai-bagai kesilapan yang lain. Dasar atau asas itu sangat penting bagi mendirikan bangunan yang kuat dan teguh. Pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga perlulah terlebih dahulu mencairkan tenaga-tenaga perosak yang terbentuk dalam diri masing-masing. Jangan jadikan rumah tangga sebagai kancah peperangan askar yang berlainan ideologi, terjadi takluk menakluki. Dalam peperangan bukan pihak yang kalah sahaja menderita pihak yang menang juga boleh mengalami kecederaan.
Bagaimana mengubati Siti Muslihat? Dia hanya boleh diubati jika dia insaf dan bertaubat. Dia perlu menyelam ke dalam lautan kehidupannya dan melihat bagaimana dia boleh dikuasai oleh tenaga-tenaga perosak. Dia perlu mengasingkan tindakan yang sebenarnya direstui oleh akalnya daripada tindakan yang dirangsangkan oleh tenaga perosak yang ada dalam dirinya. Dia perlu melihat bahawa kebanyakan tindakannya adalah hasil daripada rangsangan tenaga perosak yang menguasainya bukan keinginan dirinya sendiri. Dia mesti melihat bahawa dia yang menjadi alat bukan dia yang menguasai alat. Dia mesti mengeluarkan ‘Mat Salleh’ daripada hidupnya. Dia mesti sedar bahawa permusuhannya dengan Mat Salleh secara diam-diam itu telah banyak merosakkan dirinya dan rumah tangganya. Dia juga mesti sedar bahawa jika permusuhan itu berlanjutan maka akan lebih banyak kerosakan yang terjadi. Hari ini dia masih boleh mengawal keadaan mungkin esok dia pula yang akan dikawal. Sementara dia masih boleh mengawal inilah dia seharusnya bertindak membaiki keadaan.
Anggapkan perjalanan kehidupan ini sebagai kita sedang memandu. Kereta mempunyai brek. Siti Muslihat seharusnya tahu menggunakan brek supaya keretanya tidak terhumban ke dalam gaung. Kereta juga mempunyai cermin untuk melihat ke belakang. Sekali sekala tolehlah ke belakang. Lihat kenderaan yang ada di belakang sama jangan asyik melihat kenderaan yang di hadapan sahaja. Jalan raya mempunyai polis trafik yang selalu memasang perangkap had laju. Sudah ramai pemandu yang terperangkap dan kena saman. Ketika masih ada pilihan buatlah pertimbangan yang wajar. Pandanganlah kepada suami yang tidak berdosa. Dia terpaksa menanggung berbagai-bagai penderitaan. Lihatlah betapa kasihnya dia kepada Siti Muslihat. Siti Muslihat patut menutup pintu hatinya sejenak daripada semua hal keduniaan dan renungkan wajah suaminya. Hidup ini hanya sementara. Tidak diketahui berapa lama lagi masa yang masih tinggal untuknya bersama-sama suaminya. Jadikan hari-hari yang tinggal sebagai hari-hari yang manis untuk si suami yang terlalu kepinginkan kasih sayang isterinya. Buangkan sandiwara dan serahkan yang tulen sahaja kepada si suami itu. Jika dia ditakdirkan menutup mata biarkan dia menutup mata di atas riba isteri yang sudah kembali kepada ketulenan. Si suami itu tidak pernah memiliki sesuatu yang sangat-sangat diingininya iaitu hati Siti Muslihat. Kasihankan kepadanya dan berikan sekeping hati yang tidak kedapatan sesiapa di dalamnya melainkan si suami itu. Itu sahaja yang dia mahu. Jangan mengecewakannya.
Siti Muslihat harus mengetahui bahawa dia adalah seorang yang memiliki berbagai-bagai kebolehan dan kelebihan. Percayalah kepada kebolehan dan kepintaran diri sendiri. Dia tidak perlu bersandar kepada tenaga lain. Tenaga yang ada dalam diri sendiri sudah mampu memerintah negeri tidak perlu dipanggil tenaga luar untuk membantu. Bantuan daripada luar menyebabkan diri sendiri terjajah. Lepaskan diri daripada belenggu  penjajahan itu.

14 kubur zaman Rome ditemui



AHLI-ahli arkeologi Mesir menggali dan menarik keluar mumia setinggi satu meter yang diperbuat daripada plaster sarcophagus yang memaparkan wajah wanita bermata besar dan berpakaian jubah yang ditemui di Oasis Bahariya, kira-kira 300 kilometer ke barat daya Kaherah, Mesir, baru-baru ini. – AP



KAHERAH 13 April – Ahli-ahli arkeologi Mesir yang menjalankan kerja-kerja menggali di sebuah lokasi yang dirancang untuk dibina pusat kegiatan belia menemui 14 kubur purba kurun ketiga sebelum Masihi termasuk satu mumia perempuan yang dihiasi dengan barangan kemas.
‘‘Kubur era Yunani-Rome di Oasis Bahariya, kira-kira 300 kilometer ke barat daya kota ini dijumpai ketika penerokaan menunjukkan ia mungkin merupakan sebahagian daripada tanah perkuburan yang lebih besar,’’ kata Kementerian Kebudayaan Mesir dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Mumia setinggi 97 sentimeter itu ditemui dalam sebuah keranda batu dengan plaster berwarna dan barangan kemas berada di dalamnya.
Ahli-ahli arkeologi yang menggali tempat itu sebelum pembinaan sebuah pusat belia turut menemui beberapa artifak lain. Kawasan berkenaan kini diletakkan di bawah pengawasan pihak berkuasa antikuiti Mesir.
‘‘Siasatan awal mendedahkan empat topeng antropoid dibuat daripada plaster, satu kepingan emas yang dihiasi dengan ukiran empat anak lelaki Horus, satu koleksi syiling dan bekas yang diperbuat daripada kaca dan tanah liat,’’ kata Ketua Ahli Arkeologi Mesir, Zahi Hawass dalam kenyataan tersebut.
Empat anak Horus iaitu Imsety, Duamutef, Hapi dan Qebehsenuef merupakan dewa zaman silam Mesir. Ukiran tersebut menunjukkan pengaruh agama kuno Mesir dalam era Yunani-Rome.
Dewa-dewa berkenaan dipercayai bertindak sebagai pelindung perut, usus dan paru-paru mumia terlibat.
Oasis Bahariya digelar sebagai Lembah Mumia Emas Mesir di mana sejumlah 17 kubur dengan 254 mumia dijumpai pada 1996. – AFP

Pejuang Kulit Hitam AS, Jadi Pendakwah.. Jihad Daud


Atas: Gambar Jihad Daud. Gambar bawah: dirakam di suatu pergunungan di Colorado AS diangkat dari blog best1of4!!!


"SAYA melihat kebebasan dengan cara pandang yang berbeda." Kata seorang yang dipilih nama untuk Jihad Daud Abdulmumit. Sambungnya, bila mengulas makna kebebasan, baginya "Adalah sesuatu yang sangat berharga memiliki kemampuan bebas untuk mengekespresikan diri sendiri dengan cara sehat dan bermanfaat.. Serta memberikan inspirasi tentang kebesaran dan kemampuan diri seseorang, tanpa adanya hambatan, diskriminasi, penindasan dan rasa dendam."
Dia menyatakan dengan pengalamannya. Pengalaman menghabiskan hampir separuh hidupnya di dalam penjara. Tempat dimana ia mengalami tindakan perkauman dan diskriminasi yang pemicu atau penggeraknyanya cuma dua. Kalau pemicunya bukan kerana ia warga kulit hitam, tentu kerana ia seorang Muslim.
Pengalaman itu membuat Jihad Daud sangat menghargai erti kebebasan, sehingga ia selalu berusaha memanfaatkan setiap detik waktunya dengan melakukan hal-hal yang bermanfaat. Beliau mendapatkan hidayah Islam ketika ia masih berada dalam tahanan. Tahun 1979, Jihad Abdulmumit yang ketika itu masih bernama David Bryant ditangkap, diadili dan dihukum penjara selama lebih dari 23 tahun.
Dia terlibat dalam organisasi 'Black Liberation Army' dan 'Black Panther Party', dua organisasi yang mengangkat senjata untuk pertahanan diri dan perjuangan pembebasan warga kulit hitam di AS.
"FBI tidak menganggap orang kulit hitam sebagai teroris, tetapi melihat mereka sebagai penjahat," kata Jihad, meski ia menjalani hukuman dengan status tahanan politik.
Empat bulan menjalani tahanan dan isolasi, Jihad Daud menemui cahaya Islam. "Saya sangat terinspirasi dan termotivasi untuk belajar bahawa Tuhan ialah Allah SWT, bukan seorang manusia, tetapi Maha Pencipta atas segala sesuatu." Katanya mengungkap dan menyingkap perasaan cinta pertamanya masa menunaikan Solat Jumaat berjamaah sebagai seorang muallaf.
Oleh komuniti tahanan Muslim di penjara, beliau diberi nama Jihad Daud Abdulmumit setelah ia mengucapkan dua kalimat syahadat. Teman-teman Muslimnya memilih nama itu keana ia adalah anggota Black Liberation Army. "Saya kira mereka berfikir nama 'Jihad' memang sesuai untuk saya," ujarnya.
Jihad mengungkapkan, salah satu dari hal-hal paling buruk di penjara adalah berada di sel isolasi selama berhari-hari. Jihad juga mengatakan bahawa ia banyak mengalami tindakan ras atau perkauman kerana ia warga kulit hitam. "Meski petugas penjara atau petugas konsultan memperlakukan anda sama seperti tahanan lainnya, tetapi tindakan ras dan kaum tetap masih terlihat jelas," ungkap Jihad.
Tetapi ketika Jihad memeluk Islam, ia bertemu "tempat berlindung" yang membantunya melalui masa-masa terberat dalam hidupnya. "Islam mengajarkan saya bahawa segala sesuatu terjadi atas kehendak Allah. Maka, saya menerima pengalaman saya di penjara dengan sikap tenang dan sabar." jelas beliau lagi.
Ia mengatakan, banyak tahanan Muslim menghadapi tindakan perkauman dengan cara yang boleh membuat mereka akhirnya dihormati oleh tahanan-tahanan lain. "Tahanan Muslim mendapat rasa hormat dari otoritas-otoritas penjara kerana kematangan jiwa para tahanan Muslim dan kedisiplinan mereka, serta sikap moral yang kami tunjukan. Otoritas penjara mengakui hal itu," tukas Jihad Daud.
Sejak bebas dari penjara, Jihad memanfaatkan hari-harinya dengan berbagai kegiatan yang bermanfaat dan tetap menjadi seorang Muslim. Kini ia menjadi seorang motivator, penulis buku dan aktif dengan berbagai kegiatan kemasyarakatan. Untuk itu Jihad Daud mengaku bahawa beliau kini menjadi seorang yang beruntung dan mampu meneruskan jihad Islami..(MRD)

Israel Sarang Mafia Terbesar Di Dunia -Dieudonné



Dieudonné M, aktor dan aktivis politik Perancis

Israel adalah sebuah sarang mafia atau penjenayah terbesar di dunia kerana masuknya dana kriminal yang sangat besar ke sana, seorang aktor Perancis menyatakan hal tersebut.
"Israel telah berubah menjadi tempat gangster, penyamun dan pencuri yang merompak dunia," kata Dieudonné M'bala M'bala, aktor dan aktivis politik Perancis, kepada Press TV. "Saya fikir Israel telah membawa mereka secara bersamaan," katanya. "Para mafia terbesar dalam sejarah umat manusia telah ditemui di sana."
Dia juga menyebutkan investor Wall Street dan multi-miliar dolar, juga seorang penipu, Bernard Madof, berjaya menghasilkan banyak wang.. ramai yang pergi ke Israel."
Dieudonné, tidak berjaya sertai pilihan raya parlimen dan Kesatuan Eropah pada banyak kesempatan dan selama dua pemilihan presiden Perancis. Dia telah berulang kali dijatuhi hukuman oleh pengadilan Perancis dan Kanada kerana membuat pernyataannya yang anti-Semit. Begitu kuatnya cengkaman mafia Israel. (AK)

Pakar Psikoterapi, Atheis & Pelakon Filem Peluk Islam.

SEORANG pakar psikoterapi terkenal India menyatakan dirinya masuk Islam pada hari Khamis lalu. Dr. Periyadarshan yang juga seorang atheis, setelah memeluk agama Islam, memakai nama Abdullah, seperti dilaporkan 'Arab News' Jumaat lalu.
Dr. Abdullah mengatakan, agama Islam adalah satu-satunya agama di dunia yang mengikuti kitab suci terus diwahyukan dari Allah SWT.
"Orang yang mempelajari perbandingan agama, yakin bahawa kitab-kitab suci agama lain tidak secara terus di wahyukan Allah kepada manusia." Tambah beliau. ".. hanya Al-Quran lah kitab suci yang masih dalam format sama seperti di wahyukan kepada nabi Muhammad SAW dari Allah SWT. Dr. Abdullah adalah seorang pensyarah jemputan di Universiti California Los Angeles.
Istimewanya, beliau juga sempat berlakon dalam filem Tamil terkenal berjudul "Karuthamma". Sebuah filem mengenai peristiwa pembunuhan bayi perempuan baru lahir yang banyak terjadi di beberapa desa-desa terpencil di India.
"Saya terkenal di India sebagai seseorang yang berideologi Atheis.. dan saya kemudian sedar hanya agamalah satu-satunya jalan keluar bagi umat manusia baik di dunia mahupun di akhirat," katanya dalam sebuah pernyataan.
Dr. Abdullah merencanakan Sabtu kelmarin (13Mac) akan melaksanakan ibadah umrah pertama ke kota-kota suci Makkah dan Madinah. (MRD)

Seks Lucah Sami Bersama Pelakon Wanita India?



Swami Nithyananda sex with actress Ranjitha

Salah laku seks sami: Polis India mungkin ke Malaysia.
Actress Ranjitha
NEW DELHI, 9 April — Polis India menimbang untuk menghantar pasukan penyiasat ke Malaysia bagi mencari bukti di sebuah ashram yang mempunyai kaitan dengan seorang lelaki dari Selatan India yang mendakwa dirinya sebagai sami serta dituduh terlibat dengan salah laku seks bulan lepas. “Hasil siasatan, kami tahu ada sebuah ashram di Malaysia (Pulau Pinang). Sekiranya ada maklumat kukuh, kami akan hantar pegawai kami ke Malaysia untuk menjalankan penyiasatan, tapi setakat ini belum ada maklumat seperti itu,” kata K.N. Yogappa, superintenden polis di Jabatan Siasatan Jenayah Bangalore dalam temu bual melalui telefon dengan Bernama hari ini. Satu pasukan peringkat tinggi polis India sedang berusaha mengumpul maklumat penting bagi menangkap lelaki berkenaan yang dirakam aksi lucahnya bersama seorang pelakon wanita dari selatan India di dalam bilik tidurnya. Rakaman aksi itu disiarkan oleh sebuah stesen televisyen berpejabat di Chennai. Berikutan pendedahan itu, polis Banglore bertindak menyiasat kes berkenaan, yang kemudiannya menemui pelbagai kesalahan lain — penipuan, seks luar tabie dan rogol. Semua kes itu telah difilkan di mahkamah India. “Kami sedang menyiasat bagimana dia mendapat wang bagi membeli 23 ekar tanah atas nama Dhyanapeetam (ashramnya). Tiada siapa akan beri tanah itu secara percuma kepadanya,” kata Yogappa. Selepas terdedah kes itu, yang mencetuskan kritikan hebat dan mendapat liputan meluas media di selatan India, sami berkenaan menghilangkan diri dari ashramnya di Bangalore. “Kami terima banyak aduan dan pita (30 pita video seks melibatkan sami itu) dari Lenin (pembantu lelaki berkenaan), tapi dia tidak mendedahkan nama mereka yang terlibat, jadi kami tak boleh dapatkan saksi. Sementara itu, di Bangalore, sebuah akhbar melaporkan rakaman filem berkenaan mendapat sambutan hangat dan cakera padat yang dikatakan mengandungi rakaman aksi lelaki tersebut dijual pada harga hampir 1,000 rupee India (RM75) seunit. — Bernama

Bintang Bola sepak Marlon King Pilih Islam Di Penjara British..


SUKAN



SEORANG bintang bola sepak Marlon King telah masuk Islam di penjara. Di penjara dia berkenalan dengan Abu Hamza, pengilang di Britian, terkenal sebagai Ulama Islam asas dan radikal. Mantan striker Liga Premier ini telah masuk Islam juga melalui bimbingan Muslim lainnya.
Mantan striker ini dipenjara setelah ia menganiaya seorang gadis dan memecahkan hidungnya. Menurut Marlon King, Abu Hamza, adalah seorang ulama yang dipenjara kerana aktiviti jihadnya. Sebagai seorang 'pahlawan' baginya. Abu Hamza dipenjara tujuh tahun sejak 2006 lagi.

Marlon King, 29 tahun, sekarang meminta teman-temannya yang lain memanggilnya dengan nama Abu Hamza Tariq. Dia menjalankan sholat lima kali sehari, menuntut daging 'Halal' di penjara dan hanya akan berbincang dengan rakan Muslim.

King, yang bermain untuk Kelab Wigan, juga telah memulai diskusi tentang serangan Sept.11 di New York dan perang di Afghanistan. Staf dan rakan di HMP Wayland, dekat Thetford, Norfolk, merasa hairan dengan tingkah lakunya.

Seorang sumber di penjara berkata,
"Marlon adalak anak nakal yang berubah menjadi rakan Muslim yang taat isetiap waktu. Dia bercakap tentang Abu Hamza sebagai pahlawannya, meskipun dia dibenci oleh orang ramai, tetapi dia tidak peduli.

"Marlon mengatakan akan mengubah keluarganya kepada Islam, jika dia keluar dari penjara akhir tahun ini.

"Ini bukan sementara.. Itu perubahan gaya hidup total. Marlon juga membaca buku-buku tentang Islam selama berjam-jam di selnya."

King atau sekarang Abu Hamza Tariq dipenjarakan selama 18 bulan sejak Oktober lalu kerana melakukan penyerangan seksual terhadap Emily Carr, 20 tahun di Soho Revue Bar, London.
King, yang sekarang mulai memakai serban, mengatakan dia akan menyumbangkan £25,000 kepada orang-orang Afghanistan untuk membantu mereka mengatasi dampak masalah konflik.

Selamat datang kedalam Islam Marlon King, semoga istiqomah dalam agama ini.

80 bilion SMS dalam setahun




SMS semakin penting dalam kehidupan sehingga ada orang sanggup menanggung risiko menaip mesej sewaktu menunggang motosikal. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Para pengguna telefon bimbit di negara ini menghantar kira-kira 80 bilion khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat mesej multimedia (MMS) tahun lalu, meningkat empat kali ganda berbanding tahun 2008.
Berdasarkan kiraan kasar, jika caj purata perkhidmatan yang dikenakan ialah 20 sen bagi setiap penghantaran, bermakna mereka sudah membelanjakan lebih RM16 bilion untuk SMS dan MMS.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, pengguna telefon bimbit tidak perlu bimbang kandungan SMS dan MMS mereka itu dipantau kerana tahap kerahsiaan serta hak peribadi pelanggan tetap dilindungi.
"Syarikat telekomunikasi tidak menyimpan kandungan SMS, MMS ataupun panggilan video pelanggan.
"Mereka hanya menyimpan log transaksi selama 12 bulan untuk tujuan pengeluaran bil jika wujud pertikaian,'' jelasnya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat semalam.

Pakai Mercedes walaupun menganggur


GAMBAR menunjukkan Davey bersama keluarganya di Isle of Anglesey, Britain.


CARDIFF - Seorang bapa kepada tujuh orang anak, Peter Davey enggan bekerja kerana dia menerima pendapatan lumayan menerusi hasil elaun sara hidup golongan penganggur kerajaan Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun dia dan isterinya, Claire, 29 menganggur, elaun sara hidup lebih £42,000 (RM207,765) setahun yang diterima mereka mencukupi untuk keluarga itu tinggal di rumah berkembar dan memiliki sebuah kereta Mercedes Benz selain sebuah kenderaan pelbagai guna.
"Mengapakah saya perlu bekerja kerana jika saya bekerja, saya belum tentu memperoleh pendapatan sebanyak ini, lebih baik kami menganggur," kata Peter, 35.
Di rumah berkembar mereka di Isle of Anglesey itu, keluarga tersebut memiliki televisyen skrin rata besar, sebuah permainan video Wii, tiga permainan video Nintendo dan sebuah komputer di samping empat telefon bimbit.
Namun, dia dan isterinya yang kini mengandung anak kelapan, masih tidak berpuas hati dengan elaun kebajikan tersebut dan mahukan kerajaan menaikkannya ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat. - Agensi