NISBAH MAKHLUK
HARTA yang tertimbus di bawah runtuhan Istana Sulaiman sangat berharga untuk dimiliki manusia untuk mencipta kemajuan. Di bawah runtuhan itu, terkandung artifak-artifak berupa teks-teks yang tertulis pengetahuan-pengetahuan berharga. Namun, apakah pengetahuan itu yang membawa kepada perubahan tamadun moden yang sangat menjadi-jadi di Eropah dan dunia Barat?
Pengetahuan inilah yang membolehkan orang Barat (selepas menemui koleksi pengetahuan kemajuan tamadun zaman Nabi Sulaiman) mencipta teknologi kerana setiap ciptaan (teknologi atau perubatan atau sebagainya) perlu tepat dan mematuhi hukum rumus dalam pengetahuan ini. Jika gagal mematuhi rumus ini dalam setiap ciptaan, maka ia tidak akan sempurna atau berfungsi dengan baik.
Di sini, salah satu pengetahuan itu akan dibuka kepada anda tanpa sebarang yuran atau bayaran. Pengetahuan yang juga ilmu Allah itu dikembangkan dalam rumus matematik yang sangat mudah untuk diselarikan dengan kegunaan-kegunaan saintifik, seni bina (terutama binaan jenis Masonic arkitektur) serta menentukan titik-titik mistik di seluruh permukaan bumi bagi menjana tenaga mistik.
Semoga pengetahuan yang dikongsi ini akan menjadi ilmu yang bermanfaat kepada semua. Jangan pula disalah guna, tidak dihalalkan pengetahuan ini jika mahu disalah guna di jalan yang bathil.
Ia adalah rumus matematik seperti di bawah:
Dalam rumus ini, ukuran yang lebih panjang ditanda sebagai variable R (huruf besar), manakala ukuran yang lebih pendek ditanda sebagai variable r (huruf kecil). Manakala G adalah jawapan tetap yang tidak bersandar.
Melalui rumus ini, kita akan melihat kebesaran Allah yang memiliki segala ilmu dalam mencipta setiap kejadian dengan sempurna. Ia adalah rumus matematik yang menentukan setiap ciptaan berada pada nisbah paling sempurna seperti kehendak-Nya (selebihnya, hanya Allah yang lebih mengetahui). Nisbah yang juga berada pada setiap unsur dalam tubuh kita sendiri, juga berada pada titik tengah bumi iaitu Kaabah, juga berada di segenap galaksi raya, juga berada pada setiap kedudukan bintang-bintang dan planet-planet. Ia adalah angka unik yang berada pada setiap jasad makhluk ciptaan-Nya bagi menunjukkan kebesaran-Nya supaya kita menjadi makhluk yang mahu memikirkan kekuasaan-Nya serta sentiasa memuji-muji dan mensyukuri nikmat-Nya.
Sebelum pandang yang jauh-jauh, adalah lebih baik memandang tubuh kita sendiri. Setiap ukuran tubuh kita jika dihitung dengan rumus matematik itu, ia akan memberi satu jawapan iaitu 1.618 dan ia adalah kiraan ukuran yang ada dalam setiap kejadian makhluk, tidak hanya kepada kejadian manusia.
Sila kekalkan dalam ingatan terhadap rumus ini pada sepanjang anda membaca artikel ini, ukuran lebih panjang ditanda R dan ukuran lebih pendek ditandar. Jawapan selepas dibahagi R kepada r pula ialah G.
Untuk mengira salah satu daripadanya, kita ambil ukuran ketinggian dari dagu hingga bibir bawah dan kita letakkan ia sebagai pemboleh-ubah (variable) R. Manakala ukuran dari bibir atas hingga bawah hidung pula sebagai variable r. Kemudian, mulakan pengiraan mudah dengan R dibahagikan dengan r untuk mendapatkan nilai G yang tidak pernah berubah iaitu 1.618. Angka ini bukan hanya terletak antara dagu dengan hidung, malah tulang rangka yang menghubung sendi-sendi, titik antara hujung jari-pergelangan tangan-siku juga mempunyai nilai titik yang sama, titik ukuran hasta hingga leher juga sama. Angka itulah yang menjadi titik tengah dalam setiap kesempurnaan makhluk ciptaan-Nya.
Nilai G yang diperoleh tidak akan lebih dan tidak akan kurang, melainkan tepat dengan angka 1.618. Begitu juga jika diambil ukuran dari sendi ke sendi tubuh yang lain dan dikira menggunakan rumus ini, jawapannya akan tetap sama iaitu 1.618. Sama juga jika diambil kiraan dari ketinggian pinggang ke bawah dan ditanda sebagai R, manakala ukuran pinggang ke atas pula ditanda r. Jawapan tetap sama. Tiada perbezaan walaupun satu nombor. Ia tetap 1.618.
Kiraan yang sama juga wujud pada haiwan, tumbuhan, batu-batuan, keluasan antara darat dengan air, ketinggian antara perut bumi dengan sempadan akhir atmosfera bumi, beza keluasan antara wilayah timur dengan barat.
Kiraan yang sama turut wujud dalam DNA, kuantiti seimbang (standard mengikut tahap kesihatan terbaik) antara sel darah merah dengan putih, kuantiti isipadu darah dengan jumlah pembuluh darah, kadar beza masa degupan jantung sihat antara bunyi degup pertama dengan degup kedua dalam satu set degupan (jantung berbunyi dua kali dalam satu degupan penuh ‘dup-dup sekali degup, dup-dup, dup-dup dua kali degup’), SEMUA kiraan akan menemui satu jawapan tunggal iaitu 1.618, tidak kira walau sebesar mana angka R dan r, apabila dibahagi antara kedua-duanya, jawapan akan tetap 1.618 kerana Allah telah menetapkan sedemikian.
DNA
Angka ini jugalah yang menunjukkan hubungan tanggungjawab manusia dalam menjaga agama Allah. Ia menunjukkan manusia sebenarnya diciptakan untuk beribadat kepada Allah, menunjukkan manusia dipertanggungjawabkan untuk menjaga rumah Allah, menunjukkan mengapa manusia hanya selamat daripada Dajjal jika berlindung di Makkah dan Madinah, bukan di tempat lain. Angka emas yang menjelaskan setiap hubungan antara makhluk dengan Pencipta. Tapi, bagaimana setiap hubungan ini boleh dijelaskan?
Umum umat Islam percaya bahawa Kaabah adalah titik tengah bumi. Tapi bagaimana ia boleh dibuktikan? Jawapannya terdapat pada rumus ini. Jika diambil jarak Kaabah hingga Kutub Utara, kita akan mendapat pemboleh ubah 7,631.68 kilometer dan ditandakan sebagai r. Manakala jarak dari Kaabah hingga Kutub Selatan pula ialah 12,348.32 kilometer ditanda sebagai R kerana angkanya lebih besar. Bahagikan jarak Kutub Selatan kepada Kutub Utara, dan jawapannya ialah 1.618. Titik kedudukan Kaabah adalah di tengah-tengah antara kiraan daratan dan lautan. Angka yang sama seperti terdapat pada kiraan anggota-anggota tubuh manusia dan segala makhluk ciptaan-Nya yang lain.
Kebetulan? Kita lihat lagi, kedudukan Kaabah jika dikira jarak dari titik hujung lautan di benua Asia di atas peta dunia (ditanda r) dan dibahagi dengan jarak dari titik hujung lautan di benua Barat iaitu Amerika (ditanda R) juga akan menunjukkan jawapan yang sama. Begitu juga jawapannya jika mengambil kiraan kedudukan Kaabah dari setiap arah tidak kira Tenggara, Barat Laut, Barat Daya, Timur Laut juga akan memberi jawapan yang sama, 1.618.
Kedudukan geografi Kaabah terletak di titik 1.618 dari semua arah.
Kedudukan geografi Kaabah terletak di titik 1.618 dari semua arah.
Kita ambil pula bukti secara numerologi mengikut susunan huruf dalam ayat al-Quran. Kita ambil ayat yang menyebut Kaabah iaitu ayat 96 dari surah al-Imran.
“Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah (Kaabah) di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” - (Quran, al-Imran: 96)
Bukan maksud ayat yang kita beri tumpuan tetapi bilangan huruf Arab mengikut mushaf. Dalam ayat itu (ayat dalam tulisan Arab), kita ambil huruf pertama ayat iaitu ‘alif’ sehingga huruf ‘tha/ha’ iaitu huruf terakhir dalam perkataan 'bibakkah' dan kira jumlah huruf dari perkataan pertama sehingga perkataan 'bibakkah'. Bibakkah bermaksud Makkah yang berkat dan ia merujuk kepada Kaabah (maaf jika tersilap). Kemudian ambil pula huruf pertama iaitu ‘mim’ selepas huruf ‘tha/ha’ tadi sehingga huruf terakhir ayat. Bahagikan kedua-dua jumlah itu mengikut hukum nisbah dan lihat jawapannya.
Jika diteliti maksud ayat pula, bukankah Allah menjelaskan bahawa Kaabah itu menjadi ‘petunjuk hidayah’ kepada umat manusia, andai manusia tahu hubungan penciptaan mereka dengan Kaabah. Salah satu hubungannya terletak pada kiraan-kiraan yang ditetapkan-Nya, lain-lain hubungan pula hanya Allah lebih mengetahui. Kaabah adalah pusat tenaga mistik (sekadar menyebut sebagai mistik kerana gagal jumpa istilah sesuai untuk konteks ayat ini).
Maka, manusia diwajibkan menunaikan haji di Baitullah dan melakukan tawaf di sekeliling Kaabah itu juga menunjukkan hubungannya supaya manusia yang memiliki titik nisbah yang sama dapat membersihkan diri serta jiwa di titik tengah alam semesta yang juga berada pada nisbah yang serupa.
Arah dan bilangan pusingan tawaf juga terkandung dalam nisbah penciptaan dan perintah tawaf juga bersebab dan boleh diperjelaskan secara nombor bagi mencari titik musabab, tetapi tidak akan djelaskan dalam artikel ini, mungkin dalam artikel selanjutnya.
--
Bagaimana dan mengapa nisbah ini dapat mengubah dunia Barat daripada kegelapan kepada cahaya pengetahuan? Bagaimana nisbah ini diolah melalui rumus-rumus pembezaan sehingga menjadi rumus-rumus spesifik yang tepat dan kompleks untuk bidang-bidang khusus seperti kimia, biologi, astrofizik dan sebagainya? Bagaimana rumus-rumus pelik dalam dunia sains Barat boleh terhasil dari nisbah ini?
Bagaimana muncul istilah sacred science, sacred mathematics, sacred knowledge, sacred matrix, sacred geometry dan sebagainya? Bagaimana muncul idea time tunnel, wormhole dan paradoks? Jawapannya juga ada dalam rumus R/r:G kerana ia adalah hukum kesempurnaan ciptaan.
Bagaimana muncul istilah sacred science, sacred mathematics, sacred knowledge, sacred matrix, sacred geometry dan sebagainya? Bagaimana muncul idea time tunnel, wormhole dan paradoks? Jawapannya juga ada dalam rumus R/r:G kerana ia adalah hukum kesempurnaan ciptaan.
Simbol-simbol Mason juga dibina tepat mengikut rumus ini. Bangunan-bangunan berunsur Mason juga dibina tepat mengikut rumus. Maka sebab itulah pernah diberitahu kepada anda dalam artikel terdahulu (Tenaga Ritual Siri Satu) iaitu tidak semua bangunan yang kelihatan bercirikan Mason atau piramid atau obelisk itu mampu menjana tenaga mistik. Rupa bentuk sahaja belum cukup untuk berfungsi secara mistik, ia perlu tepat dari segi kiraan reka bentuk. Ia perlu menepati titik nisbah kesempurnaan untuk berfungsi dengan baik.
Hasil-hasil kerja Leonardo Da Vinci juga menggunapakai rumus ini. Setiap kerja konspirasi menggunapakai rumus sempurna ini (meskipun dari segi penetapan tarikh sesuatu kejadian seperti 9-11 atau sebagainya) bagi memastikan segala tipu helah mereka berjalan dengan sempurna. Di sebalik penguasaan rumus ini, anda akan mampu membaca minda mereka untuk mengetahui kebarangkalian rancangan mereka yang selanjutnya atau anda juga boleh membaca minda sesiapa sahaja jika anda tahu menggunakannya. Ia kerana rumus ini sangat sempurna.
Disebabkan rahsia inilah umat manusia terus terbuai dalam perangkap nafsu-nafsi. Bukan salah rumus itu, tetapi puak-puak syaitan menyalahgunakan untuk kepentingan materialistik mereka dalam menyesatkan manusia. Minda menjadi lebih mudah dikawal dengan cara menguasai setiap titik yang berada dalam tubuh manusia menggunakan rangsangan luaran. Jika anda mampu menjaga titik-titik ini, tiada satu makhluk pun yang mampu menguasai jiwa anda.
Namun, terdapat satu lagi titik yang tidak boleh dihitung dengan ukuran sendi-sendi, sel-sel, pembuluh darah atau lain-lain organ manusia supaya tidak boleh dikuasai makhluk melainkan pemilik jasad itu sendiri yang berusaha memeliharanya, ia adalah titik yang lebih sempurna daripada semua titik di kalangan makhluk. Titik itu adalah IMAN. Jagalah iman supaya mereka tidak merosakkannya atas kerelaan anda sendiri.
Tamat dahulu buat kali ini.