Pages

Friday, October 23, 2015

Rakam awan bentuk UFO atas gunung berapi



FENOMENA awan UFO bukan kali pertama berlaku, tetapi Voychuk hanya sempat merakamkan gambar awan tersebut ketika lawatannya baru-baru ini.- AGENSI


KLIN, Rusia – Beberapa keping gambar yang dirakamkan seorang lelaki menunjukkan awan berbentuk seperti objek terbang tidak dikenali (UFO) di atas gunung berapi di sini baru-baru ini.
Awan itu terbentuk selepas udara lembap berarak ke arah gunung sebelum melentur ke bawah dan membentuk seperti sebuah kapal angkasa UFO.
Gambar-gambar menarik itu dirakamkan oleh Vladimir Voychuk yang menyatakan fenomena itu bukan kali pertama berlaku tetapi hanya berkesempatan merakamnya baru-baru ini.


BENTUK awan itu kelihatan menarik kerana terhasil daripada wap dan asap gunung berapi. - AGENSI


"Awan-awan itu sangat cantik kerana tidak hanya terbentuk disebabkan oleh wap malah turut terhasil daripada asap gunung berapi Klyuchevskaya Sopka," ujarnya.
Menurut Voychuk, walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh, lokasi gunung berapi itu yang terletak di Kamchatka merupakan salah satu destinasi yang cantik untuk tujuan fotografi. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3pL1JeaUP 
Hakcipta terpelihara 

Bina istana pasir tertinggi di dunia



SEKUMPULAN 12 orang artis seni bertungkus lumus menyiapkan istana pasir.- AGENSI


FLORIDA – Sebuah binaan istana pasir yang dibina di pantai Virginia Key, Florida dengan menggunakan 1,800 tan pasir bakal dicatatkan sebagai istana pasir tertinggi di dunia.
Sekumpulan 12 artis seni membina istana yang mengagumkan itu dan bertujuan untuk menandingi rekod istana pasir tertinggi yang dicatatkan di bandar Niteroi, Brazil dengan ketinggian 12.6 meter.
ISTANA pasir di pantai Virginia Key, Florida ini bakal mencatat istana pasir tertinggi di dunia.– AGENSI


Proses pembinaan istana pasir itu telah dilakukan sejak tiga minggu lalu dan dijangka siap sepenuhnya hari ini, menurut portal WPLG.
Binaan tersebut juga akan dikekalkan di pantai terbabit sekurang-kurangnya selama tiga minggu.
Kumpulan penilai daripada Guinness World Records akan mengunjungi arca tersebut pada Isnin ini bagi mengukur dan mengesahkan pencapaian terbaharu itu.
Istana pasir berkenaan dibina atas permintaan syarikat penerbangan Turkish Airlines bagi menandakan perkhidmatan sulung syarikat penerbangan itu dari bandar Miami, Florida ke Istanbul, Turki. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3pL14t3dF 
Hakcipta terpelihara