Pages

Saturday, July 9, 2011

Kisah Ustaz Haron Din

Assalamualaikum,
Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu siri-siri ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah mendengarnya dan sama-samalah kita renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua ibubapa kita.

Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik-beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din dan adik-beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan roh Islam ke dalam diri anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat Islam di negara ini, malah di tempat lain juga.



Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada kebiasannya, ibu beliau akan bersembang-sembang dengan jiran-jiran. Para jiran tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu, kalau dikatakan pergi ke rumah anak-anak, tidak pula.

Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu jiran mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawapan. Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan alangkah terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz Harun Din dan kawannya telah pun meninggal dunia semasa dalam solat Asar.

Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya, apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid, jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan oleh jamaah perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz Harun Din ini.

Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau (Ustaz Abu Hassan Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu mereka.Dengan penuh belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka, mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Harun Din.

Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk melaksanakan urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik mereka dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung bahawa ini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi makan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang berguna. Oleh itu, sebagai penghormatan yang terakhir dan tanda kasih sayang anak-anak terhadap ibu mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan jenazah ibu mereka itu.

Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan airmata mereka, mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan anak-anak hasil didikan tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman. Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik.

Sungguh menarik dan mengharukan kisah ini. Tanyalah diri kita sendiri. Bagi yang masih mempunyai ibu dan bapa, bagaimana nanti peranan kita semasa jasad ibubapa kita terbujur kaku. Adakah kita juga ingin menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai tandah hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita?

Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada orang-orang kampung atau jamaah masjid untuk menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil peluang terakhir untuk berbakti. Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat kita lakukan, disamping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkan kepada ibubapa kita.

Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar ayah/papa/bapa dan ibu/mama/emak dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu untuk diuruskan pengkebumian?

Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut atau hina memandang jenazah kita yang telah kaku? Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anak dan juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang memerlukan didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya kepada anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada agama, bangsa dan negara, seperti contoh yang telah dipertuturkan di atas tadi.

Wallahu'alam.
harakahdaily

Peludah Warna




Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

kisah FRU Pencen

Badrul Amin
FRU belasah rakyat
Hari saya buka mail, dah lama juga tak buka email tu. Sekali buka, mail box dah penuh. Satu per satu buka terjumpalah satu email. Ceritanya menarik juga...

Mari kita ikut ceritanya.... (Tidak ada kena mengena dgn yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia)

Berikut adalah ceritera seorang FRU yang telah pencen...

Petang semalam..selepas balik dari Ipoh …aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib. Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama. tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam. Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia.

Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga. Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!! Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz!

Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!!

Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap….”saya minta maaf banyak-banyak.” Apa salah dia? Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang.
Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit..”hoi. .tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!” Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang.

Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu..”sapa tu?”
“Polis pencen…tak betui dah!!” jawab sahabat tadi.

Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!

Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…”sabor Yop!”..kata depa.

Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab salam aku. “Waalaikum salam. huk..huk..huk.” Tak gila pun!

“ Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?” aku tanya dia.

Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau!
“Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang.” Tiba-tiba dia berhenti menangis.

“Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!” aku tanya.
“Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!” Senafas saja dia menjawab dengan fasih!

“Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?” aku tanya.
“Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja.” dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.

“Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?”
“Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja.”

Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui!
“Abang ni masih kerja polis ka?”
“Tak….medikal bod. Dah dua tahun” dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la.
“Abang nak pi mana lepaih ni?” aku tanya.
“Nak ambik anak…dah lama dia tak balik.” dia kata.
“Nak ambik kat mana?” aku tanya.
Dia diam…
“Dah berapa lama tak jumpa anak?” aku tanya.
“Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!” Haji Rahman, Che’gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid.

Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu.

“Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang” Haji Rahman bercerita.

“Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia.” kata Hj. Rahman.

“Ooooo!!!” Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?”
” Dulu dia jaga orang demo…main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang..dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi macam tu la.” Cerita Hj. Rahman.

“Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?” aku tanya.
“Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal..tapi dia tak pakai. Dulu…bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang…dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata..jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Tuhan!” Kami pun sampai kat Restoran Rahmaniah. “Mamak Zamree!! Teh tarik satu!”
Cerita: Al-kisah FRU Pencen ~ PAS KAWASAN BAKRI

Presiden Yaman muncul di TV

JELAS CEDERA: Encik Saleh yang tangannya kelihatan cedera membuat ucapan yang dirakamkan dari ibu kota Riyadh, Arab Saudi. -- Foto AFP

SANAA: Presiden Yaman, Encik Ali Abdullah Saleh, buat pertama kalinya muncul di kaca televisyen kelmarin sejak insiden serangan di Istana Presiden di Sanaa bulan lalu yang mencederakan beliau.

Presiden Saleh, yang kelihatan mukanya terbakar dan tangan berbalut, hampir tidak dikenali dan hanya duduk kaku ketika menyampaikan ucapan di stesen televisyen pemerintah itu.

Dalam ucapan beberapa minit itu beliau memberitahu telah menjalani 'lapan pembedahan yang berjaya' dan menggesa supaya diadakan dialog bagi menamatkan krisis di negara itu.

'Kami menerima penglibatan semua kuasa politik, sama ada mereka pihak pembangkang atau parti pemerintah,' kata Encik Saleh.

Dalam ucapannya, beliau bagaimanapun membidas golongan 'pengganas' yang cuba menggulingnya dalam serangan pada 3 Jun lalu.

'Rakyat Yaman bersikap ingkar dan akan kekal ingkar bagi menghadapi semua cabaran yang mengancam kemantapan dan keselamatannya,' kata Encik Saleh yang kini menerima rawatan di Arab Saudi.

Menurut para pengamat, kemunculan Encik Saleh bertujuan melenyapkan khabar angin berkaitan kesihatannya.

Namun, seorang pemimpin tunjuk perasaan, Encik Mohammed al-Thahiri, berkata kerjaya politik Encik Saleh sudah tamat.

'Berdasarkan keadaannya, jelas beliau tidak dapat pulang. Lelaki ini tidak lagi mampu memerintah negara,' kata Encik Al-Thahiri.

Rakyat yang menonton rakaman itu turut menyuarakan rasa terkejut apabila melihat wajah Encik Saleh sekarang.

Seorang guru, Encik Sadeq Omar, 40 tahun, berkata: 'Presiden kelihatan benar-benar cedera. Malah, wajahnya kelihatan berbeza. Ucapannya juga tidak setegas seperti sebelum ini.' - AP, AFP, Reuters.

Cyberita Online Luar Negara

FOBIA dengan BERSIH 2.0 58 jalan ditutup

Perhimpunan haram: 58 jalan sekitar Kuala Lumpur yang ditutup

09/07/2011 2:46am

KUALA LUMPUR 9 Julai – Berikut adalah 58 jalan yang ditutup atau dilencongkan sepanjang perhimpunan haram Bersih esok:

1. Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur/Istana Baru

2. Jalan Sungai Besi/susur bulatan Sungai Besi dari arah Seremban

3. Bulatan Sungai Besi

4. Jalan Sungai Besi/Bulatan Pudu

5. Bulatan Pudu/Jalan Pudu

6. Bulatan Pudu/Jalan Pasar

7. Jalan Kajang/Bulatan Sungai Besi

8. Jalan Chan Sow Lin/Jalan Tun Razak

9. Jalan Cochrane/Jalan Tun Razak (Jalan Pasar)

10. Jalan Tun Razak/Kondo Ezora

11. Kondo Ezora/susur Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi

12. Bulatan Kampung Pandan

13. Jalan Selatan

14. Susur Jalan Tun Razak/Bukit Bintang

15. Lampu isyarat Jalan Tun Razak/Jalan Bukit Bintang

16. Jalan Kampung Pandan/persimpangan bertingkat ke PD 92

17. Jalan Tun Razak/Jalan Kia Peng

18. Jalan Tun Razak/Jalan Eaton

19. Jalan Tun Razak/Persiaran Stonor

20. Jalan Tun Razak/Lorong Kuda

21. Jalan Tun Razak/susur Jalan Ampang (Esso)

22. Jalan Tun Razak/Jalan Ampang

23. Jalan Tun Razak/Megan Phileo

24. Jalan Tun Razak/Jalan Yap Kwan Seng

25. Jalan Tun Razak/Terowong KLCC

26. Jalan Tun Razak/Perkeso

27. Jalan Tun Razak/Jalan Raja Muda Abdul Aziz

28. Jalan Tun Razak/Parking IJN

29. Jalan Tun Razak/Bangunan IJN Baru

30. Jalan Tun Razak/Padang Bola HKL

31. Susur Tun Razak/Bulatan Pahang

32. Bulatan Pahang

33. Jalan Genting Klang/terowong Bulatan Pahang

34. Jalan Pekeliling/Stesen Bas Pekeliling

35. Susur Pekeliling/Jalan Ipoh

36. Jalan Ipoh/Jalan Rahmat

37. Jalan Tun Razak/Jalan Tun Ismail

38. Jalan Tun Razak/susur Jalan Kuching

39. Jalan Tun Razak/susur PWTC (Sekolah Maxwell)

40. Jalan Tun Ismail/susur Jalan Kuching (susur Kiblat)

41. Jalan Tun Ismail/Jalan Putra

42. Jalan Putra/Jalan Raja Laut

43. Jalan Pahang/Jalan Raja Muda Abdul Aziz/Jalan Tuan ku Abdul Rahman

44. Jalan Mahameru/susur Parlimen

45. Jalan Duta / Susur Jalan Parlimen

46. Jalan Mahameru / Susur Parlimen (Muzium Negara)

47. Jalan Mahameru/susur Wisma Tani

48. Jejambat Wisma Tani

49. Jalan Mahameru/susur Carcosa

50. Susur Jalan Damansara/Jalan Travers

51. Jalan Bangsar/Jalan Travers

52. Jalan Travers/Jalan Damansara (Balai Travers Lama)

53. Jalan Kl Sentral/Muzium Negara

54. Jalan Klang Lama/Lebuh Raya Persekutuan

55. Jalan Klang Lama/Salak Expressway (pusingan U)

56. Lebuh Raya Persekutuan/Jalan Syed Putra

57. Susur Jalan Tun Sambanthan/Jalan Sulaiman

58. Jalan Sulaiman (KTM) – Utusan

Utusan Malaysia Online - Terkini

Tentera Syria tembak mati 13 penunjuk perasaan

DAMSYIK 9 Julai - Pasukan keselamatan Syria melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan anti-rejim hari ini, membunuh sekurang-kurangnya 13 orang.

Menurut seorang aktivis, lima daripadanya mati di pusat bandar Homs, dua di kejiranan komersial Medan dan enam di kawasan Dmeir, timur Damsyik.

Aktivis tersebut melaporkan ketika dihubungi melalui telefon. - AFP

Utusan Malaysia Online - Terkini

Lima sekeluarga, pembantu rentung


RUMAH didiami enam mangsa hangus dalam kejadian di Kampung Jawa Dua,  Sandakan, semalam.
RUMAH didiami enam mangsa hangus dalam kejadian di Kampung Jawa Dua, Sandakan, semalam.


Litar pintas punca kebakaran, jeriji perangkap mangsa

SANDAKAN: Lima sekeluarga dan seorang pembantu rumah rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat di Kampung Jawa Dua, Batu 12, di sini, awal pagi semalam, dipercayai akibat terperangkap berikutan gagal membuka jeriji besi yang menutupi semua pintu dan tingkap rumah berkenaan.

Kejadian yang berlaku jam 12.50 malam itu mengorbankan pasangan suami isteri warga emas, Osir Kamis, 81, dan isterinya, Kasnih Abdullah, 80; anak perempuan mereka, Zuliana Osir, 38; menantu, Rahim Hassan, 47; cucu, Yulia Ezora Rahim, 3, serta pembantu rumah dipercayai warga Indonesia berusia 20-an.
Ketika kejadian, Osir dan Kasnih serta pembantu rumah dipercayai tidur di bilik tingkat bawah, manakala Zuliana bersama suami dan anak mereka tidur di tingkat atas.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Superintendan Rowell Marung, berkata mangsa dipercayai tersedar daripada tidur apabila merasai bahang api yang merebak dengan cepat dan berusaha mencari jalan keluar tetapi tidak berjaya.

Ia berdasarkan penemuan mayat Rahim berhampiran sebuah tingkap dan maklumat saksi yang ternampak mangsa cuba keluar dari tingkap di tingkat atas rumah separuh papan itu tetapi gagal akibat dihalang jeriji besi yang berkunci.

Katanya, jiran terdekat keluarga malang itu yang terletak 500 meter menyedari kebakaran berkenaan berdasarkan cahaya terang dari rumah mangsa.

“Jiran yang tiba di tempat kejadian ternampak mangsa cuba keluar melalui tingkap dan turut terdengar jeritan meminta tolong tetapi tidak dapat menghulurkan bantuan kerana bahang api terlalu panas,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kebakaran dipercayai disebabkan litar pintas berikutan gangguan bekalan elektrik di kampung berkenaan beberapa minit sebelum kejadian.

Mangsa dipercayai gagal menemui kunci pintu dan jeriji besi kerana panik apabila api tiba-tiba merebak menyebabkan mereka terperangkap dan akhirnya rentung dijilat api.

Kesukaran kedua-dua warga emas itu bergerak dengan Kasnih yang berkerusi roda turut dipercayai menyukarkan usaha mangsa menyelamatkan diri.

Sementara itu, Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Sandakan, Alias Abu, berkata pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada jam 1.15 pagi mengambil masa 30 minit untuk sampai di tempat kejadian.

“Ketika bomba tiba, rumah berkenaan sudah 98 peratus terbakar. Ketika itu harapan untuk menyelamatkan mangsa yang hidup sudah tiada.

“Bomba hanya mengawal kebakaran dan berjaya memadam api pada jam 2.40 pagi,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Jenazah Osir dan Kasnih dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rancangan Sungai Manila, Sandakan manakala jenazah Zuliana, Rahim dan anak mereka dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kayu, Sandakan, selepas solat Jumaat semalam. Berita Harian Online | Lima sekeluarga, pembantu rentung

Anwar tak hirau larangan masuk KL

KUALA BERANG: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menghiraukan larangan dikenakan ke atasnya bersama 90 lagi individu agar tidak memasuki Kuala Lumpur hari ini.

Ketika menyampaikan ceramah pada program Gempur Perdana anjuran PAS Terengganu di Kuala Berang dekat sini malam kelmarin, beliau membayangkan akan tetap berada di sekitar Kuala Lumpur pada tarikh itu, walaupun dilarang berbuat demikian oleh polis.

Anwar berkata, tidak ada sebab beliau tidak boleh berada di Kuala Lumpur atas alasan beliau dan keluarga mempunyai kediaman dan memang menetap di situ, sebaliknya mempersoalkan kewajaran tindakan kerajaan serta mahkamah mengeluarkan perintah melarangnya serta individu lain daripada memasuki Kuala Lumpur.
“Otak tak ada ke... rumah saya di situlah (Kuala Lumpur). Takkanlah saya kena duduk di sempadan Selangor pula,” katanya.

Anwar berkata, beliau mengetahui perintah larangan memasuki Kuala Lumpur selepas dimaklumkan oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah lewat petang kelmarin.

Katanya, perhimpunan itu diadakan bukan untuk mencetuskan huru hara sehingga mengancam keamanan, sebaliknya mendesak kerajaan supaya pilihan raya akan datang diadakan secara telus dan bersih.

Beliau juga mahukan seluruh penyokong parti pembangkang supaya beramai-ramai pergi ke Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sambil mengingatkan penyokongnya tidak memakai baju T kuning lebih awal terutama ketika dalam perjalanan ke tempat perhimpunan bagi mengelak ditahan polis.
“Mari kita pergi ke Kuala Lumpur beramai-ramai tapi jangan cepat sangat pakai baju kuning (BERSIH) takut kena tangkap. Bila dah sampai (lokasi perhimpunan) kita tukarlah dan pakailah baju kuning pula," katanya.
Berita Harian Online | Anwar tak hirau larangan masuk KL

Ali Abdullah pulih, bidas pembangkang


DUA gambar Ali Abdullah berbeza rupa dengan gambar kanan menunjukkan wajah terkini  ketika tampil di televisyen Yaman, semalam.
DUA gambar Ali Abdullah berbeza rupa dengan gambar kanan menunjukkan wajah terkini ketika tampil di televisyen Yaman, semalam.


Presiden Yaman muncul depan TV dengan tangan berbalut

SANAA: Presiden Yaman yang masih menjalani rawatan di Arab Saudi selepas cedera dalam serangan bom di istananya bulan lalu, kelihatan lemah dan kaku apabila tampil buat kali pertama sejak diterbangkan ke negara jiran itu, sekali gus menghentikan spekulasi mengenai tahap kesihatannya.

Presiden Ali Abdullah Saleh yang dirawat di Riyadh sejak 3 Jun tampil dengan balutan yang menutup lengan dan tangannya serta wajahnya kelihatan lebih gelap dan kurus, membidas pembangkang yang mahu menggulingkannya.
Saleh duduk kaku dengan kepalanya ditutup serban merah putih yang lazim digunakan orang Arab, berbeza dengan penampilan biasanya yang memakai sut dan mukanya dicukur bersih ketika membuat kenyataan direkodkan lebih awal dan disiarkan televisyen Yaman semalam.
Pemimpin itu berkata beliau menjalani lebih lapan pembedahan akibat terbakar ketika kejadian itu, tanpa memberitahu bila beliau akan kembali ke Yaman.
Pemimpin parti memerintah Yaman yang rapat dengan Saleh berkata ucapan ringkas presiden membantu untuk menjelaskan keadaan.

“Penampilannya di televisyen menjelaskan banyak perkara kepada rakyat dan menutup banyak mulut dengan menunjukkan kesihatan presiden berada dalam keadaan baik,” kata ahli politik, Yasser Yemani.

Bagaimanapun, pemimpin pembangkang di ibu negara Sanaa, Mohammed al-Thahiri, berkata kerjaya Saleh sudah berakhir.
“Ia jelas daripada cara penampilannya yang beliau tidak akan kembali. Lelaki ini tidak lagi mampu memerintah negara,” kata Mohammed.

Memakai jubah putih dan duduk di kerusi, Saleh menuduh elemen pengganas melancarkan serangan 3 Jun. – AP/Agensi Berita Harian Online | Ali Abdullah pulih, bidas pembangkang

Desak perubahan demokratik

Rakyat Mesir berhimpun mahu tentera heret sekutu Hosni ke muka pengadilan

KAHERAH: Ribuan rakyat Mesir mengambil alih jalanan di ibu negara dan bandar utama semalam untuk mempertahankan pemberontakan yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak, menghalakan kemarahan mereka kepada pemerintah tentera berhubung perkembangan perlahan reformasi.

Penunjuk perasaan yang mengibarkan bendera berkumpul di dataran Tahrir di sini untuk mendesak perubahan demokratik dan menuntut bekas ahli rejim dituduh melakukan penindasan dihadapkan ke muka pengadilan.
Satu pentas besar didirikan di dataran itu, pusat tumpuan bantahan yang menyingkirkan Mubarak Februari lalu, pada perhimpunan yang secara rasmi bermula selepas solat Jumaat.
Khemah didirikan di tengah Tahrir, dan satu tempat berteduh besar menutupi tengah dataran menyediakan bantuan amat diperlukan untuk berlindung daripada panas terik dan suhu 37 darjah celsius.

“Revolusi kami diteruskan,” terpapar pada satu kain rentang di tepi dataran.
Memegang satu tanda besar, seorang lelaki mengadu: “Kami tidak berasa perubahan. Kami menyingkirkan Mubarak dan mendapat seorang Field Marsyal tentera.”

Beliau merujuk kepada Hussein Tantawi, ketua Majlis Agung Tentera yang mengambil alih kuasa Februari lalu dan berazam memberi laluan kepada sistem demokratik.
Namun pasukan tentera, dianggap sebagai hero pada permulaan kebangkitan kerana tidak memihak Mubarak dikecam kumpulan hak asasi tempatan dan antarabangsa atas dakwaan penderaan.

Ribuan penduduk juga berkumpul di bandar Mediterranean di Iskandariah dan beratus membuat bantahan di bandar terusan, Suez.

Antara tuntutan utama dalam bantahan semalam adalah menamatkan perbicaraan tentera ke atas orang awam, pemecatan dan membicarakan pegawai polis yang dituduh membunuh penunjuk perasaan serta perbicaraan menyeluruh dan telus terhadap bekas pegawai rejim.

Aktivis berulang kali mengecam pengurusan prosiding perundangan ke atas pasukan keselamatan yang menggunakan keganasan maut dalam kebangkitan yang menggulingkan Mubarak, mengorbankan 846 orang awam.

Aktivis pro-demokrasi berkata pegawai polis yang bertanggungjawab atas penindasan sebelum dan ketika kebangkitan masih menjalankan tugas mereka.

Pasukan keselamatan akan menyaksikan perhimpunan dari jauh untuk mengelak pertempuran ketika kerajaan Mesir memberi amaran terhadap sebarang usaha mencetuskan huru-hara. – AFP
Berita Harian Online | Desak perubahan demokratik

Lelaki amuk bunuh tujuh penduduk


SALAH seorang bapa kepada kanak-kanak yang ditemui mati pengsan di atas jalan raya di Grand Rapids, Michigan, kelmarin. Gambar kecil, Rodrick Dantzler.
SALAH seorang bapa kepada kanak-kanak yang ditemui mati pengsan di atas jalan raya di Grand Rapids, Michigan, kelmarin. Gambar kecil, Rodrick Dantzler.


Bebas dua tebusan sebelum bunuh diri

GRAND RAPIDS (Michigan): Seorang lelaki bersenjata yang membunuh tujuh orang termasuk lima wanita dan seorang kanak-kanak di dalam dua rumah di selatan Michigan semalam dan kemudian terbabit dalam episod pengejaran kereta dengan polis, membunuh diri selepas dikepung di sebuah rumah lain.

Lelaki yang dikenali sebagai Rodrick Dantzler, membebaskan dua tebusan yang ditahannya di dalam rumah berkenaan dan sedang berunding dengan polis yang mengepung rumah di Grand Rapids itu sebelum menembak dirinya.
“Tidak masuk akal apa yang dilakukan lelaki ini,” kata ketua polis Grand Rapids, Kevin Belk.
Seorang wanita yang tinggal di rumah itu dan seorang tebusan yang lain dibebaskan.

Polis sebelum itu menemui tujuh mayat dewasa dan seorang kanak-kanak di dua lokasi berasingan di bandar terbabit, mencetuskan pemburuan lelaki berkenaan membabitkan helikopter, polis negeri dan timbalan syerif tempatan.

Polis kemudian mengesan Dantzler di dalam sebuah kereta dan mengejar keretanya ke pinggir Grand Rapids, kata jurucakap polis, Sarjan Jon Wu.

Dantzler melepaskan tembakan ke arah pegawai polis beberapa kali semasa aksi pengejaran kelajuan tinggi itu dan polis membalas tembakan. Dua orang awam turut cedera semasa kejar mengejar itu.
Suspek kemudian berhenti di sebuah rumah dan memasuki kediaman itu lalu menahan dua tebusan sebelum membunuh diri.

Penyiasat tidak tahu motif pembunuhan tetapi percaya suspek mempunyai hubungan dengan sekurang-kurangnya seorang mangsa di setiap lokasi, kata Belk. – Reuters.Berita Harian Online | Lelaki amuk bunuh tujuh penduduk

Budak Melayu iras 'Mat Salleh'


MOHD. IZMEET (kanan) bersama isterinya, Siti Rubiah mesra dengan anak pertama mereka Puteri Sarah di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tiada siapa sangka wajah comel seorang anak kecil, Puteri Sarah Mohd. Izmeet Iskandar, 3, yang mempunyai wajah mirip anak 'Mat Salleh' merupakan cahaya mata kepada pasangan Melayu Mohd. Izmeet Iskandar, 30, dan isterinya, Siti Rubiah Abdullah, 21.
Sesiapa sahaja yang melihat telatah anak kecil itu pasti tidak percaya dia ialah anak pertama kepada pasangan tersebut yang kini menetap di Taman Melati, Gombak dekat sini.
Mohd. Izmeet yang bekerja sebagai kontraktor Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata, sejak anaknya lahir pada tahun 2008, anaknya itu menjadi tumpuan ramai ke mana sahaja dia pergi dan orang yang melihatnya tidak percaya Puteri Sarah ialah anaknya.
Katanya, peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan ialah ketika selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), doktor menyangka dia tersilap mengambil bayi orang lain hinggakan terpaksa membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
"Apabila ujian tersebut membuktikan Puteri Sarah ialah milik saya dan isteri, baru doktor tersebut akur," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Selepas kejadian itu, menurut Mohd. Izmeet, doktor menyangka Puteri Sarah menghidap sejenis penyakit kulit atau genetik yang dikenali sebagai Albino, namun setelah menjalani satu ujian khas, sememangnya anak comel tersebut didapati normal.
Kosmo! Online - Negara

Dua beradik lemas




ANGGOTA bomba mengangkat jenazah salah seorang mangsa yang ditemui lemas di Seremban Dua semalam.


SEREMBAN - Kebimbangan seorang ibu mengenai keselamatan dua anaknya yang masih tidak pulang walaupun telah tamat waktu sekolah menjadi kenyataan apabila kedua-dua kanak-kanak itu ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Seremban Dua di sini semalam.
Kejadian pukul 12.45 tengah hari itu menyebabkan Aqhari Aqwa Saprudin, 8, dan adiknya, Arif Hidayatullah, 7, maut selepas dihanyutkan arus deras di dalam longkang itu.
Difahamkan, Aqhari Aqwa lemas selepas dia turut terjatuh ketika cuba menyelamatkan adiknya yang tergelincir terlebih dahulu.
Aqhari Aqwa dan Arif Hidayatullah merupakan murid Sekolah Kebangsaan Wawasan. Mereka tergelincir ke dalam longkang yang terletak di luar sekolah ketika dalam perjalanan pulang.
Ibu mangsa, Azmalina Kanuit, 46, memberitahu, dia gelisah apabila mendapati anak keenam dan ketujuh daripada lapan beradik itu tidak pulang ke rumah walaupun sudah pukul 1 petang.
Kosmo! Online - Negara

Kawalan elak ancaman pengacau

ANGGOTA polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan berkawal dan menutup jalan di hadapan Dataran Merdeka semalam.


KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar kecil) berkata, polis terpaksa mengambil langkah mengetatkan kawalan di ibu kota mulai semalam menjelang perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi memastikan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam terus dikekalkan.

"Sekatan-sekatan jalan di tempat-tempat tertentu terpaksa diadakan untuk mengelakkan kumpulan-kumpulan pengacau memasuki bandar raya," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, tindakan itu juga ekoran penemuan senjata sebelum ini yang meningkatkan kebimbangan bahawa ada pihak yang berniat menimbulkan huru-hara.

"Maklumat juga menunjukkan mereka merancang untuk berdemonstrasi dan berarak di beberapa lokasi di dalam bandar raya ini," kata beliau.

Ismail mendedahkan kumpulan-kumpulan itu turut merancang menggunakan masjid-masjid di sekitar bandar raya untuk berhimpun.

"Mereka telah bergerak masuk ke Kuala Lumpur secara persendirian dan kumpulan kecil untuk mengelak dikesan dan ditahan polis," katanya.

Kosmo! Online - Negara

Majlis perbandaran keluarkan garis panduan cara bunuh zombi



MAJLIS perbandaran Bristol di Britain mengeluarkan garis panduan bagi memberitahu kepada penduduk cara untuk menangani satu serangan zombi.


BRISTOL - Majlis Perbandaran Bristol di Britain mengeluarkan garis panduan bagi menangani serangan zombi, lapor sebuah akhbar semalam.

Garis panduan itu menunjukkan cara terbaik untuk membunuh zombi iaitu mayat yang kembali hidup dan memburu manusia untuk memakan daging mereka.

Majlis Perbandaran Bristol mengeluarkan garis panduan itu sebagai reaksi terhadap permintaan kebebasan maklumat.

Ia dikeluarkan selepas seorang penduduk meminta maklumat apa yang perlu dilakukan jika zombi membuat serangan.

Garis panduan itu memberikan maklumat mengenai penduduk boleh menggunakan senjata api seperti senjata renjatan elektrik, gari dan memakai pakaian perlindungan untuk membunuh zombi.

Menurut garis panduan tersebut, zombi itu boleh dibunuh dengan melakukan satu pukulan kuat di bahagian kepala atau memutuskan kepala mayat hidup itu.

Bagi mengelak berlaku panik, berita akan disiarkan mengenai perkembangan serangan zombi.

Garis panduan itu melibatkan bandar Whitchurch Park, Shirehampton dan Totterdown di dalam kawasan perbandaran Bristol. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Pelakon Harry Potter menangis


EMMA WATSON (tengah), Rupert Grint dan Daniel Radcliffe bergambar semasa mereka tiba untuk menonton tayangan perdana filem Harry Potter And The Deathly Hallows - Part 2 di London kelmarin.


LONDON - Kegirangan pelakon Emma Watson ketika muncul di karpet merah di Trafalgar Square di sini tidak lama apabila dia dan pelakon lain menangis ketika memberi penghormatan kepada filem tersebut,Harry Potter and The Deathly Hallows - Part 2 di sini kelmarin.
Dia yang muncul dengan membawa aura magisnya yang tersendiri dengan mengenakan gaun bertingkat-tingkat Oscar De La Renta kelihatan amat sedih.
Dia yang melakonkan watak Harmonie, hadir ke Trafalgar Square tersebut bersama pelakon-pelakon lain untuk menonton tayangan perdana filem itu sambil bertemu peminat.
Ketika rakan pelakon yang berlakon bersamanya, Rupert Grint memberi ucapan, Watson tidak dapat menahan air mata dan penerbit filem, David Heyman, menawarkan bahunya sebagai tempat dia menangis.
Sambil menangis, aktres itu mengucapkan terima kasihnya sambil ditenangkan oleh pelakon lain termasuk penulis novel tersebut, JK Rowling.
Filem itu turut dibintangi oleh Daniel Radcliffe sebagai Harry Potter. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Akhbar News of The World ditutup


MUKA depan beberapa akhbar News of The World.


LONDON- Akhbar tabloid mingguan nombor satu Britain, News of The World akan ditutup selepas edisinya yang terakhir esok selepas ia beroperasi selama 168 tahun kerana terbabit dalam skandal pengintipan perbualan telefon membabitkan sekitar 4,000 orang.
Penutupan akhbar berkenaan dibuat ketika ia dimiliki oleh taikun media kelahiran Australia, Rupert Murdoch yang mengasaskan syarikat media global, News Corp.
Murdoch, 80, yang memiliki kewarganegaraan Amerika Syarikat (AS) dan kekayaan mencecah AS$6.3 bilion (RM18.8 bilion) tersenarai antara 100 individu paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time.
Selain News of The World, Murdoch turut memiliki beberapa akhbar dan tabloid utama Britain seperti The Sun, The Times dan The Sunday Times.
Taikun media itu dilaporkan menutup akhbar berkenaan ketika beliau berusaha mengelakkan skandal berkenaan menjejaskan usahanya untuk mengambil alih kumpulan penyiaran utama Britain, British Sky Broadcasting pada harga tawaran AS$22 bilion (RM65.8 bilion).
"Edisi Ahad ini merupakan edisi terakhir News of The World." kata Timbalan Ketua Pegawai Operasi News Corporation, James Murdoch ketika mengumumkan penutupan akhbar berkenaan. James merupakan anak lelaki Murdoch.
Menurutnya, semua keuntungan daripada jualan edisi terakhir itu akan digunakan untuk tujuan amal.
Pengumuman mengenainya dibuat beberapa hari selepas Perdana Menteri Britain, David Cameron mengarahkan satu siasatan awam diwujudkan pada Rabu lepas untuk menyiasat skandal tersebut.
News of The World dilaporkan mencuri dengar perbualan telefon melibatkan beberapa pemimpin dan selebriti termasuk bekas datuk bandar London, Ken Livingston untuk mendapatkan berita sensasi sekali gus melariskan jualan akhbar berkenaan.

BEBERAPA anggota polis membawa beberapa barang bukti semasa keluar dari rumah bekas pengarang akhbar News of The World, Andy Coulson di London semalam.


Selain komplot mengintip perbualan telefon, News of The World turut didakwa merasuah pihak polis untuk mendapatkan berita sensasi.
Komplot mengintip perbualan telefon itu pertama kali didedahkan pada 2006, apabila polis menangkap pengarang diraja News of The World, Clive Goodman dan Glenn Mulcaire.
Goodman dipenjara empat bulan manakala Mulcaire selama enam bulan pada 2007 selepas mereka mengakui memintas perbualan telefon anggota kerabat diraja Britain termasuk Putera William.
Terbaru, polis menahan bekas pengarang News of The World, Andy Coulson yang merupakan bekas penasihat komunikasi Cameron di antara tahun 2003 hingga 2007. Polis turut menahan semula Goodman bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Setakat ini nasib lebih 200 pekerja akhbar berkenaan masih tidak dapat dipastikan.
News of the World popular dalam kalangan penduduk tempatan kerana kerap menyiarkan berita sensasi termasuk laporan eksklusif kematian Puteri Diana dan skandal mengatur perlawanan kriket melibatkan pasukan Pakistan. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Dalang bunuh Osama dikenali sebagai John


ANAK panah menunjukkan seorang dalang Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang dikenali sebagai John menonton siaran langsung pembunuhan Osama bin Laden di White House pada 2 Mei lalu.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Identiti anggota Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang menjadi dalang dalam merancang serbuan ke atas ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden di sebuah rumah di Abbottabad, Pakistan dikenali sebagai John pada 2 Mei lalu.
Dia memakai tali leher kuning semasa menonton siaran langsung pembunuhan Osama oleh komando AS di White House bersama Presiden Barack Obama.
Lelaki berkenaan merupakan seorang penganalisis CIA yang ditugaskan sejak sedekad lalu untuk memburu ketua Al-Qaeda berkenaan.
Nama penuhnya merupakan rahsia yang dikawal rapi tetapi seorang penjejak perisik di Internet percaya dia dapat membongkar identiti anggota CIA tersebut berdasarkan beberapa gambar White House termasuk foto barisan pegawai kanan AS sedang menonton rakaman pasukan komando Navy SEAL menyerbu rumah persembunyian Osama.
Pada minggu lalu, CIA memberitahu wartawan agensi berita Associated Press (AP) bahawa John berada dalam bilik yang sama ketika gambar itu dirakamkan tetapi imejnya agak terkeluar daripada kerangka gambar.
Penjejak perisik, John Young mengkaji gambar berkenaan dan menemui sebahagian imej seorang lelaki tinggi memakai tali leher kuning berdiri di tepi kerangka gambar tersebut.
Dia kemudian membandingkan gambar itu dengan beberapa gambar lain yang dirakamkan pada masa yang sama dan menemui imej penuh lelaki bertali leher kuning itu.
Agensi berita AP bagaimanapun bersetuju dengan permintaan CIA agar tidak menyiarkan nama penuh anggota CIA berkenaan atau maklumat peribadinya untuk mengelakkan dia menjadi sasaran serangan balas dendam.
"Gunakan sahaja nama tengahnya iaitu John," kata seorang pegawai CIA.
Kosmo! Online - Dunia

Israel tahan 20 aktivis pro-Palestin

SEORANG aktivis pro-Palestin ditahan di Lapangan Terbang Ben Gurion, dekat Tel Aviv semalam.


LAPANGAN TERBANG BEN GURION, Israel - Polis Israel menahan 20 aktivis pro-Palestin yang tiba di lapangan terbang utama negara berkenaan di sini semalam dan mencegah ketibaan ratusan lagi aktivis dengan mengugut syarikat-syarikat penerbangan untuk menanggung kos penghantaran pulang mereka.

Polis berkata, semua 20 aktivis yang tiba di lapangan terbang ini, dekat ibu kota Israel, Tel Aviv, tiba dari Switzerland dan akan ditahan sebelum diusir keluar.

Menurut polis, sebuah pesawat syarikat penerbangan Alitalia dari Rom turut dilencongkan dari terminal utama lapangan terbang ini manakala para penumpangnya diarah menjalani pemeriksaan keselamatan.

Para penganjur kempen Selamat Datang ke Palestin yang digelar sebagai flytilla menyatakan, sekitar 800 aktivis akan berlepas ke lapangan terbang ini dalam misi keamanan untuk melawat keluarga-keluarga Palestin.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Israel menyatakan, ia berjaya mematahkan kempen para aktivis asing itu yang kebanyakannya dari Perancis daripada mengadakan demonstrasi untuk memasuki wilayah Tebing Barat.

Beberapa pegawai berkata, kemasukan aktivis berkenaan dapat dihalang selepas pihak berkuasa Israel memaklumkan syarikat-syarikat penerbangan asing mengenai ciri-ciri mereka yang tidak dibenarkan memasuki negara itu.

Satu kenyataan daripada kementerian keselamatan awam memetik ketua polis tempatan, Benzi Sau sebagai berkata, satu operasi bersama oleh polis, kementerian luar dan pegawai pengangkutan berjaya menghalang beratus-ratus aktivis berlepas dari lapangan terbang negara masing-masing untuk menuju ke Israel. - AFP

Kosmo! Online - Dunia