Pages

Saturday, May 16, 2015

Mohammed Morsi dihukum mati

 Mohammed Morsi
Mohammed Morsi

KAHERAH - MESIR. Mahkamah Mesir hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas presiden, Mohammed Morsi selepas didapati bersalah melarikan diri dari penjara Wadi al-Natrun dan membunuh anggota keselamatan ketika kebangkitan revolusi rakyat pada 2011.

Selain beliau, seramai 105 ahli Ikhwanul Muslimin lagi turut dijatuhi hukuman mati atas kesalahan sama.

Bagaimanapun, hukuman tersebut perlu dirujuk dan perlu mendapat kelulusan mufti besar Mesir sejajar dengan undang-undang negara itu.

Mahkamah akan mengumumkan keputusan muktamad pada 2 Jun ini.

Tuah pemilik restoran

NEW YORK : Seorang pengumpul barangan seni membuat kejutan dalam wasiatnya apabila memberi USD$100,000 (RM350,000) kepada pemilik restoran stik kegemarannya di sini, yang dikongsi bersama saudara perempuannya.
Maureen Donohue-Peters, 53, mendapat panggilan telefon daripada seorang peguam selepas seorang pengumpul bahan seni Asia, Robert Ellsworth, meninggal dunia, memberitahu ada sesuatu diwasiatkan kepadanya.
“Saya berkata ‘Oh Tuhan!’ dan tidak menjangka apa-apa. Dia memang pemurah dan baik dengan semua orang.” kata Maureen mengenai Ellsworth yang mengunjungi Donohue's Steak House sejak lebih 50 tahun.
Ellsworth mewasiatkan RM350,,000 itu untuk dibahagi antara Maureen dengan anak saudaranya,Maureen Barrie, 28.
Ellsworth pernah menyumbang lukisan dari Asia bernilai USD$22 juta (RM77 juta) kepada Metropolitan Museum of Art pada 1986 dan hartanya dianggar bernilai $200 juta (RM700 juta).
Dia menjadi pelanggan restoran stik itu sejak ia mula dibuka pada 1950 dan bersahabat baik dengan bapa Maureen. Dia kemudian rapat dengan wanita itu yang mengambil alih restoran berkenaan pada 2000.
“Saya sanggup memberi apa saja untuk mendapatnya kembali. Sebanyak mana pun wang tidak dapat menggantikannya,” kata Maureen. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2015 @ 7:04 PM


Maureen Donohue-Peters bekerja di restorannya di New York. - Foto AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51163#sthash.e8AoYnyw.dpuf

Panjangnya lidah

Washington: Remaja perempuan dari Michigan mahu menjadi pemegang rekod dunia terbaru sebagai orang yang mempunyai lidah terpanjang.
Adrianne Lewis, 18, mendakwa lidahnya sepanjang empat inci dan jika benar, dia adalah pemegang rekod baru mengatasi pemegang rekod sekarang, Nick Stoeberi yang lidahnya sepanjang 3.97 inci.
E! Online melaporkan, Adriana sedang membuat persiapan untuk dimasukkan ke dalam buku Guinness World Record.
Menurutnya, dia mungkin mewarisi lidah panjang tetapi remaja itu dia sering menjelirkan lidahnya menyebabkan ia memanjang.
Adriana menggunakan YouTube untuk menunjukkan aksi lidahnya dan ribuan orang sudah menonton dia memutar, membalik dan menggulung lidahnya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2015 @ 9:47 PM


ADRIANA mahu pegang rekod lidah terpanjang. Foto Twitter/Adriana
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51172#sthash.6BFmhsKe.dpuf

Sang bedal 300kg ditangkap

Miri: Seekor buaya berukuran kira-kira lima meter dengan berat lebih 300 kilogram berjaya ditangkap di Sungai Teniku di sini, 3 petang semalam.
Difahamkan, kehadiran reptilia itu disedari pekerja ladang berhampiran sejak beberapa minggu lalu dan kebetulan dapat melihat buaya itu di tebing sungai.
Mereka segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Miri dan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk tindakan lanjut.
Menurut Jurucakap JPAM, sebaik menerima panggilan kecemasan, seorang pegawai bersama lima anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati buaya itu sudah berada di tebing sungai.
"Anggota JPAM, beberapa pekerja ladang dan anggota SFC segera menangkap reptilia itu.
"Keadaan buaya yang besar itu menyukarkan proses menangkap dan mengambil masa lebih sejam untuk diikat, seterusnya dipindahkan dalam lori," katanya.
Buaya itu kemudian dihantar ke Taman Buaya Miri.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2015 @ 12:03 AM


FOTO ihsan JPAM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51183#sthash.tKXwguKc.dpuf

Makan 1kg pasir sehari

New Delhi: Seorang wanita berusia 92 tahun yang mendakwa memakan sekilogram pasir setiap hari memeranjatkan doktor dengan kesihatannya yang sempurna.
Sudama Devi berkata, dia mula makan pasir kerana bertaruh dengan rakan sepermainannya ketika berusia 10 tahun.
Bagaimanapun, ibu empat anak yang berasal dari Kajri Noorpur, Uttar Pradesh itu menjadi ketagih dan kini makan empat pinggan pasir setiap hari.
Dia mendakwa tabiat anehnya memakan pasir saja untuk makan malam selepas berkahwin dengan suaminya Krishan Kumar menjadi punca dia tidak pernah sakit atau lapar.
“Saya makan kira-kira sekilogram pasir setiap hari. Saya lakukannya tiga atau empat kali sehari.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2015 @ 5:41 AM


SUDAMA mula makan pasir ketika berusia 10 tahun. Gambar kecil, makan limau bersalutkan pasir.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51351#sthash.Ye43XDSH.dpuf

India sangkal monumen cinta makin kuning

New Delhi: Kerajaan India semalam menyangkal dakwaan Taj Mahal, satu daripada tujuh keajaiban dunia semakin kuning.
Menteri Kebudayaan Mahesh Sharma dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam juga menolak dakwaan kononnya monumen marmar itu semakin buruk disebabkan pencemaran udara di kawasan sekeliling.
“Pihak berkuasa tempatan mengambil langkah untuk mengurangkan pencemaran udara di sekitar Taj Mahal. Lembaga Survey Arkeologi India (ASI) juga mengawasi kualiti udara di kawasan sekeliling dan memberi tumpuan terhadap usaha memulihara monumen itu,” kata Sharma.
Dalam pada itu, dia juga menafikan tuduhan kononnya ASI mendapatkan khidmat pakar antarabangsa untuk kerja memulihara bangunan berusia 366 tahun itu.
“Kerja memulihara sentiasa dilakukan dan dipantau oleh ASI. Apabila perlu, nasihat diminta daripada agensi kerajaan di negara ini bagi memastikan keadaan monumen itu sentiasa terpelihara,” kata menteri itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2015 @ 8:53 AM


KERAJAAN nafi bangunan Taj Mahal makin kuning.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50969#sthash.70wZHqjx.dpuf

Patung seramik dilelong RM5.6j

London: Satu patung seramik Jepun yang dianggar bernilai £70,000 (RM394,000) mengatasi anggaran lelongannya apabila ia dijual dengan harga £1 juta (RM5.6 juta).
Patung itu dipercayai dibuat di wilayah Tohoku di utara Pulau Honshu kira-kira 3,000 tahun lalu.
Dikenali sebagai dogu, patung itu menggambar kecantikan seorang wanita.
Patung setinggi 19.5 sentimeter itu sebenarnya separuh daripada ketinggian sebenarnya kerana bahagian bawahnya patah akibat peperangan di Jepun.
Bagaimanapun, ia tidak menghalang pengumpul barang antik Britain dan Jepun daripada membidanya di London.
Jurulelong terkejut apabila berlaku pembidaan sengit untuk mendapatkan patung berkenaan.
Pembida yang berjaya akhirnya membelinya dengan harga 15 kali ganda daripada yang dijangka.
Ketua Jabatan Seramik dan Hasil Seni Cina di Sotheby’s Robert Bradlow berkata, dogu ialah karya seni yang tidak ternilai dan simbol wanita yang unik.
Dia juga gembira si pembeli patung itu berasal dari Jepun yang tahu nilai seni.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2015 @ 5:12 AM


DOGU
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51283#sthash.I0vONi3h.dpuf

Nelayan tangkap belut gergasi

LONDON 15 Mei - Sekumpulan nelayan Britain, dilapor berjaya menangkap seekor belut laut gergasi seberat 59.4 kilogram dengan panjang 6.4 meter di luar pantai daerah Devon, baru-baru ini.
Berat haiwan itu yang hanya kurang 900 gram daripada rekod tangkapan belut di Britain, didaratkan di Jeti Perikanan Plymouth di Devon oleh kapal pukat tunda, Hope.
Nelayan yang menangkap belut tersebut kemudian mengambil gambar bersama tangkapan luar biasa itu dan meletakkan keterangan gambar berbunyi: ‘Belut seberat 59.4 kilogram dinaikkan di pasar Plymouth pagi! Makhluk yang luar biasa’.
Gambar belut itu, kemudiannya dimuat naik semula oleh Kelab Tempuling Antarabangsa London, lapor Mail Online.
Belut laut itu merupakan beberapa jenis belut yang mempunyai berat purata lima kilogram dengan panjang 0.9 meter.
Rekod dunia bagi belut laut itu adalah seberat 158.7 kilogram yang ditangkap di Kepulauan Westmann, Iceland, manakala rekod Britain dibuat nelayan bernama Vic Evans yang menangkap belut seberat 60.3 kilogram di Brixham pada 1995.
Meskipun saiznya yang besar, belut itu hanya terjual pada harga 40 pound (RM225) atau kira-kira 0.70 pound (RM3.90) sekilogram dalam satu lelongan di sini.
Hal ini mungkin didorong oleh faktor belut bukanlah hidangan popular di United Kingdom, walaupun haiwan itu dimakan di negara-negara lain termasuk Perancis.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/nelayan-tangkap-belut-gergasi-1.92171#sthash.HDnarYsG.dpuf

Pelajar genius 
kuasai 18 bahasa

Muaamar Ridwan hanya mengambil masa setahun untuk menguasai 18

Muaamar Ridwan hanya mengambil masa setahun untuk menguasai 18 bahasa mengikut cara pembelajaran tersendiri. AGENSI
MEULABOH, Aceh - Seorang remaja mempunyai bakat luar biasa apabila mampu menguasai 18 bahasa dengan hanya membaca kamus dan buku tatabahasa.
Kompas.com melaporkan, Muaamar Ridwan, 18, berkata, dia hanya mengambil masa setahun untuk menguasai kesemua bahasa berkenaan mengikut cara 
pembelajaran tersendiri.
Beliau memberitahu antara bahasa yang dikuasainya adalah bahasa Arab, Inggeris, Jepun, Mandarin, Korea, Jerman, Belanda, 
Sweden, Denmark, Finland, Perancis, Itali, Sepanyol, Portugal, Turki, 
Bulgaria dan Rusia.
“Untuk menguasai 18 bahasa berkenaan, saya perlu bekerja keras selama setahun kerana saya tahu tiada kejayaan yang datang secara bergolek.
“Saya mula berminat untuk menguasai bahasa asing selepas membawa buku biografi 
negarawan Indonesia seperti 
Sukarno dan Agus Salim yang boleh bertutur dalam banyak bahasa. Inilah pendorong sebenar saya,” jelas Muaamar ketika 
ditemui, baru-baru ini.
Muaamar berharap, kebolehan tersebut akan memudahkannya melanjutkan pelajaran di beberapa buah universiti terkemuka dunia seperti di Britain dan Jerman.
“Saya mahu belajar di luar negara dan pulang semula ke Aceh untuk membina pusat pengajian sendiri bagi membantu penduduk yang susah,” ujarnya lagi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pelajar-genius-8232-kuasai-18-bahasa-1.92301#sthash.C87fYnGs.dpuf