Pages

Thursday, March 5, 2015

Lagi dron misteri berlegar-legar di Paris


Lagi dron misteri berlegar-legar di Paris
Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab menerbangkan puluhan dron di sekitar ibu negara Paris.
PARIS - PERANCIS. Puluhan dron misteri didakwa terus berlegar-legar di sini kira-kira seminggu selepas kejadian sama yang menggemparkan ibu negara Perancis tersebut.

Media tempatan, semalam melaporkan pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengenal pasti sama ada ia adalah pesawat tanpa pemandu yang dihebohkan sebelum ini.

"Kelibat dron tersebut dilihat berhampiran Sungai River Seine, Place de la Concorde dan muzium tentera Invalides. Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini," menurut laporan itu lagi.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve memaklumkan kira-kira 60 aduan berkaitan dron telah dilaporkan di negara itu sejak Oktober lalu.

Menurut Press TV, sejak beberapa bulan lalu, sebilangan wartawan asing telah diberkas atau dikenakan denda kerana menerbangkan dron di ruang udara Perancis.

Di bawah undang-undang negara itu, pesawat tanpa pemandu dilarang terbang dalam lingkungan 5 kilometer dari pusat kemudahan nuklear dan sekitar Paris.

Jadi jutawan dengan jual produk luput tarikh



AGENSI - CLUDERAY (kanan) bersama rakan peniagaannya, Needham di gudang mereka di Sheffield, Britain.


NOTTINGHAMSHIRE, Britain – Seorang lelaki dari Worksop di sini berjaya menjadi jutawan hanya dengan menjual makanan yang telah luput tarikh melalui internet.
Lelaki tersebut, Dan Cluderay, 40, memberitahu, produk jualannya mendapat sambutan hangat daripada golongan wanita yang sibuk tetapi memilih harga yang murah.
Katanya, perniagaan syarikatnya, Approved Food itu mampu memberi penjimatan sebanyak £60 (RM336) seminggu kepada pengguna berbanding harga di pasar raya besar tetapi tetap dijamin dari segi kualiti.
Dia memulakan perniagaan tersebut selepas tertekan dengan kerjaya dalam bidang Teknologi Maklumat pada 2001 dengan menjual secara kecil-kecilan produk coklat berjenama, minuman ringan dan kerepek di kios-kios.
Menurut Cluderay, sebenarnya terdapat dua tarikh yang perlu diambil perhatian oleh pengguna iaitu ‘baik sebelum’ dan ‘gunakan sebelum’.
Jelasnya, tarikh ‘baik sebelum’ bermaksud makanan tersebut masih berada pada tahap optimum, manakala tarikh ‘gunakan sebelum’ pula melibatkan aspek keselamatan iaitu boleh mendatangkan mudarat sekiranya dimakan. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3TSb23khA 
Hakcipta terpelihara 

Hamburan Villarrica


Gunung Berapi Villarrica memuntahkan lahar, menyebabkan lebih 3,600 penduduk dipindahkan di bandar P
Gunung Berapi Villarrica memuntahkan lahar, menyebabkan lebih 3,600 penduduk dipindahkan di bandar Pucon, Santiago, Chile, kelmarin. – REUTERS
Sebuah gunung berapi yang terletak di selatan Chile meletus kelmarin, memuntahkan lahar bersama abu panas ke udara, sehingga memaksa pihak berkuasa memindahkan lebih 3,600 penduduk tempatan ke kawasan yang lebih selamat.
Menurut Pegawai Kecemasan Kebangsaan, letusan Gunung Berapi Villarrica merupakan yang paling kuat dalam tempoh 15 tahun selepas menghamburkan lahar panas sehingga 2,800 meter ke udara sekitar pukul 3 petang kelmarin.
Keadaan tersebut juga memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan amaran merah dan menangguh sesi persekolahan.
Selepas tujuh jam memuntahkan lahar, keadaan semakin tenang dan tiada tanda-tanda untuk gunung berapi itu kembali menghamburkan lahar panas.
Gunung Berapi Villarrica merupakan satu daripada gunung berapi aktif di Amerika Selatan dan pernah meletus pada tahun 1984 dan 2000.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/hamburan-villarrica-1.65968#sthash.PYOCoAly.dpuf