Pages

Friday, January 29, 2010

diganggu ‘lembaga’ misteri

diganggu ‘lembaga’ misteri
Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: Bermulut celupar ketika bercuti di negara jiran menyebabkan seorang lelaki tempatan kini hidup dalam kebimbangan berikutan diganggu ‘lembaga’ misteri yang sering merasuknya sejak lebih dua minggu lalu.

Lebih menghairankan apabila ‘lembaga’ itu meminta mangsa mencari isteri dan anak lelakinya yang dikatakan menghilangkan diri di negara ini sejak beberapa tahun lalu.

Teow Hsium Choon, 36, mendakwa peristiwa hitam berkenaan bermula ketika dia dan lima rakannya pergi bercuti di Kemboja dan menginap di sebuah hotel di negara itu pada 12 Mac lalu.

Menurutnya, ketika berurut, seorang tukang urut wanita menanyakannya lokasi penginapan dan aras termasuk nombor bilik hotel.

“Selepas menjawab, wanita itu terkejut dan memaklumkan bilik terbabit berhantu.


“Saya dan beberapa rakan bagaimanapun ketawa kerana tidak mempercayai perkara itu dan menganggapnya karut,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.

Teow yang menetap di Kedah berkata, ketika minum bersama rakan keesokan harinya, dia tiba-tiba tidak selesa dan merasakan ‘sesuatu’ memasuki tubuhnya.

“Saya kemudian dikatakan mengamuk dan suara bertukar menjadi garau seperti makhluk halus sehingga menyebabkan beberapa rakan terpaksa memegang saya selama beberapa jam.

“Mereka memaklumkan ‘lelaki’ itu meminta supaya mencari isterinya dikenali sebagai Chong Sim Choon dan anak lelaki, Chow Kon Loi berusia 37 tahun yang berada di Malaysia sebagai pembalasan dan hukuman kerana bermulut celupar,” katanya.

Menurutnya, dia dan rakan yang bimbang dengan keadaan itu mengambil keputusan pulang ke tanah air.

“Firasat saya yang menjangkakan tidak akan diganggu ‘lelaki’ itu meleset apabila dirasuk semula Jumaat lalu dan mengingatkan supaya tidak melupakan permintaannya sebelum ini,” katanya.

Dakwa Teoh, dia kini buntu memikirkan nasib dialaminya dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-kedua ahli keluarga ‘lelaki’ itu supaya menghubungi Biro Pengaduan Awam MCA di talian 03-21615678 untuk tindakan lanjut.

Mahathir dulu



GUA TAK TAKUT

Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam - TG Nik Aziz

KOTA BHARU - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.
"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.
"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.
Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.
"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.
"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.
Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.
Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.
Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.
"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.
"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.
Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.
Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.
"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.
Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.
"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.
Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain.

Depan, belakang, kiri, kanan semua tak boleh jalan

TAK TAKUT ANJING KERAJAAN

TKO UNTUK UMNO

Panduan Mengkhusyukkan Sembahyang

Panduan Mengkhusyukkan Sembahyang


Assalamualaikum. ........

Untuk dikongsi bersama....dan juga peringatan buat diri ini yang sering
hilang tumpuan..... ....Mudah- mudahan Allah SWT mengurniakan keampuanan
buat hambaNYA yang lalai ini insyallah... .....

Panduan Mengkhusyukkan Sembahyang

1. Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta
bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran

2. Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus
memandang ke tempat sujud

3. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri
terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita

4. Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak
menggerakkan anggota badan dalam sembahyang

5. Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin


6. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau
persekitaran sembahyang

7. Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk
ayat Al Quran, zikir dan tasbih

8. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada
semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut

9. Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW,
istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir


10. Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air
besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu

11. Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari
yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat

12. Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada
gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu


13. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang
dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya

14. Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan
Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya

15. Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang
serta melambatkan bacaan tasbih


KEBERKATAN ALLAH TAALA HENDAK-NYA SENTIASA DI DUNIA DAN
AKHIRAT..AMIIN

Badan disiplin Umno lebih wibawa dari SPRM?

Oleh Mohamad Sabu

Indeks rasuah begitu tinggi di negara-negara yang baru mencapai kemerdekaan, sezaman dengan Malaya Merdeka. Negara-negara seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Hong Kong adalah negara-negara "pariah" dengan rasuah.

Singapura yang mencapai kemerdekaan pada 1965 menjadikan "jihad" melawan rasuah yang dipelopori oleh regim Lee Kuan Yew.



Di penghujung pemerentah Lee Kuan Yew indeks rasuah menurut piawaian antarabangsa mencapai mata 9.5 per 10, yakni sebuah negara yang mencapai taraf rasuah di tahap kosong.

Tunku Abdul Rahman cuba membentuk Badan Pencegah Rasuah yang dipimpin oleh Tan Sri Harun Hashim dan memberi arahan supaya negara Malaya dikeluarkan dari senarai negara "pariah" dengan rasuah.

Harun Hashim begitu senang menjalankan tugas menghambat perasuah tanpa mengira kedudukan jawatan dan kedudukan orang yang disiasat untuk dibawa kepada pendakwaan.

Keharuman nama Badan Pencegah Rasuah lama-kelamaan semakin pudar terutama di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. Pendakwaan terpilih menjadi bahan mulut rakyat Malaysia.

Misalnya seramai 18 orang "jerung besar" yang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah dan fail siasatan telah diserah kepada pihak Peguam Negara. Kerajaan Abdullah Ahmad Badawi berjanji untuk mendakwa mereka yang berprofil tinggi yang terlibat dengan rasuah.

Setelah lama menunggu, tidak ada pendakwaan terhadap kes "18 SX" tadi kecuali terhadap Eric Chia. Janji awal pemerentahan Abdullah untuk memerangi rasuah, namun ia berakhir dengan pertumbuhan rasuah yang lebih "gemilang" di akhir pemerentahan Abdullah.

Sehingga timbul ungkapan jalanan terhadap kerajaan Abdullah: "Kalau di zaman Dr Mahathir rasuah di bawah meja, tetapi di zaman Abdullah, rasuah berlaku di bawah meja, di atas meja dan dengan meja-mejanya sekali." Ertinya, rasuah dan politik wang berleluasa di zaman Abdullah dan ia tidak dapat dikawal lagi.

Untuk membina imej antirasuah semula terhadapnya, sedangkan hal rasuah terus berleluasa, maka Abdullah di akhir pemerintahannya telah menaiktaraf Badan Pencegah Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Harapan rakyat tinggi menggunung terhadap Abdullah dan kerajaan untuk mencegah dan membasmi rasuah.

Sepantas kilat SPRM menunjukkan wibawa dengan berjaya membawa dua orang Exco Perak di bawah kerajaan Pakatan Rakyat ke muka pengadilan. Kecekapan SPRM itu - walaupun kerajaan Pakatan Rakyat Perak merasa gusar - saya sendiri amat kagum di atas ketangkasan mereka menjalankan tugas.

Wibawa SPRM sekali lagi terserlah apabila berjaya membongkar kes "salah guna kuasa" Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga membawa kepada perletakan jawatan beliau sebagai TKM1 dan Adun.

Sekali lagi kecekapan SPRM terserlah apabila ia berjaya membongkar "salah guna kuasa" Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu lembu korban dan penyalahgunaan kereta peribadinya. Walaupun ia pahit bagi Pakatan Rakyat tetapi kita salute (tabik hormat) di atas kecekapan SPRM.
Kesungguhan SPRM untuk mencegah dan membasmi rasuah yang begitu hebat berleluasa kini telah tercemar teruk.

Jawatan kuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (SELCAT) yang dibentuk kerajaan Selangor untuk menjalankan penyiasatan terhadap penyalahgunaan wang oleh bekas Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dan isterinya terhadap wang Balkis (Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat) telah menemui unsur penyelewangan dan ini amat mengejutkan semua pehak.
Penyalahgunaan wang GLC, wang dana Balkis nampak begitu ketara. Namun, yang menghairankan kita, mengapa SPRM tidak mengetahui penyelewengan ini?

Hairan bin Ajaib apabila badan secekap SPRM tidak mengetahui unsur penyelewengan (rasuah) sebegitu rupa berlaku di Selangor. Jawatan kuasa disiplin Umno yang diketuai oleh Tengku Ahmad Rithaudin rupa-rupanya lebih berwibiwa daripada SPRM dalam membongkar rasuah dan mendedahkannya kepada orang ramai, berbanding SPRM.

Ketua Menteri Melaka yang dihukum oleh jawatankuasa disiplin Umno kerana rasuah tetapi tidak diambil apa-apa tindakan oleh SPRM. SPRM tak ubah seperti sebuah badan seumpama "kelab menyokong Umno" yang dilabelkan oleh rakyat sekarang ini. Wibawanya hilang sama sekali ditelan dengan hilang kewibawaan kerajaan Barisan Nasional itu sendiri.

Tak takut polis

WAHHABI GUNA HADITH PALSU DALAM AKIDAH…apa hukumnya?!



Bahaya Akidah Wahabi

WAHHABI GUNA HADITH PALSU DALAM AKIDAH…apa hukumnya?!

WAHHABI GUNA HADITH PALSU DALAM HAL AKIDAH…APAKAH HUKUMNYA WAHAI WAHHABI?!
Kitab yang telah discan diatas adalah: KITAB WAHHABI BERJUDUL ‘FATHUL MAJID FI SYARH KITAB AT-TAUHID’.
DALAM KITAB TERSEBUT AMAT JELAS WAHHABI BUAT HADITH PALSU MAKZUB DUSTA TERHADAP NABI MUHAMMAD DENGAN MENDAKWA NABI BERSABDA ‘ALLAH DUDUK ATAS KERUSI’.
INI ADALAH HADITH PALSU YANG TIDAK PERNAH DIRIWAYATKAN SECARA SOHIH MAHUPUN HASAN DAN TIDAK SABIT LANGSUNG DARI NABI MUHAMMAD.
WAHHABI SENGAJA MEREKA-REKA HADITH TERSEBUT SUPAYA UMAT ISLAM BERAKIDAH SEPERTI YAHUDI.
SOALAN SAYA KEPADA WAHHABI: APAKAH HUKUM MENGUNAKAN HADITH PALSU DALAM HAL AKIDAH?!
Sangat memalukan agama Islam dalam dunia dakwah secara penulisan apabila sebahagian umat yang mengaku Islam sendiri hanya membicarakan dan memfokuskan pada hal yang ranting dan meninggalkan hal yang asas.
Wahhabi memang suka berbicara hal kenduri arwah, baca Al-Quran atas kubur dan sebagainya dari perbalahan yang tidak memberikan kemenangan kepada Islam dan langsung tidak membawa kepada kesatuan umat Islam bahkan hanya membawa kepada perpecahan yang telah melarat sejak dibukukan sejarah. Ini lah yang diimpikan oleh golongan Wahhab agar umat Islam lemah tidak kuat dan papa kedana dalam mempertahankan Islam.
Kita tidak harus melayan rentak remeh Wahhabi dalam menyesatkan umat. Inilah nasihat saya kepada pejuang yang lebih alim dan tawadhu’.
______________
PENYELEWENGAN AQIDAH ‘ INSTITUT’ IBNU QAYYIM: ” NABI MUHAMMAD DUDUK ATAS ARASY, ALLAH PULAK DUDUK ATAS KERUSI” (berbukti)
Ayyo Yoo..Suda Tuka Ka?
——————————————————————————
Tahukah anda mengapa Wahhabi di tanah air kita begitu bangga dengan tokoh yang mereka sendiri tidak mempunyai sanad kepadanya iaitu Muhammad Bin Abu Bakar Ad-Dimasyqi IBNU QAYYIM AL-JAUZIYYAH?
Ketahuilah lelaki ini bukanlah ulama Islam yang diambil kata-katanya dalam aqidah dan jugak feqah malahan serata tulisannya perlu berjaga-jaga kerana terdapat banyak percanggahan dengan agama Islam sebenar.
Selain itu Wahhabi Melayu cukup gemar mengunakana namanya dan kenyataan dhoifnya. Ini kerana sememangnya banyak kenyataan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah selari dengan hawa nafsu mereka tapi pada hakikatnya jelas menyeleweng dari aqidah sebenar sebagai contoh:
- Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah kata Allah Duduk Atas Kerusi.
- Wahhabi juga kata Allah Duduk Atas Kerusi Dan Meja.(maaf Kerusi jek).
- Yahudi juga mendakwa Allah duduk atas kerusi (Rujuk Safar Al-Muluk Al-Ishah 22 nom 19-20 dan dalam Safar Mazamil Al-Ishah 47 nom 8).
Sedangkan Allah dan RasulNya tidak pernah menyatakan sedemikian.
Mari kita teliti….
* IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH DAKWA ” NABI MUHAMMAD PULAK DUDUK ATAS ARASY” *
INILAH KITAB IBNU QAYYIM AL-JAUZIYYAH YANG MENJADI RUJUKAN DAN PANDUAN UTAMA BAGI KESEMUA WAHHABI DI MALAYSIA BERJUDUL ” BADAI’UL FAWAID ” PADA JUZUK 4 CETAKAN MAKTABAH NIZAR MUSTOFA AL-BAZ:
PADA KITAB TADI IBNU QAYYIM MENDAKWA: ” NABI MUHAMMAD DUDUK ATAS ARASY” LIHAT BUKTI:

(DI ATAS) ADALAH ISI KANDUNGAN KITAB TERSEBUT TERTERA TAJUK DALAMNYA NABI MUHAMMAD DUDUK ATAS ARASY. DAN DINUKILKAN SECARA DUSTA SYAIR YANG PALSU KONONNYA NABI MUHAMMAD DUDUK ATAS ARASY DAN JANGAN INGKAR!.
Inilah fahaman yang pelik tidak berdasarkan kepada nas yang sohih. Pakai tibai ajek..habis tu yang wahhabi kata Allah Duduk Atas Arasy tu apa citta?! sapa yang duduk atas Arasy sebenarnya wahai Wahhabi ‘Institut’ Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah?!!
(*jgn ‘perasan’ institut hang tu…ni chek habaq pasal Ibnu Qayyim AL-JAUZIYYAH dan kesan aqidahnya pada Wahhabiyah…lainlah kalu hangpa tuh memang Wahhabi totok motok kotoQ).
Teringat plak chek pada senarai kesesatan Ayah pin yang dinyatakan dalam Majlis Fatwa antaranya Ayah Pin dakwa dirinya duduk atas arasy.
* IBNU QAYYIM AL-JAUZIYYAH DAKWA ” ALLAH PULAK DUDUK ATAS KERUSI ” *
KITAB IBNU QAYYIM AL-JAUZIYYAH BERJUDUL ” SOWAIQUL MURSALAH ‘ALAL JAHMIYAH WAL MU’ATTILAH ” PADA JUZUK 2 CETAKAN MATBA’AH AS-SALAFIYAH DI MEKAH :
PADA KITAB TERSEBUT IBNU QAYYIM MENYANDARKAN KEPADA ALLAH SIFAT ‘ DUDUK ATAS KERUSI
& TURUN PERGI JUMPA NABI MUHAMMAD’ (LIHAT DIBAWAH&KLIK PADANYA KALAU NAK BESARKAN):

(DI ATAS) ADALAH ISI KITAB TERSEBUT YANG MENJADIKAN RUJUKAN UTAMA WAHHABIYAH DI MALAYSIA, PADA MUKASURAT 217 MENYATAKAN BAHAWA KONONNYA:
ALLAH DUDUK ATAS KERUSI SAMBIL MENJENGUK HAMBA-HAMBANYA DARI ARAH ATAS DAN ALLAH TURUN PERGI BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD LANTAS BERLAKU PERTEMUAN ALLAH DENGAN NABI MUHAMMAD PADA DUA JARAK TEMPAT.
Inilah aqidah Tajsim yang menyamakan Allah dengan makhluk dihidupkan oleh Wahhabi Malaysia sambil mengajar kanak-kanak kecil aqidah sesat ini bertujuan agar rosak aqidah generasi umat Islam kelak lantas bermaharajalela lah Mujassimah Al-Yahudiyah.
TEKS PENING SAMBIL TERMUNTAH:
Aqidah Wahabi sekejap tuhan duduk atas kerusi pastu Nabi pulak duduk atas Arasy pastu Arasy pulak qadim pastu tuhan duduk melepak atas arasy sekejap pastu Nabi duduk plak atas arasy pastu arasy duduk atas keru….asdgdfwglsdguysag
aduii..sakit lah kalau dok main ambil akidah yahudi mcm Wahabi buat nih..habis celaru……
Apepun saya doakan semoga Allah memberi hidayah Tauhid Tulen kepada agama Wahhabi.
www.abu-syafiq.blogspot.com

Henti ceramah Anwar, Imej Polis Semakin Buruk - Mahfuz Omar

Monday, 25 January 2010 11:22 AM Oleh Roziyah Mahamad


KUALA LUMPUR : Imej polis akan lebih buruk apabila menghentikan ceramah umum Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana majlis tersebut jelas tidak menimbulkan kekecohan dan lebih menonjolkan perpaduan.


"Bila berlaku pembakaran gereja, polis mengarahkan pihak gereja sendiri yang mengawal keadaan kerana alasan mereka tidak cukup anggota tetapi bila majlis seperti ini berlangsung polis boleh hantar begitu ramai anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menghentikan program tersebut," jelas Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar ketika dihubungi Era Pakatan.com.
Beliau berkata, ini merupakan provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak polis dan kerajaan seharusnya serius melihat perkara.


"Pimpinan pegawai polis harus dirombak dan jawatan ketua polis yang ada sekarang harus dilucutkan dengan segera," jelas Mahfuz lagi.
Menurut beliau, pihaknya berjaya mengawal keadaan dan meminta semua hadirin bersurai bagi menghormati keputusan pihak polis ketika itu. Tindakan itu katanya tidak wajar kerana program itu lebih mesra rakyat dan mengumpulkan pelbagai kaum selain amalan Pakatan Rakyat (PR) yang sentiasa turun bersemuka dengan rakyat.


Terdahulu, program ceramah umum Anwar di Kampung Kerinci malam tadi bertukar kecoh apabila polis bertindak dengan menaiki pentas dan memberhentikan program tersebut. Kejadian itu berlaku selepas setengah jam Anwar memulakan ceramahnya.


Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid bersama-sama beberapa anggotanya bertindak menaiki pentas ceramah itu di Blok L Flat PKNS Kampung Kerinci meminta ketua pembangkang itu berhenti menyampaikan ceramah.
Penyokong yang hadir ketika itu lantang berteriak membantah tindakan polis yang menghalang ceramagh itu daripada dilangsungkan.

Ekoran perkara itu, majlis tersebut terpaksa dihentikan dan para penyokongnya membawa ketua pembangkang itu ke dalam sebuah rumah yang terletak bersebelahan dengan pentas tersebut.
Pihak urusetia juga bertindak menutup lampu dipentas tersebut, menyebabkan para penyokong bersorak dan melaungkan 'Reformasi' kepada beberapa kali kepada anggota polis yang masih berada di atas pentas.
Kekecohan yang berlaku hampir 10 minit itu disaksikan hampir 500 hadirin yang hadir di situ sejak jam 8.30 malam tadi. Lebih 30 anggota polis termasuk FRU kelihatan di tempat ceramah tersebut.
Posted by WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI at Monday, January 25, 2010 0 comments

Sebagai Peringatan kepada semua..

Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

" Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya) , tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad

Banyaknya berlaku gempa bumi


Munculnya gaya hidup m ewa h dan manja di kalangan umat Islam


" Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja , putera-puteri Parsi dan Rom , maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi , Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.


Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
Lihat pakcik islam tu


Berkurangnya sifat amanah


Akan terdapat ramai anak luar nikah.


Orang akan melakukan homoseksual


Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi


Akan terdapat banya pengkritik , pembawa-cerita , penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.


Manusia m ewa rnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

" Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai



Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

" Banyaknya sifat bohong , pendeknya waktu , dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari



Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai


" Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim "



Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar


" Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad



Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita


" Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya , kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim



Bulan sabit kelihatan besar


" Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani





Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

" Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."



Menghias masjid dan membanggakannya


" Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai



Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik



Bermaharajalela alat muzik


" Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh , rusuhan dan perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah


Penaklukan Baitulmuqaddis


" Dari Auf b. Malik r.a. , katanya , "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya , iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

Posted by WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI at Tuesday, January

Polis yang akan mendapat pujian daripada Allah SWT

http://vthumb.ak.fbcdn.net/vthumb-ak-sf2p/v10827/162/45/100000974252199/b100000974252199_113892661986542_1507.jpg
Gambar diatas menunjukkan  seorang pegawai Skuad Amru di arab saudi dan Polis membatal Konsert Nasyid yang mendapat  bantuan daripada pertubuhan kristian yang dikenali sebagai " Burung-burung di Syurga ". Cubaanda lihat tugas sebenar Polis yang memang tugasnya  " Menyeru kepada jalan Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran " bukan mengeluarkan lesen hiburan dan menjaga tempat hiburan bermaksiat.
Semoga Polis tersebut mendapat keberkatan daripada Allah SWT dalam kehidupannya di dunia dan dapat bertemu dengan Rasulullah SAW di Syurga nanti.
وقفه أخرى .. مع ما يسمى .. (( بطيور الجنة )) .. هذه الفرقة التي تدعو بالأناشيد .. والأغاني .. حق لها أن تتسمى .. (( بطيور النار )) .. وهنا في أحدى أحياء (( الرياض )) .. تم وقف المنشد والفرقة المنشدة معه .. من أحد رجال (( هيئة الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر )) حفظهم الله لنا ..
.. وحفظ الله لنا دولتنا .. دولة التوحيد ..
مع التنبه : أن هذه الفرقة .. (( طيور النار )) تنتمي لتنظيم القاعدة .. لتفتيت عقول المجتمع .. وإخراج السنة منه ..
ويوجد مقالة جيدة في توضيح ذلك ..
أكتب في (( جوجال )) موقع واحدة النصيحة .. موجود الرد بصيغة الوورد .. قسم الدراسات والأبحاث .. يد واحدة ضد الإرهاب وأهله .. وهذه أخرة ما تفعله البدعة كالأناشيد .
والله المستعان ..
Lihat lihat rakam keberanian Pegawai agama arab saudi dan Polis tersebut pada rakaman video dibawah.

Kenyataan akhbar kartunis Zunar





Penerbitan komik "Isu Dalam Kartun"


SAYA dengan ini mengumumkan penerbitan komik "Isu Dalam Kartun (IDK)", sebuah majalah kartun satira yang mengupas isu-isu semasa secara santai.


Seperti "Gedung Kartun" dan "Perak Darul Kartun", IDK sarat dengan karya-karya kartun dengan kritikan pedas terhadap isu seperti kes kehilangan enjit jet, penggunaan perkataan Allah, rasuah, GST, tol dan sebagainya.


Selain itu, dalam keluaran ini saya dan pasukan kartunis mempersembahkan dua cerita satira utama iaitu "Sumpah di Bumi Komisen" dan "Dari PD ke Mongoria".



"Sumpah di Bumi Komisen" adalah sebuah cerita fantasi di negeri antah berantah dibawah pemerintahan Datuk Komis dan isterinya Nek Mah. Datuk Komis dikatakan mempunyai hubungan cinta secara sulit dengan seorang gadis yang berasal dari Ular Batok, Antootuya. Malangnya Antootuya dibunuh di Puncak Segala Alam.



Cerita menjadi gawat apabila negeri itu dilawati hantu jelmaan Antootuya. Kartunis Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad) dan Lan (Azlan Isa) berpadu tenaga merelisasikan lukisan cerita yang memenuhi 29 muka surat ini diatas kertas, sementara skrip digarap oleh saya sendiri dan Ronasina (Apandi Ramli) yang bertindak sebagai Editor.



Manakala "Dari PD ke Mongoria" juga cerita rekaan mengisahkan bagaimana operasi sulit yang dilakukan oleh pemerintah sebuah negeri, Menteri Kecik untuk menyelamatkan sepasang kekasih yang tertangkap basah di sebuah hotel di selatan tanah air. Ia dilukis oleh kartunis Oly (Olihairi Othman).



Kartunis Enot (Zainal Misran) pula mengemukakan tujuh teori dari perspektif beliau sendiri mengenai kehilangan enjit jet dan pihak yang mencurinya. Enot juga meneruskan karyanya bertajuk “Nostalgia 98” yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus.
Kartunis Haili (Nor Halim) pula mengkritik pihak yang mempertahankan perkataan Allah dan dalam masa yang sama melakukan korupsi serta salah guna kuasa. Beliau juga mengulas isu isteri pembesar yang membazir jutaan ringgit untuk membeli-belah diluar negara.



Hishamuddin Rais meneruskan kisah satira popular "Riwayat Jantan Takubin" sementara Rahmat Haron menyambung nukilan bersiri "Bercakap Dengan Puaka." Pyan Habib menyingkap di sebalik tabir kontroversi majalah Gedung Kartun dalam kolumnya “Racau.” Peguam Puspa Ros memberi informasi kesedaran rakyat tentang hak-hak mereka yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.



Saya juga suka mengumumkan bahawa "Isu Dalam Kartun" adalah sebuah majalah yang mempunyai permit penerbitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (PP16565/12/2010(026185)).



IDK mempunyai ketebalan 84 muka surat ermasuk kulit dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 15, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara online melalui website cartoonkafe.com atau berhubung terus dengan pejabat saya 03-22744931.



Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada hari Sabtu 30 Januari jam 5 petang di Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Majlis ini terbuka kepada semua.





Zunar
Pengarah Urusan/Ketua Pengarang
Sepakat Efektif sdn bhd
28 Januari 2010

Negara akan bankrap jika Umno/BN terus perintah

Negara akan bankrap jika Umno/BN terus perintah
Januari 23, 2010 ustazidrisahmad Tinggalkan komen Go to comments
Kemenangan PAS yang bersumberkan sumbangan dan keikhlasan ahli yang diredhai Allah lebih bermakna berbanding kemenangan yang berpunca dari kelemahan Umno-BN.

Oleh Nash Array

Negara akan terus lingkup di bawah Umno/BN (UBN). Pendedahan oleh Ku Li, berlakunya penyelewengan wang rakyat dan salah guna kuasa Bank Negara untuk kepentingan broker pertukaran dana asing Rosmah Najib amat mengejutkan sekali yang membuatkan rakyat marhein sesak nafas!

Apa tidaknya, pada pertengahan tahun lepas (2009), perjudian Bank Negara yang tiada ambil iktibar daripada kesalahan yang sama yang pernah berlaku dalam pasaran perjudian tukaran wang asing. Bank Negara terus berjudi sehingga mengalami kerugian sebanyak RM32 bilion. Satu jumlah yang cukup besar yang bisa menampung bajet negeri Pulau Pinang selama 100 tahun.

Selain daripada itu , defisit negara yang berturutan selama 13 tahun membimbangkan rakyat. Hutang negara sebanyak RM363 bilion pula terpaksa dibayar sebanyak RM13,000 setiap kepala rakyat Malaysia. Lahir sahaja seorang bayi, sudah terhutang kepada negara sebanyak RM13,000. Warga marhein yang akan membayarnya bukan PM dan kabinetnya yang ‘joli katak’ dengan wang rakyat sebagaimana kata Ku Li.

Negara akan muflis jika salahguna wang negara dan penyelewengan terus berlaku. Tak cukup dengan penyelewengan dan kerakusan pembaziran yang dibuat oleh Badawi sebagaimana dakwa Mahathir sebanyak RM270 bilion dan Mahathir sendiri sebagaimana pendedahan Barry Wain telah membazirkan RM100 bilion wang rakyat yang dinafi cuma RM10 bilion sahaja adalah juga wang rakyat yang terpaksa menanggung siksa dan derita membayar setiap sen wang negara yang hilang dengan kenaikan harga barang gula, minyak dan sebagainya. Ditambah pula siksa-derita rakyat marhein dengan perjudian tukaran wang asing oleh Bank Negara Rosmah Najib sebanyak RM32 bilion. Rakyat yang membayarnya bukannya UBN dan kroni mereka yang menjadi kaya raya di atas keperitan rakyat jelata.

Kerugian Bank Negara tersebut pada pertengahan tahun lepas mengakibatkan pada tahun itu kakitangan kerajaan tiada bonus dan ada ura-ura cola akan dipotong dan minyak naik (selepas pilihan raya semula di Perak) dan sekarang makanan sekolah berasrama penuh dipotong dan gula naik. RM270 bilion + RM100 billion yang berjumlah RM370 bilion dan yang terkini RM32 bilion itu; berjumlah sekitar RM400 bilion. Jika UBN terus memerintah dengan kerakusan dan ketamakan keqorunan mereka, tiada mustahil negara akan bisa jatuh bankrap. Bapak menteri bisa cabut luar negara dengan aset mereka di seberang laut tetapi rakyat bagaimana.

Sewajarnyalah rakyat golongan marhein bersama PAKATAN RAKYAT mendesak supaya harta Mahathir dan Badawi disita untuk menampung kerugian dan penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh mereka dan kroni mereka, golongan Umnoputra Korporat Melayu Islam di bawah UBN yang beramal dengan korupsi, kroni, nepotisme dan salahguna kuasa dan wang rakyat untuk projek yang membazir dan harga kos projek yang berlipatkali ganda daripada harga yang sebenar sepertimana yang pernah didedahkan oleh Chua Jui Meng, bekas menteri kabinet yang berpengalaman luas yang kecewa dengan sikap kerakusan Umno yang tiada akan berubah dan mutakhir ini bergiat cergas di dalam Pakatan Rakyat untuk membina tapak baru dan harapan baru untuk masa depan rakyat Malaysia.

Satu Malaysia ditipu oleh UBN dalam program JMR (JUARA MENIPU RAKYAT) tajaan UBN satu Malaysia. Isu penyelewengan demi penyelewengan wang rakyat ini; termasuk skandal PKFZ, cuba dialih fokus oleh UBN dengan perihal isu kalimah Allah yang diperbesarkan dan dieksploitasikan oleh mereka demi untuk mendapat semula sokongan orang Melayu dalam PRU13 nanti.

Namun, massa sudah celik mata akan sandiwara mereka dan tiada memberikan sokongan ke atas lakonan demonstrasi mereka yang cuba mencetuskan huru hara antara kaum dan antara agama dalam isu kalimah Allah di negara ini setelah huru-hara heret kepala lembu tiada mendapat sokongan orang Melayu apalagi daripada PAS yang berhati-hati dan menunjukkan kematangan siasahnya daripada masuk perangkap perkauman dan ugama manipulasi Umno. PAS yang semakin utuh di hati massa yang menyaksikan sendiri bukti kehebatan Islam yang dibawanya selaku gerakan dan Parti Islam SATU MALAYSIA di negara ini.

Bahkan Tok Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS menyatakan memberi salam kepada orang bukan Islam itu khilaf dan boleh mengucapkan salam. Bahkan inilah yang sebenarnya mesej Islam supaya orang bukan Islam tahu bahawa Islam itu baik bahkan dinyatakan tuhan sebagai ‘Rahmatan lil alameen” ertinya rahmat kepada sekalian alam, manusia dan binatang; termasuk memberikan rahmat kepada bukan Islam juga sebagaimana terkandung dalam salamnya: “Peace Be Upon You“ ( sejahtera ke atas kamu ); secara literalnya adalah untuk dan kepada semua manusia wajar diselamatkan.

Kehebatan gerakan Islam PAS amat dikagumi bukan Islam yang akan membenarkan bukan Islam menjadi ahli penuh dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS yang bakal ditubuhkan dengan rasminya, insyaAllah yang setaraf, sesuara dan sehak dengan Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulamak; menjadikan konsep keadilan dalam Islam dapat dicernai oleh Gerakan Islam PAS sebagai gerakan terulung massa dalam massa dewasa ini.

PAS di bawah Mursyidul Am TGNA bisa melakukan reformasi uslub dakwah yang paling sesuai dengan waqi’ terkini bersama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat sebagai PILIHAN RAKYAT pada PRU 13, insya Allah di samping tiada menggadaikan prinsip perjuangan Islam yang sebenar yang anti nasionalisme, racialisme dan ekstremis agama.

UBN akan bertambah gusar dan fobia lagi apabila PAS sendiri akan meletakkan calon bukan Melayu dan bukan Islam yang sesuai untuk menentang calon BN daripada MCA dan MIC bersama DAP dan PKR untuk membentuk kerajaan baru di peringkat federal. Oleh itu, perkemaskanlah daftar pemilih dan pendaftaran pengundi baru daripada sekarang khususnya anak- anak muda yang bersemangat tapi apa ertinya tiada bisa mengundi jika belum lagi mendaftar sebagai pengundi. Semakan tempat mengundi juga perlu disegerakan kerana SPR dan JPN adalah anggota UBN yang tiada berdaftar! Yang bekerja untuk tipu muslihat dan strategi UBN untuk menang secara penipuan dan cara jahat.

Justeru bilik gerakan bagi semua UPU (Unit Peti Undi) sepatutnya sudah pun bersiap siaga daripada sekarang khususnya bagi negeri Perak untuk memintas perancangan UBN dan agensi di bawah telunjuknya (JPN dan SPR) khususnya penggunaan ‘Mycard’ di kalangan anggota polis dan tentera.

IBU . .

. Pada suatu masa, ada seorang ibu datang ke sekolah untuk melihat-lihat keadaan belajar anaknya. Akan tetapi sianak sungguh malu dan bersembunyi serta menghindar dari ibunya... Dia tidak peduli . . . dan terus, terus saja menghindar serta bersembunyi... Karna . . . Ibunya buta sebelah mata ... dan dia malu memiliki ibu seperti itu. Keesokan harinya... teman-teman sekolah menertawai-nya... "Eee... ibumu cuma punya satu mata..." Ketika itu... ia membenamkan dirinya... Dia ingin ibunya hilang dari hidupnya... Dia berkata pada ibunya: "kalo hanya ingin membuat diri aku malu... lebih baik kau mati saja ibu ...!" Ibunya... hanya terdiam..!? Dia pun hanya terdiam dan berkata di dalam hati... apa yang barusan ia katakan pada ibunya... setelah amarah yang menguasai dirinya... Dia tidak pedulikan perasaan ibunya... dia ingin keluar dari rumah itu... Sekian tahun kemudian . . . Kini dia juga telah mempunyai keluarga sendiri Suatu ketika ibunya datang ke rumahnya... setelah beberapa lama tidak berjumpa... Saat membuka pintu, seorang bocah kecil... kaget dan menangis... ketakutan melihat nenek tua tanpa mata sebelah... Ibu itu diusir seketika itu juga oleh anaknya sendiri seraya berkata: "kedatanganmu membuat anakku takut dan menangis... pergi 'Kau'..!" "Maaf... mungkin saya salah alamat...". Balas ibunya. Beberapa minggu kemudian dia mendapat undangan reunian teman sekolah dulu... Dan dia pun pulang sendiri ke kampung halamannya untuk bertemu dengan teman lamanya dulu. Setelah selesai menghadiri acara reunian tersebut... tergerak hatinya ingin melihat-lihat rumah tempat ia tinggal dulu... saat tiba di rumah, ia tidak menjumpai ibunya... Tibalah Seorang tetangga memberikan sepucuk surat kepadanya dan berkata bahwa ibunya telah meninggal dunia seta menitipkan sesuatu ... Di dalam surat itu tertulis... "...Anakku tercinta... ...setiap detik... hati ibu selalu terbayang oleh wajahmu. Kutahan lapar serta dahaga... karena rindu kepadamu... ...maafkan ibu... karena wktu itu ibu datang, hanya ingin melihat wajahmu... ... maafkan ibu . . . wahai anakku Ibu telah membuat anakmu menangis ketakutan karna melihat wajah ibu... tanpa sebelah mata... Kini kau telah kembali... mungkin bisa bertemu dengan teman-temanmu dulu... Tapi... kau tak akan melihat ibu lagi... Dulu... di saat ibu melahirkan kamu... alangkah sedih hatiku... melihat kau lahir di dunia ini... tanpa sebelah mata... Ibu cinta kepadamu... dan... kukorbankan sebelah mataku, untukmu... agar kau bisa melihat keindahan dunia ini... dengan leluasa... ...Anakku yang tersayang... maafkan ibu... karena bagi ibu, ini tiada guna untuk ibu cerita padamu... itu semua karena... aku ikhlas dan benar-benar cinta padamu... Nak Ma’afkan ibu . . . -----ooo000ooo----- Semoga cerita yang singkat itu bermanfaat buat kita... terutama diriku Si ahli maksiat yang belum kenyang dan puas untuk berbakti kepadaMu Wahai Bunda !!! Siapa orang yang pertama kita hormati di dunia ini..? "ibumu... ibumu... ibumu... dan ayahmu..." Wassalaam

Ganjaran Solat Subuh

Ganjaran Solat Subuh

1. RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

2. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

3. Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

4. Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

5. Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) .” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

6. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

7. Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

8. Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya? Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:”Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

9. Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

10. Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Cara melakukan solat

Written by asiamind
Wednesday, 30 July 2008 12:05
Solat dalam erti kata lain ialah sembahyang yang ditunaikan oleh umat islam tanda mengingati dan kesyukuran kepada pencipta alam sekalian iaitu Allah s.w.t . Solat adalah suatu perkara yang perkara wajib ditunaikan dan perlu dilakukan sebanyak lima kali sehari oleh setiap umat islam di suluruh dunia. Solat dilakukan dengan perlu mengikut hukum-hukum islam yang telah disyaratkan. Sekiranya melanggar salah satu syarat sah , syarat wajib atau rukun dalam solat, oleh kerana itu menjadi penyebab bahawa solat yang dilakukan adalah tidak sempurna dan juga tidak sah.

Sebelum melakukan solat, wajib mengambil whuduk iaitu air sembahyang bagi tujuan membersihkan di tempet-tempat tertentu. Setelah itu, berdiri tegak dan menghadap kiblat dengan tepat. Umat islam yang menunaikan waktu solat perlu melepasi dalam syarat sah dan wajib solat, Sesudah itu, niat di dalam hati untuk bersolat dengan lafaz niat yang betul,sesudah itu, lakukan takbiratul ihram ( Allah akhbar yang pertama ), kepada yang sihat, perlulah berdiri bagi melakukan solat tetapi pada yang kurang upaya boleh solat dengan pelbagai cara yang terbaik asalkan tidak bertentangan dengan agama islam, seterusnya wajib membaca surah Al-Fatihah, selepas membaca surah Al-Fatihah, lakukan rukuk beserta tama'ninah ( tenang, tertib dan tidak terburu-buru), sesudah itu iktidal beserta tama'ninah kemudian sujud dua kali beserta tama'ninah, seterusnya, sementetara waktu solat, lakukan duduk diantara dua sujud beserta tama'ninah,Tasyahhud akhir dengan bacaan Tasyahhud (baca dengan bacan yang betul), seterusnya lakukan duduk dalam keadaan Tasyahhud akhir, wajib selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam Tasyahhud akhir, dan pengakhiran solat ialah memberi salam dan tertib. Mengikut ajaran agama islam, sekiranya Jika tertinggal bacaan doa qunut ( dalam waktu solat subuh sahaja) atau Tasyahhud awal, perlu membuat sujud sahwi selepas memberi salam.


SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Di dalam ajaran agama islam, umat islam digalakkan untuk melakukan solat-solat sunat bagi mendapat pahala di dunia mahupun di akhirat, solat sunat kebiasaanya dilakukan dengan tujuan-tujuan tertentu yang diniatkan dan agar dimakburkan permintaan hatinya oleh yang maha pencipta alam iaitu Allah s.w.t. Diantara solat-solat sunat dalam ajaran agama islam ialah solat sunat istikharah, solat sunat ini dilakukan pada malam hari iaitu pada 2/3 malam terakhir. Solat sunat istikharah ialah solat sunat yang meminta petunjuk untuk membuat pilihan sekiranya mempunyai peluang untuk memilih dan merasa sukar dan garu-ragu untuk memilih antara salah satunya daripada daripada pilihan itu. Oleh yang sedemikian, perlulah meminta petunjuk agar digerakkan hati untuk memilih yang terbaik daripada kalangan yanag terbaik contohnya sukar memilih pasangan hidup.

SOLAT SUNAT HAJAT

solat sunat hajat adalah solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat yang besar mahupun hajat yang kecil, untuk dicapai, solat sunat hajat dilakukan pada malam hari iaitu 2/3 malam terakhir. Solat sunat ini dilakukan dalam 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan besertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari.. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

BETAPA PENTINGNYA SOLAT ISTIKHARAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA

BETAPA PENTINGNYA SOLAT ISTIKHARAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA
Tanggal: Monday, 23 April 2007
Topik:


Betapa pentingnya Solat Istikharah dalam kehidupan harian kita

Oleh: Ismail Abu Bakar


[Nota: Diakhir tulisan ini anda boleh muat turun Rakaman Audio yang mengupas secara panjang lebar selama 47 minit tentang Solat Istikharah oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din]


Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.


Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;


Mahfum Hadis:


Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:


“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.



Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.


Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.


Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.


Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.


Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.


Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.


Dalam contoh yang lain pula penulis ingin berkongsi dengan satu kisah yang disampaikan kepada penulis seperti berikut;


Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.


Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.


Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.


Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.


Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.


Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;


Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)



Terjemahan Doa':


Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)


Untuk penjelasan yang lebih mendalam berkenaan Solat Istikharah ini anda patut dengar kupasan yang panjang lebar selama 47 minit tentang solat ini oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din.


Sila muat turun rakaman tersebut di sini


Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua


Wallah hu ‘alam

SIAPA tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.


Bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali sebagai 'Daim Yang Diam'

Aku terpanggil untuk menulis entry mengenai Daim bila aku terbaca senarai orang terkaya di Forbes dan juga di majalah Malaysian Business. Aku tak tahu apa 'formula' yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan 'ranking' seseorang individu itu dari segi pengumpulan harta. Namun seperkara yang menarik adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun dalam tangga ke-100 individu terkaya di Malaysia . Apatah lagi di kalangan mereka yang terkaya di dunia.

Hinggalah suatu hari aku dihantar melakuka n tugasan Tanzania . Ketika itu aku hendak menukar 'travellers cheque' di sebuah bank berhampiran Dar-Es-Salam, ibu negara republik berkenaan.

Aku ingat lagi nama bank itu, International Bank of Commerce (ICB). Untuk pengetahuan korang, aku tiba-tiba tergamam sebentar sebaik saja melangkah masuk ke perkarangan bank tersebut.

Mahu taknya, potret Daim 'sebesar-besar alam' tergantung di dalamnya. Dalam hati aku berkata, apa kejadahnya gambar Daim kat dalam ni? Ke ada manusia lain kat Tanzania ni muka macam Daim?

Tapi bila fikir balik, mustahil pulak, kecualilah ada rakyat Afrika yang 'albino' jadi taukeh bank (sebab Daim ni agak cerah orangnya)

Sebaik saja selesai urusan, aku terus pergi berjumpa salah seorang pegawai bank di situ. Aku berpura-pura tanya siapakah lelaki dalam bingkai gambar yang besar itu.

"For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin. We've got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus 9 branches in Eastern Europe," katanya dalam 'accent' Afrikanya yang pekat itu.

Ambik ko! Sejak hari itu aku tak percaya lagi 'ranking' orang-orang terkaya di dunia yang dikeluarkan oleh Forbes.

Sejak itu juga, aku percaya masih banyak manusia di luar sana yang sememangnya berlipat kali ganda kaya tetapi terus 'low profile'...seperti mana 'Daim Yang Diam'.

Siapa kata Melayu tak hebat?

(Dua tahun lepas ICB menerima anugerah 'Bank Terbaik 2006' daripada The Banker di London.)

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a..w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata,

"Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu !"

Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat ?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang

berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan

oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. :

"Hai

Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula ?"

Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. "

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata :

"Hai

Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah)

berfirman: "Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau." Alhamdulillah. marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.



Hai orang-orang yang

beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Surah Al-Baqarah, ayat :

208)

High Alert when you withdraw money from ATM

Share

Today at 11:12pm


This afternoon around 5:30pm I was at Queensbay Mall Penang, doing some financial payments (credit card, mobile and etc). I went to the 1st floor Maybank ATM to withdraw some money.

As the ATM was finalizing my payment, someone tap me on the shoulder. Naturally I turned around, and there was this stocky Middle Eastern man (around 5ft 2in, fair complexion), pointing to some money on the floor (around RM30+ there were 3-10 ringgit and several 1 ringgit notes).

He said " I saw you drop your money just now". Coincidently today I have some bundled spare notes in my shirt pocket. So I pick up the ringgits on the floor.
Suddenly a lady also of Middle Eastern descent - shoulder length curly hair, fair complexion, 5ft 3in said to me " It's my money!" then the man told her " No, I saw him dropping it - while pointing to me". Instantly I check my shirt pocket, with a quick glance I felt and saw my bundle of spare notes is intact. Without any hesitation, I pass the money to the lady and said "It's your money, not mine."

Within split second, I turn back to the ATM and saw a male person hand (did not see the face) was approaching for my ATM card that the machine automatically return upon finishing a transaction. Out of natural instinct, I slap on the wrist of the person's hand that was trying to take my ATM card.
And the person quickly walk off, I did not have a chance to look at the face as I was waiting for the ATM to dispense out my RM1500.

All this happens within 2-3 seconds. When I finally got my cash and turn around, the Middle Eastern man and women has disappeared including the taller male person that was trying to take my ATM card and most possibly my cash. I quickly went down the escalator to see where they have gone, I manage to catch a glimpse of the Middle Eastern lady as she was going down the escalator but then she also quickly vanished.

If I had been slightly doubtful of my own cash in my shirt pocket OR being greedy, I would most likely had my RM1500 stolen. The Middle Eastern man and lady job is to create a diversion and confusion, while another person is responsible to snatch the cash out of the machine while I was not looking.

This could happen in any mall and there were some people withdrawing from few other machines as well. So it is not a totally secluded condition. I firmly believe they are not the only group in Penang or Malaysia.

Points to be on high alert:
1. If somebody tap your shoulder while you are withdrawing from ATM, make sure you are mindful of your surrounding and especially focus on taking your money first.
2. Their usual trick is to create confusion. Focus on what you are doing.
3. Best is to have a friend with you when you go to the ATM.

Please let everyone you know on this incident. Especially now when near the festive seasons, they are preying on your bonus and salary!



--------------------------------------------------------------------------------

This email is confidential and intended only for the use of the individual or entity named above and may contain information that is privileged. If you are not the intended recipient, you are notified that any dissemination, distribution or copying of this email is strictly prohibited. If you have received this email in error, please notify us immediately by return email or telephone and destroy the original message. - This mail is sent via Sony Asia Pacific Mail Gateway.