Pages

Friday, January 27, 2012

3 Golongan yang dikeluarkan daripada neraka

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0037.

Dari Anas r.a., katanya Nabi saw. bersabda: “Akan dikeluarkan dari neraka, (1) Orang yang menyebut Laa ilaa ha illallaah (Tidak ada Tuhan kecuali hanya Allah), apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan (iman) seberat sya’irah, dan (2) Akan dikeluarkan dari neraka orang yang menyebut Laa ilaaha illallaah, apabila di dalamhatinya terdapat kebaikan seberat burrah, dan (3) Akan dikeluarkan dari neraka orang yang menyebut Laa ilaa ha illallaah, apabila di dalam hatinya terdapat kebaikanseberat zarah.”

3 Golongan yang dikeluarkan daripada neraka « Blog Peribadirasulullah:

'via Blog this'

Tekong, pembantu dipenjara 8 tahun kerana seludup manusia


2012/01/25

KOTA TINGGI: Seorang tekong dan pembantunya dijatuhi hukuman penjara lapan tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini kerana menyeludup manusia ke negara ini. 

Alexander Yub Kalang, 48, dan Mohd Jali Manaf, 32, dari Indonesia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26A Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Pindaan) 2010 yang membawa hukuman tidak lebih 15 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.


Mengikut fakta kes, Agensi Pengkuatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang melakukan rondaan menahan bot yang dikendalikan Alexander dan Mohd Jali di 0.6 batu nautika dari barat daya Tanjung Pengelih pada jam 11.55 malam, 12 Januari lalu.
Ketika diperiksa, bot itu didapati membawa 45 imigran Indonesia berusia antara 25 hingga 55 tahun tanpa dokumen perjalanan yang sah. 

Hakim Salawati Djambari memerintahkan supaya hukuman dilaksanakan mulai tarikh tangkapan kedua-dua tertuduh. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya APMM, Mohd Safarizal Zakaria manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA 

Video hina umat Islam, Ray Kelly didesak letak jawatan



NEW YORK 26 Jan. - Kumpulan hak asasi Islam Amerika Syarikat (AS) semalam mendesak Pesuruhjaya Polis New York, Ray Kelly meletak jawatan ekoran kontroversi berhubung penyiaran berulang kali video yang menghina umat Islam.
Kelly melahirkan kekesalan kerana bekerjasama dengan pembuat video The Third Jihad: Radical Islam’s Vision for America yang mengandungi babak serangan berani mati dan menyatakan ‘agenda sebenar kepimpinan Islam di Amerika adalah untuk menembusi dan mendominasi AS’.
Apabila video itu pertama kali ditayangkan setahun lalu, polis berkata, ia disiarkan hanya beberapa kali.
Akhbar New York Times yang menerima dokumen melalui permohonan Akta Kebebasan Maklumat bagaimanapun melaporkan, video itu telah ditayangkan kepada lebih 1,400 pegawai polis dalam tempoh beberapa bulan.
Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) berkata, tindakan Kelly itu tidak melayakkannya untuk mengetuai pasukan polis terbesar di negara ini.
“Sebagai pemimpin jabatan polis, tindakan Kelly dan Timbalannya, Paul Browne didapati mendatangkan kesan kepada penguatkuasaan undang-undang yang turut memberi kesan terhadap rakyat AS beragama Islam di seluruh negara.
“Kini tiba masanya untuk melakukan perubahan kepimpinan pasukan itu,’’ kata Pengarah Eksekutif CAIR, Nihad Awad dalam satu kenyataan. – REUTERS

Pameran ibadah haji



Sebuah daripada kitab suci Al-Quran, dipercayai antara yang tertua turut dipamerkan di Muzium Britain sempena pameran Hajj: Journey At The Heart Of Islam di tengah London, yang bermula semalam. - AFP


LONDON 26 Jan. - Muzium Britain buat julung-julung kalinya menganjurkan pameran ibadah haji yang diberi nama Hajj: Journey At The Heart Of Islam sebagai satu pendedahan istimewa terutamanya buat golongan bukan Islam mengenai perjalanan ibadah yang dilakukan setiap tahun itu.

Kumpulan kurator muzium berkenaan berharap, pameran yang berlangsung bermula hari ini sehingga 15 April itu akan dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat termasuk yang bukan Islam.

"Menerusi pameran ini, pengunjung sedikit sebanyak dapat mempelajari sesuatu mengenai haji dan bagaimana ia dilakukan," kata kurator pameran tersebut, Qaisra Khan.

Jelasnya, pameran itu turut menyampaikan mesej keamanan dalam Islam berikutan tanggapan dunia luar terhadap Asia Barat yang sebelum ini dicemari dengan keganasan dan pergolakan.

Menerusi pameran tersebut, pengunjung akan disajikan dengan langkah-langkah persiapan haji termasuk melangsaikan hutang yang tertunggak dan memohon maaf daripada semua pihak sebelum berangkat ke kota suci Mekah serta menyediakan wasiat bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Malah, pengunjung berpeluang mengenali Kaabah yang menjadi kiblat bagi semua umat Islam di dunia dan Masjid Nabawi.

Pameran terbabit juga memaparkan perjalanan para jemaah untuk menunaikan haji antaranya dari Kufa, Kaherah dan Damsyik.

Semua umat Islam yang berkemampuan dari segi kewangan dan fizikal diwajibkan untuk mengerjakan ibadah haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Satu statistik yang turut dipamerkan, bilangan para jemaah yang mengerjakan ibadah naik mendadak sejak 80 tahun lalu daripada hanya 20,000 jemaah pada 1932 kepada hampir tiga juta jemaah menunaikan ibadah haji pada tahun lalu. - REUTERS

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Ketua Polis New York digesa letak jawatan



WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Januari 2012
Ketua Polis New York digesa letak jawatan
NEW YORK - Kumpulan hak awam orang Islam di Amerika Syarikat (AS), kelmarin menggesa Pesuruh jaya Polis New York, Ray Kelly meletak jawatan kerana mendakwa dokumentari yang menampilkannya dan berulang kali ditayangkan di negara itu telah menyinggung perasaan me­reka.

Dokumentari The Third Jihad: Radical Islam’s Vision for America tersebut didakwa secara terang menggambarkan orang Islam sebagai pengganas dan seakan menggalakkan warga AS untuk sangsi terhadap organisasi agama Islam yang ditubuhkan di negara itu.

Aktivis Islam di New York menyatakan mereka bimbang jika dokumentari tersebut memberi pengaruh kepada jabatan polis untuk mengarahkan anggota mereka supaya sentiasa menganggap orang Is­lam sebagai pengganas.

Penglibatan Kelly dalam dokumentari itu turut dikecam oleh pertubuhan Council on American-Islamic Relations (Cair) yang menganggap kredi­bilitinya sebagai ketua pasukan polis terbesar di AS kini telah terjejas walaupun sebelum ini dia menyokong penuh pembinaan masjid berhampiran tapak runtuhan Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Dalam satu kenyataan, jurucakap polis New York, Paul Browne berkata, Kelly menyatakan bahawa dia kesal kerana terlibat dalam pembikinan dokumentari pada 2007 itu dan tidak berniat untuk menyinggung perasaan orang Islam.

Selasa lalu, Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg turut menyelar polis New York kerana membuat ‘penghakiman secara dahsyat’ terhadap orang Islam apabila mereka menayangkan rakaman di luar sesi latihan memerangi keganasan selama 72 minit pada 2010.

Pengasas implan payu dara PIP ditahan



Pengasas Poly Implant Prothese (PIP), Jean-Claude Mas ditahan semalam. Dia berdepan dakwaan bunuh dan mencederakan tanpa niat. - REUTERS


PARIS 26 Jan. - Polis Perancis menahan pengasas syarikat implan payu dara Poly Implant Prothese (PIP), Jean-Claude Mas yang menghilangkan diri sejak skandal produk keluaran syarikatnya tercetus bulan lalu.
Menurut sumber polis hari ini, lelaki itu ditahan di kawasan rumah teman rapatnya.
Polis sedang menyiasat kemungkinan Mas berdepan dengan dakwaan bunuh dan mencederakan tanpa niat.
Doktor di Perancis melaporkan terdapat 20 kes kanser di kalangan wanita yang memakai implan jenama itu, 16 daripadanya menghidap kanser payu dara, walaupun belum disahkan sama ada ia berkaitan dengan pemakaian produk tersebut.
Dianggarkan antara 400,000 hingga 500,000 wanita seluruh dunia memakai implan PIP.
Selain Perancis, Jerman dan Republik Czech menyarankan pemakai jenama berkenaan mengeluarkan implan mereka, manakala Britain pula mengarahkan wanita yang memakainya menjalani pemeriksaan lanjut.
Implan PIP ditarik balik dari pasaran Eropah pada tahun lalu selepas badan kesihatan di sini menemui ia diperbuat daripada silikon gred industri yang menyebabkan ia mudah pecah.
Mas sebelum ini pernah mengesahkan implan tersebut diperbuat daripada gel silikon industri namun menolak ia mengundang bahaya. - AFP

Ibu Dan Anak Melekat Hingga Mati Akibat Berzina

Kes persetubuhan ibu dan anak yang tak boleh dipisahkan telah menjadi buah mulut masyarakat Gorontalo. Kini, ibu dan anak itu telah meninggal dunia. Bilakah keduanya meninggal duniah masih menjadi pertanyaan.

Menurut maklumat dari Gorontalo Post, ibu yang berusia 30-an tahun dan anak yang berusia 15 tahun tersebut meninggal beberapa jam selepas berada di bilik pembedahan salah sebuah hospital di Gorontalo.

Ada desas desus yang mengatakan keduanya masih sempat bertahan beberapa hari sebelum meninggal dunia. Setelah menyelidik di Gorontalo Post, didapati ibu dan anak tersebut meninggal setelah pasukan perubatan berusaha melakukan pembedahan untuk memisahkan keduanya.

Pembedahan itu terpaksa dilakukan kerana keadaan kedua-duanya amat kritika.Doktor tiada jalan lain untuk memisahkan keduanya selain melakukan pembedahan.

Setelah melakukan pembedahan, keduanya meninggal dunia. Mayat kedua beranak itu dituntut keluar secara tertutup
sumber:nolovesca11
jengkeng: Ibu Dan Anak Melekat Hingga Mati Akibat Berzina:

'via Blog this'

Petua mengenal lelaki subur



MUHAMAD MAT YAKIM
Patutlah ketika mengadap teh tarik pagi itu, kawan baik saya, Li Itik bukan main gembira lagi. Suaranya yang seperti bunyi itik serati waktu pagi, berkeriau bercerita itu ini.

Sambil bercerita, dia menunjuk-nunjuk laporan dalam surat khabar, bahawa lelaki bersuara halus benihnya lebih subur berbanding lelaki bersuara garau. Patutlah Li Itik seronok dan bangga sangat nampaknya.

Ini kerana dilaporkan dalam surat khabar hari itu, kajian sekumpulan pakar di sebuah universiti di Australia mendapati lelaki yang bersuara garau memiliki sperma yang kurang subur.

Sebaliknya, mereka yang bersuara halus seperti Li Itik, benihnya lebih sihat malah lebih handal untuk berenang sama ada gaya bebas ataupun kuak lentang menuju garisan penamat.

Laporan ini sekali gus membunuh rasa syok sendiri majoriti lelaki bersuara garau - termasuk saya - yang selama ini mati-mati menyangka suara kami sudah cukup maskulin dan memenuhi ciri-ciri kejantanan sejati.

Malah wanita juga diyakini lebih menyukai lelaki bersuara garau berbanding suara yang boleh membuat mereka keliru dengan bunyi itik serati seperti kawan saya itu.

Tetapi apa yang didedahkan kajian dari Australia itu adalah sebaliknya. Mereka yang bersuara halus sebenarnya lebih bertuah. Orang seperti Li Itik sudah tentu akan mempercayai seratus peratus tanpa sedikit pun keraguan pada kebenaran laporan itu.

Namun jika sebaliknya ditanya kepada para jantan bersuara garau, sudah tentu 1,001 alasan diberi untuk menafikannya. Walau apa pun, dengan hanya Li Itik sendiri sebagai petunjuk, saya sendiri cenderung untuk mempercayai laporan itu benar.

Masakan tidak, dalam usia baru menjangkau 34 tahun, anaknya sudah enam - bilangan anak yang banyak bagi orang sekarang. Malah dia juga ada sepasang kembar. Malah saya percaya potensi untuk Li Itik menambah anak - apabila memikir hal ini, saya terbayang melihat itik yang berjalan sederet di batas bendang pada waktu petang - masih teramat cerah.

Jadi, mungkin benarlah kajian itu bahawa lelaki bersuara halus, benihnya subur. Sebab apa subur? Menurut laporan itu lagi, suara garau, bentuk badan yang berciri maskulin, tingkah laku yang dominan dan banyaknya bulu di badan, ada kaitan dengan kandungan tinggi hormon testosteron.

Lalu apabila hormon testosteron berada pada tahap kandungan yang tinggi, ia mengganggu penghasilan sperma. Maka, terjejaslah kesuburan seseorang lelaki.

Jadi, pilihlah... mahu suara yang garau atau benih yang subur? Saya tiba-tiba teringat, seorang Tan Sri pernah bercerita kepada saya mengenai kawannya yang punya anak ramai.

Apabila ditanya bagaimana dia boleh ada anak yang begitu ramai, kata kawan Tan Sri itu, puncanya kerana benih yang subur.

“Kerana terlalu subur kata dia, isterinya boleh mengandung hanya dengan dia campak seluarnya ke atas kelambu isterinya,” kata Tan Sri itu sambil ketawa. Seorang kawan saya pula, Adam namanya, bekerja sebagai pemandu peribadi kepada seorang tokoh korporat.

Di tempat tinggalnya di pinggir bandar Petaling Jaya, dia aktif sebagai anggota Rela. Dalam usia menjelang 40, anaknya sudah sembilan. Kerana kerja dan juga aktiviti Relanya, Adam memang jarang-jarang berada di rumah.

Kerana itu, ramai orang hairan bagaimana dia boleh punya anak yang begitu ramai.

“Petuanya senang saja,” kata Adam. “Di rumah, guna kipas meja... bukan kipas siling atau kipas yang ada tiang panjang. Kipas itu pula, letak di hujung kaki isteri semasa dia tidur dan pasangkan nombor tiga selalu. Tak kiralah pukul berapa pun aku balik ....,” katanya sambil terkekeh-kekeh ketawa hingga terhinggut-hinggut perut besarnya.

ALLAH dan Rasul-Nya tidak pernah membenarkan lelaki yang shalat fardhu di rumahnya

Bagi Kita Yang Mengaku Laki-Laki ...
ALLAH dan Rasul-Nya tidak pernah membenarkan lelaki yang shalat fardhu di rumahnya. Ini buktinya…

1. Rasul memerintahkan agar kita memenuhi panggilan adzan
“Jika engkau mendengar suara adzan, maka penuhilah panggilan Allah itu.” (HR Tirmidzi)

2. Penegasan bahwa shalat fardhu bukan di rumah, tapi di masjid
“Seutama-utama shalat seseorang adalah di rumahnya kecuali shalat fardhu (shalat wajib).” (HR Bukhari – Muslim)

3. Sekalipun dalam kondisi tidak aman, tetap harus ke masjid
Dari Umi Maktum, bahwasanya ia mengadu kepada Rasullah SAW, katanya: “Ya Rasul, bahwasanya kota Madinah ini banyak binatang buas lagi kejam, yang tentu aku sangat khawatir atas keselamatanku. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kamu mendengar Hayya alash-sholah, hayya alal falah? Kalau mendengarnya, maka datanglah kemari memenuhinya” (HR Abu Daud).

4. Sekalipun orang buta, tidak diperbolehkan shalat di rumahnya
Seorang pria buta mengadu kepada Rasulullah SAW, katanya: “Ya Rasul, tiada seorang penuntun bagiku yang menolongku mengantar ke masjid, maka berilah keringanan untukku shalat di rumah. Kemudian, ia diberi keringanan oleh Rasul. Namun ketika ia tegak dan baru beberapa langkah pulang, Rasulullah SAW memanggilnya kembali, sabdanya: “Adakah kamu mendengar adzan shalat?”.Jawabnya: “Ya, aku mendengarnya”. Sabda Rasul : “Untuk itu, hendaklah engkau penuhi panggilan (adzan) itu.” (HR Muslim)

5. Tidak mampu shalat berjamaah di masjid, dianggap orang munafik
“Sesungguhnya tiada yang dirasa berat oleh seorang munafik, kecuali melaksanakan shalat Isya dan shalat Subuh. Sekiranya mereka tahu akan keagungan pahalanya, niscaya mereka bakal mendatanginya (ke masjid untuk shalat berjamaah) sekalipun harus berjalan merangkak-rangkak” (HR Bukhari Muslim).

6. Rasulullah tidak ridho terhadap (lelaki) yang shalat di rumah. Sampai-sampai beliau bersumpah dengan ancaman yang amat keras
” Demi dzat yang diriku ditanganNya, aku ingin menghimpun kayu bakar, lalu kusuruh seorang mengumandangkan adzan shalat, dan kusuruh pula imam memimpin shalat berjamaah, dan kudatangi mereka yang tidak shalat berjamaah, kubakar mereka bersama rumah-rumahnya” (HR Bukhari-Muslim).

7. Puncaknya, Allah menegaskan bahwa yang ke masjid hanyalah orang-orang yang beriman
“Sesungguhnya yang meramaikan masjid-majid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir.” (QS At Taubat:18)

Created By admin : Hendra Setiawan Bin Mustari (add my fb :http://www.facebook.com/profile.php?id=100000851635851)

Hidup guna identiti mendiang abang


TOKYO: Seorang lelaki Jepun memalsukan kematiannya dengan mendakwa mayat mendiang abangnya sebagai mayatnya sendiri.
Akhbar Asahi Shimbun melaporkan, walaupun ketika abangnya masih hidup, Tsukasa Oizumi menggunakan lesen memandu abangnya kerana lesen memandunya dibatalkan akibat kesalahan trafik berulang kali.

Apabila abangnya mati pada usia 56 tahun pada 2008, Oizumi mengambil alih keseluruhan identiti mendiang.

Dia memberitahu pihak berkuasa bahawa mayat itu ialah mayatnya. Malah, doktor yang menguruskan mayat abangnya juga tidak mengesyaki apa-apa. Mayat tu dibakar seperti biasa di Jepun.

Oizumi, kini 58, seterusnya menuntut bayaran faedah keselamatan sosial atas nama abangnya untuk membiayai penjagaan ibu mereka yang sudah tua.

Menurut akhbar itu, dia menyerah diri di sebuah pejabat kebajikan tempatan baru-baru ini setelah sedar terhadap kesalahan yang dilakukannya. - AP

Tiada minyak ke Eropah


TEHERAN: Parlimen Iran dijangka menimbangkan larangan mengeksport minyak ke Eropah minggu depan selepas blok itu mengenakan sekatan terhadap bahan api dari republik Islam itu, lapor media memetik kenyataan anggotanya, semalam.
Suruhanjaya Tenaga di Parlimen “masih meneliti draf cadangan untuk menghalang eksport minyak ke Eropah”, kata jurucakap badan itu, Emad Hosseini dalam ulasan yang mendapat banyak liputan. Emad berkata, cadangan itu akan dikemukakan Ahad kepada Parlimen, sebelum keputusan dibuat sama ada ia akan dimasukkan dalam agenda.

“Sekiranya ia diluluskan kerajaan terpaksa menghentikan jualan minyak ke Eropah sebelum pelaksanaan sebenar sekatan dilakukan mereka,” katanya. Kesatuan Eropah (EU) Isnin lalu mengenakan sekatan ke atas eksport minyak Iran ketika Barat meningkatkan tekanan terhadap Teheran ekoran isu nuklearnya dan menggesa negara itu kembali ke meja rundingan. Republik Islam itu yang sudah melalui sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebanyak empat kali, dengan tegas menafikan program nuklearnya menjadi topeng untuk menghasilkan bom atom sebagaimana didakwa Barat dan menekankan ia hanya untuk kepentingan awam.

“Draf cadangan itu bertujuan menggesa kerajaan menghentikan jualan minyak ke Eropah sebelum sekatan EU dikuat kuasakan,” kata anggota Suruhanjaya Tenaga, Hassan Ghafourifard dalam laman web Parlimen.

Menteri Luar EU bersetuju untuk mengenakan larangan serta-merta ke atas import minyak dan menghentikan kontrak yang ada hingga 1 Julai. Mereka juga membekukan aset bank pusat Iran dan pada masa sama memastikan perdagangan yang sah dibuat mengikut syarat yang ketat. - AFP

Doktor beli buah pinggang dijel


TOKYO: Seorang doktor dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah mengupah kumpulan penjahat sebanyak RM300,000 untuk memperoleh satu buah pinggang bagi dirinya.
Buah pinggang itu diambil daripada seorang lelaki yang dilapor berhutang kepada sebuah kumpulan penjenayah.

Toshinobu Horiuchi, 56, membayar lapan juta yen (RM300,000) untuk mendapatkan organ itu yang diperlukannya selepas buah pinggangnya tidak berfungsi lagi.

Hakim, Atsuo Wakazono yang menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun itu berkata, membeli buah pinggang menjejaskan dengan serius prinsip keadilan dalam pemindahan organ. - AFP

Penggodam sasar laman web hospital, akhba Israelr

BAITULMAQDIS: Penggodam semalam menggendalakan laman web sebuah hospital dan akhbar utama Israel serta laman rasmi festival budaya rejim itu.

Ia serangan siber terbaru yang bermotifkan politik terhadap laman Internet Israel.


Akhbar Haaretz melaporkan, lamannya digodam oleh kumpulan yang menggelar diri mereka ‘Anonymous Palestine.’ Laman web Hospital Tel Hashomer juga disekat selama beberapa jam setelah ia menerima ribuan mesej dari luar negara, kata jurucakap hospital itu. - AP

myMetro | Penggodam sasar laman web hospital, akhbar Israel:

'via Blog this'

Jumlah ‘suri rumah’ lelaki di Britain meningkat tiga kali ganda


LONDON: Jumlah suami yang menjaga rumah tangga di Britain meningkat lebih tiga kali ganda sejak 15 tahun lalu, kata satu kajian dijalankan agensi kerajaan.
Menurut media, tahun lalu seramai 62,000 lelaki dianggap “tidak aktif secara ekonomi” ketika pasangan masing-masing keluar bekerja.

Pada 1996, jumlah lelaki seumpama itu hanya seramai 21,000 orang.

Ia juga menunjukkan, kira-kira 1.4 juta lelaki di seluruh Britain memegang peranan utama sebagai penjaga anak-anak.

Kaji selidik Pejabat Statistik Kebangsaan dikumpul untuk majalah The Spectator itu tidak menunjukkan sebarang tanda ia akan berkurangan.

Ramai percaya satu daripada punca keadaan itu berlaku disebabkan perubahan sikap masyarakat terhadap peranan lelaki dan wanita.

Ketika ini, sebahagian besar golongan bapa gembira melepaskan peranan tradisi mereka sebagai pencari nafkah utama, sebaliknya mengambil tanggungjawab menjaga rumah tangga.

Ketua dasar kekeluargaan kumpulan pemikir Civitas, Anastasia de Waal, berkata beberapa dekad lalu pandangan bahawa lelaki menjadi pencari rezeki utama begitu kukuh.

“Ia kini berubah apabila lelaki lebih selesa menjaga rumah tangga,” katanya.

Keputusan kaji selidik itu juga menyatakan, jumlah lelaki tidak bekerja itu tidak termasuk golongan penulis atau seniman bebas yang bekerja di rumah.

Satu lagi kaji selidik terbaru menyatakan, jumlah bapa yang menjaga anak-anak meningkat 10 kali ganda - atau seramai 1.4 juta orang - berbanding sedekad lalu. Di kalangan bapa yang tidak bekerja itu, 43 peratus berkata, mereka berasa bertuah kerana berpeluang tinggal di rumah dan membesarkan anak-anak.

Bagaimanapun, 46 peratus pula berkata, keputusan menjadi penjaga anak-anak dibuat bagi membolehkan penyumbang utama ekonomi keluarga terus bekerja.

Kaji selidik sama menyatakan, pertukaran tanggungjawab menjaga rumah dan anak-anak itu menyebabkan hampir seorang bagi setiap lima bapa berasa mereka “kurang jantan,” manakala kira-kira seorang daripada setiap lapan bapa mengaku tugas di rumah jauh lebih sukar berbanding bekerja di luar.

Kumpulan bapa itu berharap dapat memperoleh pendapatan lebih tinggi supaya mereka boleh mengambil alih tugas mencari rezeki di luar daripada pasangan masing-masing.

Ketika wanita kini mampu menyara keluarga, satu per tiga daripada mereka berasa bersalah kerana keluar bekerja dan meninggalkan anak masing-masing di bawah jangan pasangan mereka. - DM

Ibu muda tinggal nota dalam Facebook sebelum bunuh diri



IMEJ ngeri yang dimuat naik Cynthia sebelum membunuh diri.
IMEJ ngeri yang dimuat naik Cynthia sebelum membunuh diri.

CYNTHIA bersama anaknya.
CYNTHIA bersama anaknya.

DETROIT: Sejurus sebelum membunuh diri, seorang ibu muda memuat naik gambarnya dalam keadaan menyeramkan di Facebook.
Berasal dari Michigan, Cynthia Lee, 23, bergambar bersama rakannya yang memegang sabit dalam gambar sempena Halloween.

Mereka digambarkan berlumuran darah dalam gambar berkenaan.
Kata Cynthia, kesedihan akibat kematian ibunya terlalu berat untuk ditanggung.

Dia menamatkan nota bunuh diri itu dengan berkata: “Mak, saya datang.” Ibu Cynthia mati pada 2007 ketika baru berusia 35 tahun.

Cynthia juga dikatakan tertekan apabila teman lelakinya, Ryan Jason Hardwick, ditangkap pihak berkuasa baru-baru ini.


Sementara itu, polis berkata, Cynthia menembak dirinya sejurus selepas mengemas kini statusnya dalam Facebook di rumah datuknya, ketika ahli keluarganya ada di situ. - DM

Remaja kemaruk nuget ayam


STACEY belum terfikir untuk mengubah tabiat pemakanan walaupun ia boleh membahayakan nyawanya.
STACEY belum terfikir untuk mengubah tabiat pemakanan walaupun ia boleh membahayakan nyawanya.


BIRMINGHAM: Seorang remaja diberi amaran bahawa kegemarannya terhadap nuget ayam boleh membunuh kerana dia sebenarnya tidak mengambil apa-apa makanan sejak berusia dua tahun.
Doktor mula menyedari kecenderungan pemakanan bermasalah Stacey Irvine itu selepas dia tiba-tiba pengsan dan dikejarkan ke hospital kerana sukar bernafas.

Pekerja kilang, Stacey, 17, tidak menyentuh sebarang sayur-sayuran atau buah-buahan sejak 15 tahun lalu.
Tabiat pemakanannya itu menyebabkan dia mengalami anemia (kekurangan darah) dan bengkak salur darah pada lidahnya. Semalam, Stacey dilaporkan semakin pulih di rumah selepas doktor memberikannya sejumlah vitamin dan beberapa suntikan ketika dirawat di hospital.

Bagaimanapun, Stacey tetap berdegil dan enggan mengubah pilihan makanannya, malah tetap hanya mahu mengambil nuget daging ayam sebagai hidangan.

Berasal dari Castle Vale, Stacey berkata, kini dia mula sedar betapa tabiat pemakanannya yang hanya mengambil nuget ayam goreng membahayakan kesihatannya.

“Selain nuget ayam goreng McDonald’s yang memang makanan kegemaran, saya juga menggemari hidangan sama disediakan restoran makanan segera lain atau yang dijual di pasar raya.

“Hidangan sebenar saya setiap hari hanya nuget ayam goreng,” katanya.
Sementara itu, ibu Stacey, Evonne, 39, berkata dia sendiri sukar memujuk anaknya berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan nasihat dan menyelesaikan masalah berkenaan. “Saya kini benar-benar tidak mampu melakukan apa-apa lagi.

“Saya cuma mampu berdoa supaya Stacey dapat diselamatkan sebelum terlambat,” katanya. - TH
myMetro | Remaja kemaruk nuget ayam:

'via Blog this'

Tiada puntianak di Menara Condong



INILAH imej puntianak yang didakwa dirakam di Menara Condong Teluk Intan, Perak baru-baru ini.


TELUK INTAN - Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran imej puntianak yang kononnya dirakam di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini baru-baru ini.

Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya percaya imej entiti tersebut yang sekarang ini berleluasa disebarkan di laman rangkaian sosial, Facebook dan blog tidak sahih dan sengaja disensasikan.

Beliau juga kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka cerita cuba mengaitkan imej puntianak itu dengan kisah seorang wanita yang kononnya membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara Condong Teluk Intan beberapa tahun lalu.

"Wanita yang dikatakan mati membunuh diri itu hanya cerita sensasi yang sengaja direka-reka untuk mengelirukan orang ramai.

"Saya kesal kerana penyebaran foto yang diragui keasliannya itu kerana ia boleh memberi imej negatif kepada Menara Condong Teluk Intan yang merupakan antara ikon pelancongan terkemuka Perak," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Sehubungan itu, Ibrahim berharap masyarakat umum dapat membuat penilaian dengan baik berhubung penyebaran imej puntianak terbabit dan tidak mudah terpengaruh dengan cerita-cerita mengarut itu.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Rogol, cabul murid dalam makmal



MAHKAMAH Sesyen di Kota Bharu, Kelantan di dalam bangunan ini semalam menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas Hock Soon (gambar kecil) selepas didapati bersalah merogol dan mencabul seorang murid berusia 12 tahun tiga tahun lalu.


KOTA BHARU – Perbuatan jahat seorang guru sains dan bahasa Cina yang sanggup memperkosa serta mencabul seorang murid darjah enam berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Tertuduh, Yek Hock Soon, 29, dari Sitiawan, Perak, didapati bersalah oleh Hakim Rofiah Mohamad selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kedua-dua tuduhan itu.

Hock Soon yang telah berkahwin dan baru mendapat seorang cahaya mata dua bulan lalu dituduh merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun tiga bulan di makmal sains sebuah sekolah jenis kebangsaan di Pasir Puteh di antara pukul 8 pagi hingga 3 petang awal bulan Ogos 2009.

Dakwaan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara lebih 30 tahun serta sebat jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa mencabul kehormatan mangsa di tempat sama pada pukul 12.15 tengah hari 17 Ogos 2009 mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun, denda atau sebat.

Dalam penghakimannya, Rofiah mengatakan, dia mengambil kira kepentingan awam serta hubungan tertuduh dengan mangsa sebagai guru dan murid dalam menjatuhkan hukuman.

“Hubungan itu sepatutnya suci dan bertanggungjawab. Jenayah seperti ini penting untuk dibendung oleh perundangan.

“Selepas mendengar hujahan pihak pendakwa dan pembela, saya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan lima sebatan bagi kesalahan merogol serta tiga tahun penjara dan dua sebat bagi kesalahan mencabul. Hukuman itu hendaklah dijalankan secara berasingan,” kata Rofiah.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Ikan spesies baharu



IKAN spesies Pseudacanthicus yang hidup bersama ikan piranha.


PARAMARIBO, Surinam - Sungai Sipaliwini di Surinam menempatkan spesies ikan baharu yang dikenali sebagai Pseudacanthicus.
Ikan itu ditemui oleh beberapa saintis yang bekerja dengan Program Penilaian Pantas Pemuliharaan Antarabangsa di sungai tersebut pada Ogos dan September 2010.
Keistimewaan ikan itu adalah kerana ia mempunyai perisai yang melindungi tulang.
Ikan itu hidup bersama dengan sejumlah ikan piranha menyebabkan ia perlu mempunyai pertahanan badan yang baik. - Reuters

Badan kereta Mercedes Travolta dileraikan pencuri




ANTARA barang-barang kereta Mercedes milik John Travolta yang dileraikan pencuri.


LOS ANGELES - Seorang lelaki yang mencuri kereta vintaj Mercedes Benz 1970 milik aktor terkenal, John Travolta telah dihukum penjara selama 16 bulan dan diarah membayar sebanyak AS$50,000 (RM151,950.00) sebagai bayaran pengembalian semula benda yang dicuri, menurut satu laporan mahkamah yang diperoleh kelmarin.
Lelaki itu, D L Rayford Jr. dihukum penjara 16 bulan selepas dia tidak membuat pengakuan dalam kes kecurian kereta berkenaan pada 5 Januari lalu, hampir tiga minggu sebelum pihak berkuasa mengumumkan penangkapannya.
Dia dan seorang lagi lelaki, Michael T. Green ditangkap pada bulan lalu kerana disyaki mengambil kereta tersebut dan masing-masing didakwa melakukan kecurian kenderaan.
Namun, Green tidak mengaku bersalah berhubung dua dakwaan melakukan kecurian kenderaan.
Travolta meletakkan kenderaan itu di sebatang jalan raya di kawasan perumahan di Santa Monica selama 10 minit pada September tahun lalu semasa ia dicuri.
Pelakon itu membawa kunci kereta tersebut semasa dia berjalan ke sebuah ruang pameran kereta Jaguar yang terletak berdekatan.
Namun, seorang pegawai polis Santa Monica, Sarjan Richard Lewid menyatakan, badan kereta Travolta itu sudah dileraikan semasa ia ditemui.
Antara bahagian yang dileraikan tetapi ditemui itu ialah kerusi dan meter laju. - Agensi

Apple miliki wang RM1.26 trilion




SEBUAH telefon bimbit iPhone (kiri), komputer MacBook Air dan iPad dipamerkan di sebuah kedai Apple pada Selasa lalu.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Apple sekali lagi memintas Exxon sebagai syarikat AS paling berharga selepas ia mencatat suku kewangan yang mengagumkan.
Harga saham Apple Inc. meningkat enam peratus dalam dagangan tengah hari kelmarin untuk diniagakan pada harga AS$445.29 (RM1,354.35) sesaham dengan modal pengilang gajet iPhone dan iPad itu kini mencecah AS$415 bilion (RM1.26 trilion).
Ia jauh lebih besar daripada Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia yang berjumlah RM429.7 bilion setakat 15 November tahun lalu.
Sementara itu, saham Exxon Mobil Corp. turun satu peratus kelmarin kepada AS$86.52 (RM263) sesaham manakala modal syarikat pula berjumlah AS$414 bilion (RM1.21 trilion).
Apple pertama kali mengatasi ExxonMobil sebagai syarikat paling bernilai pada Ogos tahun lalu dengan kedua-duanya bersaing sengit sejak itu.
Dalam satu kenyataan pada Selasa lepas, Apple memberitahu, pendapatan bersihnya untuk suku kewangan terbaharu yang berakhir pada Disember tahun lalu meningkat lebih dua kali ganda manakala perolehan syarikat pula melonjak 73 peratus.
Apple mengetepikan syarikat perisian komputer, Microsoft Corp yang kini berada di tempat ketiga dengan modal AS$247 bilion (RM751.25 bilion) untuk menjadi syarikat terbesar AS pada 2010.
Apple menyatakan ia menjual 37.04 juta iPhone pada suku kewangan tersebut, meningkat 128 peratus berbanding setahun lalu manakala jualan komputer iPad pula meningkat 111 peratus kepada 15.43 juta unit.
Pada suku kewangan sama, Apple turut menjual 5.2 juta komputer meja Macintosh, meningkat 26 peratus.
Namun, jualan pemain muziknya, iPod menurun 21 peratus kepada 5.4 juta berbanding setahun lalu.
Sebelum ini, kematian pengasas bersama Apple, Steve Jobs selepas dia menghidap kanser pada 5 Oktober 2011 ketika berusia 56 tahun menimbulkan spekulasi bahawa jurutera-jurutera Apple gagal meneruskan legasi kejayaannya.
Tim Cook, 51, yang mengambil alih tugas Ketua Eksekutif Apple pada Ogos 2011 dalam satu kenyataan pada Selasa lepas bagaimanapun percaya kesinambungan tersebut akan dapat diteruskan. - Agensi

Tiga bangunan runtuh di Rio



LOKASI salah sebuah bangunan yang runtuh di Rio de Janeiro, Brazil semalam.


RIO DE JANEIRO - Pasukan penyelamat Brazil menggali timbunan runtuhan awal semalam selepas tiga bangunan termasuk sebuah bangunan setinggi 20 tingkat runtuh di pusat bandar raya di sini.

Sekurang-kurangnya lima orang cedera manakala sejumlah mangsa dipercayai tertimbus dalam tragedi berkenaan.

Kejadian itu yang berpunca daripada masalah struktur, berlaku ketika Brazil bertungkus-lumus menyiapkan prasarana sebagai tuan rumah Piala Dunia 2014 dan temasya Sukan Olimpik 2016.

"Tiga buah bangunan runtuh, sebuah bangunan 20 tingkat, sebuah bangunan 10 tingkat dan sebuah bangunan kecil setinggi tiga atau empat tingkat," kata Datuk Bandar Rio de Janeiro, Eduardo Paes lewat kelmarin.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Kesihatan, Sousa Aguiar berkata, lima orang cedera ringan dalam kejadian itu dengan mereka kini dirawat di sebuah hospital di sini.

Menurutnya, ketiga-tiga bangunan pejabat itu runtuh pada waktu malam ketika kebanyakan pekerja pulang ke rumah manakala kerja-kerja menyelamat mangsa dan mencari mayat diteruskan semalam. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Paku bertaburan di jalan raya Jakarta


SEORANG anggota sukarelawan menunjukkan paku-paku yang ditemui di sebatang jalan raya yang melekat pada peralatan magnetnya
di Jakarta pada 19 januari lalu.


JAKARTA, Indonesia - Taktik kotor sebahagian mekanik motosikal dan penukar tayar di sini yang menabur paku di atas jalan raya untuk mencari pelanggan menyebabkan orang ramai hilang sabar.

"Kalau si penjahat ini dapat saya tangkap, saya akan pastikan seluruh tubuhnya ditusuk paku," kata seorang pemilik teksi motosikal, Talib.

"Biar mereka telan paku-paku itu," kata seorang rakannya yang berusia 50 tahun, Sulaiman Daud.

Seorang jurucakap polis di sini, Rikwanto memberitahu, perbuatan sabotaj itu sudah berlaku selama bertahun-tahun.

"Mereka dicaj dua kali ganda lebih tinggi daripada harga biasa," tambah Rikwanto.

Menurutnya lagi, mekanik dan penukar tayar terbabit memperoleh pendapatan harian sekitar AS$22 (RM66.90), amat lumayan di Indonesia kerana hampir separuh daripada 240 juta rakyatnya bergaji kurang AS$2 (RM6) sehari.

Seorang pemilik bengkel, Darmito, 57, memulakan perniagaan menukar tayar di tepi sebatang jalan raya di sini dua bulan lalu untuk memenuhi permintaan tinggi daripada pelanggan.

Namun, katanya, dia tidak tahu tentang sindiket atau pihak yang melakukan kegiatan tersebut.

Pada bulan lalu, polis menangkap lapan orang yang disyaki melakukan jenayah berkenaan. - AFP

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'