Pages

Saturday, June 16, 2012

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
SUMBER:
http://fullfilth.blogspot.com/
 

Tindakan polis bunuh pejuang Papua dipersoal

JAYAPURA: Aktivis hak asasi manusia mengecam polis Indonesia atas pembunuhan pejuang kemerdekaan Papua terkenal yang didakwa terbabit dalam siri serangan misteri.
Kelmarin, pihak berkuasa berkata, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Papua Barat (KNPB), Mako Tabuni, bersenjata ketika ditembak polis apabila dia cuba melarikan diri dari serbuan pihak berkuasa di bandar Waena, tidak jauh dari Jayapura.

Ketua Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan, Ifdhal Kasim, berkata jika Mako enggan menyerah pun, polis tidak sepatutnya menembak mati tokoh berkenaan.
“Setakat yang kita tahu, KNPB bukan kumpulan bersenjata,” katanya.

Menurut Ifdhal, pihaknya akan menyiasat sama ada polis mematuhi prosedur sewajarnya sebelum melepaskan tembakan.

Insiden itu mencetuskan rusuhan di Waena, menyebabkan beberapa rumah dan kenderaan dibakar. - AFP

Khalwat: Razak didenda RM2,900

Pelakon Razak Ahmad
Pelakon Razak Ahmad
PETALING JAYA - Selepas enam tahun perbicaraan kes khalwatnya di mahkamah, pelakon Razak Ahmad akhirnya didenda RM2,900 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, selepas didapati bersalah berkhalwat dengan seorang pengusaha butik.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah bagi tuduhan khalwat yang dihadapi pelakon itu sejak April 2006.

Semasa membacakan penghakimannya, Wan Mahyuddin berkata, beberapa isu utama diambil kira mahkamah termasuk waktu dan masa tangkapan kes tersebut iaitu pada 2.15 pagi. Mahyuddin berkata, ketika ditangkap, pihak  pendakwaan membuktikan melalui saksi-saksi yang dipanggil, pelakon utama siri Geng Surau itu berada dalam keadaan yang meragukan dan boleh mendatangkan fitnah kerana berada dalam sebuah bilik gelap dengan berpakaian  tidak lengkap.

“Alasan tertuduh yang datang ke apartmen Selamah pada waktu tersebut untuk mengambil baju ditaja wanita itu untuk latihan satu program disertainya tidak disokong dengan kehadiran saksi-saksi lain,” katanya.

Sementara itu, Razak yang diwakili peguam Mohd Azman dalam rayuannya merayu kepada mahkamah agar tidak menjatuhkan hukuman penjara ke atas anak guamnya memandangkan beliau seorang selebriti selain terpaksa menanggung anak-anak dan isteri.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Razak Pendakwa Syarie, Shafezan Rusli.

Harimau, 14 anjing jadi teman serumah

Harimau, 14 anjing jadi teman serumah
Comel tapi berbahaya, Enzo masih meminum
susu dalam botol oleh Jamison dan Smit.
GAUTENG - Sepasang kekasih nekad tinggal bersama seekor harimau dan 14 ekor anjing di kediaman mereka di Brakpan, Afrika Selatan.

Michael Jamison, 37, dan Jackie Smit, 29, membeli harimau yang digelar Enzo itu ketika berumur sembilan minggu.

Setiap hari hari pasangan berkenaan terpaksa menyediakan 50 kilogram daging dan susu untuk hidangan harimau peliharaan mereka.

Jamison berkata, harimaunya itu setia menemani mereka menonton televisyen, tidur dan pergi ke pejabat pos.

"Sejak kami memeliharanya, belum pernah kami digigit hanya sesekali dicakar tetapi ia sudah cukup menyakitkan.

"Ketika waktu makan, Enzo akan berkongsi makan bersama beberapa ekor kucing dan 14 anjing tanpa bergaduh," katanya.

Pen berharga RM133,000 pilihan hadiah Hari Bapa

Pen berharga RM133,000 pilihan hadiah Hari Bapa
Row mengakui penghasilan pen emasnya itu memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.
LONDON - Nama bekas graduan Universiti Birmingham City, Jack Row, 26, kini menjadi bualan selepas kejayaannya mencipta pen emas putih bertatah 76 butir berlian bernilai 27,000 pound (RM133,000).

Pen yang dijual di gedung membeli-belah Harrods, Britain itu dikatakan menjadi pilihan inspirasi hadiah pada sambutan Hari Bapa pada 17 Jun ini.

Beliau berkata, pen yang dianggap luar biasa itu dihasilkan menyerupai bangunan ikonik London iaitu Gherkin yang memiliki 41 tingkat.

Menurutnya yang kini bekerja di butik perhiasan terkenal Jewellery Quarter di Birmingham, penghasilan pen termahal itu bermula apabila dia membuat rekaan prototaip bangunan Gherkin ketika kelas seni binanya semasa menuntut di universiti beberapa tahun lalu.

“Agak sukar menyiapkan pen ini kerana memerlukan wang yang banyak, tetapi berbaloi apabila mendapat sambutan dari pembeli yang tahu menilai kehalusan ciptaan saya. Percaya atau tidak, saya sendiripun tidak mampu untuk membeli pen yang bernilai puluhan ribu pound ini,” katanya.

Perintah mahkamah diprotes, pemilihan presiden Mesir diteruskan

Perintah mahkamah diprotes, pemilihan presiden Mesir diteruskan
Kebangkitan Rakyat awal tahun lalu yang membawa kepada perubahan landskap politik di Mesir. Tetapi ketika menjelang pemilihan pusingan kedua presiden ia menjadi tanda soal.
KAHERAH - Rakyat Mesir keluar mengundi dalam pusingan kedua pemilihan presiden hari ini dan esok, di sebalik protes terhadap keputusan mahkamah kelmarin mengisytiharkan pilihan raya umum Parlimen enam bulan yang lalu tidak sah.

Keputusan mahkamah itu mengecewakan banyak pihak dan dilihat akan ada implikasi ke atas pemilihan presiden. Pusingan pertama diadakan bulan lalu.

Kini timbul persoalan sama ada, selepas mahkamah membubarkan Parlimen, yang didominasi Ikhwanul Muslimin,  'kaum jeneral tentera yang kaya' yang membantu mengetepikan bekas Presiden Hosni Mubarak awal tahun lalu seiring dengan protes prodemokrasi, akan menunaikan janji-janji mereka - pemerintahan akan dikembalikan kepada orang awam.

Mengambil kira perkembangan semasa tidak akan ada Parlimen ataupun satu perlembagaan baru, yang akan mendefinisikan kuasa-kuasa presiden baru yang akan dipilih.

Malah pengundian pemilihan presiden, pusingan kedua pada hari ini dan esok, juga tidak akan menyelesaikan masalah itu.

Keadaan itu meletakkan 82 juta penduduk Mesir, pelabur-pelabur asing dan sekutu mereka - Amerika Syarikat dan Eropah, dalam keadaan tidak menentu mengenai masa depan negara Arab itu.

Pusingan kedua ini melibatkan pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi dan Perdana Menteri era Hosni, Ahmed Shafik.

"Saya tidak akan mengundi sesiapa pun," kata seorang pengundi berusia 28 tahun, Sayyed Mohammed Ahmed ketika berhimpun di Kaherah semalam membantah keputusan mahkamah, semalam.

"Saya tidak mahu sesiapa daripada mereka (dua calon terakhir) itu menjadi presiden saya," katanya sambil menambah, "saya kecewa, (matlamat) revolusi telah dirosakkan."

Kira-kira 50 juta orang layak untuk mengundi dalam pilihan raya.

Kahwin katak untuk panggil hujan

Kahwin katak untuk panggil hujan
Perkahwinan antara katak di Takhatpur ini dipercayai akan membawa hujan
selepas kemarau berpanjangan.
TAKHATPUR - Upacara perkahwinan antara haiwan bukan lagi asing di kalangan masyarakat di India.

Terbaru, ritual perkahwinan antara katak berlangsung di sebuah perkampungan di wilayah Chhattisgarh, Takhatpur, India.

Penduduk percaya, upacara perkahwinan luar biasa ini dapat menyelesaikan 'sumpah kemarau' yang melanda kawasan itu sejak beberapa bulan hingga mengakibatkan kekurangan bekalan air.

Perkahwinan antara katak tersebut dilakukan dengan penuh adat istiadat perkahwinan masyarakat Takhatpur, termasuk dihiburkan dengan pelbagai lagu dan hadiah.

Mengikut kepercayaan, sejurus pasangan katak itu 'bercium', seluruh masyarakat di perkampungan itu akan bernazar untuk mohon hujan. Kemudian, pasangan katak tersebut dilepaskan berhampiran sungai di perkampungan itu, sekali gus membawa nazar daripada penduduk kampung terbabit.

Selain katak, perkahwinan antara haiwan seperti keldai dan kerbau juga masih dilakukan oleh beberapa golongan masyarakat di India bagi memenuhi niat.

Maut dicampak dari tingkat 7

AMPANG: Seorang lelaki yang baru dua hari menumpang di rumah rakan sekampungnya dari Kuching, Sarawak, ditemui mati dibunuh kejam dipercayai dicampak dalam keadaan masih bernyawa dari tingkat tujuh Flat 700, di sini, selepas berlaku pergelutan dengan rakan serumahnya itu, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa yang berusia 34 tahun dipercayai bertengkar dengan suspek menyebabkannya ditikam lelaki terbabit menggunakan pisau dapur sebelum mangsa yang masih hidup ketika itu dicampak ke bawah melalui tingkap. 
Difahamkan, mangsa datang ke ibu negara untuk mencari pekerjaan dengan menumpang di rumah berkenaan.

Selepas kejadian itu, suspek berusia lingkungan 30-an dan bekerja sebagai pelayan hotel di Puchong, yang panik bertindak membuat laporan di Balai Polis Pandan Perdana, di sini, kira-kira jam 3 petang mendakwa konon rakan serumahnya itu meracau lalu terjun dari rumah mereka.

Tentera sabotaj demokrasi

KAHERAH: Proses peralihan demokrasi di Mesir semakin kucar-kacir semalam, selepas mahkamah negara itu mengarahkan Parlimen dibubarkan.
Mahkamah Agung Perlembagaan juga membenarkan seorang tokoh yang dipertikaikan, terus bertanding dalam pilihan raya presiden negara itu.

Aktivis demokrasi dan tokoh politik menganggap keputusan itu sebagai fasa terakhir tentera mahu merampas kembali kuasa dan mengembalikan negara itu kepada era Hosni Mubarak.

“Kembali ke asal,” lapor muka depan akhbar harian bebas, al-Shorouk, manakala harian liberal Wafd memilih tajuk “Bom: Shafiq kekal dan Parlimen batal.” Mahkamah memutuskan beberapa artikel dalam peraturan pilihan raya parlimen tidak sah, sekali gus membatalkan Parlimen yang dikuasai kumpulan Islam.

Hakim turut berpendapat, sekatan ke atas pegawai kanan Hosni - bekas diktator Mesir yang digulingkan rakyat - selama 10 tahun bercanggah daripada perlembagaan.

Peraturan sebelum ini menyebabkan perdana menteri dilantik Hosni, Ahmed Shafiq, tidak layak bertanding menghadapi calon Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi, bagi jawatan presiden pada hari ini dan esok.


Aktivis parti dan demokrasi menuduh Majlis Tertinggi Angkatan tentera “menghalang revolusi” selepas beberapa langkah dibuat badan itu diambil bagi mengukuhkan kuasanya.

Keputusan mahkamah semalam dibuat sehari selepas Kementerian Keadilan membenarkan pegawai tentera menahan orang awam walaupun kuasa itu ditarik balik apabila perintah darurat beberapa dekad ditamatkan pada 31 Mei lalu.

Dalam kenyataan bersama semalam, enam parti politik dan gerakan massa berkata, langkah diambil mahkamah itu menunjukkan tentera mahu mengembalikan rejim lama, manakala pilihan raya yang dijalankan sekadar sandiwara.

Sejak Hosni disingkirkan pada Februari 2011 dan tentera mengambil alih kuasa, sejumlah tindakan diambil bagi mematikan revolusi rakyat, termasuk pembebasan dua anak lelaki Hosni daripada tuduhan rasuah.

Enam komander polis pula dibebaskan daripada tuduhan membunuh penunjuk perasaan. - AFP

Tentera kerajaan kuasai kubu kuat terakhir al-Qaeda diYama

SANAA: Tentera Yaman menguasai Shuqra selepas militan al-Qaeda berundur dari bandar itu, semalam.
Shuqra adalah kubu kuat al-Qaeda ketiga yang jatuh ke tangan pasukan keselamatan kerajaan dalam tempoh seminggu.

Pegawai keselamatan berkata, tentera kini menguasai bahagian tengah bandar itu, manakala militan dilihat melarikan diri ke arah Azzan di wilayah Shabwa, kira-kira 110 kilometer ke timur laut Yaman.

“Militan terpaksa berundur apabila tentera mengepung mereka dari tiga arah,” katanya.

Shuqra adalah kubu kuat utama al-Qaeda terakhir di wilayah Abyan berjaya ditawan tentera selepas mereka melancarkan serangan besar-besaran bulan lalu.

Operasi itu turut membolehkan tentera menguasai dua bandar lain, iaitu Jaar dan Zinjibar.


Ketika ini, militan hanya mampu mempertahankan bandar kecil al-Mahfad di Abyan.

Sekurang-kurangnya 48 orang, termasuk 40 militan, terbunuh dalam pertempuran di Shuqra kelmarin.

Agensi berita rasmi Yaman, Saba, melaporkan tentera udara melancarkan kira-kira 100 serangan ke atas militan di Shuqra. - AFP

Petani mengemis untuk bayar rasuah

PATNA: Kerana diminta membayar rasuah sebanyak Rs1,000 (RM56.97), seorang petani miskin di Bihar, terpaksa mendapatkan wang dengan meminta sedekah di jalanan.
Dia kemudian menghantar wang itu kepada pejabat Ketua Menteri, Nitish Kumar dengan nota meminta pemimpin itu menyerahkan wang itu kepada pegawai polis yang memintanya. 
Dia tidak menyumpah sistem dan nasibnya, sebaliknya, Kumar atau Chabila Paswan, petani di daerah Vaishali, mengumpulkan ahli keluarganya dan meminta sedekah di jalan raya untuk mendapatkan wang membayar rasuah.

Paswan bersama isteri dan anaknya meletakkan kadbod di leher mereka memberi tahu orang ramai mengapa mereka perlukan wang.

Menurutnya, anggota polis itu meminta rasuah sebelum boleh menerima aduannya. - AFP

15 tahun dipenjara sebelum tuduhan bunuh dibatalkan

TOKYO: Seorang lelaki Nepal yang menghabiskan masa 15 tahun dalam penjara Jepun sebelum sabitan kes pembunuhan ke atasnya dibatalkan, meninggalkan negara itu semalam.
Govinda Prasad Mainali, 45, berlepas dari Lapangan Terbang Narita untuk ke Nepal melalui Bangkok selepas sebuah mahkamah di Tokyo mengarahkan dia dibicarakan semula atas pembunuhan pada 1997.

Mainali diusir imigresen selepas bersalah tinggal di negara itu melepasi tempoh dibenarkan.

Dia juga didapati bersalah mencekik hingga mati seorang wanita Jepun berusia 39 tahun dan dihukum penjara seumur hidup.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Tokyo mendapati ujian DNA menunjukkan, air mani yang ditemui dalam kemaluan mangsa bukan milik Mainali. - AFP

Al-Quran antara terkecil di dunia




SUNGAI MANIK: Kediaman Ketua Kampung Sungai Manik Lama Kiri, Hakim@Hasim Mohamad, 64, di Kuala Sungai Manik, di sini bukan saja menjadi tumpuan penduduk untuk mengadu masalah, malah kehadiran mereka adalah juga untuk melihat naskhah al-Quran, dipercayai antara terkecil di dunia.

Naskhah al-Quran berukuran 2.5 x 1.3 sentimeter (cm) dalam mashaf resam Othmaniah itu lengkap 30 juzuk. Dengan saiznya yang begitu kecil, ayat kitab suci itu begitu sukar dibaca kecuali menggunakan kanta pembesar.

Hakim berkata, al-Quran berusia 100 tahun yang menjadi koleksinya itu adalah pemberian arwah bapa saudaranya, Allahyarham Saima Ariff yang pulang daripada mengerjakan haji di Makkah pada 1949.
"Usia kitab suci itu dipercayai mencecah 100 tahun dan saya simpan kitab suci itu kerana ia paling saya sayang serta amat berharga kerana bukan mudah untuk menerima kitab suci sekecil itu," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Hakim berkata, ramai orang datang ke rumahnya untuk melihat secara dekat kitab suci itu, tetapi beliau tidak membenarkan ia dibawa keluar.

Katanya, beliau keberatan untuk meminjamkan kitab suci itu untuk dijadikan pameran oleh pihak tertentu kerana menghargai pemberian bapa saudaranya.

"Ada sekolah dan agensi kerajaan mahu meminjamnya untuk dipamerkan, tetapi saya tidak dapat memenuhi permintaan itu kerana saya bimbang ia akan rosak jika ramai orang memegang dan membeleknya. 
"Saya juga menolak tawaran beberapa tokoh korporat dan peminat sejarah yang mahu membeli kitab suci itu kerana bukan mahu mencari keuntungan," katanya.

Beberapa tahun lalu, beberapa individu di Perlis, Negeri Sembilan dan Perak turut mendakwa memiliki naskhah al-Quran kecil sebesar ibu jari yang dipercayai terkecil di dunia. 



sumber : berita harian

Aishwarya Rai curi tumpuan di London

Aishwarya Rai curi tumpuan di London: "LONDON 15 Jun - Selepas tampil dengan badan yang berisi pada Festival Filem Antarabangsa Cannes bulan lalu, pelakon Bollywood Aishwarya Rai kembali mendapat perhatian media di London, semalam.

Namun kali ini, bekas Ratu Cantik Dunia itu kelihatan kurang berisi ketika dia menghadiri majlis perasmian hotel Bulgari dengan memakai gaun dan selendang hitam bercorak emas.

Gaun yang berwarna hitam di bahagian atas dan berwarna putih di bawahnya menyerlahkan bentuk badan bintang berusia 38 tahun itu.

Aishwarya yang berkahwin dengan pelakon Abhishek Bachchan menimang cahaya matanya yang pertama pada November lalu.

Sejak itu dia sering menjadi bahan kritikan kerana tidak menurunkan berat badan selepas melahirkan bayi perempuannya, Aaradhya.

"Menjadi ibu adalah sesuatu yang sangat indah," katanya kepada wartawan di Festival Filem Antarabangsa Cannes. - AGENSI"

'via Blog this'

Tujuh terbunuh dalam serangan bom di Syria

BEIRUT 15 Jun - Sembilan orang awam dan dua pemberontak terkorban awal pagi semalam, dalam kejadian keganasan di kawasan Syria di mana sebuah bom diletupkan dibarat laut bandar Idlib dan di tengah bandar Damsyik.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan, letupan itu disasarkan kepada pusat pemeriksaan tentera yang terletak di bandar Idlib, menyebabkan beberapa tentera terkorban.
Di Damsyik, sebuah kereta bom meletup di awal pagi menyebabkan beberapa rumah hangus dan dua terkorban. - AFP

16 termasuk kanak-kanak terbunuh di selatan Yemen

ADEN 15 Jun - Sekurang-kurangnya 16 termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam pertempuran dengan militan al-Qaeda selepas kumpulan militan itu menyerang tentera Yemen di selatan negara ini, semalam.
Menurut pegawai tentera, seramai enam orang awam, tiga kanak-kanak dan seorang lelaki turut terkorban dalam serangan udara di bandar Shuqra.
Bagaimanapun, pegawai tersebut tidak dapat mengenal pasti usia sebenar kanak-kanak tersebut.
Manakala 10 lagi terbunuh dalam pertempuran di Shuqra melibatkan pertempuran sengit antara militan dan tentera, seorang pegawai tempatan berkata. - AGENSI

52 maut pertempuran, pengeboman di Syria

DAMSYIK 15 Jun - Sekurang-kurangnya 52 maut dalam pertempuran dan pengeboman di seluruh Syria semalam ketika aktivis meneruskan gesaan untuk melancarkan protes bagi menentang Presiden Bashar al-Assad.
Seramai 14 orang turut cedera apabila seorang pengebom berani mati meletupkan sebuah kereta berhampiran makam Syiah di ibu negara Damsyik.
Satu lagi letupan kereta berlaku di bandar Idlib, barat laut negara menyebabkan beberapa anggota tentera terbunuh dan cedera, menurut pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.
Pertubuhan itu berkata, lebih 14,100 kebanyakannya orang awam, terbunuh sejak tercetusnya kebangkitan rakyat di Syria pada 15 Mac tahun lalu dengan lebih 2,302 dilaporkan maut untuk bulan lepas sahaja.
Agensi berita rasmi SANA melaporkan, sebuah kereta yang diletakkan di sebuah garaj, kira-kira 50 meter dari sebuah makam penting Syiah, meletup di ibu negara Damsyik semalam dan menyebabkan kerosakan besar.
Sementara itu, Amnesty International menuduh rejim Syria melakukan jenayah kemanusiaan dengan menghukum mereka yang menyokong pemberontak.
Amnesty turut meminta masyarakat antarabangsa bertindak selepas menyatakan memperoleh bukti baru yang menunjukkan mangsa termasuk kanak-kanak, diheret keluar dari kediaman mereka sebelum ditembak mati oleh tentera rejim.
"Bukti baru ini menunjukkan berlaku jenayah kemanusiaan besar-besaran dan perlunya masyarakat antarabangsa bertindak," kata penasihat kanan Amnesty, Donatella Rovera ketika menerbitkan laporan setebal 70 muka surat yang bertajuk Deadly Reprisals.
Kumpulan itu telah menemubual penduduk awam di 23 bandar serta perkampungan di Syria dan merumuskan bahawa tentera kerajaan dan militia bersalah kerana mencabul hak asasi manusia serta melakukan jenayah kemanusiaan. - AFP

30,000 jadi pelarian di Rakhine

Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang berlaku di Sittwe, ibu negara Rakhine, semalam. - AFP
SITTWE 15 Jun - Keganasan etnik dan agama di negeri Rakhine, barat Myanmar menyebabkan lebih 30,000 penduduk di wilayah itu menjadi pelarian, berpuluh-puluh lagi terbunuh dan banyak rumah musnah.
Menteri Hal Ehwal Sempadan dan Keselamatan bagi Rakhine, Htein Lin berkata, seramai 29 orang terdiri daripada 16 penganut Islam dan 13 lagi Buddha, terbunuh dengan ramai lagi yang cedera dan hampir 2,600 rumah terbakar sejak keganasan itu tercetus Jumaat minggu lalu.
Menurutnya, jumlah itu tidak termasuk 10 penganut Islam yang dipukul sehingga mati pada 3 Jun lalu oleh perusuh Buddha yang membalas dendam atas kejadian rogol dan bunuh seorang wanita Buddha.

Wanita China dipaksa gugur kandungan 7 bulan



Wanita China dipaksa gugur kandungan 7 bulan
Feng Jiamei dilaporkan dipaksa menggugurkan kandungan yang berusia tujuh bulan.
SHANNXI – Pegawai-pegawai kerajaan tempatan China memohon maaf kepada seorang wanita yang dipaksa menggugurkan kandungan berusia tujuh bulan.
Pihak berkuasa negara itu turut menggantung tiga pegawai yang bertanggungjawab melakukan pengguguran tersebut.
Pengguna laman web terkejut apabila melihat gambar menunjukkan janin dan ibu terbabit, Feng Jiamei.
Menurut pegawai tempatan, selepas disiasat, dia telah menjalani prosedur berkenaan di wilayah Shaanxi ketika hamil tujuh bulan.
Undang-undang di China jelas melarang pengguguran janin apabila kandungan melebihi tujuh bulan.
Kerajaan tempatan bandar Ankang berkata mereka memutuskan untuk menggantung tiga orang pegawai di Zhenping.
Pihak berkuasa turut mengadakan siasatan susulan.
Mereka juga menggesa kerajaan di daerah tersebut menjalankan siasatan menyeluruh berkenaan operasi perancangan keluarga, lapor media Xinhua.
Laporan turut memetik yang pegawai bandar raya itu telah memohon maaf kepada Jiamei, 27, dan keluarganya, Khamis lalu.
Menurut media, ibu muda itu dipaksa melakukan proses pengguguran di sebuah hospital di Zhenping pada 2 Jun lalu.
Pegawai di daerah berkenaan mendakwa dia bersetuju untuk melakukan pengguguran kerana telah memiliki seorang anak perempuan yang dilahirkan pada 2007 dan mengikut undang-undang, dia tidak dibenarkan memiliki anak kedua.
Tetapi aktivis berkata, dia dipaksa melakukan pengguguran kerana tidak mampu membayar denda.
Kumpulan hak asasi berkata, dasar satu anak China bermakna wanita dipaksa melakukan pengguguran.
“Cerita Feng Jiamei  ini menunjukkan yang Dasar Satu Anak berterusan dan membenarkan penganiayaan terhadap wanita setiap hari,” kata Chai Ling yang merupakan aktivis kumpulan pertubuhan wanita yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Aktivis kumpulan tersebut turut bercakap dengan suaminya, Deng Jiyuan selepas kejadian tersebut dan menurutnya, isterinya telah dipaksa melakukan prosedur berkenaan.
Laporan media turut mendakwa yang Jiamei telah mengalami trauma akibat kejadian tersebut.
Gambar tersebut turut mencetuskan kemarahan di kalangan pengguna dunia siber.

Sekolah Britain haram pelajar perempuan pakai skirt pendek

LONDON - Sebuah sekolah menengah di Britain mengeluarkan arahan pengharaman memakai skirt pendek di kalangan pelajar perempuan sejak September lalu untuk mengelakkan berlakunya jenayah seksual.
Pelajar perempuan sekolah aliran sains, Moulton School and Science College di Northamptonshire sering melanggar peraturan yang dikenakan sehingga memaksa pengetuanya, Trevor Jones mengeluarkan arahan pengharaman itu.
Katanya, jika masih ada pelajar yang melanggar peraturan baru itu, pihak sekolah tidak teragak-agak memberi pakaian terpakai atau mereka dihantar pulang ke rumah untuk menukar skirt pendek berkenaan.
"Sebahagian pelajar perempuan ini sanggup memakai skirt pendek yang hanya sesuai dipakai untuk ke kelab malam berbanding menghadiri kelas.

"Saya akui peraturan baru memberi tekanan kepada mereka terutama yang mementingkan imej. Namun sekolah sepatutnya tempat untuk mereka menimba ilmu dan bukannya menonjolkan imej seksi serta mampu mengundang jenayah seksual," katanya lagi

Angkasawan wanita pertama China



Liu Yang
Liu Yang, angkasawan wanita pertama China.
BEIJING - China mengumumkan negara itu akan menghantar angkasawan wanita yang pertama ke angkasa lepas hari ini.
Liu Yang, 33, seorang juruterbang tentera udara, bersama dengan dua angkasawan lelaki, akan berlepas menerusi kapal angkasa Shenzhou 9, lapor agensi berita Xinhua.
"Sejak hari pertama saya diberitahu bahawa saya tidak berbeza daripada angkasawan-angkasawan lelaki," kata Liu.
Juruterbang veteran itu dipilih sebagai calon angkasawan pada Mei 2010.
Misi Shenzhou 9 kapal angkasa keempat China dan yang pertama sejak 2008. Ia dijadual berlepas pada jam 6.37 petang ini (waktu tempatan) dari pusat pelancaran Jiuquan di wilayah Gansu, barat laut China.
Ketiga-tiga mereka akan singgah di Tiangong 1, modul stesen ujian di ruang angkasa lepas, yang sedang mengorbit bumi dan menjalankan ujian-ujian saintifik.
Misi terbaru ini, kendalian tiga angkasawan ini. adalah yang pertama akan berlabuh di Tiangong 1.

Mahkamah isytihar Parlimen Mesir tak sah, arah PRU baru



Mahkamah isytihar Parlimen Mesir tak sah, arah PRU baru
Sebahagian daripada anggota dewan rendah yang dipilih dalam pilihan raya umum Parlimen tahun lalu.
KAHERAH - Mahkamah Persekutuan Mesir mencetuskan kemarahan banyak pihak ekoran keputusannya semalam mengisytiharkan dewan rendah Parlimen tidak sah dan mengarahkan agar diadakan pilihan raya umum yang baru.

Keputusan pilihan raya Parlimen diadakan enam bulan yang lalu di mana dikuasai oleh anggota-anggota kalangan bukan Islam, yang jauh berbeza daripada era bekas Presiden Hosni Mubarak.

Menurut keputusan itu, pilihan raya umum tahun lalu - yang diadakan enam bulan selepas Hosni digulingkan, bercanggah dengan perlembagaan.

Keputusan itu menekankan bahawa satu pertiga kerusi adalah tidak sah, yang sekali gus menjejaskan kredibiliti keseluruhan sistem Parlimen dan wajar diadakan pilihan raya baru.

Keputusan ini diumumkan kira-kira dua minggu selepas Hosni dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Mohamed Mursi, wakil Ikhwanul Muslim, yang bersaing dalam pusingan kedua pemilihan presiden Mesir berkata, keputusan itu mesti dihormati.

Pusingan kedua pemilihan itu diadakan esok dan lusa.

Bagaimanapun beberapa pemimpin lain Ikhwanul Muslim mengecam keputusan itu.

"Saya menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Agung, di mana saya menghormati institusi-institusi kerajaan dan prinsip pengasingan kuasa," kata  Mohamed dipetik TV Mesir, semalam.

Keputusan mahkamah itu mencetuskan kebimbangan bahawa pihak tentera mahu memperluaskan kuasanya.

Seorang lagi pemimpin kanan Ikhwanul Muslim, Essam Al-Arian berkata, keputusan itu akan membawa Mesir ke era "terowong gelap."

Sementara itu, keputusan mahkamah yang berasingan memutuskan bahawa bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq boleh terus bersaing dalam pemilihan pusingan kedua pemilihan presiden.

Bandar di Syria sepi selepas serangan

Sebuah kereta yang hangus terbakar kelihatan di sebatang jalan di Haffeh, berhampiran Latakia di Syria semalam.
Bandar itu sepi selepas terbakar dalam pertempuran antara tentera kerajaan dengan kumpulan pro pembangkang.

Sebuah kereta yang hangus terbakar kelihatan di sebatang jalan di Haffeh, berhampiran Latakia di Syria semalam. Bandar itu sepi selepas terbakar dalam pertempuran antara tentera kerajaan dengan kumpulan pro pembangkang.
26,000 penduduk lari selepas tentera tingkat tindakan ke atas pemberontak

HAFFEH: Bandar Haffeh di Syria lengang walaupun kesan kebakaran masih kelihatan kelmarin selepas beberapa hari menyaksikan pertempuran antara tentera kerajaan dan pemisah, manakala aktivis pula melaporkan lebih banyak serangan tentera di kawasan pro-pembangkang di seluruh negara.
Pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) cuba memasuki bandar itu selepas beberapa hari pertempuran tetapi terpaksa berpatah balik pada Selasa berikutan sekumpulan orang ramai menyerang mereka.
Keadaan keganasan berbahaya di seluruh Syria. - Sausan Ghosheh, Jurucakap PBB
Mereka akhirnya dapat masuk pada Khamis tetapi hanya menyaksikan kebanyakan bangunan kerajaan terbakar, kedai terbiar dan satu mayat terbaring di jalanan. Asap dapat dilihat di bangunan yang musnah manakala kereta terbakar terbiar di jalanan. Tiada tanda-tanda menunjukkan pengeboman besar.

Hanya sekumpulan penduduk dilihat di kawasan itu manakala seorang lelaki berkata seramai 26,000 penduduk melarikan diri. Pemisah keluar dari bandar itu minggu ini mengatakan beribu-ribu penduduk yang berada di situ berisiko untuk mati, kata satu amaran yang disokong oleh Amerika Syarikat.

Keganasan tercetus sejak beberapa minggu selepas tentera kerajaan dan militia bersatu melancarkan serangan balas untuk merampas semula wilayah yang dikawal pembangkang dan pemisah mengabaikan gencatan senjata diwakili wakil antarabangsa Koffi Annan dalam usaha untuk mengurangkan konflik antara Presiden Bashar al-Assad dan pergerakan untuk menamatkan pemerintahan keluarganya selama empat dekad.

Aktivis Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria, yang mempunyai satu rangkaian di seluruh negara menyatakan seramai 44 orang terbunuh pada Khamis. Kebanyakan mereka adalah penduduk awam dan pemisah tetapi tiga kakitangan keselamatan juga adalah antara yang maut. – Reuters

Bangladesh tolak pelarian Myanmar

AKTIVIS dan  beberapa pemimpin pertubuhan Islam membantah pembunuhan Muslim Rohingya di Paltan, Dhaka, semalam.

AKTIVIS dan beberapa pemimpin pertubuhan Islam membantah pembunuhan Muslim Rohingya di Paltan, Dhaka, semalam.
DHAKA: Bangladesh menegaskan bahawa negara itu tidak akan membuka sempadan kepada mangsa perbalahan kaum yang melarikan diri dari Myanmar walaupun menerima rayuan masyarakat antarabangsa. 

Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dalam pertelagahan antara penduduk Islam dan Buddha di negeri Rakhine, yang bersempadan dengan Bangladesh. Keganasan tercetus berikutan satu kejadian rogol dan bunuh seorang wanita pada 28 Mei yang didakwa dilakukan tiga penduduk Islam.
Amerika Syarikat dan kumpulan hak asasi kemanusiaan antarabangsa menggesa Dhaka membenarkan mereka yang melarikan diri daripada keganasan itu memasuki negara terbabit.
“Saya akan meminta mereka untuk menggesa kerajaan Myanmar mengambil langkah menamatkan krisis dalaman jika mahukan penyelesaian kepada masalah itu,” kata Menteri Luar Bangladesh, Dipu Moni kepada parlimen kelmarin. 

Beliau menggesa pertubuhan itu menyediakan bantuan secara langsung kepada Myanmar di mana Presiden Thein Sien mengisytiharkan satu perintah darurat pada hujung minggu, meletakkan negeri dengan masalah itu di bawah perintah berkurung. 

Bangladesh menempatkan 200,000 penduduk Islam Rohingya yang melarikan diri dari Rakhine, sebelum ini dikenali sebagai Arakan lebih dua dekad lalu dan tidak akan menerima lagi, kata Dipu Moni. 

Ketua pentadbiran daerah sempadan Cox’s Bazar, Mohammad Joynul Bari berkata pihak berkuasa baru-baru ini menghalang tujuh bot yang membawa penduduk Islam Rohingya memasuki Bangladesh. 
Sementara itu, seorang pegawai kanan tempatan di Sittwe berkata, lebih 30,000 orang hilang tempat tinggal berikutan pertempuran di barat Myanmar. 

“Hampir 31,900 penduduk ditempatkan di 37 buah kem sepanjang Rakhine,” kata menteri hal ehwal sempadan dan keselamatan, Kolonel Htein Lin, sambil menambah bahawa kestabilan dikembalikan di Sittwe. 

Katanya seramai 329 orang, 16 penduduk Islam dan 13 etnik Buddha Rakhine terbunuh sejak Jumaat lalu, dengan ramai lagi cedera dan hampir 2,600 rumah dibakar di seluruh negeri itu. 

Kenyataan beliau dibuat pada satu sidang akhbar pertama oleh pihak berkuasa di Sittwe sejak rusuhan merebak Jumaat lalu. Penduduk Buddha dan Rohingya saling menyalahkan sesama mereka mengenai serangan itu. 

Diskriminasi sejak beberapa dekad menyebabkan penduduk Islam Rohingya tidak mempunyai negeri dan disifatkan PBB sebagai minoriti yang paling tertindas di dunia. 

Kira-kira 800,000 penduduk Rohingya tinggal di Myanmar kebanyakannya di Rakhine. – Agensi

Internet punca ledakan jualan ubat palsu

DAVIS dan Catherine dalam satu forum kesihatan di Manila, baru-baru ini.

DAVIS dan Catherine dalam satu forum kesihatan di Manila, baru-baru ini.
Ubat perangsang seks paling banyak ditiru

MANILA: Perdagangan internet yang meningkat dengan pesat adalah punca utama ledakan jualan ubat palsu di seluruh dunia dengan nilainya kini mencapai AS$72 bilion (RM227.6 bilion), kata seorang ahli farmasi semalam.
Pakar keselamatan syarikat farmaseutikal antarabangsa, Pfizer, Scott Davis, berkata ubat perangsang seks Viagra dan Cialis keluaran firmanya adalah yang paling banyak dipalsukan sebelum ini.
Keuntungan berlipat ganda hasil jualan ubat palsu juga mendorong penjual menggunakan kumpulan samseng untuk membawa produk mereka menyeberangi sempadan. - Scott Davis, Pakar keselamatan syarikat farmaseutikal antarabangsa Pfizer
“Bagaimanapun sekarang, hampir semua ubat dipalsukan termasuk makanan kesihatan dan ubat malaria, demi mendapat keuntungan secara cepat,” katanya.

Beliau berkata, keuntungan berlipat ganda hasil jualan ubat palsu juga mendorong penjual menggunakan kumpulan samseng untuk membawa produk mereka menyeberangi sempadan.

“China kini adalah sumber terbesar ubat palsu dunia. Perniagaan internet menyebabkan produk ini mudah didapati. Dengan kira-kira 90 peratus ubat palsu dipasarkan dan dijual menerusi internet,” kata beliau ketika bercakap dalam satu forum kesihatan di Manila.

Davis berkata, laman web menjual ubat palsu biasanya tidak mempunyai alamat khusus dan mengeksploitasi peraturan kastam yang lemah untuk membawa masuk produk mereka ke sesebuah negara. 
“Modus operandi perniagaan pengeluar ubat palsu kini semakin canggih. Kami terpaksa membawa ubat palsu berkenaan untuk diuji di makmal bagi mengetahui perbezaannya,” katanya.

Beliau berkata, China adalah pengeluar ubat palsu nombor satu dunia, diikuti Jordan, Amerika Syarikat, Israel dan Kanada.

Sementara itu, pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Catherine Dauphin, memberitahu forum sama, bahawa lebih separuh daripada ubat yang dijual di internet tanpa kebenaran kerajaan adalah palsu.

Beliau berkata, kumpulan penjenayah biasanya mengumpan orang awam untuk membeli ubat palsu dengan menawarkan harga lebih murah dan tidak memerlukan preskripsi perubatan. – AFP

Jumlah tentera AS terbunuh akibat perang Afghanistan lepasi 2,000 orang

WASHINGTON: Jumlah kematian tentera AS dalam perang 11 tahun di Afghanistan melepas angka 2,000 orang semalam, ekoran pembunuhan seorang anggota marin yang bertempur dengan Taliban.
Laman sesawang bebas yang mengumpulkan data kematian dalam operasi di Afghanistan, icasualties.org, menyatakan jumlah korban terkini seramai 2,008 orang.

Daripada 2,000 kematian direkod Pentagon, 1,577 terbunuh dalam pertempuran dan 34 adalah wanita.

Kira-kira 16, 402 tentera juga cedera.

Lebih 150 tentera AS terbunuh sejak tahun ini dan mangsa terbaru adalah anggota marin berpangkat korporal.

Tentera AS mencatatkan kematian tertinggi setakat ini berlaku pada 2010 apabila seramai 499 tentera maut pada tahun itu berbanding 414 pada 2011. - AFP

2 keluarga Syiah maut di tangan kumpulan bersenjata

BAGHDAD: Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati seorang bapa, ibu dan sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak awal pagi semalam.
Dalam serangan berasingan, sepasang suami isteri turut ditembak mati.

Pegawai keselamatan dan perubatan berkata, penyerang berpakaian tentera memecah masuk sebuah rumah di Mahmudiyah, 30 kilometer di selatan Baghdad, sebelum menembak mati sepasang suami isteri dan tiga anak mereka.

Sumber perubatan di Mahmudiyah berkata, mereka menerima lapan mayat - termasuk enam kanak-kanak berusia empat hingga 14 tahun - membabitkan satu keluarga Syiah.

Katanya, semua mangsa ditembak di kepala.

Mahmudiyah pernah menjadi kubu kuat pengikut Sunni. - AFP

Rejim Syria guna keganasan seksual dera tahanan

BEIRUT: Kerajaan Syria menggunakan kekerasan seksual bagi mendera lelaki, wanita dan kanak-kanak yang ditahan ekoran konflik politik negara itu, kata Human Rights Watch (HRW) semalam.
Pertubuhan hak asasi manusia berpangkalan di New York itu berkata, mereka menemubual 10 bekas tahanan, termasuk dua wanita, yang mengalami atau menyaksikan penderaan seksual itu di pusat tahanan.

“Ia termasuk rogol, penebusan kemaluan dengan objek, meraba, paksaan berbogel untuk tempoh lama serta serangan ke atas kemaluan,” kata kenyataan dikeluar HRW itu.

Menurut HRW, ramai saksi mendakwa mereka ditahan atas sebab terbabit dalam aktiviti politik yang tidak sehaluan dengan pemerintah, manakala sebahagian lain tidak tahu pun mengapa mereka ditangkap pihak berkuasa.

Sama ada disebabkan faktor politik atau tidak, Pengarah HRW Timur Tengah, Sarah Leah Whitson, berkata tahanan terbabit tetap mengalami penderaan seksual.

“Keganasan seksual adalah satu daripada taktik kejam kerajaan Syria menyeksa rakyatnya.


“Pasukan keselamatan sering menggunakan kaedah itu untuk menghina tahanan mereka,” katanya.

Menurut Sarah, serangan seumpama itu berlaku tidak terhad dalam kawasan tahanan.

“Pasukan keselamatan dan militia kerajaan juga menyerang wanita dan remaja perempuan ketika membuat pemeriksaan di rumah orang awam,” katanya. - AFP

Kapal perang AS hampiri Pakistan

ISLAMABAD: Berang dengan ketegasan Pakistan, Amerika Syarikat menempatkan kapal perang terbesar berhampiran perairan negara itu, lapor Fars News semalam.
Sumber keselamatan berkata, tindakan itu diambil selepas Washington terus dikecewakan kerana gagal memujuk Pakistan membuka semula laluan bantuan logistik untuk tentera asing yang ada di Afghanistan.

Laluan itu ditutup Islamabad sebagai bantahan mereka terhadap serangan Nato di sempadan Pakistan pada 26 November tahun lalu.

Serangan mengejut itu - didakwa disasarkan ke atas militan - menyebabkan 24 tentera negara Pakistan terbunuh.

Fars News melaporkan, Washington kini meningkatkan tekanan ke atas Islamabad supaya laluan itu dibuka semula.

Memetik sumber keselamatan, Fars News melaporkan, AS menceroboh kedaulatan Pakistan dengan menempatkan kapal perangnya hanya 65 hingga 70 kilometer dari Pelabuhan Gwadar di wilayah Baluchistan, barat daya Islamabad.


“Penghantaran kapal perang AS ke kawasan itu bermula sejak minggu kedua bulan ini,” katanya.

Sumber itu berkata, armada perang AS itu membabitkan empat kapal selam moden, dua kapal tangki dan 10 kapal perang yang mempunyai kekuatan pergerakan tinggi. Katanya, bahagian perisikan Pakistan mula menjalankan siasatan terhadap perkembangan terbaru itu.

“Berdasarkan keadaan semasa, Pakistan menganggap tindakan Washington itu sekadar mengeruhkan lagi keadaan, termasuk di wilayah Baluchistan,” katanya. - Agensi

2 bintang rap bergaduh


CHRIS Brown menunjukkan luka di dagunya.
CHRIS Brown menunjukkan luka di dagunya.
NEW YORK: Pergaduhan dua penyanyi rap yang bersaing antara satu sama lain, Chris Brown dan Drake menjadikan sebuah kelab malam di New York seperti zon perang semalam.
Kejadian itu menyebabkan empat orang awam dimasukkan ke hospital selepas pergaduhan meletus, dikatakan kerana penyanyi pop, Rihanna.
   
  • FotoPENGAWAL peribadi Brown, Big Pat, cedera di kepala.
  • FotoKEADAAN dalam kelab malam selepas pergaduhan itu.
Saksi berkata, dua artis itu mula bergaduh selepas Brown menghantar sebotol Champagne kepada Drake sebagai simbol berdamai.
Drake dikatakan menghantar botol arak itu kembali dengan nota bertulis, “Aku bercinta dengan bekas kekasih kamu, terima hakikat itu.”
Chris Brown, 23, berpacaran dengan Rihanna sehinggalah penyanyi itu meninggalkannya selepas dia memukulnya dengan teruk pada malam Anugerah Grammy pada 2009.
Selepas berpisah, wanita cantik dari Barbados itu dikatakan menjalinkan hubungan dengan Drake.

Menurut laporan, Rihanna, 24, kini dalam proses berbaik semula dengan Brown.

Jabatan Polis New York kini menyiasat pergaduhan itu yang berlaku di Kelab W.i.P di kawasan SoHo di Manhattan.

Jurucakap jabatan berkata, penyiasat percaya, Brown, pengawal keselamatannya dan seorang wanita yang bersamanya cuba meninggalkan kelab itu pada kira-kira jam 4 pagi apabila mereka di halang lima anggota kumpulan Drake.

Leftenan John Grimple berkata, Drake, atau nama sebenarnya Aubrey Drake Graham, tidak bersama kumpulan yang menemui Brown.

Hollie C, seorang pelancong dari Australia, adalah antara lapan yang dirawat di hospital akibat pergaduhan itu.

Brown juga cedera. Dia memuat naik gambar luka di dagunya, akibat pergaduhan dengan Drake. Wanita yang bersamanya turut cedera.

Brown dikatakan berang selepas Drake menghantar pulang botol arak “sebagai tanda perdamaian”bersama nota itu.

Jelas nota itu memperkatakan mengenai bekas teman wanita Brown, Rihanna.

Menurut laman web Global Grind, Brown dikatakan terlalu berang dan bertindak bersemuka dengan Drake.

Drake dikatakan menumbuk, tetapi sebelum sempat penyanti itu membalas, seorang lelaki memukul muka Brown dengan botol. - DM

Pemandu trak buat motosikal kayu



PUSKAS berdiri dekat motosikal miliknya yang diperbuat daripada kayu di Tiszaors kelmarin.


BUDAPEST, Hungary - Seorang pemandu trak berusia 52 tahun, Istvan Puskas membuat rangka sebuah motosikal daripada kayu.
Dia mengambil masa selama dua tahun untuk membuat motosikal itu.
Hendal motosikal itu diperbuat daripada tanduk lembu.
Puskas membuat motosikal tersebut di rumahnya di Tiszaors, 161 kilometer ke timur Budapest. - Agensi

Identiti pemuda misteri akhirnya terbongkar



WAJAH pemuda misteri yang mendakwa namanya Ray di laman web polis Berlin pada 5 September tahun lalu.


BERLIN - Identiti seorang pemuda misteri yang muncul di Berlin pada tahun lalu dengan mendakwa namanya sebagai Ray dan tinggal di hutan Jerman selama beberapa tahun akhirnya terbongkar.
Pemuda itu mencetuskan misteri pada tahun lalu apabila dia mendakwa keluar dari hutan di Jerman yang menjadi tempat tinggalnya selama beberapa tahun.
Ketika itu, pemuda tersebut menyatakan bapanya telah meninggal dunia dalam hutan.
Namun, polis semalam menyatakan seorang bekas kekasih pemuda tersebut mengenal pasti identitinya sebagai lelaki berusia 20 tahun dari Belanda.
Identiti itu disahkan selepas polis mengedarkan gambar pemuda tersebut untuk mendapatkan maklumat tentang dirinya pada awal minggu ini.
Polis menyatakan pemuda tersebut akhirnya mengaku maklumat yang diberikan oleh bekas kekasihnya itu adalah benar.
Sebelum ini, beberapa orang yang tinggal di bandar Hengelo, Belanda mengenal pasti pemuda tersebut selepas mereka melihat gambarnya yang disiarkan polis Berlin.
Ibu tiri pemuda tersebut dapat mengenalinya selepas melihat gambarnya.
Seorang jurucakap polis di Hengelo, Chantal Westerhoff turut mengenal pasti identiti pemuda tersebut yang kini berusia 20 tahun.
Menurut Westerhoff, pemuda tersebut meninggalkan rumahnya pada September 2011 tanpa memaklumkan kepada bapa atau ibu tirinya yang menyebabkan pasangan tersebut membuat aduan polis berhubung kehilangan anak mereka itu.
Stesen penyiaran NOS Belanda yang mewawancara beberapa rakan pemuda tersebut mendedahkan nama sebenarnya ialah Robin van Helsum.
Dalam kisah yang menarik perhatian dunia itu, pemuda tersebut muncul di bangunan Dewan Bandar Raya Berlin di sini pada 5 September 2011 dan menyatakan bahawa nama pertamanya ialah Ray kepada beberapa orang.
Menurutnya, dia tinggal di hutan bersama bapanya selama lima tahun.
Bertutur dalam Bahasa Inggeris yang diselang seli dengan beberapa perkataan Jerman, pemuda itu memberitahu bahawa bapanya telah mati pada Ogos tahun lalu.
Menurutnya, selepas menanam mayat bapanya di hutan, dia berjalan ke arah utara selama lima hari sebelum tiba di Berlin.
Namun, polis yang tidak menemui mayat bapa budak lelaki tersebut.
Pemuda tersebut tinggal di sebuah institusi kebajikan selepas dia muncul di bangunan dewan itu. - Agensi