Pages

Thursday, May 15, 2014

Sperma tertua dunia ditemui


Sydney: Sperma tertua dan paling elok terpelihara - dipercayai berusia 17 juta tahun - ditemui daripada spesies udang kecil zaman prasejarah.

Sperma itu ditemui di Tapak Fosil Warisan Dunia Riversleigh di utara Queensland yang sering menjadi tempat penemuan haiwan prasejarah Australia - termasuk kangaru karnivor dan platipus bergigi.


Pakar arkeologi Universiti New South Wales Mike Archer menganggap penemuan itu sesuatu yang menakjubkan.

“Nyata inilah fosil sperma tertua pernah direkodkan. Memang ini bukan kali pertama kami menemui sesuatu yang tidak dijangka, namun penemuan fosil dengan nukleus ini memang hebat,” katanya.


Sperma berkenaan dipercayai lebih panjang daripada badan pembawanya - iaitu kira-kira 1.3 milimeter - namun melingkar di dalam organ pembiakan krustasia dikenali sebagai ostracod.


Pasukan penyelidikan diketuai Archer mengumpul fosil berkenaan pada 1988 sebelum diserahkan kepada pakar kajian ostrocod di Universiti La Trobe, John Neil yang mendapati ia turut mengandungi tisu lembut.

Perkara itu dimaklumkan kepada pakar di Eropah dan kajian mikroskopik mendedahkan fosil berkenaan masih mempunyai organ dalaman termasuk organ pembiakan dengan sel sperma gergasi dan nukleus yang menyimpan kromosom serta DNA haiwan berkenaan. - AFP
“Perkara itu pernah dilihat di Perancis jadi mungkin juga ada elemen dalam najis kelawar sebenarnya dapat membantu memelihara tisu lembut,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

‘Rumah’ terapung di udara


Kanak-kanak berusia lima dan enam tahun itu mengalami kecederaan serius, termasuk seorang daripadanya di kepala. 
Seorang daripada mereka terjatuh ke atas kereta yang diparkir manakala rakannya terjatuh di atas kaki lima.

Sementara itu, seorang budak perempuan berusia 10 tahun yang turut berada di dalam rumah udara mainan itu bernasib baik kerana terjatuh sebaik saja struktur diperbuat daripada getah itu terangkat diterbangkan angin.
Foto
RUMAH mainan (dalam bulatan) yang diterbangkan angin kencang.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 3.20 petang di pekarangan sebuah apartmen di South Glens Falls.

Polis peronda South Glens Falls David Gifford tidak dapat mengulas keadaan mangsa, namun budak yang jatuh ke atas kaki lima dilaporkan sedar dan mampu bercakap ketika dibawa ke hospital.

Katanya, rumah mainan itu berukuran tiga meter panjang dan lebar ditemui polis di pekarangan sekolah agak jauh dari situ.

“Menurut saksi, angin tiba-tiba bertiup kencang dan mengangkat struktur berkenaan. 

“Memang ini kejadian yang tidak dijangka sama sekali,” katanya.

Sementara itu penduduk di blok apartmen berkenaan, Taylor Seymour berkata, ketika kejadian angin kuat yang tiba-tiba bertiup mengakibatkan struktur berkenaan terangkat dan berpusing seperti dilanda puting beliung kecil.

“Saya melihat seorang daripada budak berkenaan terjatuh di atas kereta manakala seorang lagi terjatuh di kaki lima berhampiran.

“Memang ia mengerikan, apabila rumah mainan itu naik semakin tinggi.

“Selepas kanan-kanak terbabit terjatuh, rumah mainan itu terbang melepasi apartmen kami dan pokok-pokok yang ada,” katanya.

Seorang elajar Emily Boucher sempat merakamkan gambar rumah permainan itu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang bersiap untuk beriadah di sekolahnya.

Emily dan keluarganya memberi hak eksklusif gambar itu kepada akhbar Post-Star dan hasil daripada bayaran gambar berkenaan akan didermakan kepada keluarga mangsa.

Difahamkan, rumah permainan itu dimiliki seorang penduduk apartmen terbabit yang meletakkannya di situ untuk kegunaan kanak-kanak di kejiranan berkenaan.

Struktur itu diikat pada tanah menggunakan batang kayu.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

Badan kanak-kanak dalam perut buaya


Port Moresby: Anggota badan budak lelaki berusia 11 tahun ditemui dalam perut seekor buaya besar, manakala kepalanya ditemui di kawasan berhampiran selepas kanak-kanak itu diserang reptilia berkenaan di Papua New Guinea.

Komander polis, Lincoln Gerari memberitahu, buaya sepanjang empat meter itu menyerang Melas Mero ketika dia memancing bersama ibu bapanya di Sungai Siloura minggu lalu.

“Buaya itu melibas kanak-kanak berkenaan dengan ekornya sebelum menyerangnya,” katanya.

Menurutnya, polis menemui dua tangan, dua kaki dan tulang pinggul di dalam perut reptilia berkenaan selepas mereka berjaya menjejak dan membunuhnya.

Kepala kanak-kanak itu ditemui tidak lama selepas itu dan dibawa ke rumah mayat di wilayah itu.



- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

Berlian kuning dijual RM52.6 juta

GENEVA 15 Mei - Sebentuk berlian berwarna kuning 100 karat dijual dengan harga AS$16.3 juta (RM52.6 juta) kepada seorang pembeli yang dirahsiakan identitinya, permata itu di lelong di jualan barang kemas Geneva di firma lelongan Sotheby.
Berlian Graff Vivid Yellow seberat 100.09 karat itu sekali gus mencatat satu rekod tersendiri untuk sebutir berlian kuning, kata Pengerusi Sotheby Switzerland, David Bennett dalam satu kenyataan pada Rabu lalu selepas lelongan tersebut keesokan harinya.
"Dengan saiz yang menakjubkan dan warna kuning muda yang luar biasa, Graff Vivid Yellow merupakan berlian yang benar-benar luar biasa dengan rupa bentuk yang menawan," kata Bennett. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140515/lu_01/Berlian-kuning-dijual-RM526-juta#ixzz31jMbNGaK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bapa 'ajar' anak cuai


Kereta Honda Civic 1.4 yang dijual seorang bapa di laman Gumtree selepas kereta yang dipandu anaknya itu terbabit dalam satu kemalangan jalan raya, baru-baru ini. - AGENSI
LONDON 14 Mei - Seorang bapa di Scotland bertindak menjual bahagian-bahagian sebuah kereta Honda Civic 1.4 miliknya di laman perniagaan Gumtree, hanya pada harga 1 peni (RM0.05) bagi memberi pengajaran kepada anaknya, selepas kereta yang dipandu anak lelakinya itu terlibat dalam kemalangan, baru-baru, ini.
Steve Clark, dari Kampung Monikie dekat Angus bertindak demikian bertujuan untuk memalukan dan mengajar anaknya, selain berharap tindakan itu dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa lain supaya memastikan anak-anak mereka memandu secara berhemah.
“Oleh kerana anak lelaki saya menganggap dirinya seperti Colin McRae, seorang pemandu kereta rali Scotland, saya mengambil keputusan menjual sebuah kereta Honda Civic 1.4 keluaran tahun 2000 untuk dijadikan alat ganti.
“Dia mungkin terlalu sukar mengawal kereta itu. Dia hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai melakukannya. Dia akan berjalan kaki selepas ini bagi tempoh yang panjang," kata Clark dalam iklan pada laman web itu, sebagaimana dilaporkan Mail Online.
Ketika kejadian, anak Clark, Nathanial yang baru berusia 17 tahun dan baru mendapat lesen memandu pada awal bulan ini, memandu kereta itu di Bonnyton Road sebelum terlibat dalam kemalangan, namun dia tidak mengalami kecederaan dalam insiden tersebut.
Clark berkata, dia suka melakukan sesuatu perkara di luar kotak dan merasakan tindakannya memuatnaik iklan itu melalui atas talian merupakan cara terbaik bagi memalukan anaknya.
Malah, kata Clark, dia dan isterinya menerima puluhan mesej tanda sokongan daripada ibu bapa lain atas tindakannya itu.
“Tindakan itu hanya bagi menyedarkan orang ramai dan memaklumkan kepada mereka tentang perkara sebenar, terutamanya bila anak masing-masing keluar memandu dan bagaimana perasaan ibu bapa yang duduk di rumah menunggu mereka atau tertanya-tanya sama ada mereka akan pulang ke rumah atau tidak,'' katanya.
Abang Nathanial, Nicholas, 27, ketika menunjukkan iklan itu kepada adiknya selepas lima jam dimuatnaik berkata, adiknya begitu terkejut dan malu selepas iklan tersebut mendapat perhatian banyak pihak.
Clark berkata, sejak iklan itu dimuatnaik kelmarin, dia menerima banyak panggilan termasuk daripada individu yang menawarkannya beberapa kotak biskut sebagai pertukaran dengan bahagian-bahagian kenderaan itu, malah dia turut ditawarkan wang sebanyak 250 pound (RM1,361) dan 370 pound (RM2,015) bagi membeli bahagian-bahagian kereta tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140515/lu_07/Bapa-ajar-anak-cuai#ixzz31jMAJZmQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pistol hanya boleh ditembak jika si penembak pakai jam khas



GAMBAR menunjukkan pistol Armatix bersama jam tangan khas. - REUTERS


MUNICH, Jerman - Sebuah syarikat pembuat senjata api, Armatix mengeluarkan sepucuk pistol pintar yang hanya boleh ditembak oleh pemiliknya sahaja.
Pistol tersebut hanya boleh ditembak sekiranya si penembak memakai sebuah jam tangan khas yang berkomunikasi dengan satu cip di dalam senjata api berkenaan melalui isyarat radio.
Sekiranya pistol yang dikenali sebagai Armatix iP1 itu digerakkan sejauh 25 sentimeter dari jam berkenaan, ia tidak akan berfungsi.
Pistol itu dijual pada harga AS$1,800 (RM5,794) dan boleh dibeli di laman web syarikat itu di www.armatix.de.
Sebelum ini, seorang pemilik kedai senjata api di negeri Maryland membatalkan rancangan menjual pistol pintar tersebut selepas dikecam banyak pihak termasuk diugut bunuh. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz31jGPzRQC 
Hakcipta terpelihara