Pages

Friday, March 21, 2014

Demi Pendidikan, Bapa Sanggup Redah Banjir


VIETNAM – Kesungguhan lelaki ini untuk memastikan anak-anaknya ke sekolah memang mengagumkan. Bayangkan dia sanggup menyeberangi banjir untuk memastikan anaknya tidak ketinggalan pelajaran.
Dia mengangkat anak-anaknya itu di dalam beg plastik dan menyeberangi air dan arus deras yang melanda perkampungan Sam Lang di Hanoi.
Banjir tersebut menyebabkan anak-anaknya tidak dapat ke sekolah terutama selepas jambatan berhampiran tidak dapat digunakan.
Bagi mengelakkan anak-anaknya tercicir pelajaran, di bapa sanggup mengendong anaknya dalam beg plastik dan menyeberangi kawasan banjir.
Meskipun lelaki itu sendiri terpaksa bergelut dengan air yang setinggi lehernya, namun dia tetap memastikan air berkenaan tidak masuk ke dalam beg plastik itu, dan mengelakkan anaknya basah.
Kesungguhannya itu telah dirakamkan oleh seorang guru Tong Thi Minh.
Bagaimanapun Minh berkata, ia adalah perkara normal ketika musim banjir kerana jambatan yang ada tidak mampu menahan arus deras.
“Saya mula mengajar di sini sejak bulan September tahun lepas. Pada mulanya saya tidak tahu bagaimana mahu mengatasi keadaan banjir ini, namun lama kelamaan saya mengikut apa yang dilakukan penduduk,’’ katanya yang memberitahu penduduk kampung itu juga melakukan perbuatan sama untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

Buaya Betina Spesis Terancam Mati Mengawan


The Hague: Seekor buaya betina daripada spesis terancam mati kelemasan di sebuah zoo di Belanda semalam ketika mengawan dengan seekor lagi buaya jantan “dominan.”
Menurut pengurusan zoo berkenaan, buaya betina itu tidak dapat menanggung tabiat mengawan ganas pasangannya yang dominan .
Kata jurucakap zoo itu, tubuh buaya air tawar berkenaan ditekan dengan kuat menggunakan mulut buaya jantan sebagai langkah menunjukkan penguasaannya.

“Buaya betina dilihat menerima saja perlakuan itu tetapi akhirnya dia tidak boleh benafas dan mati dengan kesan gigitan di seluruh badannya, terutama di bahagian leher,” katanya.
Dianggarkan, ketika ini hanya ada kira-kira 2,500 ekor spesis False Gavial yang masih hidup di seluruh dunia.

Habitat asal buaya berkenaan adalah di Malaysia, selatan Myanmar, Borneo, Jawa dan Sumatera. Zoo berkenaan sudah lama mempunyai buaya jantan dan betina dari spesis itu namun ia tidak pernah mengawan.

Justeru, kata jurucakap zoo berkenaan, mereka mengambil langkah memperkenalkan buaya jantan itu kepada seekor buaya betina untuk tujuan pembiakan.
“Kami tidak menyangka ia berakhir dengan tragedi,” katanya dalam satu kenyataan. Secara semula jadi, buaya false gavial jantan boleh mengawan dengan beberapa buaya betina dalam masa yang sama. Hanya 10 zoo di eropah mempunyai buaya dari spesis itu. - AFP

Remaja ditikam 57 kali, ditanam hidup-hidup


Adam Labazanov berkata, dia diculik kumpulan terbabit sebelum dibogelkan.

Mereka juga, kata remaja berusia 19 tahun itu, bertanya latar belakangnya.
“Selepas saya mengaku berasal dari Chechnya dan beragama Islam, mereka menikam kemaluan serta seluruh badan saya,” katanya. Pemeriksaan perubatan mendapati secara keseluruhan Adam mengalami 57 tikaman.

Menurut Adam, disebabkan tidak mampu melawan, dia terpaksa berpura-pura mati. Keadaan itu mendorong kumpulan lelaki terbabit menanamnya tanpa menyedari dia sebenarnya masih hidup. Kata Adam, dia dalam perjalanan ke tempat kerja bersama bapa tirinya, Alikhan Bakaev, kira-kira jam 5.15 pagi apabila laluan mereka dihalang sekumpulan lelaki kononnya pengawal keselamatan tempatan di Jalan Bohernabreena, Tallaght, Dublin Selatan Katanya, dia dan Alikhan menaiki kereta untuk ke tempat kerja mereka di sebuah ladang.

Tiba di Jalan Bohernabreena, sebuah kereta lain memotong dan mengarahkan mereka berhenti. “Lelaki dalam kereta berkenaan mengancam menahan bapa tiri saya tetapi kami mengesan pembohongan kumpulan terbabit dan cuba melarikan diri,” katanya. Walaupun Alikhan berjaya melarikan diri, Adam tidak bernasib baik dan ditangkap penjenayah terbabit. “Mereka asyik mengulang-ulang ugutan untuk membunuh saya dan membuang mayat saya ke sungai,” katanya. Kereta Alikhan juga dibakar. “Apabila saya diheret ke dalam kereta mereka, saya ditikam berkali-kali di kaki, bahu, belakang, muka dan perut,” katanya. Selepas kira-kira tiga kilometer, penjenayah itu berhenti dan menariknya keluar.
Foto
Adam Labazanov
Ketika itu, kata Adam, dia sedar satu-satunya cara untuk menyelamatkan diri ialah dengan berpura-pura mati. “Mereka membogelkan saya dan menutup saya dengan daun dan pasir sebelum berlalu pergi.

“Saya tak pernah mengalami rasa takut sebegitu sebelum ini,” katanya ketika ditemui. Sementara itu polis berkata, mereka percaya serangan itu dilakukan secara rambang. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/21

Terkejut jumpa epal ‘kembar’


Mel Staples berkata, dia meminta anak lelakinya yang berusia lapan tahun untuk memetik buah itu di halaman rumah mereka untuk dimakan.

Namun, katanya, dia terkejut kerana ia sangat berbeza daripada epal biasa. “Epal itu kelihatan seperti cantuman epal hijau dan merah dan ia bercantum dengan baik,” katanya.
Epal pelik itu tumbuh di laman rumah Mel di Kingston, selatan Tasmania.

Mel juga memuat naik gambar epal berkenaan ke laman sosial dan menarik perhatian rakan-rakannya.

“Mereka tidak mempercayai epal ini dan menuduh saya mewarnakan buah berkenaan sebagai bahan jenaka,” katanya.
Foto
MEL menunjukkan buah epal ‘kembar’ yang ditemui di pokok laman rumahnya.
Sementara itu, pakar penanaman epal, Bob Magnus berkata dia belum pernah melihat epal seperti itu.

“Epal itu sangat jarang ditemui tetapi pelbagai jenis mutasi boleh berlaku pada setiap masa,” katanya.
Magnus berkata, epal sememangnya melalui proses mutasi secara semula jadi dan epal gala atau epal merah yang ada kini adalah sangat berbeza daripada generasi asal.

“Amalan kacukan epal bukan sesuatu yang aneh kerana apa yang anda jumpa di kedai kini kebanyakannya melalui proses berkenaan,” katanya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/21

Bayi gemuk diselamatkan


Santoaiago Mendoza mempunyai berat yang luar biasa menyamai berat kanak-kanak berusia enam tahun mendapat perhatian sebuah badan kebajikan untuk membantu mengurangkan berat badannya. - AGENSI
BOGOTA, Colombia 20 Mac. - Seorang bayi paling gemuk di Colombia, Santiago Mendoza yang mempunyai berat sama seperti kanak-kanak berusia enam tahun telah mendapat perhatian sebuah badan kebajikan untuk membantu bayi itu menjalani rawatan kesihatan.
Menurut laman portal berita, dailymail.co.uk, Mendoza yang baharu berusia lapan bulan dan kini mempunyai berat badan, 19.7 kilogram telah diterbangkan dari rumahnya di bandar timur laut Valledupar ke bandar Bogota pada Ahad lalu untuk diberi rawatan di klinik Colina di sini.
Beberapa sukarelawan daripada badan kebajikan Yayasan Chubby Hearts di Medellin mula `campur tangan’ untuk mengambil bayi lelaki itu apabila ibunya, Eunice Fandiño menulis sepucuk surat untuk meminta bantuan untuk membantu anak itu.
Ibu bayi itu, turut mengakui kejahilan dirinya telah menyebabkan anaknya itu mempunyai berat badan yang tidak sihat.
Menurut wanita itu, setiap kali bayinya itu menangis dia akan memberi susu atau makanan untuk menenangkannya.
"Dia dilahirkan dengan masalah keresahan, oleh itu jika dia menangis saya akan beri dia makan," kata Fandiño.
Sementara itu, agensi berita Caracol Radio melaporkan Mendoza sebenarnya mengalami masalah komplikasi kesihatan ekoran kegemukan sejak dia dilahirkan, dan dia juga pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali.
Pengarah Yayasan Chubby Hearts, Salvador Palacio González berkata, bayi itu akan dirawat oleh beberapa doktor pakar di klinik Colina di sini.
Katanya, para pegawai perubatan akan cuba menurunkan berat badan Mendoza kepada satu paras yang terkawal sebelum menghantarnya untuk menjalani pembedahan.
"Bayi itu dijangka memerlukan satu rawatan yang panjang, pendidikan, makanan yang sihat dan aktiviti fizikal apabila dewasa kelak.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140321/lu_05/Bayi-gemuk-diselamatkan#ixzz2wZPkFKYq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PERBUALAN MENYAYAT HATI JURURAWAT DAN PESAKIT

Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"     
 
Abang misi:→ "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa." 
      
Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"      

Abang misi: →"Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."
Pesakit: "Wah, apa dia?" 

Abang misi:  →"Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.               → Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.

          → Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan          sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata. 
          →Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."    
   
Pesakit: "Hm. Apa dia?"     
Abang misi: →"Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira ketika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. 
          →Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap  masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...
          →dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah... 
         →Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar  masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."      
 
Pesakit:   "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid...  "   
Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.    
✔Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?     
✔Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?         
sumber