Pages

Wednesday, April 27, 2011

Wajah-wajah pemimpin islam yang dibenci rakyatnya sendiri

Zine‑al‑Abidine‑Ben‑Ali
Bekas Presiden Tunisia
Hosni‑Mubarak.
Bekas Presiden Mesir
Muammar Gaddafi,
Presiden Libya

Ali Abdullah SallehPresiden Yaman
Bashar Al-assad
Presiden Syria
 Raja Bahrain

Bekas ketua CIA anggap Gaddafi 'rakan' yang baik

MARYLAND: Bekas ketua Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA), Jeneral Michael Haydenr memuji kerjasama yang diberi Presiden Libya, Muammar Gaddafi dan menyifatkan kejatuhan rejim itu bakal menyukarkan kepentingan Amerika Syarikat dalam tempoh pendek.
Hayden yang kini bersara, mengetuai CIA mulai 2006 hingga 2009 ketika pentadbiran Presiden George W Bush, berkata kejatuhan Syria juga boleh membantu perisikan Amerika Syarikat tetapi dalam bidang tertentu sahaja.
Bercakap dalam sidang akhbar di Marine Corps University, Hayden berkata CIA pernah bekerja dengan baik bersama Gaddafi dan Mussa Kussa, Menteri Luar Libya.
“Sama ada anda fikir mengenai Gaddafi atau Mussa Kussa... mereka adalah baik dan rakan yang baik dalam memberikan kerjasama membanteras pengganas," katanya.

Hayden berkata, Presiden Syria, Bashar al-Assad juga 'rakan yang agak baik' ketika menentang militan Islam tetapi beliau menyokong puak radikal Syiah.

Namun Hayden mendakwa, gelombang kebangkitan yang sedang berlaku di dunia Arab sebenarnya memberi manfaat kepada Amerika untuk tempoh masa panjang dengan perubahan dinamik di rantau itu. - AFP 

Pembangkang Yaman setujui pelan pengunduran Presiden Saleh

SANAA: Pakatan pembangkang Yaman berkata ia setuju dengan pelan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menghendaki Presiden Ali Abdullah Saleh meletakkan jawatan dalam masa 30 hari.
Persetujuan itu telah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung GCC, Encik Abdullatif Al-Zayani.Jurucakap pakatan pembangkang, Encik Mohammed Qahtan, berkata persetujuan itu bagaimanapun tidak bermakna tunjuk perasaan akan dihentikan.Kelmarin, bantahan masih berterusan dengan pasukan keselamatan dilaporkan menembak mati dua penunjuk perasaan.Sekurang-kurangnya 30 orang dilaporkan cedera.Ahad lalu, parti pemerintah Yaman, Kongres Agung Rakyat, telah turut bersetuju dengan pelan pengunduran Presiden Saleh itu.GCC yang dianggotai oleh enam negara Teluk telah mencadangkan penubuhan sebuah pemerintah perpaduan negara di Yaman, Presiden Saleh memindahkan kuasa beliau kepada Naib Presidennya dan protes berdarah yang menggegarkan negara miskin ini dihentikan.Mengikut inisiatif GCC itu, Presiden Saleh akan mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Parlimen dalam tempoh 30 hari, manakala pilihan raya Presiden akan diadakan dalam masa dua bulan.Rumah Putih mengalu-alukan pelan pengunduran Presiden Saleh sambil menggesa semua pihak supaya 'segera' melaksanakan peralihan kuasa secara aman.Namun, Presiden Saleh dalam satu wawancara dengan BBC pada Ahad lalu berkata perubahan rejim hanya boleh dilakukan melalui 'pilihan raya dan pengutan suara.'Beliau menegaskan tidak akan berundur ekoran rampasan kuasa.Bantahan ke atas Presiden Saleh, yang telah berkuasa sejak 1978, tercetus pada Januari lalu dan sehingga kini lebih 130 orang telah terkorban. -- AFP, cyberita

Pejabat musnah tapi Gaddafi selamat dari serangan Nato



TRIPOLI: Presiden Libya, Encik Muammar Gaddafi, disahkan selamat dan masih bersemangat selepas serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) menyasarkan dan merosakkan pejabatnya kelmarin.
Jurucakap rejim Libya, Encik Mussa Ibrahim, menyifatkan serangan Nato itu sebagai 'cubaan menghapuskan ketua pemimpin dan pemimpin politik' di negara itu dan ia juga sebagai tindakan pengganas.'Pemimpin Libya itu kini bertugas dari Tripoli. Beliau selamat, amat sihat dan sedang mengetuai peperangan bagi memperoleh keamanan dan demokrasi bagi Libya,' katanya kepada pemberita di luar kawasan bangunan pejabat Encik Gaddafi yang musnah di Bab al-Aziziya.Encik Ibrahim juga menuduh sekutu Nato dan pemberontak Libya yang melancarkan serangan ke atas rejim Encik Gaddafi sebagai mereka yang takutkan keamanan.Sementara itu, jurucakap Rumah Putih, Encik Jay Carney, berkata serangan pesawat Nato ke atas pejabat Encik Gaddafi bukan satu percubaan membunuhnya.'Tentu sekali bukan dasar pakatan dan pentadbiran kami untuk membunuh atau menyebabkan perubahan rejim di Libya secara paksa,' kata beliau.Beliau menegaskan matlamat misi ketenteraan di Libya jelas iaitu 'melindungi masyarakat awam, menguatkuasakan zon bebas penerbangan dan menguatkuasakan larangan import senjata'.Nato dalam satu kenyataannya berkata ia merupakan satu 'serangan tepat' ke atas sebuah pusat komunikasi yang digunakan bagi menyelaraskan serangan ke atas orang awam.Dalam pada itu, anak lelaki Encik Gaddafi, Encik Saif al-Islam Gadhafi, mendakwa ayahnya 'disokong oleh berjuta-juta rakyat Libya' dan misi Nato akan gagal.'Nato, anda yang akan kalah,' katanya yang ditukil oleh agensi beri Jana.Semalam, para pemberontak di bandar Misrata mendakwa mereka berjaya mengusir keluar askar yang taat kepada Encik Gaddafi dari bandar itu.'Mungkin ada beberapa askar yang masih bersembunyi dalam bandar itu, mereka takut dibunuh tetapi kami tidak jumpa kumpulan askar lagi,' kata seorang pemberontak.Namun, ketua pemberontak di bandar Benghazi, Kolonel Ahmed Omar Bani, menolak dakwaan itu.'Gaddafi tidak akan berundur. Misrata ialah bandar penting kepada Tripoli. Jika beliau melepaskan Misrata, beliau juga terpaksa melepaskan Tripoli. Beliau tidak segila itu untuk berbuat demikian,' kata Kolonel Bani. -- AFP, AP, Reuters.

Pembantah ditangkap selepas askar Syria gempur Daraa




BANTAHAN DAMAI: Seorang kanak-kanak turut menyertai tunjuk perasaan di bandar Daraya, kelmarin, menuntut agar pemerintah menghentikan pembunuhan ke atas para penunjuk perasaan. -- Foto AP




AS timbang laksana 'sekatan khusus' ke atas Damsyik
DAMSYIK: Ramai penduduk Syria telah ditahan semalam selang sehari pasukan tentera menggempur bandar selatan Daraa dan menembak mati sekurang-kurangnya 25 penunjuk perasaan.Badan hak asasi kemanusiaan Syria berkata, tangkapan dibuat awal semalam di beberapa daerah di Damsyik dan di bandar utara Jableh.Jumlah sebenar bilangan penduduk yang ditangkap tidak didedahkan.Sekitar 390 orang dipercayai telah terkorban sejak pemerintah Syria mengambil tindakan tegas ke atas para penunjuk perasaan yang telah menuntut pengunduran Presiden Bashar al-Assad.Semalam, pasukan tentera Syria masih meneruskan serangan ke atas para penunjuk perasaan di bandar Daraa.'Tembakan terus dilepaskan ke atas para penduduk tetapi kita akan terus melawan,' kata seorang aktivis, Encik Abdullah Abazid.Askar Syria bagaimanapun menegaskan mereka memasuki bandar itu kerana 'para penduduk setempat yang meminta bantuan' agar pihak tentera melenyapkan 'kumpulan pengganas' yang bertanggungjawab atas pembunuhan dan sabotaj di situ.Badan hak asasi kemanusiaan, Amnesty International, berkata kereta kebal telah digunakan untuk membedil bangunan awam di Daraa, kelmarin.'Presiden Bashar al-Assad harus menghentikan tindakan ini sekarang. Beliau harus mengundurkan tentera dari Daraa dengan segera dan memastikan perkhidmatan asas di bandar itu dipulihkan,' kata Pengarah Afrika Utara dan Timur Tengah Amnesty International, Encik Malcolm Smart.Sementara itu, Amerika Syarikat telah mengarahkan anggota keluarga kakitangan kedutaan dan sebilangan kakitangan bukan kritikal agar segera meninggalkan Syria.Ini berikutan 'ketidaktentuan dan ketidakstabilan' tindak balas pemerintah Syria terhadap penunjuk perasaan.Washington juga dilaporkan sedang menimbangkan melaksanakan 'sekatan khusus' ke atas Damsyik, kata jurucakap Majlis Keselamatan Nasional, Encik Tommy Vietor.Dalam pada itu, Britain, Perancis, Jerman dan Portugal akan mengemukakan usul kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar keganasan di Syria dikecam dan satu siasatan bebas dijalankan atas pembunuhan penunjuk perasaan.Setiausaha Luar Britain, Encik William Hague, berkata:'Britain sedang berusaha secara intensif dengan rakan antarabangsa kita bagi memujuk pihak berkuasa Syria agar menghentikan keganasan di samping menghormati hak asasi asas dan sejagat untuk berhimpun serta bebas bersuara.' - AFP, AP, Reuters.

Eropah gesa Syria tamatkan konflik keganasan


AMMAN 27 April - Pemimpin-pemimpin kerajaan Eropah menggesa Syria agar menamatkan keganasan menentang pemberontak selepas Presiden Bashar al -Assad menghantar kereta-kereta kebal dalam serangan ke atas pemberontak di bandar Deraa semalam.

Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi ketika mengadakan persidangan akhbar bersama Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy di Rom berkata, Eropah telah menggesa pihak berkuasa Syria agar segera menamatkan pergolakan yang berlaku.
Dalam pada itu, antarabangsa turut mengkritik pergolakan yang berlaku di Syria yang telah mengorbankan kira-kira 100 penunjuk perasaan Jumaat lalu dalam pertempuran dengan pihak berkuasa. - Reuters

Gaddafi tidak menyerah kalah



MISRATA 26 April – Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi terus menjalankan tugasnya seperti biasa hari ini, sehari selepas pejabatnya musnah dibom oleh tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) manakala pemberontak di Misrata mendakwa mereka telah berjaya mengusir askar rejim dari bandar ini.
“Pemimpin kami bekerja seperti biasa di Tripoli, dia sangat sihat dan mengetuai perjuangan untuk keamanan dan demokrasi di Libya,” kata jurucakap rejim, Mussa Ibrahim di luar bangunan yang dibom di pekarangan kediaman rasmi Gaddafi, Bab al-Aziziya.
Gaddafi berada di tempat yang selamat dan meneruskan perjuangan untuk menyediakan perkhidmatan, makanan, ubat-ubatan dan bahan bakar untuk rakyat, katanya pada sidang media dihadiri oleh beberapa duta asing.
Sebuah bilik mesyuarat menghadap pejabat Gaddafi rosak teruk dalam pengeboman yang digambarkan oleh NATO di Brussels sebagai ‘serangan tepat’ ke atas sebuah pusat komunikasi awal semalam.
Tiga orang terbunuh manakala 45 lagi cedera termasuk 15 parah dalam serangan udara itu, kata Ibrahim.
Sekurang-kurangnya lima letupan menggegarkan timur Tripoli malam tadi, kata saksi yang tidak dapat mengenal pasti lokasinya dengan tepat.
“Kami mendengar tiga letupan kuat dan melihat api dan kepulan asap dekat kawasan kami,” kata seorang penduduk di Ain Zara, timur Tripoli.
Pemberontak di Misrata, 215 kilometer ke timur Tripoli berkata, mereka telah mengusir askar Gaddafi dari bandar itu setelah dikepung selama lebih tujuh minggu.

Syria tahan 500 penyokong demokrasi



ORANG ramai melihat gelagat seorang lelaki (kiri) membaling batu ke arah kereta kebal yang bergerak di kawasan Deraa, Syria kelmarin, dalam imej yang dipetik daripada video amatur ini. - REUTERS


DAMSYIK 26 April - Pasukan keselamatan menangkap kira-kira 500 penyokong demokrasi di seluruh Syria selepas sekurang-kurangnya 20 orang dilaporkan maut apabila kerajaan mengerahkan askar dan kereta kebal untuk cuba menghancurkan protes di bandar Deraa, selatan negara ini.
Pertubuhan hak asasi manusia Syria, Sawasiah hari ini berkata, pihaknya menerima laporan sekurang-kurangnya 20 orang dibunuh di Deraa sejak kereta kebal dikerahkan semalam, tetapi belum dapat disahkan kerana komunikasi dengan bandar itu, di mana protes menentang rejim Presiden Bashar al-Assad bermula pada 18 Mac lalu, telah diputuskan.
Seorang pegawai Sawasiah berkata, dua penduduk awam disahkan terbunuh di pinggir ibu negara, Douma yang dimasuki pasukan keselamatan awal semalam.
Sekurang-kurangnya 500 orang ditangkap di bahagian lain negara ini, katanya.
Amnesty International yang memetik sumber di Deraa berkata, sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh apabila kereta kebal membedil Deraa dalam 'reaksi kejam terhadap tuntutan rakyat'.
"Dengan menggunakan meriam ke atas rakyatnya sendiri, kerajaan Syria memperlihatkan keazaman untuk menghancurkan protes dengan apa sahaja cara, sekalipun meragut nyawa rakyat Syria," kata Pengarah Amnesty International bagi Asia Barat dan Afrika Utara, Malcolm Smart.
Pasukan keselamatan juga menggempur Douma dan Mouadhamiya, pinggir Damsyik semalam, dengan melepaskan tembakan dan melakukan tangkapan, sehari selepas mereka masuk ke pekan Jabla, di mana sekurang-kurangnya 13 orang awam terbunuh, kata aktivis hak asasi.
Diplomat berkata, angka korban penduduk awam mungkin mencecah 50 orang di Deraa dan 12 di Mouadhamiya, yang terletak di jalan ke Bukit Golan, ke barat daya Damsyik.
"Rejim memilih untuk menggunakan kekerasan keterlaluan, tindakan yang berhasil pada 1982, tetapi tidak ada jaminan ia akan berhasil lagi pada zaman Internet dan kamera telefon," kata seorang diplomat kanan yang merujuk kepada langkah rejim menghancurkan pemberontakan di bandar Hama pada 1982, menyebabkan 30,000 terkorban. - Reuters

Awas wanita!


BERBAHAYA...Ejoe menunjukkan serbuk perangsang seks.

BERBAHAYA...Ejoe menunjukkan serbuk perangsang seks.

KUALA TERENGGANU: Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.
Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit.


Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku.-mymetro

Mayat penunjuk perasaan terbiar bergelimpangan di jalanan Daraa


BEIRUT: Pertempuran terus berlaku di bandar Daraa di selatan Syria ketika mayat terbiar bergelimpangan di jalan raya tanpa dituntut sesiapa, sehari selepas kerajaan melancarkan gerakan ganas ke atas penunjuk perasaan, semalam.
Sebuah kumpulan hak asasi manusia berkata, pihak berkuasa menahan puluhan orang di seluruh negara, terutama di pinggir Damsyik dan Jableh.

Tentera Syria dengan bantuan kereta kebal dan penembak curi melancarkan serangan menjelang subuh di Daraa kelmarin.

Bandar itu menjadi pusat kebangkitan rakyat menolak pemerintahan Presiden Bashar al-Assad sejak lebih sebulan lalu.

Sekurang-kurangnya 11 maut di bandar berkenaan.

Sejak pertengahan Mac lalu, lebih 350 orang maut di seluruh Syria dengan 120 terbunuh pada hujung minggu lalu. - AP

Barat memang mahu bunuh Gaddafi


LONDON: Setiausaha Pertahanan Britain, Liam Fox, semalam berkata pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, serta pegawai kanannya akan dibunuh kecuali mereka menyerah serta-merta.
Kata Fox, jika rejim Gaddafi terus melancarkan perang ke atas rakyat Libya, semua yang terbabit perlu menyedari mereka adalah sasaran tentera Barat.

“Pihak yang berkenaan perlu mengakui bahawa kami menganggap mereka sasaran yang sah,” katanya sejurus sebelum berlepas ke Washington untuk bertemu pegawai kanan AS bagi merangka pelan akhir menyingkirkan Gaddafi.

Sementara itu di Tripoli, Gaddafi melebarkan kempen ketenteraannya ke bandar Berber di Pergunungan Barat negara itu, di samping terus memerangi pemberontak di Misrata.

Selepas lebih sebulan tentera Bersekutu mengebom sasaran terpilih di Libya, konflik di negara itu masih belum menemui penyelesaian.

Campur tangan asing di negara Arab itu adalah yang terbesar selepas operasi menyingkirkan Saddam Hussein di Iraq pada 2003.


Jurucakap pemberontak di Misrata berkata, tentera penyokong Gaddafi berundur dari pinggir bandar itu tetapi pertempuran terus berlaku. “Tentera revolusi (pemberontak) kini cuba mara lebih jauh,” katanya. - Reuters, bharian

Alwaleed serah 75,000 ekar tanah kepada rakyat Mesir


RIYADH: Bilionair Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal berkata, beliau bersetuju untuk menyerahkan tiga perempat tanah pertanian yang dibelinya di Mesir sebagai hadiah kepada rakyat Mesir.
Alwaleed, pemilik syarikat pelaburan Kingdom Holding Co dikecam kerana membeli lebih 100,000 ekar tanah dengan harga murah sebagai sebahagian projek mega dilancarkan kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Kes itu membuktikan satu daripada amalan kronisme di bawah pemerintahan Hosni. Projek tanah Toshka yang dibeli pada akhir 1990-an itu bertujuan mengubah kawasan padang pasir menjadi Lembah Nil kedua. Alwaleed berkata persetujuan sudah ditandatangani bersama Kementerian Pertanian Mesir untuk menyerahkan kembali 75,000 ekar tanah sebagai hadiah kepada rakyat negara itu. Beliau berkata demikian selepas menerima lawatan Perdana Menteri Mesir, Essam Sharaf. - AP, bharian

Macam-macam: Rambut pula jadi sasaran pencuri

CHICAGO: Polis masih pening kepala dalam menyelesaikan kes kecurian rambut manusia di syarikat pengeluar barangan kecantikan. 
Polis berkata pihaknya menganggap rambut yang dicuri awal pagi Ahad oleh perompak di kedai Beauty One, adalah kerana ia sangat berharga.
Pihak berkuasa berkata penjenayah itu membuka pintu besi besar yang dikunci dengan dua kunci, sebelum mencuri rambut itu.
Belum ada penjelasan mengapa pencuri mahukan rambut itu. – AP , bharian

Obama tak mahu dedah identiti bapa


Presiden AS ‘sorok’ sijil lahir cetus persoalan 


NEW YORK: Punca Presiden Barack Obama dipercayai tidak mengemukakan sijil lahirnya disebabkan beliau mahu menyembunyi identiti atau kewarganegaraan bapanya, kata seorang anggota Senat Negeri Hawaii.
Pendedahan itu dibuat anggota Republikan, Sam Slom yang berkata, isu di sebalik keengganan presiden itu yang dikatakan lahir di Hawaii untuk mengemukakan maklumat penuh sijil kelahirannya tidak mungkin kerana beliau mahu menyembunyikan tempat kelahirannya.
“Pada pendapat saya, beliau (Obama) mungkin lahir di Hawaii dan isu sebenarnya ialah bukan sijil kelahiran, tetapi apa yang ada tertulis dalam sijil kelahiran itu,” katanya dalam temuramah di stesen radio New York’s WABC 770 AM. 

“Ia mungkin ada kena mengena dengan namanya dalam sijil itu, siapa sebenar bapanya dan warga negara bapanya,” kata Slom. 

Selain sijil kelahirannya, Presiden Amerika itu juga menyembunyikan rekod sekolah, pekerjaan dan perubatannya. 

“Mengapa ada orang seperti Presiden Amerika Syarikat berbelanja jutaan dolar untuk yuran guaman bagi menyembunyikannya. 
“Selagi ia berterusan, saya rasa ia isu yang sah,” kata Slom. 

Awal bulan ini, Donald Trump mempersoalkan lokasi tempat kelahiran Obama dalam temuramah rancangan Today, mendakwa kemungkinan besar Obama melanggar Perlembagaan. 

Pemilik empayar hartanah yang turut bertanding bagi pencalonan presiden mewakili Republikan berkata, beliau menghantar penyiasat ke Hawaii untuk mendedahkan satu penipuan terbesar dalam sejarah politik. 

“Saya ada orang yang menyelidik perkara itu dan tidak percaya apa yang mereka temui,” kata Trump. 

Dalam temuramah dengan CNN, Trump turut mempertikaikan ketiadaan gambar Obama ketika kanak-kanak, hanyalah gambar ketika beliau remaja. 

Beliau mendakwa tiada seorang pun yang mengingatinya ketika bersekolah. 

Beliau berkata, jika anda berada mengimbau kembali sekolah rendah saya, tadika saya, ramai yang mengingati saya. Tiada seorang pun daripada zaman kanak-kanak mengingatinya.” 

“Jika anda mahu menjadi Presiden Amerika Syarikat, sepatutnya bangga mengatakan yang anda lahir di negara ini,” katanya. 

Sarah Palin yang menyertai Trump, walaupun sebelum ini mengatakan bahawa isu itu mengganggu isu yang lebih penting. 

“Nampaknya ada sesuatu yang presiden enggan orang ramai mengetahuinya, sehingga beliau begitu memastikan ia tidak disiarkan dan saya rasa ia membingungkan ramai orang,” katanya. – Agensi 

Diplomat Iran diarah keluar dari Bahrain

MANAMA: Bahrain semalam mengisytiharkan setiausaha kedua di kedutaan Iran di sini sebagai ‘persona non grata’ dan mengarahkan beliau meninggalkan negara itu dalam tempoh 72 jam berikutan dakwaan dikaitkan dengan satu sindiket pengintipan tajaan Kuwait.
Agensi berita BNA menamakan pegawai terbabit sebagai Hujatullah Rahmani dan berkata diplomat Iran di Bahrain itu dipanggil ke Kementerian Luar di mana keputusan akan dibuat terhadap beliau.
“Tindakan diambil oleh Kementerian Luar Bahrain itu bertujuan mengalih perhatian dan mengabaikan realiti seperti ini berdasarkan dakwaan tidak berasas yang bertentangan kepada hubungan baik negara jiran dan selaras dengan kepentingan asing,” kata jurucakap kementerian, Ramin Mehmanparast yang dipetik halaman web televisyen tempatan semalam.
“Kementerian Luar Bahrain kelmarin mengesahkan penolakan sebarang campur tangan dalam hal ehwal negara itu dan ahli lain dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC),” kata laporan BNA.

Ia juga menggesa republik Islam itu menamatkan tindakan tidak bertanggungjawab yang melanggar norma dan hubungan antarabangsa selain memberi ancaman kepada keselamatan serantau dan kestabilannya.

Awal bulan ini, televisyen Iran melaporkan tiga diplomat Tehran dan seorang kakitangan kedutaan diusir dari Kuwait kerana didakwa terbabit dalam satu sindiket intipan bagi Tehran, yang kali pertama didedahkan sejak serangan Amerika Syarikat menyerang Iraq.

Menteri Luar Kuwait, Sheikh Mohammad Sabah al-Salem al-Sabah mendakwa bahawa diplomat terbabit terbukti mempunyai hubungan dengan sindiket risikan, selepas tiga ahlinya dijatuhi hukuman mati oleh sebuah mahkamah Kuwait pada 29 Mac.
Pengusiran dilakukan ketika ketegangan meningkat antara negara Teluk Arab dan jiran mereka Iran. Sebagai tambahan terhadap dakwaan Kuwait mengintip IRan, Bahrain juga mendakwa Iran menjadi orang tengah dalam urusannya. – AFP , bharian

Satu dekad untuk dibaik pulih



Foto
BANDAR Minamisanriku di Miyagi musnah akibat gempa dan tsunami 11 Mac lalu.

Foto
SEORANG penternak lembu menunjukkan poster bantahan dan tuntutan ganti rugi akibat pencemaran reaktor nuklear t di depan bangunan Tokyo Electric Power Co, semalam.



Jepun anggar kemusnahan kawasan dilanda tsunami RM902 bilion

TOKYO: Pembinaan semula pekan dan bandar Jepun yang musnah teruk akibat gempa bumi dan tsunami bulan lalu akan mengambil masa sekurang-kurangnya sedekad, kata panel penasihat kerajaan semalam.“Tiga tahun pertama diperlukan untuk tugas membina semula jalan dan membaik pulih rumah sementara,” kata ahli Majlis Reka Bentuk Pembinaan Semula Jepun, Jun Iio.
Majlis itu ditubuhkan selepas gempa bumi melanda bertujuan memberi nasihat perundingan kepada kerajaan mengenai usaha membaikpulih.

Lio yang juga penganalisis politik memberitahu wartawan lebih empat tahun lagi diperlukan untuk membina semula pekan dan ia memerlukan lebih lama untuk mencapai pemulihan sepenuhnya.

“Kita harus ingat yang kawasan yang terjejas akibat gempa bumi lebih besar dari Kobe,” kata lio yang merujuk kepada gempa bumi kuat pada 1995 di bandar besar Jepun.

Majlis itu berkata gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac yang meninggalkan kemusnahan pada bandar timur laut Jepun, menyebabkan sekurang-kurangnya 13,000 terkorban, 130,000 lagi penduduk terpaksa berlindung di pusat perlindungan dan kemusnahan dianggarkan mencecah AS$300 bilion (RM902 bilion). 
Perbezaan fahaman politik perlu dipinggirkan bagi membolehkan pembinaan semula dijalankan dengan berkesan, kata majlis berkenaan.

“Usaha pembinaan semula perlu melangkaui isu politik. Kita boleh meminta pandangan daripada parti pembangkang selain parti memerintah,” kata pengerusi majlis itu yang juga Presiden Akademi Pertahanan Kebangsaan Jepun, Makoto lokibe.

Jumaat lalu, Kabinet Jepun meluluskan hampir AS$50 bilion (RM150 bilion) bagi perbelanjaan pembinaan semula selepas gempa bumi. Pakej seterusnya membabitkan cukai selain meminjam pada pasaran bon yang turut mengikat Jepun kepada bebanan hutang. – Reuters , bharian

2,000 masih terperangkap di Misrata



PENEMBAK curi pemberontak melepaskan tembakan ketika membantu rakan menyerang tentera pro-Gaddafi di daerah Zwabi, bandar Misrata.
PENEMBAK curi pemberontak melepaskan tembakan ketika membantu rakan menyerang tentera pro-Gaddafi di daerah Zwabi, bandar Misrata.
warga asing menunggu bantuan untuk dibawa keluar

WASHINGTON: Kira-kira 2,000 warga asing masih terperangkap di pelabuhan Misrata di barat Libya menunggu untuk dibawa keluar dari negara yang dilanda perang itu, kata pegawai Amerika Syarikat, semalam.
Sumber berkata pasukan tentera yang setia dengan pemimpin negara itu Muammar Gaddafi berjaya diusir dari Misrata, tetapi serangan roket terus menggegarkan bandar ketiga terbesar di Libya itu.

“Setakat ini kami mendapat maklumat bahawa ada kira-kira 2,000 warga asing dari negara dunia ketiga berada di Misrata menunggu untuk dibawa keluar,” kata pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Reuben Brigety yang mengendalikan hal ehwal pelarian.

Beliau berkata kapal yang membawa bantuan kepada pemberontak di Misrata boleh membawa sejumlah pelarian keluar dari negara itu. 

Pengarah Pejabat Bantuan Bencana Luar Negara Amerika, Mark Bartolini berkata Misrata setakat ini tidak memerlukan bantuan makanan tambahan kerana simpanan bahan keperluan makan adalah mencukupi.

Sebuah kapal Amerika membawa 560 tan minyak sayuran dan 270 tan kacang bagi membantu Libya, memunggah kargi di pelabuhan Iskandariah, semalam. 
“Beberapa penghantaran sudah pun diagihkan kepada penduduk, bagaimanapun sejumlah besar lagi akan dibahagikan oleh Program makanan Dunia (WFP).

“Wujud kebimbangan bekalan makanan akan berkurangan jika konflik berterusan,” katanya.

Sementara itu di Tripoli, Gaddafi dilaporkan terus bertahan, walaupun selepas pesawat perang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengebom kompleks kediaman dan pejabatnya di ibu negara Libya itu.

“Gaddafi masih menjalankan tugas dari Tripoli. Beliau sihat dan kini mengetuai peperangan untuk kemanan dan demokrasi di Libya,” kata jurucakap rejim, Mussa Ibrahim pada sidang media yang dihadiri beberapa orang duta.

Beliau berkata Gaddafi kini berada di tempat yang selamat dan sedang memenangi pertempuran dengan pemberontak.

“Beliau bekerja setiap hari dan menyediakan penduduk dengan makanan, ubat dan bahan api,” katanya.

Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 45 lagi cedera, 15 daripada mereka parah dalam serangan pesawat NATO malam kelmarin.

Saksi berkata lima letupan besar kedengaran di timur Tripoli malam kelmarin, tetapi tidak dapat memastikan lokasinya. – AFP , bharian

Melamar menggunakan teka silang kata




Inilah teka silang kata yang lengkap dengan lamaran yang digunakan oleh Corey Newman.


WASHINGTON - Seorang lelaki, Corey Newman menggunakan teka silang kata sebagai satu cara unik untuk melamar kekasihnya, Marlowe Epstein, lapor sebuah akhbar semalam.
Newman yang berusia 28 tahun berpakat dengan akhbar Washington Post untuk bertanyakan soalan itu kepada Epstein, 31, menerusi satu kolum teka silang kata.
Pembayang untuk soalan nombor 51 berbunyi: Kata-kata yang mempunyai cincin padanya. Apabila Epstein menjawab dengan betul: "Adakah awak ingin berkahwin dengan saya?" Newman terus melutut dan menyerahkan sebentuk cincin permata dan mengulangi soalan sama.
Epstein yang namanya diambil daripada pembayang nama watak dalam filem Shakespeare in Love dan penulis layar filem Casablanca itu menerima lamaran tersebut.
Washington Post yang melihat lamaran tersebut sebagai satu cerita yang bagus telah merakamkan semua detik itu, sebelum memasukkan ke dalam laman webnya. - Agensi, kosmo

Kilang mesin taip terakhir di dunia ditutup




TUGAS mesin taip sudah diambil alih sepenuhnya oleh gajet lebih canggih terutama komputer.


MUMBAI, India - Syarikat Godrej and Boyce yang menjadi pengeluar mesin taip terakhir di dunia terpaksa menghentikan operasinya dan hanya meninggalkan beberapa ratus buah mesin taip dalam stoknya sebelum dijual kepada orang ramai, lapor sebuah akhbar semalam.
Penutupan kilang itu dipercayai akibat permintaan terhadap mesin taip semakin berkurangan sejak 10 tahun lalu selepas orang ramai beralih kepada komputer.
Pengurus Besar Godrej and Boyce, Milind Dukle berkata kepada akhbar tempatan India, Business Standard: "Kami tidak menerima banyak permintaan sekarang. Sejak awal tahun 2000, penggunaan komputer terus mendominasi pengguna di seluruh negara. Semua syarikat yang mengeluarkan mesin taip menghentikan operasi masing-masing kecuali kami.
"Sehingga tahun 2009, kami hanya menghasilkan 10,000 hingga 12,000 mesin taip setahun. Mungkin sekarang adalah waktu terbaik buat pengguna mesin taip untuk mendapatkan produk terakhir kami."
Syarikat itu memulakan perniagaan sejak tahun 1950-an selepas bekas Perdana Menteri, Jawaharlal Nehru menganggap mesin taip sebagai simbol pengembangan kemerdekaan dan industri di India.
Terdapat sebanyak 200 buah mesin taip ada dalam stok syarikat tersebut. Majoritinya terdiri daripada model dengan aksara bahasa Arab.
Pada awal 1990-an, Godrej and Boyce menjual 50,000 unit mesin taip setiap tahun. Tetapi pada tahun lalu, ia hanya dapat menjual 800 unit sahaja. - Agensi, kosmo

Thailand dan Kemboja sedia runding gencatan senjata



Sekumpulan askar Kemboja berehat di sebalik binaan kuil Preah Vihear. Pertempuran terbaru nyata mengeruhkan lagi hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara.


PHANOM DONG RAK, Thailand - Thailand dan Kemboja semalam bersiap-sedia untuk satu rundingan gencatan senjata selepas pertempuran terburuk di sempadan kedua-dua buah negara berlaku semalam mengakibatkan 13 orang askar terbunuh.
Berpuluh-puluh ribu orang awam terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing kerana askar-askar Thailand dan Kemboja melepaskan tembakan senjata berat seperti mortar, sekali gus menggoyah perdamaian sementara yang dipersetujui sejak Februari lalu.
"Menteri Pertahanan Kemboja, Tea Banh telah bersetuju untuk bertemu rakan sejawatannya dari Thailand di Phnom Penh untuk membincangkan proses gencatan senjata antara kedua-dua belah pihak," jelas Kementerian Pertahanan Kemboja dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwon menyatakan kesediaan sama. "Kami akan berpeluang untuk berbincang. Saya fikir situasi akan reda dalam tempoh beberapa hari," kata Wongsuwon.
Askar Thailand dan Kemboja saling berbalas serangan selama 30 minit berhampiran kuil Preah Vihear berusia 900 tahun yang menjadi fokus ketegangan selepas lokasi itu diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2008.
Pada 10 Februari lalu, sepuluh orang terbunuh berhampiran kuil tersebut, membuatkan PBB mendesak gencatan senjata tetap dikuatkuasakan. - AFP
Kosmo! Online - Dunia