Pages

Sunday, February 26, 2012

94 terbunuh keganasan di Syria

Berita Harian Online | 94 terbunuh keganasan di Syria: NICOSIA: Keganasan yang tercetus di Syria semalam mengakibatkan 94 terbunuh termasuk 68 daripadanya adalah orang awam.

Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia, berkata angka kematian termasuk 24 orang awam yang terbunuh di bandar Homs yang sudah dikepung manakala lapan yang lain dibunuh di sekitar bandar berkenaan.
Katanya, 23 ahli pihak keselamatan rejim Syria terbunuh di sekitar negara itu susulan pertempuran dengan tentera yang tersisih dan kini memihak kepada pihak pemberontak.
Sementara itu, katanya, tujuh yang lain terbunuh di wilayah sekitar Alep, lapan di Hama, 10 di Idlib dan 11 di Dera.

Berdasarkan pemerhatian gerakan hak asasi manusia terbabit, tiga askar yang tersisih dipercayai terbunuh di Alep dan Deraa. - AFP

'via Blog this'

Gempa bumi bermagnitud 5.9 melanda Taiwan

Berita Harian Online | Gempa bumi bermagnitud 5.9 melanda Taiwan: TAIWAN: Gempa bumi pada magnitud 5.9 menggegarkan bandar kedua negara itu, Kaohsiung, hari ini, demikian menurut ahli seismologi Amerika Syarikat (AS), sebentar tadi.

Jabatan Kaji selidik Geologikal AS (USGS), berkata gempa melanda sekitar jarak 57 kilometer (km) timur bandar berkenaan pada jam 10.34 pagi tadi (waktu tempatan) sedalam empat km.
Sementara itu, Jabatan Pemantauan Hong Kong melaporkan ukuran gempa dicatatkan pada magnitud 6.0. - AFP

'via Blog this'

Gempa bumi kuat gegar barat daya Siberia

Berita Harian Online | Gempa bumi kuat gegar barat daya Siberia: KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter menggegarkan barat daya Siberia Russia pada jam 2.17 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 525 km tenggara dari Krasnoyarsk, Russia, dan 5,029 km barat laut Padang Besar Perlis.
Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami. - BERNAMA

'via Blog this'

Kena bunuh di rumah sendiri

Berita Harian Online | Kena bunuh di rumah sendiri: NONRI menceritakan kejadian yang menimpa anaknya kepada media,   semalam.
NONRI menceritakan kejadian yang menimpa anaknya kepada media, semalam.
TAIPING: Seorang ibu tunggal tidak menyangka anak perempuannya berusia 16 tahun yang ditinggalkan berseorangan dibunuh kejam suspek yang dipercayai cuba merogol dan mencabulnya di rumah mereka di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, di sini, kira-kira 4.30 petang kelmarin.

Nonri Musa, 40, yang ketika kejadian menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Wan Ahmad Rasdi, hampir pengsan melihat mayat anak ketiganya, Nurul Aien Mohd Saimon, 16, yang separuh badan termasuk kepala terendam dalam kolah yang dipenuhi air, manakala kakinya terjuntai keluar.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Nurul Aien yang juga pelajar SMK Datuk Wan Ahmad Rasdi itu turut cedera di kepala akibat hentakan objek keras.
Beliau berkata, beberapa hari sebelum kejadian, dia ada melihat kelibat dua lelaki di belakang rumahnya dan apabila cuba disapa, mereka melarikan diri.
“Ketika bermesyuarat, saya dihubungi ahli keluarga memaklumkan anak saya mati dipercayai dibunuh.

“Saya bergegas pulang ke rumah dan melihat keadaan anak yang sudah kaku. Saya tidak menyangka ada insan tidak berperikemanusiaan sanggup berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Beliau berkata, beberapa hari sebelum kejadian, dia ada melihat kelibat dua lelaki di belakang rumahnya dan apabila cuba disapa, mereka melarikan diri.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa perkara buruk dan tidak melaporkannya kepada polis sehinggalah semalam (kelmarin) anak saya ditemui mati,” katanya.
Jiran mangsa, Abd Halim Abd Majid, 45, yang tinggal kira-kira 50 meter dari rumah mangsa berkata, anaknya Afnan, 16, rakan karib mangsa terdengar jeritan dari arah rumah mangsa, sekitar jam 3.30 petang tetapi tidak menghiraukannya kerana menyangka keluarga jirannya hanya bergaduh sesama ahli keluarga.

“Tidak lama kemudian, ada saksi memaklumkan melihat seorang lelaki keluar dari rumah mangsa dan meredah kawasan semak di belakang rumah sebelum menyeberang Sungai Limau berdekatan rumah mangsa.

“Bagaimanapun, kami tidak menghiraukan kejadian itu sehingga dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa dalam bilik air Nonri, jam 4.30 petang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah, berkata siasatan awal mendapati kes berkenaan tiada kaitan dengan rompakan berikutan tiada kesan pecah masuk selain tiada kehilangan barang berharga dan kesan bilik digeledah.

“Kami mengesyaki suspek cuba merogol dan mencabul sebelum membunuh mangsa dengan melemaskannya dalam kolah di bilik air rumah berkenaan. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.

“Susulan siasatan itu, seorang lelaki berusia 18 tahun iaitu penduduk tempatan turut ditahan di kediamannya yang tidak jauh dari lokasi kejadian awal pagi tadi (semalam) bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, malam kelmarin untuk bedah siasat, sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 9, di sini, pagi semalam.

'via Blog this'

Khinzir liar semakin banyak berkeliaran di Islamabad

Berita Harian Online | Khinzir liar semakin banyak berkeliaran di Islamabad: ISLAMABAD: Pihak berkuasa ibu negara Pakistan melancarkan usaha baru membanteras ancaman babi hutan di kota utama itu, selepas seorang polis cedera dan istana presiden diceroboh, lebih-lebih lagi ketika haiwan itu semakin banyak dilihat di Islamabad.

Setiap malam, segerombolan haiwan berbulu itu muncul dari tebing sungai Islamabad, taman dan semak samun mengerumuni tong sampah di kawasan penduduk kaya dan restoran.
Pihak berkuasa bandar meletakkan racun dan mengumumkan permit memburu percuma untuk menghapuskan babi liar itu.
Tetapi, bagi memastikan penduduk tidak kena tembakan, mereka hanya benarkan senapang patah. Tidak ramai yang mencuba kerana gusar dianggap pengganas.

Berat haiwan itu antara 80 hingga 100 kilogram dan bergigi tajam. Ia biasanya lari sebaik melihat manusia tetapi akan menyerang jika cuba ditangkap hingga menjadi penyebab kemalangan jalan raya dalam bandar.

Kes terbaru pertembungan antara manusia dan haiwan itu di balai polis di pusat bandar minggu lalu.

“Saya dengar jeritan amaran supaya melihat belakang tetapi sebelum sempat menoleh, babi itu sudah rempuh saya,” kata Sajjad Hussain.
Haiwan itu melanggar dinding kediaman dipenuhi wayar tajam selepas Hussain yang menjadi pengawal membuka pintu pagar bagi membolehkan kereta masuk.

Hussain luka di perut yang memerlukan lapan jahitan dan terpaksa bercuti sakit. Babi itu pula terperangkap dalam kawasan pembinaan perumahan polis berdinding tinggi.

Babi liar itu turut menceroboh kawasan mewah yang dikawal ketat, termasuk kediaman presiden dan perdana menteri.

Satu pasukan dihantar untuk meletakkan racun pada makanan atau jagung, kata Ketua Alam Sekitar, Malik Aulya Khan.

“Kami melakukan operasi khas dan sudah bunuh banyak haiwan itu dengan racun. Entah bagaimana, ia boleh masuk menerusi bawah pagar,” katanya.

Babi liar ditemui di seluruh Pakistan dan menjadi haiwan perosak utama pertanian yang menyebabkan kerugian jutaan dolar hasil gandum dan tebu.

Di wilayah Punjab pada 1980-an, kerajaan melaksanakan sistem ganjaran iaitu penduduk kampung dibayar bagi setiap khinzir yang diserahkan, tetapi ia tidak diteruskan kerana kekurangan dana. – AP.

'via Blog this'

Perisik AS tidak jumpa bukti Iran bina bom atom

Berita Harian Online | Perisik AS tidak jumpa bukti Iran bina bom atom: WASHINGTON: Penganalisis perisikan Amerika Syarikat terus percaya tiada bukti kukuh menunjukkan Iran memutuskan untuk membina bom nuklear, lapor akhbar New York Times (NYT), semalam.

Memetik pegawai Amerika yang enggan nama disiarkan sebagai berkata, penilaian terkini oleh agensi perisikan Amerika adalah konsisten secara meluas dengan hasil penemuan perisikan pada 2007, yang menyimpulkan bahawa Iran meninggalkan program senjata nuklearnya.
Pegawai berkata, penilaian sebahagian besarnya mengesahkan Jangkaan Perisikan Nasional 2010, dan ia masih terus kekal dengan persetujuan pendapat 16 agensi perisikan Amerika, kata laporan itu.
Laporan itu dibuat selepas Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memberi amaran kebimbangannya terhadap campur tangan tentera terhadap program nuklear Iran.

NYT berkata, tiada pertelingkahan antara pegawai perisikan Amerika, Israel dan Eropah bahawa Iran sudah memperkayakan bahan api nuklear, dan membangunkan sesetengah prasarana yang sepatutnya untuk menjadi kuasa nuklear.

Tetapi, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan agensi perisikan lain percaya Iran belum memutuskan sama ada mahu menyambung semula usaha mereka kepala peledak nuklear, satu program yang mereka percaya pada dasarnya dihentikan pada 2003, kata akhbar itu.

Pegawai perisikan dan penganalisis luar percaya ada lagi penjelasan lain untuk aktiviti pengkayaan Iran, kata laporan itu.
Mereka berkata, Iran mungkin mencari untuk meningkatkan pengaruh dalam rantau ini dengan mencipta apa yang disifatkan penganalisis sebagai ‘keraguan strategik’, kata akhbar itu.

Berbanding membina bom sekarang, Iran mungkin mahu meningkatkan kuasanya dengan menanam keraguan antara negara lain mengenai cita-cita nuklearnya, kata NYT.

Sesetengah pihak merujuk kepada Pakistan dan India, yang mana kedua-duanya mempunyai program senjata nuklear rahsia selama beberapa dekad sebelum membuat keputusan untuk membina bom dan menguji senjata itu pada 1998, lapor akhbar itu. – AFP.

'via Blog this'

Israel musnah solar Palestin

Berita Harian Online | Israel musnah solar Palestin:
SEORANG penduduk Palestin di perkampungan Syusya, Tebing Barat berjalan berhampiran panel solar yang dipasang di kawasan dekat Hebron.
SEORANG penduduk Palestin di perkampungan Syusya, Tebing Barat berjalan berhampiran panel solar yang dipasang di kawasan dekat Hebron.
Sumber bekalan elektrik penduduk Tebing Barat sasaran terbaru Zionis

AL-THALA (Tebing Barat): Israel nyata tidak puas hati melihat masyarakat Palestin hidup aman damai selepas memerintah wilayah ditakluki dan menindas penduduk asalnya.
Sasaran terbaru rejim Zionis itu untuk dimusnahkan ialah panel solar dan kincir angin yang membekalkan elektrik kepada penduduk Palestin yang hidup bercucuk tanam dan menternak haiwan.
Kami seperti tinggal di bandar. Saya tidak boleh hidup tanpanya. - Hakima Elayan, Penduduk Palestin
Suri rumah tidak lagi perlu memerah tenaga menggodak susu kambing untuk dijadikan mentega, makanan boleh disimpan dalam peti sejuk bagi mengelakkannya rosak dan kanak-kanak juga tidak perlu tergesa-gesa menyiapkan kerja sekolah sebelum gelap.

Tenaga elektrik yang diperoleh daripada panel solar dan kincir angin membantu penduduk Palestin pedalaman menjalani kehidupan dengan lebih mudah menggunakan barangan elektrik dan mesin.

Bagaimanapun, projek dibiayai Jerman yang dibantu sukarelawan Israel ini berada dalam bahaya selepas pihak berkuasa Yahudi mengancam memusnahkan panel solar dan kincir angin di enam daripada 16 komuniti pedalaman Tebing Barat yang menerima sumber tenaga pilihan itu, atas alasan dipasang tanpa permit.

Kerajaan Jerman melahirkan kebimbangan dalam perkara itu dan meminta penjelasan, permintaan yang jarang disuarakan penyokong kuat Israel di Eropah. Pertelingkahan ini bukan hanya dari segi diplomatik.
Ia menambah, kritikan antarabangsa terhadap dasar Israel di 62 peratus kawasan Tebing Barat di bawah kawalan penuh Tel Aviv, dua dekad selepas rakyat Palestin dibenar memerintah sendiri baki daerah di wilayah itu.

Pembahagian bidang kuasa sepatutnya sementara tetapi ia dibekukan ketika rundingan damai menemui jalan buntu. Rakyat Palestin menuntut seluruh Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis selain Semenanjung Gaza sebagai negara.

Dusun di al Thala, satu komuniti yang didiami 80 orang di selatan Tebing Barat, tiada bekalan elektrik sehingga Ogos lalu apabila kumpulan bantuan perubatan Jerman dan kumpulan saintis Israel yang pro perdamaian, Comet-ME, membina panel solar untuk menyediakan 30 komuniti di kawasan itu mendapat kuasa solar dan angin.

Hakima Elayan, 43, sebelum ini menghabiskan masa empat jam sehari menggodak susu menjadikan mentega menggunakan tangan. Kini, mesin melakukan bagi membolehkannya menghabiskan masa dengan anak serta melakukan kerja rumah lain.

“Kami seperti tinggal di bandar. Saya tidak boleh hidup tanpanya,” katanya.
Jirannya juga membeli peti sejuk, mesin basuh, televisyen dan penggodak mentega.

Tetapi bulan lalu, Pentadbiran Awam Israel, satu cawangan ketenteraan yang mengendalikan orang awam Palestin mengeluarkan arahan menghentikan penggunaan tenaga pilihan itu dengan memusnahkan panel solar dan kincir angin di al Thala dan lima lagi komuniti dengan alasan ia dibina secara haram.

Pemerhati antarabangsa memberi amaran, Israel menindas kemajuan Palestin di sektor tadbirnya di Tebing Barat dikenali sebagai ‘Area C’ tetapi memberi segala kemudahan kepada pendatang Yahudi.

Ahli fizik Comet-ME, Elad Orian, berkata kumpulan itu tidak meminta kebenaran kerana rasa ia sia-sia saja memandangkan Israel menganggap komuniti itu haram.

Beliau percaya pemusnahan akan mengambil masa beberapa bulan lagi dan berharap tekanan politik Jerman yang memberi sumbangan lebih 400,000 euro (RM1.6 juta) dapat menyelamatkan projek itu.

Dalam kes yang serupa, Menteri Luar Poland, Jerzy Pomianowski mengarahkan duta Israel untuk melahirkan keprihatinan terhadap kemusnahan telaga di komuniti berdekatan al Thala yang dibina semula dengan dana Poland. – AP.
'via Blog this'

Bekas PM Itali Berlusconi bebas tuduhan rasuah

Bekas PM Itali Berlusconi bebas tuduhan rasuah - Global - Sinar Harian:
berlusconi
ROM - Mahkamah Itali hari ini membuat keputusan menggugurkan tuduhan rasuah ke atas bekas Perdana Menteri negara itu, Silvio Berlusconi atas alasan ia kes itu telah luput mengikut had statut.
Berlusconi didakwa menyogok RM3.2 juta (£82,000) kepada bekas peguam cukai British, David Mills agar dia berbohong di mahkamah demi melindungi kepentingan perniagaannya pada 1990-an.
Beliau juga menghadapi tuduhan mengadakan hubungan seks dengan pelacur bawah umur.
Mills yang tidak dibicarakan atas pertuduhan itu menafikan dakwaan rasuah.
Menurut Mills, jumlah wang tersebut datang dari syarikat bersekutu yang tidak mahu diperakui urusannya.
Berlusconi menafikan sebarang bentuk salah laku sambil menegaskan, kes-kes yang dibawa ke atasnya adalah sebahagian usaha memburukkan imej politiknya.

'via Blog this'

Buah-buahan sitrus elak serangan strok

Buah-buahan sitrus elak serangan strok - Global
Buah-buahan sitrus elak serangan strok
LONDON - Memakan buah oren dan lemon didakwa mampu mengurangkan risiko serangan strok terhadap manusia, menurut penyelidik dari Britain.

Pengambilan keseluruhan buah-buahan itu termasuk ketika bersarapan dalam bentuk jus dipercayai dapat mengelakkan serangan otak kerana ia kaya dengan antioksida.

Bagaimanapun, mereka menyatakan lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk memastikan keberkesanan buah-buahan sitrus tersebut untuk melindungi manusia daripada serangan strok.

“Semua orang sepatutnya mengamalkan gaya pemakanan yang sihat termasuk me­ngurangkan kadar pengambilan makanan berlemak dan bergaram serta melakukan aktiviti senaman dengan kerap kerana ia adalah kunci utama mengelakkan serangan pelbagai penyakit,” menurut kenyataan penyelidik di Universiti East Anglia itu.

'via Blog this'

Gempa bumi kuat gegar barat daya Siberia

Gempa bumi kuat gegar barat daya Siberia - Global - Sinar Harian: KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter menggegarkan baratdaya Siberia Russia pada pukul 2.17 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 525 km tenggara dari Krasnoyarsk, Russia, dan 5,029 km barat laut Padang Besar Perlis.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami.- Bernama

'via Blog this'

Pengecas guna haba tubuh

Pengecas guna haba tubuh - Global - Sinar Harian:
Pengecas guna haba tubuh
RALEIHG - Penyelidik dari Pusat Teknologi Nano dan Molekul di Universiti Wake Forest telah membangunkan ciptaan sejenis fabrik yang boleh menyerap haba badan lalu menukarkannya kepada kuasa elektrik untuk digunakan sebagai pengecas telefon pintar, iPhone atau komputer riba.

Dengan hanya menggunakan sentuhan jari, Power Felt boleh mengalirkan kuasa dengan sendiri untuk mengecas alat elektronik.

Ia berfungsi apabila fabrik itu mengesan perubahan suhu dan haba dari tubuh si pemakai yang kemudiannya akan menghasilkan elektron.

Salah seorang penyelidik, Corey Hewitt berkata, Power Felt mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu alat kelengkapan kecemasan pada masa hadapan.

“Selagi tubuh manusia mengeluarkan haba, ia akan menghasilkan voltan secara berterusan,” menurutnya.
'via Blog this'

Bakteria dalam mulut boleh membunuh

Bakteria dalam mulut boleh membunuh - Global - Sinar Harian:
Bakteria dalam mulut boleh membunuh
BERN - Sejenis bakteria yang berada dalam mulut didakwa mampu membunuh jika ia memasuki saluran darah, menurut penyelidikan saintis di Switzerland.

Penyelidik mendapati sejenis bakteria yang dipanggil Streptococcus tigurinus, boleh memasuki saluran darah walaupun jika gusi berdarah.

Hasil kajian yang dilakukan terhadap seorang pesakit, mendapati bakteria dalam darah pesakit itu menyebabkan dia diserang endokarditis (radang jantung), meningitis dan spondylodiscitis (radang tulang belakang).

Kajian yang diketuai Dr Andrea Zbinden dari Universiti Zurich itu diterbitkan dalam International Journal of Systematic and Evolutionary Microbiology.

Zbinden berkata, mereka kini sedang melakukan kajian lanjut mengenai serangan bakteria tersebut supaya ia dapat dirawat segera.

'via Blog this'

Bangunan PBB di Afghan dibakar protes bakar al-Quran

Bangunan PBB di Afghan dibakar protes bakar al-Quran - Global - Sinar Harian:
Protes membantah insiden membakar al-Quran berterusan buat hari keempat. - Foto ihsan BBC
KABUL - Sebahagian bangunan digunakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bandar Kunduz dibakar dalam protes terbaru berikutan tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) membakar beberapa naskhah al-Quran, awal minggu lalu.

Empat orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam pertembungan, demikian menurut doktor.

Tiga lagi terbunuh di wilayah selatan Logar.

Lebih 20 orang maut sejak protes tercetus Selasa lalu, sehari selepas askar AS didakwa membakar beberapa naskhah al-Quran.

Kelmarin, panglima tentera Nato di Afghanistan Jen John Allen merayu agar semua pihak bertenang.

Sekumpulan 500 orang penunjuk perasaan menyerang anggota polis, yang mengawal kawasan bangunan PBB, dengan batu, batang logam dan benda-benda yang tajam, lapor BBC hari ini.

'via Blog this'

Arab Saudi tingkat eksport minyak untuk imbangi tindakan Iran

myMetroArab Saudi tingkat eksport minyak untuk imbangi tindakan Iran: NEW YORK: Arab Saudi meningkatkan eksport petrolumnya, manakala AS meningkat cadangan mengeluarkan minyak mentah dari simpanan strategik ketika harga bahan bakar itu mencatat rekod tertinggi dalam tempoh sembilan bulan, semalam.

Minyak mentah Brent mencatat harga AS$125 (RM376.8) setiap tong sejurus selepas Agensi Tenaga Atom Antarabangsa mengeluarkan laporan membimbangkan mengenai program nuklear Iran.


Laporan itu turut meningkatkan kebimbangan berlaku gangguan bekalan minyak, selain mencetuskan konflik di Israel.

Jika keadaan itu berlaku, ia pasti memberi kesan ke atas Timur Tengah dan mendorong harga minyak melambung.


Sumber berkata, Arab Saudi meningkatkan eksportnya sejak minggu lalu dan menawarkan bekalan tambahan kepada pelanggan bagi menyaingi kenaikan harga pasaran.


Tindakan itu dibuat ketika AS mengkaji cadangan menggunakan Simpanan Petroleum Strategik bagi mengimbangi pengurangan eksport minyak Iran. Setiausaha Perbendaharaan AS, Timothy Geithner, berkata ada kemungkinan AS menggunakan rezab minyaknya.

“Iran boleh membuat kerosakan besar kepada ekonomi dunia. Kami bertindak berhati-hati bagi meminimumkan risiko itu,” katanya. - Reuters


'via Blog this'

Awas helah Barat di Syria: Xinhua

myMetroAwas helah Barat di Syria: Xinhua:BEIJING: Media rasmi China semalam berkata, AS dan Eropah kini “melindungi cita-cita” untuk menguasai Syria di sebalik sikap ingin membantu mereka.

Xinhua melaporkan, kebanyakan negara Arab kini sedar bahawa kebimbangan Barat terhadap aspek kemanusiaan di Syria sebenarnya hanyalah helah mereka untuk mengembangkan pengaruh di situ.


Agensi itu berpendapat, perbincangan Sahabat Syria - yang diboikot China dan Russia - bersetuju mengelak menggunakan tentera dalam konflik berkenaan.

Bagaimanapun, pertemuan lebih 60 menteri luar menampakkan gesaan campur tangan tanpa senjata pasukan pengaman Arab, selain amaran keras keluarkan Washington terhadap Presiden Bashar al-Assad atas sikap degilnya.


Kata Xinhua, Beijing tidak menghadiri persidangan itu kerana perlukan maklumat jelas mengenai matlamat, kesan dan mekanisme digunakan bagi menyelesaikan konflik dalaman Syria.


“Negara Arab mahu memastikan tragedi seperti di Libya tidak menimpa Syria.

”Sebagai sahabat Syria dan rakyat Arab, China percaya sebarang tindakan diambil komuniti antarabangsa perlu membantu mengurangkan ketegangan, menggalakkan dialog politik, mencari jalan penyelesaian perbezaan pendapat dan mengekalkan keamanan serta kestabilan di Timur Tengah,” kata komentar berkenaan.


Kenyataan itu dikeluarkan selepas Baran dan negara Arab meningkatkan tekanan ke atas regim Bashar dalam pertemuan di Tunisia, kelmarin.

Ketiadaan wakil China dan Russia dalam pertemuan membincangkan isu Syria itu membayangkan kesukaran komuniti antarabangsa mencari kata sepakat bagi menyelesaikan konflik berkenaan.


Kedua-dua negara juga beberapa kali mengekang regim Bashar, termasuk menggunakan kuasa veto dalam pengundian resolusi di Majlis Keselamatan PBB.


Bagaimanapun, Xinhua tidak memberi sebarang reaksi kepada komen Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, yang menggesa negara lain “mengubah sikap terhadap Russia dan China.” - AFP


'via Blog this'

Protes anti AS berlarutan di Afghanistan

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Polis Afghanistan menghalang penunjuk perasaan anti Amerika Syarikat (AS) daripada bertindak ganas dalam satu protes berhubung pembakaran Al-Quran di wilayah Baghlan, utara Kabul, kelmarin. - AGENSI


KABUL 25 Feb. - Sekurang-kurangnya empat penunjuk perasaan terbunuh hari ini ketika kumpulan itu cuba menyerang bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di daerah Kunduz, utara Afghanistan.

Korban terbaru itu menjadikan jumlah maut pada hari kelima protes berhubung pembakaran al-Quran di seluruh negara ini meningkat sekurang-kurangnya 30 orang.

Ketua Jabatan Kesihatan Awam Kunduz, Sahad Mokhtar berkata, laporan setakat ini juga menunjukkan seramai 47 lagi mangsa cedera dalam kejadian tersebut.

Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, polis bertindak menembak penunjuk perasaan bagi menghentikan mereka daripada memasuki bangunan tersebut.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Afghanistan berkata, enam askarnya terbunuh, manakala 16 lagi cedera apabila pasukan itu cuba mematikan bom yang dipasang penunjuk perasaan di Mukar, daerah Badghis, barat Afghanistan.

Dalam kejadian berasingan, dua tentera AS mati ditembak di bangunan Kementerian Dalam Negeri yang dikawal ketat di sini, dipercayai satu lagi reaksi balas penunjuk perasaan yang berang dengan tindakan tentera negara itu membakar Al-Quran. - AGENSI


'via Blog this'

Brunei kelima terkaya

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


BANDAR SERI BEGAWAN 25 Feb. - Brunei Darussalam menduduki tangga kelima senarai 182 negara paling kaya di dunia hasil daripada kekayaan sumber minyak dan gas asli negara itu yang menyumbang pendapatan per kapita sebanyak AS$48,000 (RM144,581).

Menurut majalah Forbes menerusi laporan dalam taliannya, kedudukan negara terkaya di dunia dinilai berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli.

Forbes turut menggunakan data yang dikumpulkan dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) bermula 2010 hingga yang terbaru.

"Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan antarabangsa kerana ia mengambil kira perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi berbanding hanya membuat perbandingan kadar pertukaran asing yang memutarbelit perbezaan sebenar dalam nilai," lapor majalah itu.

Awal bulan ini, Jabatan Pembangunan dan Perancangan Ekonomi (JPKE) melaporkan, indeks harga pengguna Brunei meningkat 1.8 peratus dari 2010 ke 2011, manakala purata pertumbuhan negara itu kurang daripada satu peratus setiap tahun.

Menurut JPKE, purata tahunan Indeks Harga pengguna (CPI) Brunei pada 2011 adalah 106.9 berbanding 104.8 pada 2010, dengan kadar inflasi dua peratus sepanjang tahun lalu.

Ekonomi Brunei didominasi oleh industri minyak dan gas dengan 90 peratus daripada eksportnya dan lebih separuh daripada KDNK negara itu datang daripada sektor tersebut.

Qatar dinamakan negara terkaya di dunia dengan jumlah KDNK per kapita lebih AS$88,000 (RM265,065) pada 2010, sementara Luxembourg di tangga kedua dengan KDNK per kapita lebih AS$81,000 (RM243,980) hasil daripada menjadi negara hab kewangan.

Singapura berada di tangga ketiga dengan KDNK per kapita hampir AS$56,700 (RM243,980), manakala Norway di kedudukan keempat dengan jumlah KDNK per kapita AS$52,000 (RM156,629). - AGENSI


'via Blog this'

Kartun dijangka peroleh lelongan RM120 juta

Kosmo! Online - Dunia:


LUKISAN bertajuk Sleeping Girl yang dihasilkan oleh Roy Lichtenstein dan bakal dilelong pada 9 Mei depan,
dijangka mampu mencecah harga AS$40 juta.


NEW YORK - Lukisan artis Roy Lichtenstein bertajuk Sleeping Girl yang diinspirasikan daripada buku komik dijangka dapat dilelong pada harga AS$40 juta (RM120.4 juta) oleh rumah lelongan Sotheby's di New York pada 9 Mei depan.

Lukisan tahun 1964 yang memaparkan seorang wanita berambut perang dan seksi itu merupakan sebahagian daripada siri lukisan Lichtenstein. Ia disifatkan sebagai hasil karya terhebat dunia seni pasca perang Amerika Syarikat.

"Sleeping Girl ialah salah satu karya terbaik kurun ke-20. Ia sebaris dengan lukisan ikonik wanita oleh pelukis seperti Pablo Picasso, Constantin Brancusi dan Amedeo Modigliani.

"'Gadis-gadis' Lichtenstein sememangnya antara hasil karya Lichtenstein yang paling dikehendaki pada hari ini. Sleeping Girl didambakan oleh para peminatnya sejak ia dihasilkan pada tahun 1964. Lukisan ini amat segar dan bertenaga, seolah-olah ia baru dilukis semalam," kata Ketua Seni Kontemporari Seluruh Dunia Sotheby's, Tobias Meyer.

Lukisan yang menjadi sebahagian daripada Jualan Seni Kontemporari Sotheby's akan dipamerkan di Los Angeles, Hong Kong, London dan New York sebelum dilelong. - REUTE


'via Blog this'