Pages

Saturday, February 22, 2014

Ikan pari manta dilindungi di Indonesia



SEORANG penyelidik hidupan laut mendekati seekor ikan pari manta di perairan Raja Ampat pada 23 November tahun lalu.- AFP


JAKARTA - Indonesia semalam mengumumkan kawasan perlindungan ikan pari manta terbesar di dunia meliputi rantau seluas beberapa juta kilometer persegi.
Pari manta merupakan spesies ikan pari terbesar di dunia.
Undang-undang bagi mewujudkan kawasan perlindungan pari manta itu meliputi kawasan seluas 5.8 juta kilometer persegi di perairan negara ini.
Pemerintah Indonesia melarang penangkapan dan eksport ikan tersebut di kawasan berkenaan.
Usaha mengenainya dibuat bagi melindungi ikan bersayap gergasi itu selain menarik kehadiran lebih ramai pelancong datang ke kepulauan tersebut.
Susulan pengumuman tersebut, pari manta kini merupakan spesies dilindungi di seluruh perairan Indonesia. Sebelum ini perairan negara terbesar di Asia Tenggara itu menjadi kawasan pemburuan jerung dan pari terbesar di dunia.
Langkah berani pemerintah itu dipuji beberapa pertubuhan pemuliharaan antarabangsa.
Ia dibuat selepas pemerintah Indonesia bersetuju bahawa seekor pari manta hidup dapat membawa pendapatan pelancongan bernilai jutaan dolar sepanjang hayat haiwan marin itu.
Kawasan yang terkenal dengan ikan pari itu terletak di perairan Raja Ampat, barat laut Pulau New Guinea dan di sekitar pulau Bali.
Pendapatan itu jauh lebih besar daripada tangkapan seekor pari manta yang dijual pada harga di antara AS$40 (RM132 hingga AS$500 (RM1,650).
Ramai pelancong asing mengunjungi Indonesia pada setiap tahun untuk menyelam di perairan negara ini bagi melihat pari manta.
Haiwan itu mempunyai sayap sepanjang sehingga 7.5 meter yang digunakan untuk bergerak di dalam laut.
"Indonesia kini mempunyai industri pelancongan ikan pari kedua terbesar di dunia dengan anggaran pendapatan berjumlah AS$15 juta (RM49.5 juta). - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2u084dBUw 
Hakcipta terpelihara 

Ranta akan terima pampasan RM21.16j selepas didapati tidak bersalah


RANTA


NEW YORK - Pihak pentadbiran bandar raya New York kelmarin menyatakan ia akan membayar sebanyak AS$6.4 juta (RM21.16 juta) kepada seorang lelaki, David Ranta yang dipenjarakan selama 23 tahun kerana kesalahan yang tidak dilakukannya.
Ranta dibebaskan pada tahun lalu selepas dia dipenjarakan pada tahun 1990 kerana membunuh seorang pemimpin agama Yahudi, Rabbi Chaskel Werzberger.
Werzberger mati ditembak dalam satu kejadian rompakan di sebuah kedai barangan kemas.
Dalam perbicaraan Ranta, beberapa saksi dipercayai ditekan oleh Detektif Louis Scarcella ketika memberikan keterangan yang menyebabkan Ranta menerima hukuman penjara berhubung kejadian itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2u07q2c6c 
Hakcipta terpelihara 

Tali pancing tersangkut pada badan ikan paus



GAMBAR menunjukkan tali pancing tersangkut pada badan seekor ikan paus yang terletak 64.37 kilometer dari pantai Jacksonville.


SAVANNAH, Georgia - Beberapa pakar hidupan liar memotong tali pancing sepanjang lebih 85 meter yang terperangkap pada badan seekor ikan paus di luar pantai Georgia, kata para pegawai kelmarin.
Menurut beberapa pegawai Jabatan Sumber Asli Georgia, Amerika Syarikat (AS), tali tersebut juga tersangkut pada mulut ikan berkenaan.
Ikan paus jantan yang menarik tali pancing tersebut adalah berusia empat tahun.
Haiwan itu ditemui oleh seorang kru yang melakukan kajian untuk Tentera Laut AS dekat Jacksonville. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2u07GLs8w 
Hakcipta terpelihara