Pages

Saturday, December 18, 2010

10 Golongan Mendapat Hidayah Disebut Dalam Al-Quran

by: peribadirasulullah

http://www.moveed.com/data/media/7/Picture0_11.jpg
1-Satu kewajipan pada Allah SWT yang perlu disempurnakan. Surah Al-Lail, ayat : 12.
92:12
“Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah).”
2-Hidayah terdapat dimana-mana dan dapat menyelamatkan manusia. Surah Taha, ayat 10 dan 20.
20:10
Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: “Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.
20:20
Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.
3-Hidayah tidak akan diberi kepada kaum yang telah disesatkan. Surah An-Nahl, ayat : 37.
16:37
Jika engkau (wahai Muhammad) terlalu tamak (inginkan mereka beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang berhak disesatkanNya; dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.
4-Hidayah daripada Allah SWT adalah amat benar. Surah Al-Baqarah, ayat : 120 dan Surah Ali Imran, ayat : 73.
2:120
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
3:73
Dan (mereka berkata lagi): “Janganlah kamu percaya melainkan kepada orang-orang yang mengikut ugama kamu”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah”. (Mereka berkata pula: “Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya.
5-Hidayah akan membawa ke Jalan Yang Lurus. Surah Al-Anam, ayat :87 dan 88.
6:87
Dan (Kami juga lebihkan darjat) sebahagian daripada datuk nenek mereka, dan keturunan mereka, dan mereka, dan keturunan mereka, dan saudara-saudara mereka; dan Kami telah pilih mereka, serta Kami tunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
6:88
Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).
6-Hidayah daripada Allah SWT memerlukan penjelasan daripada Allah SWT. Surah An-Nisa’, ayat : 115.
4:115
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
7-Hidayah akan mudah diterima jika tidak ada perkara yang menghalang. Surah Al-Kahfi, ayat : 57.
18:57
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.
8-Orang yang mendapat hidayah akan bertambah ketaqwaan atau perasaan takut kepada Allah SWT. Surah  Muhammad, ayat : 17.
47:17
Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.
9-Hidayah tidak akan diberikan kepada mereka yang memiliki sifat zalim. Surah  Al-Qasas, ayat : 50.

28:50
Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka; dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya).
10-Tidak semua manusia yang akan mendapat Hidayah daripada Allah SWT, hanya mereka yang dipilih oleh Allah SWT sahaja yang akan mendapat hidayah daripada Allah SWT. Surah Al-An’am, ayat : 35.
6:35
Dan jika perbuatan mereka berpaling (daripada menerima apa yang engkau bawa wahai Muhammad) terasa amat berat kepadamu; maka sekiranya engkau sanggup mencari satu lubang di bumi (untuk menembusi ke bawahnya) atau satu tangga untuk naik ke langit, supaya engkau dapat bawakan mukjizat kepada mereka, (cubalah lakukan jika engkau sanggup). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah ia himpunkan mereka atas hidayah petunjuk. (Tetapi Allah tidak menghendakinya), oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang jahil.

Membentuk Kecerdasan Daripada Al-Quran.    m/s : 121.

Ajaran tak pernah diiktiraf di Malaysia





2010/12/18

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia dinasihatkan supaya tidak keliru dengan ajaran Syiah yang cuba dibawa dan dihidupkan di negara ini kerana kerajaan hanya mengiktiraf ajaran Islam yang berasaskan kepada ajaran Sunnah Wal Jamaah mengikut mazhab Shafie sebagai ikutan.

Tokoh agama yang juga bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Dr Hassan Din al-Hafiz, berkata Syiah tidak pernah diiktiraf di Malaysia kerana banyak ajarannya bertentangan dengan ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah malah yang lebih membimbangkan ada dari kalangan mazhab Syiah yang memang terkeluar dari ajaran Islam.
“Itulah sebabnya ajaran Syiah tidak diiktiraf kerana ia memberikan implikasi yang besar terhadap pemahaman akidah umat Islam kerana ajarannya yang tidak selari dengan ajaran dibawa Rasulullah SAW.
“Lebih membimbangkan adalah perkahwinan di antara umat Islam yang berpegang kepada ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengikut Syiah yang boleh mengakibatkan perkahwinan tidak sah dan anak yang lahir daripada perkahwinan terbabit boleh dikategorikan sebagai anak zina atau anak tidak sah taraf,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar kelmarin mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap kira-kira 200 pengikut ajaran sesat dikenali Hauzah Ar Ridha dipercayai ajaran Syiah yang mengamalkan 23 penyelewengan termasuk memukul badan dengan rantai besi sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa di Taman Seri Gombak.

Hassan berkata, banyak ajaran Syiah yang terang-terangan menyimpang dan bertentangan dengan ajaran Islam termasuk memukul badan dengan menggunakan rantai pada 10 Muharam sebagai tanda menyucikan dosa, menziarahi kubur Saidina Hussein (cucu Rasulullah) sebagai ganjaran ke syurga serta menghina isteri Nabi Muhammad SAW.

Taib Mahmud nikah wanita Lubnan?





2010/12/18

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dikatakan telah mengahwini seorang wanita Lubnan berusia lingkungan 30-an. 

Beliau dilapor akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan selepas majlis akad nikah yang disempurnakan Mufti Sarawak, Kipli Yassin, secara tertutup di sini hari ini.
"Kita kena tunggu. Biar Ketua Menteri buat pengumuman rasmi," kata Setiausaha Akhbarnya, Amin Sahmat, ketika dihubungi BERNAMA.
Khabar angin mengenai status perkahwinan Taib tersebar luas setelah isteri beliau, Puan Sri Laila Taib, yang berketurunan Poland, meninggal dunia akibat barah April tahun lalu selepas 50 tahun mendirikan rumah tangga. 

Pasangan itu dikurniakan empat anak dan 15 cucu. - BERNAMA

5 lagi web bocor rahsia diwujud





2010/12/18

ASSANGE menunjukkan kertas mahkamah mengizinkannya dibebaskan atas ikat jamin di Mahkamah Tinggi, London.
ASSANGE menunjukkan kertas mahkamah mengizinkannya dibebaskan atas ikat jamin di Mahkamah Tinggi, London.


OpenLeaks, Brussels Leaks, TradeLeaks, Balkan Leaks, IndoLeaks beroperasi

LONDON: Web pembocor maklumat, WikiLeaks, kini menjadi inspirasi kepada orang lain untuk turut mewujudkan portal yang menjalankan fungsi sama seperti Julian Assange.

Amerika Syarikat dan pihak berkuasa lain sudah bertindak bagi menghukum WikiLeaks dan Assange atas penyiaran beribu-ribu kabel diplomatik yang memalukan Washington kerana mencetuskan pelbagai perbahasan mengenainya di seluruh dunia.
Assange yang mengasaskan WikiLeaks pada 2006 baru dibebaskan daripada tahanan di London selepas dibenarkan ikat jamin berhubung kes pencabulan wanita di Sweden.
Ketika diwawancara majalah Forbes, beliau berkata: “Memang benar, bukan mudah untuk melakukannya tetapi kami akan rasa dibantu jika lebih ramai orang terbabit dalam industri ini.”

Hasilnya, sejak beberapa minggu lalu, lima lagi web berteraskan misi membocor maklumat wujud iaitu OpenLeaks, Brussel Leaks, TradeLeaks, Balkan Leaks dan IndoLeaks.

OpenLeaks diwujudkan oleh bekas pembantu Assange, Daniel Domscheit-Berg. Web itu masih belum ada apa-apa kandungan kecuali logo berbunyi ‘Coming Soon.’
Domscheit-Berg enggan membincangkan sebab membuka portal baru tetapi menuduh WikiLeaks keluar daripada misi asal.
Domscheit-Berg berkata, OpenLeaks sudah ada di Twitter dan memulakan tugas awal 2011.

Brussels Leaks pula sudah ada laman web dan Twitter bertujuan mendedahkan perkara tersembunyi dalam sistem Kesatuan Eropah (EU).

“Ianya bertujuan mendedahkan maklumat penting kepada umum. Itulah sebabnya kami akan ‘senyap’ untuk beberapa minggu,” kata laman web itu.

Web TradeLeaks sudah ditonton 60,000 kali beberapa jam selepas dilancarkan bertujuan membocorkan maklumat perniagaan. Ia diasaskan oleh Ruslan Kogan, pemilik perniagaan elektronik Australia, Kogan Technologies.

Balkan Leaks pula dibentuk oleh Atanas Chobanov, seorang ekspatriat Bulgaria di Paris, bertujuan mempromosi ketelusan dan memerangi rasuah di rantau Balkan.

Pengguna boleh menghantar dokumen ke laman itu menerusi sistem rahsia yang hanya disiarkan kepada umum selepas disahkan. Moto organisasi itu ialah ‘Rantau Balkan tiada lagi rahsia.’

Laman IndoLeaks sudah menyiarkan laporan bedah siasat tragedi negara pada 1965 yang dianggap dokumen kontroversi, lapor akhbar Jakarta Post.

Ia juga menyiarkan dokumen sensitif mengenai perbincangan Timor Leste pada 1975 antara bekas Presiden Indonesia, dengan bekas Presiden Amerika, Gerald Ford. – Agensi

Tuntut fasakh selepas tahu suami Syiah



Oleh Rashidi Karim

2010/12/18

SHABARIAH menunjukkan sijil perkahwinannya di rumahnya di Kampung Alor Ara, Arau, semalam.
SHABARIAH menunjukkan sijil perkahwinannya di rumahnya di Kampung Alor Ara, Arau, semalam.


KANGAR: Demi menjaga akidah, seorang isteri yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi di Kampung Alor Ara, Arau, dekat sini, bertindak menuntut fasakh selepas menyedari suaminya seorang penganut Syiah tegar bagi mengelak diri dan dua anak lelakinya terus terpesong daripada ajaran Islam.

Untuk berita lanjut dapatkan naskhah Berita Harian hari ini.

Wanita koma ditikam 19 kali, disimbah asid



Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Ahmad Othman

2010/12/18

NURAIN ASHIKIN yang menjadi mangsa   tikaman 19 kali dan melecur disimbah asid.
NURAIN ASHIKIN yang menjadi mangsa tikaman 19 kali dan melecur disimbah asid.


Bayi dalam kandungan maut

ULU TIRAM: Seorang wanita yang mengandung enam bulan koma manakala bayi dalam kandungannya meninggal dunia selepas dia ditikam bertubi-tubi serta disimbah cuka getah dalam kejadian di rumahnya di Kampung Sungai Redan, di sini pagi kelmarin.

Mangsa kini dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Intensif Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru berikutan cedera di bahagian perut, selain melecur di muka, belakang badan, tangan dan kaki.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, mangsa, Nurain Ashikin Jemedi, 17, didatangi seorang lelaki berusia 42 tahun yang kemudian secara tiba-tiba menikam mangsa sebelum menyimbah cuka getah ke seluruh badan mangsa.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa berada bersama adik perempuannya berusia 13 tahun dan anak saudaranya berusia 2 tahun, manakala ibunya keluar menoreh getah di kawasan berhampiran rumah mereka.

Suspek dikatakan menyerbu masuk rumah mangsa sebelum menendang pintu biliknya dan menyerang mangsa dengan menikamnya sebanyak 19 kali.

Mangsa cuba melarikan diri ke bilik air, namun suspek mengejar mangsa serta menyimbahnya dengan cuka getah menyebabkan mangsa terjatuh dan pengsan.

Adik mangsa yang berada di tempat kejadian menelefon kakak mereka bagi memaklumkan kejadian itu yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Ulu Tiram. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, ketika mengesahkan kejadian berkata, suspek ditahan selepas menyerah diri sejurus kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca akibat cemburu selepas mangsa yang mengenali suspek sejak berusia 12 tahun, dikatakan keluar bersama lelaki lain.

“Anak dalam kandungan mangsa meninggal dunia akibat terkena tikaman suspek, malah mangsa juga kini koma dan hampir seluruh badannya termasuk bahagian muka melecur akibat disimbah asid.

“Suspek kini direman sehingga 21 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307/326 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, kakak mangsa, Zuraidah Jemedi, berkata dia dan keluarganya tidak menyangka kejadian itu boleh menimpa adiknya.

“Kami dan tidak menyangka suspek boleh berkelakuan sebegitu. Suspek memang baik dengan keluarga kami, malah dia turut ada hati dengan Ain,” katanya.

10 Ciri-Ciri Hidayah Dalam Al-Quran





http://www.moveed.com/data/media/7/Picture0_11.jpg
1-Satu kewajipan pada Allah SWT yang perlu disempurnakan. Surah Al-Lail, ayat : 12.
2-Hidayah terdapat dimana-mana dan dapat menyelamatkan manusia. Surah Taha, ayat 10 dan 20.
3-Hidayah tidak akan diberi kepada kaum yang telah disesatkan. Surah An-Nahl, ayat : 37.
4-Hidayah daripada Allah SWT adalah amat benar. Surah Al-Baqarah, ayat : 120 dan Surah Ali Imran, ayat : 73.
5-Hidayah akan membawa ke Jalan Yang Lurus. Surah Al-Anam, ayat :87 dan 88.
6-Hidayah daripada Allah SWT memerlukan penjelasan daripada Allah SWT. Surah An-Nisa', ayat : 115.
7-Hidayah akan mudah diterima jika tidak ada perkara yang menghalang. Surah Al-Kahfi, ayat : 57.
8-Orang yang mendapat hidayah akan bertambah ketaqwaan atau perasaan takut kepada Allah SWT. Surah  Muhammad, ayat : 17.
9-Hidayah tidak akan diberikan kepada mereka yang memiliki sifat zalim. Surah  Al-Qasas, ayat : 50.
10-Tidak semua manusia yang akan mendapat Hidayah daripada Allah SWT, hanya mereka yang dipilih oleh Allah SWT sahaja yang akan mendapat hidayah daripada Allah SWT. Surah Al-An'am, ayat : 35.
Membentuk Kecerdasan Daripada Al-Quran.    m/s : 121.

Api bakar rambut model




RAMBUT seorang model terbakar semasa dia berada di dalam tab mandi di bilik sebuah hotel di Los Angeles pada Selasa lalu.


LOS ANGELES - Rambut seorang model wanita yang berada di dalam tab mandi terbakar semasa parti penyanyi rap, Diddy-Dirty Money diadakan di sebuah bilik hotel di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada api lilin yang terletak di belakang model berkenaan.
Pada mulanya, model itu tidak menyedari rambutnya itu terbakar semasa penyanyi tersebut berbual secara langsung dalam program mempromosikan album terbarunya pada Selasa lalu.
Namun, apabila api tersebut semakin membesar dan bahang panas terasa, beberapa orang di sekeliling model itu mula melarikan diri termasuk penyanyi berkenaan.
Model itu kemudian bertindak pantas dengan merendamkan rambutnya ke dalam air yang terdapat dalam tab mandi menyebabkan ia padam.
Amazing things happen when you say Yes

Penyanyi itu kemudian menenangkan para pengunjung dengan menyatakan bahawa insiden tersebut berada dalam kawalan.
Aksi model itu boleh dilihat di laman YouTube di Internet. - Agensi

Motosikal unik dijual RM172,452




SEORANG lelaki menunggang motosikal unik keluaran syarikat Parker Brothers Choppers di Florida.


MIAMI - Sebuah motosikal yang digerakkan program komputer seperti dalam filem sains fiksyen, Tron: Legacy kini direalisasikan ke dunia nyata oleh pembuat motosikal, Parker Brothers Choppers yang beribu pejabat di Florida, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Motosikal yang dikenali sebagai Light Cycle itu sepanjang 2.43 meter, lebar 58.4 sentimeter dan seberat 215 kilogram. Ia boleh digunakan di atas jalan raya biasa dan mampu mencecah kelajuan sehingga 193 kilometer sejam.
Amazing things happen when you say Yes

Syarikat Parker Brothers Choppers menyatakan pihaknya hanya menghasilkan lima buah Light Cycleyang ditawarkan pada harga AS$55,000 (RM172,452) seunit.
Pengurus Operasinya, Jeff Halverson memberitahu ia menggunakan enjin TL1000R.
"Empat unit sudah dijual dan hanya sebuah lagi yang tinggal," kata Halverson.
Terdapat sambungan komputer tablet iPad yang membolehkan statistik tunggangan dimuat turun daripada komputer yang ada pada motosikal itu.
Gambar motosikal itu boleh dilihat di laman web YouTube.
Populariti motosikal itu di laman tersebut telah menarik perhatian syarikat perfileman Disney dan penerbit filem Tron: Legacy yang mahu menggunakan Light Cycle dalam acara promosi filem berkenaan. - Agensi

Jolie-Pitt kahwin tahun depan




ANGELINA JOLIE dan Brat Pitt tiba untuk menghadiri majlis tayangan perdana filem The Tourist di Palacio de Deportes di Madrid, Sepanyol kelmarin.


MADRID - Pasangan kekasih, Angelina Jolie dan Brad Pitt akan berkahwin pada Hari Kekasih tahun depan di sebuah pusat pemulihan terpencil di Jodhpur, India, lapor akhbar Hindustani Times semalam.
Pasangan itu dikatakan sudah membuat persiapan untuk melangsungkan perkahwinan dengan mengikut budaya Hindu.
Pitt, 46, dan Jolie, 35, yang masih belum berkahwin kini mempunyai tiga anak sendiri dan tiga anak angkat.
Kedua-dua mereka merupakan pengikut seorang pemimpin kerohanian Hindu, Siddh Guru Ramlal Siyag.
Pasangan itu juga mempelajari yoga sejak beberapa tahun lalu. - Agensi

AS bakal ada presiden gay



JIMMY CARTER


WASHINGTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-39, Jimmy Carter percaya bahawa negara itu bakal mempunyai seorang presiden homoseks pada masa hadapan, lapor sebuah akhbar semalam.
Beliau dalam sebuah wawancara bersama laman web Big Thinkmemberitahu bahawa seluruh penduduk AS kini bersedia untuk memilih seorang presiden gay.
"Saya tidak pasti mengenai pilihan raya yang akan datang (pengundi memilih seorang presiden gay)," katanya.
"Namun, saya fikir dalam waktu terdekat kerana kita mula menyedari bahawa homoseksual adalah sama seperti berdepan dengan hal berkaitan kaum," tambahnya.
Menurutnya, penduduk negara ini sudah menyesuaikan diri untuk menerima seorang presiden yang mungkin wanita.
Beliau berkata, apa yang jelas, penduduk AS kini sudah menerima seorang presiden berkulit hitam dan mungkin seorang gay pada masa depan. Carter telah menjadi presiden dari tahun 1977 hingga 1981.
Barack Obama merupakan Presiden AS kulit hitam yang pertama di AS dan negara itu turut mempunyai seorang presiden yang berstatus bujang iaitu James Buchanan yang memerintah dari 1857 hingga 1861. - Agensi

Gadis 24 tahun menang Ratu Cantik Universiti di Korea Selatan



KATIE FARR


LEEDS - Seorang gadis berumur 24 tahun, Katie Farr dipilih untuk memenangi Ratu Cantik Universiti peringkat dunia di Korea Selatan baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam. Dia dipilih barisan hakim yang kagum dengan kecerdasan selain wajahnya yang cantik.
Katie dari sini menewaskan 40 lagi saingannya.
Gadis itu memiliki tahap kecerdasan (IQ) sebanyak 140 dan dia merupakan rakyat Britain yang pertama memenangi gelaran tersebut sejak ia diperkenalkan pada 1986.
Semua peserta merupakan pelajar atau bekas pelajar universiti dan berani menunjukkan kemahiran berdebat, kerja-kerja kebajikan dan bakat individu.
Tidak ada kategori pakaian renang namun Katie mampu memikat hakim dengan menunjukkan kemahiran tendangan dalam perlawanan tinju.
Dia menjadi model sebelum memperoleh ijazah sains politik dari University of Leeds.
Pada tahun lalu, dia memenangi gelaran Ratu Cantik Leeds. Para peserta perlu mengetahui cara untuk membuat kuih tradisional, memberikan bantuan makanan untuk golongan tidak berumah dan menyampaikan guni arang kepada penduduk miskin Korea.
Menurut Katie: "Keputusan itu tidak hanya bergantung kepada pertandingan akhir. Terdapat sekumpulan orang yang mengikuti kami dan melihat kami selama dua minggu. Berdasarkan pandangan saya, pemenang pertandingan itu merupakan yang paling bijak dalam pertandingan ratu cantik."
Pertandingan itu sebenarnya dianjurkan oleh persatuan pelajar dari beberapa buah universiti di dunia.
Tujuan ia diadakan adalah untuk mempromosikan keamanan. Pemenang sebelum ini terlibat dalam aktiviti keamanan di negara-negara seperti Kosovo dan Rwanda yang pernah dilanda peperangan. - Agensi

Meniti saat bahagia



SANAK saudara meraikan hari bahagia pasangan SM Nasaruddin dan isterinya, yang selamat diijabkabulkan di Kuala Lumpur malam kelmarin.


KUALA LUMPUR – Perkahwinan pengacara popular, Marion Rose Caunter Abdullah, 30, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia, SM Nasaruddin Tan Sri SM Nasimuddin, 27, berjalan lancar apabila pasangan berkenaan diraikan dalam satu majlis yang meriah malam tadi.
Majlis gilang-gemilang yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental di sini dihadiri kira-kira 800 tetamu yang terdiri daripada saudara terdekat dan rakan-rakan kedua-kedua belah pihak.
Kelmarin pasangan tersebut selamat diijabkabulkan dalam satu upacara akad nikah yang diadakan di sini.
Marion adalah hos untuk program E! News Asia bersama Dominic Lau yang juga selebriti dari Hong Kong bermula Mac lalu.
Dominic juga turut diundang khas untuk mengacarakan majlis tersebut.
“Kepada semua tetamu, terima kasih kerana dapat meluangkan masa untuk hadir pada majlis malam ini.
“Ternyata tahun ini sungguh bermakna kepada saya, bukan sahaja dalam perniagaan tetapi juga kehidupan peribadi yang akan saya lalui selepas bergelar suami,” ujar SM Nasaruddin ketika berucap kepada tetamu.