Pages

Tuesday, October 14, 2014

Cakera bibir terbesar dunia


Cakera bibir terbesar duniaKETIKA sekumpulan kru filem dari Australia diketuai sinematografer Abrahem Joffe membuat penggambaran di sebuah kawasan terpencil selatan Ethiopia, mereka menemui seorang gadis yang mempunyai cakera bibir terbesar di dunia.

“Ketika kami sedang membuat lawatan bersama beberapa pemandu tempatan, kami menemui gadis yang sangat aneh. Saya adalah seorang peminat Rekod Dunia Guinness dan saya tahu apa yang dilihat adalah sesuatu yang luar biasa,”katanya kepada Mail Online .

Ataye Eligidagne, 20, memiliki cakera bibir dengan ukur lilit 60 sentimeter (cm) dan diameter 20 cm, iaitu dua kali lebih besar daripada saiz purata cakera bibir. Ukuran tersebut sekali gus mengalahkan Rekod Dunia Guinness sebelum ini dengan diameter 15 cm.

Difahamkan, baru-baru ini kerajaan Ethiopia mengambil langkah untuk mengharamkan penggunaan cakera dan kekerapan generasi muda yang menggunakan cakera tersebut juga semakin berkurangan. 

Trek atas bumbung


Trek atas bumbungSEBUAH sekolah rendah di Tintai di wilayah Zhejiang, China terpaksa membina trek olahraga di atas bumbung kerana kekurangan tanah di sekitar sekolah itu.

Guru Besar sekolah tersebut, Qiu Tianguo berkata, pembinaan trek 200 meter itu adalah untuk memenuhi keperluan 1,600 pelajar untuk subjek pendidikan jasmani lapor Daily Mail.

Bagi memastikan keselamatan pelajar, ia dibina dengan tiga lapisan pelindung di mana lapisan paling luar adalah dinding kaca setinggi 1.8 meter, dan bahagian paling dalam berdekatan trek setinggi 1.2 meter.

Selain itu, terdapat juga beberapa kamera pengawasan bagi memantau aktiviti pelajar.

Menurut ketua arkitek Ruan Hao, keadaan atas tanah yang terhad tidak memberi ruang cukup kepada pelajar untuk membuat latihan di luar kelas. Justeru pihaknya memilih untuk mencuba konsep baharu iaitu taman permainan dan trek tidak semestinya berada di atas tanah.

Reka bentuk berkenaan telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia setelah mewakili China ke Pameran Senibina Vanice ke-14 tahun ini.

Pelancongan angkasa lepas


Pelancongan angkasa lepasINDUSTRI pelancongan kini melangkah setapak lagi dengan menawarkan percutian ke angkasa lepas selepas angkasawan Rusia, Yuri Gagari menjadi manusia pertama menyertai penerbangan bersejarah yang menjadi lambang kemajuan sains dan teknologi pada 1961.

Sejajar dengan usaha itu, firma swasta kini berlumba-lumba menyediakan perkhidmatan terbaik kepada mana-mana individu berkemampuan yang mahu merasai pengalaman melancong ke angkasa lepas dengan menaiki pesawat komersial yang berkelajuan seperti roket.

Mereka akan dibawa menaiki pesawat suborbital sehingga berada pada ketinggian kira-kira 100 kilometer (Garisan Karman) sebelum kembali ke bumi.

Ia turut memberi peluang kepada pelancong merasai keajaiban angkasa lepas termasuk pengalaman graviti kosong dalam tempoh beberapa minit.

Pakej pelancongan yang bernilai jutaan ringgit pula memberi peluang kepada individu untuk terbang lebih tinggi ke orbit rendah bumi dan berkunjung ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Perkembangan rancak industri pelancongan angkasa tersebut dilihat bakal memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat kerana kos percutian terbabit dikatakan akan menjadi lebih murah berbanding sebelum ini.

Wanita bawa beruang kutub di tengah bandar Tokyo



RAKAMAN video ini menunjukkan seorang wanita berjalan bersama seekor beruang kutub di sebatang jalan di Tokyo, Jepun baru-baru ini.


TOKYO – Satu klip video yang memaparkan seorang wanita bersama seekor beruang kutub berjalan dan melintas sebatang jalan yang sibuk di bandar ini mencetuskan persoalan kepada orang ramai di Jepun.
Video berkenaan yang dimuat naik di laman sosial Facebook baru-baru ini mencetuskan perdebatan sama ada haiwan ganas berkenaan adalah benar atau palsu serta tujuan video berkenaan dimuat naik.
Beberapa pengguna laman sosial berpendapatan haiwan itu bukan beruang kutub sebenar kerana kelihatan jinak dan tidak menghiraukan orang ramai yang berdekatan.
Banyak pengguna percaya video berkenaan merupakan satu promosi untuk satu persembahan oleh satu kumpulan dari Rusia yang dikenali sebagai Lalsh.
“Mustahil haiwan itu adalah beruang kutub sebenar kerana kelihatan jinak dan tidak berinteraksi dengan orang ramai di sekelilingnya,” kata seorang pengguna Facebook. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3G4ZhmaL8 
Hakcipta terpelihara