by salafytobat
Wahhabi = Hizbusy Syaithan !!
Al-’Alim al-’Allaamah al-’Arif billah asy-Syaikh Ahmad ash-Showi al-Maliki, pengarang “Hasyiah ash-Showi ‘alal Jalaalain” yang wafat tahun 1241H / 1825 adalah antara ulama besar yang menolak ajaran dan pegangan puak Wahhabi yang ekstrem. Puak Wahhabi terkenal dengan sikap “mau menang sendiri”, sehingga sanggup mengkafirkan atau mensyirikkan atau mensesatkan orang-orang yang berbeda pendapat dengan mereka, persis sifat dan kelakuan golongan Khawarij. Mereka sanggup melancarkan peperangan ke atas saudara seagama sehingga menumpahkan darah sesama umat seperti yang berlaku di Hejaz sewaktu mereka menyerang Tanah Suci atas nama ishlah dan pemurnian tawhid. Namun puak Wahhabi akan bertamengkan “ini isu khilafiyyah” untuk menyelamatkan diri mereka apabila kematian hujjah, sedangkan merekalah yang mula menimbulkan serta menggunakan isu-isu khilafiyyah tersebut untuk menghentam orang lain. Lihat sahajalah gelagat puak-puak ini di Inderapura oppss silap Indera Kayangan esp. zaman mantan MBnya dulu (harap-harap MB baru ni tak begitu). Kalau dah tau khilaf, hang pa dok hingaq, dok bising, dok heboh, buat apa. Bising-bising kan dah melepas jadi MB. Maka beringatlah wahai Sunniyyun, jangan terperangkap dengan permainan dan strategi puak Wahhabi ni.
Berbalik kepada Imam ash-Showi, beliau ini telah menulis dalam karyanya tersebut bahawa puak Wahhabi adalah hizbusy syaithan. Syadid sungguh pandangan Imam ash-Showi ini, namun mungkin ada kebenarannya, jika kita lihat tindakan dan perlakuan mereka terhadap sesama umat. Kalu dok pikiaq, inilah juga sebabnya umat Islam mundur dan hina di dunia sekarang, sebab pusatnya telah ditawan oleh puak Wahhabi. Wahhabi dok habaq kat kita yang depa mai nak ishlahkan masyarakat, nak memurnikan agama, ishlah mende !!!!, murni mende ni !!!!!!. Dulu Khilafah Utsmaniah, ada empayar besar, barat pun gerun. Ni bila ishlah versi Nejd mari, mana semua tu pergi? Mana kebangkitan umat? Kalau betullah yang meke-meke ini dah berjaya membetulkan dan mengishlahkan umat Islam, maka sepatutnyalah meke dah boleh buat empayar yang lebih besar, lebih baik, lebih adil daripada khilafah yang deme ada saham menjatuhkannya. Ini tidak, negeri deme pun orang kapiaq yang dok jaga dan dapat hasilnya. Tapi apa yang meke buat????? Kafirkan orang Islam, sesatkan orang Islam, bunuh orang Islam, runtuhkan kubur, hapuskan peninggalan sejarah Islam dan dan dan sebagainya. Kome lihat sajelah fatwa ulama deme – tabligh sesat, ikhwan sesat, hamas sesat, qardhawi sesat, itu sesat, ini sesat, abih yang betul tu siapa???? Deme sorang saje keeee???
Mari kita telaah kitab Imam ash-Showi tersebut, tapi hang pa kenalah pi cari kitabnya yang terdahulu cetaknya, seperti cetakan Dar Ihya’ al-Kutub al-’Arabiyyah / Isa al-Halabi di Kaherah sekitar tahun 1930an atau Maktabah al-Masyhad al-Husaini di Kaherah sekitar tahun 1939 atau cetakan Dar Ihya at-Turats al-’Arabi sekitar tahun 1970 di Beirut. Apa yang sodihnya, kebanyakan yang ada di pasaran sekarang adalah cetakan baru oleh Dar al-Fikr Beirut yang telah mengalami perubahan di mana rujukan kepada Wahhabi telah dipadamkan, berkat pertodolar puak tersebut. Ini ambo nukil cetakan Dar Ihya’ al-Kutub al-’Arabiyyah juzuk 3, halaman 255, di manarahimahUllah menyatakan, antara lain:-
… Dikatakan juga bahawa ayat ini diturunkan berkenaan puak Khawarij yang memesong/mengubah tafsiran/takwilan al-Quran dan as-Sunnah, untuk menghalalkan darah orang-orang Islam dan harta benda mereka (yakni antara pemesongannya adalah seperti ayat-ayat yang ditujukan kepada orang kafir dan musyrik, mereka alih kepada orang Islam dengan tujuan untuk mengkafirkan dan memusyrikkan sesama umat), sebagaimana yang dapat disaksikan sekarang kelompok yang mempunyai pendapat-pendapat seperti mereka, iaitu satu firqah di Hejaz yang dipanggil sebagai al-Wahhabiyyah di mana mereka mengira bahawa mereka adalah atas kebenaran. Ketahuilah bahawasanya mereka adalah pendusta yang dikuasai oleh syaithan sehingga mereka lupa untuk mengingati Allah. Merekalah hizbusy syaithan, ketahuilah bahawa hizbusy syaithan adalah golongan yang rugi. Kita memohon kepada Allah al-Karim agar memutuskan tipu daya mereka.
Allahu … Allah, ni kalu Wahhabi nak marah, marahlah kat Imam ash-Showi. Hang pa cariklah kubuqnya kat mana, pas tu hang pa ranapkanlah sama cam kekawan hang pa buat kat Jannatul Baqi’ dan Ma’ala.
Filed under: wahhaby/salafy = Hizbusy syaithon!