Laman web Oddity Central melaporkan, kedai roti Pan Pina di Algatocin memperkenalkan ‘roti serbuk emas’ yang berharga AS$150 (RM517) setiap 400 gram.
Pemilik bersama kedai itu, Juan Manuel Moreno berkata, idea membuat roti tersebut timbul selepas dia melihat penjualan ‘kopi paling mahal di dunia’ di sebuah kedai di rantau ini.
“Saya membuat keputusan untuk menabur serbuk emas yang boleh dimakan bernilai AS$100 (RM340). Namun, serbuk emas ini tidak membantu menyerlahkan rasa roti,’’ katanya.
Moreno, 41, berkata, serbuk emas itu hanya menjadi daya penarik roti berkenaan.
“Roti itu turut diperbuat daripada bahan organik dan sa­ngat sihat. Orang ramai percaya, sedikit serbuk emas yang ditambah kepada makanan bagus untuk penghadaman,’’ katanya.