Pages

Sunday, November 23, 2014

100 tahun tak pernah lihat laut

Nashville, Tennessee: Ruby Holt sudah hidup selama 100 tahun dan mengalami sendiri dua perang dunia, tetapi kerana kemiskinan, dia gagal mengecap keindahan yang lazim kepada orang lain.
Beberapa bulan menjelang sambutan ulang tahun kelahiran ke-101, Ruby akhirnya memberitahu ahli keluarganya bahawa dia tidak pernah melihat laut seumur hidup.
Sebuah pertubuhan amal, Wish of a Lifetime, kemudian bekerjasama dengan pusat penjagaan yang menguruskan Ruby untuk menghantar wanita terbabit ke Teluk Mexico.
Dengan segala perbelanjaan ditanggung, Ruby akhirnya dapat merasai sendiri air laut dengan tubuhnya.
Dia dibawa ke tepi pantai menggunakan kerusi roda khas.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 November 2014 @ 5:03 AM


RUBY berjalan dengan bantuan tongkat di tepi pantai di Orange Beach, Alabama.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11021#sthash.oqWph8Ns.dpuf

Kisah pulau ‘kapal perang’


Kisah pulau ‘kapal perang’
PULAU HASHIMA - JEPUN. Dari jauh kelihatan seperti kapal perang yang siap sedia melancarkan serangan, hakikatnya ia hanyalah salah sebuah dari 505 pulau tidak berpenghuni di Wilayah Nagasaki di Jepun.

Terletak 15 kilometer daripada Nagasaki, Pulau Hashima atau dikenali sebagai Gunkanjima dikatakan menyimpan sejarahnya yang tersendiri.

Ditemui pada tahun 1887, pulau yang didiami oleh 5,259 penduduk ini dibangunkan oleh syarikat Mitsubishi Corporation.

Pulau yang begitu kaya dengan sumber arang batu ini menjadi gemilang pada tahun  1959 dengan pembinaan bangunan serta kemudahan awam yang lengkap.

Oleh kerana ruang daratan yang begitu sempit, pemaju mengambil langkah membina bangunan tinggi untuk didiami pekerja arang batu yang bekerja di pulau tersebut.

Selain itu, kemudahan lain seperti pusat perubatan, bar, panggung wayang dan restoran turut dibina.

Ia menjadikan pulau tersebut sebagai petempatan yang mencatatkan jumlah penduduk paling padat di dunia dengan nisbah 835 orang dalam satu kilometer persegi.

Sebaik berakhirnya Perang Dunia Kedua, kemudahan di pulau tersebut ditambah baik dengan adanya kemudahan kabel, radio dan sebagainya.

Selain itu, penanaman taman-taman dan tanaman sayuran mula diwujudkan di atas bangunan-bangunan tinggi di pulau tersebut.

Namun pada  tahun 1974, penggunaan arang baru mengurang dengan wujudnya sumber tenaga utama dari minyak, menyebabkan lombong di Pulau Hashima ditutup dan penduduk akhirnya mula meninggalkan pulau tersebut.

 Kegemilangan pulau mewah ini surut perlahan-lahan. Pulau Hashima dibiar tanpa berpenghuni dan segala-galanya ditinggal sepi begitu sahaja.

Bangunan-bangunan tinggi di pulau tersebut mulai reput, buruk, runtuh dan rosak manakala tumbuh-tumbahan mulai menjalar liar.

Pulau tersebut masih menerima kunjungan daripada pelawat yang mahu menyaksikan sendiri tinggalan bangunan dan runtuhan di sana.

Sehingga kini tiada rancangan dibuat untuk membangunkan semula pulau tersebut.

Peserta Tunisia dinobat Ratu Cantik Muslimah


JAKARTA 22 Nov. – Peserta Tunisia, Fatma Ben Guefrache dinobatkan sebagai Ratu Cantik Muslimah pada edisi keempat pertandingan itu yang diadakan di Yogyakarta, malam semalam.
Fatma Ben Guefrache
Fatma, seorang pakar komputer, menewaskan 17 finalis lain sekali gus melayakkannya menerima hadiah seutas jam tangan emas, sekeping dinar emas dan pakej umrah ke Mekah.
Ketika diberi peluang berucap bagi menyatakan perasaannya menang dalam pertandingan itu, Fatma berharap, Palestin dan Syria dapat bebas daripada belenggu peperangan.
“Semoga Allah membantu saya dalam misi ini dan bebaskanlah Palestin. Tolonglah, tolonglah, bebaskan Palestin dan rakyat Syria,’’ kata wanita berusia 25 tahun itu sambil menangis.
Fatma dalam video promosi tentang dirinya di YouTube menyatakan bahawa dia gemar berzikir dan membaca al-Quran.
Dalam video itu juga, wanita tersebut memegang bendera Palestin bersama kapsyen gambar, ‘Katakan tidak kepada penjajahan!’.
Peserta Ratu Cantik Muslimah bukan sahaja dikehendaki memakai tudung dan diadili dari segi penampilan, malah kelancaran membaca al-Quran serta pandangan mereka tentang Islam di dunia moden turut diambil kira.
Pertandingan itu mula menarik perhatian global tahun lalu selepas pihak penganjur mengadakan acara berkenaan sebagai bantahan secara aman kepada pertandingan Ratu Cantik Dunia yang dilangsungkan di tempat dan masa yang sama di pulau peranginan di Bali. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/peserta-tunisia-dinobat-ratu-cantik-muslimah-1.27966#sthash.6HeP12qC.dpuf