Pages

Wednesday, August 1, 2012

Kisah Benar Muslimah Sejati| Jika ini sujud terakhirku


Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “

Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”
Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”
Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “

Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

Para Muslimin sekalian, yang mempunyai “hubungan halal” atau “hubungan bebas”, adakah kita bersedia untuk menghadapi hari akhirat? Esok?! Apa yang anda pilih? keseronokan dunia sementara ini atau kesenangan di akhirat?!

Semoga Allah membimbing kita semua untuk keredhaan-Nya dan memberikan kepada semua orang yang membaca kisah ini mendapat pengakhiran yang baik, amin.

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]
 

Taliban untung besar


Trak yang membawa bekalan NATO memasuki Afghanistan dari Pakistan di sempadan Torkham di timur Kabul. - Foto AP
Trak yang membawa bekalan NATO memasuki Afghanistan
dari Pakistan di sempadan Torkham di timur Kabul. - Foto AP

Raih berjuta-juta dolar apabila Pakistan buka semula laluan

Kandahar: Ketika Amerika Syarikat mencanangkan kejayaan memujuk Pakistan menamatkan sekatan bekalan selama tujuh bulan kepada tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan, Pejuang Taliban meraikan apa yang disifatkan sebagai kembalinya sumber kekayaan kepada mereka.
Kumpulan pemisah terbabit meraih berjuta-juta dolar daripada firma keselamatan Afghanistan yang membayar mereka secara haram untuk tidak menyerang trak bekalan dari Pakistan ke pangkalan tentera pakatan di seluruh Afghanistan, satu amalan yang cuba dihalang Amerika Syarikat tetapi diakui masih lagi berlaku.

Kami mampu untuk mendapat banyak wang, sebab itu bekalan NATO amat penting kepada kami”. - Komander Taliban
Jarang kena serang

Militan juga sering menyasarkan konvoi Pakistan tetapi kurang laporan mengenai syarikat membayar kepada pemisah terbabit, kemungkinan disebabkan laluan itu jarang menjadi sasaran serangan.

Seorang komander Taliban berkata keputusan Pakistan untuk menutup sempadannya kepada bekalan NATO November lalu berikutan serangan udara Amerika Syarikat yang membunuh 24 tentera Pakistan, mengurangkan aliran tunai kepada militan di selatan dan timur Afghanistan, iaitu laluan konvoi dari Pakistan.

Pakistan membuka laluan bekalan itu awal Julai selepas Amerika Syarikat memohon maaf.
“Menghentikan bekalan menyebabkan masalah besar kepada kami,” kata seorang komander Taliban yang mengetuai kira-kira 60 pemisah di timur Ghazni dalam satu temubual dengan Associated Press.

“Pendapatan berkurangan dengan teruk sekali. Sebab itu pemberontakan tidak sekuat yang kami rancangkan,” katanya.

Seorang lagi komander Taliban yang mengawal berpuluh pejuang di wilayah selatan Kandahar berkata wang dari syarikat keselamatan adalah sumber utama dana bagi pemberontakan yang digunakan untuk membayar pejuang dan membeli senjata, peluru serta bekalan lain.

Mampu dapat wang banyak

“Kami mampu untuk mendapat banyak wang,” kata komander berkenaan yang dihubungi melalui telefon.

“Sebab itu bekalan NATO amat penting kepada kami.”

Kedua-dua komander itu enggan mendedahkan nama mereka kerana bimbang menjadi sasaran NATO atau tentera Afghanistan malah tidak menyebut dengan tepat wang yang mereka peroleh dari konvoi berkenaan.

Tentera Amerika Syarikat tahun lalu menganggarkan sejumlah AS$360 juta dolar (RM1.121 bilion) cukai jatuh ke tangan Taliban, penjenayah atau orang tengah yang mempunyai hubungan dengan kedua-dua pihak.

Bawa makanan, minyak

Lebih separuh kerugian daripada AS$2.1 bilion (RM6.56 bilion) kontrak adalah untuk membawa makanan, air dan bekalan minyak kepada tentera Amerika Syarikat di seluruh Afghanistan. - AP

Bekalan elektrik terputus, 670 juta penduduk India bergelap




1 Ogos 2012
NEW DELHI - Separuh daripada penduduk India terpaksa bergelap hari ini apabila negara itu mengalami gangguan bekalan elektrik yang dianggap terbesar di dunia, mengakibatkan semua operasi terhenti dan mencetuskan suasana kelam-kabut dalam kalangan masyarakat.
Sekitar 670 juta penduduk di 19 negeri terjejas apabila tiga grid utama yang membekalkan kuasa elektrik ke negeri terbabit, mengalami gangguan.
Kejadian ini berlaku kurang daripada 24 jam selepas enam negeri di wilayah utara negara menghadapi masalah serupa.
Pada ketika ini, bekalan kuasa di sebahagian besar bandar raya ini dan sesetengah kawasan di timur laut telah pulih.
"Gangguan bekalan kuasa ini adalah antara yang terbesar dalam sejarah dunia, mengakibatkan separuh penduduk India tiada bekalan elektrik pada
sebahagian besar hari ini," kata Ketua Pengarah Konfederasi Industri India Chandrajit Benerjee.
"Insiden ini hanya menunjukkan kegagalan sektor utiliti di negara ini. Kejadian berulang kegagalan sistem grid membawa imej negatif kepada India,
sementelah ketika negara berdepan kemerosotan sentimen susulan keadaan ekonomi semasa dan perkembangan berkaitan," katanya dalam kenyataan.
Sekalipun begitu katanya kerugian yang dialami pihak industri tidak dapat menandingi kesukaran penduduk.
Katanya kejadian hari ini yang berlaku selepas insiden serupa semalam, menunjukkan betapa pentingnya isu jurang yang semakin luas antara penawaran dan permintaan bekalan elektrik ditangani.  
Media tempatan melaporkan kira-kira 200 pekerja terperangkap dalam empat lombong arang batu bawah tanah di Bengal Barat apabila lif tidak dapat
beroperasi. Operasi menyelamat sedang dijalankan. - Bernama

Di mana ikon keamanan dunia ketika kaum Islam minoriti ditindas?



FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN
31 Julai 2012
Kaum Rohingya melarikan diri ke Bangladesh menaiki bot akibat konflik di Myanmar. Gambar: AP
Kaum Rohingya melarikan diri ke Bangladesh menaiki bot akibat konflik di Myanmar. Gambar: AP
Seorang sami menunjukkan slogan anti-Rohingya pada tapak tangannya. - Gambar AP
Seorang sami menunjukkan slogan anti-Rohingya pada tapak tangannya. - Gambar AP
Presiden Myanmar, Thein Sein
Presiden Myanmar, Thein Sein
Aung San Suu Kyi ini
Aung San Suu Kyi ini
Dia dijulang sebagai wanita kental yang tidak pernah lelah memperjuang keadilan dan keamanan, sehingga terpaksa menghabiskan hampir 20 tahun hidupnya di bawah tahanan.

Bukan sahaja dunia Barat, pemimpin Islam seluruh dunia juga memandang tinggi kepada wanita bernama Aung San Suu Kyi ini.

Keazamannya dalam menentang penindasan kerajaan tentera Myanmar membuahkan hasil selepas dia akhirnya dibebaskan daripada tahanan rumah pada 2010 dan kini menjadi ketua pembangkang di Parlimen negara itu.

Tetapi apabila timbul isu keganasan terhadap etnik Rohingya, iaitu penduduk minoriti beragama Islam di Myanmar, kelantangan suara Suu Kyi hilang ditenggelami bunyi jeritan dan tangisan kaum itu yang diseksa dan dibunuh oleh etnik Rakhine beragama Buddha.

Keganasan yang kini telah berlarutan lebih lapan minggu di negeri Rakhine, berhampiran sempadan Bangladesh itu dipandang sepi oleh Suu Kyi.

Keengganan beliau untuk bersuara, menimbulkan banyak kritikan dan juga kekecewaan aktivis hak asasi manusia yang selama ini memuja wanita berumur 67 tahun itu.

Suu Kyi tidak mengkritik Presiden Myanmar, Thein Sein yang secara terang-terangan berkata 800,000 penduduk Rohingya itu ‘tidak diingini di Myanmar’ dan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membawa mereka keluar dari negara itu.

Mungkin ramai yang bagai tidak percaya dengan kenyataan Thein Sein sebagai seorang ketua negara, tetapi apa yang lebih membingungkan adalah pendirian Suu Kyi sendiri.

“Ini mengecewakan. Dia berada dalam kedudukan yang sukar, tetapi ramai orang kecewa dia tidak bercakap apa-apa mengenai isu ini,” menurut pengarah eksekutif Kempen Burma Britain, Anna Roberts.

Pengarah badan hak asasi manusia Human Rights Watch di rantau Asia, Brad Adams pula mempersoalkan adakah Suu Kyi turut berkongsi kebencian mendalam penganut Buddha di negara itu terhadap orang Islam Rohingya, iaitu kaum minoriti berkulit gelap yang berpindah dari Bengal ke Myanmar ratusan tahun lalu.

“Keganasan ini tercetus semasa Suu Kyi dalam rangka lawatan ke Eropah tetapi dia langsung tidak menyentuh mengenai hal ini.

“Ini menimbulkan syak wasangka terhadap pendirian sebenar beliau mengenai hal ini,” katanya.

Suu Kyi pernah ditanya mengenai isu Rohingya, tetapi hanya menjawab secara kabur bahawa Myanmar memerlukan undang-undang migrasi yang jelas.

Tetapi jawapannya itu hanya menunjukkan bahawa dia menganggap etnik Rohingya sebagai pendatang dan bukannya rakyat negara itu.

Minggu lalu, Suu Kyi dalam kenyataan di Parlimen negaranya menggesa undang-undang melindungi hak etnik minoriti diwujudkan, tetapi ia dipercayai merujuk kepada hak kumpulan-kumpulan etnik berbeza di Myanmar, dan bukannya mengenai penindasan yang berlaku terhadap etnik Rohingya.

Awal bulan ini, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menggesa Suu Kyi membantu menamatkan keganasan terhadap etnik Rohingya.

“Sebagai penerima Nobel Keamanan, kami yakin langkah pertama anda perlu lakukan untuk memastikan keamanan di seluruh dunia bermula dengan negara anda sendiri,” menurut Pengerusi OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu dalam suratnya kepada Suu Kyi.

Menurut penganalisis politik, keganasan kaum yang melanda Myanmar meletakkan Suu Kyi di bawah tekanan kerana perpecahan yang sedia wujud antara agama dan etnik di negara itu.

Dan Suu Kyi, sebagai ahli politik, tentu tidak mahu tersilap langkah hingga terpijak ‘periuk api’ yang akan memusnahkan karier politiknya yang baru hendak bercambah selepas puluhan tahun diletakkan di bawah tahanan rumah oleh kerajaan tentera Myanmar sebelum ini.

“Kami merayu kepada PBB, negara luar, kerajaan Myanmar dan paling utama sekali, kepada Suu Kyi (untuk bantu tamatkan keganasan),” kata Mohammad Islam, ketua pelarian Rohingya yang tinggal di kem pelarian bandar Teknaf, Bangladesh.

“Suu Kyi belum pernah mempertahan atau berbuat apa-apa untuk kami, tetapi kaum Rohingya, termasuk ibu bapa saya, berkempen untuknya semasa pilihan raya 1990,” tambah Mohammad.

Adakah Suu Kyi akan menyahut rayuan  Rohingya ini?

Ibu lahir anak kembar 12 dipaksa pilih 1 dan 11 yang lain akan dibunuh!


Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.
“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.
“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.” 

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”
Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!`-`Hmetro

Tentera Syria perhebat serangan di Aleppo

Tentera Syria perhebat serangan di Aleppo diperhebat:

Dua orang anggota Tentera Pembebasan Syria memerhati mayat seorang penyokong Presiden Bashar al-Assad yang terbunuh di daerah al-Sukkari, Aleppo kelmarin. - REUTERS
ALEPPO 31 Julai - Tentera Syria meningkatkan kempen untuk mengusir pemberontak dari Aleppo, manakala kumpulan pemberontak menyatakan mereka masih menguasai bandar ini dan bersedia menjadikan bandar terbesar di Syria itu sebagai 'kubur tentera kerajaan'.
Pemberontak turut menolak dakwaan bahawa tentera kerajaan berjaya merampas daerah Salaheddin di barat daya Aleepo.
Seorang wartawan Reuters mendengar helikopter tentera kerajaan melepaskan tembakan mesingan berat di timur Aleppo hari ini, buat pertama kali selepas beberapa hari.
Hospital dan klinik sementara di timur bandar ini yang dikuasai pemberontak, dipenuhi mangsa yang cedera sejak pertempuran bermula seminggu lalu.

'via Blog this'

Indonesia bangkit isu Rohingya

JAKARTA 31 Julai - Indonesia akan membangkitkan isu berhubung konflik agama dan etnik di Rakhine di barat Myanmar pada Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada pertengahan bulan depan di Mekah.
Menteri Luarnya, Marty Natalegawa berkata, Indonesia akan menzahirkan bantahannya terhadap sebarang bentuk keganasan ke atas penduduk Islam Rohingya.
‘‘Kita perlu mengutarakan bahawa Indonesia secara konsisten menolak diskriminasi terhadap agama, etnik atau apa jua alasan lain. Pendirian kami juga melibatkan serangan berterusan terhadap etnik Rohingya di Myanmar,’’ katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau berkata, Indonesia tidak akan berdiam diri melihat apa yang berlaku di barat Myanmar itu.
Dalam pada itu, Myanmar semalam menolak tuduhan pasukan keselamatan negara itu melakukan penindasan ketika berlaku konflik agama dan etnik di Rakhine, selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan kekerasan yang diambil terhadap penduduk Islam di negeri itu.
Menteri Luar Myannmar, Wunna Maung Lwin berkata, kerajaan mengambil tindakan ‘sangat terhad’ dalam usaha menamatkan keganasan di negeri Rakhine.
‘‘Myanmar dengan keras menolak tuduhan oleh beberapa pihak bahawa pihak berkuasa melakukan penderaan dan penindasan dalam menangani situasi tersebut,’’ katanya pada sidang media yang turut dihadiri utusan hak asasi manusia PBB, Tomas Ojea Quintana.
Maung Lwin berkata, Yangon menolak cubaan untuk mempolitikkan konflik itu sebagai isu agama.
Quintana berkata, beliau melawat Rakhine hari ini dan mendapati berpuluh ribu penduduk kehilangan tempat tinggal ekoran pertempuran antara penduduk Buddha dengan etnik Rohingya pada awal bulan lalu.
Lawatan itu diadakan beberapa hari selepas PBB memberi amaran bahawa masyarakat Islam di Rakhine, terutama etnik Rohingya menjadi sasaran pihak keselamatan negara itu. - AGENSI/AFP

Gangguan elektrik: 200 pelombong terperangkap

KOLKATA 1 Ogos - Seramai 200 pelombong terperangkap di dalam tiga lombong di Bengal Barat semalam, selepas India mengalami gangguan bekalan elektrik buat dua hari berturut-turut.
Pegawai Kanan Eastern Coalfields Limited, Nildari Roy berkata, pihaknya kini sedang menunggu bekalan elektrik pulih bagi mengeluarkan semua pelombong yang terperangkap menggunakan lif.
"Tiada sebarang laporan kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini," katanya. - REUTERS

Konflik Syria: 40 anggota polis maut

BEIRUT 1 Ogos - Seramai 40 anggota polis terbunuh selepas kumpulan pemberontak menyerang dua balai polis di Aleppo, semalam.
"Beratus-ratus pemberontak menyerbu dua balai polis di Salihin serta Bab al-Nayrab dan bertempur selama satu jam.
"Ketua Polis balai Salhin antara yang terkorban dalam serangan tersebut manakala tiga kenderaan polis turut musnah," kata Ketua Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman. - AFP

Laporan AS mengenai kebebasan beragama tak berasas: China

BEIJING: China semalam mengkritik Amerika Syarikat ekoran laporan tahunan mengenai kebebasan beragama di republik itu.
Menurut kenyataan dikeluarkan Xinhua itu, AS “meneruskan amalan campur tangan melulu dalam hal ehwal negara lain.” “Laporan tahunan itu kebanyakannya berdasarkan laporan media yang tidak disahkan serta dakwaan tidak berasas kumpulan haram serta pertubuhan bermotif tertentu.

“Ia tidak lebih daripada senjata politik kerajaan AS untuk meningkatkan tekanan ke atas negara lain, terutama yang dianggap sebagai pencabarnya,” katanya. Kelmarin, Jabatan Negara AS mengeluarkan laporan kebebasan beragama yang kian merosot di China, Afghanistan, Pakistan, Iran dan Korea Utara. - AP

Tindakan Barat lucu: Mahmoud

TEHERAN: Presiden Mahmoud Ahmadinejad semalam mengecam sekatan Barat ke atas sektor minyak Iran dan menganggapnya sebagai tindakan “mengarut.”
“Ia amat lucu. Barat menggunakan minyak sebagai senjata politik ke atas negara yang mengeluarkan bahan bakar berkenaan,” katanya.

Menurut Mahmoud, amat mengarut apabila Barat yang memerlukan minyak menggunakan bahan yang mereka perlukan itu untuk menekan pihak lain ketika permintaan untuknya semakin meningkat.
Menganggap tindakan itu sebagai perang politik, Mahmoud berkata, pihak terbabit amat angkuh untuk tergamak mengambil tindakan begitu. Iran berkali-kali menegaskan mampu menghadapi sekatan antarabangsa yang dikenakan dalam usaha menghentikan program nuklear yang dipertikaikan di negara itu. - AP

Beijing kutuk pendirian Romney

BEIJING: China semalam mengecam Mitt Romney kerana kenyataan calon presiden dari Republikan itu mengenai Baitulmaqdis boleh memburukkan lagi ketegangan di Timur Tengah.
Menurut Beijing, pendirian Romney menganggap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel juga boleh mencetuskan semula perang di antara Palestin dan rejim Zionis berkenaan. Dalam komentar disiar Xinhua itu, kenyataan agresif Romney itu mengetepikan sensitiviti Baitulmaqdis.

“Ia dibuat tanpa mengambil kira tuntutan Palestin ke atas wilayah dirampas Israel pada 1967 dalam tindakan tidak diiktiraf antarabangsa dan mengabaikan sejarah,” ” lapor agensi berita itu. - AP

Barak anggap Obama terbaik lindungi Israel

WASHINGTON: Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, memuji kerjasama keselamatan AS di bawah Presiden Barack Obama sebagai terbaik pernah diambil berbanding sebelum ini.
Dalam temu bual dengan CNN dan disiarkan semalam, Barak berkata, Israel dan AS mempunyai perbezaan pandangan, tetapi hubungan keselamatan di antara kedua-dua negara “terlalu rapat, terlalu kukuh dan mendalam.” Ketika sokongan AS ke atas Israel sentiasa kukuh, Barak berkata, pentadbiran Obama mengambil langkah menjaga keselamatan rejim Zionis itu lebih baik berbanding presiden AS lain. “Kerjasama dan perkongsian perisikan kami bertambah erat walaupun jika ada perbezaan pandangan,” katanya.

Kenyataan Barak itu dikeluarkan selepas calon Republikan, Mitt Romney, melawat Israel beberapa hari lalu. - AFP

Iran akan pertahan Syria

TEHERAN: Iran “tidak akan membenarkan musuh mara” di negara sekutunya, Syria, tetapi setakat ini belum melihat keperluan untuk campur tangan secara langsung, kata pegawai kanan tentera negara itu semalam.
Memetik kenyataan Timbalan Panglima Tentera Iran, Masoud Jazayeri, akhbar Shargh melaporkan, Iran menganggap tiada keperluan di kalangan rakan Syria untuk campur tangan sepenuhnya di negara bergolak itu.

“Dan penilaian kami mendapati ia memang tidak diperlukan,” katanya. Menurut Masoud, dalam situasi tertentu Teheran akan menentukan bagaimana untuk memberi sokongan terhadap sekutu dan gerakan anti-Israel di Timur Tengah.
Katanya, Teheran akan mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap situasi di situ.

“Kami sangat sensitif apabila ia membabitkan rakan dalam gerakan anti-Israel di rantau ini.

“Iran tidak akan membenarkan musuh untuk mara,” katanya. Komander kanan Pengawal Revolusi Iran, Hamid Reza Moqadam-Far, pula berkata orang awam Syria kini bergandingan dengan tentera kerajaan menentang pemberontak. “Jika pemberontakan itu dipatahkan, ia akan memberi tamparan hebat kepada Arab Saudi dan Barat,” katanya.
Teheran menganggap kedua-dua pihak itu terbabit secara langsung membantu pemberontak Syria. Iran menjadi satu daripada sekutu Presiden Syria, Bashar al-Assad, selain Russia dan China.

Teheran menganggap Syria adalah sebahagian daripada kumpulan penentang Israel bersama-sama Hizbullah dan Hamas. - AFP

Ibu bloger bakar diri sebelum anak dibicara

HANOI: Ibu seorang bloger terkenal Vietnam mati semalam selepas membakar diri menjelang perbicaraan anak perempuannya minggu depan.
Pegawai polis di Bac Lieu, utara Vietnam berkata, Dang Thi Kim Lieng, 64, mati ketika dalam perjalanan ke hospital selepas membakar diri di depan pejabat kerajaan tempatan.

Peguam, Ha Huy Son berkata, anak Lieng, Ta Phong Tan dan dua bloger lain akan dibicarakan minggu depan.
Mereka dituduh memuatnaik dan menulis ratusan artikel dalam blog masing-masing yang memutarbelit dan menentang kerajaan komunis. - Reuters

Indonesia, China dituduh sekat kebebasan beragama

WASHINGTON: Perlindungan terhadap kebebasan beragama didakwa semakin buruk di Indonesia dan Maldives.
Dalam laporan tahunannya mengenai kebebasan agama, Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata Indonesia, negara yang mempunyai paling ramai penduduk Islam dan rakan diplomatik yang semakin penting bagi Washington di Asia Tenggara dikritik kerana tindakannya menahan individu di bawah undang-undang menghina Islam.

Laporan itu juga menyebut mengenai penindasan dan keganasan terhadap penganut Qadiani di negara itu.
Pihak berkuasa China pula dituduh meningkatkan penindasan terhadap penganut Buddha di Tibet hingga mendorong kepada beberapa tindakan membakar diri.

China juga dikritik kerana menindas masyarakat Islam di Xinjiang, wilayah barat jauh negara itu.

Laporan itu yang mengulas peristiwa sepanjang 2011 berkata, Vietnam masih terus menahan beberapa tahanan agama, termasuk mubaligh.
Korea Utara pula dituduh langsung tidak membenarkan kebebasan beragama. - AP

Ibu, anak pulangkan RM200,000 dianggap bodoh

NAKHON NAYOK: Seorang wanita dan anak perempuannya menjadi perbualan hangat penduduk selepas memulangkan dua juta baht (RM198,000) yang silap dikreditkan ke dalam akaun mereka. Penduduk, termasuk seorang pegawai bank berkata, mereka bodoh kerana bertindak jujur.
Thanaporn Chamnipong dan anak perempuannya, Yuvadee Chamnipong menghubungi Bangkok Bank dan memulangkan wang itu selepas ia berada dalam akaun Thanaporn secara misteri.

Menurut laporan, dua wanita itu bukan saja dikritik jiran tetangga kerana bertindak ‘bodoh’ memulangkan wang itu, tetapi turut dikecam oleh pegawai bank berkenaan yang menuduh mereka mencemarkan kredibiliti bank terbabit.
Thanaporn berkata, mereka tidak kecewa kerana tidak dapat menyimpan wang itu walaupun keluarga mereka mempunyai hutang. Mereka gembira dapat melakukan kebaikan kerana menyimpang wang yang bukan milik mereka adalah salah.

Bagaimanapun, terdapat berita baik apabila Inspektor Jeneral Kementerian Dalam Negeri dan bekas gabenor Nakhon Nayok, Suthipong Chulacharoen memberi ganjaran 20,000 baht (RM2,000) kepada dua wanita itu sebagai menghargai kejujuran mereka. - Bangkok Post

Lelaki taksub belon

COLLINS dakwa ketaksubannya terhadap belon adalah suci.
COLLINS dakwa ketaksubannya terhadap belon adalah suci.
COLLINS gemar menyembunyikan belon di dalam baju supaya dapat merasakan kasih sayang daripadanya.
COLLINS gemar menyembunyikan belon di dalam baju supaya dapat merasakan kasih sayang daripadanya.
LITTLE ROCK: Rancangan siri Taboo oleh National Geographic memaparkan minat pelik dan taksub yang dikongsi orang ramai tetapi tidak sama seperti ketaksuban Dave Collins terhadap belon.
Guru piano berusia 27 tahun itu yang berasal dari Little Rock, Arkansas, berkata, dia mengumpul kebanyakan belonnya dengan mengutip atau menyelamatnya’ dari kedai jual kereta.
“Sukar memandu dengan belon yang begitu banyak dan anda hanya mahu mengambilnya,” kata Collins.

Hobinya pada waktu lapang bersama belon itu termasuk menyembunyikannya di bawah baju, mencium mereka dan tidur bersama mereka pada waktu malam.

Collins sering dirujuk oleh mereka yang mahir mengenai tabiat ini sebagai ‘looner’ atau orang yang memuja belon.

Dengan ramai yang menganggap tindakannya sebagai berunsur seksual, Collins bagaimanapun menegaskan, dia menjalinkan hubungan ‘suci’ dengan belon itu.

Sudah pasti sukar untuk bayangkan sama ada keseluruhan pengakuannya adalah benar apabila dia bersungguh-sungguh bercakap mengenainya.

“Cara terbaik untuk melindunginya ialah dengan meletakkannya di dalam baju dan anda akan merasakan belon itu bersama-sama anda.

“Ia dirasakan begitu rapat dan anda berasa begitu hangat. Hati anda dapat merasakan keindahan belon itu.

“Saya percaya belon-belon ini adalah anak-anak saya. Mereka adalah sebahagian daripada saya dan mereka menjadi sebahagian daripada apa yang dikatakan keluarga saya,” katanya.

Menurut National Geographic, Collins mempunyai 65,000 belon hasil daripada misi menyelamatnya.

“Kali pertama saya memulakan misi menyelamat belon, saya begitu bimbang untuk bercakap kepada pengurus kerana tidak tahu sama ada mereka akan membenarkannya atau tidak.

“Saya agak beremosi apabila menyelamatkan belon berkenaan,” katanya.

Sebahagian daripada ritualnya ialah tidur di samping belon berkenaan.

Dia berkata: “Saya suka tidur dengan memasukkan mereka ke dalam baju saya.”
Saya mencipta dunia tidur seumpama itu kerana mahu merasakan sayang yang dihasilkan daripada belon itu.”

Ketaksubannya itu menyebabkan dia benci melihat atau mendengar ‘rakan-rakannya’ itu dipecahkan atau dibiarkan terbang.

“Saya merasakan belon mempunyai perasaan. Ia terdedah kepada banyak bahaya.
Saya tidak suka mendengarnya sedih. Saya marah jika ia pecah. Belon perlukan kediaman yang baik,” katanya.”

Ini adalah tanda yang menurut pakar membuktikan dia bukan berpura-pura.

Menurut penulis mengenai ketaksuban mengaitkan ramai pemuja belon dengan pengalaman seksual peringkat awal dengan belon.

Ini bermakna sebahagiannya, mereka yang berpura-pura, sukakan bunyi belon meletup sementara yang lain, yang mempunyai fobia terhadap bunyi atau yang terlalu menyayangi mereka seperti Collins, tidak sanggup melihat belon itu ‘menderita.’ - DM

Wanita minta ditangkap semasa panjat pagar penjara di AS

HAMILTON, Ohio - Polis di sini bingung memikirkan punca seorang wanita, Tiffany R. Hurd (gambar) cuba menceroboh masuk ke dalam sebuah penjara.
Hurd turut memberitahu anggota-anggota pihak berkuasa supaya menangkapnya semasa dia cuba memanjat pagar penjara itu.
Beberapa anggota pejabat Syerif daerah Butler menangkap wanita itu, Hurd, 36, pada pagi Ahad lalu selepas dia dilihat cuba memanjat pagar untuk masuk ke dalam sebuah penjara tersebut di Hamilton, dekat Cincinnati, Amerika Syarikat (AS).
Kejadian berlaku selepas seorang staf penjara meminta Hurd supaya meninggalkan kawasan tersebut tetapi dia memberitahu mereka supaya menangkapnya.
"Kami tidak dapat memujuknya supaya meninggalkan kawasan penjara," kata seorang anggota polis, Sarjan Monte Mayer.
Menurutnya, wanita itu ditangkap selepas dia kembali cuba memanjat pagar penjara selepas diminta tidak melakukan perbuatan tersebut.
"Impiannya menjadi kenyataan," kata Mayer.
Beberapa anggota polis menyatakan, Hurd didapati berada dalam keadaan mabuk.
Ketua Polis Hamilton, Syerif Richard Jones berkata, dia terkejut dengan tindakan Hurd.
"Saya tahu ekonomi negara kini teruk tetapi saya tidak fikir ia begitu teruk sehingga seseorang tergamak untuk masuk ke dalam penjara secara sukarela," katanya.
Hurd ditahan dengan ikat jamin sebanyak AS$2,500 (RM7,831). - Agensi

Imigran Afrika ditikam di Tel Aviv



SALAH seorang imigran Afrika yang cedera ditikam terbaring di atas usungan.


TEL AVIV - Seorang penyerang yang dipercayai warga Israel menikam tiga lelaki Eritrea di sebuah kedai video di selatan Tel Aviv semalam.
Polis berkata, serangan itu pada awalnya dianggap sebagai satu serangan perkauman.
"Semua tiga orang yang telah ditikam itu dihantar ke hospital," kata jurucakap polis, Mickey Rosenfeld.
Menurutnya, ketiga-tiga lelaki itu dari Afrika mengalami cedera ringan.
Beliau berkata, suspek yang menikam ketiga-tika lelaki itu kini diburu polis.
Kedai video itu milik warga Eritrea.
Menurutnya, pihak polis menyoal beberapa saksi dan memeriksa rakaman video menerusi rakaman kamera tertutup.
Seorang saksi memberitahu bahawa penyerang itu kelihatan seperti penduduk Israel.
Rosenfeld berkata, berdasarkan siasatan awal, serangan tersebut bermotifkan jenayah kebencian.
Bilangan imigran haram yang semakin ramai sejak beberapa bulan lalu telah menyebabkan berlaku kejadian membakar dengan sengaja ke atas kedai-kedai milik warga dari Afrika di Tel Aviv dan Baitulmuqaddis.
Pada Mei lalu, satu tunjuk perasaan antiimigran di selatan Tel Aviv telah menyebabkan para penunjuk perasaan merosakkan kedai-kedai yang dikendalikan warga Afrika.
Kumpulan penunjuk perasaan itu menjerit perkataan yang menghina imigran Afrika dengan meminta mereka keluar dari Israel.
Perangkaan Israel mendapati terdapat kira-kira 60,000 penduduk Afrika di Israel yang tinggal secara haram.
Kebanyakan imigran Afrika itu datang dari Sudan dan Eritrea.
Ramai antara mereka tinggal di selatan Tel Aviv.
Pada 10 Jun lalu, pihak imigresen Israel melancarkan operasi memerangi imigran haram dari Afrika. - AFP

Dua balai polis ditawan di Aleppo



SEORANG anggota Tentera Pembebasan Syria meronda bandar Aleppo kelmarin.


ALEPPO - Pemberontak Syria menyerang beberapa sasaran ketenteraan dan menawan dua balai polis di sini selepas membunuh 40 anggota keselamatan, kata sebuah kumpulan pemantau ketika pertempuran di ibu kota komersial Syria itu terus memuncak semalam.
Pertempuran antara pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan pasukan keselamatan yang setia kepada Presiden Bashar Al-Assad turut dilaporkan di ibu kota Syria, Damsyik, bandar Deir Ezzor di timur dan Daraa di selatan negara berkenaan.
Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia memberitahu, Aleppo semalam digegarkan dengan pertempuran paling sengit selepas bandar raya ini digempur FSA.
Seorang pegawai kumpulan berkenaan, Rami Abdel Rahman berkata, pemberontak menggunakan sejumlah pelancar grenad dalam serangan menjelang subuh ke atas sebuah pekarangan tentera, ibu pejabat perisikan tentera udara dan cawangan Parti Baath di sini.
Tidak lama kemudian, beratus-ratus pemberontak menyerang beberapa buah balai polis di kawasan penempatan penduduk Salhin dan Bab al-Nayrab.
"Sekurang-kurangnya 40 anggota polis terbunuh dalam pertempuran tersebut yang berlanjutan selama beberapa jam," kata Abdel Rahman.
Antara yang maut termasuk ketua polis balai Salhin, selatan bandar raya ini manakala tiga buah kenderaan turut musnah, tambahnya.
Siri serangan itu berlaku selepas misi pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, tentera rejim Bashar menggunakan beberapa buah helikopter, kereta kebal dan meriam untuk memerangi pemberontak.
Badan pemerhati itu turut merayu kedua-dua belah pihak supaya melindungi kira-kira 2.7 juta penduduk awam yang tinggal di bandar raya ini.
"Pertempuran sengit ini menunjukkan betapa pentingnya bandar raya ini kepada rejim Bashar. Mereka tidak mahu Aleppo menjadi kubu pemberontak seperti yang berlaku ke atas bandar Benghazi di Libya," kata Abdel Rahman.
Kelmarin, pemberontak merampas pos kawalan Anadan yang terletak sekitar lima kilometer ke barat daya bandar raya ini sekali gus memastikan laluan terus ke sempadan Turki.
"Dalam beberapa jam akan datang, impak kejatuhan pos kawalan ini akan dapat dilihat apabila banyak bekalan tiba melalui pos ini untuk dihantar ke Aleppo," tambahnya.
Penentangan rakyat Syria ke atas rejim Bashar bermula sejak Mac tahun lalu.
Lebih 19,000 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran antara tentera Syria dengan kumpulan pemberontak. - Agensi

Sebahagian besar India terus bergelap



SEJUMLAH orang menunggu di luar sebuah stesen tren selepas bekalan elektrik terputus di New Delhi.



NEW DELHI - Kegagalan rangkaian penghantaran elektrik melanda India untuk hari kedua berturut-turut semalam apabila beratus-ratus juta orang di utara dan timur India termasuk di sini serta beberapa bandar utama lain seperti Kolkata bergelap.
Pemerintah menyatakan, gangguan bekalan elektrik kali ini lebih meluas berbanding kelmarin ekoran rangkaian penghantaran elektrik di utara, timur dan utara India turut terjejas.
Bekalan elektrik yang terputus itu menyebabkan sistem perkhidmatan tren di sini tergendala manakala bangunan-bangunan pejabat terpaksa menggunakan generator sokongan selepas bekalan elektrik terputus selama 12 jam.
"Rangkaian penghantaran elektrik di utara gagal lagi," kata Pengerusi Pihak Berkuasa Elektrik Pusat, Arvinder Singh Bakshi.
Rangkaian itu membekalkan tenaga elektrik kepada lebih 600 juta orang dari kawasan Pergunungan Himachal Pradesh sehingga ke Dataran Ganges di negeri Uttar Pradesh.
Rantau tersebut mengandungi bilangan penduduk yang lebih besar daripada Brazil.
Beberapa stesen televisyen melaporkan rangkaian penghantaran elektrik di timur turut terjejas dengan beberapa kawasan di bandar Kolkata terputus bekalan elektrik. - Reuters