Sumber: http://asyrafaziz.blogspot.com/ Di dalam ajaran agama syiah terdapat perkara yang amat jelik dan keji yang di lakukan terhadap wanita di antaranya Mutaah dan bukan itu sahaja banyak lagi perbuatan yang keji yang lain tapi buat masa ini saya tumpukan permasalahan mengenai mutaah terlebih dahulu, Syiah menghalalkan mutaah dengan berselindung di atas nama islam sedang ajaran syiah itu sendiri amat jauh dari islam seperti jauhnya timur dan barat seperti langit dan bumi sampai bila-bila pun syiah dan islam tidak akan pernah bersatu. Hanya mereka yang jahil dan dungu akan tinggal diam terhadap kesesatan syiah dan bahkan mereka jadi gologan paling lantang melaungkan kesatuan bersama syiah. Adakah kita akan bersatu dengan gologan ahli hawa? Sesekali tidak! kerana Hanya ISLAM satu-satu nya agama di muka bumi ini yang menyediakan peraturan yang lengkap dan sempurna bagi menjaga hak-hak para wanita dan kemuliaan mereka.Tapi sungguh aneh bagi Syiah kemulian para wanita hanya tercapai apabila mereka sedia mengorbankan kesucian mereka untuk diratah laki-laki yang bernafsu haiwan!.nauzubillah.. Di dalam artikel ini saya akan membawa dalil-dalil dari rujukan syiah tanpa ada percampuran sumber dengan sumber ahli sunnah tapi hanya semata-mata datang dari kitab-kitab besar mereka. Peringatan Untuk peringatan riwayat-riwayat Syiah (akan di papar sebentar lagi) yang disandarkan ke atas Rasullah dan ahlu bait terutama mengenai mutaah adalah batil dan amat mustahil riwayat sekeji itu di lafaz oleh mereka.Sesungguhnya perkara yang jelas bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah tidak layak dihubungan kepada Rasullah dan Ahlul bait,seperti mana diriwayatkan dari ja’far bin Al-Baqir “Maka takutlah kalian kepada Allah dan jangan mahu menerima atas nama kami, apa saja yang bertentangan dengan firman Tuhan kami,Allah ta’la dan sunnah Nabi kami,Muhammad s.aw. Sebab kami apa bila menceritakan (sesuatu) pasti kami katakana juga: Allah azza wajalla berfirman (begini) RAsullah saw bersabda (begini)[1] Maka ja’far memerintahkan dan menyeru syiah dulu dan sekarang untuk menolak riwayat-riwayat menyelisih Al-quran dan sunnah sekiranya mereka pengikut ahli bait yang benar : “janganlah kalian menerima suatu perkabaran di atas nama kami, melainkan yang sesuai dengan quran dan sunnah [2] Kedua-dua riwayat ini di ambil dari sumber syiah Riwayat-riwayat mengenai Mutaah Di dalam bahagian ini saya akan membawa riwayat-riwayat yang berupa galakkan untuk bermutaah.Mari kita mulai dengan menampikan kedustaan mereka terhadap nabi kita Rasullah saw seperti berikut: “siapa yang keluar dari dunia (mati) tanpa pernah bermutaah, maka kelak dia akan datang di hari kiamat dalam keadaan terpotong hidungnya”[3] Lebih jijik dan lebih berani lagi mereka mengadakan-adakan atas nama beliau, yaitu katanya beliau bersabda : “Sesiapa yang bermutaah dengan wanita muslimah seolah-olah telah menziarahi kaabah sebanyak 10 kali”[4] Adakah perbuatan sekeji ini sama dengan menziarahi kaabah 70 kali? Dengan siapa? Wanita muslimah? Saya serahkan persoalan kepada para perbaca untuk menilainya. Malah, syiah juga mengkafirkan sesiapa yang tidak mnerima mutaah seperti diriwayatkan Muhammad bin ali al-Hussain bin musa bin Babawaih (as-saduq) telah meriwayatkan daripada imam As-shadiq telah berkata: “Sesunguhnya mutaah agama ku dan agama nenek moyang ku. Sesiapa yang beramal denganya dia telah beramal dengan agama kami sesiapa yang mengingkarinya, dia telah mengingkari agama kami dan beriktiqad dengan selain daripada agama kami”[5] Ditanya kepada abu Abdullah ; adakah diberikan pahala kepada orang yang mengamalkan mutaah? Dia berkata,” Jika tujuanya semata-mata kerana Allah, maka tidak ada apa yang yang dituturkan mengenainya melainkan akan dikurniakan pahala oleh Allah, jika dia ingin melaksanakannya Allah akan ampunkan dosanya dengan mutaah tersebut, jika dia mandi wajib Allah akan ampunkan dosanya sebanyak mana air yang mengalir daripada bulu-bulunya”[6] Mereka juga berbohong atas nama Rasullah , mereka mengatakan bahwa beliau bersabda: “'Barangsiapa melakukan mut'ah sekali dimerdekakan sepertiganya dari api neraka, yang mut'ah dua kali dimerdekakan dua pertiganya dari api neraka dan yang melakukan mut'ah tiga kali dimerdekakan dirinya dari neraka.”[7] Kalau bukan kerana akan menyebabkan artikel ini menjadi panjang dan meleret sudah tentu saya akan nukil banyak lagi riwayat-riwayat mengenai mutaah.Walaubagaiman pun riwayat-riwayat diatas saya rasa sudah mencukupi untuk memberi gambaran kepada pembaca mengenai mutaah. HARUS BERMUTAAH DENGAN KANAK-KANAK PEREMPUAN Ajaran syiah bukan sahaja membenarkan mutaah dilakukan keatas wanita bahkan kanak-kanak juga tidak terlepas dari perlakuan kotor ini. Tidak disyaratkan orang yang di mutaah baligh dan berakal bahkan mereka mengatakan boleh bermutaah dengan perempuan yang berumur sepuluh tahun!. Pendapat ini diriwayatkan oleh Al-Kulaini dalam al-Furu minal kafi. Syeikh Al-Allamah Dr.Hussain al-Musawi Rahimahullah bekas ulama besar syiah yang akhir mati dibunuh telah menulis di dalam bukunya bertajuk ”LILLAHI TSUMMA LI AT-THARIKH (Untuk Allah kemudian untuk sejarah) syeikh menyatakan khoimeni penah melakukan mutaah dengan budak perempuan kecil ketika beliau dan pulang bermusafir dar Mosul ke Baghdad. Saya akan menukilkan kisah tersebut secara lengkap dari buku edisi terjemahan “KENAPA AKU MENINGGALKAN SYIAH” “Setelah selesai tempoh musafir,kami pulang. Ketika dalam perjalanan pulang ke Baghdad,Imam khomeni ingin berehat daripada keletihan musafir, lalu beliau menyuruh kami menuju ke kawasan Al’atifiah yang merupakan tempat tinggal seorang lelaki berasal dari Iran yang dikenali dengan Sayid shahib,yang mempunyai hubungan rapat dendan beliau Sayid Sahhib sangat gembira dengan kedatangan kami.Kami tiba di tempaynya waktu Zuhur.Belau menyediakan makan tengahari yang istimewa kepada kami dan memaklumkan saudara maranya tentang kedatangan kami dengan penuh perhormatan.Sayid Shahib meminta kepada kami supaya bermalam di rimahnya pada malam tersebut.Imam pun bersetuju. Kemudian apabila tiba waktu Isyak kami disediakn dengan makan malam. Para hadirin yang hadir mencium tangan imam dan bersoal jwab denganya. Ketika hampir waktu tidur para hadirin bersurai kecuali ahli rumah tersebut. Imam Al-Khoimeni melihat kanak-kanak tersebut sangat cantik.Imam meminta daripada ayahnya Sayid Shahib untuk bermutaah dengannya dan ayahnya bersetuju dengan perasaan yang sangt gembira. Imam Khoimeni tidur dan kanak-kanak tersebut tersebut berada dalam dakapannya. Kami mendengar suara tangisan dan teriakan kanak-kanak tersebut. Apa yang penting Imam telah melalui malam tersebut. Apabila tiba waktu pagi, kami bersama-sam untuk bersarapan pagi. Imam telah melihat kepada ku dan mendapati tanda-tanda tidak puas hati yang lahir secarta jelas di wajah ku; Bagaimana pada waktu itu beliau sanggup bermutaah dengan kanak-kanak perempuan tersebut sedangkan di dalam rumah tersebut terdapat ramai wanita-wanita muda,baligh,berakal yang tidak menjadi halangan kepada beliau untuk bermutaah dengan salah seorang daripada mereka. Kenapa beliau tidak berbuat demikian. Beliau berkata pada ku : Sayid Husain, apa pendapat kamu tentang bermutaah dengan kanak-kanak perempuan? Aku berkata kepadanya: Kata permutus adalah kata-kata kamu, perbuatan yang benar adalah perbuatan mu dan kamu Imam Mujtahid. Man mungkin orang seperti ku berpandangan atau berpendapat melainkan apa yang telah kamu lihat dan katakan, seperti diketahui tidak mugkin akau bertentangan daaengan kamu jawapan khoimeni keatas persoalan mutaah terhadap kanak-kanak perempuan sangat mengejutkan.Mari kita melihat sambungnya “Beliau berkata : Sayid Husain, sesungguhnya bermutaah dengan kanak-kanak tersebut adalah harus tetapi dengan bercumbu-cumbuan berciuman dan tafkhiz (meletakan zakar antara dua paha),Adapun brsetubuh, dia (kanak-kanak) masih belum mampu untuk melakukan. [8] Adakah pendapat khoimeni laknatulah ini memeranjatkan,Beliau juga pernah berkata dengan perkataan yang lebih keji dari itu : “Tidak mengapa bermutaah dengan kanak-kanak yang masih menyusu dengan memeluknya dan tafkhiz dan bercumbuan[9] Penutup Dari apa yang kita baca sebentar tadi jelas bagi kita semua bahawa Mutaah hanya di jadikan alat memuas nafsu sehingga tidak siapa dapat melepaskan diri samada wanita,kanak-kanak dan paling jijik kanak-kanak yang menyusu juga tidak terlepas menjadi mangsa nafsu puas para ulama-ulama Syiah.Akhir sekali kepada penyanjung khoimeni ; sesunguhya Imam Syaitan ini bukan ikutan yang baik dan sempurna,Ikutilah Rasullah dan para Sahabat yang mulia hanya dengan megikuti jalan-jalan mereka kita akan sampai ke destinasi kita iatu Jannah selain dari jalan-jalan mereka adalah sesat,khurafat syirik dan bidaah. Sekian Rujukan : 1)Rijalul Kusyaiy, hal 195 dalam judul “Tadzkiratul mughirah bin sa'ad,cetakan karbala 2)Al-amali,oleh ath-Thusi juz 1, hal 237, cetakan nejef 3)TAfsir manhajus shodiqin,oleh mullah Fathullah Al-Kasyani 4)Riwayat ini dinukilkan dari buku Kenapa aku meniggalkan syiah,Al mutaqin media 5)Man la yaduruhu faqih :3/366 6)Man la yaduruhu faqih :3/336 7)'Ujalah Hasanah tarjamah Risalah Al-Muta'ah oleh majlisi hal 16 8)Kenapa aku meniggalkan syiah, hal 90 dan 91 9)Tahrir Al wasilah : 2/241 masalah nombor 12 sumber http://www.al-fikrah.net |
Tuesday, December 7, 2010
WANITA PADA PANDANGAN SYIAH
Antara 'tahu dan hafal', dan 'tahu dan faham'.
Oleh: Yussamir Yusof - Negeri Sembilan
“Antara ‘tahu dan hafal’ dan ‘tahu dan faham’, mana yang lebih utama?” Ini adalah antara soalan yang ditanyakan kepada saya semasa di Masjidil Haram. Seorang lelaki tua, berjubah putih dan berserban putih,
Semasa saya berada di Makkah, saya sempat mengikuti kuliah Syeikh Abdul Kadir al-Mandili di Masjidil Haram secara Talaqi. Antara kuliah beliau yang masih saya ingati ialah cerita beliau tentang beza jamaah haji yang ‘tahu dan hafal’ dan ‘tahu dan faham’. Salah seorang yang mengikuti kuliah tersebut bertanya, “Apa beza ‘tahu dan hafal’ dan ‘tahu dan faham’?”
Apa yang menariknya, penjelasan beliau tentang hal ini dijelaskan berdasarkan contoh yang sangat melucukan. Kata beliau, “ada sekumpulan jamaah haji sedang melakukan sai’e antara Saffa dan Marwah. Kumpulan ini diketuai seorang Mutawif dan Mutawif ini biasanya dikalangan mereka yang asalnya dari sini atau dari sekitar tanah Arab. Mereka memakai pakaian seperti saya ini (berjubah putih, berserban putih ataupun berserban merah), dan pastilah kumpulan jamaah haji ini beranggapan bahawa Mutawif ini seorang yang alim berdasarkan penampilan beliau. Untuk memendekkan cerita, ketika sampai di salah satu pintu semasa sai’e, Mutawif ini tergelincir dan dia terjatuh sambil tangannya menyapu salah satu pintu di situ. Yang melucukan semua orang di kumpulan itu, buat-buat jatuh dan menyapu tangan mereka di pintu tersebut. Mutawif itu kehairanan dan beliau bertanyakan kepada sebahagian orang dikumpulan itu, dan mereka menjawab, “kami fikir, itu antara cara bersai’e.”
Semua orang didalam kuliah itu ketawa dan ada juga yang kehairanan dengan kejahilan jamaah haji tersebut. Begitulah analoginya seorang pelajar atau penuntut ilmu yang tahu dan hafal ilmunya tanpa memahami, dengan seorang pelajar yang tahu dan memahami ilmu yang dia pelajarinya. Orang yang tahu dan hafal, mereka tidak akan ada usaha untuk menyelidik dan mengetahui lebih lanjut tentang ilmu yang dia pelajari, sama ada ilmu itu dilandasan yang benar atau tidak. Orang sebegini akan menjawab atau menyampaika apa sahaja yang dia perolehi seperti apa yang dia dapat didalam buku/kitab. Pemikiran mereka beku, terpenjara dan statik.
Jika sesuatu pandangan ataupun pendapat yang berlainan dengan apa yang mereka hafal, mereka akan menentang dengan sangat keras. Sehinggakan sanggup melabelkan orang-orang yang tidak selari dengan mereka dengan pelbagai label.
Situasi ini sama sahaha dengan orang menghafal Quran dan menjadi al-Hafiz, tetapi tidak mengetahui dan tidak memahami isi kandungan Quran yang dia hafal. Hafalan mereka hanya tersekat dikerongkong mereka, Sehinggakan Nabi s.a.w pernah berpesan dan mengingatkan tentang golongan ini dengan berkata, “Akan muncul satu golongan yang selalu membandingkan solat kamu dengan solat mereka, puasa kamu dengan puasa mereka, amalan kamu dengan amalan mereka sambil membaca al-Quran tetapi bacaan itu langsung tidak melebihi kerongkong mereka. Malah, merekalah yang paling ramai keluar daripada agama seperti anak panah keluar daripada busurnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
Tetapi bagi orang yang belajar dan memahami ilmu yang dipelajari, mereka sangat-sangat berguna kepada dirinya dan orang yang berada di sisinya. Orang begini tidak hanya sekadar tahu, tetapi mereka cuba menyelidik, dan mengkaji mengapa, bagaimana dan apakah ilmu yang dia perolehi. Mereka terbuka menerima kepelbagaian pandangan, tidak mudah untuk melabel-labelkan seseorang atau kumpulan yang berbeza dengan pandangan mereka. Mereka akan menilai dan mengkaji kepelbagaian pandangan ini, dan berkongsi dengan orang ramai dengan semudah dan seringkas yang boleh. Apabila ditanya sesuatu masalah, dan masalah itu mempunyai pelbagai jawapan dan pandangan, mereka tidak segan-silu untuk menjelaskan kesemuanya, dan memberikan kebebasan kepada orang yang bertanya itu untuk mengikuti pandangan yang mana sesuai dengan mereka dan sesuai dengan keadaan mereka.
Selagimana pandangan itu kuat berdasarkan Quran dan Hadith, maka selagi itulah kita tidak boleh memenjarakan pemikiran dan membekukan institusi akal yang memerlukan percambahan ilmu dan kepelbagaian perbincangan yang ilmiah. Orang-orang yang memelihara tradisi ilmu ini dan tradisi ulama’ salaf ini, mereka inilah yang dikatakan sebagai Ulul-Albab.
http://www.al-fikrah.net
Pelbagai Kelebihan Mukmin Tunai Solat Tahajud
Oleh: Mohd Yaakub Mohd Yunus ( akob73 ) Sumber: http://akob73.blogspot.com Tunaikan sembahyang pada malam hari dijanjikan kedudukan terpuji di akhirat AMALAN solat sunat yang paling utama di sisi Islam adalah solat tahajud seperti sabda Nabi SAW: "Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud)." Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, Nombor 1163. Namun begitu hanya segelintir umat Islam pada masa kini yang prihatin dan mengambil peduli berkaitan pelaksanaan ibadat solat tahajud ini. Majoriti umat Islam lebih memilih untuk tidur. Tahajud terbentuk daripada kata dasar hajada bererti tidur dan tahajjada bererti berjaga. Jika seseorang berkata: Tahajjadtu bermaksud saya membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya. Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h berkata: "Imam al-Tobari menyatakan tahajjud berjaga selepas tidur terlebih dulu. Menurut Ibn Faris: Al-Mutahajjid bermaksud orang yang solat pada malam hari. Menurut al-Kurra' pula, tahajjud adalah solat malam secara khusus." - Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 203 Oleh itu, solat tahajud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, iaitu selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun, waktu paling utama dilaksanakan solat tahajud adalah satu pertiga malam terakhir iaitu bermula jam 3 pagi hingga masuk waktu Subuh. Dalil disyariatkan solat tahajud ini adalah sebagaimana firman Allah SWT: "Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji." (Surah al-Israa': 79) Abu Ubaidah menyatakan di dalam Kitab al-Majaz: "Maksud firman Allah kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu ialah berjagalah pada malam hari untuk melakukan solat." - Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 202 Dalil solat tahajud lebih utama dilakukan satu pertiga malam terakhir berdasarkan sabda Rasulullah SAW: "Rabb kita Tabaraka wa Ta'ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih ada baki satu pertiga malam yang akhir. Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti Aku akan memakbulkannya, sesiapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberinya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku akan mengampuninya." Ternyata ibadat di dalamnya ada doa, permintaan dan permohonan ampun adalah solat. Rasulullah SAW seorang insan dijamin Allah akan masuk syurga. Baginda juga sebaik-baik manusia, malah digelar sayyid al-Mursalin, iaitu penghulu segala Rasul. Baginda insan maksum dan bebas daripada sebarang bentuk dosa. Walaupun dengan kedudukan sedemikian, Baginda tetap bersungguh-sungguh mengerjakan solat tahajud sehingga pecah tumit kakinya. Isterinya Aisyah r.a melihat sendiri kesungguhan luar biasa Baginda ini dan beliau hairan kenapa Rasulullah masih ingin bersusah payah melakukan ibadat itu sedangkan dia seorang yang dijamin syurga. Kisah ini disampaikan Aisyah r.a sendiri dalam sebuah hadis: Sesungguhnya Nabi SAW mengerjakan solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Aisyah berkata kepada Baginda: Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, pada hal Allah mengampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang? Baginda bersabda: Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?" - Hadis riwayat al-Bukhari. Justeru, selepas dibandingkan amalan Rasulullah SAW ini dengan diri kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa, mengapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh melaksanakan solat tahajud? Adakah kita menganggap diri kita setanding atau lebih baik daripada Rasulullah SAW? Allah mengurniakan pelbagai keutamaan besar bagi mereka yang melaksanakan solat tahajud. Mereka mengerjakan ibadat pada malam hari akan dikurniakan kedudukan terpuji di sisi Allah di akhirat kelak yakni menjadi ahli syurga. |
Rugi tak rebut ganjaran berlipat ganda bersolat jemaah
Rugi tak rebut ganjaran berlipat ganda bersolat jemaah Oleh: Mohd Yaakub Mohd Yunus Sumber: http://www.bharian.com.my Pahala diukur ketika mula berwuduk hingga selesai menunaikan sembahyang di masjid PEMBINAAN masjid yang besar demi memenuhi keperluan beribadat umat Islam sayangnya tidak menzahirkan gambaran diharapkan apabila jumlah mereka yang bersolat secara berjemaah tidak sepadan dengan keluasan masjid itu. Ada masjid yang boleh menampung ribuan jemaah tetapi apabila tiba waktu solat fardu, bilangan jemaah hanya sekadar dua atau tiga saf saja sedangkan solat secara berjemaah memiliki pelbagai keutamaan besar dan menyeluruh. Pahala bagi orang bersolat berjemaah bermula ketika dia berjalan keluar rumah menuju masjid hinggalah selesai menunaikan solat secara berjemaah. Bukan setakat itu saja, bahkan ia berlanjutan sehingga dia tiba di rumahnya dari masjid. Banyak keutamaan solat berjemaah antaranya keutamaan ketika perjalanan ke masjid. Bekas perjalanan bagi mereka yang menuju ke masjid untuk bersolat berjemaah akan dihitung dan dibalas dengan ganjaran pahala. Daripada Jabir bin 'Abdullah, dia berkata: "Bani Salimah ingin berpindah supaya lebih hampir dengan masjid, lantas menyatakan bahawa tempat itu banyak kosong. Maka sampailah berita itu kepada Nabi SAW lalu, Baginda bersabda: Hai Bani Salimah! Tetaplah di rumah kalian, sesungguhnya akan dicatat bekas perjalanan kalian (ke masjid). Mereka berkata: Tidaklah menyenangkan bagi kami, kalau kami berpindah." (Hadis riwayat Muslim) Tambahan lagi langkah perjalanan menuju ke masjid untuk bersolat berjemaah itu dapat menghapuskan dosa dan meninggikan darjat seseorang manusia di sisi Allah. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku tunjukkan atas sesuatu yang mana Allah akan menghapuskan dosa dengannya dan terangkat beberapa darjat? Mereka menjawab: Ya wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Sempurnakanlah wuduk pada saat cuaca sangat dingin, perbanyakkanlah melangkah menuju masjid, dan menunggu selepas solat. Demikianlah itu bagi kalian pertalian." (Hadis riwayat Muslim) Orang yang keluar menuju masjid dalam keadaan berwuduk untuk mengerjakan solat berjemaah akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakan haji dan juga dianggap melakukan solat daripada permulaan perjalanannya hingga dia kembali ke rumahnya. Ini sebagaimana sabda Rasulullah daripada Abu Umamah yang bermaksud: "Barang siapa keluar dari rumahnya dalam keadaan suci (berwuduk) menuju solat wajib (dengan berjemaah) maka pahalanya seperti pahala orang yang mengerjakan haji dengan memakai ihram." (Hadis riwayat Imam Abu Dawud) Allah juga menyediakan syurga bagi orang yang pergi dan pulang dari masjid. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa pergi ke masjid dan kembali, Allah akan menyediakan tempat baginya di syurga setiap kali dia pergi ke masjid dan kembali dari masjid." (Hadis riwayat al-Bukhari) Kedua ialah keutamaan ketika berada dalam masjid dan mengerjakan solat secara berjemaah. Adalah menjadi lumrah bagi kebanyakan insan untuk berasa bangga jika menjadi tetamu kepada orang kenamaan seperti Sultan atau Perdana Menteri. Namun, begitu ramai kurang memahami dengan menghadirkan diri ke masjid untuk bersolat secara berjemaah kita sebenarnya sedang menjadi tetamu Allah. Masjid adalah rumah Allah dan tentu sekali sebagai tuan rumah, Allah memuliakan tetamu-Nya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang berwuduk dalam rumahnya dan menyempurnakan wuduknya kemudian pergi ke masjid maka dia adalah tetamu Allah dan kewajipan bagi yang dikunjungi untuk memuliakan yang mengunjungi." Apabila seseorang itu berada dalam masjid untuk menunggu masuknya waktu solat sesungguhnya dia mendapat pahala seperti berada dalam keadaan bersolat di sisi Allah dan malaikat pula sentiasa mendoakan keampunan serta rahmat baginya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Seseorang daripada kalian yang menunggu waktu solat, (dia berada) dalam solat selama tidak batal, maka malaikat mendoakan baginya: Ya Allah, ampunkan dia, ya Allah rahmatilah dia." (Hadis riwayat Muslim) Mengerjakan solat berjemaah memiliki keutamaan berlipat ganda jika dibandingkan solat sendirian. Daripada 'Abdullah bin 'Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Solat berjemaah lebih utama jika dibandingkan dengan solat sendirian dengan 27 darjat." (Hadis riwayat Bukhari) Di samping itu, keutamaan solat berjemaah juga bertambah dengan jumlah orang bersolat. Semakin ramai makmum maka semakin tinggi nilai pahala diperoleh oleh semua makmum. Daripada Ubai bin Ka'ab, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya solat seseorang bersama seseorang lebih utama daripada solatnya sendirian, dan solatnya bersama dua orang, lebih utama daripada solatnya dengan seorang dan jumlah yang lebih banyak, maka itulah yang lebih disukai oleh Allah." (Hadis riwayat Abu Dawud) Allah juga memberi perlindungan daripada syaitan kepada mereka yang mengerjakan solat berjemaah. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu bagaikan serigala bagi manusia seperti serigala bagi kambing, yang menjadikan kambing yang di dalam keadaan sendirian dan lalai sebagai mangsa, maka waspadalah kalian daripada bersendirian dan wajib bagi kalian untuk berjemaah dan pergi ke masjid." (Hadis riwayat Ahmad) Sesiapa yang mendapatkan takbir yang pertama bersama imam selama 40 hari berturut-turut maka Allah membebaskannya daripada api neraka dan kemunafikan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang solat kerana Allah selama 40 hari di dalam jemaah dengan mengikuti takbir yang pertama, ditulis baginya dua kebebasan, iaitu bebas daripada api neraka dan kemunafikan." (Hadis riwayat al-Tirmidzi) Keutamaan solat berjemaah ada yang berlanjutan sehingga tiba di rumah seperti pahala banyak dan disediakan tempat baginya di syurga. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila salah seorang di antara kalian berwuduk di rumahnya kemudian datang ke masjid adalah dia berada dalam solat sampai dia pulang." Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: "Barang siapa pergi ke masjid dan kembali, Allah akan menyediakan tempat baginya di syurga setiap kali dia pergi ke masjid dan kembali dari masjid." (Hadis riwayat al-Bukhari) Kelebihan dan keutamaan solat jemaah yang menjanjikan banyak kebaikan sewajarnya menjadi aspirasi bagi kita semua untuk mengerjakan solat secara berjemaah. |
USTAZ ANJING!!!
Oleh: Rohidzir Rais Sumber: http://al-zuhaily.blogspot.com Metafora al-Quran - USTAZ ANJING!!! “Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.” (Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177) Sejarah Anjing Sepanjang sejarah kejadian manusia dan perkembangan Islam di serata pelosok rantau, para rasul, para nabi dan para alim ulama sentiasa mendapat penentangan daripada golongan aristokrat yang ‘berdarah biru’ dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Penentangan ini adalah sunah semula jadi yang telah terjadi dan akan terus berlaku. Malangnya di sebalik perbalahan dua penjuru ini, sejarah juga mencatatkan penglibatan golongan ketiga yang dijadikan kambing hitam oleh golongan sesat ini sebagai senjata rahsia menewaskan tentera Allah. Kisah Bala'm bin Baau'ra` seorang alim yang sentiasa dimakbulkan doanya tetapi menjual agamanya dengan menjadi 'anjing' kaumnya dan mendoakan kebinasaan Nabi Musa a.s. Sejarah juga berulang pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. apabila Umaiyyah bin Abi as-Solat yang diberikan ilmu pengetahuan tinggi dan mengetahui tentang kenabian Muhammad s.a.w. tetapi mati dalam keadaan kufur. Begitu juga dengan Abu ‘Aamir bin al-Nu’maan bin Soifi yang digelar Baginda sebagai seorang yang fasik kerana mengingkari kerasulan Baginda walau pun dia seorang rahib yang mengetahui tentang kedatangan seorang nabi akhir zaman. Tidak cukup dengan itu, dia juga menjadi ‘gunting dalam lipatan’ apabila bekerja sama dengan musuh-musuh Islam untuk menghancurkan orang Mukmin. Anjing Kurap Oleh itu, dalam ayat 175 surah al-A’raaf, Allah s.w.t. memerintah kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w. agar memberikan peringatan kepada umatnya tentang golongan ketiga yang akan digunakan musuh untuk menjatuhkan mereka. Ini adalah golongan ‘duri dalam daging’ yang sangat berkuasa untuk menjatuhkan gerakan Islam, kerana mereka bukan orang Islam biasa yang bertaklid. Sebaliknya merekalah golongan ulama yang sangat berpengaruh dan menjadi rujukan masyarakat. Mereka adalah bijaksana Islam yang mempunyai Ma dan PhD dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Tetapi malangnya segala ilmu agama yang mereka kuasai digadaikan demi mendapatkan harta kekayaan, pangkat kedudukan dan populariti. Oleh itu, apabila mereka dibeli oleh musuh Islam untuk mementang gerakan alim ulama, mereka menjadi senjata sulit paling berbahaya. Allah s.w.t. mengecam ustaz-ustaz murahan yang melacurkan ilmu mereka dengan sekeras-keras kecaman. Dalam ayat berikutnya, Allah s.w.t. mengumpamakan mereka yang tamak terhadap dunia dan haloba dengan kemasyhuran sebagai anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya. Jika anda perhatikan, anjing sentiasa menjulur-julurkan lidahnya apabila dihalau orang, tetapi jika dibiarkan ia tetap juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah lagak ustaz anjing ini, apabila diberikan habuan, mereka meminta dengan lebih banyak tidak ubah seperti anjing kurap. Sebagaimana tabiat biasa anjing yang suka makan sampah sarap yang kotor dan menjilat punggung anjing lain, demikian juga halnya dengan ustaz-ustaz anjing ini yang lahap terhadap ‘sampah sarap’ yang diberikan penguasa fasik untuk kesenangan dunia. Malah mereka juga tidak segan-segan menjilat kaki pemerintah munafik untuk mengampu bagi mendapatkan kedudukan lebih tinggi. Anjing Bercawat Ekor Ini adalah kecaman Allah paling keras dan paling hina ke atas alim ulama. Sememangnya kecaman ini berasas dan tepat kerana fitnah yang ditimbulkan mereka terlalu besar. Bayangkan, ketika ulama lain melaungkan seruan jihad untuk membela agama Allah dan mengimpikan syahid, anjing-anjing ini memutarbelitkan istilah jihad ini dengan skop yang lebih kecil. Dengan itu lahirlah konsep jihad ekonomi, jihad pertanian malah jihad politik dengan mengundi parti yang berasaskan kebangsaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menggunakan (baca – menyalahgunakan) pelbagai ayat al-Quran dan hadis untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa jihad tidak lagi relevan pada zaman teknologi ini, malah menurut anjing-anjing bercawat ekor ini, jihad melawan nafsu lebih besar! Dengan kekuasaan dan kekayaan yang dimiliki oleh ‘tuan anjing’ ini, anjing-anjing ini diberikan jawatan agama yang tinggi, slot-slot khas dalam televisyen, dilantik menjadi editor dan kolumnis akhbar dan majalah, dan dijadikan pemimpin masyarakat. Dengan segala fasilitet yang disediakan, sudah tentu salakan mereka lebih kuat dan bertambah nyaring. Mereka menyalak begitu kuat dan sumbang sehingga menghalalkan pelacuran kerana darurat, mengharuskan judi atas nama ekonomi, melunakkan istilah rasuah yang jijik dengan nama bunga yang indah, membiarkan perzinaan dan pergaulan bebas dengan meletakkannya sebagai kesalahan ibu bapa atau individu semata-mata. Anjing Menyalak Bukit Rentetan itu, masyarakat yang masih totok dengan al-Quran dan ilmu-ilmu agama, terpinga-pinga dalam kekeliruan dan tidak tahu siapa yang harus diikuti. Maka tidak hairahlah ketika beribu-ribu lepasan agama yang dihasilkan setiap tahun daripada IPT tempatan serta ditambah pula ustaz dan ustazah yang pulang daripada Jordan, Syiria, Madinah dan Mesir, masyarakat Islam Malaysia makin jauh daripada agama yang sebenar. Kita tertanya-tanya, sebegitu ramai pakar fiqah, pakar hadis, pakar tafsir dan pakar bahasa Arab yang keluar setiap tahun daripada universiti-universiti tersohor dunia, ke manakah mereka? Ke mana perginya rakan-rakan Azhariyun yang suatu masa dahulu pernah menggegarkan piramid dengan seruan jihad? Atau apakah setelah diberikan gaji bulanan selesa dan jawatan berkerusi empuk, lalu seruan yang pernah dilaungkan dahulu menjadi seperti anjing menyalak bukit! Anjing Jilat Tahi Pada ayat 177 surah al-‘Araaf, Allah s.w.t. menjelaskan sekali lagi bahawa perumpamaan golongan ilmuwan agama yang bersikat tamak seperti anjing menjelirkan lidahnya adalah seburuk-buruk dan sehina-hina contoh. Justeru itu, artikel ini ditulis bagi menyahut perintah Allah agar memberikan peringatan kepada golongan ini. Sebagaimana kerasnya amaran Allah dalam ayat-ayat di atas, begitu juga penulis menggunakan uslub yang sama. Ibarat kata pepatah, ‘siapa makan cili dia yang merasa pedas’. Penulis berharap tulisan ini menjadi peringatan tegas kepada rakan-rakan daripada kalangan alim ulama, ustaz-ustaz, tok-tok guru dan para profesor, lebih-lebih lagi kepada diri penulis sendiri, agar mencerminkan diri dan bertanya: “Apakah ana ini seekor ANJING?” |
JANGAN JADIKAN ISLAM SEPERTI KRISTIAN
JANGAN JADI SEPERTI MEREKA
Paul atau Saul the Tarsus seorang munafik yang berpura-pura menganut ajaran Isa a.s adalah manusia yang merosakkan ajaran Baginda Isa. Pada mulanya, para Hawariun iaitu sahabat Nabi Isa a.s (menurut Ibnu Abbas salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang didoakan akan kefakihan terhadap tafsir mengatakan bahawa jumlah Hawariun adalah sebanyak 12 orang) meragui keikhlasan Paul menganut ajaran Isa a.s, tetapi setelah melihat kesungguhan Paul dalam menyebarkan ajaran Isa, mereka mula berbaik dengan Paul.
Perkara ini dijelaskan dalam Bible di dalam Fasal Acts 9:27-30, yang menceritakan pada mulanya para Hawariun takut untuk mendekati Paul kerana sikap beliau yang pada mulanya sangat memusuhi pengikut Isa sehingga sanggup membunuh (Lihat Acts 9:1-2) , tapi akhirnya diterima setelah seorang dari pengikut Isa a.s iaitu Barnabas menyatakan bahawa Paul sudah insaf.
Diceritakan dalam Bible, setelah pulang dari Demascus (beliau menetap di Demascus selama 3 tahun : lihat Galatians 1:15-20) dan pulang ke Jerusalem, beliau bersungguh-sungguh menyebarkan ajaran Isa a.s yang sebenar kepada kaum Yahudi. Dalam masa yang sama Farisi iaitu pendeta-pendeta korup Yahudi berpura-pura menyerang beliau dan memusuhi beliau kerana menyebarkan ajaran Isa a.s. Kepura-puraan (bukti bahawa ada muslihat disebalik mengapa Paul menganut ajaran Isa dan Farisi berpura-pura memusuhi beliau lihat Acts 19:27-32, iaitu peluang Farisi boleh membunuh Paul tetapi mereka tidak melakukannya, Kerajaan Rom melindungi beliau, lihat Acts 24:24-26, dan banyak lagi) Farisi memusuhi Paul meningkatkan lagi kemasyhuran beliau dikalangan kaum Yahudi dan kepercayaan mereka terhadap beliau.
Setelah kepercayaan, dan kehormatan diberikan kepada Paul oleh pengikut ajaran Isa serta Hawariun, Paul mula mula menunjukkan siapa diri sebenar beliau. Ketika itu, beliau mula menyeleweng dari ajaran Isa a.s yang sebenar, dan menyeru kaum Yahudi yang mengikut ajaran Isa a.s yang sebenar ke jalan yang sesat. Paul mula mencipta dan membuat pembaharuan terhadap ajaran-ajaran Isa a.s. Beliau memasukkan ideologi serta kepercayaan Greek, Yunani dan pelbagai lagi kedalam ajarannya, dan menyampaikannya kepada pengikutnya.
Semua ajaran-ajaran beliau, mula bertentangan dengan ajaran Isa a.s. Antaranya membenarkan pengikutnya tidak bersunat (bertentangan dengan ajaran Isa Luke 2:21), boleh makan babi (bertentangan dengan ajaran Isa Deutronomy 14:8), menyebarkan ajaran Isa a.s kepada orang-orang bukan Yahudi (Gentile) (bertentangan dengan ajaran Isa Mathhew 10:5-6), serta mengangkat Isa a.s sebagai Tuhan (Sedangkan Isa kata baginda tidak ada kuasa John 5:30, John 20:29).
Walaubagaimanapun, beliau tidak dimusuhi dan diperlakukan apa-apa kerana apa? Kita kena ingat sebelum beliau menyeleweng beliau telah mendapatkan kepercayaan orang ramai, dihormati orang ramai serta beliau mempunyai ramai pengikut. Oleh sebab itu, orang ramai tidak lagi merujuk kepada ajaran Isa a.s yang sebenar, dan tidak lagi mendapatkan penjelasan dari para Hawariun Isa a.s. Sebab bagi mereka Paul adalah seorang Imam yang dipercayai, jadinya semua kata-katanya adalah benar, walaupun dibawakan kepada mereka bukti-bukti dari ajaran Isa a.s yang sebenar, mereka tetap menafikannya.
Manakala para Hawariun telah dimusuhi kerana cuba membetulkan akidah orang ramai yang mula tersasar. Mereka dibunuh, dan para pengikut ajaran Isa a.s yang sebenar mula bertebaran kerana menyelamatkan diri. Pergaduhan antara pengikut Paul dan para Hawariun juga berlaku, dan keputusannya para Hawariun kalah dan mereka mula mengasingkan diri. Akhirnya muncullah ajaran baru iaitu Kristian, dan Paul-lah yang mengetuai ajaran sesat ini dengan menggunakan Isa a.s sebagai simbol teologi baru mereka.
PERSOALANNYA APA?
Persoalan disini ialah mengapa kisah Paul dan bagaimana munculnya ajaran Kristian itu diceritakan? Persoalan ini ditimbulkan bagi mengetuk hati-hati anda semua, tentang betapa kita Umat Islam sudah mula menampakkan ke arah untuk menjadi seperti di atas. Lihat sahaja, bagaimana kita memperlekehkan sebahagian Umat Islam yang berpegang kepada al-Quran dan Sunnah. “Asyik-asyik dalil, asyik-asyik dalil. Ustaz itu cakap betul, betullah.” Tidakkah kita perasan, bahawa ucapan tersebut persis sepertimana awalnya para penganut ajaran Isa a.s mula menyimpang dari ajaran Isa a.s yang sebenar. Kita mula melebihkan ucapan manusia dari Al-Quran dan Hadith Sahih.
Tidak usah jauh mencari contoh, lihat sahaja bagaimana dalam persoalan akidah kita mudah menerima pandangan ustaz-ustaz tanpa soal selidik. Apabila ditunjukkan kebenaran berdasarkan Al-Quran dan Sunnah yang Sahih, kita mempertikaikanya dan lebih selesa dengan pandanga ustaz-ustaz. Saya tidak kata ustaz tidak betul, tetapi kadang-kadang kita melebihkan ucapan manusia dari sumber agama kita iaitu Al-Quran dan Sunnah yang sahih.
Jangan biarkan kita juga menjadi seperti penganut ajaran Isa a.s yang menyimpang dari ajaran baginda. Moga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita, dan moga tidak ada Paul dalam ajaran Islam kita pada hari ini. Kalau ada, cepat-cepat cantas dan perbetulkan orang seperti itu. Islam tidak misteri, Islam juga bukan agama fantasi dan magis. Islam agama fakta, Islam agama berteraskan bukti. Islam itu Al-Quran dan Sunnah yang sahih berdasarkan kefahaman para sahabat, tabien, dan tabiut tabien.
Diriwayatkan dari Imam Khatib Al-Baghdadi ra (Abu Bakr ibn Ali bin Sabit ) dengan sanad yang sahih bahawa telah berkata Sufyan As- Sauri ra " Agama ini dibina dengan Asar -istinbat Al-Qur'an dan sunnah serta apa yang diriwayatkan dari para sahabat yang membawa kepada maksud syariah (Al-Qur'an & Sunnah)- dan bukanlah agama ini dibina dengan akal."
Seeru ala barakatillah...
Paul atau Saul the Tarsus seorang munafik yang berpura-pura menganut ajaran Isa a.s adalah manusia yang merosakkan ajaran Baginda Isa. Pada mulanya, para Hawariun iaitu sahabat Nabi Isa a.s (menurut Ibnu Abbas salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang didoakan akan kefakihan terhadap tafsir mengatakan bahawa jumlah Hawariun adalah sebanyak 12 orang) meragui keikhlasan Paul menganut ajaran Isa a.s, tetapi setelah melihat kesungguhan Paul dalam menyebarkan ajaran Isa, mereka mula berbaik dengan Paul.
Perkara ini dijelaskan dalam Bible di dalam Fasal Acts 9:27-30, yang menceritakan pada mulanya para Hawariun takut untuk mendekati Paul kerana sikap beliau yang pada mulanya sangat memusuhi pengikut Isa sehingga sanggup membunuh (Lihat Acts 9:1-2) , tapi akhirnya diterima setelah seorang dari pengikut Isa a.s iaitu Barnabas menyatakan bahawa Paul sudah insaf.
Diceritakan dalam Bible, setelah pulang dari Demascus (beliau menetap di Demascus selama 3 tahun : lihat Galatians 1:15-20) dan pulang ke Jerusalem, beliau bersungguh-sungguh menyebarkan ajaran Isa a.s yang sebenar kepada kaum Yahudi. Dalam masa yang sama Farisi iaitu pendeta-pendeta korup Yahudi berpura-pura menyerang beliau dan memusuhi beliau kerana menyebarkan ajaran Isa a.s. Kepura-puraan (bukti bahawa ada muslihat disebalik mengapa Paul menganut ajaran Isa dan Farisi berpura-pura memusuhi beliau lihat Acts 19:27-32, iaitu peluang Farisi boleh membunuh Paul tetapi mereka tidak melakukannya, Kerajaan Rom melindungi beliau, lihat Acts 24:24-26, dan banyak lagi) Farisi memusuhi Paul meningkatkan lagi kemasyhuran beliau dikalangan kaum Yahudi dan kepercayaan mereka terhadap beliau.
Setelah kepercayaan, dan kehormatan diberikan kepada Paul oleh pengikut ajaran Isa serta Hawariun, Paul mula mula menunjukkan siapa diri sebenar beliau. Ketika itu, beliau mula menyeleweng dari ajaran Isa a.s yang sebenar, dan menyeru kaum Yahudi yang mengikut ajaran Isa a.s yang sebenar ke jalan yang sesat. Paul mula mencipta dan membuat pembaharuan terhadap ajaran-ajaran Isa a.s. Beliau memasukkan ideologi serta kepercayaan Greek, Yunani dan pelbagai lagi kedalam ajarannya, dan menyampaikannya kepada pengikutnya.
Semua ajaran-ajaran beliau, mula bertentangan dengan ajaran Isa a.s. Antaranya membenarkan pengikutnya tidak bersunat (bertentangan dengan ajaran Isa Luke 2:21), boleh makan babi (bertentangan dengan ajaran Isa Deutronomy 14:8), menyebarkan ajaran Isa a.s kepada orang-orang bukan Yahudi (Gentile) (bertentangan dengan ajaran Isa Mathhew 10:5-6), serta mengangkat Isa a.s sebagai Tuhan (Sedangkan Isa kata baginda tidak ada kuasa John 5:30, John 20:29).
Walaubagaimanapun, beliau tidak dimusuhi dan diperlakukan apa-apa kerana apa? Kita kena ingat sebelum beliau menyeleweng beliau telah mendapatkan kepercayaan orang ramai, dihormati orang ramai serta beliau mempunyai ramai pengikut. Oleh sebab itu, orang ramai tidak lagi merujuk kepada ajaran Isa a.s yang sebenar, dan tidak lagi mendapatkan penjelasan dari para Hawariun Isa a.s. Sebab bagi mereka Paul adalah seorang Imam yang dipercayai, jadinya semua kata-katanya adalah benar, walaupun dibawakan kepada mereka bukti-bukti dari ajaran Isa a.s yang sebenar, mereka tetap menafikannya.
Manakala para Hawariun telah dimusuhi kerana cuba membetulkan akidah orang ramai yang mula tersasar. Mereka dibunuh, dan para pengikut ajaran Isa a.s yang sebenar mula bertebaran kerana menyelamatkan diri. Pergaduhan antara pengikut Paul dan para Hawariun juga berlaku, dan keputusannya para Hawariun kalah dan mereka mula mengasingkan diri. Akhirnya muncullah ajaran baru iaitu Kristian, dan Paul-lah yang mengetuai ajaran sesat ini dengan menggunakan Isa a.s sebagai simbol teologi baru mereka.
PERSOALANNYA APA?
Persoalan disini ialah mengapa kisah Paul dan bagaimana munculnya ajaran Kristian itu diceritakan? Persoalan ini ditimbulkan bagi mengetuk hati-hati anda semua, tentang betapa kita Umat Islam sudah mula menampakkan ke arah untuk menjadi seperti di atas. Lihat sahaja, bagaimana kita memperlekehkan sebahagian Umat Islam yang berpegang kepada al-Quran dan Sunnah. “Asyik-asyik dalil, asyik-asyik dalil. Ustaz itu cakap betul, betullah.” Tidakkah kita perasan, bahawa ucapan tersebut persis sepertimana awalnya para penganut ajaran Isa a.s mula menyimpang dari ajaran Isa a.s yang sebenar. Kita mula melebihkan ucapan manusia dari Al-Quran dan Hadith Sahih.
Tidak usah jauh mencari contoh, lihat sahaja bagaimana dalam persoalan akidah kita mudah menerima pandangan ustaz-ustaz tanpa soal selidik. Apabila ditunjukkan kebenaran berdasarkan Al-Quran dan Sunnah yang Sahih, kita mempertikaikanya dan lebih selesa dengan pandanga ustaz-ustaz. Saya tidak kata ustaz tidak betul, tetapi kadang-kadang kita melebihkan ucapan manusia dari sumber agama kita iaitu Al-Quran dan Sunnah yang sahih.
Jangan biarkan kita juga menjadi seperti penganut ajaran Isa a.s yang menyimpang dari ajaran baginda. Moga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita, dan moga tidak ada Paul dalam ajaran Islam kita pada hari ini. Kalau ada, cepat-cepat cantas dan perbetulkan orang seperti itu. Islam tidak misteri, Islam juga bukan agama fantasi dan magis. Islam agama fakta, Islam agama berteraskan bukti. Islam itu Al-Quran dan Sunnah yang sahih berdasarkan kefahaman para sahabat, tabien, dan tabiut tabien.
Diriwayatkan dari Imam Khatib Al-Baghdadi ra (Abu Bakr ibn Ali bin Sabit ) dengan sanad yang sahih bahawa telah berkata Sufyan As- Sauri ra " Agama ini dibina dengan Asar -istinbat Al-Qur'an dan sunnah serta apa yang diriwayatkan dari para sahabat yang membawa kepada maksud syariah (Al-Qur'an & Sunnah)- dan bukanlah agama ini dibina dengan akal."
Seeru ala barakatillah...
Perbaikilah Solat-Solat Kita
Oleh: Nawawi Sumber:http://an-nawawi.blogspot.com Kira-kira petang tadi ketika pergi menunaikan solat asar di sebuah masjid, sebelum solat asar berjama’ah dilaksanakan dan sebaik selepas solat sunnah tahiyatul masjid, aku duduk sebentar sambil melihat-lihat sekitar dalam masjid. Aku melihatlah beberapa individu yang sedang menunaikan solat sunnah. Aku merasakan sesuatu yang tidak kena kepada beberapa individu tersebut. Angkat tangan hendak takbir pun seakan-akan malas dan tidak disempurnakan dengan kerelaan. Susah sangat ke? Hatiku berbicara sendiri. “Mungkin baru belajar solat agaknya..” aku meredakan prasangka. Tapi, hatiku terus berkata-kata... Nak bersedekap ketika qiyam pun seakan-akan nak tak nak sahaja. Tangan kanan tidak digenggamkan dengan sebaik-baiknya pada tangan kirinya. Dan ketika sujudnya pula, hidungnya tidak mencecah ke lantai. Tangannya pula dihamparkan begitu sahaja dari jari hingga ke siku menyentuh lantai ketika sujudnya. Hatiku berasa tidak tenang, dan terasa mahu sahaja menegurnya. Tetapi, mengenangkan beberapa situasi lepas yang aku hadapi, membuatkan aku berfikir beberapa kali untuk menegur. Di mana aku seringkali dikatakan “busy body” dan tidak mengikuti serta memahami permasalahan setempat. Pernah suatu ketika dahulu hendak aku menegur, “Tak pe lah dik, pak cik dah biasa solat macam ni, lebih selesa.” Ada yang lain, “Betulkanlah solat kamu tu dulu.” Lebih membuatku senyum, “Tapi, solat ni abang belajar kat sekolah dulu memang macam ni, mana boleh salah. Rasanya adik perlu cek balik gi sekolah.” Tapi, ada yang membuatkan hatiku tesentak suatu ketika dulu adalah apabila ada seseorang datang meneguku, “Brader, kenapa you solat jari gerak-gerak? You wahhabi ke?” Tapi, bila teringat semula, ia menjadikan aku ketawa sendiri. Berkenaan menegur orang solat di tempat awam, di tempat yang orang tidak mengenali kita, rasanya se-akan-akan lebih mudah. Berbanding di tempat orang yang mengenali kita. Namun, bagiku, ia tetap sama-sama tak mudah. Kerana sebahagian orang ni sangat sensitif dengan teguran. Walaupun adakalanya ditegur dengan baik, ada sebahagian mereka memiliki ego yang tidak mahu tunduk. Sedaya-upaya, pelbagai falsafah dan teori dibentuk. Tapi, aku suka kepada sebahagian orang yang lebih mudah untuk berbincang dan berbual bertukar pendapat. Ia menjadikan siatuasi kelihatan lebih mesra. Berbanding orang yang sensistif, tidak boleh menerima kesilapan sendiri, agak sukar untuk memperbaiki kesalahan mereka. Nak menyapa pun fikir banyak kali. Sedangkan di sana ada beberapa hadis berkaitan dengan pesoalan solat tersebut, Daripada Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Aku diperintahkan untuk bersujud di atas tujuh tulang (iaitu) di atas dahi (beliau turut mengisyaratkan tangannya ke hidung), dua tangan, dua lutut, dan jari-jari kaki.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Azan, no. 812) Dari al-Barra’ bin ‘Azib radhiyallahu ‘anhu, “Jika kamu bersujud, letakkanlah kedua telapak tanganmu (ke lantai) dan angkatlah kedua siku kalian.”(Hadis Riwayat Muslim, Kitab ash-Solah, no. 494) Dalam Riwayat lain, dari Anas radhiyallahu ‘anhu, “Janganlah seseorang di antara kalian menghamparkan kedua tangannya seperti anjing meletakkan (tangannya).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Azan, no. 493) Akhirnya setelah beberapa kali menimbangkannya, aku mengambil keputusan untuk tidak menegurnya dahulu. Mungkin biarlah aku dahulu menunjukkan contoh. Dan seperti biasa, jari jemariku yang hanya mampu berbicara dengan menekan papan kekunci komputerku. Lalu hasilnya aku hamparkannya di blog peribadi ku ini dengan harapan pengalaman ini dapat dikongsikan bersama ke seluruh alam maya dan mereka yang memahami bahasa jari-jemariku. Pengalaman ku ketika petang tersebut tidak sahaja berkisar tentang soalnya solat beberapa individu tadi. Tetapi juga tatakala mahu menunaikan solat berjama’ah. Selepas iqamah dikumandangkan, imam pun segera tampil ke hadapan dengan berkata “rapatkan saf”. Beberapa saat mengambil masa, imam membaca surah an-Naas, ta’awuzd, lalu membacakan lafaz niat, dan segera bertakbir. Untuk makluman mereka yang menatap tulisanku ini, bacaan-bacaan imam tersebut bukanlah suatu sunnah yang tsabit. Sekadar memberitahu, mungkin sama-sama boleh kita bersikap terbuka dan mengkaji. Sebenarnya, aku terasa agak pelik ketika itu, imam langsung tidak memandang ke belakang memerhatikan barisan saf-saf makmumnya. Sedangkan barisan saf tersebut sungguh tunggang langgang berdasarkan pemerhatianku. Dengan keadaan barisan yang tidak rapat, aku cuba mengambil langkah untuk mengajak beberapa individu yang bersebelahan dengan ku untuk merapatkan saf dengan merapatkan kaki dan bahu, namun mereka seakan-akan pelik dan kembali merenggangkannya semula. Aku pun pasrah, lalu segera bertakbir mengikut imam dalam keadaan yang sedikit kecewa. Mengapa agaknya fenomena sebegitu kerap kali berlaku hampir di setiap masjid dan surau yang aku kunjungi. Ke manakah peranan para imam, para ajk masjid, para ustaz, dan para makmum atau indvidu yang melaksanakan solat itu sendiri? Apakah mereka menganggap persoalan solat adalah suatu persoalan yang remeh-temeh? Cukup sekadar “asal solat cukuplah...” Ataukah mungkin ada suatu bentuk kefahaman solat yang lain yang aku tidak memahaminya. Dari ajaran manakah ia? Jadi, berikanlah kepada ku sumber-sumbernya. Owh... Pening juga adakalanya... Sebenarnya, bagi mereka yang memahami, persoalan solat adalah suatu persoalan yang tersangat-sangat besar. Malah, kedudukan solat adalah setelah mengucapnya dua kalimah syahadah di dalam rukun Islam. Malah ia merupakan salah satu lambang terbesar sebagai seorang yang beriman, “Islam itu ditegakkan atas lima (5) perkara; mengakui bahawa tiada ilah yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji ke Baitullah, dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Iman, no. 7) Di dalam al-Qur’an Allah subhanahu wa Ta’ala menyatakan (maksudnya), “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu’ dalam solatnya...” (Surah al-Mukminun, 23: 1-2) Malah sebagai seorang yang beriman, yang mengerti betapa besarnya erti solat tersebut kepada dirinya, dia pasti akan mendidik dirinya agar melaksanakannya dengan sesempurna mungkin. Lalu mengajar dan mendidik ahli keluarganya untuk turut sama melaksakannya dengan sebaik mungkin. “Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.” (Surah Thoha, 20: 132) “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk melaksanakan solat ketika mereka berusia tujuh (7) tahun. Pukullah mereka kerana tidak melaksanakan solat ketika berusia sepuluh (10) tahun...” (Disahihkan oleh Sheikh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghaliil, 1/266) Dan solat yang terbaik dan tersahih lagi yang sebenarnya adalah, solat yang dilaksanakan berdasarkan contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ini adalah sebagaimana yang dipesankan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri, “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Azan, no. 604) Tidak lain, untuk mengetahui tatacara solatnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah dengan merujuk dan taat kepada hadis-hadis yang beliau nyatakan. Ia bermulalah dari soalnya thoharah, wudhu’, soalnya pakaian, persoalan tempat solat, tatacara solat bermula dari takbirnya sehinggalah kepada salamnya, dan sehinggalah kepada sesudahnya salam yang termasuk amalan-amalan sunnahnya. Perkara-perkara inilah yang kini semakin diabaikan dan dilupakan oleh para individu Muslim. Mengapa jika persoalan tugas di pejabat mampu dilaksanakan dengan bertungkus lumus, tetapi soalnya solat ditinggalkan keutamaannya. Mengapa soalnya pengajian dan pendidikan sains, kejuruteraan, pembinaan bangunan, kajian DNA, analisa kewangan, dan pelbagai lagi boleh dilakukan dengan penuh teliti namun solatnya terabai dan umpama tidak diberi makanan yang cukup bagi membolehkan terbinanya jasad yag sihat. Begitulah solat. Ia dilakukan dengan ilmu dan kefahaman bagi membolehkan ia dibina dan dilaksanakan dengan penuh bermaya dan syi’ar-syi’ar agama terpancar daripadanya. Malah, ia sebenarnya menjadi titik mula kepada pekerjaan dan perlakasanaan aktiviti yang lain. Ia merintis sebuah disiplin yang sebenar sebagai seorang mukmin yang taat dan komited terhadap setiap tugasan yang diterimanya. “Dasar segala urusan adalah Islam, dan tiangnya adalah solat, manakala puncaknya adalah jihad.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Dihasankan oleh Sheikh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghaliil, 2/138) Ia melambangkan betapa kesungguhan seseorang tehadap amanah yang dipegangnya. Ia melaksanakannya dengan sebaik-baiknya. Ia melakukan dengan penuh kesabaran dalam apa jua keadaannya. “Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.” (Surah al-Baqarah, 2: 45) Namun, sungguh dikesalkan pada hari ini, lambang dan syi’ar-syi’ar ini mula ditinggalkan. Mereka menjadikan hal-hal yang lain pula sebagai syi’ar dan melupakan keutamaan yang sebenar. Meletakkan priority pada kedudukan yang terkemudian. Susunan mula menjadi terbalik. Malah mungkin menjadi tunggang langgang. Seseorang dipandang baik tidak lagi pada prinsip-prinsip agamanya. Tidak penting lagi persoalan solatnya, tetapi pekerjaannya sebagai seorang jurutera, doktor, pakar ekonomi, pakar tari, pakar musik, dan seumpamanya. Solat bukan lagi soal utama. Entah duduk di ranking ke berapa agaknya... Kenapa mind-set kita berputar sejauh itu? Di sebahagian sudut dan kelompok, sungguh lebih dikesalkan, perjuangan jihad tanpa ketahuan pula dikehadapan melampaui segala-galanya. Sehinggakan hal keimanan dan solat menjadi kelam tidak disuarakan. Hal ini mungkin berlaku kepada kelompok yang memiliki semangat keterlampauan, namun tidak dibina atas dasar ilmu. Semangat berkobar-kobar, namun kefahaman terhadap agama sangat mengecewakan. Sewajarnya persoalan solat ini diperbaiki dengan sungguh-sungguh. Kerana, setiap hal yang besar dalam agama itu, bermula dengan dasar aqidah serta solatnya. Jika persoalan yang lebih dasar gagal diperbaiki, bagaimana pula hendak memperbaiki persoalan yang lebih rumit? Kita lihat di masjid-masjid hari ini, ada pelbagai ragam dan gaya orang menunaikan solatnya. Ada yang tangannya tidak disedekapkan, ada yang kakinya dirapatkan, ada yang kakinya dikangkangkan melebihi kewajaran, ada yang takbirnya berulang-ulang kali untuk melaksakan solatnya, dan ada yang solat jama’ahnya hanya sekadar datang ke masjid namun ruhnya tiada. Mengapa ruhnya tiada? Tidak lain, kerana ianya tidak dibina atas dasar kefahaman yang tepat. Saf-saf solatnya juga tidak dijaga. Imamnya tidak mengambil endah soal makmumnya di belakang. Ini yang datang ke masjid. Belum dikirakan mereka yang tidak mahu ke masjid. Dan sebahagian mereka yang langsung tidak menunaikan solat. Atau apakah mungkin mereka yang tidak mahu ke masjid akibat soalnya solat di masjid sudah menjadi tidak ketahuan kaedahnya? Manakala mereka yang tidak menunaikan solat adalah lantaran solat sudah tidak ada arahnya dan sumbernya yang benar perlaksanaannya. Tiada keseragaman, yang mengakibatkan mereka hilang keyakinan untuk melaksanakannya. Mereka menanyakan, apakah standardize perlaksanaan solat? Apakah cukup sekadar mulut menyatakan “kita ikut Mazhab Syafi’i”? Ketahuilah bahawa perkara yang pertama-tama sekali dihisab bagi kita adalah persoalan solat. Ini dapat difahami dari hadis nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berikut, “Amalan yang pertama kali ditanyakan kepada seorang hamba pada hari Kiamat kelak adalah solatnya. Jika solatnya baik, maka dia telah beruntung, dan jika solatnya rosak, maka dia telah gagal dan rugi.” (Sahih menurut Sheikh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahaadis ash-Shahihah, 3/346) Malah, ikatan dan simpulan Islam itu dinyatakan jika ianya mula terlerai, maka ianya akan terlerai satu demi satu dari individu atau masyarakat mukmin bermula dari hukum-hakamnya yang tertentu sehinggalah kepada yang terakhir sekali adalah solatnya. Apakah kita mahu lagi memandang enteng persoalan solat? Setelah banyak sekali persoalan yang lainnya kita merasakan sebagai berat dan seringkali terlepas begitu sahaja. Fahamilah bahawa solat adalah ikatan yang menjadi benteng dan syi’ar terakhir kita. “Ikatan-ikatan Islam itu akan terlepas seikat demi seikat. Setiap kali ikatan itu terlepas maka mereka akan berpegang kepada ikatan yang berikutnya. Dan yang pertama sekali terlepas (ikatannya) adalah hukum-hakam, manakala yang terakhir sekali terlepas adalah solat.” (Dinilai sahih oleh Sheikh al-Albani di dalam Shahih at-Targhiib wa at-Tarhiib, 1/229) Jadi, jika solat pun telah kita pandang remeh, ikatan apa lagi yng mahu kita pegang kemudiannya? Tanyakan lah pada pendirian dan kegfahaman masing-masing. Dengan itu, marilah kita kembali membina kekuatan yang semakin rapuh tersebut dengan kembali melihat dan memperbaiki solat-solat kita berdasarkan sumber-sumber yang benar. Sehinggalah kita melaksanakannya sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melasanakannya. Mengerjakannya dengan penuh semangat, khusyu’ dan tenang yang terbina atas landasan ilmu pengetahuan yang benar. Tidak lain, ia dibina berdasarkan hadis-hadis yang sahih lagi diyakini. Kita kembali melaksanakan solat dengan sebaik-baiknya. Menegakkan syi’ar-syi’ar agama bermula dari dasar dan landasan yang betul. Melaksanakannya berdasarkan hadis-hadis yang sahih. Bermula dari wudhu’nya sehinggalah kepada takbir sampailah kepada akhir salamnya. Semuanya didasari hadis-hadis yang benar. Kita terapkan serta praktikkan kefahaman dan ilmu tersebut ke dalam diri masing-masing, sehinggalah kepada ahli keluarga. Kemudian, kita melaksanakannya di masjid-masjid atau di surau-surau secara berjama’ah. Di surau dan masjid pula, para imamnya tahu tanggungjawab mereka masing-masing. Saf-saf solat kembali menjadi rapat dan teguh barisannya. Ia terbina dengan rapat, tersusun, kemas, dan betul sekaligus mencerminkan betapa teguhnya hati-hati mereka dalam kesatuan dengan disiplinnya. Sebagaimana pentingnya saf-saf solat ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi tahukan kepada kita melalui hadis yang tidak kurang banyaknya yang antaranya, “Luruskanlah saf, rapatkanlah bahu-bahu, rapatkanlah ruang-ruang (antara kamu), lembutkanlah ketika menyentuh tangan-tangan saudara kalian, dan janganlah kamu membiarkan celah-celah terbuka untuk syaitan. Barang siapa menyambung saf maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa memutuskan saf maka Allah akan memutuskannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Kitab ash-Solah, no. 666. Disahihkan oleh Sheikh al-Albani dailam Shahih Sunan Abi Daud, 1/197) Dari Nu’man, bin Bashir, Rasulullah menyatakan (dengan mengahadap kami, ketika hendak solat) “Luruskanlah saf-saf kamu, luruskanlah saf-saf kamu, luruskanlah saf-saf kamu, Demi Allah, kamu akan meluruskan saf-saf kamu atau Allah akan menjadikan hati-hati kamu saling berselisih”. Aku melihat bahu saling bersentuhan, lutut dengan lutut teman sebelahnya saling bersentuhan, dan mata kaki dengan mata kaki teman sebelahnya turut bersentuhan.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab ash-Solah, no. 662) Malahan di sebahagian hadis-hadis yang lain dengan jelas dinyatakan bahawa Rasulullah dan para sahabat yang lain selepasnya, sekali-kali solat berjama'ah tidak akan dimulakan selagi mana saf tidak dirapatkan. Ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya merapikan saf di dalam perlaksanaan solat berjama'ah. Betapa hebatnya jika disiplin ini kembali terlaksana di setiap surau-surau dan masjid-masjid sekitar kita. Ia akan jelas menggambarkan kepada kita betapa hebatnya disiplin, kesatuan dan kecintaan kita sesama sendiri. Bagi mereaslisasikan situasi tersebut, apa yang paling utama dan terpenting adalah dengan kembalinya kita semua kepada manhaj ilmu. Cari dan dapatkanlah sumber-sumber rujukan, buku-buku atau kitab-kitab yang sahih yang mampu menerangkan persoalan agama berdasarkan hadis-hadis yang sahih lagi jelas. Tinggalkanlah pertikaian-pertiakain dan perbahasan-perbahasan yang membelakangkan nilai-nilai ilmiyah tanpa image intelektual. Semoga dengan sumber-sumber yang sahih ini akan mampu membentuk semula daya juang dan image agama yang segar sekaligus menyerlahkan ketulenan ber-agama yang sebenar sebagaimana yang dituntut oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam banyak pesanan-pesananannya iaitu dengan berpegang kepada al-Qur’an dan as-Sunnah. Semoga luahan hati ku ini mampu dibaca oleh sesiapa sahaja, sekaligus merealisasikan impian ku untuk melihat syi’ar-syi’ar agama ini ditegakkan bermula dari dasarnya yang sebenar. Kerana, hanya dengan dasar yang betul, maka cabang-cabang yang lainnya akan menjadi betul. Ia tidak lain juga, dimulakan dengan prinsip-prinsip aqidah yang betul. Apabila pengambilan agama dilaksanakan dengan dasar yang betul. Apabila priroriti dan keutamaan dikenal pasti dan diperbaiki, insyaAllah, disiplin dan perjalanan cabang-cabang dan dahan-dahan yang menjalar seterusnya akan berupaya menghasilkan bunga serta buah yang terbaik. |
Wahabi: Istilah Yang Ditakuti!
Antara ketakutan dalam diri manusia adalah apabila dia diberikan suatu gelaran yang membawa maksud yang buruk dalam masyarakat, ‘Wahabi’ merupakan contoh gelaran yang ditakuti apabila seseorang itu berada di dalam lapangan agama. Masyarakat Islam di Malaysia secara umumnya memahami istilah Wahabi ini merujuk kepada segelintir golongan umat Islam yang mempunyai tafsiran dan pemahaman yang berbeza mengenai soal ibadat. Contohnya, apabila seseorang itu tidak membaca doa Qunut ketika solat subuh, maka dia akan dituduh sebagai penganut fahaman Wahabi. Begitu juga jika seseorang itu menolak mengadakan majlis kenduri arwah, maka dia juga akan dituduh sebagai Wahabi. Secara ringkasnya, apa sahaja pandangan atau pendapat yang melawan arus pemikiran perdana umat islam di Malaysia, maka berkemungkinan besar si pembawa idea atau pendapat itu akan digelarkan sebagai Wahabi. Persepsi ini merupakan satu stigma pemikiran yang yang telah lama mendominasi pemikiran tradisionalis umat Islam di Malaysia. Penulisan ringkas ini tidak menjuruskan benar atau salah fahaman ini, namun sekadar santapan ringkas agar ilmu dan pemahaman dapat diluaskan. Gelaran Wahabi sebenarnya disandarkan kepada seorang tokoh agama yang bernama Muhammad Ibn Abdul Wahab. Di zamannya, Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab merupakan seorang yang tegas dalam membersihkan akidah umat islam yang mana ketika itu dicemari dengan pelbagai unsur-unsur inovasi dalam agama seperti pemujaan kubur alim ulama’ dan pembinaan di atas kuburan. Kebanyakan tanggapan mendakwa fahaman ini mendukung idea dan perjuangan Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab dalam membersihkan akidah umat Islam. Sewajarnya, jika gelaran wahabi ingin disandarkan kepada Sheikh ini, ia sepatutnya menggunakan gelaran ‘Muhammadiyyah’. Namun musuh-musuh Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab sengaja menggunakan istilah Wahabi untuk mengaitkan diri Sheikh itu dengan fahaman Khawarij yang mendakwa orang Islam sebagai murtad jika melakukan dosa. Namun hal ini telah dinafikan olehnya dalam surat yang ditulis kepada penduduk Qassim, ‘saya tidak pandang mana-mana orang Islam sebagai kafir kerana dosa mereka, dan saya juga tidak mengeluarkannya dari agama Islam.’ (ruj: Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life & The Essence of His Call, Prof Sulaiman Ibn Abdurrahman Al-Huqaily, edisi terjemahan oleh Hamidun Abdullah untuk Institute As-Sunnah, Perlis) Sebenarnya, terdapat banyak tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada tokoh ini sehingga menjadikan gelaran Wahabi sebagai satu istilah yang ditakuti, namun kebanyakkan tuduhan itu telah pun dijawab dengan ilmiah. Walaupun berlaku banyak fitnah terhadap dirinya, namun sumbangan besarnya dalam bidang akidah tetap dihargai oleh ramai ulama’ dunia seperti Dr Yusuf Al-Qardhawi, Sayyid Muhammad Rashid Ridha, Sheikh Ali Tantawi dan lain-lain ulama’ besar dunia. Memetik kata-kata Al-Qardhawi ‘Prioritas dalam da'wah Imam Muhammad bin Abd al-Wahhab di Jazirah Arabia ialah pada bidang aqidah, untuk menjaga dan melindungi tauhid dari berbagai bentuk kemusyrikan dan khurafat yang telah mencemari sumbernya dan membuat keruh kejernihannya. Dia menulis berbagai buku dan risalah, serta menyebarkan dan mempraktekkannya dalam rangka menghancurkan berbagai fenomena kemusyrikan.’ (ruj: Fiqh Aulawiyyat, Dr Yusuf Al-Qardhawi) Realiti yang berlaku di dunia Islam, kebanyakkan pemikiran tradisionalis menganggap fahaman Wahabi ini sebagai unsur yang menyimpang di dalam Islam. Dukacita juga sebahagian dari mereka meletakkan fahaman ini sebagai terkeluar daripada Ahlul Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ). Majoriti yang menjadi pemikir seperti ini hanyalah merupakan mangsa kepada keadaan yang telah membutakan mereka kepada kefahaman yang rigid. Mereka menganggap, apa sahaja yang bercanggah dengan nilai mazhab Syafie mengikut kefahaman mereka, nilai itu akan dianggap sebagai tertolak walaupun ia masih berlegar dalam ruang ASWJ. Oleh itu, sebarang usaha tajdid untuk memberikan satu sudut pandang yang berbeza terhadap Islam, maka kadangkala ia akan ditolak secara mentah dengan beralasan pandangan itu sebagai pegangan fahaman Wahabi. Al-Qardhawi mengulas mengenai isu takut kepada usaha tajdid, katanya ‘Inilah satu titik lemah dalam pergerakan Islam. Ia takut dari ijtihad, tidak senang pada pembaharuan (tajdid), tidak cenderung pada keterbukaan dan tidak menyenangi perkembangan dan perubahan.’ (ruj: Di Mana Punca Kelemahan Umat Islam Masa kini, Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi) Di Malaysia, golongan yang mendukung fahaman Wahabi ini lebih gemar jika ia digelarkan sebagai Salafi, Pro-tajdid atau pendukung Sunnah. Mereka ingin membawa satu kaca mata yang lebih besar terhadap fahaman ini dengan menekankan pemahaman Islam menurut manhaj para Salaf. Al-Salaf memiliki erti orang-orang yang mendahului dari bapak-bapakmu dan kaum kerabatmu yang mereka di atasmu dalam hal usia dan keutamaan..... Rasulullah, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, mereka adalah salaful ummah (pendahulu ummat), dan siapa saja yang menyeru kepada apa yang diserukan oleh Rasulullah SAW, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, mereka juga salaful ummah. Serta siapa saja yang menyeru kepada apa yang diserukan oleh Rasulullah SAW, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, maka mereka berada si atas manhaj as-Salaf ash-Sholih. (ruj: Studi Ringkas Tentang Manhaj Salaf, Sheikh Abdul Qadir Al-Arna’uth) Manhaj ini menurut mereka tidak membataskan pemikiran dengan lingkungan mazhab semata, tetapi keluasan pemikiran berpandungan Quran dan As-Sunnah yang soheh. Oleh sebab itu, masyarakat Islam tradisionalis menganggap mereka sebagai bermasalah apabila ada ibadah atau adat yang ditentang oleh pendukung fahaman ini kerana menurut mereka tidak menurut syariat Islam yang sebenar. Hal ini telah menyebabkan berlakulah pertempuran yang berlarutan sekian lama yang mungkin dikenali di Malaysia sebagai ‘kaum muda vs kaum tua’. Namun begitu, fahaman Salafi di Malaysia masih boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan menurut pengamatan Ustaz Zaharuddin. Kumpulan pertama ialah yang ekstrem lagi keras dan tegas, kedua pula yang Sederhana (moderate), manakala Ketiga iaitu yang lebih lembut dan toleran (Mild). (ruj: Ulasan, Komentar & Cadangan Berkenaan Kursus Latihan ESQ 165, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman) Mungkin pendekatan kumpulan pertama iaitu yang bersifat sedikit keras dan ekstrem telah menimbulkan rasa kurang senang dan terkejut masyarakat Islam di Malaysia yang mana rata-rata pemahamannya mengenai ilmu Islam hanyalah pada peringkat asas. Pendekatan bagi kumpulan dua dan tiga kelihatan agak berjaya apabila dapat mempengaruhi sebahagian besar golongan pelajar di universiti dan pekerja profesional. Perkembangan aliran Salaf ini mendapat tentangan agak hebat daripada golongan yang memegang kuasa agama apabila terdapat beberapa tokoh yang didakwa mendukung fahaman Wahabi dilarang memberikan ceramah dibeberapa buah negeri. Terdapat juga pelbagai forum yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu yang mana bertujuan menerangkan tentang bahaya pemikiran Wahabi yang semakin menular di dalam Malaysia. Isu wahabi sebenarnya merupakan masalah persepsi umat Islam yang mana telah digambarkan dengan pelbagai fakta yang dangkal dan tidak benar mengenai fahaman ini. Umat islam di Malaysia perlu diberikan ruang kepada pemikiran yang lebih luas terhadap Islam. Jika suatu pemikiran itu dangkal dan tidak benar, secara automatis pemikiran itu akan berkubur dan tidak mendapat tempat. Masyarakat Islam semakin bijak dalam penilaian, berikan mereka ruang untuk menilai setiap hujah dan fakta mengenai agamanya. Perkara yang terpenting dalam hal ini, kita sewajarnya tidak sesekali mengeluarkan mereka daripada keluarga Islam ASWJ. ‘Oleh itu berbalik kepada isu Wahhabi, pendirian yang jelas perlu diambil, Wahhabiyyah sekali-kali bukan golongan yang terkeluar daripada Ahli Sunnah. Mengeluarkan mereka daripada Ahli Sunah bermakna kita juga terjebak ke lembah fanatik yang sama seperti sebahagian mereka.....’ (ruj: Isu Wahabiyyah: Menangani Secara Realiti, Jurnal Penyelidikan Islam bil 19 2006M, Mohd Aizam bin Mas’od, JAKIM) Oleh: Ajim http://www.ajimtajdid.blogspot.com |
Abu Hurairah dianugerahkan hafalan yang kuat
Keperibadian ahli hadis Oleh: Mohd Norzi Nasir Sumber: http://www.utusan.com.my KELAHIRAN dan kebangkitan para ulama hadis sepanjang zaman merupakan satu kurniaan luar biasa daripada Allah SWT. Sumbangan tidak ternilai mereka berupa penyusunan pelbagai kaedah dan metod dalam ilmu hadis telah berjaya dijadikan garis panduan dan digunakan secara ilmiah untuk meneliti kesahihan sesebuah hadis. Usaha yang disumbangkan oleh para ulama melalui karya-karya agung secara tidak langsung adalah bukti mereka mempertahankan kredibiliti Rasulullah SAW sebagai penyampai wahyu Allah melalui lidah, perbuatan dan pengakuan, para sahabat selaku generasi pertama yang mengambil periwayatan daripada baginda. Semua gerak kerja yang dilakukan oleh para ulama hadis adalah demi mempertahankan hadis-hadis Rasulullah SAW daripada diganggu-gugat oleh musuh-musuh Islam. Meneladani dan mengetahui visualisasi sebenar keperibadian ahli hadis merupakan tuntutan dalam usaha melahirkan generasi al-hadis ke arah meniti kegemilangan ummah pada masa hadapan. Ahli hadis merupakan generasi yang memiliki tingkat kepercayaan yang paling tinggi dalam meyakini manhaj Rasulullah SAW, berjalan di atas manhaj atau jalan yang ditempuh oleh para sahabat Rasulullah SAW, para tabien dan tabi’ altabien. Mereka juga merupakan kadir-kadir yang tetap di atas perkara yang asas dalam agama dan cabangnya sesuai dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya berdasarkan firman Allah yang bermaksud: Dan berpegang teguhlah kalian semua kepada tali Allah (al-Quran) dan janganlah berpecah-belah. (ali-‘Imran: 103) Menurut al-Sabuni, “Ahli hadis meneladani Nabi dan para sahabatnya. Mereka meneladani generasi salaf yang saleh dari para imam dan para ulama kaum muslimin. Mereka berpegang teguh kepada agama yang kukuh dan kebenaran yang pasti. Mereka membenci ahli-ahli bidaah yang sering mengada-adakan sesuatu dalam persoalan agama”. (Aqidah al-Salafi Ashab al-Hadis, hlm. 99-100) Pujian ulama terhadap ahli hadis Rasulullah SAW mendoakan secara khusus kepada sesiapa yang mempelajari hadis baginda SAW. Sabda baginda yang bermaksud: “Semoga Allah SWT memberikan cahaya kepada seseorang yang mendengar hadis daripadaKu lalu menghafaznya sehingga dia menyampaikannya kepada orang lain”. (Riwayat Abu Dawud, al-Tirmidhi dan Ibn Hibban dalam Kitab Sahihnya) Sufyan al-Thauri mengatakan: “Aku tidak mengetahui suatupun yang dipersembahkan kepada Allah SWT melebihi (daripada mempelajari dan mengajar) hadis”. Imam al-Syafie berkata: “Kamu hendaklah bersama ashab al-hadis. Merekalah orang yang paling tepat”. Bahkan beliau pernah bersyair dengan maksud: “Ilmu yang sebenar ialah yang ada padanya haddasana. Dan yang tiada demikian (tiada sanad riwayat dan tiada asal daripada Nabi SAW), maka semua itu hanyalah bisikan syaitan”. Al-Imam Ahmad ibn Hanbal: “Tidak ada satu kaum pun di sisiku yang lebih baik daripada ahli hadis”. Al-Khatib al-Baghdadi mengatakan: “Seandainya para ulama hadis tidak menjaga hadis-hadis, tidak mengumpulkannya, tidak mengeluarkan kefahaman daripadanya dan mengamati sanad-sanadnya, nescaya terbatallah syariat Islam dan hilanglah hukum hakamnya, kerana semuanya itu diambil daripada hadis-hadis yang dihafal (dan terjaga) dan diriwayatkan (oleh mereka)…”. Membela sunnah Rasulullah SAW Abu Hurairah r.a dan Kewibawaan Dalam Ilmu Hadis: Beliau ialah Abu Hurairah al-Dawsi al-Yamani. Para ulama berselisih pendapat tentang nama beliau. Nama beliau dikatakan sebagai Abd. al-Rahman ibn Sakhar, atau ibn Ghunm, atau Abdullah ibn A’iz, Abd. Shams dan beberapa nama lain. Sewaktu zaman Jahiliah nama beliau dikatakan sebagai Abd. Syams. Abu Hurairah memeluk Islam pada tahun 7H, tahun berlakunya peperangan Khaibar. Beliau memeluk Islam setelah mendengar dakwah dari Tufayl ibn Amr al-Dawsi yang pernah datang ke Madinah menghadap baginda SAW. Abu Hurairah terkenal sebagai tokoh yang berpegang teguh pada sunnah Rasulullah dan sentiasa memberikan khidmat bakti kepada baginda. Sejak memeluk Islam, Abu Hurairah sering berdampingan dengan Rasulullah SAW. Menurut Ajjaj al-Khatib, Abu Hurairah sering bersama Rasulullah dan mempunyai banyak kesempatan belajar serta menerima hadis berlainan dengan para sahabat yang sibuk menguruskan ladang-ladang, dagangan-dagangan dan yang membantu Rasulullah SAW dalam pertempuran dan pertahanan negara. Abu Hurairah dianugerahkan hafalan yang kuat. Kekuatan hafalan beliau adalah sebagai satu bukti keberkatan doa baginda SAW. Hal ini sebagaimana kisah yang diungkapkan oleh Abu Hurairah sendiri seraya Abu Hurairah berkata, “Wahai Rasulullah, aku mendengar hadis yang banyak daripada-Mu, tetapi aku sering lupa, Rasulullah SAW berkata, “Hamparkanlah selendangmu. Lalu aku menghamparkannya, lalu Rasulullah SAW memegang dengan kedua tangannya dan baginda SAW. bersabda, “Ikatlah”. Lalu aku mengikatnya. Sejak itu aku tidak pernah lupa. (riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ilm, Bab Hifz al-Ilm, hadis 119]. Ketekunan Abu Hurairah dalam menerima, mendengar dan mempelajari hadis daripada baginda SAW terbukti apabila beliau merupakan perawi pertama yang menanyakan hadis gerangan yang paling bahagia kerana mendapat syafaat daripada baginda pada hari kiamat. Kewibawaan beliau sebagai seorang perawi hadis telah diakui oleh baginda, para sahabat dan ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Beliau turut dikenali sebagai salah seorang ahli suffah yang tinggal di wakaf masjid. Sifat amanah dan takwa yang dimiliki oleh beliau menjadi kebanggaan baginda sehingga baginda SAW melantik beliau sebagai pengagih makanan untuk ahli suffah iaitu golongan fuqara’ muhajirin yang tiada tempat tinggal. Abu Hurairah menghembuskan nafas terakhir pada 57 atau 58 H (676-678 M) dalam usia 78 tahun di Madinah. Beliau telah mewafatkan warisan yang amat berharga kepada umat Islam dan merupakan sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah SAW iaitu 5,374. sumber http://www.al-fikrah.net |
Nampak Kuat Agama Tapi Masuk Neraka
Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin SUMBER : Mingguan Malaysia, 11hb Oktober 2009 Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil bukanlah mudah. Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata. Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik. Umpamanya, apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat, atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya. Namun dalam masa yang sama kita tidak akan membuat kesimpulan bahawa dia adalah pasti ahli syurga, atau pasti orang yang kuat berpegang dengan agama, atau seorang yang soleh. Ini kerana solat dan puasa memanglah amalan yang baik dalam Islam, tetapi Islam bukan sahaja berkaitan soal solat dan puasa, sebaliknya Islam merangkumi pelbagai sudut kehidupan. Jika dia kuat solat dan puasa, tetapi dalam masa yang sama kuat memaki dan mencerca orang, atau menderhakai ibubapanya, atau tidak amanah, atau menzalimi orang lain dan seumpamanya, maka dia bukannya orang yang soleh dalam ertikata sebenar dalam Islam. Tidakkah kita selalu membaca hadis: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim). Pendusta Agama Dalam hadis lain Nabi s.a.w menceritakan tentang akhir zaman ada para pembaca al-Quran kerana hendak dapat untung. Ini dapat kita lihat dalam negara kita mereka yang memakai ‘pakaian agama’ dan mengutip wang daripada orangramai kononnya kerana hendak membuat penghantaran pahala kepada si mati. Mereka membuat untung yang besar saban tahun atas nama al-Quran dan orang menganggap mereka melakukan kebaikan sedangkan Nabi s.a.w menyindir perbuatan ini dengan sabdanya: “Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani). Dalam sejarah ramai mereka yang menampil watak ‘agama’ tetapi sebenarnya penjenayah agama. Antara yang terkenal ialah Abu ‘Ismah Nuh bin Abi Maryam yang mencipta hadis-hadis dusta kononnya kerana ingin mendapat pahala dengan diadakan hadis-hadis fadilat itu dan ini khususnya tentang surah-surah al-Quran. Dia digelar Nuh al-Jami’ bermaksud Nuh yang menghimpunkan. Ini kerana dia menghimpunkan ilmu daripada berbagai tokoh-tokoh besar. Namun al-Hafiz Ibn Hibban menyatakan: “dia menghimpunkan segalanya, kecuali cakap benar”. (lihat: al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, 185, Beirut: Dar al-Fikr). Pada zahirnya, dia tokoh agamawan namun pada hakikatnya dia sebenarnya pendusta agama. Bukan sedikit orang yang sepertinya dalam sejarah pengumpulan hadis. Kata seorang tokoh pengkaji hadis, Dr. Hammam Sa`id: “Telah zahir golongan ahli ibadat, zuhud dan nussak (penumpu penuh ibadah). Kejahilan dan kebodohan mereka telah membawa mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam fadhilat-fadhilat amal, fadhilat surah-surah al-Quran dan solat-solat sunat, untuk menggalakkan orang ramai beramal. Seperti juga mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam menakut orang ramai terhadap maksiat. Mereka menyangka mereka telah membela Islam. Golongan yang jahil ini tidak tahu bahawa pendustaan ke atas RasululLah s.a.w boleh menurunkan mereka ke dalam tingkatan-tingkatan yang paling bawah dalam neraka jahannam” (Hammam `Abd al-Rahim Sa`id, Al-Tamhid fi `Ulum al-Hadith, m.s. 140, Jordan: Dar al-Furqan). Ini kerana tindakan mereka telah menipu atas nama Nabi s.a.w dan merubah wajah asal agama. Jika dilihat atau dinilai pada zahir ibadah dan pakaian mereka, tentu kita menyangka mereka golongan yang soleh, tetapi di sisi agama mereka adalah para pendusta yang termasuk dalam sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Khawarij Dalam sejarah pertelingkahan umat Islam kelompok yang paling kuat dan awal menggunakan isu agama untuk mengkafirkan orang Islam yang lain ialah Puak Khawarij. Kelompok ini Nabi s.a.w sifatkan seperti berikut: “..Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Inilah Khawarij yang kelihatan hebat dalam ibadah dan pidato agama mereka dengan menggunakan nas-nas al-Quran. Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat, juga mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka. Puak Khawarij ini mengangkat slogan: “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah”. Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Saidina Saidina ‘Ali bin Abi Talib kepada mereka: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”. (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah). Dengan slogan al-Quran “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44), maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam. Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir. Hasilnya, pertumpahan yang dahsyat berlaku pada zaman pemerintahan Saidiyyida ‘Ali bin ‘Abi Talib. Selepas zaman ‘Ali pun, pemikiran Khawarij meresap ke dalam berbagai kumpulan dan organisasi. Hasilnya, kita mendengar isu kafir mengkafir muncul di pelbagai zaman dan tempat di seluruh pelusuk dunia Islam. Pada zahirnya puak ini berwajah agama, namun pada hakikatnya Nabi s.a.w menyebut tentang mereka: “Mereka itu berucap dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka. Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat” (Riwayat al-Bukhari). Demikian getirnya kelompok ini. Sekalipun dengan ungkapan dan nas agama di mulut mereka, namun Nabi s.a.w memerintahkan agar pemerintah Islam membunuh mereka kerana mereka mengkafirkan bahkan sesetengah kelompok mereka seperti al-Azraqiyah membunuh orang Islam, anak kecil dan wanita yang tidak mengikut kumpulan atau jamaah mereka. Dengan ini menyedarkan kita semua, di samping kita bersangka baik kepada golongan yang menzahirkan ciri-ciri agama, kita sayangkan mereka dan menghormati mereka, namun kita juga mestilah berhati-hati dengan tindakan setiap individu dan kumpulan. Janganlah penampilan zahir menyebabkan kita membuta mata atau memandulkan akal dari membuat penilaian yang matang dan seimbang. Apa yang baik kita kata baik, apa yang salah tetap dinilai salah tanpa mengira dari mana dan siapa kesalahan itu datang. Namun jika golongan tertentu menzahirkan ciri-ciri agama dan memegang prinsip agama dalam seluruh perjalanan mereka, maka merekalah golongan yang kita cinta dan kita bela dengan sepenuhnya. sumber http://www.al-fikrah.net |
Subscribe to:
Posts (Atom)