Pages

Wednesday, July 2, 2014

Budak 5 tahun hafal 29 juz


Juri itu Abi Amir Faisol Fath dilihat pergi kepada peserta yang dikenali sebagai Musa itu dan mencium tangan kanak-kanak berkenaan bagi mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafalnya. 
Musa yang berasal dari Bangka membuatkan penonton rancangan Hafiz Indonesia menitiskan air mata apabila mampu menjawab soalan demi soalan yang diberikan juri serta penonton. 

Program itu disiarkan di stesen televisyen RCTI malah turut dimuat naik ke YouTube manakala episod membabitkan Musa dimuat naik pada 29 Jun lalu.
Foto
JURI Abi Amir (kanan) mengucup tangan hafiz cilik, Musa.

Menurut Abi Amir, kanak-kanak itu membuatnya kagum kerana menganggap Allah sendiri memuliakannya biarpun umurnya masih muda apabila jiwanya diindahkan dengan al-Quran.

“Tiada perkataan yang boleh saya ucapkan... Subhanallah. 

“Ayah bonda semua, inilah buktinya bahawa sekali pun anak kecil masih sangat lemah kemampuannya, namun kita tunduk dengan kemuliaannya kerana al-Quran maka kerana Allah memuliakannya,” katanya. 

Menurutnya, wang kertas tetap bernilai biarpun dipijak kerana manusia telah menetapkan nilai untuk wang kertas. 

“Bagi Musa, Allah menetapkan nilai yang mulia ke atasnya kerana dia sudah pun menghafaz Al-Quran biarpun masih muda,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Rambut ‘petak’ untuk muda

Taipei: Seorang lelaki pertengahan usia menjadi tumpuan kerana gaya rambutnya yang berbentuk empat segi tepat.

Lelaki yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Wu, dikatakan berbuat demikian kerana mahu dilihat muda oleh gadis yang sebelum ini menolak cintanya.
Wu, 54, saintis makmal perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Taiwan dan berpendapatan kira-kira TWD70,000 (RM7,507) sebulan, masih bujang.

Menurutnya, dia mengenakan gaya rambut itu kerana mahu kelihatan seperti lelaki berusia 20 atau 30-an tahun dengan harapan gadis yang dulu menolak cintanya akan terpikat.
Foto
RAMBUT unik Wu daripada pelbagai sudut.

Untuk menggayakan rambut itu bukan mudah.

Wu berkata, dia memerlukan dua botol gel dan menghabiskan dua jam untuk membentuk gaya rambutnya itu dan hanya boleh menyikat sekali setiap 15 hari.

Lelaki berkenaan yang menggunakan khidmat kereta api untuk berulang-alik ke tempat kerja, menarik perhatian orang ramai hingga ada yang menggelarnya ‘Lelaki Berkepala Empat Segi.’-Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Pekan di AS mahu dijual pada harga RM1.27 juta



GAMBAR yang dirakamkan pada 26 Jun 2014 menunjukkan papan tanda pekan Swett di Dakota Selatan, Amerika Syarikat.


SWETT, Amerika Syarikat - Pekan Swett di Dakota Selatan yang seluas 2.5 hektar kini mahu dijual pada harga AS$399,000 (RM1.27 juta).
Pemilik pekan itu ialah Lance Benson dan isterinya yang dibelinya pada tahun 1998.
Benson kemudian meletakkan pekan itu dalam senarai penyelesaian penceraian dengan isterinya.
Namun, dia kembali memiliki pekan itu pada tahun 2012.
Benson yang terlibat dalam bidang perniagaan untuk para pengembara memberitahu akhbar Rapid City Journal pada minggu lalu, tujuan dia mahu menjual pekan tersebut.
Menurut Benson, tujuan pekan itu dijual adalah kerana dia mahu menumpukan perhatian terhadap perniagaannya.
Dia berkata, pekan tersebut akan terus berada di dalam pemilikannya jika tiada pembelinya yang berminat untuk membeli Swett.
Pekan tersebut mempunyai sebuah rumah tiga bilik, tiga buah rumah treler, sebuah bekas kedai tayar dan sebuah bangunan perniagaan yang menempatkan restoran menjual minuman keras dan makanan.
Seorang ejen hartanah yang menguruskan penjualan pekan itu, Stacie Montgomery berkata, dia menerima panggilan daripada bakal-bakal pembeli berpotensi dari California, Texas, New York dan New Jersey sejak pengumuman tentang pekan tersebut mahu dijual disiarkan di sebuah akhbar tempatan.
"Saya turut menerima satu panggilan dari sebuah syarikat penerbitan Rusia. Syarikat itu mahu menghasilkan sebuah filem," katanya.- Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0702&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz36G2YIVwR 
Hakcipta terpelihara