Pages

Saturday, July 28, 2012

kambing lebih berani dari manusia!

Kambing Gunung (Oreamnos americanus) :-

Kambing gunung merupakan pendaki yang hebat. Ia yang berasal dari Amerika utara ini menunjukkan kebolehan mendaki yang sangat cekap, mengalahkan pendaki- pendaki gunung terhandal. Hidup pada ketinggian 4000 m, berjanggut baik jantan dan betinanya dan mampu melompat sehingga 4 meter jauhnya..

sumber - pokcik google

MM : Oh My Goat! Lu panjat macam Spedermen!

Lagi Berita Pelik--->http://goo.gl/sHWBZ
 —

Jaga Adab Berpuasa


POSTED BY A U T A M A N

HABIB Abdullah bin Alwi al-Haddad, dalam kitabnya Nashaihud Diniyyah wal Washaayal Imaniyyah berkata: "Orang yang berpuasa mempunyai adab-adab yang puasanya tidak menjadi sempurna, kecuali dengan adanya adab-adab itu. Yang terpenting daripadanya ialah menjaga lidahnya daripada dusta dan ghibah serta membicarakan sesuatu yang tidak perlu baginya. Ia menjaga kedua mata dan telinganya daripada mendengarkan dan memandang sesuatu yang tidak halal baginya serta sesuatu yang dianggap berlebihan."

Seterusnya, ia menjaga pula dirinya daripada memakan makanan haram dan subahat, khususnya ketika berbuka puasa. Ia berusaha dengan sangat berhati-hati untuk tidak berbuka puasa, kecuali dengan memakan makanan halal lagi tayyibah.

Ulama Salaf berkata: "Apabila engkau berpuasa, lihatlah makanan apa yang engkau makan ketika berbuka dan di tempat mana engkau berbuka. Hal itu merupakan dorongan agar berhati-hati mengenai makanan berbuka puasa."

Begitu pula orang yang berpuasa harus menjaga semua anggota tubuhnya daripada perbuatan yang tidak perlu. Dengan itu puasanya menjadi sempurna dan bersih.

Banyak orang yang berpuasa memayahkan dirinya dengan lapar dan dahaga. Namun membiarkan anggota tubuhnya berbuat maksiat sehingga merosakkan puasanya dan mensia-siakan kepayahannya.

Nabi SAW bersabda bermaksud: Banyak orang yang berpuasa tetapi puasanya hanya menghasilkan lapar dan dahaga. (riwayat Muslim).

Meninggalkan maksiat adalah wajib bagi orang yang berpuasa mahupun yang tidak berpuasa. Tetapi orang yang berpuasa lebih utama untuk berhati-hati dan lebih wajib.

Nabi SAW bersabda bermaksud: Puasa itu perisai. Maka pada hari kamu berpuasa, janganlah ia berkata-kata dan jangan berbuat kefasikan serta jangan menganggu orang lain. Jika ada orang memakinya atau memusuhinya, maka katakanlah, sesungguhnya aku berpuasa. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Termasuk adab orang berpuasa ialah tidak banyak tidur di siang hari dan tidak banyak makan di waktu malam. Hendaklah ia makan sekadarnya sehingga ia merasakan sentuhan lapar dan dahaga supaya jiwanya menjadi baik dan nafsunya menjadi lemah serta hatinya menjadi terang. Itu rahsia puasa dan tujuannya.

Hendaknya orang yang berpuasa menjauhi kesenangan hawa nafsunya serta kenikmatan melampau. Latihan dan menjauhi keinginan nafsu menimbulkan pengaruh besar dalam menerangi hati dan secara khusus dituntut di bulan Ramadan.

Adapun orang -orang yang menjadikan bersenang-senang dan hidup mewah di bulan Ramadan, hal itu merupakan tipu daya syaitan agar mereka tidak merasakan keberkatan puasa mereka.
 —

kejahatan syiah

Bismillah.

Di dalam biografi Sultan Bayezid 1 "The Thunder", pada tahun 799AH, Beliau telah berjuang menentang askar Kristian dalam Perang Salib dan berjaya menewaskan mereka. Perang tersebut dipanggil Perang Nicubli "Bulgaria Today". Beliau membunuh raja2 mereka dan memenjarakan Puteri2 mereka. Beliau membebaskan Putera Perancis dan berkata padanya, "pergilah dan sediakanlah sepasukan tentera, Aku datang hanya untuk mengalahkan kamu dan menyebarkan Islam."

Semasa sedang sibuk berperang menentang orang Eropah dan sudah begitu hampir menakluki Constantinople, Sultan Bayezid 1 telah diserang oleh Ketua Shiah "Tamerlane". Beliau dikalahkan dan ditangkap oleh Taimur dalam Perang Ankara pada tahun 805AH.

Perang Ankara ini berlaku selepas Taimur menyerang Damascus dan membunuh rakyat Damascus dengan kejam pada tahun 803AH. Taimur hampir membunuh kesemua Muslim Sunnah kecuali sejumlah kecil kanak2 terselamat. Dia membakar rumah2 dan bangunan2 di Dmascus selama 3hari dan 3malam. Dia menduduki Damascus selama 80 hari dan sepanjang tempoh tersebut, lelaki dibunuh dan perempuan dirogol atas kepercayaan yg diajar oleh Saifuddin Ardabili ( Imam Shiah ). Dia percaya, bagi memuja Tuhan, dia perlu membunuh orang Sham dan sebagai membalas dendam atas pembunuhan Hussain Bin Ali. Semoga Allah merahmatinya.

Shiah sentiasa cuba menghapuskan dan membunuh Muslim Sunnah. Adakah kita rela melihat perkara ini berulang kembali?

Persoalannya sekarang ialah sebagai orang Islam, kita tahu bahawa asas Islam ada 5, iaitu Rukun Islam. Jadi, apa asas yg dipegang oleh orang Shiah???

PBB mahu inkuiri bebas siasat isu Rohingya





WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Julai 2012
PBB mahu inkuiri bebas siasat isu Rohingya
Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay
PBB mahu inkuiri bebas siasat isu Rohingya
Penduduk tempatan di Sittwe, Rakhine berpusu-pusu mendapatkan bekalan air di sebalik konflik kaum sejak Mei lalu. - Foto ihsan
NEW YORK - Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay mahu satu siasatan bebas diadakan ekoran dakwaan penganiayaan oleh pasukan keselamatan Myanmar di negeri Rakhine, menyasarkan etnik Islam.

Navi berkata, pasukan keselamatan yang dihantar ke negeri utara itu didakwa menyasarkan penduduk beragama Islam.

Menurut UNCHR, agensi pelarian PBB, sekitar 80,000 orang telah hilang tempat tinggal ekoran keganasan antara kaum di wilayah tersebut.

Keganasan terbaru di negeri  Rakhine bermula Mei lalu apabila seorang wanita etnik Rakhine, yang beragama Buddha, didakwa telah dirogol dan dibunuh oleh tiga orang beragama Islam.

Ia disusuli dengan letupan bom yang membunuh 10 orang Muslim pada 3 Jun lalu.

Sejak itu, seramai 78 orang telah terbunuh tetapi anggaran tidak rasmi menunjukkan angka kematian kemungkinan lebih tinggi.

"Kami terus-menerus menerima laporan daripada sumber-sumber bebas yang mendakwa berkenaan dengan aspek diskriminasi dan respons arbitari pihak pasukan keselamatan," kata Pesuruhjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia PBB ini.

"Laporan menunjukkan bahawa respons segera awal pihak berkuasa ke atas keganasan kaum kemungkinan telah berubah menjadi tindakan yang sasarkan kaum Muslim khususnya anggota komuniti Rohingya," katanya lagi.

Beliau menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan duta PBB akses ke negeri Rakhine minggu depan untuk membuat penilaian.

"Bagaimanapun ia bukan satu usaha mengadakan siasatan bebas," katanya lagi.

Empat tentera terbunuh dalam serangan hendap di Pattani




28 Julai 2012
BANGKOK - Empat tentera terbunuh dan dua yang lain cedera apabila mereka diserang pemberontak di Mayor, Pattani hari ini.

Ketua Polis Mayor Kol Korn-art Suwankam berkata 16 pemberontak yang menaiki tiga pikap bersenjatakan M-16, AK47 dan senapang patah menyerang anggota tentera tersebut yang ketika itu sedang menunggang tiga motosikal di Kampung Dua, Jalan Palas-Mayor, Mayor pada pukul 7 pagi.

"Pemberontak berterusan melepaskan tembakan ke arah anggota tentera terbabit tanpa memberi peluang kepada mereka membalas tembakan," katanya.

Kumpulan pemberontak itu juga melemparkan paku di atas jalan raya menuju ke kampung berkenaan bagi melambatkan bantuan daripada pihak berkuasa.

Lebih 5,000 orang terbunuh sejak mereka yang disyaki puak pemisah meneruskan  kempen bersenjata mereka bagi mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah selatan iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala lapan tahun lepas. - Bernama

3 pangkalan baru tentera Russia




         
MOSCOW: Russia mengadakan rundingan membuka pangkalan tentera laut di Cuba, Vietnam dan Seychelles, kata Panglima Tentera Laut Russia, semalam.

Menurut Viktor Chirkov, Moscow juga membincangkan kemungkinan membuka pusat bantuan material dan teknikal di tiga negara berkenaan.


Vietnam dan Cuba adalah sekutu rapat Russia pada era Soviet Union.

Kenyataan itu dibuat menjelang pertemuan Presiden Russia, Vladimir Putin, dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Truong Tan Sang, hari ini. - AFP

Obama tingkat kerjasama dengan Israel untuk menangi undi Yahudi AS




         
WASHINGTON: Presiden Barack Obama akan menandatangani rang undang-undang mengukuhkan kerjasama tentera AS - Israel hari ini ketika pencabarnya dari Republikan, Mitt Romney, melawat negara rejim Zionis itu.

Obama akan cuba menegaskan komitmennya terhadap keselamatan Israel untuk pengundi Yahudi AS dalam satu majlis di Rumah Putih.


Pemerhati berpendapat, ia sengaja diadakan pada hari lawatan Romney selepas tokoh Republikan itu menuduh Obama tidak mementingkan hubungan AS - Israel. Kongres meluluskan rang undang-undang Akta Kerjasama Keselamatan Dipertingkatkan AS - Israel yang mendapat sokongan meluas daripada Demokrat dan Republikan minggu lalu. Jurucakap Rumah Putih, Tommy Vietor, berkata rang undang-undang itu meningkatkan lagi kerjasama keselamatan dengan Israel melalui bantuan ketenteraan lebih meluas dan menyediakan akses peralatan tambahan untuk rejim Zionis berkenaan. - Reuters

Mohamed Mursi bincang kerjasama dengan Hamas




         
GAZA CITY: Hamas semalam mengalu-alukan pertemuan di antara pemimpinnya, Ismail Haniyeh, dengan Presiden Mesir, Mohamed Mursi Isa al-Ayyat, dan menganggap ia sebagai “titik perubahan” dalam hubungan dua hala mereka.

Jurucakap Ismail, Taher al-Nunu, berkata pertemuan di Kaherah itu menyentuh pelbagai isu strategik dan merancang kerjasama pada masa depan.


“Ismail gembira dengan keputusan pertemuan itu,” katanya. Ismail melawat Kaherah seminggu selepas Mohamed Mursi bertemu Khaled Meshaal, pemimpin tertinggi kumpulan pejuang Islam Palestin, Hamas.

Beberapa hari lalu juga, pegawai Palestin berkata, Mesir melonggarkan syarat visa untuk penduduk Gaza berusia di bawah 40 tahun. Minggu lalu, Ismail menganggap pertemuan Mohamed Mursi dengan Khaled sebagai “hasil revolusi” yang menyingkirkan diktator Mesir, Hosni Mubarak, awal tahun ini. - AFP

Iran setia sokong Syria




         
DUBAI: Iran semalam berkata, negara itu akan tetap menyokong sekutunya, Syria, ketika komuniti antarabangsa meningkatkan tekanan ke atas rejim Presiden Bashar al-Assad dalam konflik yang kini memasuki tempoh 16 bulan.

Memetik kenyataan Naib Presiden Pertama, Mohammad Reza Rahimi, Press TV melaporkan, sokongan Teheran terhadap Damsyik “tidak boleh digugat,” sekali gus menamatkan kemungkinan Teheran akan menukar pendiriannya terhadap Bashar.


“Rakyat Iran mempunyai pendirian teguh ke atas Syria dan akan tetap menyokong mereka,” katanya.

Kenyataan Mohamad Reza itu turut diiringi dengan kecaman terhadap kuasa besar dunia yang didakwanya memusnahkan Syria. Kelmarin, Setiausaha Majlis Keselamatan Kebangsaan, Saeed Jalili, berkata Teheran sedia meningkatkan sokongan terhadap Syria ketika negara itu berdepan tekanan negara asing. Walaupun memuji kebangkitan rakyat Arab di negara lain sebagai “kebangkitan Islam,” Iran sebaliknya tetap menyokong rejim Bashar.


Teheran juga menganggap tentangan pemberontak terhadap rejim Bashar ketika ini sebagai konspirasi negara asing. Dalam langkah menunjukkan sokongan itu, satu delegasi menteri Syria disambut di Teheran kelmarin dan kedua-dua pihak bersetuju dalam perjanjian mengimport elektrik Iran melalui Iraq. Menteri Elektrik Syria, Imad Khamis, berkata Damsyik dan Teheran bersetuju perjanjian dengan Iraq akan ditandatangani dalam tempoh sebulan bagi membolehkan tenaga elektrik diimport dari Iran. Menteri Tenaga Iran, Majid Namjou, pula berkata Teheran “tidak akan membiarkan Syria bersendirian ketika negara itu berdepan dengan detik sukar.” - Reuters

RM50,000 hangus dalam ketuhar




         
SYDNEY: Seorang lelaki mendapat pengajaran pahit kerana kesilapannya menyembunyikan wang di tempat tidak sepatutnya, lapor media Australia, semalam.

Lelaki tidak didedahkan identitinya itu menjual keretanya hujung minggu lalu dan mendapat bayaran sebanyak A$15,000 (RM49,473).


Untuk mengelak dicuri, lelaki terbabit mencari tempat yang jarang digunakan serta tidak disangka sesiapa.

Justeru, lelaki terbabit menyimpan wang berkenaan dalam ketuhar yang sangat jarang digunakan di rumahnya. Bagaimanapun, secara kebetulan isteri lelaki terbabit tergerak untuk menggunakan ketuhar berkenaan pada hari itu untuk memanaskan ketulan daging ayam.


Tanpa disedari wanita terbabit, wang itu turut rosak dalam ketuhar berkenaan. Lelaki itu berkata, dia bercadang menggunakan wang berkenaan untuk membayar semua hutangnya.


“Kini saya langsung tiada wang simpanan,” katanya. Menurut media, isteri wanita itu juga terlalu sedih dan tidak berhenti-henti menangis sebaik saja diberitahu keadaan sebenar. - AP

‘Saya tak kisah pandangan umum’


KENANGAN...antara video perkahwinan Syafiq dan Yana dalam YouTube.
KENANGAN...antara video perkahwinan Syafiq dan
Yana dalam YouTube.

PEKAN: Video majlis perkahwinan pengantin muda, Syafiq, 16 dan Yana, 14, yang dipaparkan di YouTube hingga menarik perhatian lebih setengah juta penonton mengejutkan ayah pengantin lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 37.
Man berharap, majlis perkahwinan anaknya itu tidak dijadikan isu kerana berkahwin pada usia muda seakan-akan sudah menjadi tradisi dalam keluarganya.
“Hampir semua ahli keluarga kami, baik di sebelah keluarga saya mahupun isteri menamatkan zaman bujang masing-masing pada usia muda iaitu 14 hingga 19 tahun.

“Saya berkahwin pada usia 19 tahun dan sehingga kini rumah tangga saya bahagia tanpa sebarang masalah, ” katanya ketika dihubungi.


Man agak keberatan untuk mengulas lanjut mengenai perkahwinan itu dan enggan membenarkan Harian Metro berjumpa serta menemu bual anak dan menantunya.

Sekampung berambut panjang


SEKUMPULAN wanita Yao Merah membasuh rambut mereka di sungai.
SEKUMPULAN wanita Yao Merah membasuh rambut mereka di sungai.
MASYARAKAT setempat percaya, semakin panjang rambut seseorang, semakin banyak kelebihan dinikmatinya.
MASYARAKAT setempat percaya, semakin panjang rambut seseorang, semakin banyak kelebihan dinikmatinya.
BEIJING: Sekumpulan wanita membantu mencipta sejarah tersendiri apabila berambut panjang mereka membolehkan sebuah kawasan penempatan di China diiktiraf sebagai kampung rambut panjang pertama di dunia.
Pengiktirafan itu diberi Rekod Dunia Guinness, lapor media semalam.

Wanita Yao Merah kumpulan etnik minoriti dari Kampung Huangluo Yao memiliki panjang rambut secara purata 1.6 meter.
Rambut terpanjang dicatatkan di kampung itu ialah dua meter.

Uniknya, semua wanita di kampung itu memotong rambut mereka hanya sekali seumur hidup, iaitu ketika mereka berusia 16 tahun dan sebelum mula mencari lelaki untuk dijadikan suami. Mengikut tradisi, rambut dianggap begitu suci bagi wanita Yao dan hanya suami atau anak mereka saja boleh melihatnya.

Jika ada lelaki terserempak dengan seseorang wanita tanpa bertutup rambut, dia terpaksa hidup bersama keluarga wanita terbabit selama tiga tahun sebagai menantu. Rambut itu pula hanya boleh dileraikan jika ada ahli keluarga terdekat bersama.

Bagaimanapun, wanita Yao meninggalkan tradisi itu pada 1987.

Seramai 120 wanita di Kampung Huangluo Yao kini boleh berbangga mempamerkan rambut mereka di situ.
Keunikan itu juga mendorong penduduk China menggelar kawasan penempatan itu sebagai kampung rambut panjang. Ketika ramai wanita merungut kerana terpaksa meluangkan banyak masa menguruskan rambut, wanita Yao Merah tetap selesa dengan keadaan itu. Di kalangan penduduk setempat, mereka yakin wanita berambut panjang hidup lebih lama, berharta dan bertuah. Semakin panjang rambut seseorang, semakin banyak manfaat diperolehnya.

Mereka akan membasuh rambut beramai-ramai di Sungan Jinjiang pada musim panas atau musim gugur. - DM

Helikopter, kereta kebal gempur Aleppo

Rakyat Syria mula  meninggalkan pusat bandar  selepas tentera melancarkan serangan terhadap bandar Aleppo  semalam. - Foto AFPRakyat Syria mula meninggalkan pusat bandar selepas tentera melancarkan serangan terhadap bandar Aleppo semalam. - Foto AFP
Pemberontak Syria isytihar sedia hadapi 'ibu' perang

Beirut: Tentera Syria yang menggunakan helikopter dan kereta kebal menggempur bandar Aleppo semalam, ketika pemberontak berkata mereka sudah bersedia menghadapi 'ibu segala peperangan' di Syria selain meramalkan kejatuhan Presiden Bashar al-Assad pada bila-bila masa.


Kumpulan aktivis Pemerhati Hak Asasi Syria berkata helikopter digunakan di kejiranan Salaheddin, Bustan al-Qasr, Sukari, Al-Mashhad dan Al-Azamiya di barat daya bandar itu.

Pasukan khas ditempatkan di pinggir bandar dan lebih ramai anggota tentera dijangka tiba untuk teruskan pertempuran”. - Sumber keselamatan
Tentera juga bertempur dengan pemberontak di daerah Jamiliya di tengah Aleppo, di Mahatat Baghdad dan di Dataran Saadallah al-Jabiri.

“Pasukan khas ditempatkan di pinggir bandar dan lebih ramai anggota tentera dijangka tiba untuk meneruskan pertempuran,” kata sumber keselamatan.

Pertempuran tercetus di Aleppo sejak Khamis, manakala serangan turut menggegarkan Damsyik dan beberapa wilayah lain, dengan 121 orang dilaporkan terbunuh, 64 daripadanya orang awam.

Pemisah dilaporkan meningkatkan kekuatan mereka dengan tambahan antara 1,500 dan 2,000 anggota yang tiba dari luar Aleppo. 
“Mereka kini berada di kawasan selatan dan timur Aleppo terutama di kejiranan Salaheddin dan daerah berhampiran,” kata sumber itu.

Pemerhati melaporkan, empat orang terbunuh awal pagi semalam, tiga daripada mereka maut di daerah Fardoss, manakala seorang lagi dilaporkan ditembak mati di kejiranan Maysaloon.

Seorang pejuang di kejiranan itu yang dihubungi berkata beratus-ratus penduduk yang melarikan diri dari kawasan itu mengesahkan bahawa tentera menggunakan helikopter dan melepaskan tembakan rambang. - AFP

Sebatang kayu jadi tumpuan ribuan orang



SEJUMLAH orang menyaksikan sebatang kayu yang dipercayai mempunyai kuasa untuk menyembuhkan penyakit di Kampung Prey Yeang, Kemboja pada 19 Julai lalu. - AFP


PHNOM PENH - Sebatang kayu di Kampung Prey Yeang, wilayah Pursat menjadi tumpuan ribuan orang yang percaya ia mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit dan meramalkan nombor tiket loteri yang akan menang, kata beberapa pegawai kelmarin.
Kayu itu sepanjang 13 meter dan ditemui pada awal bulan ini semasa sebuah keluarga menggali sebuah kolam.
"Sekurang-kurangnya,dalam tempoh seratus orang melawat kayu itu sehari untuk meminta nombor tiket loteri dan menyembuhkan penyakit mereka," kata ketua kampung itu, Hun Nov menerusi telefon.
Nov menyatakan beberapa orang meletakkan bedak di atas kayu itu dengan harapan untuk melihat nombor tiket loteri.
Menurutnya, beberapa orang lagi meminum air dari kolam tersebut dan melumurkan badan mereka dengan lumpur sebagai usaha untuk menyembuhkan penyakit mereka.
Kira-kira 4,000 hingga 5,000 orang telah mengunjungi lokasi kayu tersebut. - AFP

Pertempuran sengit di Aleppo



BEBERAPA orang yang tidak mahu terperangkap dalam pertempuran antara tentera Bashar dengan kumpulan pemberontak menaiki sebuah lori kecil untuk keluar dari bandar Aleppo kelmarin.



ALEPPO - Pasukan pemberontak Syria menghadapi serangan paling sengit di sini semalam ketika bekas ketua misi pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mejar Jeneral Robert Mood menyatakan Presiden Bashar Al-Assad hanya menunggu masa untuk tersingkir.
Menurut seorang pegawai keselamatan Syria, anggota-anggota pasukan tentera Syria menuju ke Aleppo pada Rabu lalu dan kelmarin.
Beberapa helikopter melancarkan serangan di kawasan perumahan yang didiami pemberontak di bandar kedua terbesar Syria itu.
Tiga orang terbunuh dalam pertempuran yang berlaku di barat daya bandar tersebut.
Pertempuran turut berlaku di daerah Al-Jamaliya.
"Tentera Syria telah tiba di Aleppo," kata jurucakap Tentera Pembebasan Syria, Abdel Jabbar al-Okaidi.
Beliau yang menentang kepimpinan Bashar menyatakan, tentera Syria itu dibantu 100 buah kereta kebal.
Sementara itu, Mood berkata, kejatuhan Bashar tidak akan menamatkan perang saudara di Syria.
"Cepat atau lewat, rejim Bashar akan jatuh," katanya yang pernah mengetuai 300 anggota misi pemantau PBB di negara ini.
"Namun, adakah kejatuhan itu akan berlaku dalam tempoh seminggu atau setahun?
"Itu merupakan jawapan yang saya tidak berani untuk jawab," tambahnya.
"Ramai pihak yang berpendapat jika Bashar jatuh atau jika beliau diberikan penghormatan untuk keluar dari Syria, masalah (di negara tersebut) akan selesai.
"Namun, situasi di negara ini mungkin akan menjadi lebih buruk," jelasnya.
Pertempuran antara pemberontak dengan tentera Bashar bermula pada Mac tahun lalu.
Para pemberontak menuntut Bashar meletakkan jawatan selepas beliau gagal membawa pembaharuan dalam demokrasi dan pentadbiran.
Pertempuran antara kedua-dua pihak itu dianggarkan telah mengorbankan lebih 19,000 orang. - Agensi