Pages

Sunday, December 28, 2014

Kisah Taubat Terbaik, Wanita yang Bertaubat dari Zina


ilustrasi wanita bertaubat

Pandangannya tertunduk. Sorot matanya membayangkan penyesalan yang mendalam. Perutnya kelihatan membesar.

"Wahai Rasulullah, aku telah berzina. Aku layak mendapatkan hukuman rejam. Maka tegakkanlah hukuman had atas diriku, "wanita itu benar-benar ingin bertaubat. Ia memahami, dosa zina tidak mendapat keampunan secara sempurna kecuali dengan benar-benar bertaubat dan hukuman had ditegakkan. Ia meminta direjam, dan ia tahu bahawa rejam akan meragut nyawanya.

Rasulullah tidak langsung menjawab. Sebab dalam Islam, dosa zina yang tidak diketahui orang lain, mahkamah tak boleh menuntutnya. Secara Fiqih, hukuman had atas zina ditegakkan jika ada empat saksi yang melihat perbuatan keji tersebut. Tapi wanita ini datang sendiri mengakui.

"Janin dalam perut ini adalah buktinya ya Rasulullah," lanjut wanita itu meyakinkan bahawa ia pantas direjam.

"Pulanglah. Selepas bayimu lahir, barulah engkau kembali ke sini, "demikian keputusan Rasulullah. Sungguh, beliau adalah Nabi yang selalu dibimbing wahyu. Beliau adalah hakim yang paling bijaksana sedunia. Kasih sayang adalah jiwa dari setiap keputusannya. Tidak mungkin bagi beliau menghukum seorang wanita yang tengah hamil. Bagaimana nasib kandungannya? Selain itu, menurut banyak ulama, Rasulullah juga memberikan peluang kepada wanita tersebut agar ia kepekatan menjaga janinnya, menjaga bayinya dan terlupa dengan permintaan hukuman yang ia ajukan hari itu.

Hari demi hari berlalu dengan cepat. Beberapa bulan kemudian, wanita itu melahirkan. Lalu ia pun kembali menghadap Rasulullah. "Ya Rasulullah, aku wanita yang beberapa bulan lalu menghadapmu meminta ditegakkan had atasku. Maka rajamlah aku, "demikian kira-kira pinta wanita itu. Dan kembali Rasulullah menolak permintaan itu. Beliau memintanya untuk merawat dulu anaknya, hingga masa persusuan selesai.

Ternyata wanita itu tidak lupa. Ia datang lagi setelah masa menyusui anaknya ia anggap cukup. "Ya Rasulullah, aku wanita yang dulu datang menghadapmu meminta ditegakkan had atasku. Maka rajamlah aku. "Permintaan itu akhirnya dikabulkan Rasulullah. Beliau pun menegakkan hukum had atasnya. Sehingga ia menghembuskan nafas terakhirnya.

Ketika Rasulullah menshalati jenazah wanita itu, Umar bin Khatab heran. "Wahai Rasulullah, mengapa Engkau menshalatinya padahal wanita itu telah berzina?"
Beliau pun menjawab, "Wanita ini telah bertaubat dengan taubat yang seandainya taubatnya tersebut dibahagikan kepada 70 orang dari penduduk Madinah maka itu boleh mencukupi mereka. Apakah engkau dapati taubat yang lebih baik dari seseorang mengorbankan jiwanya kerana Allah Taala? "

Masya Allah ... Sungguh luar biasa wanita tersebut. Bahkan ia memperoleh kedudukan yang sangat mulia di sisi Allah dan dalam pandangan Rasulullah. Taubatnya mencukupi untuk 70 orang dan taubatnya digolongkan sebagai taubat terbaik.

Di dunia ini, tak ada orang yang bersih dari dosa dan kesalahan kecuali Nabi yang dijaga Allah (ma'shum). Dan seperti hadis Rasulullah, sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang mengikutinya dengan taubat. Sebaik-baik orang yang berdosa adalah orang yang mau bertaubat dari dosanya. Kita semua punya dosa, tetapi Allah membukakan pintu taubat untuk kita. Persoalannya, mahukah kita bertaubat ... dan seperti apa berkualiti taubat kita?

*Sumber dari www.bersamadakwah.com

Terkehel 10 kali sehari

London: Membuka pintu, memandu kereta, malah menguap dianggap kerja paling mudah dilakukan setiap hari tanpa sebarang masalah.
Bagaimanapun, bagi seorang ibu lima anak, melakukan satu daripada tugas mudah itu mendedahkan dia kepada risiko terkehel yang amat menyakitkan.
Jojo Meadows menghidap Sindrom Ehlers-Danlos (EDS) - penyakit yang jarang ditemui - yang boleh menyebabkan dia terkehel sehingga 10 kali sehari.
“Yang paling teruk ialah bila tulang rahang saya terkehel ketika saya sangap. Anak saya berusia empat tahun terpaksa menelefon 999, memberitahu mereka mulut saya terjatuh.
“Dalam kejadian lain, pergelangan tangan saya patah ketika melakukan senaman bersama-sama anak saya.
“Sudah perkara biasa saya akan terkehel kerana ia berlaku setiap hari. Tetapi ia amat menyakitkan.
“Boleh dikatakan ia memaksa saya memasuki hospital 100 kali setahun,” kata Jojo.
Ia penyakit genetik yang bermakna kolagen dalam tubuh Jojo terlalu lemah untuk mencantumkan tulangnya.
Kini, Jojo mengharungi kehidupan sehariannya dan menanti masa untuk terkehel.
“EDS menjejaskan kehidupan saya. Minggu lalu saya ke hospital tiga kali. Saya memerlukan bantuan setiap hari. Sudah ramai doktor saya kunjungi untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Tidak seperti zaman remajanya, Jojo kini tidak melompat kerana ia akan menyebabkan semua tulangnya ‘tercabut.’
Paling membimbangkan wanita itu ialah terhantuk kepalanya.
Dia kini cuba membantu menyedarkan orang ramai mengenai penyakit berkenaan yang sebelum ini begitu sukar untuk didiagnos.
Bersama-sama dengan pakar tulang Dr Ayman Askari, mereka melawat hospital di sekitar Britain untuk mengajar doktor mengesan tanda awal EDS.
“Ia penyakit yang jarang berlaku. Secara keseluruhan, doktor jarang mengambil tahu mengenainya dan ia tidak boleh diubati atau ada ubat untuk merawatnya,” kata Ayman.
Jojo juga giat berkempen untuk menyokong mereka yang menghidap EDS, khususnya ketika mengandung.
“Ketika mengandung, saya langsung tidak boleh berjalan. Untuk makan pun terpaksa disuap.
“Kini saya mahu membantu penghidap EDS seberapa boleh,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 5:09 AM


JOJO
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19521#sthash.iMwmsJXs.dpuf