Pages

Thursday, April 26, 2012

Henti semua proses kaya uranium: Netanyahu




         
WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semalam berkata Iran perlu terus berada dalam sekatan sehingga negara terbabit menghentikan semua proses pengayaan uranium.

Dalam kenyataan yang melampaui tuntutan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Netanyahu berkata, Israel tidak akan menerima sebarang proses pengayaan uranium walaupun sekecil tiga peratus.


“Selepas menghentikan proses itu, anda boleh mendapat bahan yang diperlukan bagi memperoleh tenaga nuklear bagi tujuan keamanan dari negara lain,” katanya Netanyahu juga menuntut Iran supaya “menghapuskan kubu bawah tanah” di negara itu.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada lokasi disyaki penyiasat PBB dijadikan tapak mengayakan uranium sehingga 20 peratus di daerah Fordo. - AFP

Iran fikir panjang




         
BAITULMAQDIS: Panglima Tentera Israel tidak yakin Iran akan membuat sebarang keputusan untuk membina bom nuklear, lapor akhbar tempatan semalam.

Bercakap kepada akhbar Haaretz, Benny Gantz berkata, Iran bertindak “selangkah demi selangkah” sehingga mereka mampu memutuskan sama ada mahu menghasilkan bom nuklear.” Katanya, Iran belum membuat ketetapan sama ada akan mengambil langkah lebih jauh atau sebaliknya.


“Selagi kemudahan nuklear mereka tidak dilindungi daripada serangan, mengikut perspektif Iran, program itu terlalu terdedah,” katanya.

Kata Gantz, pandangan itu turut dikongsi pentadbiran Presiden Barack Obama. Iran berjaya membangunkan keupayaan mengayakan uranium sehingga 20 peratus yang digunakan untuk menghasilkan isotop perubatan.


Namun, untuk “melangkah lebih jauh” uranium itu perlu diperkayakan sehingga 90 peratus.


Kata Gantz, jika pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei mahu, langkah itu akan diambil tetapi sepanjang proses berkenaan, sesuatu keputusan masih perlu diambil.

“Tindakan itu akan dibuat jika Khamenei percaya dia bebas daripada sebarang tindak balas.


“Pada pandangan saya, dia bakal membuat kesilapan besar jika tindakan itu diteruskan, dan saya tidak fikir dia mahu bertindak sejauh itu,” katanya. - AFP

Pakistan uji peluru berpandu nuklear jarak sederhana

myMetro | Pakistan uji peluru berpandu nuklear jarak sederhana: "ISLAMABAD: Pakistan berjaya menjalankan ujian peluru berpandu yang dipertingkatkan mampu membawa peledak nuklear semalam, hanya beberapa hari selepas India, melakukan ujian sama.

Kenyataan tentera Pakistan memberitahu, peluru berpandu jarak sederhana, Hatf IV Shaheen-1A, dilancarkan ke laut.


Peluru berpandu dipertingkatkan itu mempunyai jangkauan lebih jauh berbanding model sebelumnya, Shaheen-1, dipercayai mempunyai keupayaan terbang sehingga 750 kilometer. Menurut laman sesawang GlobalSecurity.org, peluru berpandu jarak sederhana boleh terbang antara 3,000 hingga 5,000 kilometer.

Peluru berpandu Pakistan yang paling jauh jangkauannya sebelum ini ialah Shaheen II yang mampu terbang sehingga 2,000 kilometer dan cukup untuk sampai ke India.


Khamis lalu, India mengumumkan tenteranya berjaya menjalankan ujian peluru berpandu membawa peledak nuklear yang mampu terbang sehingga 5,000 kilometer. - AP"

'via Blog this'

Foto bogel tersebar: Guru besar berdepan tindakan

myMetro | Foto bogel tersebar: Guru besar berdepan tindakan: "JAKARTA: Seorang guru besar sekolah rendah di Flores, Nusa Tenggara Barat akan dihukum oleh pihak berkuasa tempatan selepas foto bogelnya beredar di kalangan masyarakat di situ.

Tiga foto bogel guru besar itu dihantar kepada penduduk bandar Ende melalui telefon bimbit awal minggu ini.


Gambar itu didakwa diambil oleh teman lelakinya yang kini bekerja sebagai guru di sekolah menengah di bandar itu.

“Berdasarkan undang-undang kerajaan, dia perlu dihukum kerana mencemari tanggungjawabnya sebagai penjawat awam iaitu untuk mempertahankan maruah di depan khalayak ramai,” kata Timbalan Pengerusi badan perkhidmatan awam wilayah itu, Abdul Syukur."

'via Blog this'

Remaja Britain yang ketiga tertinggi di segi aktiviti seks

myMetro | Remaja Britain yang ketiga tertinggi di segi aktiviti seks: "LONDON: Britain menjadi negara ketiga tertinggi di dunia mencatatkan aktiviti seksual yang aktif di peringkat awal usia.

Berdasarkan siri kajian diterbitkan jurnal perubatan Lancet semalam, Britain juga menjadi negara berpendapatan tinggi yang banyak mencatatkan remaja terbabit dalam pelbagai masalah sosial, seperti mengambil alkohol. Justeru, penyelidikan itu - dan disokong laporan Unicef - menggesa kerajaan memberi lebih perhatian terhadap keperluan golongan muda di negara masing-masing. Kegagalan memberi perhatian sewajarnya, kata mereka, boleh menyebabkan golongan itu terdedah kepada masalah mental dan fizikal, selain risiko mati awal. - DM"

'via Blog this'

Mati takut implan payu dara pecah

myMetro | Mati takut implan payu dara pecah:PAIGE (kiri) bersama rakannya.
PAIGE (kiri) bersama rakannya.
SWANSEA (Wales): Seorang ibu yang dilanda kebimbangan melampau implan payu daranya akan pecah, ditemui mati di rumah saudaranya, lapor media semalam.
Kakitangan awam, Paige Goldup, ditemui tidak sedarkan diri di kawasan perkampungan Godre'rgraig dan dikejarkan ke Hospital Morriston.

Bagaimanapun, doktor gagal menyelamatkan nyawanya dan disahkan meninggal dunia minggu lalu.
Media melaporkan, Paige, 24, dimasukkan implan silikon rosak ke payu daranya dan dijadual menjalani pembedahan untuk membuang bahan itu tidak lama lagi, Ibu kepada bayi berusia sembilan bulan itu dipercayai mengambil ubat berlebihan sebelum ditemui tidak sedarkan diri.

Saudara Paige berkata, ibu muda itu menjalani implan payu dara lebih dua tahun lalu.

Katanya. implan berkenaan dihasilkan sebuah syarikat Perancis, PIP, yang menjadi perhatian baru-baru ini ekoran skandal kecuaian dalam penghasilan produk berkenaan.
Sementara itu, Paige mengaku dia tertekan kerana amat bimbang implan berkenaan pecah dalam payu daranya.

Menulis di Twitter, Paige berkata, dia adalah antara pengguna implan PIP yang tertekan dan terpaksa mengisi borang perubatan untuk membolehkan dia menjalani pembedahan membuang bahan berkenaan.
“Saya harap klinik berkenaan melakukan pembedahan itu segera dan menanggung kosnya.

“Ia sangat menakutkan saya,” katanya. - TS

'via Blog this'

1 bilion bakal mati kebuluran

Berita Harian Online | 1 bilion bakal mati kebuluran:





2012/04/26

CHICAGO: Lebih satu bilion penduduk dunia kebuluran jika India dan Pakistan saling melancarkan senjata nuklear kerana cuaca akan mengalami perubahan besar sekalipun perang atom yang meletus secara terhad, menurut kajian yang disiarkan kelmarin. 

Selain awan radiasi yang boleh mencemarkan tanah ladang jauh daripada pusat letupan, kajian mendapati jelaga yang dibebaskan ke atmosfera menyejukkan suhu global dan mengurangkan penurunan hujan di seluruh dunia. sekali gus memusnahkan tanaman.
Kajian itu mendedahkan data untuk menyokong amaran kesan buruk secara global dan tidak disengajakan penggunaan senjata nuklear, kata penulis kajian, Dr Ira Helfand, dari pertubuhan Doktor Antarabangsa bagi Menghalang Perang Nuklear.
“Bukan sekadar senjata Amerika Syarikat dan Russia mengancam dunia. Malah, senjata lebih kecil memberi ancaman kepada tamadun kita. Ia pasti menamatkan kehidupan moden,” kata Helfand. 

Kajian berkenaan dijangka disiarkan jurnal Climate Change, dibentangkan di Persidangan Pemenang Nobel Keamanan di Chicago. 

Ia menjangka pengeluaran jagung di Amerika akan menurun purata 10 peratus bagi satu dekad dan pengeluaran kacang soya juga menurun 10 peratus dengan pengurangan paling teruk berlaku lima tahun selepas perang nuklear. 

Ia menjadikan pengeluaran beras di China menurun purata 21 peratus empat tahun pertama dan 10 peratus bagi enam tahun berikutnya selepas perang nuklear berakhir. 
Pengeluaran tanaman negara lain juga menurun, kata Helfand. Kekurangan pengeluaran tanaman akan lebih buruk berbanding jangkaan kerana model konservatif tidak mengira peningkatan cahaya ultra ungu dan penyejukan global hingga membunuh tanaman. 

“Kesan terhadap pemakanan dan hidup manusia amat mendalam,” katanya. 

Peningkatan harga makanan dan kekurangan produk pertanian akan hampir pasti berlaku hingga mencetuskan panik dan tindakan menyembunyikan barangan pada skala antarabangsa manakala akses kepada makanan mengecil. 

Ketika 925 juta penduduk di seluruh dunia sudah pun berdepan masalah kekurangan zat makanan berdasarkan rekod terkini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kematian akibat kebuluran tidak dapat dielakkan. 

Keadaan itu memburukkan masalah sosial dan membawa kepada konflik bersenjata dalam dan di antara negara. Masalah kebuluran selalunya disebabkan wabak penyakit berjangkit seperti taun dan cirit-birit berdarah, yang akan meningkatkan kadar kematian. – AFP

Galaksi berbentuk topi penduduk Mexico

Kosmo! Online - Dunia:


GAMBAR menunjukkan galaksi Sombrero yang dirakamkan teleskop angkasa lepas Spitzer.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Teleskop angkasa lepas Spitzer milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah merakamkan imej Galaksi Sombrero.
Gambar itu telah didedahkan NASA kelmarin.
Galaksi berkenaan dinamakan demikian kerana ia menyerupai topi Sombrero yang sering dipakai oleh penduduk Mexico.
Menurut NASA, Sombrero sebenarnya merupakan dua buah galaksi dan imej sebelum ini menunjukkan ia berbentuk rata seperti cakera. - Reuters

'via Blog this'

Saintis Jepun jumpa galaksi paling jauh

Kosmo! Online - Dunia:


GAMBAR yang disiarkan Balai Cerap Astronomi Kebangsaan Jepun semalam menunjukkan sejumlah cahaya yang dirakamkan Teleskop Subaru di Hawaii.


TOKYO - Beberapa ahli astronomi Jepun mengumumkan semalam bahawa mereka telah menemui satu gugusan galaksi sejauh 12.72 bilion tahun cahaya dari Bumi.
Mereka mendakwa gugusan galaksi itu adalah yang paling jauh pernah ditemui setakat ini.
Penemuan gugusan galaksi berkenaan yang dipercayai wujud hampir satu bilion tahun selepas kelahiran alam semesta dibuat dengan menggunakan sebuah teleskop berkuasa tinggi di Pulau Hawaii, Amerika Syarikat.
"Ia menunjukkan gugusan galaksi telah wujud pada peringkat awal kewujudan alam semesta, kurang satu bilion tahun daripada usia cakerawala yang kini mencecah 13.7 bilion tahun," kata kumpulan ahli astronomi itu dalam satu kenyataan media.

'via Blog this'

Ikan paus kelabu ditemui mati

GAMBAR menunjukkan mulut ikan paus itu.
Kosmo! Online - Dunia: "



PULAU CAMANO, Amerika Syarikat - Seekor ikan paus kelabu ditemui mati terdampar di sini kelmarin.

Pemeriksaan awal mendapati haiwan itu mati bukan disebabkan trauma.

Beberapa serpihan ditemui dalam perut ikan tersebut termasuk sebiji bola golf namun ia bukan penyebab kematian haiwan berkenaan.

Ikan paus jantan itu sepanjang 11.27 meter. - Agensi"

'via Blog this'

Laluan sempit di Himalaya

Kosmo! Online - Dunia:



LIMA buah kenderaan melalui laluan sempit itu.


NEW DELHI - Sekumpulan trak tentera melalui satu laluan sempit di Zojila yang terletak 108 kilometer dari utara bandar Srinagar semalam dengan membawa bekalan untuk askar-askar India.
Srinagar merupakan ibu negeri wilayah Kashmir yang ditadbir oleh India.
Laluan tersebut melintasi Genting Zojila pada ketinggian 3,510 meter di Banjaran Himalaya. - Agensi

'via Blog this'

Annan bimbang keadaan di Syria

Kosmo! Online - Dunia:



GAMBAR yang disiarkan di Rangkaian Berita Shaam semalam menunjukkan asap daripada sebuah bangunan yang terbakar akibat serangan tentera Syria di wilayah Idlib.


DAMSYIK, Syria - Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan (gambar kecil) yang juga Utusan PBB ke Syria menyambung semula kunjungan ke beberapa tempat bergolak di negara berkenaan bersama sepasukan pegawai badan dunia itu semalam.
Annan, pada masa yang sama, menggesa agar sepasukan 300 askar pemerhati dihantar segera ke Syria selain menyuarakan kebimbangan berhubung keganasan yang berlanjutan di negara berkenaan.
Gesaan tersebut dibuat selepas sekurang-kurangnya sembilan orang awam terbunuh semalam akibat serangan tentera pemerintah dalam keganasan terbaharu di Syria.
Menurut Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, empat orang terbunuh dalam sebuah bas semasa tembakan tentera di sebuah pusat pemeriksaan dekat bandar Khan Sheikhun.
Pertubuhan pemantau yang beribu pejabat di Britain itu turut menyatakan, dua orang awam maut akibat tembakan tentera rejim di pinggir bandar Harasta.
Sejumlah mangsa lain maut akibat tembakan penembak curi di pinggir ibu negara, Douma.
Tambah pihak pemantau, seorang kanak-kanak meninggal dunia selepas terkena tembakan di sebuah kampung di wilayah timur bandar Deir Ezzor.
Tentera rejim juga dilaporkan menembak mati seorang warganegara di bandar Rastan di tengah bandar Homs.
Keganasan di Syria masih berterusan walaupun satu gencatan senjata dicadang PBB sudah berkuat kuasa sejak 12 April lalu.
Menurut anggaran PBB, lebih daripada 9,000 orang terkorban sejak bantahan antirejim meletus Mac tahun lalu. - Agensi

'via Blog this'

Libya larang parti politik Islam

Kosmo! Online - Dunia:



GAMBAR menunjukkan suasana di Tripoli apabila beberapa orang berjalan dan berjoging pada 16 April lalu.


TRIPOLI, Libya - Seorang jurucakap pemerintah Libya mengeluarkan peraturan bagi mengharamkan pembentukan parti politik berteraskan prinsip agama.
Jurucakap Majlis Peralihan Kebangsaan yang mentadbir Libya, Mohammed Al-Hareizi berkata, undang-undang berkenaan yang berkuat kuasa semalam digubal bagi mengekalkan "penyatuan nasional".
Namun, ia pasti akan mencetuskan kemarahan parti berteraskan agama seperti Ikatan Ikhwanul Muslimin yang merupakan kumpulan politik utama di negara Afrika Utara berkenaan.
Kumpulan-kumpulan Islam telah lama dikongkong oleh bekas diktator Libya, Muammar Gaddafi.
Beliau dibunuh oleh para pemberontak Libya pada Oktober tahun lalu selepas pertempuran selama lapan bulan.
Undang-undang berkenaan dikuatkuasakan dua bulan sebelum pilihan raya pertama diadakan di Libya bagi memilih 200 anggota Parlimen yang bakal ditugaskan untuk menulis perlembagaan baharu dan membentuk pemerintahan. - Agensi

'via Blog this'

Filem silat tembusi pasaran AS

Kosmo! Online - Dunia:
SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem The Raid: Redemption.


JAKARTA – Sebuah filem tentang silat dari Indonesia, The Raid: Redemption menjadi filem pertama negara itu menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS), malah turut menerima pujian pada beberapa festival filem antarabangsa.
Kini, pengarahnya, Gareth Evans berharap kejayaan filem tersebut akan memberi nafas ke atas seni mempertahankan diri itu.
Filem The Raid: Redemption mula ditayangkan di seluruh dunia pada 28 Mac lalu dan berada di tempat ke-11 dalam carta pecah panggung AS bermula April ini.
Sejumlah dua juta penonton menyaksikan filem itu di AS.
Karya tersebut mencipta rekod filem tempatan apabila memperoleh kutipan pecah panggung tempatan dan ditonton lebih sejuta penonton Indonesia.
“Ia sebuah filem yang boleh membantu mempromosikan silat di seluruh dunia.
“Justeru, jika penonton filem ini dari AS, United Kingdom atau Perancis atau dari mana sahaja tiba-tiba ingin mempelajari tentang silat, kami berjaya melakukannya,” kata Evans, seorang pengarah dari Wales.
Dia mengarahkan filem tersebut selepas jatuh cinta dengan seni silat beberapa tahun lalu.
Filem The Raid: Redemption mengisahkan tentang sekumpulan anggota unit khas Indonesia yang dihantar untuk menumpaskan penjenayah yang tinggal dan bekerja dalam satu blok bangunan.
Antara pelakonnya ialah, guru dan bekas juara silat, Iko Uwais dan seorang pengadil silat antarabangsa, Yayah Ruhiyan.
Filem yang dihasilkan dalam tempoh tiga bulan menelan belanja AS$1 juta (RM3 juta).
Hampir 90 peratus penggambaran dilakukan dalam bangunan.
Ia mendapat ulasan hebat daripada pengkritik-pengkritik antarabangsa termasuk pada Festival Filem Toronto. – Reuters

'via Blog this'

Sarkozy usaha pikat kumpulan antipendatang

myMetro | Sarkozy usaha pikat kumpulan antipendatang: "BRUSSELS: Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy yang berusaha mendapatkan sokongan pengundi berhaluan kanan melampau untuk mempertahankan jawatannya, mendesak negara Kesatuan Eropah mengetatkan lagi kawalan sempadan.

Gesaan itu dibuat selepas beliau ketinggalan kepada calon Sosialis, Francois Hollande pada pusingan pertama. Sarkozy kini menumpukan usaha menarik 18 peratus undi yang diperoleh Marine Le Pen, calon parti berfahaman kanan melampau yang antipendatang. - AFP"

'via Blog this'

Komputer Iran tak terjejas

myMetro | Komputer Iran tak terjejas:


DUBAI: Kementerian Minyak Iran semalam berkata, sistem teknologi maklumatnya tidak mengalami kerosakan berkekalan akibat daripada serangan siber. Bagaimanapun, pakarnya memerlukan masa dua atau tiga hari untuk menyiasat dan menangani kesan virus itu.
Virus berkenaan menyerang sistem Internet dan komunikasi Ahad lalu, memaksa Iran memutuskan sistem kawalan Pulau Kharg yang mengendalikan sebahagian besar eksport minyak mentahnya dan sejumlah kemudahan minyaknya yang lain.

“Hasil tindakan pantas pakar kami menyebabkan tiada kerosakan berlaku pada data komputer,” kata Ketua Pertahanan Awam kementerian, Hamdullah Mohammadnejad.
Agensi berita rasmi Iran, Irna, memetik beliau sebagai berkata, punca masalah itu dikenalpasti dan mereka memerlukan masa dua atau tiga hari untuk menyelesaikannya.

“Semua unit industri minyak mempunyai sistem sokongan yang dikemaskini setiap hari dan berdasarkan jangka panjang,” kata Hamdullah. Irna sebelum ini memetik seorang pegawai kanan kementerian sebagai berkata, bahagian perdagangan minyak antarabangsanya tidak terjejas dengan serangan berkenaan.

Virus terbaru itu sudah pasti akan dibandingkan dengan cecacing komputer Stuxnet yang menjejaskan kemudahan nuklear Iran pada 2009-10.
Pegawai Iran menuduh Amerika Syarikat dan Israel cuba mensabotaj program nuklearnya menerusi virus seperti Stuxnet.

Pakar keselamatan berkata, masalah terbaru dalam sistem teknologi maklumat Iran mungkin usaha untuk menjejaskan keupayaan negara itu dalam perdagangan minyak atau hanya kesilapan teknikal. - Reuters