Pages

Monday, December 20, 2010

Doa sekiranya ditimpa kesakitan / penyakit


Usman bin Abu Al- ‘Ash As-Saqqafi berkata : “Saya telah pergi bertemu Rasulullah SAW, sedang pada masa itu saya mengalami suatu penyakit yang agak berat, maka Rasulullah SAW bersabda :

“Usapkan tangan kananmu pada tempat yang sakit itu dan jampilah dengan doa ini sebanyak 7 kali.

أعوذُ بِعزّةِ اللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرّ مَا اَجِدُ

Maksudnya: “Dengan nama Allah , aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya daripada kecelakaan yang aku alami.”

(Hadis riwayat Nasa’i)

Maka aku pun melakukan seperti yang di ajarkan oleh rasulullah itu, lalu Allah Ta’ala menyembuhkan aku.”

Nama 28 korban nahas bas Simpang Pulai




2010/12/20

IPOH: Pihak polis setakat ini mengeluarkan senarai nama dua rakyat Malaysia dan 22 rakyat Thailand daripada 28 orang semuannya yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, 11.40 pagi tadi. 

1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia
2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia) 3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki) 4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan)
5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan) 
6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki) 
7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki) 
8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan) 
9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelaki) 
10. Suchanchida Chaiaueai, 40, (perempuan) 
11. Sriwai Swatphet, 42, (perempuan) 12. Prinya Prassakulchai, 48, (perempuan) 
13. Chutima Throukool, 25, (perempuan) 
14. Thitisak Pongtanarat, 51, (lelaki) 
15. Junpen Pongtanarat, 50, (perempuan) 
16. Phayong Kruanjinli, 59, (lelaki) 
17. Ekachai Na Bangxang, 64, (perempuan) 
18. Mantana Phromduag, 51, (perempuan) 
19. Rung Da (perempuan) 
20. Darunee Songserm (perempuan) 
21. Isariya Thiangtham, 25, (perempuan) 
22. Ampaiwan Thiangtham, 50 (perempuan) 
23. Malinan Mekmahaprom, 53, (perempuan) 
24. Achara Wiwat, 36, (perempuan) - BERNAMA

Berita dan Gambar : Kemalangan Ngeri Membaham 27 Nyawa di Simpang Pulai !!



2010/12/20 IPOH: Jumlah mangsa yang maut dalam nahas bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi meningkat kepada 26 orang.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusuf, berkata 22 meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat dalam perjalanan ke hospital.





Ketika nahas, bas itu membawa 37 orang dengan 34 pelancong Thai manakala tiga rakyat tempatan. Timbalan Ketua Polis, Perak Datuk Zakaria Yusof, berkata bas dua tingkat milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah itu membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.













Berita : Berita Harian OnlineGambar : NST
sumber arus
perjuangan

Raja Habib Yang Mendapat Hidayah





Tajuk : Raja Habib Yang Mendapat Hidayah.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Abu Jahal dan Abu Lahab selalu memikirkan bagaimanakah cara untuk membunuh Nabi Muhammad saw.Tiba-tiba Abu Jahal teringat kepada seorang Raja Syam yang bernama Raja Habib Bin Malik.Mereka pun mula merancang untuk membunuh Nabi saw melalui Raja Habib yang terkenal bengis dan zalim itu.

Mereka pun menghantar sepucuk surat jemputan kepada Raja Habib , mengundangnya ke Mekah.Raja Habib pun bersetuju setelah dijanjikan sambutan dan layanan istimewa dari pembesar Quraisy itu lalu berangkat ke Mekah dengan seribu orang pengawal.Abu Jahal dan semua pembesar Quraisy menyambut kedatangan Raja Habib dengan penuh rasa gembira dan mereka pun memberikan pelbagai jenis hadiah yang mahal kepada Raja Habib.Raja Habib pun ditempatkan di Abthah.

Selepas itu Abu Jahal pun memulakan rancangan jahatnya iaitu mula mengadu masalah yang dihadapi oleh penduduk Mekah dan memohon jasa baik Raja Habib untuk membantu mereka.Abu Jahal pun mengadu bahawa Nabi Muhammad saw telah mengaku menjadi pesuruh Allah dan membawa satu agama baru dan kononnya telah menghina Tuhan Tuhan yang disembah mereka sejak nenek moyang mereka lagi.Mereka mengadu bahawa Nabi Muhammad saw akan membawa perpecahan dan kekacauan di Mekah jika terus dibiarkan begitu sahaja.

Raja Habib pun memerintahkan supaya Nabi Muhammad saw datang mengadapnya.Pada mulanya pemergian Nabi saw ditentang oleh Abu Bakar dan isterinya Khadijah kerana Raja Habib memang terkenal sebagai seorang Raja yang zalim, namun setelah Nabi saw meyakinkan mereka bahawa Allah akan melindunginya, maka mereka pun berangkat mengadap Raja Habib.Nabi Muhammad saw telah memakai jubah yang berwarna merah dan memakai serban yang berwarna hitam.

Setelah terpandang wajah Nabi saw yang mulia, hati Raja Habib yang terkenal dengan sikap yang bengis itu tiba-tiba menjadi lembut, lalu mempersilakan Nabi saw duduk disebelahnya.

Raja Habib pun mula bertanya : “Wahai Muhammad,benarkah seperti apa yang telah saya dengar bahawa kamu telah mengaku menjadi pesuruh Tuhan?”. Jawab Nabi saw “memang benar”. Raja Habib bertanya lagi : “Siapa Tuhan kamu?” .”Allah” jawab Nabi saw.

“Sekiranya kamu seorang Nabi, sudah tentu kamu juga mempunyai mukjizat seperti Nabi –Nabi yang lain sebelum kamu” kata Raja Habib.Lalu Nabi saw pun bertanya, “Apa yang tuan mahukan?”

“Saya mahu melihat perkara pelik yang belum pernah terjadi, sekiranya kamu seorang Nabi sudah tentu kamu mampu melakukannya”.Lalu Nabi saw menjawab : “Dengan izin Allah,pasti terjadi”

“Saya mahu matahari terbenam sebelum waktunya.Kemudian bulan terbit lalu turun ke bumi.Bulan itu terbelah dua lalu masuk kedalam pakaian kamu.Bulan itu akan keluar dari lengan baju kanan dan baju kiri kamu.Kemudian bercantum semula menjadi bulat di atas kepala kamu dan bulan itu mengucapkan syahadah membenarkan kenabian kamu kemudian kembali ketempat asalnya diangkasa.Bulan itu terbenam.Kemudian matahari terbit kembali dan keadaan seperti biasa.”.Kata Raja Habib.

“Sekiranya Muhammad tidak boleh melakukannya, tuan bawa dia balik ke Syam ataupun bunuh saja” Kata Abu Lahab dengan penuh perasaan jahat bercampur gembira kerana beliau yakin Nabi saw tidak mampu melakukan perkara yang rumit itu.

“Sekiranya berlaku seperti yang tuan mahukan, apakah tuan akan beriman kepada Allah ?” Tanya Nabi saw kepada Raja Habi pula.

“Ya, barulah saya percaya kamu adalah pesuruh Allah”.jawab Raja Habib.

Nabi Muhammad saw pun mendaki Bukit Kubai yang tidak jauh dari Kaabah lalu berdoa kepada Allah swt .

Malaikat Jibril pun datang membawa Firman Allah lalu memberitahu Nabi saw :

“Wahai kekasihKu,janganlah engkau takut dan janganlah engkau bersedih hati kerana Aku bersamamu dimana pun engkau berada.Aku sudah mengetahui sejak mula apa yang diminta oleh Habib.Pergilah kepada mereka , tunjukkan ayatKu.Bentangkan secara terang dan tegas risalahmu.Ketahuilah, yang Aku sudah menempatkan matahari,bulan,malam dan siang di bawah perintahmu.Dan ketahuilah yang anak perempuan Habib akan Aku sembuhkan daripada penyakit lumpuh dan kedua-dua matanya yang buta sudah pulih semula”

Tiba-tiba berlakulah peristiwa ajaib yang belum pernah dilihat oleh manusia dan penduduk Mekah sebelum itu.Matahari dengan perlahan bergerak ke ufuk barat lalu terbenam.Cahaya siang bertukar menjadi malam.Selepas itu bulan pun terbit lalu terbelah dua.Bulan yang terbelah itu pun turun lalu masuk kedalam jubah Nabi Muhammad saw.Kemudian bulan yang terbelah itu pun keluar dari lengan baju kanan dan kiri Nabi Muhammad saw dan bercantum semula di atas kepala Nabi saw sambil mengucap dua kalimah syahadah, iaitu mengaku Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.Kemudian bulan pun bergerak ke tempat asalnya lalu terbenam di ufuk barat.Matahari pun terbit semula lalu suasana menjadi seperti sediakala.Raja Habib dan orang ramai kagum dengan kejadian itu.

Abu Bakar bertakbir apabila menyaksikan mukjizat Rasulullah saw itu.Selepas itu Nabi saw pun turun dari Bukit Kubais lalu menemui Raja Habib.

“Ketahuilah wahai Raja Habib , anak perempuan kamu yang sakit telah sembuh dari penyakitnya dan matanya yang buta telah dapat melihat semula” Kata Nabi Muhammad saw kepada Raja Habib.

Raja Habib pun terkejut kerana tidak ada sesiapun yang tahu penyakit anaknya itu iaitu lumpuh dan matanya buta kecuali orang-orang istana dan mereka yang dekat dengannya sahaja.Dia merasa gembira lalu berkata :

“Wahai seluruh penduduk Kota Mekah,tidak ada kekafiran sesudah beriman.Ketahui yang saya percaya tidak ada Tuhan kecuali Allah dan mengaku Muhammad adalah hamba dan pesuruhNya”.Selepas itu Raja Habib dan seribu orang pengawalnya telah memeluk islam, namun Abu Jahal dan Abu Lahab masih terpinga-pinga,marah dan masih tidak mendapat hidayah!

Raja Habib pun terus pulang ke Syam bersama pengawalnya tanpa menghiraukan Abu Jahal dan Abu Lahab.Setibanya di Syam, anak gadisnya yang lumpuh dan buta sedang berdiri menunggu dihadapan istana sambil mengucapkan kalimah syahadah.Raja Habib pun bertanya dari manakah anaknya itu belajar mengucap itu, lalu anaknya menjawab :

“Saya bermimpi didatangi oleh seorang pemuda yang mengatakan bahawa ayah telah memeluk islam dan saya akan sembuh daripada penyakit bila mengucap kalimah syahadah.Maka saya ucapkannya didalam mimpi.Bila bangun dari tidur, saya dapati penyakit saya sudah sembuh dan mata saya sudah dapat melihat semula” jawab anak gadisnya itu.

Raja Habib pun bersujud tanda kesyukuran kepada Allah swt.Sebagai tanda ucapan terima kasih kepada Nabi Muhammad saw, Raja Habib pun mengirimkan hadiah berupa emas,intan dan permata yang banyak sehingga perlu dibawa oleh 5 ekor unta!

Bila utusan Raja Habib sampai ke Mekah, maka Abu Jahal pun mendakwa hadiah itu adalah untuk dirinya, tetapi telah dinafikan oleh pengawal utusan Raja Habib bahawa semua hadiah itu adalah untuk Nabi Muhammad saw.Suasana menjadi kecoh dan menarik perhatian ramai bila Abu Jahal menuduh pengawal utusan itu sudah terkena sihir Muhammad.

Bila mengetahui hal tersebut Nabi Muhammad saw pun pergi ke tempat itu.Abu Jahal yang tamak haloba itu masih mendakwa hadiah itu adalah untuk dirinya dan pembesar Quraisy yang lain.

Abu Sufian bertanya orang ramai siapakah yang boleh menjadi pengadil dalam hal itu, lalu Nabi saw pun mencadangkan agar bertanya kepada unta yang membawa hadiah itu sendiri.

Abu Jahal pun bersetuju, maka tempoh sehari diberikan lalu Abu Jahal pun balik menyembah dan memohon pertolongan dari berhala al-Latta dan al-Uzza bagi mendapatkan harta dari Raja Habib itu.

Bila tiba hari pengadilan, maka bertanyalah Abu Jahal kepada unta itu :

“Wahai unta, atas nama tuhan-tuhanku, al-Latta , al-Uzza dan al-Manata, beritahu kami untuk siapakah hadiah yang kamu bawa ini?” . Unta itu senyap dan tidak menjawab walaupun telah ditanya oleh Abu Jahal berulang-ulang kali sehingga beliau sendiri naik jemu dan penat.

Maka tibalah giliran Nabi Muhammad saw bertanya kepada unta itu pula :

“Dengan izin Allah,maka berkata-katalah wahai unta, untuk siapakah barang-barang yang kamu bawa ini?”

Lalu salah seekor dari unta itu pun menjawab “Kami membawa barang barang ini sebagai hadiah daripada Raja Habib bin Malik untuk Nabi Muhammad saw”. Selepas mendengar kata-kata unta itu, orang ramai sekali lagi terpegun dan Abu Jahal pun terpaksa mengalah.

Selepas itu Nabi saw menyuruh Abu bakar dan sahabat-sahabatnya membawa kesemua barang itu naik keatas Bukit Kubais.Selepas itu Nabi saw pun berdoa kepada Allah swt agar semua emas, permata, intan berlian itu agar menjadi tanah.Dengan izin Allah, dalam sekelip mata semua barang itu bertukar menjadi tanah!

Itulah serba sedikit kisah seorang Raja yang mendapat hidayah, walaupun baginda berada jauh di Syam, tidak mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi saw , namun selepas ditunjukkan bukti mukjizat Nabi Muhammad saw , baginda terus beriman kepada Allah swt dan Rasulnya, sedangkan Abu Jahal, Abu Lahab dan beberapa orang pembesar Mekah masih tertutup pintu hatinya untuk islam dan beriman kepada Allah swt walaupun telah diperlihatkan berpuluh-puluh kali mukjizat oleh Nabi Muhammad saw. Itulah nikmat iman dan hidayah…. Semuanya anugerah Tuhan…ianya tidak boleh dijualbeli, tidak boleh dipaksa dan tidak boleh ditiru oleh sesiapa, kecuali kepada mereka yang dikehendaki olehNya jua.

*[Artikel ke-214 Sangtawal Sakranta ].

4 Keajaiban Kejadian Manusia


http://bashar22.jeeran.com/untitled677676676766.bmp
  1. Kesempurnaan jasad manusia sukar difikirkan dan tidak dapat ditandingi oleh kepandaian manusia.
  2. Kemampuan yang dimiliki oleh manusia tidak pernah tetap, sebaliknya sentiasa meningkat tanpa henti.
  3. Memiliki sifat, watak, sikap dan perilaku yang sentiasa berubah, menimbulkan persoalan yang rumit dan kadang-kadang boleh menghancurkan diri sendiri.
  4. Memiliki keinginan yang tidak mungkin dapat dicapai, tetapi diusahakan melalui kecanggihan teknologi, kadang-kadang membuat manusia bukan hidup di dunia nyata.
Membentuj Kecerdasan Melalui Al-Quran. m / s :139

7 Pengajaran yang Allah SWT berikan kepada manusia


http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQv7uZNFvCuUgf4FTEUEHHmSwsMN6msl4dXdoHRhHbTa85xGTKI
http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS0DJxizZFv_AmJPCQAeztzFLVVQgl00zGGz6onhlXc2-7ZdNGS5A
http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSPSYMGNnhTjSakTQkWhGDrklSUlSYG5fHO2UXH2f0mc1TApBQZ
1-Diberikan umur yang panjang dan waktu yang cukup. surah Fathir, ayat : 37.
35:37
Sahih International
And they will cry out therein, “Our Lord, remove us; we will do righteousness – other than what we were doing!” But did We not grant you life enough for whoever would remember therein to remember, and the warner had come to you? So taste [the punishment], for there is not for the wrongdoers any helper.
Malay
Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): “Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan”.

2-Adanya aturan yang berkat. Surah As-Sad, ayat : 24.
38:24
Sahih International
[David] said, “He has certainly wronged you in demanding your ewe [in addition] to his ewes. And indeed, many associates oppress one another, except for those who believe and do righteous deeds – and few are they.” And David became certain that We had tried him, and he asked forgiveness of his Lord and fell down bowing [in prostration] and turned in repentance [to Allah ].
Malay
Nabi Daud berkata: ” Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!” Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).
3-Manusia akan kembali kepada Allah SWT. Surah Al-Mukmin, ayat : 13.
23:13
Sahih International
Then We placed him as a sperm-drop in a firm lodging.
Malay
Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;

4-Al-Quran diturunkan secara berturut-turut. Surah Al-Qasas, ayat : 51.
28:51
Sahih International
And We have [repeatedly] conveyed to them the Qur’an that they might be reminded.
Malay
Dan demi sesungguhnya Kami telah hubungkan turunnya firman-firman Kami (Al-Quran) dengan berturut-turut kepada mereka, supaya mereka beroleh peringatan (lalu beriman).
5-Penciptaan Alam semesta dan sebagainya yang menunjukkan kekuasaan Allah SWT.          Surah Yunus, ayat : 3.
10:3
Sahih International
Indeed, your Lord is Allah , who created the heavens and the earth in six days and then established Himself above the Throne, arranging the matter [of His creation]. There is no intercessor except after His permission. That is Allah , your Lord, so worship Him. Then will you not remember?
Malay
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu – setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?
6-Terdapat kebaikan pada setiap perintahNya. Surah An-Nur, ayat : 27.
24:27
Sahih International
O you who have believed, do not enter houses other than your own houses until you ascertain welcome and greet their inhabitants. That is best for you; perhaps you will be reminded.
Malay
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).
7-Ciptaan Allah SWT yang berpasangan dan bersistem. Surah Az-Zariat, ayat : 49.
51:49
Sahih International
And of all things We created two mates; perhaps you will remember.
Malay
Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami).

Membentuk Kecerdasan Daripada Al-Quran.m/s : 176.
sumber peribadirasulullah

Tokoh Islam Xinjiang meninggal





2010/12/20

BEIJING: Lebih 5,000 penduduk Islam membanjiri jalan raya di ibu kota rantau barat China bergolak di Xinjiang untuk berkabung atas kematian ulama terkenal di tengah kehadiran besar-besaran polis. 

Mahemuti, ulama Masjid Hantenggeli juga dikenali sebagai Masjid Agung Pagar Selatan meninggal dunia Khamis lalu menyebabkan penduduk Islam berkabung di ibu kota rantau ini di Urumqi, kata pegawai masjid.
“Kira-kira 5,000 penduduk Islam yang berkabung datang ke masjid Khamis lalu untuk berkabung atas pemergiannya,” kata pegawai yang dikenali sebagai Gelimu, semalam. Mahemuti meninggal dunia kerana penyakit jantung, katanya. – AFP

WikiLeaks sasar Bank of America





2010/12/20

SEORANG penyokong WikiLeaks di London membawa sepanduk menuntut pihak berkuasa tidak menghukum Assange.
SEORANG penyokong WikiLeaks di London membawa sepanduk menuntut pihak berkuasa tidak menghukum Assange.
Assange berang kena sekatan institusi kewangan 

NEW YORK: Pengasas WikiLekas, Jilian Assange semalam berikrar untuk membocorkan maklumat mengenai bank pula kerana pertubuhan pimpinannya sering menjadi sasaran serangan institusi kewangan tertentu.
“Kami sering diserang, bukan oleh kerajaan terutama, walaupun keadaan semakin panas sekarang tetapi bank termasuk dari Dubai, Switzerland, Amerika Syarikat, United Kingdom, jadi pastinya kami akan terus menyiarkan bahan mengenai bank,” katanya kepada televisyen CNBC.
Dalam satu temubual disiarkan bulan lalu oleh majalah Forbes, Assange mendakwa satu ‘kebocoran mega’ terbaru akan menyasarkan sebuah bank utama Amerika, awal tahun depan. 

Assange berkata, kebocoran maklumat bank terbabit akan memberikan gambaran sebenar mengenai bagaimana institusi itu bertindak di peringkat eksekutif dalam cara akan merangsang siasatan dan perbaharuan.’ 

Rakyat Australia itu berkata, beliau bersedia untuk mendedahkan berpuluh ribu dokumen yang mungkin akan menjatuhkan satu atau dua bank. Sasaran utama adalah Bank of America, berdasarkan komen tahun lalu daripada Assange. 

Selepas menyiarkan beribu-ribu kabel diplomatik rahsia, Assange ditahan kerana serangan seksual dan menyaksikan sekurang-kurangnya satu akaun bank Switzerland dibekukan. 
Bank of America pula menyertai langkah MasterCard, PayPal, Visa Europe dan agensi perbankan lain untuk tidak memproses transaksi WikiLeaks. 

Sementara itu, di STOCKHOLM, dua wanita Sweden yang menuduh Assange merogol, melakukan pencabulan seksual secara paksaan didedahkan sebagai aktivis wanita berusia 31 tahun dan seorang peminatnya berusia 27 tahun. 

Sejak kes itu didedahkan, mereka mula menjauhkan diri daripada menjadi tumpuan dengan seorang daripadanya ke wilayah Palestin untuk misi Kristian manakala seorang lagi memotong talian telefonnya. 

Identiti mereka dirahsiakan oleh pendakwa Sweden. Mereka dinamakan sebagai Miss A dan Miss W dalam perbicaraan di sebuah mahkamah British. 

Mereka masih menangguhkan tuntutan untuk mengesktradisi Assange ke Sweden untuk soal siasat mengenai dakwaan kejadian berlaku pada 14 Ogos lalu. – AFP
bharian

Janda kaya pulangkan lebih RM22.56 bilion



NEW YORK - Seorang janda, Barbara Picower akan memulangkan semula lebih AS$7 bilion (RM22.56 bilion) kepada mangsa-mangsa penipuan skim cepat kaya anjuran pelabur terkena yang kini dipenjarakan selama 150 tahun, Bernie Madoff.
Wang yang akan dipulangkan itu adalah milik suaminya, Jeffrey Picower yang telah meninggal dunia kerana serangan jantung di tepi kolam renang di rumah miliknya di pantai Palm, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 2009 semasa berumur 67 tahun.
Sebelum meninggal dunia, Jeffrey melabur dalam skim cepat kaya itu selama beberapa tahun dan memperoleh pulangan lumayan.
Namun, ekoran kematian Jeffrey, aset dan harta miliknya diwariskan kepada Barbara.
Peguam Bagi Daerah Selatan New York, Preet Bharara berkata: "Penyelesaian ini mewakili pemulangan kembali rampasan terbesar dalam sejarah AS."
Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar mengenai pemulangan semula wang yang telah dilaburkan itu di sini pada Jumaat lalu.
Setakat ini, pemegang amanah yang dilantik mahkamah, Irving Picard hanya memperoleh semula wang yang telah dilaburkan Madoff sebanyak AS$1.55 bilion (RM4.85 bilion) sedangkan dia dipercayai pendakwa raya mengambil wang para pelabur sebanyak AS$65 bilion (RM203.74 bilion).
Pemulangan wang yang dilakukan janda kaya itu mungkin akan menyebabkan mangsa-mangsa penipuan skim cepat kaya anjuran Madoff mendapat sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah wang yang telah dilaburkan mereka.
Selama bertahun-tahun, Madoff menggunakan wang pelabur baru untuk membayar dividen kepada pelabur lama.
Namun, ekoran krisis kewangan yang menyebabkan harga saham merudum pada 2009, Madoff terpaksa membuat pengakuan bahawa skim pelaburannya adalah skim cepat kaya.
Madoff mengaku bersalah pada tahun lalu kerana mewujudkan skim cepat kaya yang paling besar di dunia menyebabkan dia dihukum 150 tahun penjara. - Agensi

WikiLeaks masih berfungsi




RUMAH yang didiami oleh Assange di Ellingham selepas dia dibebaskan dari penjara di London pada Khamis lalu.


ELLINGHAM, United Kingdom - Bekas penggodam yang kini menjadi amat terkenal, Julian Assange (gambar kecil) semalam menyatakan laman web WikiLeaks yang diasaskannya masih berfungsi dengan lancar walaupun Bank of America menghentikan transaksi kewangan ke laman itu.
Dia membuat kenyataan itu semasa tinggal di rumah rakannya yang juga seorang wartawan di sini setelah dibebaskan daripada tahanan dengan ikat jamin pada Khamis lepas.
Assange ditahan atas dakwaan dia mencabul dan merogol dua wanita di Sweden.
Penggodam yang juga wartawan itu ditahan pada 7 Disember lalu oleh polis Britain semasa dia berada di Britain.
Namun, dia perlu melaporkan diri di sebuah balai polis berhampiran dan memakai tag elektronik.
Menurut pihak Bank of America, pihaknya menghalang transaksi itu kerana percaya bahawa WikiLeaks mungkin terlibat dengan aktiviti yang tidak sesuai dengan dasar dalaman bank berkenaan.
Sebelum ini, MasterCard, PayPal dan Visa Europe turut menghalang transaksi ke laman berkenaan.
Laman web WikiLeaks telah mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik yang mengandungi maklumat sulit Amerika Syarikat (AS).
Maklumat itu turut mengandungi komen pemimpin AS terhadap ketua kerajaan negara lain.
"Kita merupakan pertubuhan yang kuat. Semasa saya berada di dalam kurungan, kami meneruskan penyiaran maklumat pada setiap hari dan ia tidak akan berubah," kata Assange.
Dalam perkembangan pendedahan WikiLeaks kelmarin, pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa menyatakan siasatan sedang dilakukan berhubung dakwaan Presiden Sudan, Omar al-Bashir memasukkan AS$9 bilion (RM28.21 bilion) ke dalam akaun-akaun bank. - Agensi

Budak tujuh tahun takluk Selat Dinding



FIRMAN tiba di Jambatan Raja Permaisuri Bainun ketika merentasi Selat Dinding di Lumut semalam.


LUMUT – Kanak-kanak berusia tujuh tahun, Firman Hassanie Shariati Abdul Halim (gambar) mencipta sejarah baru dalam sukan maraton akuatik di negara ini apabila berjaya menjadi perenang termuda merentasi Selat Dinding di sini kelmarin.
Firman yang juga merupakan adik kepada perenang selat negara, Salman Ali Shariati, 13, dan Zahrah Masoumah, 19, berjaya merentasi selat sejauh 15 kilometer itu dalam masa 10 jam 20 minit kelmarin.
Pada Mac lalu, Salman dan Zahrah telah berjaya berenang sejauh 60 kilometer dari Tanjung Medang, Pulau Rupat di Indonesia ke Pantai Batu Empat, Port Dickson di Negeri Sembilan.