PLACERVILLE (Amerika Syarikat): Wanita yang diculik ketika kanak-kanak dan dirogol berulang kali sepanjang 18 tahun akhirnya tampil dan membuat kenyataan umum bahawa kejadian itu telah merampas kehidupannya.Cik Jaycee Dugard, 31 tahun, yang diculik ketika berusia 11 tahun, berkata beliau sangat benci setiap saat didera oleh pasangan suami isteri Phillip dan Nancy Garrido.Phillip, 60 tahun, mendapat dua orang anak daripada hubungannya dengan Dugard setelah menculiknya pada 1991.Kelmarin, dia dijatuhi hukuman penjara 431 tahun, manakala isterinya, 55 tahun, dipenjara 36 tahun.Pasangan itu telah didapati bersalah oleh mahkamah pada April lalu setelah kedua-duanya mengaku melakukan jenayah tersebut.Phillip mengaku bersalah atas tuduhan menculik, menculik untuk tujuan seks, merogol secara paksa dan melakukan aksi lucah. Isterinya mengaku bersalah atas tuduhan menculik dan merogol.Dalam satu kenyataan yang ditujukan kepada Phillip dan dibacakan di mahkamah kelmarin oleh ibunya, Cik Terry Probyn, Cik Dugard berkata:'Saya memutuskan untuk tidak hadir di sini hari ini (kelmarin) kerana saya enggan membuang masa hidup saya walau sesaat di depan anda. Sedang saya mengimbas semula tahun-tahun yang telah berlalu, saya rasa marah kerana anda telah merampas kehidupan saya dan keluarga saya. Semua yang anda lakukan ke atas diri saya adalah salah dan saya harap anda sedar satu hari nanti.'Cik Dugard ditemui pada Ogos 2009 di bahagian rahsia belakang rumah pasangan itu di Antioch, kirakira 200 kilometer dari rumah beliau.Sejak itu Cik Dugard tinggal di lokasi rahsia bersama keluarganya, termasuk dua anaknya yang kini berusia 13 dan 16 tahun.Pihak berkuasa California telah membayar pampasan sebanyak AS$20 juta ($24 juta) ekoran penderitaan yang ditanggungnya.Peguam Phillip, Cik Susan Gellman, berkata selepas kenyataan Cik Dugard dibaca di mahkamah kliennya berkata dia berasa sangat kesal atas perbuataannya. -- AP, AFP.
Saturday, June 4, 2011
Wanita mangsa culik 18 tahun akhirnya bersuara
PLACERVILLE (Amerika Syarikat): Wanita yang diculik ketika kanak-kanak dan dirogol berulang kali sepanjang 18 tahun akhirnya tampil dan membuat kenyataan umum bahawa kejadian itu telah merampas kehidupannya.Cik Jaycee Dugard, 31 tahun, yang diculik ketika berusia 11 tahun, berkata beliau sangat benci setiap saat didera oleh pasangan suami isteri Phillip dan Nancy Garrido.Phillip, 60 tahun, mendapat dua orang anak daripada hubungannya dengan Dugard setelah menculiknya pada 1991.Kelmarin, dia dijatuhi hukuman penjara 431 tahun, manakala isterinya, 55 tahun, dipenjara 36 tahun.Pasangan itu telah didapati bersalah oleh mahkamah pada April lalu setelah kedua-duanya mengaku melakukan jenayah tersebut.Phillip mengaku bersalah atas tuduhan menculik, menculik untuk tujuan seks, merogol secara paksa dan melakukan aksi lucah. Isterinya mengaku bersalah atas tuduhan menculik dan merogol.Dalam satu kenyataan yang ditujukan kepada Phillip dan dibacakan di mahkamah kelmarin oleh ibunya, Cik Terry Probyn, Cik Dugard berkata:'Saya memutuskan untuk tidak hadir di sini hari ini (kelmarin) kerana saya enggan membuang masa hidup saya walau sesaat di depan anda. Sedang saya mengimbas semula tahun-tahun yang telah berlalu, saya rasa marah kerana anda telah merampas kehidupan saya dan keluarga saya. Semua yang anda lakukan ke atas diri saya adalah salah dan saya harap anda sedar satu hari nanti.'Cik Dugard ditemui pada Ogos 2009 di bahagian rahsia belakang rumah pasangan itu di Antioch, kirakira 200 kilometer dari rumah beliau.Sejak itu Cik Dugard tinggal di lokasi rahsia bersama keluarganya, termasuk dua anaknya yang kini berusia 13 dan 16 tahun.Pihak berkuasa California telah membayar pampasan sebanyak AS$20 juta ($24 juta) ekoran penderitaan yang ditanggungnya.Peguam Phillip, Cik Susan Gellman, berkata selepas kenyataan Cik Dugard dibaca di mahkamah kliennya berkata dia berasa sangat kesal atas perbuataannya. -- AP, AFP.
Buruan 16 tahun berakhir
KORBAN DI SREBRENICA: Gambar yang diambil pada Februari 1996 ini menunjukkan mayat mangsa pembunuhan beramai-ramai di atas bukit berdekatan Srebrenica yang didakwa didalangi oleh ketua tentera Serb Bosnia, Ratko Mladic. -- Foto Fail AP |
Walaupun Mladic sudah ditangkap, kekejaman dahsyat yang berlaku sukar dilupakan oleh Muslim Bosnia
Susunan
Suhana A. Samat
MATANYA tidak mahu terlelap semula setelah terjaga sebelum matahari merangkak terbit.Dengan memakai topi besbol berwarna biru, lelaki tua itu mengambil keputusan keluar rumah dan menghirup udara segar.Jam menunjukkan 5 pagi dan sekitar 2,000 penduduk kampung masih nyenyak tidur.Tanpa disedarinya, empat jip yang membawa 20 lelaki bertopeng dan lengkap bersenjata telah menyelinap masuk ke kampung Lazarevo - kawasan terpencil yang terletak di utara Serbia.Secara serentak, mereka menyerbu empat rumah untuk mencari orang yang diburu selama ini.Di salah sebuah rumah yang diserbu, empat lelaki bertopeng itu melompat pagar dan menendang masuk ke rumah itu, sedang lelaki tua itu baru hendak keluar ke taman.Mereka menolak lelaki itu ke lantai.'Perkenalkan diri anda!' pekik salah seorang lelaki bertopeng itu.Lelaki tua itu hanya mampu berbisik: 'Saya Ratko Mladic.'Buruan yang bermula 16 tahun lalu sudah berakhir.
SIAPA MLADIC?
Mladic yang kini sudah berusia 69 tahun, merupakan salah seorang pemimpin tentera Serb Bosnia yang diburu sejak sekian lama kerana terbabit melancarkan perang pembersihan etnik Bosnia semasa perang 1992-1995.Dia berbuat demikian atas arahan pemimpin politik, Radovan Karadzic.Ekoran perang itu, negara Bosnia kini dibahagi kepada dua wilayah berdasarkan identiti kekauman iaitu Persekutuan Muslim-Croat dan Republik Serbia.Kira-kira 100,000 orang terkorban dalam perang itu, yang tercetus selepas Bosnia mengisytiharkan kemerdekaan daripada bekas negara Yugoslavia, dengan kebanyakan yang terbunuh dalam konflik itu adalah penduduk Islam Bosnia.Penduduk awam Bosnia tidak kira lelaki, wanita malahan orang tua dan kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman tentera Serb.Wanita dan kanak-kanak perempuan Bosnia dirogol, manakala penduduk lelaki, orang tua dan kanak-kanak pula diperlakukan dengan kejam sebelum dibunuh.Dalam satu insiden di Srebrenica, lebih 8,000 penduduknya hilang dan dipercayai dibunuh dalam kempen pembunuhan beramai-ramai pada 1995.Beberapa kubur besar mengandungi tulang-tulang dan mayat manusia yang ditanam beramai-ramai ditemui di wilayah itu beberapa tahun, kemudian dipercayai mayat penduduk Srebrenica.Bagi melindungi jenayah kejam pembunuhan beramai-ramai itu, tentera Serb Bosnia beberapa bulan kemudian datang semula ke kubur-kubur besar itu dan menggali mayat-mayat itu di waktu malam untuk ditanam semula di 28 tapak perkuburan baru yang jauh di pedalaman dan di lereng-lereng gunung.Tragedi itu merupakan insiden pembunuhan beramai-ramai terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua selepas tragedi Holocaust.Mladic merupakan orang yang bertanggungjawab sepenuhnya atas pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica itu.Dua lagi sekutunya yang terlibat dalam tragedi di Srebrenica itu, Ljubisha Beara, dan Vujadin Popovic, telah pun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.Mladic juga didakwa mengarahkan kepungan selama 44 bulan ke atas Sarajevo.Orang kuatnya semasa pembunuhan itu, Jeneral Radislav Krstic, pula telah dijatuhi hukuman penjara 35 tahun kerana membantu jenayah itu.Seorang lagi yang telah ditahan sebelum ini ialah bekas Presiden Yugoslav, Slobodan Milosevic.Milosevic meninggal dunia ekoran serangan jantung pada 2006 semasa perbicaraan selama empat tahun hampir berakhir di The Hague.
BAKAL DIHERET KE PENGADILAN
Apabila Mladic muncul di mahkamah Serbia pada Jumaat lalu, dia kelihatan uzur dan sukar bercakap.Ini jauh berbeza dengan imejnya sebagai jeneral yang tegap dan disegani ramai pada satu ketika dulu.Menurut anaknya, Mladic telah diserang angin ahmar tiga kali dan bahagian kanan badannya kebas.Namun, para hakim memutuskan dia sihat untuk dibicarakan.'Badannya lemah tetapi mata birunya memancarkan semangat seorang lelaki muda,' kata seorang pegawai mahkamah.Rabu lalu, Mladic telah dipindahkan ke Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY), di The Hague, Belanda untuk dihadapkan ke depan hakim atas dakwaan melakukan jenayah perang, pembunuhan dan jenayah kemanusiaan semalam.Di The Hague, Mladic menyertai ketua politik Serb Bosnia, Radovan Karadzic, 65 tahun, yang kini masih lagi dibicarakan.Karadzic ditahan pada 2008 tetapi kemudian memboikot permulaan perbicaraannya pada Oktober 2009.Para pengamat berkata proses pengadilan bagi Mladic mungkin akan mengambil masa yang lama, mentelah dia menafikan bertanggungjawab atas tuduhan yang dikenakan.Dari sudut politik, penangkapan Mladic dilihat dapat mengukuhkan lagi kedudukan Presiden Serbia, Encik Borix Tadic dalam usahannya untuk menyertakan negara itu dalam Kesatuan Eropah (EU).Sebelum ini, penahanan Mladic merupakan antara syarat yang ditetapkan bagi Belgade untuk menyakinkan EU bahawa Serbia sudah bersedia untuk menjadi calon anggota blok itu.Bagi Presiden Tadic, penangkapan itu 'menghapuskan beban Serbia dan menutup sejarah hitam negara ini.'Masa mungkin telah menyebabkan masyarakat dunia semakin melupakan nasib malang yang telah menimpa masyarakat Islam Bosnia.Meskipun kini keadilan semakin hampir, namun parut lama masih ada.Seperti kata Encik Sead Bekric yang berusia 14 tahun ketika perang itu berlaku:'Bertahun telah berlalu. Kami telah kehilangan orang yang disayangi dan mereka tidak akan kembali. Apabila anda telah melalui pengalaman dahsyat seperti yang dilalui oleh kami, anda tidak akan dapat melupakan segalanya.
'Cyberita Online Luar Negara
17 jemaah maut,61 cedera dalam serangan bom selepas solat Jumaat di Tikrit
BAGHDAD 4 Jun - 17 terbunuh manakala 61 yang lain cedera dalam serangan bom tepi jalan yang dilancarkan terhadap jemaah di masjid di bandar Tikrit, Iraq hari ini, kata polis dan pegawai perubatan hari ini.
Letupan yang berlaku selepas solat Jumaat di kawasan yang dikuasai puak Sunnah, terletak 150 kilometer di utara Baghdad, turut membunuh seorang hakim daerah serta mencederakan ramai pegawai tempatan.
"Hospital kami menerima 15 mayat dan 61 jemaah yang cedera," kata pengarah kesihatan di wilayah Salahuddin, Raed Ibrahim. - REUTERS
Presiden Yemen dirawat di hospital tentera
SANAA 4 Jun - Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh dirawat di hospital milik Kementerian Pertahanan di bandar ini selepas mengalami kecederaan dalam serangan meriam ke atas Istana Presiden semalam, kata ketua parti pemerintah.
Saleh bersama Perdana Menteri, Ali Mohammed Mujawar dan ketua majlis perunding, Abdulaziz Abdulghani, sedang dirawat di hospital yang sama, kata pegawai tanpa memberi butiran lanjut.
Pasukan perubatan berkata, Mujawar mengalami kecederaan melecur di muka namun tiada maklumat mengenai keadaan Saleh. Pegawai daripada parti pemerintah sebelum itu memberitahu, Saleh mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala. - AFP
34 penunjuk perasaan ditembak mati di Syria
BEIRUT 4 Jun - Sekurang-kurangnya 34 penunjuk perasaan terbunuh selepas pihak keselamatan Syria melepaskan tembakan ke arah 10 ribu penunjuk perasaan yang menuntut Presiden Bashar al-Assad berundur di bandar Hama hari ini, kata kumpulan aktivis hak asasi Syria.
"Jumlah kematian dijangka meningkat memandangkan ramai yang mengalami kecederaan parah," kata wakil kumpulan aktivis, Rami Abdulrahman.
"Jumlah kematian tersebut tidak dikira daripada semua hospital," tambahnya. - REUTERS
Suami tetak isteri, jiran
MALANG...Revethi trauma diserang suami. |
Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, lelaki berusia 24 tahun itu turut mengamuk di luar rumah dan menyerang jirannya dikenali sebagai Visvanathan, menyebabkan remaja lelaki berusia 18 tahun itu cedera parah di kaki, perut dan tangan.
Suspek dikatakan seorang kaki botol dan sikapnya itu menyebabkan isterinya, R Revethi, 21, enggan menyerahkan wang apabila diminta kerana tahu suaminya akan menggunakan wang itu untuk minum arak.
Apabila permintaannya tidak dipenuhi, suspek dikatakan meluru ke dapur mengambil parang lalu menetak mangsa di depan tiga daripada empat anak mereka yang berusia lima, tiga dan setahun.
Sejurus melihat isterinya terbaring berlumuran darah dan menjerit kesakitan, lelaki itu keluar rumah dan meluru ke arah Visvanathan, jiran yang tinggal selang tiga rumah dari kediamannya.myMetro | Suami tetak isteri, jiran
Masih hidup ketika dicampak
KUALA LUMPUR: Polis semalam mengesahkan bayi yang ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam Selasa lalu, masih bernyawa ketika dicampak.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata hasil bedah siasat terhadap bayi itu mendapati punca kematiannya adalah pelbagai kecederaan di kepala dan badan akibat jatuh dari tempat tinggi.
“Bedah siasat mendapati bayi itu masih bernyawa ketika dicampakkan. Jelas, ini satu kes bunuh yang sangat kejam. Polis akan terus berusaha untuk menjejaki suspek. “Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya di sini, semalam.
Harian Metro kelmarin melaporkan kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak selepas seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri.
Sehari berikutnya, seorang lagi bayi dilaporkan menjadi mangsa kekejaman apabila dibuang dalam ruang membuang sampah sebuah rumah teres di Taman Pelangi, Rawang, di sini, kelmarin. Bagaimanapun, bayi lelaki yang juga baru dilahirkan dan masih bertali pusat itu terselamat daripada maut apabila dia ditemui pemilik rumah berkenaan.
Lapor polis tak tahan nafsu ganas suami
KUANTAN: Tidak tahan didera secara seksual oleh suami yang mengamalkan kaedah pelik ketika menjalin hubungan kelamin, seorang wanita mengalami penderitaan sejak empat tahun lalu membuat laporan polis.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Minah, 55, berkata, dia sudah tiga kali membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading dan laporan terakhir dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, 29 Mei lalu selepas suami mengetuk kepalanya dengan jag.
“Sudah empat tahun perasaan saya tertekan akibat terpaksa melayan nafsu pelik suami yang gemar menggunakan cincin penambat zakar ciptaan sendiri ketika hubungan kelamin.
“Perbuatan pelik suami itu menyebabkan saya menderita kerana dia menggunakan pelbagai alat seperti besi rantai kunci, biji manik, benang, gelang getah, kepala jarum peniti dan pelbagai bahan tidak munasabah,” katanya.
Minah berkata, suaminya yang berusia 50 tahun dan bekerja sebagai buruh mendakwa tenaga batinnya akan meningkat jika mengenakan cincin ciptaan sendiri itu pada alat sulitnya.
“Saya pernah bertanya kenapa dia tidak boleh melakukan hubungan kelamin secara normal, tapi suami memberitahu dia tidak berasa nikmat dan tidak akan puas jika tidak menggunakan cincin buatannya itu,” katanya.
Tentera Syria didakwa tembak penunjuk perasaan
NICOSIA: Tentera Syria dilapor melepaskan tembakan ke arah kira-kira 50,000 penunjuk perasaan di bandar Hama, menyebabkan beberapa orang terbunuh.
Tunjuk perasaan itu adalah yang terbesar pernah diadakan untuk memaksa perletakan jawatan Presiden Bashar al-Assad sejak kebangkitan rakyat bermula pertengahan Mac lalu, kata jurucakap kumpulan hak asasi manusia Syria di London. Hama ialah bandar di tengah Syria yang menyaksikan pembunuhan 20,000 orang apabila anggota Ikhwanul Muslimin negara itu bangkit menentang bapa Bashar, Hafez al-Assad.
Dalam versi berbeza mengenai perkembangan di Hama, agensi berita rasmi Syria, Sana, melaporkan, beratus-ratus orang berhimpun selepas solat Jumaat sambil melaungkan slogan menyokong Bashar.
Menurutnya, anggota tentera dan polis tidak dikerah ke kawasan berkenaan. - AFP
Bush, Cheney antara 5 orang paling jahat di dunia
RUSSELLVILLE (Arkansas): Sebuah buku tahunan sekolah menyenaraikan bekas Presiden George W Bush dan bekas Naib Presiden, Dick Cheney antara ‘lima orang paling jahat’ sepanjang zaman, di samping Adolf Hitler, Osama bin Laden dan Charles Manson.
Senarai yang terkandung dalam buku tahunan untuk pelajar Sekolah Menengah Russellville itu mencetuskan kemarahan ibu bapa dan kakitangan sekolah.
Pihak sekolah terpaksa menampal pita hitam untuk menutup senarai berkenaan sebagai jalan akhir tetapi ia masih gagal meredakan kemarahan ibu bapa.
Dalam senarai itu, pemimpin Nazi, Adolf Hitler berada di tempat teratas, diikuti rapat oleh bekas pemimpin al-Qaeda, Osama Bin Laden yang dibunuh di Pakistan oleh tentera Amerika Syarikat bulan lalu.
Yang ketiga ialah pembunuh bersiri terkenal, Charles Manson dan diikuti oleh George W Bush di tempat keempat serta Dick Cheney di belakangnya.
“Masalah kami ialah pita itu boleh ditanggalkan dengan mudah,” kata anggota Lembaga Pengarah Sekolah, Chris Cloud.-k
“Saya kecewa dengan kesilapan itu,” katanya.
Menurut kakitangan sekolah, senarai itu tidak menggambarkan pandangan dan pendapat murid serta gurunya.
Seorang guru berkata, pelajar sekolah itu tidak mengundi siapa yang mereka fikirkan ‘orang paling jahat di dunia,’ sebaliknya mengambil maklumat berkenaan daripada kaji selidik yang dilakukan oleh sebuah laman web bebas.
Penguasa Pelajaran Russellville, Randal Wiliams berkata, wanita yang ditugas menyunting buku tahunan itu tidak menyedari kesilapan dalam senarai berkenaan. - Agensi
Peluru salut minyak babi bunuh Osama
PELURU Silver Bullet yang disalut dengan minyak babi. |
OSAMA |
WASHINGTON: Adakah Osama bin Laden ditembak dengan peluru yang direndam dalam minyak babi, sekali gus menafikan haknya untuk ditempatkan dalam syurga. Begitulah yang dipercayai oleh sebuah syarikat yang terbabit dalam menjual minyak senapang mengandungi lemak babi.
Menerusi laman webnya, pemilik syarikat ‘Minyak Senapang Silver Bullet’ mendakwa minyak yang dikeluarkannya mengandungi 13 peratus lemak babi, menjadikannya produk yang berkesan untuk memerangi militan Islam.
Pemilik laman web berkenaan yang menggunakan nama ‘The Midnight Rider’ mendakwa, militan Islam yang mati akibat terkena tembakan peluru yang disalut dengan minyak babi tidak akan masuk syurga.
“Ia secara berkesan menghalang mereka memasuki syurga Tuhan mereka,” kata Rider.
Menurutnya, minyak itu yang berharga AS$8.95 (RM26.85) untuk 113 gram akan mencetuskan ketakutan di kalangan militan Islam.
Laman web berkenaan juga menyatakan, tentera Amerika Syarikat adalah antara pelanggannya.
“Beribu-ribu botol minyak senapang Silver Bullet diagihkan sejak Julai 2004 oleh pembuatnya kepada anggota semua cabang tentera Amerika Syarikat,” katanya.
Promosi menerusi video yang ditayangkan menerusi YouTube untuk minyak itu menunjukkan gambar Osama dengan kata-kata: “Dibunuh dengan senjata menggunakan minyak senapang Silver Bullet.” ‘Midnite Rider’ yang juga menggunakan nama ‘Pejuang YAHWEH’ mendakwa dia adalah bekas anggota penembak curi pasukan marin Amerika Syarikat.
Gambar di kilangnya menunjukkan pekerja bertopeng memakai uniform marin.
Seorang pengunjung laman web berkenaan menulis: “Produk ini hanya untuk pengganas Islam. Kami tidak menganjurkan penindasan terhadap agama atau bangsa, hanya pengganas.” Seorang jurucakap tentera yang bertanggungjawab terhadap senjata itu berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai Silver Bullet tetapi tidak menafikan anggota tentera Amerika Syarikat mungkin membeli minyak itu sendiri dan menggunakannya dalam pertempuran. - AgensimyMetro | Peluru salut minyak babi bunuh Osama
Tunisia heret Ben Ali, isteri ke mahkamah tempoh terdekat
TUNIS: Tunisia akan mendakwa, Zine el Abidine Ben Ali dan isterinya, Leila Trabelsi, tanpa kehadiran mereka dalam tempoh beberapa hari atau minggu terdekat, membabitkan dua kes pertama terhadap bekas presiden negara itu.
Jurucakap Kementerian Keadilan negara itu, Kadhem Zine el-Abidine, berkata pihak majistret yang menyiasat kes itu selesai dengan inkuiri mereka dan pendakwaan akan dipindahkan ke mahkamah jenayah beberapa hari lagi atau minggu.Pasangan itu melarikan diri ke Arab Saudi apabila digulingkan pada 14 Januari lalu selepas berkuasa untuk tempoh 23 tahun. - AFP
'Kesal persia-siakan masa muda'
MEGAT SHAHRIZAT dan ibunya Hasiah Ibrahim berpelukan sebaik dia dibebaskan daripada Penjara Kajang, semalam. |
Pemuda akui 15 tahun meringkuk di penjara beri banyak pengajaran
KUALA LUMPUR: “Rasa macam baru lahir. Saya benar-benar menyesal atas kesalahan lalu. Masa muda saya hanya fikir untuk berseronok dan tidak pernah terlintas untuk fikir masa depan. Saya sangat takut dengan kehidupan dalam penjara, setiap masa saya mengira detik, saat dan waktu, apa dan bagaimana dengan masa depan saya kelak, saya benar-benar menyesal atas kesalahan lalu.”
Itu reaksi Megat Shahrizat Megat Shahrur, 33, yang dibebaskan semalam selepas menjalani hukuman penjara 15 tahun atas kesalahan menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia dua tahun pada 2001 kerana pihak pendakwaan gagal dalam rayuan kali ketiga bagi meyakinkan Mahkamah Persekutuan untuk meminda pertuduhan ke atasnya daripada membunuh tanpa niat kepada membunuh.
“Apa yang paling utama, selepas ini saya ingin membantu orang tua saya yang banyak bersusah-payah membantu mendapatkan keadilan serta memberi semangat untuk saya terus hidup.
“Sejak berada di dalam penjara, Tuhan memberi petunjuk dan pedoman kepada saya agar bertaubat dan lakukan suruhannya. Mungkin perkara pertama yang akan saya lakukan adalah untuk kembali menyambung pelajaran dalam bidang masakan bagi membantu ayah yang menjalankan perniagaan katering,” katanya sambil menitiskan air mata.
Tambahnya, dia dan keluarga juga bercadang untuk menunaikan ibadah umrah bersama ahli keluarganya dan melupakan terus segala sejarah silam yang memberi satu kenangan pahit buat dirinya dan keluarga.
Megat Shahrizat sempat menitipkan sedikit nasihat kepada remaja agar tidak mudah terjerumus ke dalam aktiviti yang tidak sihat hingga bertindak di luar kewarasan sekali gus melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.
Sementara itu, ibunya, Asiah Ibrahim, 62, berkata, “Saya sebagai ibu dia, saya kenal baik buruk dia, luar dalam dia, macam mana salah sekalipun dia tetap anak saya.
“Saya juga percaya Megat telah bertaubat. Melalui laporan yang saya terima daripada pegawai penjara, anak saya berjaya khatam al-Quran setiap tahun sepanjang dia dipenjara sejak Jun 2001. Apabila dengar berita itu saya dan suami bercadang nak bawa Megat menunaikan umrah agar dia boleh lupakan apa yang terjadi,” katanya.
Tambahnya, dia bersyukur kerana anaknya terlepas daripada tali gantung dan dia berharap agar masyarakat dapat menerimanya kembali kerana anaknya itu sudah menerima hukuman setimpal.
Selain ibunya, turut menyambut kepulangan Megat dari penjara semalam ialah abangnya Megat Suhairi, 37 dan kakaknya Wan Suhaila, 38.
Megat Shahrizat pada Jun 2001 dituduh menyebabkan kematian anak teman wanitanya Nur Izzatul Shahira Rozilan di Kondominium Sri Suajaya, Jalan Kampung Bandar Dalam, Sentul, di sini antara jam 10.45 malam 3 Jun 2001 hingga 1.30 pagi keesokannya.Berita Harian Online | 'Kesal persia masa muda'
Mladic mengadu sakit depan hakim
WANITA Muslim Bosnia yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai Srebrenica, menonton secara langsung kehadiran pertama Mladic di Tribunal Jenayah Antarabangsa, semalam. |
Bekas jeneral enggan buat pengakuan di mahkamah PBB
HAGUE: Penyembelih Bosnia, Ratko Mladic yang dihadapkan ke mahkamah Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini semalam mendakwa beliau terlalu sakit dan enggan membuat sebarang pengakuan.
Dalam kehadiran pertamanya di depan Tribunal Jenayah Antarabangsa berhubung bekas Yugoslavia sejak ditahan minggu lalu, Mladic memberitahu mahkamah beliau bertindak ‘mempertahankan penduduk dan negaranya’ ketika mengetuai gerila Serb dalam konflik Bosnia 1992-95.
“Saya mahu diberi peluang membaca tuduhan liar terhadap saya ini dengan peguam,” Mladic memberitahu satu panel tiga orang hakim.
“Saya perlukan lebih sebulan untuk tujuan ini,” kata bekas jeneral itu yang antara lain dipersalahkan di atas pembunuhan beramai-ramai 8,000 orang lelaki dewasa dan kanak-kanak Srebrenica pada 1995 yang menjadi tuduhan utama terhadapnya.
Balu dan ibu mangsa pembunuhan zalim itu mengikuti prosiding mahkamah menerusi siaran langsung televisyen di Bosnia.
“Saya harap Tuhan membakarnya di neraka,” kata seorang wanita yang ditemui di pusat peringatan mangsa di Potocari, Bosnia.
“Jika saya diberi peluang menjadi hakim dalam kes ini saya akan membawa Mladic ke sini dan kami akan mengoyak badannya hidup-hidup,” kata Hanifa Djogaz yang turut mengikuti siaran langsung itu.
Mladic dihadapkan depan hakim Alphons Orie dengan memakai kot kelabu dengan tali leher emas dan hitam, kelihatan lebih berusia dan kurus.
“Menurut tuduhan, awak Ratko Mladic dituduh bertanggung jawab terhadap pembunuhan beramai-ramai dan jenayah terhadap kemanusiaan dan mencabul peraturan amalan perang,” kata Orie kepada Mladic.
Hakim itu menetapkan 4 Julai untuk kehadiran selanjutnya bagi Mladic dan berkata ketika itu tertuduh harus membuat pengakuan terhadap 11 tuduhan.
Jika gagal berbuat demikian pengakuan tidak bersalah akan dicatat bagi pihak Mladic.
Selepas selama 16 tahun bersembunyi, bekas jeneral berusia 69 tahun itu diberkas di Serbia minggu lalu.
Mladic dituduh merancang pembunuhan Srebrenica – terburuk dalam sejarah Eropah sejak Perang Dunia Kedua – dan kepungan 44 bulan terhadap ibu negara Bosnia, Sarajevo dari Mei 1992 sehingga 10,000 orang terbunuh. – AFP Berita Harian Online | Mladic mengadu sakit depan hakim
Wabak E.coli kini di 12 negara
Bakteria mampu berjangkit antara manusia dianggap paling berbahaya |
Pendedahan itu dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas bakteria itu dikesan di Amerika Syarikat, Republik Czech, Perancis, Jerman, Austria, Denmark, Belanda, Sepanyol, Sweden, Norway, Switzerland dan Britain.
Lebih 1,700 kes jangkitan dilaporkan di seluruh dunia sejak kes pertama dilaporkan di Jerman dengan 18 maut setakat ini.
WHO menyatakan, bakteria penyebar wabak itu adalah baru dan lebih mudah berjangkit selain tahan antibiotik dan mempunyai tempoh inkubasi selama lapan hari yang bermakna jangkitan belum sampai kemuncaknya.
Pakar masih tidak pasti sumber jangkitan meskipun menolak teori awal bahawa ia daripada timun Sepanyol. Kebimbangan meningkat hingga Russia mengharamkan import semua sayur-sayuran Eropah.
Sementara itu, saintis yang menyiasat jangkitan mendapati bakteria itu membawa toksin biasa yang beracun dan boleh melekat pada usus pesakit.
Mereka mengakui E.coli jenis terbaru ini paling beracun terhadap manusia. Kebanyakan Escherichia coli, atau bakteria E.coli, tidak berbahaya.
Bakteria yang menyebabkan penduduk Eropah jatuh sakit dikenali sebagai 0104:H4, yang menghasilkan toksin Shiga atau STEC.
Antara petanda jangkitan ialah cirit birit dan muntah. Dalam kes memudaratkan, ia menyebabkan sindrom uremik hemolitik (HUS) iaitu serangan terhadap buah pinggang hingga menyebabkan koma, sawan dan angin ahmar.
“Jerman kini melaporkan 470 kes HUS. Ini amat luar biasa,” kata Dr Robert Tauxe, pakar penyakit bawaan makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).
CDC bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan Jerman dalam kes itu sejak lewat minggu lalu. – Reuters/Agensi
http://www.bharian.com.my
Amerika tuduh pasukan keselamatan Iran penyebab kematian Haleh Sahabi
WASHINGTON: Amerika Syarikat menuduh pasukan keselamatan Iran bertanggungjawab di atas kematian anak perempuan seorang pembangkang veteran pada majlis pengebumian bapanya.
“Saksi dan laporan boleh dipercayai berhubung kematian Haleh Sahabi pada majlis pengebumian bapanya di Iran menjelaskan bahawa wanita itu meninggal dunia akibat tindakan keras oleh anggota pasukan keselamatan Iran,” kata Mark Toner, jurucakap Jabatan Negara Amerika.Beliau mengutuk pembunuhan aktivis itu ‘sekeras-kerasnya’ dan enggan mempercayai penjelasan dari Tehran.
Laman web pembangkang Iran Kaleme.com melaporkan, aktivis politik dan sosial berusia 54 tahun itu maut akibat serangan jantung Rabu lalu apabila beliau bersemuka dengan pasukan keselamatan ketika pengebumian bapanya, Ezatollah Sahabi.
Kaleme.com, laman web pemimpin pembangkang Mir Hossein Mousavi, memetik anak lelaki Sahabi, Yahya Shamekhi sebagai berkata ibunya sedang membuat bantahan ke atas pasukan keselamatan yang menyekat upacara pengebumian dan mengambil jenazah datuknya.
Bapa saudaranya pula dipetik sebagai berkata oleh Kaleme.com, Haleh meninggal dunia akibat ‘pukulan yang dikenakan ke atasnya, yang agak teruk.’ Namun anak lelakinya, Shamekhi dipetik oleh Kaleme.com dan media lain, berkata ibunya meninggal dunia ‘bukan akibat dipukul namun kerana serangan jantung.’
“Tidak diduga sebuah kerajaan amat takut dengan warganya sehingga ia mengarahkan kekerasan ke atas anak perempuan yang sedang berkabung ketika pengebumian bapanya,” kata Toner dalam satu kenyataan.
“Sememangnya, ini adalah sebuah kerajaan yang sering menyeksa warganya, menahan mereka tanpa didakwa, menyeksa mereka, memutuskan hubungan dari dunia luar dan menafikan hak asasi rakyat mereka.”
Katanya, Amerika akan meminta pelapor khas mengenai Iran di Majlis Hak Asasi Manusia untuk menyiasat insiden itu sepenuhnya. – AFP
Pembangkang Yaman bawa 50 jenazah
SANAA: Kumpulan pembangkang di Yaman berarak di Sanaa semalam membawa 50 jenazah mangsa yang didakwa maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Presiden Ali Abdullah Saleh sepanjang minggu ini, ketika pertempuran berterusan dan negara berkenaan di ambang terjerumus dalam perang saudara.
Pertempuran jalanan di ibu negara Yaman itu sejak 10 hari lalu sudah menyaksikan sekurang-kurangnya 155 orang terbunuh, menandakan peningkatan bantahan terhadap pemerintahan 30 tahun Ali Abdullah yang bermula Januari lalu.Bagi pertama kalinya, pertempuran besar merebak ke selatan ibu negara itu, kawasan yang dikuasai pasukan keselamatan yang setia kepada presiden. – Reuters
http://www.bharian.com.my
150 pelarian Libya maut di luar pantai Tunisia
TUNIS: Mayat 150 pelarian Afrika yang lari daripada pergolakan di Libya ditemui di luar pantai Tunisia selepas kapal membawa mereka secara haram ke Eropah mengalami masalah hingga tenggelam, kata pegawai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, semalam.
“Sehingga kini 150 mayat pelarian ditemui di luar pantai Kerkenneh,” kata Carole Laleve, pegawai dengan Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), merujuk kepada pulau Tunisia itu.“Operasi diteruskan,” katanya lagi. Bot itu mengalami masalah Selasa lalu kira-kira 20 kilometer dari Kerkenneh ketika menghala ke Itali, lapor agensi berita tempatan Tunisia, TAP.
Pengawal pantai Tunisia dan anggota tentera menyelamatkan 570 orang, namun ramai terjun ke dalam air apabila pelarian berebut-rebut untuk turun dari bot nelayan kecil yang dinaiki, ditambah dengan kesan ombak bergelora, menenggelamkan sebahagian kapal, kata pegawai Tunisa.
Secara keseluruhan, kira-kira 250 orang dilaporkan hilang kelmarin dari kapal itu.
Di GENEVA, jurucakap UNHCR Adrian Edwards berkata rakannya di Tunisia bercakap dengan sesetengah pelarian terselamat yang berkata bot mereka dikendali ‘seorang kru yang direkrut tiba-tiba dengan sedikit atau tanpa pengalaman mengemudi.’
Maeve O’Donnell, penolong operasi Organisasi Penghijrahan Antarabangsa (IOM) di Tunisia berkata, seorang mangsa memberitahunya ‘menaiki bot itu adalah kesilapan terbesar dalam hidupnya.’
“Mereka belayar selama tiga hingga empat hari apabila bot melanggar sesuatu. Mereka terkandas selama beberapa hari dan terpaksa minum air laut dan air dari enjin bot,” menurut laporan yang memetiknya sebagai berkata.
Elisabeth Byrs dari Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB berkata kira-kira 15,964 pelarian tiba di Itali dan Malta sejak krisis Libya meletus. – Reuters
http://www.bharian.com.my
Sangkar jatuh penyebab maut
berita@kosmo.com.my
Moyang dinobat lelaki paling banyak tatu
MANCHESTER - Seorang moyang berusia 69 tahun, Tommy Wells dinobatkan sebagai lelaki yang memiliki paling banyak tatu pada tubuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia memiliki 1,000 tatu pada tubuhnya seperti di lengan, perut, kaki, tangan dan kemaluannya selepas menghabiskan masa selama 52 tahun untuk memiliknya.
Tatunya yang terakhir mempunyai ayat cinta yang menyatakan perasaan cintanya terhadap isterinya yang sudah meninggal dunia.
Isterinya, Sandra meninggal dunia tujuh tahun lalu semasa berusia 61 tahun kerana penyakit diabetes.
Wells dan isterinya itu menjalin hubungan semasa mereka bersekolah menengah dan mula keluar temu janji semasa kedua-duanya berumur 13 tahun.
Dia mula bertatu sejak berumur 17 tahun dan telah membelanjakan ribuan pound sterling bagi memenuhi hobinya itu.
Menurutnya, dia tidak lagi bertatu kerana semua bentuk tatu yang diidamkannya telah dimilikinya. - Agensi