Pages

Friday, December 28, 2012

Ferrari klasik bakal dilelong

Kereta Ferrari model 250 GT SWB Berlinetta Competizione ini, bakal memecahkan rekod sebagai antara kereta termahal di dunia apabila dijangka dijual pada harga 4 juta pound (RM19.7 juta) bulan depan di Amerika Syarikat. - AGENSI
LOS ANGELES 27 Dis. - Sebuah kereta sport klasik Ferrari bakal memecahkan rekod antara kereta termahal di dunia apabila dijangka dijual pada harga 4 juta pound (RM19.7 juta) bulan depan.
Kereta Ferrari model 250 GT SWB Berlinetta Competizione itu dianggap satu daripada kereta sport yang paling didambakan.
Hal ini kerana, kenderaan itu merupakan satu daripada 74 model yang dihasilkan pembuat kereta dari Itali tersebut pada sekitar 1960-an.
Kereta itu akan dilelong oleh firma lelongan RM Auctions di Amerika Syarikat (AS) pada 18 Januari ini.
Firma lelongan itu bagaimanapun, tidak mendedahkan nilai kereta berkenaan, namun model sama pernah dijual pada harga 3.1 juta pound (RM15.3 juta) pada tahun lalu.
Harga itu dijangka akan meningkat dengan mendadak ekoran minat menggalakkan yang ditunjukkan peminat kereta Ferrari model klasik.
Badan kereta Ferrari 250 GT SWB itu diperbuat daripada aloi, dilengkapi enjin V12 tiga liter serta mampu mencapai kelajuan melebihi 241 kilometer sejam.
Wakil RM Auctions, Shelby Myers berkata, kereta yang jarang dijual dalam pasaran terbuka itu merupakan satu daripada kereta yang mengagumkan dari pelbagai aspek pernah dihasilkan Ferrari dan berada dalam kelas yang tersendiri. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121228/lu_04/Ferrari-klasik-bakal-dilelong#ixzz2GM7w6yn0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lagi jeneral Syria berpaling tadah

Mejar Jeneral al-Shallal
Imej rakaman memaparkan pengakuan Mejar Jeneral al-Shallal
. Foto: AP
DAMSYIK - Ketua polis tentera Syria menjadi pegawai tertinggi terbaru  berpaling tadah dan menyertai pemberontakan menentang Presiden Bashar al-Assad dalam konflik sejak 21 bulan lalu di negara itu.

Rakaman pengumuman Mejar Jeneral Abdul Aziz Jaseem al-Shallal tersebut disiarkan stesen TV, Al Arabiya pada Selasa lalu.

Menurutnya, keputusan itu diambil selepas beliau tidak sanggup lagi menyaksikan kekejaman tentera rejim melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat sendiri dan terus membedil kawasan kampung serta bandar.

Sehingga kini, puluhan jeneral telah berpaling tadah sejak negara itu mula bergolak pada Mac tahun lalu termasuk teman rapat Assad, Jeneral Manaf Tlass.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Mohammed al-Shaar yang cedera dalam kejadian pengeboman berani mati di Damsyik pada 12 Disember lalu dilaporkan tergesa-gesa meninggalkan hospital di Beirut dengan menaiki jet peribadi.

Pegawai keselamatan Lubnan memberitahu, al-Shaar khuatir pihak berkuasa akan mengeluarkan waran tangkap antarabangsa atas penglibatannya melakukan tindakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan di Syria.

Selain itu, beliau juga dikatakan pernah terlibat dengan serangan berdarah ke atas penyokong Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di bandar Tripoli pada tahun 1986 semasa al-Shaar memegang jawatan sebagai pegawai perisikan kanan di utara Lubnan.

Dalam perkembangan lain, sekurang-kurangnya 20 terkorban termasuk lapan kanak-kanak selepas kereta kebal tentera rejim menggempur sebuah kampung di Kahtaniyeh, wilayah utara Syria, kelmarin. - AP

Paus finback terdampar di Queens

PENDUDUK berjalan melintasi kawasan di mana ikan paus finback ditemui terdampar di Teluk Jamaica, Breezy Point, Queens pagi kelmarin.


NEW YORK - Seekor ikan paus finback sepanjang 18.28 meter ditemui terdampar di Teluk Jamaica, Breezy Point, Queens pagi kelmarin, kata beberapa pegawai.
Para penyelamat dari Yayasan Riverhead berkata, paus itu kelaparan dan bergelut untuk hidup.
"Ia kelihatan amat kurus dan ini bukanlah situasi yang bagus," kata Pengarah Eksekutif yayasan itu, Rob DiGiovanni.
Polis dan bomba terpaksa menggunakan hos getah untuk menyiram air ke atas ikan paus itu bagi memastikan ia terus hidup.
Menurut Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar negeri, ikan paus finback merupakan spesies kedua terbesar selepas paus biru.
Seekor ikan paus finback berukuran sepanjang 6.09 meter ketika lahir dan boleh membesar sehingga 21.3 meter panjang apabila dewasa. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2GIG68mWC 
Hakcipta terpelihara 

Kuil berusia 3,000 tahun ditemui di Baitulmuqaddis

 kuil purba yang ditemui di Tel Motza, Baitulmuqaddis kelmarin.


TEL MOTZA, Israel - Beberapa ahli arkeologi Israel mendakwa telah menemui sebuah kuil dan patung-patung kecil keagamaan berusia kira-kira 3,000 tahun dan dipercayai wujud pada zaman empayar Judah, kata pihak berkuasa antikuiti negara itu kelmarin.
Artifak itu ditemui di Tel Motza, di luar Baitulmuqaddis semasa kerja-kerja arkeologi dilakukan di hadapan sebuah kawasan pembinaan lebuh raya baharu di lokasi terbabit.
"Struktur bangunan keagamaan yang ditemui amat luar biasa dan menarik," kata pengarah penggalian dalam satu kenyataan.
Salah seorang pengarah penggalian, Anna Eirikh memberitahu agensi berita AFP, penemuan tersebut membuktikan terdapat amalan keagamaan ketika zaman empayar Judah.
"Apa yang pasti semua patung kecil yang ditemui digunakan untuk tujuan keagamaan," katanya.
Penemuan bertarikh 9 hingga 10 sebelum Masihi itu membuktikan terdapat kuil pertama dibina di kawasan Baitulmuqaddis. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2GIGdu7H4 
Hakcipta terpelihara