Pages

Wednesday, January 6, 2016

Sewa papan iklan mohon maaf pada isteri


Iklan permohonan maaf oleh seorang lelaki kepada isterinya.

SICHUAN - CHINA. Seorang lelaki menghabiskan 10,000 Yuan (RM 6,600) sehari menyewa papan iklan untuk memohon maaf kepada isterinya selama tiga hari berturut-turut.
Tindakan lelaki yang tidak dikenali dari bandar Yibin, wilayah Sichuan telah mendapat perhatian netizen selepas beberapa foto mesej permohonan maafnya terhadap isterinya A Qiang viral di internet.
Mesej yang tertulis "Maafkan saya sayang. Tolong maafkan saya," diiklankan pada papan iklan LED pada 1,407 teksi di seluruh bandar Yibin.
Agensi iklan yang menguruskan pengiklanan di teksi bandar itu memberitahu Huanzi Metropolis Daily, lelaki berkenaan mengiklankan permohonan maafnya itu selama tiga hari berturut-turut.
"Iklan pada teksi berharga 10,000 yuan (RM 6,600) setiap hari dan lelaki berkenaan telah menyewa papan iklan selama tiga hari berturut-turut,' katanya.
Syarikat berkenaan turut menafikan dakwaan orang ramai yang mengatakan ia hanyalah dilakukan  untuk tujuan publisiti sahaja sebaliknya mengakui ia adalah perjanjian sebenar.
Permohonan maaf secara terbuka bukanlah sesuatu yang baru di China. Sebelum ini, seorang lelaki membeli empat muka halaman iklan pada akhbar tempatan semata-mata untuk memohon maaf kepada teman wanitanya
.

Bilionair China beli studio Hollywood

Beijing: Konglomerat gergasi China, Dalian Wanda, dilaporkan dalam proses untuk membeli studio perfileman Hollywood, Legendary, yang menghasilkan filem ‘Godzilla’ dan ‘Pacific Rim’.
Menurut laporan New York Times dan Financial Times, syarikat media dan hartanah dikuasai orang terkaya China, Wang Jianlin, sedang peringkat akhir perbincangan membeli studio berkenaan.
Menurut Financial Times, studio Legendary Entertainment dianggar bernilai antara AS$3 bilion RM13.3 bilion) hingga AS$4 bilion (RM17.4 bilion).
China meraih pendapatan ‘box office’ perfileman kedua terbesar selepas Amerika Syarikat.
Wang mula dikenali ramai pada 2012 apabila membeli rangkaian utama pawagam Amerika, AMC Entertainment dengan harga $2.6 billion (RM11.3 bilion) dan di China, Dalian Wanda memiliki lebih 200 pusat beli-belah, hotel mewah serta rangkaian pawagam terbesar.
Anak kapten tentera komunis China itu adalah tentera sebelum menubuhkan Wanda pada 1980-an. Menurut senarai Bloomberg, beliau yang kini berusia 61 tahun ialah orang ke-13 terkaya di dunia dengan aset AS$33.9 bilion (RM147.3). - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2016 @ 8:22 PM


Pengerusi konglomerat China Dalian Wanda, Wang Jianlin. - Foto money.cnn.com
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105055#sthash.I1f2eay6.dpuf

Lelaki miliki 1,497 kad kredit

California: Seorang lelaki memegang rekod baru Guinness sebagai pemegang kad kredit paling banyak di dunia apabila memiliki 1,497 kad.
Walter Cavanagh berkata, dia mula mengumpulkan kad kredit selepas dicabar rakannya.
Buku kadnya seberat 17 kilogram mampu mengisi 800 kad.
Cavanagh bagaimanapun tidak membawa semua kad kredit itu bersamanya. Sebaliknya, dia menyimpan kebanyakan kadnya di dalam peti deposit keselamatan, lapor ABC News.
Rekod Dunia Guinness menggelarnya ‘Mr Plastic Fantastic’ dan dia memegang rekod itu sejak 1971.
‘Hobi’ Cavanagh bermula pada 1960-an selepas dicabar rakannya apabila mereka bersetuju siapa yang mempunyai jumlah kad kredit paling banyak pada hujung tahun akan mendapat makan malam percuma.
“Ketika itu saya baru selesai tugasan sebagai anggota Pasukan Khidmat Bakti dan menjelang hujung tahun itu saya sudah mempunyai 143 kad. Rakan saya cuma mendapat 138. Kami berdua ketika itu bekerja sebagai ahli farmasi,” katanya.
Cavanagh memiliki jumlah kredit keseluruhan sekitar £1.1 juta (RM7 juta) dan rekodnya bersih kerana menggunakan satu kad yang dibayar penuh setiap bulan.
Katanya, dia cuma pernah sekali seumur hidupnya ditolak permohonan kad kredit pada 1970-an atas alasan memiliki ‘terlalu banyak kredit.’ - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2016 @ 6:57 AM


CAVANAGH dan koleksi kad kreditnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105166#sthash.hNDBJzVy.dpuf

Jutawan Switzerland hamil usia 53 tahun


Margarita Louis-Dreyfus bersama pasangannya, Philipp Hildebrand bakal menimang pasangan kembar perempuan pada April ini. AGENSI
GENEVA 5 Jan. - Seorang jutawan wanita dari Switzerland dianggap sebagai seorang wanita luar biasa selepas dilaporkan mengandung anak kembar pada usia 53 tahun, baru-baru ini.
Menurut laman web Mirror.co.uk, Margarita Louis-Dreyfus yang merupakan Pengerusi sebuah syarikat konglomerat Perancis, Louis Dreyfus Commodities dan pemilik pasukan bola sepak Olympique de Marseille dan balu kepada seorang ahli perniagaan terkenal Perancis, Robert Louis-Dreyfus dijangka bersalin pasangan kembar perempuan pada awal April ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan syarikatnya, Margarita yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif Lembaga Penyeliaan Kumpulan Louis-Dreyfus akan meneruskan tanggungjawab sebagai pengerusi di syarikat berkenaan sehingga bersalin dan akan bercuti buat sementara sebelum kembali bertugas pada akhir April.
Sebelum ini terdapat khabar angin mengenai kehamilan Margarita bersama pasangannya, Philipp Hildebrand, seorang pekerja bank di Switzerland berusia 52 tahun.
Jutawan itu, sebelum ini mempunyai tiga orang anak lelaki termasuk sepasang anak kembar hasil perkahwinan kedua bersama usahawan Robert Louis-Dreyfus, yang meninggal dunia akibat penyakit leukimia pada 2009.
Majalah Forbes menganggarkan harta kekayaan jutawan itu bernilai AS$7.1 bilion (RM30.8 bilion) pada tahun lalu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jutawan-switzerland-hamil-usia-53-tahun-1.176814#sthash.JrZmxcua.dpuf