Pages

Tuesday, July 7, 2015

Momoi, Lelaki Tertua Di Dunia Meninggal Dunia


Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 12:33 PM
Sakari Momoi (kanan) menerima sijil pengiktirafan Guinness World Records sebagai lelaki tertua di dunia pada Ogos tahun lalu.

TOKYO: Sakari Momoi yang diiktiraf sebagai lelaki tertua di dunia oleh Guinness World Records tahun lalu, menghembuskan nafas terakhir pada Selasa.
Beliau berusia 112 tahun.
Momoi yang juga bekas guru sering mengamalkan diet pemakanan sihat dan yang tidur mencukupi
Beliau banyak menghabiskan usianya melukis kaligrafi dan menyertai kegiatan rekreasi di hospital, tempat beliau tinggal.
Momoi dilahirkan pada Februari 1903 di Fukushimam, iaitu kawasan yang teruk ditimpa bencana tsunami dan kebocoran nuklear empat tahun lalu. 
Semasa menerima sijil pengiktirafan tersebut pada Ogos 2014, Momoi memberitahu beliau mahu diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupannya.

"Saya mahu hidup dua tahun lagi," katanya.

Susulan kematian Momoi, gelaran lelaki tertua di dunia mungkin akan diambil alih seorang lagi warga Jepun, Yasutaro Koide. 
Koide lahir pada Mac 1903, kira-kira sebulan selepas Momoi.
Sementara itu, warga Amerika Syarikat, Susannah Mushatt Jones, 116, pula diiktiraf sebagai wanita tertua di dunia.

China guna haiwan ramal gempa bumi

Gambar yang dirakam pada 3 Julai lalu ketika gempa bumi 6.5 melanda wilayah Pishan, utara China menyebabkan ribuan rumah runtuh atau rosak serta enam mati. - Foto AP
Beijing: Penyelidik kerajaan China yang cuba menggunakan ayam, ikan dan katak untuk meramalkan gempa bumi, sudah mengubahsuai tujuh ladang haiwan menjadi stesen seismologi.
Akhbar China Daily melaporkan pemilik ladang di Nanjing itu diarah memberi maklumat mengenai kelakuan haiwan di ladang mereka dua kali sehari kepada agensi seismologi.
Keganjilan kelakuan dan tindak balas haiwan boleh dikaitkan dengan gempa bumi seperti ayam terbang ke atas pokok, ikan melompat keluar dari kolam dan katak bergerak secara berkumpulan.
Akhbar itu melaporkan, tujuh lagi ladang di Nanjing akan dipilih tahun ini dengan menyediakan kemudahan menempatkan tiga jenis haiwan itu serta peralatan pemantauan.
Penggunaan haiwan bagi meramal gempa bumi bukan baru di China kerana tahun lalu, Nanchang menggunakan anjing untuk meramalkan gegaran. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 4:22 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62454#sthash.dk2xS4xX.dpuf

Hidup berdua mati bersama

San Diego: Jeanette dan Alexander Toczko berusia lapan tahun apabila mereka mula berkawan rapat dan 22 tahun kemudian pada 1940, mereka berkahwin dan sejak itu tidak pernah berpisah.
KGTV-TV melaporkan pasangan itu yang berpindah ke San Diego pada awal 1970-an, memberitahu anak-anak bahawa mereka mahu mati bersama dan bulan lalu, beberapa hari sebelum ulang tahun perkahwinan ke-75, impian Jeanette dan Alexander tercapai.
Keadaan kesihatan Alexander yang berusia 95 tahun semakin buruk selepas pinggulnya patah menyebabkan dia hanya mampu terbaring. Pada hari kematian mereka, anak-anak membaringkan Jeanette di sebelah suaminya,.
Menurut anak mereka, Aimee Toczko-Cushman, selepas Alexander meninggal dunia, Jeanette berkata: “Tunggu saya, saya juga akan ke sana.”
Mereka meninggalkan Jeanette di samping mayat Alexander dan beberapa jam kemudian, mendapati ibu mereka itu juga meninggal dunia, memeluk suaminya.
Pasangan itu dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Kebangsaan Miramar. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 3:54 PM

Jeanette dan Alexander ketika berkahwin pada 1940. - Foto KGTV-TV/10news.com
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62447#sthash.CLnoBrVQ.dpuf

Budak perempuan cabut gigi guna anak panah


aksi Alexis menggunakan anak panah untuk mencabut giginya.  Agensi

Aksi Alexis menggunakan anak panah untuk mencabut giginya. Agensi
NEW YORK 6 Julai – Pengguna media sosial gempar menyaksikan video seorang kanak-kanak perempuan mencabut giginya menggunakan anak panah.
Video selama kira-kira satu setengah minit itu menunjukkan kanak-kanak bernama Alexis berumur 11 tahun itu mengikat giginya kepada anak panah sebelum memanah ke arah kotak sasaran.
Bapa kanak-kanak tersebut turut dapat dilihat dalam video itu memberikan penerangan dan arahan mengenai aksi mereka.
Alexis bukan sahaja berjaya mencabut giginya itu tetapi anak panah yang dilepaskan turut mengenai sasaran.
Kanak-kanak perempuan tersebut boleh didengar menjerit apabila giginya tercabut selepas anak panah berkenaan dilepaskan.
Bagaimanapun, Alexis tidak menangis, malah dapat dilihat tersenyum sambil menunjukkan rongga giginya yang sudah dicabut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/budak-perempuan-cabut-gigi-guna-anak-panah-1.111359#sthash.BtS10ACN.dpuf

Bina rumah bergerak elak bayar sewa

Joel Weber bergambar bersama rumah bergerak yang dibinanya dengan

Joel Weber bergambar bersama rumah bergerak yang dibinanya dengan kos AS$20,000 (RM75,450) bagi mengelakkan membayar sewa rumah sepanjang pengajian di Universiti Texas. AGENSI
TEXAS 6 Julai – Seorang pelajar di Amerika Syarikat (AS) tampil dengan idea yang unik untuk menjimatkan wang sepanjang pengajiannya di universiti tanpa perlu menyewa rumah atau membayar yuran kampus dengan membina rumah sendiri dengan kos yang rendah.
Portal Mirror melaporkan, pelajar Universiti Texas di Austin, Joel Weber membina rumah mudah-alih dalam tempoh setahun dengan kos sebanyak AS$20,000 (RM60,000), sekali gus mengelak daripada membayar sewa rumah sebanyak AS$800 sebulan.
Malah Weber masih mampu meraih keuntungan dengan menjual semula rumah tersebut apabila dia menamatkan pengajiannya kelak.
Menurut laporan Mirror, walaupun rumah berkenaan hanya berukuran 44 meter persegi, berkonsepkan karavan, ia sudah memadai untuk keperluan seorang pelajar kerana ia turut dilengkapi dengan kemudahan bekalan elektrik, air, dapur, sinki, bilik mandi dan dua loteng.
Weber berkata, dia menggunakan duit simpanannya dan mengutip bahan yang didermakan oleh penduduk tempatan untuk membina rumah tersebut, selain menerima bantuan daripada seorang tukang kayu dan juru elektrik.
“Saya melakukan kerja sambilan termasuk mengasuh dan kerja-kerja seni taman di kawasan setempat untuk mencari duit belanja.
“Jika mempunyai wang berlebihan, saya akan mengambil upah murah dengan penduduk tempatan yang mengambil saya bekerja, sebagai balasan kepada mereka kerana membantu saya membina rumah ini,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bina-rumah-bergerak-elak-bayar-sewa-1.111362#sthash.CuLRygam.dpuf