Pages

Saturday, November 19, 2011

Jangan sia-siakan janggut suami


Oleh : MUHAMAD MAT YAKIM
Tarikh : November 18, 2011

Terus terang saya akui, selama ini saya tidak pernah menyimpan janggut. Bukan tidak suka, cuma tidak simpan. Dan saya tidak pernah pun mempertikaikan sesiapa yang menyimpan janggut kerana saya tahu itu sunnah.

Akan tetapi, misai saya meskipun kategorinya hanya jenis misai kucing, yang tumbuhnya jarang-jarang seperti anak pokok getah yang baru ditanam semula, saya simpan.

Dan kerana sayangnya saya pada misai yang jarang itu, saya boleh tidak tidur malam jika hitungan yang saya buat mendapati ia tidak cukup seurat.

Hilang seurat bukan senang mahu diganti. Jangan kata hari, minggu berganti minggu pun belum tentu tumbuh misai baru.

Mengenai janggut, saya tidak kisah sangat. Saya biasa mengandaikan kepada kawan-kawan, jika saya cukur janggut sebelum bertolak, sampai di pejabat, janggut saya sudah boleh dicekak.

Dan satu lagi andaian bida’ah, saya sering mengumpamakan wang (kononnya) dengan janggut saya. Cukur, tumbuh. Cukur lagi, tumbuh lagi. Kononnya. Akan tetapi, tidaklah pernah saya bawa janggut yang baru dicukur ke kedai untuk beli tepung atau gula. Mahu tak cukup tanah lari dikejar sambil dilaung, “orang gila! orang gila!”

Namun sejak sebulan dua lepas, setelah berulang kali mainkan klip video kumpulan rock kegilaan saya sejak remaja, Metallica, saya tiba-tiba jadi tertarik dengan penampilan penyanyi merangkap pemain gitarnya, James Hetfield.

Hetfield kini tidak lagi berambut panjang dengan misai bertaring seperti dulu. Panjang rambutnya sederhana namun sebagai rocker, itu boleh dianggap pendek. Tidak lagi bermisai, namun yang menarik, dia kini berjanggut. Lantas saya pun tiba-tiba teringin mahu berjanggut.

‘Misai kucing’ yang menjadi intan payung saya selama ini, saya cukur licin selicin-licinnya. Tanah sekangkang kera di bawah hidung itu saya sentiasa pastikan licin seperti telur, tiada lagi tunggul-tunggul gerigis.

Jangan! Jangan kata saya agungkan Hetfield, beristighfarlah! Saya sendiri pun beristighfar apabila teringat akan hal itu.

Saya cuma meniru apabila melihat dia nampak lebih segak, kemas, bersih, macho, dewasa - imej yang sepatutnya bagi ahli Kelab 40 - berbanding dulu.

Namun dalam keadaan saya sedang mendekati sesuatu yang sebenarnya adalah sunnah Rasulullah SAW, tiba-tiba saya dipertemukan dengan satu ilmu yang sangat istimewa. Yang menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik termasuk di kampung saya di Pendang, Kedah, juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan wanita pasangannya. Itu saya tambah! Saya terpaksa sebut wanita pasangannya kerana dunia sekarang semakin cacamarba. Bimbang pula nanti ada lelaki yang mahu menjadi wanita, ketagih meraba janggut orang itu, orang ini, dengan harapan mahu jadi subur juga. Jangan! Hanya untuk wanita yang tulen sahaja.

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Suami pula, apabila sudah diminta oleh isteri, simpanlah. Jangan sampai isteri terpaksa belai bulu jagung pula! Bulu jagung tiada manfaat apa-apa.

Kata Dr Jamnul Azhar lagi, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Saya beristighfar. Hati kini, sarat, penuh dan bulat mahu mengikut sunnah Nabi, tiada langsung bayangan James Hetfield.

Saya akan terus menyimpan janggut ini. Sama ada isteri saya masih berminat untuk menyambung produktiviti atau tidak selepas bergelar ’mak aji’, itu terserah pada dia sendiri.

Setakat ini, saya belum memikir soal. Pelan B.

Selamat mencuba ya, puan-puan! (baca dengan intonasi ala Chef Wan).

Jangan sia-siakan janggut suami - Komentar - Sinar Harian:

'via Blog this'

Suami isteri pakat tolak RM10,000


Oleh : UMI NATERA BT AHAD
Tarikh : November 19, 2011
Suami isteri pakat tolak RM10,000

KOTA TINGGI - Siapa sangka hobi sepasang suami isteri di sini, yang gemar masuk hutan mencari akar kayu telah menemukan mereka dengan akar pokok ganjil menyerupai jantung manusia.

Pasangan berkenaan, Madon Ismail, 65, dan Fatimah Ibrahim, 55, yang tinggal di Kampung Tembioh pernah menolak tawaran sebanyak RM10,000 daripada rakan yang berminat mahu memiliki akar ganjil itu.

Madon berkata, keunikan akar ganjil itu membuatkannya mudah menolak tawaran daripada mereka yang mahu membelinya.

“Pertama kali apabila saya terjumpa akar ini iaitu pada tahun lepas, saya bersama isteri sedang mencari akar kayu di sebuah hutan berhampiran Bukit Aping,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, ketika sedang mendaki bukit, dia berasa aneh apabila ternampak akar pada sebatang pokok yang mempunyai bonggol besar di bahagian hujungnya.

“Didorong perasaan ingin tahu dan merasakan ia sesuatu yang ganjil, saya mengambil keputusan mengorek tanah berkenaan. Ternyata, usaha yang dilakukan tidak sia-sia apabila mendapati akar itu seakan jantung manusia.

“Dengan pertolongan anak-anak, kami berjaya membawanya pulang ke rumah. Namun, ia terpaksa mengambil masa selama dua hari ekoran akar berkenaan yang terlalu berat,” katanya.

Sementara itu, Fatimah berkata, ekoran penemuan ganjil itu ramai saudara mara dan rakan yang datang ke rumah mereka untuk melihat sendiri akar itu.

“Ia adalah keajaiban ciptaan ALLAH SWT, malah kami juga tidak menyangka akan menjumpai akar seaneh ini. Setelah dibersihkan dan divarnis, akar berkenaan kini dijadikan hiasan di rumah dan sehingga kini ada sahaja kunjungan daripada rakan dan saudara yang ingin melihat sendiri akar itu,” katanya.

Menurutnya, kerana merasakan ia sesuatu yang unik dan sukar dijumpai terutama pada zaman ini, mereka lebih suka menjadikan ia sebagai koleksi perhiasan di rumah berbanding dijual.

“Kami berat hati untuk menjualnya malah telah banyak kali menolak tawaran daripada pelbagai pihak yang ingin membeli akar ganjil ini walaupun ditawarkan dengan harga yang lumayan,” katanya.

Suami isteri pakat tolak RM10,000 - Johor - Sinar Harian:

'via Blog this'

Silvio Berlusconi pemimpin penuh warna-warni


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 19, 2011
Silvio Berlusconi pemimpin penuh warna-warni

Berikut adalah sorotan hidup pemimpin berkarakter luar biasa ini:

29 September 1936 - Dilahirkan di Milan, Itali. Memulakan kerjaya sebagai penjual pembersih hampagas dan meraih populariti sebagai penyanyi kelab malam serta penghibur di atas kapal persiaran.

1961 - Selepas memperoleh ijazah undang-undang dari Universiti Milan, beliau menubuhkan syarikat pembinaan, Edilnord.

1965 - Berkahwin dengan Elvira Dall’Oglio, dikurniakan dua cahaya mata tetapi bercerai pada 1985.

1971 - Melancarkan syarikat televisyen kabel pertama tempatan, Telemilano yang akhirnya berkembang menjadi empayar media terbesar, Mediaset di Itali. Berlusconi turut memiliki kelab bola sepak AC Milan, syarikat penerbitan terbesar, Mandadori dan akhbar Il Giornale.

1990 - Berkahwin untuk kali kedua dengan Veronica Lario dan dikurniakan tiga cahaya mata.

1993 - Mengasaskan parti politik Forza Italia.

Mac 1994 - Memenangi pilihan raya buat kali pertama.

April 1996 - Tewas kepada pesaingnya, Romano Prodi yang berjaya memegang jawatan Perdana Menteri pada masa itu.

Mei 2001 - Kembali berkuasa sebagai Perdana Menteri.

April 2006 - Tewas sekali lagi kepada Prodi.

Julai 2006 - Dibicarakan atas dakwaan penipuan (akaun palsu dan cukai) dan penyelewengan.

Mei 2008 - Dilantik sebagai perdana menteri untuk kali ketiga. Berhadapan 50 kali undi tidak percaya dalam tempoh tiga tahun sehingga 2011.

Mei 2009 - Isterinya, Lario memfailkan penceraian dan dilaporkan berkata sudah tidak sanggup lagi untuk bersama dengan lelaki yang terlibat dengan perempuan bawah umur. Kenyataan ini dikeluarkan selepas Berlusconi menghadiri parti sambutan ulang tahun ke-18 seorang gadis, Noemi Letizia.

Oktober 2009 - Seorang pelacur dikenali sebagai Patrizia D’Addario mendakwa Berlusconi menidurinya dalam satu sesi temu bual televisyen. Kemudian, Berlusconi didakwa pula menganjurkan beberapa parti seks.

Februari 2011 - Hakim mengarahkan Berlusconi dibicarakan atas dakwaan membayar seorang pelacur bawah umur untuk mengadakan hubungan seks. Beliau juga didakwa menyalahguna kuasa kerana campur tangan untuk membebaskan pelacur itu dari tahanan polis selepas wanita itu ditahan kerana mencuri.

12 November 2011 - Empat hari selepas kehilangan undian majoriti di Parlimen, Berlusconi bersetuju untuk meletak jawatan secara rasmi selepas berkhidmat sebagai Perdana Menteri selama tiga penggal (1994-1995, 2001-2006, 2008-2011). Pemimpin berumur 75 tahun itu kini berhadapan tiga perbicaraan serentak di mahkamah.

17 November 2011 - Dan Berlusconi menutup tirai perkhidmatan dengan gaya tersendiri apabila beliau menerbitkan album lagu-lagu cinta miliknya, True Love, pada hari terakhir sebagai Perdana Menteri Itali.

Silvio Berlusconi pemimpin penuh warna-warni - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Indonesia meterai pembelian 230 pesawat Boeing


NUSA DUA 18 Nov. - Perjanjian Amerika Syarikat (AS) berhubung tempahan besar-besaran pesawat Boeing oleh syarikat penerbangan komersial Indonesia, Lion Air dimeterai ketika Presiden Barack Obama mengadakan lawatan ke Indonesia hari ini.

Pembelian bernilai AS$21.7 bilion (RM68.75 bilion) itu melibatkan 230 buah pesawat jarak dekat, dan ia merupakan jualan terbesar dalam sejarah Boeing, serta memadamkan rekod sebelumnya.

Tempahan itu turut merangsang usaha Boeing dalam memajukan pengubahsuaian pesawat terbaiknya, Boeing 737 untuk bersaing dengan pesaingnya dari Eropah, pesawat Airbus.

Perjanjian tersebut melibatkan tempahan 29 buah pesawat jarak jauh, Next-Generation 737-900 dan 201 buah pesawat baru 737 MAX, iaitu versi pesawat Boeing 737 yang diubah suai.

Penghantaran pesawat tersebut akan bermula pada 2017 sehingga 2025.

Syarikat itu berkata, tempahan 201 pesawat MAX 737 turut dimasukkan ke dalam perjanjian yang diumumkan sebelum ini melibatkan 700 buah kapal terbang, yang bakal dilengkapi dengan enjin jimat bahan bakar pada 2017.

Obama menghadiri majlis menandatangani perjanjian tersebut hari ini dan ia bakal membuka 110,000 peluang pekerjaan di syarikat Boeing dan syarikat pembekal.

Obama mencari peluang untuk meningkatkan eksport AS ke Asia Pasifik bagi mengimbangi kemerosotan di Eropah, sekali gus cuba meyakinkan pengundi dengan kemampuan pentadbirannya memulihkan ekonomi sebelum pilihan raya Presiden pada November 2012.

Perjanjian dengan Lion Air itu turut melibatkan pembelian 150 pesawat lain yang berjumlah AS$14 billion (RM44.35 bilion).

Pembelian tambahan itu sekali gus berpotensi menjadikan jualan keseluruhan bernilai AS$35 bilion (RM110.8 bilion), walaupun tempahan pesawat dalam kuantiti yang banyak akan diberikan harga diskaun. - REUTERS

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Kerugian akibat bencana banjir di Thailand dianggar cecah RM95 bilion


SINGAPURA 18 Nov. - Kos insurans akibat kerugian banjir teruk di Thailand berkemungkinan mencecah AS$30 (RM95) bilion , kata pegawai kanan sebuah firma insurans.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz, Lutz Fullgraf berkata, jumlah tersebut akan membawa kepada penilaian semula risiko cuaca di Asia.

Menurutnya, pengiraan kos kerugian sebenar boleh mengambil masa sehingga bertahun-tahun iaitu bagi mengira kehilangan perniagaan terhadap Thailand kerana pelabur sekarang ini berkemungkinan memilih untuk melabur di negara-negara lain.

Katanya, kerugian tersebut termasuk pampasan kepada pemilik-pemilik bangunan di Thailand serta pengilang-pengilang di seluruh dunia yang terjejas akibat kilang-kilang di Thailand yang terpaksa ditutup.

"Bagi Thailand, ini merupakan peristiwa paling banyak melibatkan kos daripada segi jumlah yang diinsuranskan. - Reuters

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Kos kahwin anak Susilo RM4.2 juta?



Edhie Ibas Baskoro dan tunangnya, Aliya Rajasa akan berkahwin minggu depan di Jakarta. - AGENSI


JAKARTA 18 Nov. - Majlis pernikahan anak Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, Edhie Ibas Baskoro dan Aliya Rajasa, anak kepada Menteri Ekonomi Indonesia, Hatta Rajasa didakwa bakal menelan kos sebanyak Rupiah 12 bilion (RM4.2 juta).

Kos pernikahan yang bakal diadakan pada 26 November ini didedahkan oleh pertubuhan bukan kerajaan, Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) seperti yang dilaporkan beberapa media tempatan.

"Ia merupakan satu hal yang ironi kerana ia perkahwinan mewah dua orang anak pemimpin negara yang hidup mereka bersandarkan kepada cukai yang dibayar oleh rakyat.

"Pada masa sama sebilangan besar masyarakat hidup dalam kemiskinan," kata penyelaras Bendera, Mustar Bona Ventura.

Menurut Mustar juga, kos pernikahan itu membolehkan kerajaan membina sekurang-kurangnya 120 buah pra-sekolah selain membantu meningkatkan taraf pendidikan 6,000 kanak-kanak setiap tahun.

Bendera yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan sebelum ini pernah mencetus kontroversi dengan menyiarkan senarai nama beberapa individu berpengaruh yang didakwa terlibat dalam skandal Bank Century.

Beberapa tokoh yang nama mereka disebut dalam senarai itu telah mengambil tindakan terhadap dua aktivis Bendera kerana memfitnah.

Menurut laporan, kedua-dua mempelai akan bersanding mengikut adat Jawa di hadapan kira-kira 3,600 tetamu jemputan dan akan turut dihiburkan oleh penyanyi Anggun. - Utusan

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Spratly: AS jangan campur tangan



Wen Jiabao (kiri) berucap sambil diperhati Presiden Filipina Benigno Aquino pada Sidang Kemuncak ASEAN-China di Nusa Dua, Bali, Indonesia, semalam. - REUTERS


NUSA DUA, Indonesia 18 Nov. - Perdana Menteri China, Wen Jiabao hari ini berkata, 'tentera asing' tidak ada alasan untuk terlibat dalam pertikaian rumit berhubung tuntutan bertindih ke atas Kepulauan Spratly, satu amaran kepada Amerika Syarikat (AS) dan negara lain supaya tidak mencampuri isu sensitif ini.

China menuntut sebahagian besar daripada kepulauan yang menjadi laluan perkapalan penting di dunia dan kaya dengan minyak dan sumber asli.

Vietnam, Filipina, Taiwan, Malaysia dan Brunei turut menuntut beberapa bahagian daripada kepulauan itu, sementara AS dan Jepun menekan Beijing untuk cuba menyelesaikan isu yang telah mencetuskan ketegangan pada tahun ini.

Meskipun White House memberitahu Presiden Barack Obama akan membawa isu itu ke satu lagi sidang di Bali esok, China menolak untuk membincangkannya dan bertegas mahu menyelesaikannya dengan negara yang terlibat sahaja.

"Pertikaian yang wujud antara negara di rantau ini berhubung kepulauan itu telah lama berlaku dan ia perlu diselesaikan melalui rundingan oleh negara yang terlibat.

"Negara luar tidak patut dan tidak ada sebab untuk mencampurinya," tegas Jinbao kepada pemimpin ASEAN yang dipetik oleh laman web Menteri Luar China.

Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa memberitahu wartawan, China memberikan isyarat positif tentang rundingan seterusnya mengenai kod pengendalian perairan di kawasan itu.

Sementara itu, akhbar milik kerajaan China, Global Times hari ini memberi amaran kepada negara-negara jirannya bahawa mereka mungkin menerima akibat ekonomi kerana melibatkan AS dalam pertikaian wilayah di Laut China Selatan.

"Mana-mana negara yang memilih untuk menjadi alat mainan AS, mereka akan kehilangan peluang meraih keuntungan daripada ekonomi China," kata akhbar itu. - REUTERS/AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

2,652 calon UPSR Pulau Pinang dapat A



SEBAHAGIAN daripada 90 murid SK Bertam Indah meraikan kejayaan mereka selepas memperoleh keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR di Kepala Batas, Pulau Pinang, kelmarin.


KEPALA BATAS 18 Nov. - Seramai 2,652 daripada 24,874 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 di Pulau Pinang pada tahun ini berjaya memperoleh keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

Bilangan itu menurun sebanyak 187 orang berbanding tahun lalu yang menyaksikan 2,839 calon mendapat A dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pelajaran negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, secara keseluruhan pencapaian minimum bagi semua mata pelajaran adalah 67.23 peratus iaitu seramai 16,547 murid mencapai sekurang-kurangnya gred C.

"Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah cemerlang bagi aliran kebangsaan iaitu seramai 90 daripada 211 calon memperoleh 5A.

"Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK), sekolah paling cemerlang adalah SJKC Perempuan Cina dengan 59 daripada 271 calon memperoleh 5A manakala SJK Tamil Subramaniya Barathee pula unggul bagi aliran itu apabila empat daripada 29 calon mendapat 7A," katanya.

Ahmad Tarmizi berkata demikian pada sidang akhbar sempena pengumuman keputusan UPSR di sini semalam.

Murid Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SRPK) Alma (Penglihatan), Muhammad Iskandar Shah Mohd. Nawi pula dipilih murid pendidikan khas terbaik selepas memperoleh 4A 1B.

Utusan Malaysia Online - Utara:

'via Blog this'

Wang lesap, kerja hilang

KUALA LUMPUR: Percaya kepada ayat cinta seorang lelaki yang hanya dikenali melalui sebuah laman sembang sosial menyebabkan seorang gadis kerugian kira-kira RM50,000 selepas membuat 35 transaksi dengan memasukkan wang ke dalam akaun dalam kejadian di Jalan Pudu, di sini.

Lelaki ‘penipu’ itu dipercayai menggunakan khidmat bomoh apabila mangsa yang berusia 24 tahun tanpa sedar memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan walaupun tidak pernah berjumpa dan hanya mengenali melalui Internet.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Pooja, 24, berkata angkara percayakan lelaki itu dia turut hilang pekerjaan di sebuah syarikat terkemuka selepas terleka dengan ayat cinta lelaki itu.

Katanya, dia mengenali lelaki itu pada Mei lalu melalui laman sembang sosial kerana terpikat dengan kebaikan yang ditunjukkan apabila kerap menghubunginya melalui telefon.


“Selepas kenal selama dua bulan iaitu 20 Julai lalu, lelaki itu menghubungi saya dan mendakwa ditangkap oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan harta serta akaunnya dibekukan.


“Dalam keadaan sedih lelaki itu meminta bantuan dengan mengarahkan saya memasukkan wang sebanyak RM500 ke dalam akaun kawannya di sebuah bank di Jalan Pudu bagi menjaminnya keluar dari penjara,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, lelaki itu kerap menghubungi dan mengiktirafnya sebagai teman wanita serta berjanji akan mengikat hubungan mereka tetapi dengan syarat dia perlu membantu memberi wang.


Katanya, seperti di‘bomoh’, dia terus memasukkan wang ke dalam akaun lelaki itu sejak 20 Mei hingga 8 November dan mengalami kerugian hampir RM50,000 hasil wang gaji dan pinjaman daripada keluarga serta rakan.

“Akibat percayakan lelaki itu saya hilang pekerjaan dan dimarahi keluarga selain mengalami tekanan hidup,” katanya.


Pooja berkata, keluarganya pernah menghubungi lelaki itu melalui telefon dan menyuruhnya datang ke rumah untuk bertemu, namun lelaki itu tidak muncul walaupun berjanji untuk berjumpa.


Katanya, dia membuat laporan polis kelmarin, di Balai Polis Pudu selepas usahanya menghubungi lelaki itu gagal dan percaya diri sudah dibomoh kerana mengikut segala kehendak lelaki itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

myMetro | Wang lesap, kerja hilang:

'via Blog this'

Upah samseng belasah isteri

KUALA LUMPUR: Suami setan. Itu gelaran yang layak diberi kepada seorang lelaki berusia 35 tahun kerana bukan sahaja mengupah samseng membelasah isterinya malah wanita itu turut dilarikan sehingga ke Betong, Thailand gara-gara perselisihan faham antara mereka.

Akibat kejadian itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Arina, 31, cedera di rusuk, dada dan tangan selain tekanan mental yang melampau.


Menurutnya, siri kesengsaraan hidupnya bermula pada 22 Oktober lalu, apabila dia menerima ugutan daripada seorang rakan suaminya malah diserang lelaki berkenaan dua hari kemudian ketika berada di tempat letak kereta di kediamannya di Jalan Sri Hartamas.

Ketika itu, katanya, suaminya itu bertindak sebagai penyelamat dan bagi membantunya keluar dari masalah, dia dibawa ‘ bercuti’ ke Seremban pada malam kejadian.


“Suami memaklumkan kami hanya akan berada beberapa jam di Seremban sebelum pulang ke rumah tetapi secara paksa saya dibawa ke Mersing, Johor pula.


“Meskipun saya merayu diberi rawatan dulu kerana kecederaan akibat diserang itu, dia tidak mempedulikan saya dan ketika itu, baru menyedari ia adalah rancangan kotornya,” katanya kepada Harian Metro, di sini semalam.

Beliau berkata, selepas bermalam sehari di selatan tanah air, dia dilarikan ke Kelantan pula keesokan harinya dan ketika itu dia cuba melarikan diri tetapi gagal selepas ditarik masuk ke dalam kereta sebelum kepalanya dihentak pada cermin kereta.


Katanya, selepas dua hari di Kelantan, dia dibawa balik ke Kuala Lumpur dan dalam perjalanan pulang, suaminya bersetuju untuk berpisah secara baik serta tidak akan menderanya lagi.

Bagaimanapun, katanya, janji hanya tinggal janji selepas lelaki itu ‘menculiknya’ semula dengan bantuan dua pengawal peribadi ke lokasi tidak diketahui selain telefon bimbitnya dirampas.


“Dalam perjalanan itu, kami singgah di kawasan Mont Kiara dan dengan alasan ingin ke tandas, saya cuba untuk melarikan diri tetapi gagal.


“Saya diheret sejauh 50 meter ke kereta dan apabila orang ramai cuba untuk menolong, suami menggunakan kuasanya sebagai suami untuk menghalang pertolongan dan saya dihumban ke dalam kereta,” katanya.


Arina berkata, perjalanan diteruskan ke kawasan selatan tanah air semula dan ketika berhenti di kawasan Senawang untuk berehat, mangsa cuba nasib sekali lagi melarikan diri namun selepas ditangkap, dia dipukul sehingga pengsan dan hanya sedarkan diri selepas sampai di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Katanya, pada 30 Oktober dia menyedari kenderaan dinaikinya sudah sampai di kawasan hulu Kedah dan nampak suaminya mengatur urusan menyeludupnya ke Betong, Thailand.


“Di sana, saya dikawal rapi oleh konco suami dan setiap hari saya akan dibelasahnya sehingga menjadi lemah untuk melawan.


“Pada 3 November, saya dibawa keluar dari Betong, Thailand sebelum dibawa ke Kuala Terengganu dan keesokannya dibawa pulang ke Kuala Lumpur.


Sebaik sampai di rumah, saya dilarang menghubungi sesiapa termasuk ahli keluarga dan rakan kerana bimbang kesengsaraan saya akan diketahui orang lain,” katanya.


Menurutnya, selepas dikurung hampir seminggu, mangsa menggunakan kesempatan ketika suaminya keluar untuk melarikan diri dan membuat laporan polis di balai polis berdekatan untuk mendapat perlindungan pihak berkuasa.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan untuk menjejaki suami mangsa.

myMetro | Upah samseng belasah isteri:

'via Blog this'

Demi cinta sanggup biar anak mati didera kekasih

JOHOR BAHRU: Baru dua bulan berkenalan dan tinggal bersama, perasaan cinta terhadap teman lelakinya itu menyebabkan seorang ibu tidak menghalang lelaki berkenaan bertindak ganas dengan mendera anak sulungnya hingga meninggal dunia, kelmarin.

Difahamkan, wanita berusia 30-an itu hilang arah selepas suaminya dikatakan pulang ke India sejak kira-kira dua tahun lalu, menyebabkannya tidak bekerja lalu berkenalan dengan lelaki berkenaan.


Bagaimanapun, wanita itu dipercayai mengambil keputusan mengikut teman lelakinya itu dan tinggal bersama di sebuah rumah di Jalan Hang Tuah 5, Taman Skudai Baru di sini, sejak lebih dua bulan lalu bersama mangsa dera, K Shatis, tiga tahun dan anak bongsunya, 11 bulan.

Bagaimanapun, pilihan wanita itu nyata silap apabila lelaki itu bukan saja dikatakan kuat minum minuman keras, malah mendera anak sulung teman wanitanya itu dan enam anak lelakinya sejak mereka tinggal bersama.


Dalam perkembangan lain, Shatis disahkan meninggal dunia di rumah itu akibat kecederaan berganda di kepala.


Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Mohd Akhir Ishak berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa, K Shatis, meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan di kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul.

Selain itu, katanya, terdapat beberapa kesan dipercayai dera di badan mangsa dan pihaknya kini masih menjalankan siasatan sejak bilakah mangsa dan semua kanak-kanak lain itu didera lelaki berkenaan.


Katanya, terdapat kesan kecederaan lama dan baru pada tubuh mangsa dan pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

myMetro | Demi cinta sanggup biar anak mati didera kekasih:

'via Blog this'

Remaja ancam bunuh diri elak tubuh terus ‘diratah’

KAJANG: Ancaman seorang remaja perempuan ingin membunuh diri dengan menikam perutnya menggunakan pisau berjaya menyelamatkan dirinya daripada terus menjadi tawanan dan pemuas nafsu beberapa lelaki di sebuah rumah kedai, di bandar Kajang, kelmarin.

Remaja berusia 19 tahun itu yang terdesak melarikan diri selepas dua kali diperkosa teman lelaki dan rakan bertindak berani mengambil pisau di dapur sebelum berlakon seolah-olah ingin menikam perut jika mereka enggan membebaskannya segera.


Semua suspek berusia 20-an yang panik dengan tindakan luar jangkaan itu akur dengan ugutan mangsa sebelum membuka pintu dan membiarkan mangsa melarikan diri.

Menurut sumber, suspek yang masih tidak berpuas hati cuba mengejar mangsa namun berpatah balik apabila melihat kereta peronda polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan menghampiri mangsa.


“Sengsara mangsa selepas beberapa jam dijadikan ‘hamba seks’ suspek berakhir sebaik sahaja dia diselamatkan polis yang membawanya ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan dan tindakan seterusnya daripada pihak berkuasa.


“Malah suspek menyedari kehadiran polis turut melarikan diri selepas panik melihat mangsa diselamatkan pihak berkuasa,” katanya.

Menceritakan semula kejadian itu sumber berkata, remaja malang terbabit pada mulanya diajak keluar makan bersama teman lelakinya kira-kira jam 9 malam tanpa mengesyaki niat keji suspek terhadapnya.


“Suspek menjemput mangsa dengan motosikal di rumahnya di Bandar Seri Permaisuri, sebelum terus membawanya ke Kajang dengan alasan ingin keluar makan bersama.

“Bagaimanapun, dia mula berasa pelik apabila temannya itu melencong ke tempat lain sebelum berhenti di sebuah rumah kedai,” katanya.


Sumber berkata, syak sesuatu tidak kena, mangsa cuba melarikan diri namun gagal apabila suspek menariknya masuk ke dalam rumah itu.


“Suspek seterusnya memaksa mangsa untuk masuk ke dalam bilik dan mengugut untuk mencederakannya jika mangsa enggan menuruti permintaannya.


“Sebaik masuk, suspek yang tidak dapat menahan gelora nafsu merogol mangsa walaupun dia merayu berkali-kali supaya tidak dinodai,” katanya.


Katanya, selepas puas ‘meratah’ tubuh mangsa, seorang lagi rakan suspek masuk ke dalam bilik berkenaan dengan niat yang sama.


“Mangsa sekali lagi dipaksa melayani kehendak seks lelaki itu yang mengugut akan mencederakannya jika enggan mengikut kemahuan suspek.


“Selepas puas meratah tubuh mangsa, suspek terus keluar dan menyuruh seorang lagi rakannya masuk ke dalam bilik itu,” katanya.


Sumber itu berkata, tidak tahan terus dijadikan tempat pemuas nafsu, dia akhirnya nekad melawan dan menolak suspek sehingga terjatuh sebelum berjaya keluar dari bilik berkenaan dan berlari menuju ke dapur.


“Dia lantas mencapai pisau menyebabkan teman lelaki dan rakannya tersentak dan berusaha untuk mendapatkannya menyebabkan mangsa mengugut untuk membunuh dirinya.


“Panik dengan tindakan mangsa, seorang daripada mereka membuka pintu rumah berkenaan sebelum mangsa melarikan diri ke jalan utama,” katanya.


Derita mangsa berakhir apabila terserempak dengan kereta peronda polis yang membuat rondaan rutin sebelum dia di bawa ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

myMetro | Remaja ancam bunuh diri elak tubuh terus ‘diratah’:

'via Blog this'

AS bimbang kesan serang Iran

HALIFAX (Nova Scotia): Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta, berkata dia akan membangkitkan kebimbangan negara itu ketika bertemu rakan sejawatannya dari Israel, Ehud Barak, hari ini jika tindakan ketenteraan terhadap Iran diambil Tel Aviv.

Kata Panetta, antara kebimbangan utama Washington adalah kesan terhadap ekonomi dunia.


Menurutnya, AS percaya pendekatan paling berkesan untuk menghadapi Iran masih melalui tekanan diplomatik dan sekatan bagi mengekang program nuklear Teheran.

“Adalah jelas AS akan menimbulkan kekhuatiran terhadap kesan tidak diingini yang mungkin berlaku,” katanya kepada media yang mengikuti lawatannya ke Kanada, semalam. - Reuters

myMetro | AS bimbang kesan serang Iran:

'via Blog this'

India, China musuh AS: Panette

GROTON (Connecticut): Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta, menganggap India dan China sebagai “ancaman” sebelum jurucakapnya membuat pembetulan, semalam.

Bercakap kepada pekerja syarikat pembinaan kapal selam, Panetta berkata ancaman dihadapi AS dari Iran, Korea Utara dan serangan siber.


Dia kemudian lari daripada standard polisi AS dengan memasukkan India dan China dalam senarai berkenaan.

“AS menghadapi ancaman daripada beberapa kuasa baru, termasuk China dan India,” katanya.


Sejurus kemudian, jurucakap Pentagon, Kapten John Kirby, menjelaskan kepada media bahawa Panetta tidak melihat China dan India sebagai ancaman ketenteraan. - AFP

myMetro | India, China musuh AS: Panette:

'via Blog this'

Pejabat Parti Baath diserang

DAMSYIK: Tentera pemberontak menyerang parti pemerintah Syria semalam, sehari selepas pangkalan perisikan tentera udara negara itu menjadi sasaran bedilan mesingan.

Ketika Russia memberi amaran berlaku perang saudara besar-besaran di Syria, pejabat Parti Baath di wilayah Idlib yang terletak berhampiran sempadan Turki dihujani grenad.


Pada hari sama, tentera kerajaan membunuh lapang orang - termasuk dua kanak-kanak - dalam usaha mereka mengekang kebangkitan rakyat negara itu.

Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain berkata, kumpulan pemberontak menyerang pejabat sayap pemuda Parti Baath yang menjadi tempat ejen keselamatan Syria bermesyuarat.


“Berlaku pertempuran selepas pejabat berkenaan diserang dengan grenad,” kata pertubuhan itu. Agensi berita Sana menafikan kejadian itu, sebaliknya berkata, ia hanyalah salah lapor media.


Kelmarin, serangan pemberontak ke atas pejabat perisikan tentera Syria mendorong Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, mengingatkan semua pihak bahawa negara itu kini diambang perang saudara.

Liga Arab pula memberi tempoh tiga hari kepada Presiden Bashar al-Assad, supaya menghentikan pertumpahan darah di negara itu.


Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Catherine Ashton, berpendapat Bashar perlu berundur bagi menamatkan keganasan di Syria.

Catherine juga mempelawa Pengerusi Liga Arab, Nabil al-Arabi, bertemu Menteri Luar EU dalam tempoh terdekat bagi membincangkan tekanan yang boleh dikenakan ke atas Damsyik. - AFP

myMetro | Pejabat Parti Baath diserang:

'via Blog this'

Pusat perniagaan Bangkok selamat daripada banjir: Yingluck

Berita Harian Online | Pusat perniagaan Bangkok selamat daripada banjir: Yingluck: "BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, mengumumkan daerah pusat perniagaan di tengah-tengah Bangkok selamat daripada banjir, hari ini.

Yingluck berkata demikian menerusi ucapan mingguannya di radio dan televisyen negara itu di pusat peranginan Indonesia, bali bagi menghadiri persidangan kemuncak ASEAN ke-19 dan persidangan berkaitan.
"Situasi di zon dalam Bangkok disahkan selamat daripada banjir apabila ukuran yang dicatatkan selepas pelaksanaan langkah menahan air banjir berjaya.
Susulan kejadian itu, angka kematian yang dicatatkan mencecah 600 mangsa. - AFP "

'via Blog this'

Serangan siber dari luar AS lumpuh infrastruktur sistem air

Berita Harian Online | Serangan siber dari luar AS lumpuh infrastruktur sistem air: "SAN FRANCISCO: Serangan siber yang dilancarkan di luar Amerika Syarikat melumpuhkan sistem air awam di daerah Illinois,iaitu infrastuktur sistem kawalan air.

Rakan Pengurusan Applied Control Solutions, Joseph Weiss, berkata ia adalah kes pertama dilancarkan dari luar (AS) terhadap infrastuktur utama sehingga menyebabkan kerosakan.
"Ia menjadi isu besar apabila mereka boleh melakukan apa saja selepas dikesan sudah berjaya mengakses stesen utama," katanya.
Rangkaian kami yang dicerobohi mula dikesan, katanya, apabila penggodam memusnahkan pam sistem air di pusat berkenaan.- AFP "

'via Blog this'

Hamadi Jebali PM baru Tunisia

TUNIS: Hamadi Jebali, dari parti Islam Ennahda, akan diumumkan sebagai Perdana Menteri Tunisia, susulan perjanjian antara tiga parti politik utama negara itu.

Pegawai kanan parti Kongres Republik, Abdelwaheb Matar, berkata ketiga-tiga parti bersetuju melantik aktivis yang memperjuangkan golongan veteran itu sebagai perdana menteri manakala ahli politik pembangkang, Moncef Marzouki sebagai Presiden Tunisia.
Bulan lalu, Tunisia mengadakan pilihan raya demokratik selepas sembilan bulan pemimpin diktatornya, Zine El Abidine Ben Ali digulingkan.
Kira-kira 217 kawasan yang dipertanding pada pilihan raya lalu, bertujuan melantik pemangku sebelum pilihan raya umum diadakan. - AFP
Berita Harian Online | Hamadi Jebali PM baru Tunisia:

'via Blog this'

Tumpahan minyak di Brazil melebihi 2,600 tong




2011/11/19

RIO DE JANEIRO: Hampir 110,000 gelen minyak tumpah di Lautan Atlantik, iaitu luar pesisir loji carigali Chevron kata agensi perlindungan alam sekitar Brazil, Jumaat (waktu tempatan).

Agensi yang dikenali Institut Alam Sekitar dan Sumber Asli Boleh Diperbaharui Brazil (IBAMA), berkata anggaran 8,400 hingga 13,800 gelen minyak tumpah setiap hari sejak 8 November lalu hingga Selasa lalu.
IBAMA berkata demikian dalam satu kenyataan yang dipapar menerusi laman webnya.
Chevron menegaskan, hanya 16,800 hingga 27,300 gelen minyak tumpah ke laut.

Sementara itu, Polis Persekutuan Brazil, berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan mendapati Chevron menggerudi kira-kira 500 meter melebihi jarak yang dibenarkan. - AP
Berita Harian Online | Tumpahan minyak di Brazil melebihi 2,600 tong:

'via Blog this'

Hampir 10,000 dipindahkan dalam kebakaran Nevada




2011/11/19

LOS ANGELES: Hampir 10,000 penduduk dipindahkan susulan kebakaran yang melanda sebahagian besar wilayah Reno di Nevada, hari ini.

Penduduk tempatan yang tidak berpindah dengan segera diberi amaran supaya tidak keluar dari kediaman masing-masing selepas asap tebal melanda kawasan itu.
Susulan kejadian itu, kira-kira 450 anggota bomba dikerahkan bagi memadamkan kebakaran yang sudah memusnahkan hampir 810 hektar di barat daya Reno.
"Anggota daripada pelbagai agensi kebakaran bekerjasama untuk memadamkan kebakaran yang sedang marak itu.

"Bacaan kualiti udara di seluruh wilayah ini meningkat," kata Ketua Bahagian Kebakaran Bandar, di sini.

Kira-kira 9,500 penduduk di daerah Nevada, wilayah Washoe dan Reno sudah dipindahkan dan diisytiharkan darurat, kata pihak berkuasa tempatan dalam satu laman web rasmi. - AFP
Berita Harian Online | Hampir 10,000 dipindahkan dalam kebakaran Nevada:

'via Blog this'

Ratu cantik kena kaunseling aurat

PESERTA Ratu Cantik Borneo mengucapkan terima kasih kepada kakitangan JAIS atas khidmat yang diberikan.
PESERTA Ratu Cantik Borneo mengucapkan terima kasih kepada kakitangan JAIS atas khidmat yang diberikan.
JAIS panggil lima peserta Islam didakwa berpakaian seksi ketika pertandingan

KUCHING: Lima peserta Ratu Cantik Borneo (MBB) diarah menjalani sesi ‘kaunseling' di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) semalam, selepas mereka didakwa mengenakan pakaian terlalu seksi ketika pertandingan itu.
Penyertaan peserta Islam itu, Melatie Melissa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23; dan Roszainah Suhaili, 21, dikatakan menimbulkan rasa kurang selesa kalangan umat Islam sehinggakan ada yang membuat aduan kepada JAIS.
Pertemuan selama hampir dua jam itu dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen; Pengarah JAIS, Abang Shamsudin Abang Seruji; Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta pegawai Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIS.

Abang Shamsudin berkata, pihaknya mendapat aduan setiap hari mengenai penganjuran pertandingan itu sebelum tindakan memanggil peserta Islam terpaksa dibuat bagi memastikan mereka memahami hukum syarak.

Katanya, pihaknya tidak akan menghalang penganjur daripada meneruskan pertandingan berkenaan kerana ia turut disertai 13 lagi peserta bukan Islam, namun berharap lima peserta Islam memikirkan semula kedudukan mereka.

"Mana-mana pertandingan ratu cantik tetap haram berdasarkan hukum syarak, namun kita tidak boleh mengambil tindakan ke atas penganjur MBB dengan kesedaran harus ada di kalangan umat Islam terutamanya ibu bapa sendiri.
"Kita telah memberi penerangan secukupnya mengenai aurat wanita kepada lima peserta berkenaan dengan tindakan seperti mengarahkan mereka menarik diri tidak dibuat berdasarkan situasi umat Islam di Sarawak yang agak berbeza," katanya.

Difahamkan, penganjuran MMB menjadi perhatian selepas ia mendapat publisiti meluas media tempatan dan pada masa sama timbul bantahan pihak tertentu yang mengatakan peserta akan memakai pakaian renang pada malam pertandingan akhirnya.

Sementara itu, salah seorang peserta, Adira yang berasal dari Kuching, mendakwa mereka diberi layanan baik oleh penganjur pertandingan itu, Alaric Soh, selain diminta tidak memakai pakaian yang boleh mencetuskan kontroversi.

"Kebanyakan pakaian yang dipakai peserta pertandingan ini adalah pakaian biasa dengan Alaric telah memaklumkan jangan terlalu menonjolkan imej seksi, selain tiada syarat menetapkan kami perlu memakai pakaian renang," kata lulusan bidang perakaunan itu.

Daripada 200 lebih permohonan untuk menyertai MBB, hampir 80 daripadanya adalah wanita Islam tetapi hanya lima dipilih penganjur.
Berita Harian Online | Ratu cantik kena kaunseling aurat:

'via Blog this'

Gempa bumi 5.2 magnitud gegar Laut Banda

Berita Harian Online | Gempa bumi 5.2 magnitud gegar Laut Banda: "KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi berukuran 5.2 magnitud menggegarkan Laut Banda, Indonesia pada jam 9.58 pagi hari ini, menurut laporan Jabatan Kajicuaca Malaysia.

Dalam kenyataan jabatan itu, pusat gempa terletak 467 kilometer (km) ke tenggara Ambon, Indonesia dan 1,752 km tenggara Tawau, di Sabah.
Namun, kejadian tersebut tidak menimbulkan sebarang ancaman tsunami. - BERNAMA"

'via Blog this'

Mangsa tipu pacaran internet

DOLEGO menunjukkan pasport ketika berada di Hospital  Chernivtsi, Ukraine.
DOLEGO menunjukkan pasport ketika berada di Hospital Chernivtsi, Ukraine.
Bekas calon jawatan gabenor Arizona gelandangan di Ukraine

KIEV (Ukraine): Bekas calon jawatan gabenor Arizona mengunjungi Ukraine untuk ‘mencari cinta’, tetapi berakhir dengan kelaparan dan jatuh sakit di pusat perlindungan orang tidak berumah. Ini mangsa berpacaran internet.
Pekerja sosial terkejut ketika terserempak dengan Cary Dolego, 53, yang duduk di tepi jalan Rabu lalu, berkelakuan pelik dan mengalami radang paru-paru.
Dolego yang bertanding bagi jawatan gabenor Arizona tahun lalu melawat Ukraine musim bunga untuk membuat penyelidikan untuk projek kejuruteraan dan mahu mencari jodoh.

Lelaki itu berkata beliau berkenalan dengan seorang wanita dikenali Yulia menerusi online dan berharap dapat berkahwin dengannya dan mengunjungi kampung halaman wanita itu di Chernivtsi. Tetapi wanita itu tidak muncul.

Dengan tiada tempat untuk dituju serta kehabisan wang, Dolego merayau di jalan di Chernivtsi bersama ramai lagi gelandangan sehingga beliau ditemui pekerja sosial dan dibawa ke pusat perlindungan.

“Saya mencari jodoh dengan wanita Ukraine, seseorang yang boleh bersama saya menjadi isteri. Kepada semua wanita Salvic, anda dialu-alukan,” katanya kepada AP.
“Beliau kelihatan teruk, pakaian comot dan kelihatan seperti gelandangan,” kata Anastasia Beridze dari badan kebajikan Narodna Dopomoha.

Wanita yang dikenali sebagai Yulis berkata beliau tidak mengetahui mengenai kewujudan Dolego kerana akaunnya dalam laman web mencari jodoh digodam dan pihak berkenaan berkomunikasi dengan Dolego tanpa pengetahuannya, katanya kepada AP.

“Apa yang terjadi sangat teruk,” katanya yang juga seorang doktor berusia 29 tahun.

Selepas mengetahui apa yang terjadi, Yulia melawat Dolego kerana bersimpati dengan nasibnya.

“Sebaik saya tiba di hospital lelaki itu memeluk saya dan berharap dapat berkahwin. Saya sangat terkejut,” katanya yang tidak berminat meneruskan hubungan dengan lelaki itu walaupun Dolego menganggap sebaliknya.

Dolego yang berasal dari Queen Creek, Arizona berkata beliau menjual rumah, trak serta motosikal miliknya untuk pergi ke Ukraine untuk mendalami ilmu kejuruteraan.

Beliau yang juga bapa kepada tiga anak dan pernah bercerai sebanyak dua kali turut ke negara itu untuk mencari cinta dengan wanita cantik Eropah Timur.

Selepas mendapati tiada sokongan dalam projeknya di beberapa bandar di Ukraine, beliau dihalau dari bilik sewanya dan terus menaiki kereta api ke Chervistsi dengan harapan bertemu Yulia dan berkahwin. – AP
Berita Harian Online | Mangsa tipu pacaran internet:

'via Blog this'