Pages

Monday, July 1, 2013

Kereta berkulit haiwan


Kereta berkulit haiwan
Dodd melihat puluhan kulit haiwan menghiasi kenderaan pacuan empat roda ini
Kereta berkulit haiwan
Kereta berkulit haiwan
PENCINTA haiwan pasti berang sekiranya mereka terlihat kenderaan pacuan empat roda ini. Pasti ada mengandaikan pemilik kenderaan ini memburu puluhan binatang semata-mata untuk dijadikan hiasan kenderaan tersebut.

Menurut laporan dipetik MailOnline, kenderaan dihiasi lebih 50 kulit dan bangkai haiwan termasuk spesies terlindung ini ditemui di Savannah, Georgia dan Amerika Syarikat.

Jurugambar Diane Dodd, 43, berkata, beliau berasa terkejut apabila melihat kenderaan seperti itu.

“Saya dapat melihat bangkai tupai, rakun, katak, ular dan buaya. Saya pasti bangkai haiwan itu diawet untuk sekian lama,” katanya.

Menurutnya, identiti pemilik kenderaan misteri itu tidak boleh didedahkan namun tidak menolak pemiliknya mungkin seorang pemburu atau peminat haiwan.

“Kawasan ini merupakan lokasi pemburuan popular dan tidak mustahil mereka yang berada di sini pasti mempunyai minat memburu yang tinggi,” katanya.

Guantanamo dilabel penjara terkejam dunia


Guantanamo dilabel penjara terkejam dunia
Tindakan kejam tentera AS ke atas tahanan
PAKAR antarabangsa melaporkan, AS memilih Teluk Guantanamo sebagai kawasan pusat tahanan kerana ia selamat daripada gangguan al-Qaeda mahupun Taliban.
"Teluk Guantanamo ini bebas dari diganggu oleh aktivis hak asasi kemanusiaan antarabangsa selain AS boleh melakukan apa sahaja kepada banduan," kata pakar yang enggan mendedahkan identitinya.
Tahanan di Kem Delta dilaporkan, dikawal rapi sehingga setiap percakapan mereka dipantau dari Pentagon.
Sebuah lagi pusat tahanan, Kem Iguana, berkedudukan 1km dari Kem Delta menempatkan hanya tiga tahanan di bawah umur 16 tahun. Ia pernah ditutup pada pertengahan 2005 dan dibuka semula dengan menempatkan 38 tahanan.
Bekas tahanan Libya, Omar Deghayes memberitahu akhbar Newsday, matanya pernah disembur dengan serbuk lada.

"Mereka (tentera AS) berbaris, menyanyi dan ketawa sebelum menyemburkan muka saya dengan lada. Bukan sekadar itu, mereka turut menjolokkan jari yang dipenuhi serbuk lada ke mata saya," katanya.
Omar memberitahu, setiap hari ada sahaja seksaan berlainan dilakukan ke atasnya oleh tentera AS.
"Muka saya pernah dilumur dengan najis, dikenakan renjatan elektrik, dibogelkan dalam cuaca sejuk serta dibiarkan kelaparan selama 40 hari," jelas Omar yang dibebaskan dalam 2007.
Beberapa tahanan yang dibebaskan pada tersebut menjadi buta selain saksi tindakan keji tentera AS di penjara Guantanamo atau 'Gitmo'.
Bekas tahanan yang enggan dikenali berkata, melihat seorang askar menembak dan membenamkan banduan ke dalam air.
Malah, penghinaan paling menyedihkan apabila al-Quran disumbat ke lubang tandas.

"Saya pernah melihat sendiri seorang tahanan bernama Abdul Malik berasal dari Itali diseksa sehingga mati," katanya.

Bercerita tentang kisah penghinaan terhadap al-Quran, bekas tahan berasal dari Pakistan, Abdurahim mempunyai cerita.

Menurutnya, penghinaan terhadap al-Quran di penjara Guantanamo oleh tentera AS merupakan aktiviti rutin.

“Ia adalah rutin mereka, khususnya pada hari pertama tahanan Islam memasuki penjara.
“Mereka membuang kitab suci itu ke atas tanah, memijak-mijaknya dan mengatakan kepada salah seorang tahanan yang sedang disoal siasat bahawa tidak ada seorang pun dapat menghentikan mereka berbuat sedemikian,” kata Abdurahim dalam sebuah wawancara dengan televisyen Afghanistan AVT Khyber pada Mei 2005.

Tidak hanya seksaan secara fizikal yang dialami oleh para tahanan, tentera AS juga melakukan tekanan secara psikologi dengan pelbagai bentuk penghinaan.

Muhammad Al Qahthani, tahanan dari Arab Saudi menceritakan, dipaksa menggunakan pakaian dalam wanita dan menari dengan  tahanan lain.

Lapor akhbar New York Times pada Julai 2004, selain diseksa dan dimalukan, askar AS juga melayan mereka seperti seekor binatang.
“Satu ketika, saya memasuki ruang soal siasat seorang tahanan yang dirantai tangan dan kakinya berkedudukan seperti janin dalam perut.
"Di sana tidak ada kerusi, makanan atau air. Kebanyakan mereka sudah terkencing atau buang air besar dan dibiarkan lebih daripada 24 jam.” lapor New York Times.

700 masjid jadi sasaran kumpulan anti-Islam di Britain


Sebuah masjid di Muswell Hill, London Utara terbakar pada bulan lalu, dalam satu kejadian disyaki didalangi Liga Pertahanan Inggeris (EDL) sebagai tindak balas terhadap pembunuhan tentera Lee Rigby di Woolwich pada 22 Mei lalu yang didakwa dilakukan pelampau Islam. - AGENSI
LONDON 30 Jun - Satu kajian mendedahkan bahawa separuh daripada masjid di Britain telah diserang sejak serangan keganasan di New York pada 11 September 2011 ketika serangan anti-Islam merebak.
Perbuatan bakar bangunan dengan sengaja, ancaman siber dan serangan secara fizikal meningkat 10 kali ganda selepas pembunuhan anggota tentera Lee Rigby pada bulan lalu.
Pemantau Islamfobia, Tell Mama mendapati antara 40 dan 60 peratus masjid serta pusat Islam iaitu berjumlah kira-kira 700 buah, dijadikan sasaran di Britain sejak berlaku serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York itu.
Penulis laporan itu, Profesor Nigel Copsey dari Universiti Teesside berkata, apa yang penting tentang analisis tersebut merupakan sejauh mana kumpulan berhaluan kanan terbabit dalam jenayah kebencian dan anti-Islam.
Kajian yang dijalankan oleh akhbar Independent juga mendapati peningkatan sebanyak 10 kali ganda serangan keganasan sejak kematian Tigby dengan masjid dan rumah penganut Islam dibakar.
Rigby, 25, dibunuh oleh dua anggota pelampau Islam berhampiran sebuah berek tentera di Woolwich pada bulan lalu, yang mencetuskan kemarahan penduduk Britain terhadap penduduk Islam dan meningkatkan kembali sentimen ant-Islam di negara ini.
Hampir sembilan serangan keganasan dilaporkan setiap hari sejurus selepas kematian Rigby, namun ia menurun kepada dua serangan setiap hari pada minggu-minggu selepas itu.
Copsey berkata, tidak dapat disangkalkan berlaku peningkatan serangan anti-Islam sejak pembunuhan Rigby di Woolwich.
''Kebimbangan yang nyata kini adalah, sama ada jumlah jenayah kebencian akan kembali ke peringkat normal atau serangan di Woolwich akan mengubah keadaan dengan meningkatnya kejadian serangan dan anti-Islam dalam jangka panjang,'' katanya.
Masyarakat Islam diberi amaran tentang bahaya yang bakal dihadapi daripada kumpulan anti-Islam melalui khutbah Jumaat di 500 buah masjid di negara ini, kelmarin. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130701/lu_05/700-masjid-jadi-sasaran-kumpulan-anti-Islam-di-Britain#ixzz2XqWhNgxC
© Utusan Melayu (M) Bhd