Pages

Saturday, May 14, 2011

Rahsia Solat Lima Waktu



Ali bin Abi Talib r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.
' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
"Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.
' Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'
Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'
Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
                     a) Dibebaskan daripada api neraka.
                     b) Dibebaskan dari nifaq.
"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).
Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'
Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'
Kata orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu.
Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:
                    a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
                    b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
                   c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
                   d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
                    e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
                   f)   Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
                   g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'

Peringatan !!!
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155) "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah: ayat 286)

Gempa bumi bermagnitud 6.0 gegar Chile


SAN JOSE: Gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan Costa Rica, Jumaat (waktu tempatan), dan dilaporkan berlaku kerosakan kecil serta mengejutkan penduduk di negara Amerika Tengah itu. 


Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa yang melanda jam 4.47 petang itu dicatatkan pada 25 kilometer, barat laut San Jose.
Katanya, kejadian dirasai di sekitar kawasan yang menempatkan diplomat dan kediaman eksekutif perniagaan asing. - AFP
bharian

Gaddafi mungkin meninggalkan Tripoli, tercedera: Itali


ROM: Menteri Luar Itali, Franco Frattini, berkata beliau percaya Muammar Gaddafi sudah meninggalkan Tripoli dan dipercayai cedera ketika konflik di negara itu tercetus. 


"Saya berpendapat berdasarkan komen Bishop Tripoli, Monsignor Martinelli yang memberitahu kami Gaddafi mungkin di luar Tripoli dan kemungkinan cedera. Tetapi kami tidak tahu lokasi beliau ketika ini," katanya. - AFP, bharian

Pekerja loji jana kuasa Jepun disahkan meninggal dunia


TOKYO: Seorang pekerja operasi kecemasan loji jana kuasa nuklear Daiichi, Fukushima, meninggal dunia hari ini selepas dikejarkan ke hospital akibat pengsan pada sebelah pagi tadi. 


Jurucakap Tokyo Electric Power Co (TEPCO), Yoshinori Mori, berkata pekerja lelaki berusia dalam lingkungan 60-an yang terbabit dalam operasi menangani masalah loji terbabit disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.
“Beliau terdedah kepada ukuran radiasi 0.17 millisievert ketika sedang menjalankan tugasnya. Tetapi, beliau menggunakan kelengkapan perlindungan dan tiada kesan radioaktif dikesan dalam badannya,” katanya sambil menambah, tiada tanda-tanda kecederaan pada pekerja itu.
Beliau berkata, punca kematian masih belum dapat ditentukan. - AFP , bharian

Isteri Hosni Mubarak dimasukkan ke hospital, arahan penahanannya dikeluarkan


SHARM EL-SHEIKH (Mesir): Isteri Hosni Mubarak yang digulingkan, Suzanne Mubarak, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ke hospital komuniti pusat peranginan Laut Merah, selepas mengadu sakit dada.


Beliau dilaporkan sakit dada selepas mendapat berita arahan penahanannya atas dakwaan rasuah sudah dikeluarkan.
Pengarah hospital itu, berkata Suzanne mengalami masalah jantung dan kini berada dalam keadaan stabil.
Pegawai keselamatan berkata, Isteri Hosni Mubarak akan ditempatkan di hospital buat sementara waktu, tetapi dijangka dibawa ke penjara wanita di Kaherah. - AP , bharian

Allaahu akbar! Puluhan trak NATO terbakar di Pakistan








KHYBER (Arrahmah.com) - Letupan besar di daerah persukuan Pakistan menyebabkan dua puluh trak NATO yang sedang mengangkut bekalan keperluan AS di Afghanistan terbakar.

Letupan terjadi pada hari Jumaat (13/5/2011) di jalur perlintasan Torkham di kawasan Khyber.
Beberapa tangki bahan api sudah hancur akibat ledakan.
Pihak berkuasa Pakistan menyatakan bahwa penyebab letupan belum diketahui. Mereka menyalahkan serangan pada jaringan yang terkait dengan Taliban.
Sebahagian besar pasukan keperluan untuk pasukan salibis NATO di Afghanistan dikirimkan melalui Pakistan. Dan sebahagian besarnya menjadi bulan-bulanan penyerangan mujahidin
Serangan tersebut telah mendesak pemerintah AS untuk mencari jalur alternatif untuk mengirimkan pasukan keperluan yang selalu gagal dikirim di Pakistan. (althaf/arrahmah.com)
Arrahmah.com

Peluru berpandu AS bunuh tiga militan di Pakistan


MIRANSHAH 14 Mei - Seramai tiga militan terbunuh selepas kenderaan yang dinaiki diserang peluru berpandu 'Drone' milik Amerika Syarikat di sebuah perkampungan di Utara Waziristan Utara, Pakistan, kata pegawai keselamatan tempatan semalam.

Menurutnya, serangan dilakukan di kawasan Kharkamar, kira-kira 40 kilometer dari barat Miranshah, kubu kuat Taliban dan kumpulan militan yang dikaitkan dengan al-Qaeda.
"Dua peluru berpandu yang dilancarkan mensasarkan kenderaan yang dinaiki militan, sekurang-kurangnnya tiga militan terbunuh," katanya. - AFP, utusan

1,200 pelarian Libya dikhuatiri mati, hilang


GENEVA 14 Mei - Kira-kira 1,200 pelarian Libya dikhuatiri hilang atau mati di Laut Mediterranean berdasarkan bukti yang menunjukkan sebuah kapal tentera enggan menyelamatkan sebuah bot, kata Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) semalam.

"Kira-kira 12,000 orang telah sampai di Itali atau Malta manakala sekurang-kurangnya 1,200 orang dipercayai mati dan masih hilang," kata jurucakap UNHCR, Melissa Fleming.
Seorang migrasi berkata kepada UNHCR, sebuah kapal tentera yang tidak dikenal pasti berlepas daripada perlabuhan Libya enggan atau gagal menghulurkan bantuan kepada bot yang membawa 72 orang, kebanyakannya mati akibat kehausan, kepenatan dan kelaparan pada akhir Mac atau awal April.
"Pelarian yang ditemubual mengatakan kapal tentera melepasi bot mereka sebanyak dua kali tanpa berhenti sebelum helikopter tentera menjatuhkan makanan dan air bersih ke dalam bot di tempat-tempat tertentu sepanjang perjalanan," kata Fleming.
Ada laporan mengatakan di dalam akhbar British, The Guardian bahawa kapal tentera tersebut berkemungkinan kapal pembawa pesawat milik Perancis, Charles De Gaulle yang ditugaskan untuk misi zon larangan terbang di Libya. - AFP, utusan

Tiga penunjuk perasaan di Yaman terbunuh


SANAA 14 Mei - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh apabila pasukan tentera elit Yemen, Pengawal Keselamatan Republikan melepaskan tembakan ke arah tunjuk perasaan yang diadakan menentang rejim Presiden Ali Abdullah Saleh di selatan bandar Taez, kata saksi, semalam.

Katanya, pasukan tentera elit itu melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan apabila mereka ditembak semasa berlindung di dalam sebuah bangunan selepas bertembung dengan kumpulan penunjuk perasaan sebelum itu.
"Seorang pegawai dan empat askar turut cedera apabila penunjuk perasaan bertindak melontar batu dan objek lain ke arah pasukan tentera yang terkepung," katanya.
Beribu-ribu penunjuk perasaan Yemen mula berhimpun bandar ini sebelum solat Jumaat untuk menuntut pengunduran rejim.
Saleh, bagaimanapun mengerahkan kereta berperisai dan beratus-ratus askar di jalan-jalan raya di ibu negara bagi menangani protes itu. - AFP, utusan

Komando rakam operasi


WASHINGTON: Satu laporan mendakwa, komando Amerika Syarikat merakamkan serbuan mereka ke atas tempat persembunyian Osama bin Laden 2 Julai lalu menggunakan kamera kecil yang dipasang pada topi keledar.
CBS News melaporkan, 25 komando SEAL menyerbu kediaman tiga tingkat di Abbottabad bersama kamera yang dipasang di kepala masing-masing.

Menurut pegawai AS yang melihat rakaman itu, satu-satunya insiden tembak-menembak berlaku di luar bangunan berkenaan.

Ketika itu, lapor CBS News, utusan Osama melepaskan tembakan tetapi dia kemudiannya ditembak mati.

Sejurus selepas itu, komando terbabit ternampak Osama untuk kali pertama di tingkat tiga dan tembakan dilepaskan ke arahnya, namun tidak mengena.

Osama kemudian bersembunyi di dalam bilik tidurnya.


Anggota SEAL pertama memasuki bilik itu menarik anak perempuan Osama yang ada di situ, manakala komando kedua diserbu seorang daripada isteri tokoh berkenaan.

Bagaimanapun, komando kedua itu menolak wanita terbabit ke tepi sebelum melepaskan satu das tembakan ke dada Osama.
Komando ketiga masuk ke bilik dan menembak kepala Osama pula. - AFP. mymetro

Mangsa asid ke-23 semalam


DIKEHENDAKI...ini fotofit suspek yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur malam tadi. Menurut polis, suspek dipercayai berumur lingkungan 30-an dan bermisai.
DIKEHENDAKI...ini fotofit suspek yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur malam tadi. Menurut polis, suspek dipercayai berumur lingkungan 30-an dan bermisai.

KUALA LUMPUR: “Sebaik saja saya buka tingkap kereta, tiba-tiba saya rasa bagaikan disimbah sebaldi air sehingga menyebabkan muka dan hampir seluruh badan basah kuyup.
“Saya panik dengan apa yang berlaku sehingga tidak mengetahui apa yang perlu saya lakukan kerana kejadian berlaku begitu pantas. “Pandangan saya kabur kerana kuantiti ‘air’ yang disimbah banyak dan tepat mengenai mata,” kata mangsa ke-23 kes simbahan cecair yang hanya mahu dikenali sebagai Emma, 31, dalam kejadian di Wangsa Maju, dekat sini, semalam.

Menceritakan semula kejadian kira-kira jam 8.35 pagi itu, Emma berkata, dia memandu bersendirian dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar sepupunya yang bekerja di Wangsa Maju.

“Sebaik saja saya menghantar sepupu ke tempat kerja, saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah di AU4, Keramat kerana ingin membantu ibu menguruskan majlis kenduri yang akan diadakan keesokan hari.

“Sebaik tiba di simpang tiga, tiba-tiba saya didatangi lelaki bermotosikal dan menyimbah cecair tepat pada muka saya,” katanya.

Bimbang cecair yang digunakan suspek berasid, Emma yang juga anak kepada seorang pegawai polis, bergegas ke klinik berhampiran ditemani ibunya untuk mendapatkan rawatan lanjut. “Doktor yang merawat saya mengatakan cecair yang disimbah pada badan saya tidak berbahaya kerana tidak terdapat tanda-tanda cecair itu mengandungi asid.


“Doktor memberikan beberapa pil alahan sebagai langkah berjaga-jaga bimbang kesan cecair itu pada kulit badan saya,” katanya. Bagaimanapun, sebaik tiba di rumah, Emma berasa gatal pada bahagian muka dan beberapa bahagian badannya dan timbul bintik kemerahan pada bahagian tangan, tetapi bersyukur ia tidak serius.

Khuatir dirinya diancam kejadian yang sama, Emma tampil membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju ditemani ahli keluarga terdekat.
Emma berkata, dia kini trauma jika melihat individu yang menaiki motosikal kerana masih terbayang-bayang kejadian malang yang menimpa dirinya.

“Saya tidak akan sesekali menurunkan cermin tingkap kereta walau apa pun terjadi dan akan lebih berhati-hati sewaktu memandu seorang diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi Harian Metro semalam, mengesahkan kejadian yang menimpa mangsa.

Ku berkata, polis kini sedang menyiasat sama ada suspek dalam kejadian di Wangsa Maju semalam, mempunyai kaitan dengan kes simbah cecair yang dilaporkan sebelum ini.

Beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian simbah asid supaya tampil membantu polis menjalankan siasatan kerana ia akan mempercepatkan suspek ditahan pihak berkuasa.-mymetro

Al-Qaeda tembak mati 5 askar Yaman


SANAA: Kumpulan al-Qaeda menyerang hendap sebuah kenderaan tentera dan membunuh lima askar Yaman di bandar Marib, timur bandar raya ini, semalam.
“Kenderaan itu diserang hendap dan semua anggota tentera di dalamnya terbunuh.

“Al-Qaeda dipercayai bertanggungjawab,” kata seorang pegawai.

Cabang al-Qaeda Saudi dan Yaman bergabung pada Januari 2009 untuk membentuk Al-Qaeda Semenanjung Arab (AQAP). Serangan semalam berlaku sehari selepas tentera Yaman menembak mati 19 penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan kerajaan pimpinan Presiden Ali Abdullah Saleh. - AFP

Anak pegawai polis disimbah asid




Emma (kiri) dan suspek.
Emma (kiri) dan suspek.

Mangsa ke-23 diserang lelaki bermotosikal ketika berhenti di simpang tiga

KUALA LUMPUR: "Saya hanya mampu beristighfar dan menjerit meminta tolong apabila disimbah cecair bercampur asid oleh seorang lelaki bermotosikal," kata mangsa ke-23 kes serangan asid yang menceritakan detik mencemaskan disimbah cecair bercampur asid dalam insiden berhampiran Seksyen 10, Wangsa Maju, di sini, semalam.
Mangsa yang juga anak pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang hanya mahu dikenali sebagai Emma, 31, berkata, beliau sangat terkejut apabila seorang lelaki bermotosikal tiba-tiba menghampiri keretanya ketika berhenti di simpang tiga di lokasi kejadian, kira-kira jam 8.30 pagi.
“Simbahan cecair bercampur asid itu terkena seluruh muka dan pakaian saya, lalu menyebabkan mata saya terasa sangat pedih,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Lembah Keramat, Ulu Klang, dekat sini, semalam.

Emma berkata, beliau tidak tahu siapa yang menyerangnya malah bingung diperlakukan begitu kerana hanya mengusahakan perniagaan kecil-kecilan dan tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.

“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar sepupu yang bekerja. Saya masih ingat, kerana sejuk, saya membuka tingkap di bahagian pemandu tetapi tidak menyangka ada lelaki datang menghampiri dan menyimbah cecair bercampur asid ke arah saya,” katanya.

Emma menasihatkan wanita yang bersendirian sama ada berjalan kaki, menunggang motosikal dan memandu kereta supaya berwaspada bagi mengelak menjadi mangsa simbahan asid.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, Bukit Aman menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menangani kes serangan asid yang sehingga kini membabitkan lebih 20 mangsa wanita.

“Jawatankuasa khas yang dibentuk Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin akan bekerjasama dengan beberapa kumpulan pemandu teksi bagi membantu polis mengesan suspek termasuk memaklumkan kejadian melalui perkhidmatan radio teksi jika terlihat serangan seumpama itu berlaku berhampiran mereka,” katanya.

Khalid berkata, setakat ini, polis hampir mengecam beberapa saksi melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi kejadian kes serangan asid tetapi siasatan lanjut masih dilakukan.

“Polis juga sedang mengenal pasti motif utama suspek yang sering menyasarkan wanita sebagai mangsa. Kita tidak menolak kemungkinan pelaku jenayah ini mempunyai masalah mental,” katanya. -bharian

Lakaran gambar suspek dalam Facebook IPKKL



MUHAMAD Hanif yang melecur disimbah asid dirawat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
MUHAMAD Hanif yang melecur disimbah asid dirawat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

KANGAR: Seorang pemandu lori bertarung maut hampir setengah jam apabila terpaksa merangkak dalam kegelapan malam untuk mendapatkan bantuan selepas disimbah asid oleh lelaki tidak dikenali hingga menyebabkan muka dan badannya melecur, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, Muhamad Hanif Sunaid @ Shuib, 24, terpaksa merangkak dari rumahnya di Kampung Sentang, Utan Aji, Kangar ke jalan raya sejauh hampir 20 meter dalam gelap sambil meraung kesakitan.
Sepanjang detik mencemaskan itu, mangsa menggelupur kesakitan apabila hampir keseluruhan mukanya dan 50 peratus badan melecur akibat disimbah asid.
Ibu saudara mangsa, Norhanim Hamzah, 47, ketika kejadian, Muhamad Hanif yang memandu lori pasir sejak tujuh bulan lalu, baru pulang ke rumah sebelum didatangi beberapa lelaki tidak dikenali yang memberi salam dan mengetuk pintu rumah.

Norhanim berkata, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus membuka pintu sebelum suspek menyimbah asid ke arahnya.

“Hanif yang meraung kesakitan merangkak dalam gelap menuju jalan raya untuk mendapatkan bantuan orang ramai.

“Malangnya, tidak ada siapa yang lalu menyebabkan Muhamad Hanif terpaksa menahan sengsara bersendirian selama hampir setengah jam sebelum seorang pemandu memberhentikan kenderaan sebaik menyedari ada orang terbaring di tepi jalan,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, semalam.
Lelaki itu kemudian menghantar mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, untuk mendapatkan rawatan dan kemudian dipindahkan ke HSB berikutan kecederaan serius yang dialaminya.

Norhanim berkata, Muhamad Hanif yang masih bujang dan tinggal bersendirian memberitahunya, ketika kejadian, beliau hanya memakai tuala kerana baru selesai mandi selepas pulang lewat akibat lori rosak.

“Saya bimbang anak saudara saya itu mungkin hilang penglihatan akibat kejadian itu,” katanya.

Abang mangsa, Saiful Bahar, 30, berkata, adik bongsu daripada lima beradik itu tidak pernah menimbulkan masalah atau bermusuh dengan sesiapa.

“Saya terkejut menerima panggilan kira-kira jam 1.30 pagi tadi (semalam) mengenai kejadian itu. Muhamad Hanif tinggal seorang diri di rumah itu sejak kematian arwah ibu kami sejak dua tahun lalu.

“Bapa kami sudah berkahwin lain dan menetap bersama isterinya di Chuping,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu mungkin bermotifkan balas dendam kerana mangsa pernah menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis berusia 29 tahun tetapi hubungan itu terputus. -bharian

Dua maut kereta rempuh treler


ANGGOTA bomba dan JPAM berusaha mengeluarkan mangsa daripada kereta yang remuk  selepas merempuh treler di Kilometer 232.5, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), berhampiran Plaza Tol Kuantan, pagi semalam. Gambar kecil, Muhammad Hilmy Hamzah (atas) dan Aziz Hussin.
ANGGOTA bomba dan JPAM berusaha mengeluarkan mangsa daripada kereta yang remuk selepas merempuh treler di Kilometer 232.5, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), berhampiran Plaza Tol Kuantan, pagi semalam. Gambar kecil, Muhammad Hilmy Hamzah (atas) dan Aziz Hussin.

Seorang lagi rakan tertidur di tempat duduk penumpang hanya cedera ringan

KUANTAN: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu atas urusan perniagaan, maut akibat tersepit selepas kereta Mercedez Benz S280 dipandunya merempuh belakang treler membawa muatan besi di Kilometer 232.5, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), berhampiran Plaza Tol Kuantan, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa, Muhammad Hilmy Hamzah, 34, dari Kampung Alor Melaka, Pulau Chondong, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Turut terbunuh di tempat kejadian ialah penumpang belakang, Aziz Hussin, 49, dari Batu Pahat, Johor dipercayai akibat kecederaan sama.

Seorang lagi rakannya, Norhasni Ismail, 33, dari Seksyen 7, Bangi, Selangor mengalami luka di pipi kiri akibat terkena kaca dan masih menerima rawatan di Wad Pemerhatian, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komsioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata mayat Muhammad Hilmy dikeluarkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Kuantan manakala mayat Aziz dikeluarkan anggota polis.

Menurutnya, Norhasni yang cedera ringan pula dibantu orang ramai sebelum dikejarkan ke HTAA untuk menerima rawatan lanjut.
Mohd Jasmani berkata, kemalangan itu berlaku apabila kereta dipandu Muhammad Hilmy dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah treler membawa muatan besi yang menuju ke bandar ini.

“Pemandu treler terbabit berusia 50 tahun dari Batu Caves, Selangor yang berada di lorong kiri mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat dari belakang sebelum berhenti di tepi jalan untuk membuat pemeriksaan lanjut.

“Siasatan juga mendapati, ketika kejadian Norhasni dikatakan sedang tidur di tempat duduk penumpang dan mendakwa tidak tahu bagaimana kemalangan terbabit berlaku,” katanya di sini, semalam. -bharian

Simen heroin




Foto
PENGARAH KDRM Selangor, Datuk Azis Yacub menunjukkan 214.5kg heroin mentah di dalam kampit simen (gambar kecil) yang dirampas bulan lalu.
Foto
SEBAHAGIAN daripada heroin mentah bernilai RM37.8 juta yang ditemui dalam kampit simen.



Kastam rampas dadah RM37.8j

PELABUHAN KLANG: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sela ngor menumpaskan sindiket dadah antarabangsa apabila merampas heroin mentah seberat 214.5 kilogram dianggarkan bernilai RM37.8 juta yang dimuatkan di dalam kampit simen dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang, 28 April lalu.
KDRM dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor turut menahan dua warga Pakistan berusia 21 dan 27 tahun di sebuah kondominium di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Selasa lalu kerana dipercayai mendalangi kegiatan penyeludupan dadah itu.
Sindiket berpangkalan di Islamabad, Pakistan itu dipercayai menghantar lima kontena simen ke Malaysia menerusi Pelabuhan Klang pada 18 April lalu dan memuatkan dadah mentah itu dalam sebuah kontena terbabit.

Kegiatan mereka dicurigai apabila dokumen kargo itu mencatatkan alamat pembeli di Plaza Low Yat Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur sedangkan kawasan berkenaan hanya berurus niaga produk berkaitan teknologi maklumat (IT) seperti telefon dan komputer.

Pengarah KDRM Selangor, Datuk Azis Yacub, berkata pada jam 3 petang, 28 April lalu unit penguat kuasa dengan bantuan JSJN Selangor menjalankan pemeriksaan rapi ke atas lima kontena simen yang ditahan 10 hari sebelum itu dan menemui 278 bungkusan serbuk dipercayai heroin mentah disorokkan dalam kampit simen dalam kontena pertama.

“Jika dilihat pada mata kasar, beg simen itu tidak mencurigakan kerana jahitannya kemas dan tidak terdapat sebarang tanda dibuka atau diubah suai tetapi timbangannya berbeza.
“Dugaan sebelum itu tidak meleset apabila menemui heroin mentah dibungkus kemas dalam beg plastik dan disembunyikan di tengah-tengah kampit simen itu,” katanya pada sidang media di Pejabat KDRM Pelabuhan Utara, di sini semalam.

Azis berkata, dadah mentah seberat 780 gram setiap bungkusan itu dimuatkan dalam 560 beg simen dan diletakkan dalam kontena pertama, manakala empat kontena berikutnya memuatkan serbuk simen biasa.

Katanya, dua lelaki Pakistan itu mengaku menerima lima kontena simen dipesan dari sebuah syarikat di Islamabad untuk dibawa ke sebuah syarikat beralamat di Plaza Low Yat.

Mereka kini direman di Balai Polis Dang Wangi sehingga Selasa depan dan dijangka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memper-untukkan hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan sindiket antarabangsa itu bekerjasama dengan pengedar dadah tempatan untuk memproses dadah mentah sebelum dieksport semula ke negara jiran.

“Harga dadah yang sudah diproses meningkat sekurang-kurangnya tiga kali ganda mengikut gred ketelitian memproses. Ini bererti dadah mentah yang dirampas itu boleh dijual pada harga pasaran melebihi RM100 juta,” katanya. -bharian

Mesir dakwa Mubarak kaya secara haram


KAHERAH: Mesir semalam mengarahkan bekas Presiden Hosni Mubarak ditahan selama 15 hari di atas tuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk meraih kekayaan secara haram. 


Agensi berita MENA melaporkan, ketua pihak berkuasa penyiasat harta haram, Essam al-Gohari membuat arahan berkenaan selepas menyoal siasat Mubarak dan isterinya di Sharm el-Sheikh.
Ia adalah kali pertama Mubarak dan isterinya disoal siasat oleh pihak berkuasa penyiasat harta haram terbabit.
Mubarak masih lagi ditahan di hospital Sharm el-Sheikh berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, sebelum ini beliau disoal siasat berhubung beberapa tuduhan termasuk memberi arahan untuk menembak tunjuk perasaan antikerajaan. 

Pemerintahan selama 30 tahun bekas presiden yang disifatkan sebagai pemerintah kuku besi itu berakhir 11 Februari lalu apabila rakyat bangkit mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran menuntut pengunduran beliau. 

Mubarak dimasukkan ke hospital pada 12 April lalu selepas mengalami serangan jantung dan ditahan di hospital sehari kemudian. 

Tempoh penahanannya dilanjutkan dua kali dengan yang terbaru Selasa lalu. 
Majlis tentera yang mengambil alih kuasa selepas Mubarak meletak jawatan bertekad membawa ke muka pengadilan mereka yang dituduh menyalah guna kuasa dan terbabit dengan penyelewengan. 

Mubarak, isterinya Suzanne, dua anak mereka Alaa dan Gamal serta isteri masing-masing dilarang keluar negara dan harta mereka dibekukan oleh pendakwa raya Abdel Magid Mahmud. 

Kedua-dua anak lelaki Mubarak itu, bersama beberapa pegawai kanan kerajaan yang lalu dan beberapa ahli perniagaan berpengaruh kini ditahan di penjara Tora di sini. – AFP , bharian

80 maut serangan di Pakistan





Foto

PARAMEDIK dan sukarelawan membantu mangsa serangan bom di Shabqadar, semalam.

Foto
ASKAR mengumpul barang milik anggotanya yang maut dalam letupan, semalam.




SEORANG lelaki yang cedera dipindahkan ke hospital di Peshawar, Pakistan susulan serangan pengebom nekad di pusat latihan separa tentera, barat laut Pakistan. Ia adalah serangan terburuk di negara itu sejak Amerika Syarikat (AS) melakukan serangan dan membunuh pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden. - Foto AP,bharian



Taliban mengaku balas dendam pembunuhan Osama bin Laden

SHABQADAR: Kumpulan Taliban Pakistan semalam mengaku melakukan serangan menyebabkan kematian besar sebagai membalas dendam kematian pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, apabila 80 orang terkorban dalam dua pengeboman di sebuah akademi polis separa tentera.
“Ini adalah tindakan balas dendam pertama untuk Osama yang mati syahid. Tunggu serangan lebih besar di Pakistan dan Afghanistan,” kata jurucakap Taliban Pakistan, Ehsanullah Ehsan menerusi telefon dari lokasi rahsia.
Di bawah pimpinan Hakimullah Mehsud yang menggantikan Baitullah Mehsud yang maut dalam serangan peluru berpandu Amerika pada 2009, semakin ramai beranggapan Taliban Pakistan melancarkan serangan selepas mendapat inspirasi daripada pemimpin al-Qaeda itu.

Seramai 140 orang lagi cedera, 40 daripadanya parah dalam serangan terburuk tahun ini di negara bersenjata nuklear di mana kerajaan berdepan krisis mendalam berhubung pembunuhan Osama oleh komando Amerika Syarikat, 2 Mei lalu.

Serangan berlaku di barat laut Pakistan ketika kadet separa tentera baru dilatih itu, berpakaian preman sedang menunggu bas untuk bercuti 10 hari.

Penyerang meletupkan bom di luar pusat latihan terbesar Pengawal Sempadan di barat laut, tempat Taliban dan al-Qaeda menyerang pasukan keselamatan.
Bandar itu berhampiran Mohmand, yang berada dalam lingkaran puak tanpa undang-undang digelar Washington sebagai ibu pejabat al-Qaeda selain lokasi serangan mengejut peluru berpandu CIA ke atas Taliban dan komander militan Islam lain.

Ahmad Ali, anggota polis separa tentera yang cedera, mengingati saat ngeri apabila letupan menukar suasana keraian pagi semalam kepada pertumpahan darah.

“Saya sedang duduk dalam sebuah van menunggu rakan. Kami berpakaian preman dan gembira kerana bakal pulang berjumpa keluarga,” katanya menerusi telefon dari hospital di sini.

“Saya dengar seseorang menjerit ‘Allah Akbar’ dan kemudian mendengar letupan kuat. Saya kena sesuatu di belakang bahu. Pada masa sama, saya mendengar satu lagi letupan dan melompat keluar dari van. Saya cedera dan luka.”

Menteri Kanan Wilayah Khyber Paktunkhwa, Bashir Ahmed Bilour, berkata daripada yang maut, 69 adalah anggota kadet dan 11 orang awam, serangan terburuk di Pakistan sejak 9 Julai 2010 apabila pengebom membunuh 105 orang di Mohmand.

Doktor di hospital utama Peshawar, Lady Reading berkata mereka bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa lebih 40 yang cedera parah dan mengisytiharkan perintah kecemasan bagi menguruskan angka kematian besar.

“Dua kejadian adalah serangan bunuh diri. Pengebom pertama menaiki motosikal sebelum meletupkan bom,” kata Ketua Polis daerah Charsadda, Nisar Khan Marwat. – AFP, bharian 

Isteri Osama marah perisik Amerika




SEORANG anggota polis lalu di hadapan kediaman persembunyian Osama di Abbottabad.
SEORANG anggota polis lalu di hadapan kediaman persembunyian Osama di Abbottabad.

CIA gagal kesan percanggahan fakta balu pengasas al-Qaeda

WASHINGTON: Agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) sudah menemubual tiga balu Osama bin Laden yang ditahan pihak berkuasa Pakistan selepas pasukan komando elit AS menyerbu sebuah rumah di negara Asia Selatan itu 2 Mei lalu dan membunuh pemimpin al-Qaeda berkenaan.
“Wanita berkenaan agak berang ketika ditemubual pegawai AS itu,” lapor Cable News Network (CNN) yang memetik seorang pegawai Pakistan dan dua pegawai AS sebagai berkata.
Pegawai Pakistan turut berada dalam bilik soal siasat. Mereka dan pegawai AS mengakui tidak mendapat banyak maklumat selain gagal mengesan percanggahan fakta daripada tiga balu Osama itu.

Isteri paling muda Osama ialah Amal Ahmed Abdulfattah, 29, dari Yaman yang cedera ditembak kakinya oleh komando AS itu.

Dua lagi isteri pengasas al-Qaeda itu ialah Khairiah Sabar atau Umm Hamza dan Siham Sabar atau Umm Khalid.

Mereka dikurniakan 20 anak, 11 adalah lelaki termasuk seorang yang maut dalam serangan komando AS itu di Abbottabad.
CNN memetik sumber AS dan Pakistan melaporkan wanita berkenaan ditemubual secara berkumpulan walaupun Washington meminta ia dilakukan secara berasingan.

Isteri paling tua Osama menjadi jurucakap bagi pihak dua yang lain dalam temu bual berkenaan yang turut dihadiri anggota badan Perisikan Antara Perkhidmatan (ISI) Pakistan.

Pegawai kedua-dua kerajaan memberitahu CNN, walaupun keadaan semakin tegang di antara Islamabad dan Washington berikutan pembunuhan Osama di wilayah Pakistan, perkongsian maklumat risikan di antara kedua-dua negara diteruskan.

Rumah Putih sebelum ini meminta Islamabad memberi pegawainya akses kepada ketiga-tiga isteri Osama berkenaan yang dalam tahanan Pakistan.

Badan perisikan AS menjangka wanita terbabit mempunyai maklumat penting berhubung rangkaian al-Qaeda.

Washington sebelum ini juga mahu siasatan dijalankan oleh Islamabad bagaimana Osama boleh bersembunyi bertahun-tahun lamanya di sebuah bandar kem tentera yang berkedudukan 56 kilometer dari Islamabad. – AFP

INFO: Osama dan keluarganya



  • Osama dilahirkan pada 1957 di Arab Saudi, meninggal dunia pada 2 Mei 2011 di Pakistan.






  • 3 isteri Osama ialah Khairiah Sabar, Siham Sabar dan Amal Ahmed Abdulfattah.






  • Dikurniakan 20 anak, 11 adalah lelaki.






  • Perisik AS dan Eropah menganggarkan anggota keluarga bin Laden mungkin 600 orang.-bharian




  • Imej misteri dalam jentera bomba



    GAMBAR ahli keluarga Rozaidi yang dirakam di hadapan sebuah jentera bomba yang memaparkan imej misteri wanita berambut panjang (dalam bulatan) di Dataran Merdeka baru-baru ini.


    KUALA LUMPUR – Seorang pemandu peribadi, Rozaidi Ahmad, 42, terkejut dengan kemunculan imej misteri di dalam gambar yang dirakamnya semasa mengunjungi Hari Bomba Malaysia di Dataran Merdeka di sini baru-baru ini.
    Menurutnya, imej tersebut yang menyerupai seorang wanita berambut panjang dikesan pada gambar yang dirakam menggunakan kamera digital pada 7 Mei lalu.
    “Kami sekeluarga menyedari imej pelik berkenaan dua hari selepas itu semasa anak sulung saya memasukkan gambar-gambar daripada kamera ke komputer riba.
    “Kami terkejut apabila ada imej lain yang menyerupai seorang wanita berambut panjang di dalam jentera bomba,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.-kosmo

    Kapal terbang jadi restoran




    PESAWAT lama DC6 diubah suai menjadi sebuah restoran di Lapangan Terbang Coventry, Britain.


    COVENTRY – Sebuah pesawat lama, DC6 yang pernah digunakan pada tahun 1950-an diubah suai menjadi restoran 40 tempat duduk di Lapangan Terbang Coventry, Britain.
    Pihak pengurusan restoran itu juga memberi peluang kepada pengguna untuk berjalan di kokpit pesawat tersebut.– Agensi, kosmo

    Terjun bungee 105 kali



    SCOT HUNTLY (dalam bulatan) membuat terjunan bungee sebanyak 105 kali dari Jambatan Bloukrans, Afrika Selatan.


    CAPE TOWN – Seorang eksekutif syarikat perlombongan, Scott Huntly, 49, membuat 105 kali terjunan bungee dari Jambatan Bloukrans di Afrika Selatan dalam tempoh tujuh jam 30 minit, lapor sebuah akhbar semalam.
    Dia yang berasal dari Edinburg, United Kingdom membuat terjunan itu pada Ahad lalu dan aksinya dipantau oleh seorang pegawai Guinness Book of Records.
    Terjunan itu memerlukan sebelah kaki diikat dengan tali dari satu kawasan yang tinggi.
    Rekod sebelum ini dicipta oleh seorang penerjun di New Zealand yang membuat terjunan sebanyak 104 kali dalam tempoh 10 jam 30 minit. – Agensi, kosmo

    Wanita miliki payu dara terbesar


    Chelsea Charms

    LONDON – Seorang wanita, Chelsea Charms dengan bangganya mendakwa memiliki payu dara terbesar di dunia bersaiz 164XXX dan organ tersebut terus membesar pada kadar 2.5 sentimeter sebulan, lapor sebuah akhbar semalam.
    Dia yang berketinggian cuma 1.62 meter memperoleh pendapatan ribuan dolar hasil kerjayanya sebagai seorang penari erotik.
    Muncul di stesen televisyen Britain dalam program This Morning di stesen ITV kelmarin, Chelsea menyatakan dia menjalani tiga pembedahan yang bermula ketika dia berusia 20 tahun untuk membesarkan payu daranya sehingga bersaiz gergasi seperti sekarang.
    Pembedahan ketiganya yang dinamakan Implan Payu Dara Tali Polipropilena kini diharamkan Britain.
    “Ia merupakan sejenis salur yang mengepam cecair ke dalam poket payu dara, cecair itu diserap oleh implan dengan menyebabkan payu dara terus membesar,” katanya.
    Charms masih menanti payu daranya diukur secara rasmi manakala seorang wanita, Maxi Mounds kini merupakan pemegang rekod payu dara terbesar di dunia. – Agensi, kosmo

    Lelaki 87 tahun pernah berkahwin 107 kali




    BELLO MAASABA duduk bersama tiga orang isterinya.


    BIDA - Seorang lelaki di Nigeria, Bello Maasaba berusia 87 tahun telah berkahwin dengan 107 wanita dan memiliki 185 orang anak, lapor sebuah akhbar kelmarin. Anak bongsunya baru berusia sebulan.
    Bekerja sebagai seorang pengamal perubatan Islam, Bello kini memiliki 86 isteri berusia dari 19 tahun hingga 64 tahun. Sembilan isterinya telah meninggal dunia manakala dia menceraikan 12 yang lain.
    "Saya mendapat ilham daripada Tuhan yang memberitahu saya wanita yang mana patut saya berkahwin," kata warga emas tersebut.
    "Tanpa ilham tersebut, saya tidak akan mengahwini lebih daripada dua isteri," tambahnya. Dia tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah yang memiliki 89 bilik di sini.
    Seluruh keluarganya termasuk mertua, ipar, sepupu dan anak saudara kini berjumlah sekitar 5,000 orang.
    Bello pernah dipenjara tiga tahun lalu apabila dia enggan menceraikan semua isterinya kecuali empat isterinya seperti yang diarahkan pihak berkuasa agama Islam Nigeria.
    Semasa kes itu dibicarakan, puluhan isterinya memberi keterangan bahawa mereka berkahwin dengan ikhlas. Selepas mendengar keterangan 57 wanita, hakim mahkamah terbabit mengarahkan supaya Bello dibebaskan.
    Mengenai kehebatannya di ranjang, Bello memberitahu, ia adalah anugerah Tuhan. "Sekiranya saya gagal memuaskan isteri-isteri saya, mereka akan meninggalkan saya," ujarnya. - Agensi, kosmo