'via Blog this'
Saturday, December 24, 2011
Polis Mumbai Halang 'Penari' Dihantar Ke Bandaraya Di Asia Tenggara
'via Blog this'
Terlibat Kemalangan Selepas Menang Lamborghini
'via Blog this'
Pesakit mati selepas alat kelaminnya putus digigit tikus
Kejadian menakutkan itu berlaku di Hospital SSKM semalam ke atas Arun Sandhukh, 53, semasa dia menerima rawatan kerana penyakitnya itu, kata akhbar Asian Age.
Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.
Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu.
Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini.
Pada Sabtu lalu, seorang pekerja pembersih hospital yang pemabuk di Kolej Perubatan Calcutta dilaporkan mencabut topeng oksigen seorang bayi yang berusia tiga minggu mengakibatkan kematiannya.
Dalam satu lagi tragedi malang di sebuah hospital swasta juga di Kolkata, pada 9 Disember lalu, lebih 90 orang mati lemas terhidu asap dalam satu kebakaran di bangunan hospital tersebut. - BERNAMA
'via Blog this'
Wanita Mesir berarak, kecam tentera biadab
Harakahdaily |
Laporan agensi berita AP menyebut, mereka berarak ke kawasan pusat Kahirah sambil mendesak para pemimpin tentera yang memerintah Mesir supaya meletak jawatan.
Ia merupakan satu perhimpunan besar yang belum pernah dilakukan sebelum ini.
Perarakan itu sebagai menunjukkan kemarahan kaum wanita di negara itu terhadap satu insiden yang membabitkan sekumpulan askar yang menarik rambut para pembantah wanita, memijak-mijak mereka dan menanggalkan pakaian salah seorang daripada mereka dalam satu bantahan minggu lalu.
Protes dramatik itu bertambah besar awal semalam sedang para wanita itu berarak dari Dataran Tahrir ke kawasan pusat bandar.
Ia didorong oleh tersebarnya imej-imej yang menunjukkan penganiayaan terhadap para pembantah wanita minggu lalu.
Ramai daripada pembantah wanita itu membawa gambar seorang wanita muda yang ditanggalkan pakaiannya oleh askar sehingga menampakkan pakaian dalamnya, sedang beliau bergelut dengan para penyerangnya.
'Tantawi telanjangkanlah wanita anda, mari ikut kami,' laung para pembantah itu kepada orang ramai, sambil merujuk kepada Fil Marsyal Hussein Tantawi, ketua majlis tentera yang telah memerintah Mesir sejak 11 Februari lalu selepas penggulingan bekas presidennya, Encik Hosni Mubarak.
'Anak-anak perempuan Mesir adalah satu barisan merah,' laung para pembantah wanita itu lagi.
Semalam, gabungan pertubuhan wanita, Solidariti Wanita Prihatin Malaysia turut menyatakan bantahan dengan menyerahkan satu memorandum ke pejabat Kedutaan Mesir.
Penyerahan memorandum itu disertai Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud, AJK International Muslim Women Union (IMWU), Malaysia Azlin Hezri, wakil Empower Maria Chin Abdullah, Koordinator Solidariti Wanita Muda Malaysia (SWiMM), wakil Persatuan Mawaddah Malaysia (PMM) dan wakil Ameerah.
Memorandum mengandungi empat tuntutan itu diterima wakil kedutaan, Yasser Hashem di bangunan kedutaan itu di Jalan Rhu persiaran Ampang Hilir di sini.
Antara lain kandungan isi memorandum menyatakan desakan agar Ketua Tentera Mesir, Field Marshal Tantawi segera memohon maaf kepada wanita dan dua lelaki yang dipukul tersebut.
Mereka juga mahu Field Marshal meletakkan jawatan tertinggi tentera itu secepat mungkin.
Wanita Mesir berarak, kecam tentera biadab:
'via Blog this'
Palang Merah: "Tubuh Taliban tidak membusuk!"
Oleh: Doktor Muhammad Andar. |
Komite Palang Merah Amerika telah mengeluarkan laporan dalam lamanwebnya mengenai mayat-mayat (syuhada) Taliban dibandingkan mayat pasukan asing. Komite tersebut yang memiliki tugas mengambil dan mengubur mayat di provinsi Mazar Sharif Afghanistan, menunjukkan keheranannya mengapa tubuh mayat Taliban tidak rusak maupun mengeluarkan bau busuk?!
Read more: http://arrahmah.com/read/2011/12/22/16976-imarah-islam-afghanistan-palang-merah-tubuh-taliban-tidak-membusuk.html#ixzz1hRQUD1IO Palang Merah: “Tubuh Taliban tidak membusuk!” | Arrahmah.com:
'via Blog this'
Jobs terima anugerah Grammy
Jobs, yang meninggal dunia akibat barah pada Oktober lalu, adalah seorang daripada 12 orang penerima penghormatan itu yang akan diberikan pada 11 Februari depan.
Ciptaan teknologi oleh Jobs diakui membawa perubahan besar kepada cara orang ramai mendapatkan muzik, rancangan televisyen, filem dan buku.
Penerima lain anugerah kehormat Grammy itu adalah penyanyi Diana Ross, Allman Brothers, Glen Campbell, Antonio Carlos Jobim, George Jones, dan Memphis Horns.
'via Blog this'
44 maut serangan nekad di Damascus
Bagaimanapun, pembangkang negara itu mendakwa serangan itu membabitkan rejim itu sendiri.
Serangan itu adalah yang pertama dilakukan terhadap pihak keselamatan negara itu di tengah-tengah ibu kota sejak pemberontakan terhadap President Bashar al-Assad tercetus Mac lalu. - AFP
'via Blog this'
Guna alasan ambil telefon
LEDANG – “Saya mahu ambil telefon bimbit,” itu helah seorang wanita untuk melepaskan diri daripada ditahan ketika dicekup berkhalwat oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) di sebuah rumah di Parit Bunga di sini, awal pagi kelmarin.
Ketika serbuan dibuat kira-kira jam 3.30 pagi itu, wanita berusia 23 tahun terbabit dan pasangannya warga Indonesia ditahan kerana didapati berdua-duaan dalam bilik di rumah berkenaan.
Lelaki terbabit yang bekerja sebagai buruh binaan sudah setahun setengah berhijrah ke negara ini dan baru sebulan mengenali wanita itu ketika membeli pau di gerainya yang terletak kira-kira 15 meter dari rumahnya.
Sejak itu, mereka saling bertukar-tukar nombor telefon bimbit dan wanita itu sering dilihat penduduk berhampiran datang ke rumah lelaki terbabit pada awal pagi untuk bersembang.
Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota diketuai Pegawai Penguat kuasa, Mohd Zainal Kadiran dan dibantu penduduk kampung memeriksa rumah tersebut.
Menurutnya, PPADL terpaksa memecahkan pintu rumah itu apabila pasangan terbabit enggan membuka pintu setelah memberi salam dan menunggu kira-kira 15 minit.
“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita tidak berbaju dan berkemban sedang sembunyi dalam bilik.
“Manakala pasangannya tidak berbaju dan berseluar berada di dapur dan dipercayai cubaan untuk melarikan diri setelah menyedari kehadiran penguat kuasa,” katanya.
Sulaiman berkata, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.
Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya Guna alasan ambil telefon - Jenayah - Sinar Harian:
'via Blog this'
Perancis, Turki perang mulut
ISTANBUL: Perang mulut antara Paris dan Ankara semakin memuncak semalam, apabila Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menuduh Prancis melakukan pembunuhan beramai-ramai di Algeria dan menghasut kebencian di kalangan penduduk Islam.
Erdogan yang berang dengan keputusan ahli parlimen Perancis mengundi untuk menjadikan satu kesalahan dan menghukum sesiapa yang menafikan berlakunya pembunuhan beramai-ramai penduduk Armenia pada 1915 oleh kerajaan Ottoman, mengecam Presiden Nicolas Sarkozy secara terbuka.Sebelum itu, duta Turki ke Perancis meninggalkan Paris dan Ankara mengumumkan sekatan diplomatik, mengharamkan kunjungan politik antara kedua-dua negara dan membekukan hubungan ketenteraan antara sekutu NATO.
Perancis mengiktiraf kematian rakyat Armenia pada 1915 sebagai pembunuhan beramai-ramai pada 2001 dan semalam Parlimen meluluskan langkah pertama untuk menguatkuasakan hukuman penjara dan denda 45,000 euro (RM185,217) kepada sesiapa yang menafikannya.
“Pembunuhan dilakukan Perancis dianggarkan ke atas 15 peratus penduduk Algeria bermula sejak 1945. Ini adalah pembunuhan beramai-ramai,” kata Erdogan kepada media, menuduh Sarkozy “menghasut kebencian umat Islam dan Turki untuk memperoleh manfaat pilihan raya.”
“Undian yang dilakukan di Perancis, di mana lima juta umat Islam tinggal, jelas menunjukkan sejauh mana sikap perkauman, diskriminasi dan Islamofobia sampai ke peringkat bahaya di Perancis dan Eropah,” katanya.
Paris jelas terperangkap dengan maklum balas berang Turki.
“Saya menghormati pandangan rakan Turki kami, ia adalah sebuah negara hebat, satu tamadun hebat dan mereka perlu menghormati kami,” kata Sarkozy di Prague ketika beliau menghadiri majlis pengebumian mendiang presiden Czech, Vaclav Havel.
Perancis berjuang menentang perang panjang gerila antara 1954 hingga 1962 untuk cuba mempertahankan jajahannya di Algeria. Anggaran jumlah yang terbunuh bagaimanapun berbeza. Algeria meletakkan angkanya kepada lebih sejuta, manakala pakar sejarah Perancis menganggarkan jumlahnya seramai 250,000 orang.
Erdogan berkata bapa Sarkozy menjadi anggota tentera Rom Perancis di Algeria pada 1945 dan patut memberitahu anak lelakinya mengenai “pembunuhan” itu. – AFP
'via Blog this'
Ariff enggan pulang, bimbang keselamatan
KUALA LUMPUR 23 Dis. – Bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD), Ariff Alfian Rosli yang kini menetap di Ireland enggan pulang ke Malaysia buat masa ini kerana bimbangkan keselamatannya.
“Ingatan saya masih dengan keluarga dan rakan-rakan di sana (Malaysia) dan saya tidak pernah mahu perkara ini menjadi berita utama,” katanya seperti dipetik irishtimes.com hari ini.
Menurut bapanya, Rosli Haron, hubungan dengan anaknya itu telah terputus sejak tiga tahun lalu.
Katanya, kegagalan Ariff menamatkan pengajian dan ‘menghilangkan diri’ menyebabkan Rosli yang bertindak sebagai penjamin pertama kini berhadapan dengan saman sebanyak RM890,000 daripada Petronas.
Mengulas lanjut perkara itu, kata Ariff, dia tidak pernah berhasrat untuk lari daripada tanggungjawab membayar hutang berkenaan.
'via Blog this'
Pembantu ketua kampung mati diserang hendap
BANGKOK: Pembantu ketua kampung terbunuh dalam satu serang hendap di dearah Rangae di Narathiwat, pagi semalam, kata pegawai polis, Leftenan Akkaphan Buasamlee di balai polis Rangae.
Saksi memberitahu polis, pembantu kepada ketua kampung Ban Mae Nae di Manang Tayor di daerah Rangae, Suema-nga Yusoh, 47, dalam perjalanan pulang ke rumah apabila kumpulan lelaki bersenjata yang bersembunyi di kebun getah melepaskan tembakan ke arahnya.
Mangsa terkena beberapa das tembakan ditubuhnya dan mati di tempat kejadian.
'via Blog this'
Pengguna internet AS mudah tertipu
SAN FRANCISCO: Pengguna internet di Amerika Syarikat senang terpedaya dengan penipuan internet, dan selalunya apabila ada tawaran untuk memenangi hadiah peralatan elektronik terbaru seperti komputer tablet, menurut laporan kajian yang dikeluarkan, semalam.
Lebih daripada separuh yang ditanya dalam kajian Ponemon yang disokong oleh sebuah firma keselamatan internet, PC Tools, mendapati mereka akan mendedahkan nombor telefon bimbit, alamat e-mel atau maklumat lain apabila mereka diberitahu akan memenangi hadiah tanpa perlu berbuat apa-apa.
“Walaupun dalam keadaan mereka tahu yang perkara itu terlalu mustahil, mereka tetap terpedaya,” kata Pengurus Kanan Strategi Internet, PC Tools, Eric Klein.
“Saya tak tahu macam mana pengguna boleh terpedaya,” tambahnya lagi.
Penyangak siber sudah lama mengeksploitasikan sifat semula jadi manusia dengan penipuan yang berlandaskan pengetahuan ‘pengendalian sosial’ untuk orang ramai mendedahkan rahsia mereka seperti kata laluan atau secara tidak sengaja memasukkan virus komputer.
Manipulasi yang dilakukan berbeza, seperti memberitahu pengguna nama mereka dimasukkan dalam peraduan untuk memenangi hadiah selepas menyertai kajian atau cuba membuat mereka membuka fail perangkap yang mengandungi imej seksi.
“Jelas daripada keputusan kajian, ancaman penipuan ini masih dipandang rendah,” kata penyelidik Institut Ponemon. - AFP
'via Blog this'
Lelaki terkaya Taiwan mahu derma 95% harta untuk amal
TAIWAN: Seorang ahli perniagaan Samuel Yin, yang dilaporkan mempunyai aset bernilai kira-kira AS$3 bilion (RM9.46 bilion) telah berikrar akan menderma 95 peratus daripada kekayaannya kepada pertubuhan amal apabila dia mati, menurut laporan media, semalam.
Yin, 60, merupakan lelaki terkaya di negara itu membuat pengumuman itu yang terbesar setakat ini di Taiwan dalam satu temuramah dengan ‘Business Today’, sebuah majalah mingguan berbahasa Cina.
'via Blog this'
Pasangan kaya China langgar undang-undang lahir 8 anak
BEIJING: Sepasang suami isteri kaya, yang mempunyai lapan bayi, dengan bantuan dua ibu tumpang, terpaksa keluar dari rumah besar mereka selepas berlaku bantahan daripada orang ramai.
Mereka juga boleh disaman kerana melanggar undang-undang perancang keluarga yang ketat yang membenarkan setiap pasangan mempunyai hanya seorang anak.
Pasangan yang tinggal di selatan kota metropolitan Guangzhou, mendapat anak-anak mereka tahun lalu, tetapi cerita mengenainya hanya diketahui apabila pihak media menemukan gambar bayi empat lelaki dan empat perempuan yang diambil di studio fotografi.
Pasangan itu melakukan persenyawaan in vitro setelah bertahun-tahun gagal mendapatkan anak dan membelanjakan hampir satu juta yuan (RM497,908) untuk prosedur itu, menurut laporan stesen televisyen kerajaan, semalam
Wanita itu melahirkan tiga anak dan lima lagi dilahirkan oleh dua ibu tumpang, walaupun pasangan itu sebenarnya tidak berhasrat untuk mempunyai ramai anak.
Setelah semua anak mereka lahir pada September dan Oktober, pasangan itu mengupah 11 orang termasuk lapan pengasuh dan seorang guru, menurut laporan itu.
Menurut media, Kerajaan Wilayah sudah mewujudkan satu pasukan untuk menyiasat kes itu kerana kebanyakan rakyat China hanya dibenarkan mempunyai seorang anak.
“Mengapa mereka terpaksa mengupah ramai wanita untuk mendapatkan bayi untuk mereka? Apakah mereka rasa mereka layak mendapat ramai anak hanya kerana mereka kaya? Ini kesalahan pertama mereka,” kata Timbalan Pengarah Kesihatan Guangdong, Liao Xinbo. - Reuters
'via Blog this'
New Zealand dilanda gempa bumi lagi
Gempa bumi yang melanda New Zealand semalam mengakibatkan rekahan dan lubang pada jalan raya menyebabkan kereta terperosok di dalamnya di Parklands, Christchurch. - REUTERS |
WELLINGTON 23 Dis. - Gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter melanda bandar Christchurch yang ketika orang ramai berada di pasar raya untuk membeli barangan bagi menyambut Krismas, semalam
'via Blog this'
Batu ajaib di Batu Sangkar
Seorang wanita cuba untuk mengangkat batu ajaib ini di Batu Sangkar, Sumatera Barat. |
BATU SANGKAR - Kemunculan batu ajaib di Batu Sangkar, Sumatera Barat menambahkan lagi keunikan daerah ini yang sememangnya terkenal dengan keindahan alamnya.
'via Blog this'
40 maut dalam serangan bom berani mati di Syria
DAMSYIK 24 Dis. - Lebih 40 orang terbunuh dalam dua serangan bom berani mati di bangunan-bangunan kerajaan di sini, semalam, kata Kementerian Luar Syria.
'via Blog this'
Datin muda berseronok di hotel kena tangkap
Wanita berusia 25 tahun itu dicekup sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (PADAL) kira-kira jam 1.30 pagi selepas menerima aduan orang awam mengenai perlakuan sumbang pasangan berkenaan.
Difahamkan, wanita yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun itu dikatakan datang ke Langkawi semata-mata mahu ‘berseronok’ dengan pasangannya yang berusia 30-an itu, selepas suaminya berstatus Datuk dikatakan bertugas di luar kawasan.Sumber PADAL berkata, sepasukan anggotanya terus ke lokasi sebaik menerima aduan dan memeriksa sebuah bilik di hotel itu yang disyaki disewa pasangan terbabit.
"Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang berbaju tidur membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran anggota penguatkuasa sebelum membenarkan mereka masuk untuk membuat pemeriksaan. Hasil pemeriksaan menemui seorang wanita yang berbaju T sedang berbaring di atas sofa dan pasangan itu mengaku hanya kenalan biasa menyebabkan mereka ditahan untuk siasatan lanjut.
“Berdasarkan soal siasat, wanita itu mendakwa datang ke pulau ini hanya untuk berseronok dengan lelaki berusia 30-an itu tanpa pengetahuan suaminya yang juga ahli perniagaan berstatus Datuk di Kuala Lumpur,” katanya, di sini, semalam.
Beliau berkata, wanita berkenaan turut mendakwa tidak mempunyai perasaan cinta terhadap pasangannya itu sebaliknya hanya untuk berseronok ketika suaminya keluar bertugas di luar kawasan.
“Pasangan itu turut mengakui sudah dua malam menyewa di hotel itu dan datang dari Kuala Lumpur untuk tidur bersama walaupun masing-masing mendakwa tidak mempunyai perasaan. Disebabkan mereka gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri, kita terpaksa menahan mereka kerana disyaki berkhalwat.
“Anggota penguat kuasa turut menemui dua botol minuman keras dalam bilik hotel itu dan sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung bukti penemuan berkenaan,” katanya.
'via Blog this'
Tak sesuai perjalanan jarak jauh
Kemalangan membabitkan bas dua tingkat di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Perak pada Disember tahun lalu mengorbankan 28 pelancong Thailand. Gambar kecil, bas dua tingkat. |
KUALA LUMPUR - Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati penggunaan bas bertingkat tidak selamat serta tidak sesuai bagi perjalanan jarak jauh.
'via Blog this'
Dari rumah besar ke penjara
SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta empat tahun lepas.
'via Blog this'
Pemilik kereta mayat tunjuk perasaan
AP SEBUAH kereta mayat yang menyertai tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai jalan dipandu di bandar Thessaloniki kelmarin. |
THESSALONIKI, Greece - Para pemilik kereta mayat kelmarin mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan di dua buah bandar utama di Greece bagi membantah kenaikan cukai jalan tahunan.
'via Blog this'
Tingkat khas untuk wanita di hotel
AFP SEBUAH bilik di tingkat 17 yang dikhaskan untuk wanita. |
COPENHAGEN, Denmark - Hotel Bella Sky di sini tidak membenarkan lelaki memasuki tingkat 17 yang dikhaskan hanya untuk pelanggan wanita.
'via Blog this'
Jumpa ibu selepas 7 tahun hilang
MARU YURANDA baring di atas katil manakala ibunya duduk di kanannya di rumah mereka di Meulaboh kelmarin. |
BANDA ACEH - Seorang remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun dan menjadi mangsa tsunami pada 2004 di Aceh, Mary Yuranda bertemu semula dengan keluarganya selepas tujuh tahun menjadi pengemis jalanan, kata ibu bapanya semalam.
'via Blog this'