Pages

Monday, February 21, 2011

Adab Terhadap Rasulullah SAW


http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRT1T3ILClw8x_Vqfu5SDaACrt4Pu8DgQETmDeNq6eaZwHIv47G

i) Allah telah mewajibkan setiap mukmin untuk hormat terhadap Nabi Muhammad S.A.W seperti yang ditegaskan dalam firman Allah :
“ Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya…..”
( Al-Hujurat 49:1 )
ii) Sesungguhnya Allah mewajibkan orang yang beriman untuk taat dan cinta kepada Rasullullah seperti di dalam firmannya :
“ Wahai orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul…”
( Muhammad 47:33)
iii) Allah menjadikan Rasullullah sebagai pemimpin dan hakim seperti dalam firmannya :
“ Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu…..”
( An-Nisa’ 4:105 )
iv) Allah telah menetapkan bahawa Rasullullah adalah manusia terbaik akhlak dan budi pekertinya. Beliau memiliki kesempurnaan diri dan jiwa sehingga beliau merupakan makhluk yang paling baik dan sempurna.
Beberapa cara beradab kepada Nabi Muhammad S.A.W antaranya :
  • Hendaklah mentaati Nabi Muhammad S.A.W di samping mengikuti jejak langkahnya dalam urusan dunia dan agama.
  • Menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai orang yang paling dicintai, dihormati dan diagungkan dari seluruh makhluk Allah.
  • Mengagung dan menghormati Nabi Muhammad S.A.W apabila namanya disebut dan berselawat serta salam ke atasnya, mengakui kebenarannya dan menghargai sifat-sifatnya.
  • Membenarkan segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W samada soal agama dan dunia
  • Merendahkan suara di makam dan masjidnya bagi yang berpeluang menziarahinya.
  • Mencintai para salihin dan para pengikutnya kerana mereka mencintai Nabi Muhammad S.A.W serta memusuhi golongan fasiq kerana mereka membenci Nabi Muhammad S.A.W.
( Rujukan : Bimbingan Mukmin )

Presiden Bashir tidak bertanding dalam pilihan raya Sudan

Berita Harian Online


2011/02/21

KHARTOUM: Presiden Sudan, Omar al-Bashir tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang bagi mempertahankan jawatan yang disandangnya ketika ini, kata pegawai Parti Kongres Kebangsaan Sudan, hari ini.

Beliau menegaskan, langkah bukan dipengaruhi tekanan daripada mana-mana pihak susulan kejadian tunjuk perasaan yang melanda dunia Arab ketika ini. - AFP"

Tunisia mahu Arab Saudi ekstradisi Ben Ali

Berita Harian Online


2011/02/21

TUNIS: Kerajaan sementara Tunisia semalam mahu Arab Saudi mengekstradisi Zine El Abidine Ben Ali yang melarikan diri selepas negara itu berdepan gelombang kedua tunjuk perasaan yang mahu Presiden itu meletakkan jawatan.

Perdana Menteri, Mohamed Ghannouchi, berkata kerajaan sudah menghantar permohonan rasmi ke Riyadh, di mana Ben Ali bersama keluarganya dilaporkan keluar dari negara itu pada 14 Januari selepas rakyat keluar memprotes pemerintahannya selama 23 tahun.
Kerajaan dilaporkan akan mengenakan dakwaan kepada Ben Ali kerana pembabitkannya dengan beberapa jenayah kejam.
Kerajaan sementara itu juga meminta Arab Saudi memberikan maklumat mengenai kesihatan presiden yang berusia 74 tahun itu yang dilaporkan mengalami tekanan dan kini dirawat di hospital di Jeddah. - AFP"

Lebih 100 ikan paus mati terdampar di pantai New Zealand


2011/02/21

WELLINGTON: Lebih 100 ikan paus ditemui mati terdampar di satu kawasan pantai terpencil di New Zealand, lapor pegawai Jabatan Konservasi Hidupan Liar negara itu, semalam.

Pengunjung ke pantai berkenaan terkejut apabila 107 ikan paus bergelimpangan mati di Pulau Stewart, di perairan Kepulauan Selatan.
Jurucakap jabatan itu berkata, sebahagian besar paus itu sudah mati manakala 48 lagi masih bernyawa tetapi usaha untuk menenggelamkan haiwan itu semula ke laut amat tipis.
“Kami sedang mengejar masa untuk menenggelamkan paus ini dengan segera sekurang-kurangnya sebelum 10 hingga 12 jam lagi berikutan keadaan cuaca amat panas," katanya.

Paus jenis "Pilot" itu berukuran lebih enam meter panjang adalah spesies biasa yang ditemui di perairan New Zealand. - AFP
Berita Harian Online

2 wartawan Jerman dibebas


2011/02/21

KOCH (kiri) dan  Hellwig dilihat di lapangan terbang Mehrabad di Teheran selepas dibebaskan semalam.
KOCH (kiri) dan Hellwig dilihat di lapangan terbang Mehrabad di Teheran selepas dibebaskan semalam.
TEHERAN: Pihak berkuasa Iran membebaskan dua wartawan Jerman selepas didenda AS$50,000 (RM151,775) atas kesalahan menemuramah anak lelaki dan peguam seorang wanita yang dijatuhi hukuman rejam hingga mati.

“Kedua-dua tertuduh ditahan di Tabriz, sudah dibebaskan dan akan meninggalkan Iran untuk kembali ke tanah air mereka,” kata Ketua Hakim Azerbaijan Timur, Malek Ajdar Sharifi yang dipetik agensi berita Iran IRNA.
Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle tiba di Iran lewat semalam bagi membawa pulang kedua-dua wartawan berkenaan, Marcus Hellwig dan Jens Koch.
IRNA melaporkan sebuah mahkamah di Iran menjatuhi hukuman penjara 20 bulan ke atas kedua-dua wartawan kerana tindakan ‘mengancam’ keselamatan negara tetapi kemudian menukar hukuman kepada denda AS$20,000.

Hellwig dan Koch yang bekerja dengan akhbar Bild am Sonntag, ditahan pada 10 Oktober di bandaraya Tabriz selepas menemuramah anak lelaki dan peguam Sakineh Mohammadi Ashtiani, yang dijatuhi hukuman rejam sampai mati kerana berzina.
Hukuman yang dijatuhkan bagaimanapun menerima kecaman dan bantahan masyarakat antarabangsa.

IRNA ketika memetik kenyataan penghakiman melaporkan, perbicaraan dilakukan ke atas kedua-dua mereka selepas ‘memeriksa kertas pertuduhan bahawa mereka mengancam keselamatan negara’ dan dijatuhi hukuman 20 tahun penjara.
“Bagaimanapun disebabkan keadaan tertentu dan jelas kedua-duanya digunakan pihak tertuduh dalam kes berkenaan, mereka layak menerima pengampunan mengikut Islam,” kata IRNA.

Westerwell pula dilaporkan terus ke kediaman rasmi presiden untuk bertemu Presiden Mahmoud Ahmadinejad sejurus tiba di Iran.

Pejabat presiden menyatakan kedua-dua mereka membincangkan ‘isu wilayah, keadaan di Afghanistan dan keperluan kerjasama untuk menentang keganasan dan pengedaran dadah. – AFP
Berita Harian Online

Ratu edar 2,000 kad jemputan


2011/02/21

SEORANG kakitangan di pejabat Istana memasukkan kad jemputan dalam sampul surat, semalam.
SEORANG kakitangan di pejabat Istana memasukkan kad jemputan dalam sampul surat, semalam.
Diposkan pada Rabu, Khamis

LONDON: Ratu Elizabeth II sudah menghantar lebih 2,000 kad jemputan bertulisan emas perkahwinan cucunya, Putera William dan Kata Middleton pada 29 April depan, kata pegawai istana, semalam.
Kad jemputan itu diposkan pada Rabu dan Khamis, dengan lambang Ratu ditampal dengan warna emas.
Kira-kira 1,900 orang daripada keluarga dan rakan hinggalah pemimpin asing, diplomat, tentera dan pekerja kebajikan, dijemput menghadiri upacara perkahwinan di Westminster Abbey, tetapi tiada nama didedahkan.

Kira-kira 600 jemputan berpeluang menghadiri makan tengah hari dengan Ratu di Istana Buckingham, manakala kumpulan terpilih dengan 300 jemputan akan dilayan dalam majlis makan malam dianjurkan bapa William, Putera Charles.

Ratu Elizabeth II dan Duke Edinburgh akan mengetuai kumpulan 50 kerabat diraja Britain, selain 40 wakil dari Sepanyol, Sweden, Norway, Denmark dan Greece, menyertai majlis bersejarah itu.

Masih tidak diketahui sama ada Elton John yang juga rakan baik mendiang ibunya, Puteri Diana atau penyanyi kesayangan putera itu Kanye West turut menerima jemputan peribadi.
Dalam satu kenyataan, pejabat William enggan mendedah maklumat lanjut mengenai jemputan individu.

Akhbar Sun melaporkan, bekas isteri bapa saudara William, Sarah Ferguson, 51, tidak dipedulikan pasangan diraja itu apabila namanya tidak tersenarai dalam jemputan perkahwinan mereka. Bagaimanapun, bekas suaminya, Putera Andrew dan anak mereka Beatrice dan Eugenie termasuk dalam senarai jemputan. – AP/Reuters/Agensi
Berita Harian Online

17 cedera kena bom


2011/02/21

POLIS Thailand memeriksa  kereta yang dibom di Narathiwat, kelmarin.
POLIS Thailand memeriksa kereta yang dibom di Narathiwat, kelmarin.
Narathiwat terus bergolak

NARATHIWAT: Sekurang-kurangnya 17 cedera apabila kumpulan disyaki pemisah melancarkan serangan bom tangan di kelab karaoke sebelum meletupkan sebutir lagi bom kereta di kawasan berhampiran.
Pegawai kanan polis, Kapten Suchart Meelampong berkata dua pekerja wanita cedera dalam serangan bom jenis M-79 di sebuah bar di Narathiwat malam kelmarin, disusuli satu letupan bom di depan sebuah rumah urut hanya kira-kira 100 meter dari situ, menyebabkan 15 orang cedera, empat daripadanya parah.
“Letupan kedua pula berlaku ketika gabenor wilayah dan polis membuat penyiasatan serangan bom pertama. Mereka yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran,” katanya.

Beliau berkata dua budak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan juga cedera dalam kejadian itu.

Serangan menyebabkan empat bangunan kedai dan puluhan kenderaan termasuk motosikal dan trak yang diletakkan berhampiran rosak teruk.

Serangan ini adalah yang kedua dalam tempoh seminggu di wilayah bergolak selatan Thailand. Pada 13 Februari lalu, sebutir bom yang disembunyikan di dalam sebuah kereta meletup di Yala, menyebabkan 18 orang cedera manakala beberapa bangunan juga terbakar.
Kempen pemisah di wilayah bergolak di selatan Thailand yang bermula sejak 2004 sudah menyebabkan 4,400 orang Islam dan Buddha terbunuh.

Keganasan bagaimanapun dilaporkan semakin meningkat sejak kebelakangan ini, antaranya termasuk serangan bom yang menyebabkan sembilan orang terbunuh di Yala bulan lalu dan serangan ke atas sebuah pangkalan tentera mengakibatkan empat askar maut. – AFP
Berita Harian Online

Ben Ali simpan harta dalam istana

2011/02/21

TUNIS: Presiden Tunisia yang digulingkan Zine al-Abidine Ben Ali menyimpan berlian, emas dan wang tunai di tempat rahsia dalam istananya di ibu negara miskin itu, menurut rakaman video yang disiarkan stesen televisyen kelmarin.

Kebangkitan rakyat Januari lalu menjatuhkan Ben Ali selepas 23 tahun memerintah secara kuku besi, yang turut memberi ilham kepada dunia Arab lain untuk mengadakan revolusi yang sama termasuk di Mesir.
Ben Ali menyorokkan harta karunnya di belakang tirai dan beberapa bahagian rahsia di perpustakaan istana, menurut rakaman video First National TV.
Rakaman itu turut menyiarkan jutaan mata wang dolar Amerika dan euro, rantai berlian dan emas yang dijumpai di istana yang terletak di wilayah Sidi Bou Said Tunis – Reuters"

Israel risau keselamatan terancam


2011/02/21

GAMBAR fail menunjukkan kapal perang Iran, Alvand berlabuh di pelabuhan untuk diselenggarakan  pada 2009.
GAMBAR fail menunjukkan kapal perang Iran, Alvand berlabuh di pelabuhan untuk diselenggarakan pada 2009.
Netanyahu dakwa Iran mahu tonjol kuasa hantar 2 kapal perang ke Terusan Suez

BAITULMAQDIS: Israel melihat penghantaran dua kapal perang Iran ke Laut Mediterranean sebagai perkembangan yang sangat membimbangkan, kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, ketika kapal terbabit dijangka melepasi Terusan Suez.
Mesir memberikan kebenaran kepada kedua-dua kapal melintasi terusan itu ke Syria, buat pertama kali kapal perang Iran melakukannya sejak revolusi Islam 1979.
Laluan berkenaan mencetuskan kritikan dari Israel dengan Menteri Luarnya, Avigdor Lieberman, menyifatkan ia sebagai satu provokasi.

Ketika mesyuarat mingguan semalam, Netanyahu berkata Israel melihatkan pergerakan kapal terbabit sebagai satu penonjolan kuasa Iran.

“Hari ini kita menyaksikan ketidakstabilan rantau di mana kita tinggal dan Iran cuba untuk mengambil kesempatan dengan menonjolkan pengaruhnya dengan menghantar dua kapal perang melintasi Terusan Suez,” kata Netanyahu berdasarkan kenyataan dikeluarkan pejabat beliau.

“Israel melihat inisiatif Iran itu secara serius berikutan perkembangan yang berulang kali kita katakan sejak beberapa tahun lalu mampu mengancam keselamatan Israel,” katanya.
Seorang pegawai kanan Terusan Suez memberitahu kapal perang Iran belum lagi tiba di perairan berkenaan, selepas sebuah stesen televisyen Iran sebelum itu melaporkan kapal terbabit sudah berada di Mediterranean.

“Tiada kapal Iran melaluinya. Bukan hari ini, semalam dan hari sebelumnya,” kata ketua bilik operasi terusan terbabit, Ahmed al-Manakhly, melalui telefon.

Manakhly tidak menyatakan bila kedua-dua kapal perang Iran itu dijadualkan tiba, tetapi pegawai terusan secara peribadi berkata mereka menjangkakan ketibaan kedua-dua kapal berkenaan awal Isnin ini.

Kapal Kharg dilaporkan mempunyai kira-kira 250 krew dan boleh membawa sehingga tiga helikopter dalam satu-satu masa. Sementara itu, Alvand pula dilengkapi torpedo dan juga kapal penangkis peluru berpandu.

Agensi berita Mesir, MENA melaporkan permohonan kapal itu melalui Terusan Suez dipersetujui berikutan mereka tidak membawa senjata, bahan nuklear atau kimia. –AFP
Berita Harian Online

Bantahan Libya dihujani misil





2011/02/21


  • Foto
    PENUNJUK perasaan antikerajaan Libya berhimpun di hadapan Rumah Putih, Washington.
  • Foto
    IMEJ rakaman video menunjukkan keadaan seorang lelaki yang ditembak di kepala dalam siri demontrasi di Benghazi.
  • Foto

  • Lebih 100 penunjuk perasaan terbunuh



  • Ulama rayu henti pembunuhan
    BENGHAZI: Senjata berat, termasuk misil antipesawat, didakwa digunakan ke atas penunjuk perasaan prodemokrasi di Libya dengan jumlah kematian dilaporkan melebihi 100 orang sejak bantahan ala Mesir tercetus minggu lalu.“Kereta kebal dan helikopter dengan membawa askar upahan asing bertempur dengan penunjuk perasaan. Sekurang-kurangnya seorang terbunuh akibat terkena misil antipesawat, manakala beberapa mayat didapati ditembak mesingan berat,” kata seorang penyelaras perubatan wilayah di sini.

    Seorang pegawai hospital pula mengesahkan salah seorang yang terbunuh, mati akibat terkena peluru berpandu antipesawat di kepala dan dada.

    Hospital itu dibanjiri mangsa dan ramai penduduk tampil untuk menderma darah.
    “Kebanyakan yang mati dan cedera adalah saudara mara kepada doktor di sini,” katanya.

    “Mereka (doktor) menangis dan saya merayu kepada mereka agar tabahkan hati dan membantu mereka yang cedera.”
    Selain Benghazi, pertempuran juga dilaporkan tercetus di Al-Bayda, Ajdabiya, Zawiya, dan Darnah, dengan beberapa saksi menyatakan bom Molotov, raifal dan pedang antik Arab digunakan penunjuk perasaan.

    Penunjuk perasaan di Ajdabiya mengisytiharkan bandar mereka ‘merdeka’ selepas membakar ibu pejabat Jawatankuasa Revolusi yang diketuai oleh pemimpin Libya Muamar Gaddafi, bersama-sama 14 bangunan lain.

    Laporan juga menyatakan ramai orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, mati ketika melompat dari jambatan untuk melarikan diri dari tentera upahan asing yang disyaki didatangkan dari negara jiran seperti Chad.

    “Berpuluh terbunuh ... kami sedang berada di tengah-tengah medan pembunuhan kejam di sini,” seorang saksi memberitahu Reuters. Lelaki itu berkata beliau sendiri membantu membawa mangsa cedera ke hospital di Benghazi.

    Saksi itu berkata, pasukan keselamatan berundur ke kawasan berpagar di tengah bandar itu selepas menembak orang ramai yang pulang daripada upacara pengebumian penunjuk perasaan yang terbunuh pada hari sebelumnya.

    Tindakan berdarah pasukan keselamatan mendorong kira-kira 50 pemimpin agama di Libya mengemukakan rayuan yang dihantar kepada agensi berita Reuters meminta pembunuhan dihentikan.

    “Ini adalah rayuan segera daripada pemimpin agama, ulama, ahli pendidikan dan pemimpin puak dari Tripoli, Bani Walid, Jadu, Msalata, Misrata, Zawiah dan bandar serta perkampungan di kawasan barat.

    “Kami meminta kepada setiap Muslim di dalam rejim atau yang membantunya dalam apa juga cara, untuk mengakui bahawa membunuh orang yang tidak bersalah adalah dilarang oleh Allah dan Rasul. Jangan bunuh saudara anda. Henti pembunuhan sekarang juga!,” kata kenyataan itu. – Reuters/Agensi


  • Berita Harian Online

    Seorang maut rusuhan antikerajaan di Yaman


    2011/02/21

    SANAA: Ratusan pelajar mengadakan tunjuk perasaan yang memasuki hari kelapan di ibu negara, Sanaa semalam dengan polis dilaporkan menembak mati seorang penunjuk perasaan di selatan negara itu.

    Di Sanaa, pelajar berkumpul di luar kampus universiti dengan melaungkan slogan mendesak Presiden Ali Abdullah Saleh, yang berkuasa selama 32 tahun supaya berundur.
    Kira-kira 100 penyokong Saleh berkumpul di sepanjang jalan dari kampung universiti dengan pasukan polis bersiap sedia untuk mengasingkan kumpulan itu bagi mengawal keadaan.
    Penyokong dan penentang kumpulan Saleh bertempur dengan polis sejak seminggu lalu di Sanaa dengan menggunakan senjata api, belantan dan batu.

    Pada Satu, polis tidak menghalang penunjuk perasaan tetapi lima pelajar dilaporkan cedera selepas bertempur sesama sendiri.

    Namun semalam, polis Yaman menembak seorang penunjuk perasaan di ibu negeri wilayah selatan di Aden.

    Pasukan perubatan dan saksi berkata, jumlah korban akibat tunjuk perasaan kini meningkat kepada 11 orang sejak 13 Februari lalu.

    Seorang penunjuk perasaan juga cedera selepas polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan di sekitar jalan di Bandar Sheikh Osman.

    Sementara itu, Ahli Parlimen pembangkang Yaman berkata, mereka akan menyertai tunjuk perasaan di jalanan dan tidak akan mengadakan semula rundingan dengan pemerintah. - AFP
    Berita Harian Online

    Libya berdepan perang awam, kata anak Gaddafi

    Berita Harian Online


    2011/02/21

    KAHERAH: Saif al-Islam Gaddafi, anak kepada Presiden Muammar Gaddafi berkata Libya kini diambang perang awam dan menyifatkan protes besar-besaran terhadap pemerintahan ayahnya berpunca daripada perancangan pihak asing.

    Dengan menyalahkan pegawai dagang dari Arab dan Afrika yang cuba mengeruhkan suasana di Libya, beliau berkata, keganasan dan tunjuk perasaaan yang tercetus di negara itu bertujuan mengkucar-kacirkan pemerintahan Islam.
    “Ketika ini terdapat kereta kebal yang dibawa oleh orang awam di Benghazi,” katanya dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, awal hari ini."


    "Kami mempunyai senjata, tentera juga mempunyai senjata dan pasukan yang mahu memusnahkan Libya juga mempunyai senjata," katanya. 

    Kadhafi, yang berucap dalam bahasa Arab juga merayu sokongan terhadap perlembagaan baru dan undang-undang baru yang lebih liberal. 

    Dengan nada keras dan menunjuk-nunjukkan jarinya, Saif juga menyalahkan media asing kerana sengaja memperbesarkan jumlah kematian yang kini dilaporkan 80 orang sejak tunjuk perasaan antikerajaan melanda negara itu. 
    “Libya bukannya Mesir dan juga Tunsia, Kita di Libya tidak mempunyai parti politik. 

    "Kita sedia mengangkat senjata...kami akan berperang sehingga peluru terakhir. 
    "Kami akan memusnahkan penfitnah. Semua pihak mempunyai senjata dan ia akan menjadi perang awam, kita akan berbunuh sesama sendiri," katanya. 

    Saif berkata, ayahnya akan mengetuai penentangan terhadap penunjuk perasaan dan menambah" "Kami akan menang." - AFP 

    Pelampau Islam didakwa tahan tebusan di al-Baida

    myMetro


    TRIPOLI: Sekumpulan ‘pelampau Islam’ didakwa menahan tebusan di kalangan anggota keselamatan dan orang awam di bandar al-Baida, kata pegawai keselamatan, semalam.

    Tanpa mendedahkan identitinya, pegawai itu berkata, kumpulan terbabit mengancam membunuh tebusan terbabit kecuali kepungan dibuat pihak berkuasa dihentikan.


    “Mereka mendakwa anggota kumpulan Emiriah Islam Barqa sempena sebuah wilayah di barat laut Libya,” katanya.

    Sementara itu, katanya, Menteri Keadilan, Mustafa Abdeljalil, memulakan rundingan dengan kumpulan itu malam tadi bagi membebaskan tebusan.


    “Bagaimanapun, kami tidak berunding mengenai kedaulatan negara dalam keadaan apa sekali pun,” katanya. - AFP"

    Warga Maghribi mahu kuasa raja dihadkan

    myMetro


    RABAT: Ribuan orang berkumpul di beberapa bandar raya Maghribi semalam bagi menuntut reformasi politik dan mengehadkan kuasa raja.

    Di Rabat, lebih 2,000 orang berhimpun di jalan raya menyuarakan tuntutan perubahan, manakala di Casablanca, lebih 1,000 orang menunjuk perasaan sambil melaungkan kata-kata “kebebasan, maruah dan keadilan.’ Semua demonstrasi itu dijalankan secara aman.


    Seorang mahasiswa berkata, dia mengharapkan Maghribi ditadbir dengan lebih adil dan kurang rasuah.

    “Kami tidak menentang raja, cuma mahukan lebih keadilan dan peluang pekerjaan,” katanya.


    Beribu-ribu anak muda menyertai gerakan ‘20 Februari’ yang dilancarkan melalui laman sesawang Facebook menggesa protes diadakan secara aman.


    Mereka juga mahu perlembagaan baru dirangka untuk mengehadkan kuasa raja dan keadilan sosial dilaksanakan.


    Sementara itu, kerajaan berjanji menyuntik subsidi RM5.8 bilion bagi mengimbangi kenaikan harga barangan di kalangan rakyat berpendapatan rendah. - AFP"

    Bahrain terdesak penuhi kehendak rakyat




    MANAMA: Pemimpin pembangkang Bahrain berkumpul bagi mengkaji tawaran rundingan dibuat kerajaan, semalam, selepas negara itu terbabit dalam kekacauan sejak seminggu lalu.

    Pada masa sama, jalan raya di negara pulau itu kelihatan lebih tenang berbanding sebelumnya.


    Bagaimanapun, rasa tidak puas hati dan ketegangan masih terus dirasakan selepas polis antirusuhan melepaskan tembakan ke atas penunjuk perasaan yang cuba menguasai mercu tanda di tengah Manama.

    Polis kemudian berundur dan membiarkan orang awam menguasai Dataran Permata itu.


    Sejak bergolak pada 14 Februari lalu, sekurang-kurangnya tujuh terkorban dan beratus-ratus lagi cedera di negara itu.


    Pemimpin politik blok Syiah, Abdul-Jalil Khalil, berkata pembangkang mempertimbangkan tawaran pemerintah Bahrain.


    “Tetapi setakat ini rundingan secara langsung belum diadakan,” katanya.


    Tuntutan utama rakyat adalah menghapuskan keistimewaan raja menentukan dasar negara, melantik pemimpin bagi jawatan penting dalam kerajaan selain diskriminasi ke atas Syiah. - AP"
    sumber myMetro

    200 dibunuh di Libya




    MAHU PERUBAHAN...penyokong rakyat Libya membawa poster Gaddafi dan mengecam pemerintah itu dalam tunjuk perasaan di Lafayatte Park di depan Rumah Putih, Washington, semalam.
    MAHU PERUBAHAN...penyokong rakyat Libya membawa poster Gaddafi dan mengecam pemerintah itu dalam tunjuk perasaan di Lafayatte Park di depan Rumah Putih, Washington, semalam.


    KAHERAH: Seorang doktor di Benghazi memberitahu, sekurang-kurangnya 200 mayat mangsa anggota keselamatan Libya dihantar ke hospital tempatnya bekerja sejak beberapa hari lalu.
    Doktor yang dirahsiakan identiti itu berkata, bekalan perubatan kini habis dan tidak mampu mengendalikan pesakit lebih daripada 70 orang.

    Katanya, keadaan itu sangat kritikal dan perlu diberi perhatian.

    “Saya menangis. Mengapa dunia tidak mendengar rintihan kami?” katanya.

    Saksi pula berkata, keganasan ke atas penunjuk perasaan antikerajaan itu dilakukan secara bersama oleh komando khas Libya, ejen negara asing dan kumpulan penyokong tegar Muammar Gaddafi.


    Katanya, penunjuk perasaan diserang menggunakan pisau, raifal dan senjata berat.

    Benghazi menjadi pusat gerakan protes ke atas kerajaan pimpinan Gaddafi sejak enam hari lalu selepas rakyat mendapat inspirasi daripada kejadian di Mesir dan Tunisia.

    Gaddafi memerintah Libya sejak lebih 40 tahun lalu.

    Mendapatkan laporan sahih mengenai insiden di Libya memang sukar kerana wartawan tidak boleh bebas bertugas di negara itu.

    Perkembangan mengenai protes berkenaan hanya diperoleh melalui hubungan telefon, selain rakaman video dan mesej yang dihantar melalui Internet.


    Firma berpangkalan di Amerika Syarikat, Arbor Networks, melaporkan liputan Internet di Libya terganggu sejurus sebelum tengah malam kelmarin.


    Trafik dalam talian dimatikan kira-kira jam 2 pagi sebelum pulih secara berperingkat, tetapi terputus lagi tidak lama kemudian.


    Sementara itu, saksi mendakwa, pada peringkat awal, polis Benghazi mengikuti arahan kerajaan supaya bertindak ke atas penunjuk perasaan, tetapi kemudian menyertai mereka membuat bantahan.


    “Tapi polis berubah hati apabila melihat ada ejen asing terbabit membunuh rakyat Libya,” katanya. - AP
    myMetro | 200 dibunuh di Libya