Pages

Saturday, August 17, 2013

Gempa kuat di New Zealand



WELLINGTON - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter, dilaporkan melanda wilayah tengah New Zealand dan memusnahkan sebahagian kediaman, jambatan selain menggegarkan bangunan pejabat di Wellington, semalam.

Jurucakap polis, Barbara Dunn berkata, gempa yang berlaku pada pukul 2.30 petang waktu tempatan berdekatan kawasan utara negara tidak mencetuskan sebarang kecederaan mahupun kematian.

"Gegaran dilabelkan sebagai bahaya dan berlaku pada kedalaman 8 kilometer bersamaan gegaran yang pernah meragut nyawa penduduk dalam insiden sama di bandar Christchurch, dua tahun lalu," katanya.

Tambah Dunn, beberapa struktur jambatan di lebuh raya bandar Seddon turut rosak apabila ketulan batu besar menghempap jalan sekali gus memaksa pihak berkuasa menutup laluan tersebut.  - Al-Jazeera

Lelaki tertua dunia di Bolivia?

Laura
 Laura didakwa menjadi lelaki paling tua di dunia kerana berusia 123 tahun selain masih sihat seperti lelaki dewasa.
Laura
Bukti, kad pengenalan Laura menunjukkan lelaki ini lahir pada 1890 yang dikeluarkan sendiri oleh kerajaan Bolivia.
Seorang lelaki Bolivia yang dilahirkan dalam tahun 1890 dan masih bertenaga, didakwa menjadi lelaki paling tua di dunia sekali gus mendahului rekod dunia sebelum ini.

Lapor jabatan pendaftaran Bolivia, Carmelo Flores Laura, baru menyambut ulang tahun ke 123 pada bulan lalu.

Laura nampak seperti lelaki 80-an dan paling menarik penglihatan warga tua yang tinggal di kawasan pergunungan, 80 kilometer di luar bandar La Paz itu masih jelas.

Lelaki dari puak Aymara itu, dikurniakan tiga cahaya mata, 16 cucu dan 39 cicit selain pernah menempuhi zaman perang Perang Dunia Pertama iaitu ketika berumur 24 tahun dan 64 tahun sewaktu Ratu Elizabeth menaiki takhta Britain.

Stesen TV tempatan, Rede Uno melaporkan, Laura yang turut kehilangan isteri pada 10 tahun lalu, percaya amalan senaman jalan kaki setiap hari dan tidak memakan semua jenis pasta dan gula telah memanjangkan tempoh hayatnya.

"Saya hanya makan cananhua (sejenis kuinoa liar yang kaya dengan protein dan asid amino), malah saya tidak malas dan sering berkongsi makanan bersama isteri ketika dia masih hidup," katanya yang turut mengaku amat menggemari masakan daging skunk. - MailOnline

Jagung mutasi di AS



IMEJ menunjukkan sebiji jagung unik yang bercambah empat batang dari satu tangkai di Hanover, Pennsylvania.- Agensi


HANOVER, Pennsylvania – Seorang petani di Negeri Pennsylvania di sini dikejutkan dengan penemuan sebiji jagung mutasi di ladangnya di sini, lapor akhbar The Evening Sun kelmarin.
Ben Klunk berkata, terdapat empat tongkol jagung tersebut dalam tangkai yang sama .
Petani itu memberitahu, dia kemudian memetik dan menyimpan buah jagung bercabang empat itu di dalam peti sejuk di kediamannya.
“Saya seperti tidak percaya kerana terdapat empat tongkol jagung dalam satu tangkai tersebut,” kata isteri Klunk, Marie Klunk.
Petani yang berusia 81 tahun itu pula memberitahu, dia tidak pernah melihat jagung bercambah sedemikian rupa sepanjang hayatnya.
“Saya tidak pernah lagi melihat jagung bercambah menjadi dua apatah lagi, tiga atau empat tongkol dalam satu tangkai,” kata Klunk.
“Saya telah banyak memetik jagung sebelum ini,” tambahnya.
Klunk memberitahu, dia tidak merancang untuk memakan jagung tersebut dan akan membawa hasil tanaman itu untuk menyertai satu pertandingan dalam waktu terdekat. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2cBc5WF97 
Hakcipta terpelihara 

Pakai penutup kepala untuk elak meniru



SERAMAI 100 pelajar Universiti Kasetsart, Bangkok memakai penutup mata semasa menduduki peperiksaan pada Rabu lalu.- Agensi


BANGKOK – Pihak pengurusan sebuah universiti di Thailand mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan sejenis penutup kepala khas bagi menghalang pelajarnya meniru dalam peperiksaan.
Penutup kepala itu diperkenalkan bagi menghalang calon yang menduduki kertas peperiksaan daripada mencuri pandang kertas peperiksaan rakan mereka.
Hiasan aneh itu diperbuat daripada dua helai kertas saiz A4 yang disambung menggunakan dawai kokot untuk dipakai di kepala.
Penutup kepala itu telah digunakan oleh hampir 100 pelajar yang menduduki peperiksaan di Universiti Kasetsart, ibu kota Thailand di sini pada Rabu lalu.
Dalam pada itu, seorang pakar pendidikan, Somphong Chitradub menyatakan, pemakaian penutup kepala itu membayangkan bahawa penipuan berleluasa dalam sistem pendidikan Thailand.
“Sudah menjadi lumrah pelajar di negara ini membantu rakan-rakan lain dengan membenarkan mereka meniru,” katanya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2cBbdUKzt 
Hakcipta terpelihara