Pages

Thursday, June 16, 2016

Kereta RM7.76 juta


Los Angeles: Kereta paling laju dan antara paling sedikit dikeluarkan, Lamborghini Centenario diperlihatkan kepada orang ramai di Amerika Utara buat pertama kali apabila ia dipamerkan di Los Angeles, semalam.

Hanya 40 kereta itu akan dikeluarkan dan semuanya sudah dijual dengan harga AS1.9 juta (RM7.76 juta) setiap satu.

Kereta itu yang boleh meluncur dari 0 hingga 100 kmsj dalam masa 2.8 saat serta mencecah kelajuan tertinggi 350 kmsj dipamerkan di Muzium Automotif Petersen.

Nama Centenario diambil sempena ulang tahun ke-100 kelahiran pengasas syarikat berkenaan, Ferruccio Lamborghini, yang dilahirkan pada 28 April 1916.

Dia memulakan karier dengan menghasilkan traktor sebelum beralih ke kereta sport.

Kereta itu ditunjukkan kepada orang ramai buat kali pertama pada Mac 2016 di Pameran Auto Geneva, Switzerland. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Jun 2016 @ 10:30 AM

HANYA 40 kereta ini akan dikeluarkan.