OMAR Hajaj berkata, dia akan terkurung seperti 'haiwan dalam zoo' sedikit masa lagi dengan pagar elektrik mengelilingi rumahnya sementara kampungnya di Tebing Barat terkepung tembok aparteid Israel.
Bunyi jentolak sudah menjadi perkara biasa di sekitar kampung Palestin itu sejak kebelakangan ini. Kerja menggali parit besar yang akan diisi dengan tembok tinggi konkrit giat dijalankan.
Selepas beberapa tahun tertangguh, kerja itu akhirnya dilancarkan April lalu untuk membina sebuah lagi 'tembok keselamatan,' bahagian yang akan melengkapkan kepungan terhadap kampung di selatan Tebing Barat itu.
Buat masa ini, penduduk kampung masih mempunyai laluan untuk ke Baitullaham, bandar paling hampir. Tetapi, kemudahan itu akan berakhir tidak lama lagi.
"Ia satu-satunya kampung di Tebing Barat yang akan terkepung sepenuhnya oleh tembok itu," kata Willow Heske, dari kumpulan hak asasi manusia, Oxfam yang berusaha membantu menyuarakan bantahan penduduk kampung berkenaan.
Sejak Perang Asia Barat 1967 berakhir, separuh daripada Kampung Al-Walajah dijajah oleh Israel sebagai sebahagian daripada majlis perbandaran Baitulmaqdis sementara baki sebahagian lagi dikekalkan di Tebing Barat.
Laluan asal sepatutnya memisahkan kampung itu kepada dua, tetapi dengan campur tangan Mahkamah Tinggi Israel, ia diubah untuk memasukkan keseluruhan kampung itu kecuali satu: keluarga Omar.
Apabila tembok itu dibina, ia akan memisahkan hartanah keluarga itu, menyebabkan separuh daripadanya berada di sebelah Al-Walajah dan bakinya, termasuk rumah Omar dan tanahnya seluas sembilan ekar di sebelah Israel.
Ini akan membolehkannya bergerak bebas untuk ke Baitulmaqdis.
Tetapi minggu lalu, pegawai rejim Israel berkata, hartanah Omar akan dikepung oleh sebuah tembok tambahan - pagar elektrik setinggi lima meter.
Satu-satunya jalan ke kampungnya ialah menerusi pagar pada tembok konkrit itu.
Kebimbangan Omar ketika ini ialah nasibnya mungkin sama dengan haiwan dalam zoo.
"Setiap orang yang melihat rumah saya dalam keadaan terkepung akan beranggapan ia sebuah zoo dengan haiwan di dalamnya," kata Omar.
Heske berkata, pagar elektronik itu juga akan menyebabkan dia terputus hubungan dengan kebun zaitunnya dan sebuah perigi yang akan terletak di sebelah Israel.
"Dia sepatutnya menjadi satu-satunya penduduk yang tidak akan terkepung oleh tembok itu. Tetapi, keadaan kini sudah berubah," kata Heske. Ketika ini, tembok itu belum kelihatan, kecuali parit dalam yang memisahkan kampung itu daripada kebun mereka.
Penduduk kampung berkata, kebimbangan utama mereka ialah bagaimana hendak ke Batullaham, bandar tempat mereka bergantung untuk mencari nafkah, mendapatkan penjagaan kesihatan, pelajaran dan perkhidmatan lain.
Ahmad Saleh Barghout, petani berusia 60-an berkata, dia mengemukakan rayuan untuk laluan ke kebunnya yang juga menjadi tempat ibu, bapa dan neneknya dikebumikan.
"Ia tanah perkuburan keluarga. Kami beragama Islam, tetapi adik saya berkahwin dengan wanita Kristian dan itu adalah satu-satu tempat mereka boleh dikebumikan bersama," katanya.
Bendera biru yang dipacakkan menandakan tempat tembok itu akan dibina. Sepanjang laluan itu, beratus-ratus pokok ditumbangkan oleh rejim Israel, termasuk pokok zaitun.
Al-Walajah adalah antara tempat terletaknya pokok zaitun tertua di dunia, dipercayai berusia kira-kira 7,000 tahun.
Penduduk tempatan bimbang pembinaan tembok itu akan melenyapkan sama sekali kampung mereka.
"Semua golongan muda bercakap mengenai hasrat untuk meninggalkan kampung itu dan berhijrah ke Baitullaham, Mereka tidak mahu terperangkap," kata Saleh Helmi.
Dia yang menjadi kampung berkenaan menolak dakwaan tembok itu akan melindungi Israel daripada serangan rakyat Palestin.
"Keputusan untuk menghentikan serangan berani mati adalah keputusan rakyat Palestin bukan Israel.
"Buktinya? Tembok itu masih belum siap sepenuhnya dan tidak ada serangan dilancarkan," katanya.
Rejim Zionis sudah menyiapkan 413 kilometer tembok konkrit daripada 709 kilometer yang dirancang sejak ia mula membinanya pada 2002 berikutan beberapa serangan bom. Apabila siap kelak, 85 peratus tembok itu akan terletak di Tebing Barat.
Enam tahun lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan pembinaan tembok itu haram, tetapi Israel tidak mempedulikannya dan meneruskan pembinaan itu.
Israel mendakwa ia amat penting kepada keselamatannya. Tetapi, penduduk Palestin dan masyarakat antarabangsa tahu ia bertujuan merampas tanah milik rakyat Palestin.
"Secara ringkas, tembok itu adalah sebahagian daripada dasar aparteid rejim Zionis," kata ketua perunding Palestin, Saeb Erakat dalam kenyataan yang dibuatnya sempena ulang tahun keenam keputusan ICJ itu.
Wednesday, July 14, 2010
Loghat berubah selepas tidur
WELLINGTON: Seorang wanita New Zealand dikatakan mengalami masalah loghat pertuturan apabila dialek bahasa Kiwi New Zealandnya bertukar menjadi campuran loghat Scotland, Wales dan utara London, semalam.
Bronwyn Fox dari Invercargill di selatan New Zealand yang mengalami masalah sklerosis melaporkan dalam Southland Times, pada satu pagi apabila dia bangun tidur suaranya berubah. Kajian imbasan menunjukkan terdapat dua tisu lesi tumbuh di belakang otaknya. Doktor percaya perubahan pertuturannya disebabkan oleh tisu lesi itu tetapi tidak dapat mengesyorkan rawatan bersesuaian.
Bronwyn adalah generasi ketiga yang menetap di New Zealand dan tidak pernah pergi ke United Kingdom. Ketika dia menelefon rakannya buat kali pertama dengan loghat baru itu mereka meletakkan telefon kerana menyangka panggilan salah nombor. “Ramai orang bertanya saya berasal dari mana? Bila saya menjawab dari Winton mereka bertanya kembali dari mana keluarga saya berasal? “Sukar untuk mereka percaya bila saya memberitahu saya dilahir dan dibesarkan di New Zealand,” kata Bronwyn.
Hanya beberapa orang di dunia dilaporkan menghidap sindrom pertuturan seperti Bronwyn sejak ditemui pada 1907. Ia berlaku apabila bahagian otak yang mengawal pertuturan mengalami kerosakan. - AFP
Bronwyn Fox dari Invercargill di selatan New Zealand yang mengalami masalah sklerosis melaporkan dalam Southland Times, pada satu pagi apabila dia bangun tidur suaranya berubah. Kajian imbasan menunjukkan terdapat dua tisu lesi tumbuh di belakang otaknya. Doktor percaya perubahan pertuturannya disebabkan oleh tisu lesi itu tetapi tidak dapat mengesyorkan rawatan bersesuaian.
Bronwyn adalah generasi ketiga yang menetap di New Zealand dan tidak pernah pergi ke United Kingdom. Ketika dia menelefon rakannya buat kali pertama dengan loghat baru itu mereka meletakkan telefon kerana menyangka panggilan salah nombor. “Ramai orang bertanya saya berasal dari mana? Bila saya menjawab dari Winton mereka bertanya kembali dari mana keluarga saya berasal? “Sukar untuk mereka percaya bila saya memberitahu saya dilahir dan dibesarkan di New Zealand,” kata Bronwyn.
Hanya beberapa orang di dunia dilaporkan menghidap sindrom pertuturan seperti Bronwyn sejak ditemui pada 1907. Ia berlaku apabila bahagian otak yang mengawal pertuturan mengalami kerosakan. - AFP
Kerja paling busuk di dunia
LEICESTER - Sekumpulan pekerja profesional menggali timbunan bahan buangan yang berbau busuk setinggi bas sembilan tingkat untuk dialihkan dengan menggunakan penyodok di dalam terowong kumbahan di bawah Dataran Leicester, London, lapor sebuah akhbar semalam.
Bukan sahaja kumbahan manusia yang mereka perlu alihkan tetapi kertas tandas yang dibuang menerusi lubang tandas dan minyak masak sehingga menyebabkan bahan buangan bertimbun.
Operasi itu bermula pada pagi semalam dan ia didakwa sebagai operasi pebersihan kumbahan paling terbesar pernah dilakukan.
Seorang pekerja di sebuah syarikat pembersih kumbahan, Danny Brackley berkata, pada mulanya pekerja-pekerja tidak dapat memasuki terowong kumbahan tersebut kerana ia disekat oleh timbunan bahan buangan.- Agensi
Amal Soleh mesti melalui 8 tapisan
Ringkasan dari Hadis Muaz dengan Rasulullah SAW tentang Isra’ dan Mikraj:
1-Apabila amal soleh melalui langit pertama, Malaikat akan menilai agar amal soleh tersebut suci dari nilai-nilai Ghibah, atau mengumpat.
2-Apabila amal soleh tersebut berjaya melalui langit pertama, maka Malaikat dilangit kedua telah ditugaskan agar amalan tersebut suci dari nilai-nilai Matlamat dunia, jika amalan terebut suci dan selamat dari sifat-sifat matlamat dunia , maka dibenarkan meneruskan perjalanan dan akan naik ke langit ke tiga.
3-Semasa amal soleh tersebut melalui langit ketiga, Malaikat akan menilai dan menapis amalan tersebut agar suci dari sifat bangga diri.
4-Apabila amalan tersebut tidak memilki unsur-unsur bangga diri, maka amalan tersebut akan dibenarkan melangkah ke langit keempat, semasa amalan soleh melalui langit keempat, Allah SWT mengarahkan agar amalan tersebut dinilai agar suci daripada nilai-nilai hasad.
5-Apabila amalan tersebut berjaya melepasi langit keempat, amalan soleh akan melalui langit kelima, semasa dilangit ke lima , amal soleh akan dinilai agar suci daripada sifat Ujub atau berbangga dengan kelebihan diri sendiri.
6-Apabila amal soleh telah berjaya melepasi langit ke lima, amal tersebut akan melalui langit keenam, semasa amal soleh melalui langit keenam, Malaikat yang bertugas dilangit ketujuh akan menilai agar amal soleh tersebut mengandungi sifat kasihan belas kepada orang lain, tidak menzalimi orang lain dalam semua perkara.
7-Apabila amal oleh telah berjaya melepasi langit keenam, maka amal soleh tersebut akan diarak oleh ribuan para malaikat sehingga mengeluarkan bunyi seperti lebah dan apabila sampai dilangit ketujuh, Malaikat yang menjaga langit ketujuh akan menilai agar amal soleh tersebut suci daripada sifat Riya’, iaitu amal soleh yang tidak disertakan dengan harapan agar amalannya diiktiraf oleh manusia serta disanjung dan diagung-agungkan.
8-Apabila amal soleh telah berjaya melepasi langit ketujuh, amal soleh tersebut akan diiringi oleh ribuan para Malikat. Apabila amal soleh tersebut telah berada dihadapan Allah SWT. Malaikat berkata kepada Allah SWT dengan kata mereka : Ya Allah inilah amal yang terbaik yang telah melepasi segala tapisan, tetapi Allah SWT berfirman : Sesungguhnya masih ada lagi tapisan yang perlu dilakukan kerana Aku lebih mengetahui sesuatu amalan yang terbaik ” Maka Allah SWT akan menilai agar amal soleh tersebut dilakukan adalah benar-benar Ikhlas demi Allah SWT”, setelah amal soleh tersebut benar-benar dilakukan kerana Ikhlas kepada Allah SWT, Maka Allah SWT bersetuju memberi pahala dan dimasukkan kedalam Syurga.
Nota: Setiap amal soleh yang tidak melepasi tapisan-tapisan para Malaikat, amal soleh tersebut akan dihumban ke muka pemilik amal soleh tersebut.
Palestin telah mula merasai nikmat perjuangan mereka
Buah-buahan dan lembu dibenarkan masuk ke Gaza.
Lakukan 10 Perkara tanda kasih sayang anda kepada kedua ibu bapa
Hak yang harus dilaksanakan oleh anak terhadap ibu dan ayah ada sepuluh iaitu:
- Jika orang tua berhajat kepada makan harus diberi makan
- Jika berhajat pada pakaian harus diberi pakaian. Rasulullah s.a.w. ketika menerangkan ayat (Yang berbunyi): “Wa sha hib huma fiddunnya ma’rufa. (Yang bermaksud): “Bantulah kedua orang tua didunia dengan baik, yakni supaya diberi makan jika lapar dan pakaian jika tidak berpakaian.
- Jika berhajat bantuan harus dibantu
- Menyambut panggilannya
- Mentaati semua perintahnya asalakn tidak menyuruh berbuat maksiat dan ghibah (Kasari orang)
- Jika berbicara kepada keduanya harus lunak, lemah lembut dan sopan
- Tidak boleh memanggil nama kecilnya (Jambal/ gelaran)
- Jika berjalan harus dibelakangnya
- Suka untuk orang tuanya apa yang ia suka bagi dirinya sendiri, dan membenci bagi keduanya apa yang tidak suka bagi dirinya sendiri
- Mendoakan keduanya supaya mendapat pengampunan Allah s.w.t. dan rahmatNya Sebagaimana doa Nabi Nuh a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. (Yang berbunyi): “Robbigh fir li waliwalidayya robbanagh fir li waliwalidayya wa lil muminin wal mu’minati yauma yaqumul hisab. (Yang bermaksud): “Ya Tuhan kami, ampunkan kami dan kedua ibu bapa kami dan semua kaum muslimin pada hari perhintungan hisab/hari kiamat.
- Dia sendiri menjadi orang soleh sebab menyenangkan kedua orang tuanya
- Menghubungi keluarga dan sahabat-sahabat kedua orang tuanya
- Membaca istighfar dan mendoakan serta bersedekah untuk kedua orang tuanya itu.
17 Orang masuk Islam dari 9 Bangsa di eropah
Gambar sebagai hiasan sahaja.
قالت هيئة العلماء والدعاة في مدينة القدس المحتلة،اليوم، بأنها استقبلت سبع عشرة حالة إشهار إسلام من تسع جنسيات عالمية، وهي: البريطانية والأمريكية، والايطالية، والفرنسية، والألمانية، والروسية، والاسكتلندية، والمولدوفية.
Semua Mereka yang memeluk Islam adalah pernah terlibat dengan kerja amal di Palestin, kini mereka adalah insan mulia yang lebih berani dari umat Islam yang hanya berani bercakap tetapi tidak berani berhadapan dengan situasi yang amat menguji keimanan kepada Allah SWT, Semoga Allah SWT tetapkan iman mereka sehingga ke Syurga..
وكان النطق بالشهادتين من قبل هؤلاء المسلمين الجُدد أمام فضيلة الدكتور عكرمة سعيد صبري رئيس الهيئة.وقد زُوّد هؤلاء المسلمون الجدد بشهادات اعتناق الإسلام، مع نشرات حول الدين الإسلامي بمختلف اللغات.
وقالت الهيئة في بيان لها اليوم بأن من أهدافها نشر الدعوة الإسلامية استرشاداً بخطى الرسول محمد صلى الله عليه وسلم
Gaji RM17 Ribu, Enggan Beri Nafkhah Anak, Abai Keluarga
Jika benar dakwaan si bapa dan laporan akhbar di bawah ini, maka setiap orang yang membaca kisah ini wajar bertanya: "Nasrun, manusia jenis apakah kamu?"
Ibunya sampai menitiskan air mata mengenang sikap anak sulungnya itu. Ayahnya pula terpaksa menebalkan muka turun naik mahkamah untuk menuntut nafkah cucunya yang ditinggalkan oleh ayah kandung tanpa khabar berita.
Perincian kisah sedih ini dapat anda baca melalui petikan akhbar di bawah ini:
Ibunya sampai menitiskan air mata mengenang sikap anak sulungnya itu. Ayahnya pula terpaksa menebalkan muka turun naik mahkamah untuk menuntut nafkah cucunya yang ditinggalkan oleh ayah kandung tanpa khabar berita.
Perincian kisah sedih ini dapat anda baca melalui petikan akhbar di bawah ini:
[HM] KUALA TERENGGANU: “Saya terpaksa buat begini kerana ini saja cara untuk bertemu semula dengan dia,” kata Mustafa Ismail, 64, yang memfailkan permohonan tuntutan nafkah ke atas anak kandungnya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Mustafa selaku plaintif membuat tuntutan terhadap Nasrun Mustafa, 37, supaya membayar tunggakan nafkah penjagaan dua cucunya yang juga anak defendan, sejak dia menjaga dua beradik itu tujuh tahun lalu sebanyak RM20,000 serta bayaran nafkah RM800 sebulan secara potongan gaji.
Dalam tuntutan difailkan melalui peguamnya, Fazru Anuar Yusoff, warga emas berkenaan menyatakan Nasrun meninggalkan seorang anak perempuan berusia enam tahun dan anak lelaki berusia sembilan tahun kepadanya selepas bercerai dengan isteri pertama pada 30 Disember 1998 sebelum kedua-duanya berkahwin lain.
Nasrun yang berkhidmat sebagai pengurus di sebuah syarikat cari gali minyak di Kuala Lumpur dengan pendapatan RM17,000 sebulan gagal dihubungi bapanyamenyebabkan Mustafa yang tidak bekerja dan bergantung kepada wang simpanan nekad memfailkan permohonan tuntutan di mahkamah.
Hakim Kamarulazmi Ismail menasihatkan kes berkenaan diselesaikan di luar mahkamah dan menetapkan 24 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula.
“Kita tunggu sajalah 24 Ogos ini, dia (Nasrun) ada masa dan saya harap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik,” kata Mustafa ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Kampung Beladau Kolam di sini, semalam.
Mustafa berkata, dia buntu memikirkan masa depan dua cucunya dan terpaksa memilih jalan terakhir dengan membawa perkara itu ke mahkamah bagi membolehkan dia bertemu Nasrun.
Pesara syarikat cari gali itu berkata, dia sudah tidak bekerja, malah kesihatannya juga kurang baik kebelakangan ini menyebabkan dia tidak mampu menyediakan kewangan mencukupi untuk dua cucu kesayangannya itu yang masing-masing kini bersekolah dalam tingkatan satu dan tiga.
“Saya hanya mahu dia pulang supaya kami dapat bertemunya. Selama tujuh tahun dia tidak pernah menjenguk kedua-dua ibu bapanya dan dua anaknya... dia tidak pernah memberi nafkah kepada anaknya. Kami mahu dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan bapa dengan baik,” katanya.
Sementara itu, isterinya, Mariam Abdullah, 54, berkata anak sulungnya itu berkahwin dengan isteri pertamanya yang berasal dari Kampung Batu Hampar, Telemong, Hulu Terengganu pada 1994, sebelum bercerai pada 1 Julai 1997, dan perceraian mereka disahkan pada 30 Disember 1998.
Katanya, selepas pasangan itu bercerai, dua cucunya dijaga bekas menantunya sehingga 2004, manakala anak lelakinya tidak pernah mengambil tahu perihal anak mereka. Bagaimanapun, selepas berkahwin baru, bekas menantunya menyerahkan penjagaan cucunya itu kepada dia dan suami.
“Anak lelaki mak cik pun berkahwin lain. Entah di mana silapnya, sejak itulah dia berubah, tidak pernah menjenguk kami dan anak-anaknya. Malah, perbelanjaan anaknya juga tidak pernah diberi. Mak cik bukan nak memuji, tapi sebelum berkahwin kali kedua, Nasrun seorang anak yang sangat baik.
“Bercakap dengan mak ayah pun sopan santun, sembahyang tidak pernah tinggal, malah sebagai anak sulung dan abang kepada enam adik, dia sangat mengambil berat hal keluarga. Siapalah yang tidak sedih bila perkara begini terjadi pada keluarga...tanya hati masing-masinglah,” katanya sambil mengelap air matadengan tudung dipakainya. - Mohd Nasif Badruddin
DUNIACACAMARBA: Gaji RM17 Ribu, Enggan Beri Nafkhah Anak, Abai Keluarga
9 Pemain Bola Eropah Yang Beragama Islam
بسم الله الرحمن الرحيم
اللاعب فرانك ريبيري
ريبيري .. أو ما يسمى خليفة زيدان اعتنق الإسلام بعد أن اقترن بزوجته الجزائرية وغير اسمه حينها إلى بلال.
ريبيري .. أو ما يسمى خليفة زيدان اعتنق الإسلام بعد أن اقترن بزوجته الجزائرية وغير اسمه حينها إلى بلال.
2- اللاعب نيوكلاس انيليكا (بلال)
3- اللاعب الفرنسي تييري هنري الذي سجد في اخر مبارة له مع البرسا
4- اللاعب الفرنسي الجنسية العربي الاصل سمير نصري
5- ايريك ابيدال الذي اسلم و غير اسمه الى بلال
6- فريد … المسلم الوحيد في منتخب السامبا ذكرت بعض المصادر عبر الشبكة العنكبوتية حرص فريد على قراءة الفاتحة قبل خوض أي لقاء ، وشاهد الجميع سجوده بعد أن سجل هدف منتخبه الثاني في مرمى استراليا ، لكن خبر إسلامه لم يتأكد من قبل أي مصدر موثوق وكل ما ذكر عن إسلامه كان في بعض مواقع الانترنت التي لاتحمل أي صفة رسمية أو إعلامية.
7- اللاعب مامدو ديارا
8- اللاعب المالي و مهاجم اشبيلية الاسباني فريديك كانوتي
9- اللاعب المالي سيدو كيتا
Subscribe to:
Posts (Atom)