Pages

Saturday, March 21, 2015

Pelik! Wanita Tiba-tiba Bertukar Menjadi Lelaki!

Uhud, Ahmed Hassan Mousa

Sekali baca tajuk ini memang ada sesuatu yang tidak normal berlaku. Ada yang kata, ini adalah sesuatu yang mustahil. Tapi tak kurang juga yang berfikir bahawa ini adalah gejala kecelaruan gender seperti lelaki lembut yang menukar jantina.

Uhud, Ahmed Hassan Mousa

Walau apa pun yang anda fikir, mari kita baca kisah pelik tapi benar-benar berlaku ini.

Disebuah sekolah perempuan di Arab Saudi, telah berlaku suatu perkara yang sangat pelik dan belum pernah terjadi sebelum ini. Seorang gadis yang merupakan penuntut di sekolah ini disahkan mengalami perubahan jantina.

Menurut laporan akhbar Daily Alriyadh, gadis yang bernama Uhud dan baru berusia 13 tahun disahkan lahir sebagai seorang wanita.

Di Arab Saudi, percampuran gender adalah sesuatu yang ditegah. Jadi, murid lelaki dan wanita perlu diasingkan.

Bagaimanapun, menurut guru sekolah Uhud, kelakuannya magak pelik sedikit. Dia seorang pelajar yang pintar tetapi agak kasar seperti lelaki.

Beberapa hari sebelum genap 13 tahun, Uhud dikatakan mengadu kepada ibubapanya yang dia berasa sakit di bahagian abdomen.

Selang beberapa hari kemudian, organ seks lelaki muncul ditempat yang sepatutnya. Keadaan itu menimbulkan keraguan bapa Uhud, Ahmed Hassan Mousa.

Menurut Ahmed, pada mulanya dia tidak tahu langsung tentang perubahan jantina anaknya itu. Hinggalah pada suatu hari, pihak sekolah memanggilnya mengenai keputusan lembaga pengurusan sekolah untuk menukarkan sekolah Uhud daripada sekolah perempuan ke sekolah lelaki. Alasan yang diberikan adalah, Uhud telah menjadi seorang lelaki!

Ahmed yang terkejut dengan berita itu meminta isterinya memeriksa sendiri organ seks anak mereka. Tidak puas hati dengan jawapan isterinya, Ahmed mahu mendapatkan sendiri pengesahan daripada doktor.

Selepas diperiksa dengan teliti, Uhud disahkan sudah menjadi seorang lelaki. Malah doktor juga memberitahu, dalam tempoh masa seminggu, tubuh Uhud akan berubah sepenuhnya menjadi seorang lelaki.

Akibat kejadian yang pelik itu, pihak hospital menyarankan Ahmed supaya melakukan penukaran dokumen-dokumen berkaitan identiti Uhud kerana dokumen lamanya sudah tidak sah lagi ekoran jantinanya sudah berubah.

Setakat yang diketahui, perkara yang berlaku kepada Uhud adalah sesuatu yang jarang berlaku dan berkemungkinan, kes ini membabitkan proses kejadian Khunsa, individu yang mempunyai dua organ seks.

Kini, Uhud telah bertukar nama menjadi Muad dan dia menjalani kehidupan seharian sebagai seorang lelaki.
http://kisahanehpelik.blogspot.com/2014/08/pelik-wanita-tiba-tiba-bertukar-menjadi.html

KISAH LIMA PERKARA ANEH


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang mahsyur.  Suatu ketika dia pernah berkata ayahku  menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi “ esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki  berbuat :

Pertama  :  apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah.
Kedua     : Engkau sembunyikan
Ketiga     : Engkau terimalah
Keempat : Jangan Engkau putuskan harapan
Kelima     : Larilah Engkau daripadanya.”



Pada keesokan harinya Nabi itupun kaluarlah dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama yang dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata “ aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.” Maka nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya.  Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka nabi itu pun mengambilnya lalu di suapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.

Kemudian nabi itupun meneruskan perjalanannya dan bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan.  Lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang dan ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula  sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, “ Aku telah melaksanakan perintahMu”. Lalu dia pun meneruskan  perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata , “ Wahai Nabi Allah tolonglah aku.” Mendengar rayuan itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihat keadaan itu, lantas burung helang datang menghampiri Nabi lalu berkata. “ Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku menegjar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.” Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pahanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

“Ya Allah aku telah pun melaksanakan perintahmu sebagaimana yang diberitahu dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.”

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T bahawa:

Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya Nampak besar seperti bukit tetapi  akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal iaitu menahannya, maka marah itu akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua, semua amal kebaikan(budi) walau disembunyikan, maka ia tetap akan Nampak jua.

Ketiga, jika sudah menerima amanah  seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat, jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah  untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri  berhajat.

Kelima, bau yang busuk itu ialah ghibah ( menceritakan hal seseorang) maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, kerana kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan seharian kita. Perkara yang tidak dapat kita elakkan  setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat  seseorang itu suka mengata hal  orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita sebab ada sebuah hadis mengatakan bahawa :

Diakhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, “ Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”Maka berkata Allah S.W.T, “ ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.”

" Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walau apa pun yang kita kata itu memang benar, tetapi kata mengata itu akan merugikan diri kita sendiri . Oleh itu, janganlah kita mengata hal keburukan  orang walaupun ia benar".

Wallahu a’lam..
http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=451:kisah-lima-perkara-aneh&catid=10:kisah-dan-tauladan&Itemid=74

Yoro dilanda 'hujan ikan' setiap tahun

Yoro dilanda 'hujan ikan' setiap tahun
Fenomena luvia de peces (rain of fish)
HONDURAS - AMERIKA TENGAH. Ajaib dan aneh, itulah perkataan yang sesuai untuk mengambarkan fenomena luvia de peces (rain of fish) yang berlaku hampir setiap tahun di kawasan Yoro, di sini, kerana hujan yang turun bukan sahaja membawa air tetapi turut membawa ikan turun bersama.
 
Fenomena ini berlaku sekitar bulan Mei dan Jun di mana penduduk setempat akan meraikannya sehingga menjadikan ia festival wajib dan menggelarkan fenomena ini sebagai ‘aguacero de pescado’.
 
Menurut penduduk setempat, hujan ikan ini membawa rahmat kepada mereka dan percaya bahawa ia rezeki untuk penduduk miskin di kawasan tersebut.
 
Keanehan ini telah membuatkan fenomena ini dibukukan dan termasuk dalam “Most Amazing Natural Phenomena” menerusi buku Lonely Planet: 1000 Ultimate Sights.
 

Penjelasan Fenomena
 
Menurut pakar meteorologi, pada bulan Mei dan Jun, kawasan tersebut sering dilanda ribut.
 
Dalam cuaca sedemikian, angin kuat seperti ribut taufan akan menghasilkan puting beliung atau tornado kecil.
 
Menurut laporan BBC, apabila tornado ini bergerak ke kawasan air, organisma kecil seperti ikan atau katak akan ditarik ke atas dan dibawa sehingga beberapa batu jauhnya.
 
Sebab itulah tidak mustahil ikan ini jatuh bersama hujan kerana ‘kekuatan’ tornado yang mampu membawa ia sehingga ke kawasan Yoro.
 
Namun begitu, masih timbul beberapa persoalan mengenai perkara tersebut apabila kesemua ikan yang turun bersama hujan ini merupakan spesies ikan air tawar sahaja, bersaiz kecil dan berada dalam keadaan yang masih sempurna.
 
Dan persoalan ini masih belum dapat dirungkai secara saintifik sehingga sekarang, namun sebagai orang Islam kita percaya bahawa ALLAH boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki oleh-NYA.

Pengacara BFM perlekeh hudud


KLIP video yang menampilkan Aisyah disiarkan selama 1 minit dan 56 saat di laman YouTube.


KUALA LUMPUR – Pengacara stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin semalam menerima kecaman hebat termasuk ugutan bunuh dan rogol daripada pengguna media sosial selepas dia mempersoalkan sama ada hukum hudud boleh meningkatkan ekonomi negeri Kelantan menerusi klip video di YouTube.
Aisyah, 27, mengkritik dengan sinis sistem undang-undang hudud itu melalui klip video bertajuk Hudud Isi Periuk Nasi? yang dimuat naik di laman tersebut dan ditonton sebanyak 279,031 kali sejak kelmarin.
Rakaman video tersebut yang berdurasi satu minit 56 saat memaparkan Aisyah tampil dengan memakai tudung mendakwa Kelantan lebih mengutamakan isu hudud berbanding sosioekonomi rakyat di negeri berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3UyVveEhw 
Hakcipta terpelihara 

Fenomena Ekuinoks tengah hari ini



Kemuncak Gerhana Matahari Penuh yang berlaku di Kepulauan Faroe di Lautan Norway semalam.


KUALA LUMPUR – Seluruh dunia akan mengalami fenomena Ekuinoks bermula tengah hari ini ketika matahari melintasi garisan Khatulistiwa bagi mengubah kedudukannya.
Semasa fenomena Ekuinoks, seluruh dunia akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.
Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Mohd. Zamri Shah Mansor berkata, matahari dari hemisfera Selatan bergerak ke hemisfera Utara setelah enam bulan berada di hemisfera Selatan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3UyVkO94z 
Hakcipta terpelihara 

38 kali berkahwin di 12 negara

Pasangan penuh aksi itu mula mendapat idea tersebut selepas mereka
PASANGAN penuh aksi itu mula mendapat idea tersebut selepas mereka bertunang pada tahun lalu dan mereka dapati tidak dapat mengemukakan satu peracangan bersama tema khusus untuk majlis perkahwinan mereka.
LOS ANGELES 20 Mac. – Sepasang suami isteri dari Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mencipta sejarah tersendiri menggembara ke enam benua, 12 negara dan mengadakan 38 upacara perkahwinan di tempat yang mereka lawati, sebagai cara unik untuk me­raikan cinta sejati mereka.
Akhbar Daily Mail melaporkan, Cheetah Platt, 30, dan Rhiann Woodyard, 32, tampil dengan cara yang unik bagi meraikan cinta mereka dengan melangsungkan perkahwinan mereka sebanyak mungkin di tempat-tempat yang mereka lawati dalam tempoh masa kurang daripada 90 hari.
Pasangan itu mendapat idea tersebut selepas mereka bertunang pada tahun lalu dan membuat perancangan bersama tentang tema khusus untuk majlis perkahwinan mereka.
“Kebanyakan wanita menghabiskan kebanyakan masa, tekanan dan wang ringgit untuk majlis perkahwinan mereka, yang kemudian berakhir begitu sahaja.
“Saya suka jika saya berpeluang berkahwin dengan Platt berkali-kali. Pengembaraan ini sangat menarik dan tidak berlangsung untuk satu hari sahaja,” kata Woodyard yang turut mendapat sumbangan dana daripada laman web bulan madu, Honeyfund bagi merea­lisasikan impian mereka itu.
Justeru mereka mula melakukan pengembaraan mengelilingi dunia pada 8 Februari lalu dengan hanya berbekalkan dua beg galas dan menuju ke Bogota, Colombia.
Majlis perkahwinan pertama mereka berlangsung di Colombia, sebelum terbang ke Sepanyol, Ireland, Maghribi, India, Thailand dan Mesir.
Woodyard berkata, sebagai langkah berjimat-cermat, mereka akan memakai pakaian pengantin yang sama pada setiap majlis perkahwinan mereka.
Sepanjang ‘kembara cinta’ mereka selama tiga bulan itu, pasangan ideal tersebut berjaya melawat 12 negara dan mengadakan 38 majlis perkahwinan dalam tempoh hanya 83 hari.
Platt dan Woodyard berkata, mereka berkemampuan mendapatkan penerbangan bagi mengelilingi dunia dan mendarat di 11 negara pada harga tidak sampai AS$3,000 (RM11,075) seorang.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/38-kali-berkahwin-di-12-negara-1.71888#sthash.HOcJoHkk.dpuf

Ibu temui anak terpisah 26 tahun

Mingxi (tengah) tidak kenal putus asa meraikan kepulangan semula
MINGXI (tengah) tidak kenal putus asa meraikan kepulangan semula anaknya yang terpisah selama 26 tahun di kampungnya di wilayah Hebei, China. AGENSI
BEIJING 20 Mac - Penat jerih seorang ibu di China untuk mencari anak lelakinya yang terpisah sejak 26 tahun lalu terbalas, selepas mereka akhirnya dipertemukan semula, dalam satu pertemuan yang berlangsung penuh emosi di wilayah Hebei, baru-baru ini.
Mereka dipertemukan selepas seorang lelaki mengecam gambar yang dibawa oleh wanita itu semasa dia tampil dalam satu program televisyen dan mendakwa, lelaki gambar itu adalah rakannya yang kini dikenali sebagai Jiang Xi dan berada di Angola.
Menurut laporan People’s Daily Online yang dipetik Mail Online, Lan Mingxi, 53, memutuskan untuk mencari anak lelakinya, Li Wei, yang diculik dua individu tidak dikenali semasa berumur empat tahun pada 1989, sebagai langkah terakhir menyelamatkan anak perempuan mereka, Li Dan yang di­sahkan menghidap leukaemia.
Hal ini kerana, dia dan bekas suaminya itu tidak layak menjadi penderma tulang kerana tidak sepadan dengan anaknya itu.
Untuk mencari Wei, Mingxi menulis sebanyak 10,000 pucuk surat dan tampil dalam program televisyen berpuluh-puluh kali, sambil memegang gambar Wei yang diambilnya ketika anaknya itu baru berusia tiga tahun.
Malah, bagi menjayakan ran­cangannya, Mingxi sanggup untuk mema­suki rangkaian sindiket penyeludup­an kanak-kanak, namun usahanya gagal selepas mi­sinya terbongkar.
Namun, bagai jatuh ditimpa tangga, suami Mingxi bertindak menceraikannya selepas tertekan dengan kehilangan anaknya itu dan wanita itu perlu menyara seorang lagi anak mereka, Li Dan.
Sementara itu, Wei, 30 yang kini bekerja sebagai pemandu lori di Angola, kemudiannya dimaklumkan tentang gambar yang tersebar itu dan pulang ke China untuk memperbaharui visanya sambil mengambil ujian darah bagi mengesahkan statusnya yang kemudiannya disahkan sepadan.
Wei dan Mingxi akhirnya dipertemukan pada satu majlis penuh emosi di kampung ibunya, dengan lelaki itu yang selama ini menyangka bahawa dia adalah anak yatim turut membawa anaknya yang kini berumur empat tahun ke majlis itu, umur yang sama semasa dia hilang.
“Saya mencari anak saya selama 26 tahun dan tidak pernah berputus asa kerana percaya dia masih berada di ‘luar sana’. Kini sukar bagi saya untuk percaya kerana kedua-dua anak saya kini sudah bersama saya ditambah dia sudah berkahwin, dan saya kini mempunyai seorang cucu,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ibu-temui-anak-terpisah-26-tahun-1.71883#sthash.zWweA3l3.dpuf

Gunting rambut guna besi panas

KEDAI gunting rambut milik Weibo masih bertahan meski pun dia menggunakan teknik tradisional, Dahouj
KEDAI gunting rambut milik Weibo masih bertahan meski pun dia menggunakan teknik tradisional, Dahoujia iaitu membakar rambut menggunakan besi panas. - AGENSI
BEIJING 20 Mac – Kebiasaannya pekedai gunting rambut akan menggunakan gunting atau pencukur rambut untuk memotong rambut pelanggan mereka.
Lain, pula kisahnya di China apabila seorang penggunting rambut menggunakan cara tersendiri untuk memotong rambut pelanggannya, sekali gus menarik minat ramai orang untuk cuba mendapatkan perkhidmatannya.
Wang Weibu merupakan seorang daripada segelintir penggunting rambut di China yang masih mengamalkan cara tradisional dikenali sebagai Dahoujia, iaitu menggunakan dua batang besi panas untuk memotong rambut pelanggan.
Menurut laporan portal Oddity Central, lelaki ber­usia 72 tahun itu yang memiliki kedai gunting rambut di Jinshi, wilayah Sichuan, akan membakar besi tersebut terlebih dahulu sehingga menjadi panas kemerahan sebelum me­rendamkannya di dalam air.
Kemudian, Weibu akan menjadikan besi tersebut sebagai gunting untuk memotong rambut mengikut kehendak pelanggan.
Jelas laporan tersebut, teknik itu ternyata unik kerana rambut pelanggan tidak kelihatan seperti hangus terbakar, sebaliknya tampak kemas dan menjadi kerinting selama tiga bulan.
“Tidak ramai lagi pendandan rambut yang mempunyai kemahiran Dahoujia, lebih-lebih lagi tidak banyak pelanggan berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini.
“Kebanyakannya hanya orang tua sahaja yang datang ke kedai saya (untuk mendapatkan perkhidmatan Dahoujia), dan mungkin satu hari nanti, kemahiran ini tidak wujud lagi,” katanya, sambil menambah kata, perniagaannya masih bagus buat masa ini, walaupun permintaan yang rendah.
Dahoujia pernah popular di China suatu ketika dahulu, dan mula dilupakan pada 1980-an.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gunting-rambut-guna-besi-panas-1.71880#sthash.wgXTgoYS.dpuf