Pages

Thursday, May 5, 2011

Osama mati syahid: Ulama Mesir


KAHERAH: Seorang ulama yang semakin mendapat sokongan di Mesir memuji Osama bin Laden dan menganggap kematiannya sebagai syahid.
Ulama salafi dari Iskandariah, Yassir al-Burhami, berkata Osama meninggal dunia secara bermaruah dan Tuhan tidak mengizinkan tokoh itu ditawan musuh.

Mengenai jenazah Osama disemadikan di laut, Yassir berkata, perbuatan itu menunjukkan bahawa AS memang tidak tahu menghormati seseorang yang hidup atau mati. - AFP

Osama ditawan sebelum dibunuh

pix_middle

ISLAMABAD: Seorang anak perempuan Osama bin Laden berkata, pemimpin al-Qaeda itu ditangkap hidup-hidup oleh tentera elit Amerika Syarikat sebelum ditembak mati.
Menurut anak Osama yang berusia 12 tahun itu, dia melihat bagaimana bapanya menjalani ‘hukuman mati’ itu sebelum mayat berkenaan diheret ke sebuah helikopter.

Laporan itu disiarkan rangkaian berita al-Arabiya yang memetik seorang pegawai keselamatan kanan Pakistan, semalam.

Al-Arabiya juga melaporkan, seorang pegawai keselamatan Pakistan menafikan dakwaan AS mengenai berlaku pertempuran di antara tentera negara itu dengan penghuni rumah persembunyian Osama.

Katanya, tiada sebutir peluru pun ditembak dari kawasan berkenaan ke arah helikopter atau tentera AS.

“Helikopter tentera AS mengalami masalah teknikal dan terhempas.


“Bangkai pesawat itu kemudian terus ditinggalkan begitu saja,” katanya.

Sebelum ini, pegawai AS mendakwa Osama bersenjata raifal AK-47 ketika serbuan ke atas tempat persembunyiannya di Abbottabad dilakukan Isnin lalu.
Pegawai antikeganasan AS, John Brennan, juga mendakwa kononnya Osama menjadikan isterinya sebagai perisai ketika dia dibunuh.

Bagaimanapun, malam kelmarin, Washington mengubah cerita itu dan mendakwa, Osama sebenarnya tidak bersenjata ketika komando elit tentera laut AS menyerbu rumah berkenaan.

Mengulas mengenai percanggahan itu maklumat itu, Rumah Putih mendakwa, ia memang biasa berlaku, kononnya akibat kekeliruan pertempuran.

Pegawai keselamatan juga tidak menemui sebarang senjata atau bahan letupan ketika menggeledah kediaman tiga tingkat dilengkapi 13 bilik itu.

Sebaliknya, mereka hanya memindahkan dua kerbau, seekor lembu dan kira-kira 150 ayam dari kawasan berkenaan.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jay Carney, berkata tentera AS mengendalikan operasi itu dengan penuh profesionalisme.

“Osama terbunuh dalam operasi itu kerana dia melawan,” katanya.

Al-Arabiya juga melaporkan, ahli keluarga Osama yang terselamat, termasuk enam kanak-kanak dan seorang isterinya, kini ditempatkan di hospital di Rawalpindi.

Isteri paling muda Osama, Amal al-Sadah, 27, mengalami kecederaan akibat ditembak di kakinya. - DM

Mayat Osama amat ngeri: AS

PENYOKONG Parti Pro-Taliban, Jamiat Ulema-i-Islam-Nazaryati (JUI-N), melaungkan slogan anti-Amerika Syarikat (AS) ketika tunjuk perasaan di Quetta pada 2 Mei lalu selepas Osama bin Laden dibunuh pasukan tentera khas Amerika Syarikat di Abbottabad, Pakistan. - Foto AFP
PENYOKONG Parti Pro-Taliban, Jamiat Ulema-i-Islam-Nazaryati (JUI-N), melaungkan slogan anti-Amerika Syarikat (AS) ketika tunjuk perasaan di Quetta pada 2 Mei lalu selepas Osama bin Laden dibunuh pasukan tentera khas Amerika Syarikat di Abbottabad, Pakistan. - Foto AFP
WASHINGTON: Rumah Putih semalam memberi amaran, gambar mayat Osama Bin Laden amat mengerikan dan menyuarakan kebimbangan kemungkinan ia akan mencetuskan kemarahan jika disiarkan untuk membuktikan pemimpin al-Qaeda itu sudah mati.
Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Leon Panetta dalam satu temuramah membayangkan kemungkinan gambar itu didedahkan tetapi kemudian berkata, sebarang keputusan mengenainya terletak pada Rumah Putih.

Dua hari selepas pasukan elit tentera Amerika membunuh pemimpin al-Qaeda terbabit di Pakistan, pegawai kanan Rumah Putih belum memutuskan sama ada untuk mendedahkan bukti kepada orang ramai bahawa Osama benar-benar sudah mati.

“Adalah adil untuk berkata bahawa gambar itu mengerikan. Ia boleh mencetuskan kemarahan,” kata jurucakap Rumah Putih, Jay Carney.

“Kami masih mengkaji keadaan dan berusaha membuat keputusan terbaik,” katanya.

Menurutnya, Presiden Barack Obama turut terbabit dalam perbincangan itu.


Panetta mencetuskan kontroversi apabila terlepas cakap dalam temuramah dengan rancangan NBC Nightly News.

“Yang penting, seperti anda tahu, kami sudah membunuh Osama dan saya berpendapat, kami perlu mendedahkan kepada dunia bahawa kami berjaya melakukannya.” kata Panetta.
Selepas memberi taklimat kepada anggota Dewan mengenai pembunuhan Osama, beliau kemudian memberitahu AFP, keputusan untuk mendedahkan gambar itu terletak pada Rumah Putih.

Obama menyedari bahawa penyiaran gambar mayat Osama akan menyangkal sebarang teori konspirasi yang mendakwa Washington memalsukan kematian pemimpin al-Qaeda itu.

Bagaimanapun, pegawai Amerika juga sedar potensi serangan balas, kemungkinan terhadap kedutaan Amerika Syarikat di seberang laut atau kepentingannya yang lain di negara Islam akibat penyiaran gambar itu yang dianggap tidak menghormati orang yang sudah mati.

Musuh Amerika Syarikat sangsi mengenai kenyataan Washington dengan mendakwa kematian Osama itu dibuat dengan tujuan propaganda.

Kumpulan Taliban di Afghanistan berkata, adalah terlalu awal untuk mengulas.

“Memandangkan Amerika Syarikat tidak menyediakan dokumen yang meyakinkan untuk membuktikan dakwaan mereka dan sumber yang rapat dengan Osama belum mengesah atau menafikan mengenai kesyahidannya, kami menganggap adalah terlalu awal untuk mengeluar kenyataan berhubung laporan itu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Taliban dalam laman webnya.

Satu pilihan mungkin boleh dilakukan Rumah Putih ialah menyiarkan gambar pemimpin al-Qaeda itu ketika pengebumiannya di laut dari kapal pengangkut pesawat USS Vinson di Lautan Hindi.

Pegawai berkata, mayat Osama dimandi, dikafan dan disembahyangkan mengikut cara Islam sepenuhnya sebelum diturunkan ke laut.

Seorang pegawai kanan sebelum ini berkata, Osama dikenalpasti ketika pertempuran di kediamannya di Abbotabad, Pakistan. - AFP, mymetro

Kisah aneh semasa menguruskan jenazah




http://pakarhowto.com/wp-content/uploads/2010/05/jenazah.jpg


Ini adalah kisah benar, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput.

Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini :


Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.


Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan 'istimewa' sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah.

Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.

Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.

Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT.


Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus "fardu kifayah" atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.


Tetapi selama memandikan mayat itu,kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.


Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?

Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.

Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.


Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya,kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.

Saya katakan kepada mereka,"Inilah ujian Allah terhadap kita". Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.


Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah. Ketika semua anak almarhum masuk,saya nasihati mereka.

Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka,bukan menguruskan semuanya,tanggung jawab ada pada ahli warisnya.


Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu,bukan hanya iman,hanya bilal,atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.

Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut,tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.

Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.


Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.

Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.

Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang.Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.

Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah "Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini."


Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil ambulance.

Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.


Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.

Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:

"Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya."

Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya,tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.


Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu,muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.

Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar,dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.

Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah,cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan.


Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.

Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.


Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.

Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na'udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa'at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.

Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.


Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.

Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.


Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.


Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.

Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.


1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?

2. Mendapat harta secara merampas,menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jawatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?

Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.

Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini.


Kepada kita semua pembaca setia renungan Media Informasi ini, tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita ?


Renungkanlah...

Pada akhirnya setelah semalam merenungkan artikel ini dalam hati terbit do'a: "Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu. Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari akhlaq yang menjadikan peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu."

Wassalamu'alaikum.


Untuk saudara-saudaraku yang kucintai kerana Allah...kirimkan berita ini kepada saudara-saudara kita yang lain untuk mengingatkan diri kita semua untuk selalu memperbaiki semua amalan dalam diri kita dan kita adalah mahluk yang lemah dimana apapun yang Allah inginkan tiada yang dapat menghalangiNya.


Sumber:

- Peristiwa aneh dari sebuah jenazah oleh Sugeng Marjoko (LOC II)
- majalah.hidayatullah.com
Tulahan: Kisah aneh semasa menguruskan jenazah

Kisah benar azab Allah kerana menari di atas al-Quran di malam tahun baru

Salam


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZyW2-wtpc4QBKGsrs6g5cDbGHWYkq0xR6s8OEJJkZLJsQuKCSe2gE4IcaGK8CP03zS69G7zVn6gYXePOoP9A7IOa9IQXkaLadXfjiRHUVSYmBbjYBUEm3oRxrE82MUblioFIcV4k2iQ/s1600/babedhdhra_lokasi_ditemukannya_reruntuhan_kota_sodom_dan_gomoroh_100815214446.jpg


Kebiasaan penulis tunaikan solat Jumaat di sebuah dewan berhampiran rumah. Memandangkan anak-anak masih cuti sekolah, penulis ambil peluang bersolat di masjid yang agak jauh dengan rumah.

Sampai di masjid, seorang penceramah berbangsa Arab sedang menyampaikan ceramah menggunakan bahasa Inggeris. Biasalah di negara orang putih, guna bahasa Inggeris.

Menjelang tahun baru 2011 , maka penceramah menyentuh isu tahun baru. Beliau memperingatkan jemaah solat Jumaat yang hadir supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah kerana menyambut tahun baru.

Penceramah mengambil kisah Nabi Daud dan kisah azab Allah ke atas bani Israel yang melanggar larangan Allah menangkap ikan pada hari Sabtu.

Penulis tidak akan menceritakan kisah azab Allah ke atas bani Israel sebab ramai yang tahu kisah ini. Penulis akan ceritakan kembali kisah benar yang diceritakan oleh penceramah sebelum beliau menutup ceramahnya.

Penceramah berkata, seorang komando tentera Turki beragama Islam memceritakan kepadanya satu peristiwa yang dialami pada tahun 1999 semasa malam menyambut tahun baru.
Pada masa itu, mereka berada di suatu tempat untuk latihan ketenteraan. Pada malam berkenaan, seorang jeneral beragama Islam telah membawa penari perempuan untuk membuat persembahan kepada tentera yang membuat latihan sebagai hiburan menyambut tahun baru.

Terdapat tentera Islam termasuk komando berkenaan tidak bersetuju dengan tindakan jeneral berkenaan dan memberi amaran tentang azab Allah. Komando berkenaan berkata kepada jeneral berkenaan lebih baik mati menentang Israel daripada mati ditimpa azab Allah kerana melakukan perkara maksiat.

Jeneral berkenaan angkuh memandangkan beliau adalah ketua dan berkuasa. Beliau mempersendakan tentera Islam yang membantah malah lebih teruk lagi beliau telah mengambil al-Quran lalu meletakkannya ke lantai.

Jeneral itu kemudiannya, menyuruh penari perempuan menari di atas al-Quran berkenaan. Semasa penari berkenaan memijak dan menari di atas al Quran, komando itu menyatakan terasa ketakutan yang amat sangat akan berlaku azab Allah di kalangan tentera yang membantah.

Perasaan takut itu menyebabkan mereka melarikan diri dari tempat berkenaan. Semasa mereka melarikan diri terdengar satu letupan yang amat kuat dari tempat maksiat berkenaan.

Apabila memandang ke tempat berkenaan , sungguh mengejutkan mereka tempat itu sudah tengelam ke bawah dan membentuk kawasan seperti kolam. Seramai 37 orang telah lenyap tengelam sekelip mata.

Tidak lama selepas kejadian , pasukan tentera penyelam telah datang untuk mengambil mayat di dalam kolam berkenaan.

Amat mengejutkan lagi, apabila pasukan penyelam berkenaan menceritakan semasa mereka menyelam ke dalam kolam berkenaan. Kesemua mayat berkenaan sudah bertukar wajah menjadi wajah monyet dan babi.

Inilah yang kisah benar yang diceritakan penceramah berkenaan. Cumanya, beliau tidak memberitahu di manakah tempat berkenaan.

Anggaplah kisah benar ini sebagai peringatan kepada kita umat Islam supaya tidak melakukan perkara yang dilarang Allah, perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

WassalamTulahan: Kisah benar azab Allah kerana menari di atas al-Quran di malam tahun baru

Kisah pelik tapi benar : Pelajar di sekolah tahfiz

Salam


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5fVuUaPGL7H1NnK2AOpRbGibUzB2rJquwo7ZH_q9mTD9s47cBxO04QQP1r196PcMjxMtk2MyE8UfriZWIua4sKVlWKYPfMIBTs4TPLIdru2SGrxTM-6II0UQS0tvtz7f7TzM7rZNtkbpj/s400/tahfiz.jpg


Cerita dari Mak Teh pengendali sekolah tahfiz :

Ada tiga jenis orang yang tidak boleh belajar di sekolah kami. Mereka ini bukan yang tak layak, tak pandai atau tak mahu.

Mereka ini adalah orang yang layak ( kami telah menerima masuk ), pandai mendapat 3, 4 atau 5 A , dan sangat berminat belajar di sekolah kami.

1. Jenis yang ada saka atau benda peliharaan Tok Nenek

Sebelum membuka sekolah ini Mak teh dan Pak haji tidak pernah tahu apa itu saka. Setelah membuka Sekolah ini pada tahun ke2 pengambilan pelajar, ada seorang pelajar yang mula-mula sekali datang berdaftar.

Ini menunjukkan pelajar itu dan keluarganya sangat minat pada sekolah kami. Malangnya dia hanya dapat bertahan 3 hari orientasi sahaja. Apabila anak-anak tahfiz mula sessi bacaan al-Quran dia mula jadi sakit.

Dia akan sesak nafas, berguling-guling kesakitan dan menjerit panggil emaknya. Kadang-kadang sakitnya itu seolah-olah orang sakit perut dan kadang-kadang seolah-olah ada orang mencekiknya.

Kamipun telefon memberitahu ibubapanya suruh datang ke sekolah melihat keadaan anak mereka. Ibubapanya segera datang untuk membawanya pulang untuk berubat.

Mula-mula kami ingat ini kes saikologi, anak-anak yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan asrama. Tiga hari kemudian pelajar itu kembali keasrama dengan wajah yang ceria.

Aku nampak keriangan di wajahnya apabila masuk semula melakukan perkara-perkara biasa apabila mula masuk asrama. Namu hari berikutnya pelajar itu jatuh sakit lagi.

Tiga kali ibubapanya ambil dia bawa pulang untuk berubat. Akhirnya mereka datang beritahu hal yang sebenar bahawa anak mereka itu kena gangguan saka.

Mereka menerangkan kepada kami bahawa datuk sebelah ibunya mewarisa saka tok nenek dan sekarang hendak di turunkan kepada ibu pelajar itu walaupun dia tidak mahu mewarisinya ( kerana dia anak sulung dalam keluarga ) dan saka itu mengganggu pelajar ini sebab dia juga anak sulung.

Maka kami membenarkan anak itu di keluarkan dari sekolah kami. Mereka telah pergi merata tempat untuk cuba membuang saka itu. Adakah mereka berjaya berbuat demikian?

Kami telah putus hubungan dan tidak tahu kisah selanjutnya cuma ada terdengar anak itu mereka hantarkan ke sekolah biasa.

Setakat hari ini sudah ada 3 kes yang sama seperti ini. Perbezaanya hanyalah sedikit. Kes yang ke 2 berlaku tahun lepas, dimana pelajar itu masuk ke sekolah kami agak lewat.

Bila di tanya mengapa datang lewat, dia berkata telah bersekolah di maahad tahfiz lain tetapi tidak sesuai. Perkara yang berlaku keatas pelajar ini kurang sikit seriusnya tetapi pelajar ini selalu menakut-nakutkan pelajar lain dengan menceritakan dia ada membawa bersamanya beratus-ratus ekor jin.

Maka nak-anak lainpun cemas dan ketakutan. Pelajar ini selalu mengadu sakit perut atau demam di pagi hari. ( kami mengesyakki dia mengada-adakan cerita kerana malas belajar ).

Namun apabila kejadian dia sakit berulang, kami panggil ibubapanya supaya mengambil dia pulang. Akhirnya kami mendapat tahu budak ini juga adalah mangsa masaalah gangguan saka walaupun bapanya tidak mengaku.

Kami buat keputusan tidak benar pelajar ini kembali ke sekolag kerana dia mengganggu ketenteraman pelajar lain. Arahan Pak haji kepada ibubapanya

" Jangan bawa dia pulang ke sekolah ini selagi di tidak di pulihkan dari penyakitnya." Sehingga hari ini kami tidak dengar lagi berita dari keluarga ini.

Kes yang ketiga baru berlaku di tahun ini, dimana seorang pelajar itu akan di ganggu apabila dia masuk ke asrama. Keluarganya telah cuba mengubatinya tetapi tidak berjaya.

Setiap kali dia pulang ke asrama benda halus itu akan membuat dia sakit. Dia cuba melawan tetapi dia tidak sanggup lagi apabila benda itu menjelma dan menunjukkan dirinya.

Kes ini, keluarganya telah menafikan ada kaitan dengan saka. Mereka tidak dapat menjelaskan kenapa syaitan atau jin itu mengganggu anak mereka. Akhirnya anak itu di bawa keluar dari sekolah ini walaupun mereka kecewa berbuat demikian.

2. Jenis yang Anak mahu belajar tetapi ibu tak senang duduk.

Ada 2 kes di mana anak-anak itu sedang pelajar bersungguh-sungguh tetapi ibunya menghadapi masaalah tidak boleh tidur. Belum sampai sebulan ( dua minggu ) anak itu belajar menghafal Al-Quran dengan penuh minat, tiba-tiba si ibu datang pada malam hari tergesa-gesa mahu mengambil anak itu pulang.

Alasan yang di beri ialah ibu itu gelisah, tak senang duduk dan tidak boleh tidur malam. Anak itu terpingga-pingga sebab dia baru mula asyik seronok membaca dan menghafaz al-Quran.

Anak tidak mahu pulang tetapi kerana kemahuan ibu wajiblahlah dia akur. Kesihan mengingatkan kisah anak-anak seperti ini. ( Dua kes seperti ini telah berlaku ).

Kami pernah berdoa agar budak itu di suatu hari kembali kepada kami. Namun sampai hari ini mereka tidak muncul kembali.

Kes jenis ini besar kemungkinan, ibu itu belum sampai tahapnya mendpat anak Al-hafiz atau Al Hafizoh.

3. Jenis ketiga, Anak boleh belajar dengan baik, Ibu nampak Ok, Si bapa kurang mengambil peranan

Kami telah melalui 3 kes yang jenis ini. Anak-anak boleh belajar dengan baik, pelajaran mereka sedang meningkat. Sedihnya si bapa kurang mengambil peranan. Akhirnya anak ini mereka keluarkan dari sekolah kami tanpa kami tahu apa sebab yang sebenarnya.

Besar kemungkinan ada yang mereka tidak suka dengan sistem kami atau mereka tidak sefahaman dengan matlamat yang kami hendak membawa anak mereka. Pastinya mereka ini orang-orang yang tidak berterus terang dengan kami.

Walaupun kami sedih apabila mereka mengambil anak mereka keluar, kami redha kerana setiap hari kami berdoa agar anak-anak dan ibubapa mereka ini ( anak-anak tahfiz kami dan ibubapa mereka ) adalah jenis orang-orang yang berbaloi kami korbankan tenaga dan usaha kami.

Itulah cerita mak teh 3 jenis orang-orang yang tidak boleh tinggal belajar di sekolah kami. Wallahu'alam !Tepak Sireh Mak Teh
Tulahan: Kisah pelik tapi benar : Pelajar di sekolah tahfiz

Kisah azab mayat seorang polis Melayu




Gambar sekadar hiasan

Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.
Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut.
Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.

Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.
Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa.
Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu.
Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri.
Cintai Allah, Cintai Islam.
Moral cerita:
1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.
2. Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang dihairankan polis berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas semata-mata menurut kehendak tuannya. Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan begitu.
Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga.
Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak. Fikir-fikirkan.Ummu Abbas-keranacinta
Wassalam
Tulahan: Kisah azab mayat seorang polis Melayu

RAHSIA SULIT








Punca sebenar kenapa Libya dibom adalah kerana kedegilan Gaddafi ingin memperkenalkan dinar emas

Menurut IMF, Bank Sentral Libya adalah 100% milik negara. IMF menganggarkan bahawa Libya mempunyai hampir 144 tan emas di bank tersebut. Signifikannya sebelum PBB meluluskan resolusi mengharamkan penerbangan di ruang udara Libya dan membenarkan USA dan sekutunya menghantar tentera menyerang Libya, Muammar al-Gaddafi secara terbuka telah menganjurkan pembentukan mata wang baru yang akan menyaingi dollar dan euro.

Bahkan, dia meminta negara-negara Afrika dan negara-negara Islam untuk bergabung dalam sebuah perikatan yang mejadikan mata wang baru iaitu dinar emas sebagai matawang utama perdagangan antarabangsa menggantikan US Dollar dan Euro. Mereka akan menjual minyak dan semua dagangan kepada USA dan seluruh dunia hanya melalui dinar emas ini..


USA, negara-negara G-8, Bank Dunia, IMF, BIS, dan syarikat-syarikat multinasional tidak senang dengan cadangan ini dan menganggap gagasan ini bakal menggugat dan mengancam dominasi mereka dalam pasaran matawang dunia.


Dalam lain perkataan, mereka menganggap tindakan tersebut akan menjadi amat bahaya dan bakal mempengaruhi negara-negara lain meninggalkan atau sekurang-kurangnya menjauhi sistem perbankan antarabangsa yang selama ini menguntungkan kumpulan korporat yang mereka kuasai.


Saddam Hussein juga telah menganjurkan dasar yang serupa dengan apa yang diungkapkan oleh Gaddafi tidak lama sebelum USA menghantar pasukannya ke Iraq.

Secara tidak langsung sistem perbankan yang selama ini memberi keuntungan lumayan kepada mereka pasti akan runtuh Semua negara akan kembali kepada sistem lama bersandar sepenuhnya kepada emas. US Reserve Bank yang menjadi induk kepada semua sistem bank riba ini tentu sekali merasa rimas dan gerun menanti nasib yang bakal menimpa mereka jika sistem baru dagangan dunia melalui dinar emas ini benar-benar terlaksana.

Setahun sebelum itu Libya telah mengesyorkan negara-negara Arab dan Afrika menggunakan sistem matawang emas tunggal dan menyatukan negara-negara ini dalam satu kesatuan yang kukuh dan aktif. Pada dasarnya ia dipersetujuai dan disokong oleh hampir kesemua negara kecuali beberapa negara yang terkekang dengan sistem pemerintahan demokrasi-sekular mutlak dan Liga Arab. Ia kelihatan memberi impak dalam sistem politik dunia yang baru dimana seluruh Afrika dan Arab berada dalam datu kesatuan yang besar.

Lebih menakutkan Barat ialah mereka terpaksa patuh kepada sistem matawang baru anjuran Libya ini untuk mendapatkan bekalan minyak dari negara Arab. Dollar dan Euro tidak lagi berkuasa, ini amat tidak disenangi. Sistem perbankan juga pasti akan berubah sesuai dengan sistem dinar emas tersebut. Sistem perbankan berasaskan riba akan semakin lemah dan lumpuh di negara-negara berkenaan dan merebak keseluruh dunia.

Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah bertindak balas terhadap inisiatif tersebut. Presiden Peranchis Sarkozy mengatakan :Libya telah melancarkan satu tindakan yang akan menggugat keselamatan sistem kewangan dunia. Gaddafi juga dikatakan mempunyai hasrat untuk menubuhkan dan mengetuai Kesatuan Afrika.

Dua hujah palsu segera dicipta untuk menutup alasan yang sebenarnya (menganjurkan Perang Salib terhadap Libya). Alasan rasmi ialah kononnya untuk membela hak asasi manusia dan alasan kedua (tidak rasmi) pula ialah usaha mencuri minyak Libya. Kedua-dua alasan ini sengaja dicipta dan dibocorkan. Maka terlindunglah muslihat sebenar mereka.

Walau bagaimana pun, tidak dinafikan bahawa tindakan Muammar Gaddafi tersebut hampir sama dengan apa yang pernah di lakukan oleh Jeneral Peranchis de Gaulle untuk meninggalkan penggunaan sampah (wang kertas) bernama "dollar" dan kembali semula kepada emas. Tindakan Muammar Gaddafi ini sebenarnya menjadi ancaman serius kepada kekuasaan parasit demokrasi moden iaitu sistem perbankan (diterajui zionis).

Sistem riba anjuran mereka mesti dipertahankan. Muammar mesti dipadamkan segera dari muka bumi kerana dia bakal memimpin satu kuasa ekonomi baru untuk menggugat kekuasaan mereka dalam sistem kewangan antarabangsa. Masyarakat dunia tidak sama sekali dibenarkan menganjur sebarang bentuk atau sistem yang boleh mengganti atau menyaingi perniagaan riba ini.

Tidak ramai yang tahu tentang "rahsia" ini kerana ia telah disembunyikan seberapa rapi yang mungkin sebagaimana perkara-perkara lain yang melibatkan tindakan dan operasi rahsia illuminati dan masons ini, umpamanya kes pembunuhan JF Kennedy dan Abraham Lincoln suatu masa dahulu. Agenda yang lebih penting ialah menghalang seluruh masyarakat dunia tahu kelebihan Sistem Kewangan Islam yang amat tegas dalam pengharaman riba.

Atas sebab itulah Bank Pusat Libya yang baru cepat-cepat ditubuhkan di Benghazi untuk mengganti sistem kewangan Muaamar Gaddafi di Tripoli sebaik sahaja pemberontak berjaya menguasai timur Libya. IMF adalah dalang disebalik penubuhan Bank Negara Libya yang baru tersebut.

Sistem Riba diwujudkan dan dikuasai oleh sebahagian kecil masyarakat dunia (golongan elit dalam illuminati dan juga mason) - khususnya zionis. Mereka menggunakan riba ini untuk mengawal dan menguasai seluruh penduduk dunia melalui bebanan hutang (debs) dan faedah. Untuk mempertahankannya, berbagai dusta terpaksa dicipta. Keadaan zaman yang kacau bilau bakal tiba dan bergelumang dusta demi dusta berlapis-lapis.


LIBYAN DINAR


The dinar (Arabic: دينار‎) is the currency of Libya. Its ISO 4217 code is "LYD". The dinar is subdivided into 1000 dirham (درهم). It was introduced in 1971 and replaced the pound at par. It is issued by the Central Bank of Libya, which also supervises the banking system and regulates credit. In 1972, the Libyan Arab Foreign Bank was established to deal with overseas investment.
King of the East: bani JAWI yang hilang "misteri"