Pages

Thursday, February 28, 2013

Peluang suami isteri berusia ke Marikh




28 Februari 2013
Peluang suami isteri berusia ke Marikh
Jika misi ini berjaya dilancarkan, ia akan tiba di Marikh selepas 228 hari dan mengambil masa 273 hari untuk kembali ke bumi.
CAPE CANAVERAL - Sebuah yayasan bukan berasaskan keuntungan semalam mengumumkan rancangan untuk merekrut pasangan suami dan isteri berumur lingkungan 50-an bagi melaksanakan misi penjelajahan selama 501 hari ke planet Marikh.

Kos keseluruhan projek di bawah Yayasan Inspirasi Marikh berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion) itu akan dibiayai oleh penaja dan sumbangan persendirian.

Bagaimanapun, pengasas projek, jutawan Amerika Syarikat, Dennis Tito, 72, berkata, beliau akan membiayai kos untuk tempoh dua tahun pertama bagi memulakan sistem sokongan hidup dan teknologi lain.

"Peluang untuk menyertai misi itu adalah pada 5 Januari 2018 kerana ketika itu Marikh akan berada paling hampir dengan laluan orbitnya. Fenomena tersebut membolehkan kapsul menghampiri permukaan planet merah itu pada jarak 241 kilometer sebelum kembali ke bumi.

Tetapi, jika kita terlepas peluang tersebut, misi itu mungkin akan dilaksanakan pada 2031," jelasnya dipetik Reuters.

Pada 2001, Tito pernah menghabiskan kira-kira AS$20 juta (RM62 juta) untuk menjadi pelancong angkasa pertama di dunia yang mengadakan lawatan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan menaiki pesawat angkasa Rusia, Soyuz.

Wanita tertua di dunia




28 Februari 2013
Misao Okawa
Misao Okawa
MISAO Okawa, 114, diiktiraf Rekod Dunia Guinness sebagai wanita tertua di dunia dalam satu majlis khas di Osaka, semalam.
Menurut Institut Penyelidikan Gerontologi yang berfungsi mengesahkan maklumat mengenai umur untuk Guinness, Misao dilahirkan pada 5 Mac 1898 dan beliau bakal menyambut ulang tahun kelahirannya ke-115, minggu depan.

Pada masa ini, Jepun mempunyai lebih 51,000 penduduk berumur sekurang-kurangnya 100 tahun dan 87 peratus daripadanya ialah wanita.  - AP