Pages

Monday, March 24, 2014

Jamu selera celah kubur


Ia menyediakan pengalaman makan di tanah perkuburan apabila restoran itu dibina di atas tapak tanah perkuburan lama.
Bagaimanapun, pemilik restoran berkata, tempat itu baik untuk perniagaan.
Restoran New Lucky menampilkan konsep berbeza berbanding estoran lain dengan meletakkan meja makan di sekitar bekas tapak perkuburan Islam lama.
Pemiliknya, Krishan Kutti memutuskan untuk mengekalkan kubur itu bagi menjalankan perniagaannya.
Namun di sebalik ruang dalamannya yang “menyeramkan”, restoran itu menjadi tarikan ramai dan tempat yang popular untuk dikunjungi.
“Tanah perkuburan ini mendatangkan rezeki kepada saya.

Perniagaan meningkat dan berkembang kerananya dan memberikan pengunjung pengalaman yang unik.
“Kami mengekalkan keadaannya asal dan pelanggan nampaknya tidak kisah,” katanya.
Bagaimanapun, Krishan tidak pasti siapa pemilik sebenar tanah perkuburan itu.
Beberapa penduduk tempatan mendakwa ia menempatkan perkuburan pengikut ahli Sufi abad ke 16.
Terdapat 12 kubur di dalam restoran berkenaan dan ia di kelilingi pagar besi.
Setiap hari sebelum memulakan perniagaan, pekerja restoran menghabiskan masa membersihkan kubur itu dan menghiasnya dengan bunga segar.
“Kami mulakan perniagaan dengan memberi penghormatan kepada kubur berkenaan.
Foto

Foto


Kami membersihkannya menutupnya dengan kain dan menabur bunga ke atasnya.

Ia penting sebagai penghormatan kepada si mati,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23

Bayi kecil diselamatkan guna beg plastik sandwic


Bayi, Lucia Sansbury dilahirkan dengan berat sebanyak 453 gram sahaja dan doktor terpaksa menggunakan beg plastik bagi memastikan dia selamat. - AGENSI
LONDON 23 Mac - Seorang bayi pramatang berusia 27 minggu dan hanya seberat 453 gram, mampu terus hidup apabila doktor membalutnya menggunakan beg plastik sandwic yang diubah suai bagi mengekalkan kepanasan suhu badannya.
Laman web, Mail Online melaporkan, bayi tersebut, Lucia Sans­bury dilahirkan tiga bulan awal dari tarikh kelahirannya di Hospital Royal Cornwall di sini tahun lalu dan turut memerlukan rawatan kecemasan bagi mengubati usus serta matanya.
Ibunya, Emma Sansbury, 33, ber­kata, dia sememangnya tidak menjangka bayinya itu dilahirkan dalam keadaan fizikal yang sangat kecil.
“Kakitangan hospital membe­ritahu kami, keadaan fizikal Lucia adalah sebesar bayi berumur 22 minggu.
“Ketika dia dilahirkan menerusi pembedahan, mereka menjelaskan bayi ini hanya mempunyai 50 peratus peluang untuk hidup kerana saiznya itu, namun dia merupakan bayi yang kuat," katanya.
Menurut doktor, saiz Lucia amat kecil kerana plasenta ibunya tidak berfungsi dengan baik dan terpaksa dirawat di hospital selama enam bulan sebelum dibenarkan pulang.
Tambah Sansbury, dia dan suaminya mencuba proses persenyawaan tabung uji (IVF) sebanyak enam kali dalam masa tiga tahun sebelum berjaya mengandungkan anak istimewanya itu.
“Saya tidak mahu melalui pro­ses itu lagi, namun selepas melihat Lucia, kami sedar segala usaha kami berbaloi," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140324/lu_04/Bayi-kecil-diselamatkan-guna-beg-plastik-sandwic#ixzz2wpHrguUE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kisah seorang saksi tsunami


KENANGAN hari itu pada 26 Disember 2004 masih melekat di fikiran Lestari Agus biarpun sudah sedekad musibah tsunami berlaku.
Biarpun segalanya serba baru kelihatan di Banda Aceh tempat di mana musibah tsunami paling teruk melanda, namun ingatan Lestari tidak pernah terjejas walau seinci terhadap kejadian pahit itu.
Ketika sebilangan besar daripada kita sudah terlupa ujian besar Yang Maha Esa itu, namun Lestari seorang daripada ribuan saksi hidup musibah itu akan terus bercerita tanpa rasa jemu.
Masakan tidak, semuanya jelas terbayang di hadapan matanya bagaimana ombak tinggi secara tiba-tiba melanda bumi Aceh.
Sulit benar bagi Lestari untuk mengungkapkan dengan kata-kata bagaimana tergamamnya dia melihat masjid, kereta, rumah, binatang bahkan manusia sendiri terapung-apung di depan matanya.
Bahkan, kekesalan dan kesedihan yang sarat ditanggungnya sehingga kini ialah bagaimana gagalnya dia memujuk seorang nenek tua untuk sama-sama berpindah ke tempat yang lebih tinggi ketika melihat ombak besar sudah mendekati mereka.
"Saya beserta kakak dan abang ipar sudah puas memujuk nenek itu untuk naik ke tingkat atas bersama-sama kami untuk menyelematkan diri, tetapi dia enggan berbuat demikian.
"Akhirnya kami tiada pilihan kerana kalau terus memujuk nenek itu, mungkin saya serta kakak dan abang ipar juga sudah mati kerana dibawa oleh arus deras," kata Lestari membuka kisah sedih tragedi tsunami kepada penulis ketika ditemui di Aceh baru-baru ini.
Lestari kini berusia 27 tahun dan pada 26 Disember 2004 usianya hanyalah 17 tahun yang masih berada di pengajian sekolah menengah.
Katanya, ketika kejadian dia berada di Aceh untuk menghabiskan cuti hujung tahun bersama keluarga kakaknya sedangkan adik beradik yang lain serta orang tuanya berada di Medan.
"Tsunami berlaku selepas saya dan keluarga kakak selesai sarapan. Tiba-tiba ada jeritan yang kuat daripada jiran air laut sudah naik ke darat. Ada pula yang melaungkan ombak, ombak.
"Kami yang mendengarnya terkejut. Saya keluar dari rumah untuk melihat apa yang sedang berlaku. Tiba-tiba dalam sekelip mata saya nampak orang semakin ramai berlari untuk menyelamatkan diri. Abang ipar terus mengajak kakak, saya dan anak-anaknya ke tingkas atas untuk mencari tempat berlindung," kata Lestari menyambung cerita.
Dalam sekelip mata juga ombak besar dengan arus yang deras berada di depan mata Lestari dan ketika itu, gadis itu tiada pilihan selain daripada menyerahkan diri kepada Allah SWT.
Kata Lestari, yang terbayang di matanya pada ketika itu hanyalah kematian sahaja.
"Saya, kakak dan abang ipar serta anak-anak mereka saling memegang erat antara satu sama lain dan terus berzikir tanpa henti seolah-olah sudah dekat sangat dengan kematian," kata Lestari bercerita dalam nada sebak.
Air mata sudah lama bergenang namun Lestari masih bertahan ketika bercerita bagaimana tempoh empat jam berlindung di tingkat atas kediaman mereka itu merupakan masa yang paling lama dalam hidupnya.
Selepas benar-benar yakin ombak deras itu sudah berhenti, Lestari dan keluarganya mula memberanikan diri untuk melihat keadaan di luar.
"Masya-Allah hanya Tuhan sahaja yang tahu sedih dan tergamamnya kami melihat musibah berlaku di depan mata. Namun, pada masa sama saya bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada saya untuk bernafas. Pada masa itu juga saya terfikir apakah ini yang dinamakan sebagai kiamat," ujar lulusan Bahasa Inggeris dari sebuah universiti tempatan ini lagi.
Menyedari sudah lama berlindung di tingkat atas itu, Lestari dan keluarganya membuat keputusan untuk mencari lokasi baru yang lebih selamat.
Ujian<
Sebaik keluar dari situ, Lestari mendapat khabar yang meminta mereka ke Masjid Baiturrahman untuk mencari ruang baru bagi menyelamatkan diri.
Ketika dalam perjalanan dari rumah ke masjid itu, sekali lagi ujian bagi keluarga ini kerana bukan hanya terpaksa mengharung banjir yang sarat dengan kereta, serpihan rumah, bangkai binatang tetapi juga mayat yang bertali arus di depan mata.
Kata Lestari, bau persekitaran pada masa itu amatlah tidak menyenangkan dan mayat-mayat yang terapung di depan mata pula sudah bertukar warna gelap.
"Ketika itu juga kami sekeluarga berasa amat lapar yang tidak terhingga. Entah bagaimana tiba-tiba saya ternampak ada plastik berisi buah-buahan di depan mata.
"Saya mengambilnya dan kami sekeluarga menghabiskan buah itu. Tidak tahu milik siapa dan kami berserah pada Allah supaya menghalalkan tindakan itu kerana kami tiada pilihan lain untuk mengisi perut," kata Lestari mengimbas kenangan sepuluh tahun lalu.
Sebaik tiba di Masjid Baiturrahmah, Lestari sekeluarga melaksanakan sujud syukur sebagai tanda kegembiraan mereka kerana dapat menyelamatkan diri.
Di sana juga sudah terdapat ribuan mangsa tsunami seperti mereka yang menjadikan masjid itu untuk berlindung sebelum di bawa ke penempatan baru oleh pihak berkuasa dalam negara dan luar negara yang mula menghulurkan bantuan.
Hari ini, kalau anda mahu mengetahui kisah lebih lanjut daripada Lestari iaitu antara saksi hidup tsunami, anda boleh berkunjung ke Muzium Tsunami di Aceh.
Lestari memilih untuk bekerja di muzium itu sebagai pemandu pelancong dan dia merupakan orang yang paling layak untuk bercerita kepada pengunjung mengenai musibah tsunami yang sangat dekat dengan dirinya.
"Banyak hal yang membuka mata saya selepas terlibat dalam tsunami. Saya seperti mati hidup semula. Inilah kenangan yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila," lembut suara Lestari berkongsi emosinya.
Satu perkara lagi, janji Lestari, tragedi tsunami akan disimpan elok dalam kotak memorinya untuk dijadikan iktibar kepada generasi akan datang.
"Saya akan terus bercerita sampai bila-bila… ya sampai ke akhir hayat saya," katanya menutup perbualan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140323/lu_07/Kisah-seorang-saksi-tsunami#ixzz2wpHDu5bq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jurusolek lelaki jerat wanita obses pada kecantikan



NURLIZAWATI (kiri) dan Azura menunjukkan laporan polis yang dibuat ke atas suspek yang dikenali sebagai Eddy Almo di Bangi baru-baru ini.


BANGI – Lakonan seorang lelaki yang mendakwa dirinya jurusolek yang berpura-pura baik menjadi, apabila dia berjaya menjerat sekumpulan wanita yang obses menjaga kecantikan diri dengan tipu helahnya.
Tidak sukar untuk lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu bagi mencairkan hati mangsanya apabila dia hanya bermodalkan air liur dalam mempengaruhi mangsa memberinya sejumlah wang kepadanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0324&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2wp8KBF1b 
Hakcipta terpelihara 

Pameran lukisan 3D di Jerman



SEORANG kanak-kanak berdiri dekat lukisan anjing laut tiga dimensi di Istana Augustusburg di Augustusburg Jumaat lalu.


AUGUSTUSBURG, Jerman - Satu pameran lukisan tiga dimensi (3D) diadakan di Istana Augustusburg di sini yang bermula pada 22 Mac sehingga 22 Jun depan.
Lukisan-lukisan 3D itu dihasilkan oleh sekumpulan anggota artis Cina.
Para pengunjung digalakkan untuk membuat pelbagai gaya ketika gambar mereka dirakamkan bersama lukisan tersebut.
Mereka juga digalakkan untuk berkongsi gambar yang dirakamkan itu di laman sosial.
Sebanyak 23 lukisan 3D dipamerkan antaranya gambar seekor anjing laut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0324&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2wp85gacO 
Hakcipta terpelihara