Pages

Monday, April 23, 2012

Batang pokok betik berwajah manusia

Kosmo! Online - Negara:

'
MD. JUDYAR menunjukkan batang pokok betiknya yang berwajah manusia sedang marah di Pontian, Johor semalam.


PONTIAN - Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam di sini yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia.
Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.
Ladang tersebut menjadi lokasi persinggahan Sultan Ibrahim sempena program Dry Run Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 16 Mei depan.
Keunikan rupa batang betik itu disedari oleh salah seorang urus setia program tersebut yang enggan namanya didedahkan ketika mengunjungi ladang tersebut kelmarin.
"Saya terus memanggil rakan-rakan urus setia yang lain untuk sama-sama melihat rupa batang pokok betik yang pelik tetapi menarik ini," katanya kepada Kosmo! semalam.

Ketam berwarna ungu ditemui

Kosmo! Online - Dunia:


SALAH seekor daripada empat spesies baharu ketam yang berwarna ungu yang ditemui di Kepulauan Palawan, Filipina.


MANILA - Empat spesies baharu ketam yang berwarna ungu ditemui di kawasan terpencil di Kepulauan Palawan, Filipina, menurut kajian yang disiarkan dalam buletin The Raffles Bulletin of Zoology.
Ketam itu ditemui oleh satu pasukan yang diketuai oleh penyelidik Hendrik Freitag dari Muzium Zoologi Senckenberg, Jerman.
Menurut kajian yang disiarkan buletin itu, ketam tersebut bersembunyi dalam lubang tanah di tepi sungai.
Ia kerap dijumpai di bawah batu dan akar pokok.
Sekumpulan saintis mula melakukan penyelidikan tentang ketam di kawasan yang sama pada tahun 1980-an. - AFP

'Kereta kabel' di pantai Timang

Kosmo! Online - Dunia:



SISWANTO menyeberangi laut antara pantai Timang dan Pulau Panjang.


JAKARTA - Beberapa nelayan menggunakan 'kereta kabel' yang diperbuat daripada kayu untuk pergi ke Pulau Panjang di Yogyakarta.
Kereta kabel yang mempunyai bangku itu bergerak dari pantai Timang ke pulau itu sejauh 200 meter.
Ia turut dikenali sebagai kereta gantung dalam kalangan penduduk tempatan.
'Kereta kabel' itu bergerak dengan menggunakan beberapa tali yang diikat dari tiang di pantai tersebut ke tiang kayu di pulau berkenaan.
'Kereta kabel' itu digunakan oleh nelayan untuk pergi ke pulau tersebut untuk menangkap udang karang dan ikan. - Agensi

13 maut nahas bas dekat Shanghai

Kosmo! Online - Dunia:



BEBERAPA pekerja penyelamat memeriksa sebuah bas yang berlanggar dengan sebuah trak di Changsu semalam.


BEIJING - Sebuah trak dan bas berlanggar dekat Shanghai menyebabkan 13 orang terbunuh dan sejumlah lagi cedera di Changsu semalam.
Ramai yang mati itu merupakan pelancong yang dalam perjalanan ke bandar Changshou dari Shanghai.
Menurut agensi berita Xinhua, punca nahas masih disiasat.
Beberapa pegawai polis dan pentadbiran tempatan menyatakan mereka tidak mempunyai maklumat terperinci tetang nahas itu.
Akhbar The Shanghai Daily menyatakan punca nahas mungkin disebabkan tayar meletup.
Empat daripada 21 orang cedera parah.
Pemandu lori dan enam daripada 33 penumpang bas tersebut mati di tempat kejadian, lapor Xinhua.
Enam lagi mati semasa kerja-kerja menyelamat dilakukan.
Bas itu dilaporkan terbabas di tengah laluan menyebabkan ia bertembung dengan trak tersebut.
Trak tersebut datang dari arah yang bertentangan. - Agensi

Ramai golongan kaya Iran beli kereta mewah

Kosmo! Online - Dunia:


SEBUAH kereta Mercedes-Benz melalui sebatang jalan raya di Teheran semalam.



TEHERAN - Golongan kaya di Iran masih mampu membeli kereta mewah walaupun terdapat sekatan yang menjejaskan ekonomi negara ini.
Menurut beberapa laporan semalam, golongan kaya itu sanggup untuk membeli kereta mewah sehingga AS$360,000 (RM1.104 juta).
"Para pembeli membeli kereta-kereta itu yang pada kebiasaannya berharga dua hingga tiga kali lebih tinggi berbanding di negara asing," kata seorang jurujual di sini.
Sebuah akhbar yang memetik satu perangkaan rasmi kastam menyatakan, sebanyak 563 buah kereta Porsche pelbagai model telah dijual di Iran sehingga Mac 2012.
Sasaran Porsche adalah untuk menjual 800 kereta di negara ini.
Sebelum ini pasaran kereta mewah negara itu dikuasai BMW dan Mercedes-Benz.
Maserati yang merupakan pengeluar kereta mewah dan dimilik Fiat turut meminati pasaran di Iran.
Ia akan membuka bilik pamerannya dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Kereta Porsche dijual di negara ini pada harga antara AS$110,000 (RM337,369) hingga AS$360,000.
Buat masa ini, terdapat kira-kira 14 juta kenderaan di jalan-jalan raya di Iran lebih dua kali ganda daripada tahun 2005.
Iran mengalami pelbagai sekatan ekonomi oleh Barat ekoran ia melaksanakan program nuklear.
Negara-negara Barat bimbang negara ini akan mengeluarkan senjata nuklear.
Namun, Iran menegaskan bahawa ia menggunakan nuklear untuk tujuan keamanan dan bukan ketenteraan. - Agensi

Mayat rentung dalam van

myMetro | Mayat rentung dalam van:


HANGUS...van yang terbakar, malam tadi.
HANGUS...van yang terbakar, malam tadi.
SUNGAI BULOH: Mayat seorang individu yang tidak diketahui identiti ditemui rentung dalam sebuah van Nissan Vanette yang terbakar di Kilometer 454 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala utara berhampiran persimpangan Hospital Sungai Buloh, malam tadi.
Mayat terbabit yang masih tidak diketahui jantinanya ditemui dalam keadaan mengiring ke tempat duduk penumpang hadapan dan dipercayai gagal menyelamatkan diri selepas kenderaannya terbakar.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, bomba menerima maklumat berhubung kejadian itu oleh orang awam jam 8.20 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Buloh tiba di tempat kejadian pada jam 8.26 malam dan ketika itu api masih marak.

“Dengan kekuatan anggota seramai lima orang, mereka berjaya memadamkan kebakaran yang merebak dari bahagian hadapan hingga ke belakang van dalam tempoh 15 minit.

“Bagaimanapun, jantina dan identiti belum dapat dikenal pasti kerana mayat rentung sepenuhnya dan unit forensik menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran terbabit,” katanya kepada media pada sidang media selepas operasi memadamkan kebakaran tamat.
Mohamad Sani berkata, bomba dan polis menjalankan siasatan lanjut mengenai insiden terbabit dan hasil siasatan awal tiada bukti menunjukkan berlakunya pelanggaran hingga mengakibatkan kebakaran.

Sementara itu difahamkan, van terbabit dipercayai terbakar kira-kira 200 meter dari tempat kejadian disusuli letupan kecil sebelum mangsa bertindak memberhentikan kenderaannya di tepi jalan namun gagal menyelamatkan diri.
Orang awam yang menyaksikan kejadian itu segera menghubungi bomba memaklumkan kejadian terbabit.

Henti guna senjata berat: Annan

myMetro | Henti guna senjata berat: Annan: "GENEVA: Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kofi Annan, semalam meminta rejim Damsyik dan pemberontak menghentikan serta-merta keganasan dan penggunaan senjata berat.

“Saya menyeru semua pihak, sama ada kerajaan, pembangkang atau pihak lain, supaya meletakkan senjata dan bekerjasama dengan pemantau PBB untuk bersatu menghentikan keganasan dalam semua bentuk,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di Geneva.


Bekas Setiausaha Agung PBB itu berkata, kerajaan terutamanya, mesti berhenti menggunakan senjata berat dan melaksanakan janji mereka mengundurkan tentera kerajaan dari kawasan pusat populasi.

Damsyik juga mesti melaksanakan sepenuhnya komitmen ke atas pelan damai enam perkara dikemukakan sebelum ini.


Annan juga mengalu-alukan rancangan PBB menghantar 300 pemantau tanpa senjata bagi mengawasi pelaksanaan gencatan senjata di Syria. - AFP"

'via Blog this'

Mahkamah arah penduduk Yahudi kosongkan rumah di Hebron

myMetro | Mahkamah arah penduduk Yahudi kosongkan rumah di Hebron: "BAITULMAQDIS: Mahkamah mengarahkan sekumpulan penduduk Yahudi meninggalkan sebuah rumah di selatan Hebron selepas mendapati tuntutan pemilikan mereka palsu.

Menurut hakim, penghuni terbabit mesti mengosongkan kediaman berkenaan menjelang pertengahan bulan depan.


Namun, keputusan itu mencetuskan bantahan daripada komuniti penduduk haram Yahudi di kawasan berkenaan.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Daerah Baitulmaqdis minggu lalu, hakim Ram Winograd memutuskan hujah penduduk terbabit membeli hartanah di kawasan Tel Rumeida secara sah tidak boleh diterima. Mereka juga mengemukakan dokumen pemilikan palsu dan gagal menyediakan bukti pembelian sah.


Kata Winograd, defendan gagal mengemukakan “butiran minimum mengenai perjanjian berkenaan, termasuk harga dibayar, tarikh transaksi dan identiti pembeli sebenar.


“Tanggungjawab menyediakan bukti pembelian terletak pada defendan tetapi mereka gagal melakukannya,” katanya.

Justeru, kata Winograd, hartanah berkenaan kekal dimiliki plaintif - seorang warga Palestin. - AFP"

'via Blog this'

Teheran tiru dron AS

myMetro | Teheran tiru dron AS:


TEHERAN: Seorang komander tentera Iran semalam berkata, Republik Islam itu sedang membina pesawat tanpa juruterbang berdasarkan model keluaran Amerika Syarikat yang ditawan Disember tahun lalu.
Jeneral Amir Ali Hajizadeh juga mendedahkan “kod” yang berjaya diperoleh dari pesawat berkenaan.

“Saya memberikan anda empat kod supaya AS memahami sejauh mana kami berjaya menerobos rahsia pesawat itu,” katanya.
Menurut Ketua Bahagian Angkasa Pengawal Revolusi Iran itu, pada Oktober 2010 pesawat berkenaan dihantar ke California atas masalah teknikal dan dibaik pulih.

Selepas ujian penerbangan dilakukan, ia dibawa ke Kandahar, Afghanistan, pada November 2010 tetapi beberapa masalah teknikal masih berlaku.

“Pada Disember 2010, ia dihantar ke sebuah lapangan terbang berhampiran Los Angeles untuk memperbaiki peralatan dan pengesan serta ujian penerbangan.
“Pesawat itu kemudian dihantar semula ke Kandahar,” katanya.

Amir Ali bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut.
Katanya, pesawat itu kini menjadi harta negara dan maklumat mengenainya tidak boleh didedahkan.

Amir Ali juga berkata, Iran mula menghasilkan pesawat seumpama model RQ-170 milik AS itu.

“Kami menggunakan teknologi sama seperti pesawat pejuang dan pengebom AS,” katanya.

Pesawat RQ-170 Sentinel AS itu terhempas di Iran empat bulan lalu dan Teheran mempamerkannya kepada umum melalui televisyen.

Teheran mendakwa, satu daripada pasukan serangan sibernya berjaya menggodam kawalan pesawat itu dengan mengelirukan alat panduannya. - AFP

500,000 hartawan Britain mahu hijrah

myMetro | 500,000 hartawan Britain mahu hijrah:


LONDON: Lebih setengah juta hartawan Britain dijangka berpindah ke negara lain dalam tempoh dua tahun akan datang akibat masalah jalan raya dan kereta api, selain peningkatan kadar jenayah serta cukai.
Kaji selidik disiarkan semalam menunjukkan, kira-kira 19 peratus warga Britain yang memiliki simpanan dan pelaburan bernilai lebih �250,000 (RM1.2 juta) mempertimbangkan cadangan memulakan hidup baru di luar negara.

Kadar itu menunjukkan peningkatan berbanding 17 peratus enam bulan lalu, atau 14 peratus tahun lalu.
Angka itu menunjukkan, sekurang-kurangnya 500,000 penduduk Britain yang memiliki harta sebanyak itu mungkin meninggalkan negara berkenaan dalam dua tahun akan datang.

Pelaburan untuk meningkatkan infrastruktur seperti jalan, kereta api dan rangkaian komunikasi dilihat faktor penting untuk menjadikan Britain tempat menarik untuk didiami.

Kira-kira 61 peratus penduduk berharta Britain tertarik kepada pilihan itu.
Namun, mengatasi kerenah birokrasi untuk perniagaan, menurunkan cukai dan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam seperti kesihatan, pendidikan dan polis menjadi keutamaan warga Britain. Pengarah Lloyds TSB International Wealth, Nicholas Boys-Smith, berkata walaupun penghijrahan beramai-ramai mungkin tidak berlaku, keputusan kaji selidik itu jelas menunjukkan golongan minoriti yang melihat hidup di luar negara lebih baik kini meningkat. Aspek jenayah dan antisosial menjadi alasan paling utama mendorong warga Britain meninggalkan negara berkenaan apabila 56 peratus responden memberikan alasan itu. - TS

Anggota pemisah selatan Thai ditembak mati

myMetro | Anggota pemisah selatan Thai ditembak mati:


DUA polis memeriksa mayat anggota pemisah Thai yang ditembak mati di atas bumbung sebuah rumah di Narathiwat, semalam.
DUA polis memeriksa mayat anggota pemisah Thai yang ditembak mati di atas bumbung sebuah rumah di Narathiwat, semalam.
BANGKOK: Seorang anggota Runda Kumpulan Kecil (RKK), kumpulan pemisah di selatan Thai, terbunuh sementara seorang polis cedera dalam kejadian berbalas tembak di daerah Ruso, Narathiwat, awal semalam.
Militan yang terbunuh itu dikenal pasti sebagai Tuwaedunan Nima, anggota RKK yang mempunyai waran tangkap bertarikh 30 Jun 2009, atas tuduhan cuba membunuh, mengelak daripada ditangkap serta melanggar peraturan darurat.

Kejadian semalam berlaku kira-kira jam 5.30 pagi selepas Timbalan Ketua Polis Thai, Mejar Jeneral Suchart Thirasawat dan Timbalan Ketua Rejimen ke 46 Renjer, Lt Kolonel Thanit Saengchan, mengetuai operasi polis dan tentera untuk mengepung sebuah rumah di Tambon Ruso selepas menerima maklumat mengenai kehadiran Tuwaedunan.
Apabila diarah menyerah diri, suspek memanjat bumbung rumah berkenaan untuk bersembunyi dan melepaskan tembakan.

Dia turut melontar bom tangan menyebabkan seorang polis cedera sebelum polis menembaknya mati. - BT

Bola milik remaja Jepun dibawa tsunami ditemui di Alaska

Bola milik remaja Jepun dibawa tsunami ditemui di Alaska - Global - Sinar Harian:


Bola sepak milik seorang remaja Jepun yang ditemui di Middleton Island, Alaska. – Foto Ihsan Reuters
Misaki Murakami
TOKYO - Sebiji bola sepak dibawa tsunami, yang melanda Jepun Mac tahun lalu, sehingga ke perairan Alaska, akan dipulangkan kepada pemiliknya - seorang remaja berusia 16 tahun.
Nama remaja itu, Misaki Murakami terdapat pada bola tersebut, yang dihadiahkan kepadanya tujuh tahun lalu.
Kawasan timur Jepun dilanda malapetaka berganda - gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac.
Bola itu ditemui oleh David Baxter lebih setahun selepas tsunami di Middleton Island, Alaksa.
Pulau itu terletak kira-kira 112 kilometer dari tanah besar.
Murakami dipetik media Jepun berkata, dia gembira kerana memang bola itu adalah miliknya.
"Saya sangat gembira memandangkan saya tidak menemui apa-apa barang milik saya sehingga sekarang," katanya kepada stesen TBS semalam.
Murakami tinggal di bandar Rikuzen-takata, yang teruk dilansa tsunami.
Laporan BBC dan AP menyebut, pada hari kejadian, dia jatuh sakit dan hanya berada di rumah. Bagaimanapun dia berjaya melarikan diri ke kawasan tinggi apabila gemba bumi melanda, katanya dipetik Kyodo.
Rumahnya turut dilarikan arus tsunami.
Bola itu dihadiahkan oleh rakan sekelasnya pada 2005 apabila dia berpindah sekolah. Ia ditemui oleh warga Amerika Syarikat, David Baxter di kawasan pantai di  Middleton Island.
Menurut agensi NOAA, isteri Baxter, seorang rakyat Jepun, telah menterjemahkan tulisan pada bola itu termasuk nama sebuah sekolah dan mesej "semoga berjaya".
Katanya, "kemungkinan ini peluang pertama sejak tsunami Mac 2011, sisa yang dibawa dari Jepun telah dikenal pasti dan boleh dipulangkan kepada pemiliknya."
Pasangan itu dikatakan membuat perancangan untuk menyerahkan bola itu kepada Murakami. Mereka juga ada menemui bola tampar tetapi tidak dapat dikesan pemiliknya.
NOAA memantau sisa-sisa yang bergerak dari Jepun sejak tahun lalu.
Bot Ryou-Un Maru, dari pulau Hokkaido, Jepun, juga dibawa tsunami sehingga Alaska.

Pemakanan ketat jejas kesihatan anak

Berita Harian Online | Pemakanan ketat jejas kesihatan anak:
STOCKHOLM: Seorang penyelidik tempatan memberi amaran terhadap sikap ibu bapa yang bersikap terlalu keras ketika mengawal pemakanan anak mereka kerana ini boleh mengakibatkan mereka mengamalkan cara pemakanan tidak sihat. 

Pakar nutrisi Elisabeth Lind Melbye dari Universiti Stavanger di Sweden sebelum ini menjalankan kajian mengenai jenis pemakanan yang baik dan kurang baik yang perlu diajar oleh ibu bapa kepada anak mereka.
Kadar obesiti kanak-kanak di Amerika Syarikat dan Britain serta selatan Eropah hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding di utara Eropah.
Secara kasar, seorang bagi setiap lima kanak-kanak Norway mengalami terlebih berat atau obes. 

Kajian itu membabitkan 800 kanak-kanak Norway berusia 10 hingga 12 tahun serta ibu bapa mereka. 

Melbye mendapati perkara paling penting ibu bapa dapat lakukan untuk mempromosi pemakanan sihat ialah menyediakan makanan yang berkhasiat dan membenarkan anak mengambil apa yang mereka mahu. 

“Selain mendedahkan anak-anak kepada makanan sihat, mereka juga perlu mengambil bahagian dalam penyediaan dan merancang makanan. Biarkan mereka memotong sayuran dan membantu di dapur,” kata Melbye dalam satu kenyataan. 
“Kemudian bawalah mereka bersama anda ke kedai. Jika mereka cukup besar, anda boleh membincangkan pemakanan sihat bersama mereka dan menjelaskan mengapa ia bagus untuk tubuh badan.” 

“Jika ibu bapa amat tegas dan mengenakan sekatan mengenai diet, anak mereka mungkin teringin makanan tidak sihat dan kurang memilih makanan berkhasiat,” kata Melbye. – Agensi
'via Blog this'

Lelaki subur pupus 2062

Berita Harian Online | Lelaki subur pupus 2062:
Sperma mikroskopik berkurangan akibat obesiti, tekanan

MUMBAI: Dunia berdepan masalah ketiadaan lelaki subur dalam tempoh 50 tahun lagi berikutan bilangan sperma mikroskopik yang semakin berkurangan kerana peningkatan tahap tekanan, obesiti dan pencemaran udara.

Akhbar Times of India melaporkan, lebih membimbangkan apabila anggaran menunjukkan kekurangan itu mencecah 50 peratus sejak 50 tahun lalu.
Pegawai yang bertanggungjawab mengusahakan garis panduan India untuk membantu teknik reproduktif, Dr P M Bhargava, berkata aliran pengurangan sperma dikesan sejak pertengahan tahun 1990-an di Barat.
“Beberapa doktor di India percaya keadaan itu juga berlaku di negara ini. Kajian di Barat menunjukkan bilangan itu menurun dua peratus setiap tahun. 
“Pada kadar ini, tiada lagi lelaki subur antara 40 hingga 50 tahun lagi,” kata Bhargava yang dianggap antara saintis terkemuka India.

Beberapa tahun lalu, kajian di Scotland terhadap 7,500 lelaki yang mengunjungi Pusat Kesuburan Aberdeen antara 1989 hingga 2002 menunjukkan purata sperma berkurangan hampir 30 peratus. 

Kajian lain dari Copenhagen pula mendapati mendapati punca utama masalah itu ialah penyalahgunaan alkohol, merokok dan obesiti.
“Banyak bahan yang digunakan setiap hari seperti plastik atau botol susu membebaskan kimia yang sama dengan estrogen, hormon wanita,” kata Bhargava.
Kata saintis, pendedahan kepada kimia seperti hormon wanita boleh mengurangkan sperma pada lelaki. 

Penggunaan racun serangga seperti DDT dan dioksin juga antara punca masalah itu.

Namun, sebahagian saintis tidak bersetuju. Pakar kesuburan, Dr Aniruddha Malpani, berkata gangguan yang disebutkan cuma satu daripada teori tidak dibuktikan untuk menjelaskan mengenai pengurangan sperma.

“Ia teori paling terkenal tetapi belum terbukti lagi. Kadar ketidaksuburan ialah masalah lelaki dan wanita disebabkan mereka lewat berkahwin serta bertangguh untuk melahirkan anak,” katanya.

Seorang lagi pakar, Dr Anjali Malpani, memberikan statistik bagaimana sperma menurun sejak berdekad lalu.

“Ketika menubuhkan bank sperma pertama di Mumbai dua dekad lalu, kami mudah mendapat 40 hingga 60 juta sperma setiap satu mililiter,” katanya.

Namun pada akhir tahun 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyemak semula definisi bilangan sperma normal kepada 20 juta setiap mililiter. 

Jadi, bank sperma cuma menolak penderma yang bilangan sperma tidak sampai 15 juta setiap mililiter.

“Pada 1950-an, WHO sendiri mengikat bilangan normal pada 113 juta setiap mililiter,” katanya.

“Dua dekad lalu, apabila kami menubuhkan bank sperma pertama, kami ditanya bagaimana mahu menggunakan perkataan itu secara terbuka. 

“Sukar mendapatkan sumbangan kerana lelaki tidak mahu seseorang yang kelihatan seperti mereka berjalan-jalan di bandar 20 tahun akan datang,” kata Malpani. – Agensi
'via Blog this'

400 terbunuh dalam pergolakan di Sudan

Berita Harian Online | 400 terbunuh dalam pergolakan di Sudan: "KHARTOUM (Sudan): Beratus rakyat Sudan terbunuh dalam pertempuran selama beberapa hari dalam perebutan lombong minyak utama Sudan, Heglig, kata pegawai kanan tempatan hari ini.

Pegawai kanan Presiden Omar al-Bashir, Nafie Ali Nafie, berkata angka korban pertempuran di antara SPLA dan tentera upahan di Heglig mencecah sehingga 400.
Bagaimanapun, ia tidak mengatakan jumlah sebenar tentera Sudan yang terkorban dan pihak tentera juga melaporkan bahawa tiada sebarang maklumat mengenai angka korban di kedua-dua belah pihak. - AFP"

'via Blog this'

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Tanimbar, Indonesia

Berita Harian Online | Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Tanimbar, Indonesia: "KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di wilayah Kepulauan Tanimbar, Indonesia pada jam 11.37 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, gempa itu berpusat di 513 kilometer(km) tenggara Ambon, Indonesia dan 1,917km tenggara Semporna, Sabah.
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. - BERNAMA"

'via Blog this'

Kementerian Minyak Iran sasaran serangan siber

Berita Harian Online | Kementerian Minyak Iran sasaran serangan siber: "TEHRAN: Kementerian Minyak Iran dan agensinya menghadapi "serangan siber" dan pasukan pakar dibentuk bagi menanganinya, menurut media Iran hari ini.

Agensi berita Mehr melaporkan laman web kementerian itu serta Syarikat Minyal Kebangsan Iran (NIOC) menjadi sasaran.
Menurutnya, satu "jawatankuasa krisis siber" Iran ditubuhkan bagi menangani serangan itu.
Jurucakap kementerian, Alireza Nikzad, memberitahu agensi berita Fars bahawa serangan itu adalah "virus" yang "cuba memadamkan data di pelayan kementerian".

Agensi berita ISNA melaporkan virus itu adalah jenis “Viper” dan ia sudah memadam sebilangan data. - AFP"

'via Blog this'

Buruh kontrak dipenjara 12 tahun kerana sebabkan kematian remaja

Berita Harian Online | Buruh kontrak dipenjara 12 tahun kerana sebabkan kematian remaja:
KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap seorang buruh kontrak setelah mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang remaja lelaki, tahun lalu. 

Hakim Datuk Mariana Yahya, yang menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Mohd Zubaikhan Abdul Halim, 22, dari Kuantan, berkata hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 31 Mei 2011.
Mohd Zubaikhan mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian Zulkifli Ali, 16, pada pukul 1.30 pagi di Medan Pelancong Benteng, Jalan Besar Kuantan di sini pada 21 Mei tahun lalu.
Mengikut fakta kes, kejadian bermula apabila mangsa dan seorang rakan lelaki yang berada di lokasi kejadian untuk melihat orang ramai memancing ikan didatangi lima lelaki termasuk dua remaja bawah umur yang bertindak memukul mangsa. 

Rakan mangsa mendakwa tertuduh menghentak kepala mangsa ke pintu besi sebuah kedai makan sebelum tertuduh menyepak belakang badan dan kepala selepas mangsa jatuh ke lantai yang mengakibatluan mangsa tidak sedarkan diri. 

Selepas kumpulan itu beredar, rakan mangsa menghantar mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan di mana mangsa tidak sedarkan diri sejak kali pertama dimasukkan ke situ sehinggalah disahkan meninggal dunia pada 30 Mei 2011 jam 3.15 petang. 

Pemeriksaan pakar patologi mendapati terdapat kesan lebam di bahagian dalam kulit kepala dan kesan retakan di tiga lokasi bahagian tengkorak kepala serta kesan lebam pada paru-paru sebelah kanan mangsa. 
Ketika membacakan hukuman ke atas tertuduh, Mariana berkata tertuduh bernasib baik kerana tuduhan ke atasnya diringankan iaitu daripada membunuh orang kepada mematikan orang dengan salah, namun kesalahan membabitkan nyawa manusia adalah suatu yang serius. 

"Saya percaya sebagai manusia setiap perbuatan ada hadnya, nyawa manusia sangat bernilai dan kehilangan nyawa mangsa kepada ahli keluarganya tidak dapat diganti dengan apa-apa," katanya. 

Sementara itu, dua rakan tertuduh iaitu Mohd Salahudin Shamsul Aizam, 20, dan Mohd Masyadi Mohd Zainal, 21, yang dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan berkuat kuasa mulai tarikh tertuduh ditahan pada 31 Mei 2011 bagaimanapun dibebaskan mahkamah selepas mereka ditahan selama 10 bulan. 

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Zulkifli bersama Mohd Zubaikhan di lokasi dan masa yang sama. 

Dua lagi rakan mereka yang merupakan remaja lelaki yang kini berusia 17 dan 18 tahun dilepaskan dengan bon berkelakuan baik dengan cagaran RM1,000 selepas mengaku salah melakukan kesalahan sama seperti Mohd Salahudin dan Mohd Masyadi. 

Mariana turut memerintahkan ibu bapa atau penjaga kedua-dua remaja itu supaya membawa mereka melaporkan diri di Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan dengan tempat tinggal masing-masing setiap bulan selama setahun bermula bulan depan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad manakala peguam Bob Arumugam mewakili Mohd Salahudin, Mohd Masyadi dan remaja berusia 17 tahun, Arifin Che Ali mewakili Mohd Zubaikhan manakala seorang remaja berusia 1 tahun diwakili peguam Azizan Abdullah. - BERNAMA 
'via Blog this'

Tentera Amerika di Afghanistan terbabit dadah

Berita Harian Online | Tentera Amerika di Afghanistan terbabit dadah:
KABUL: Tentera Afghanistan yang dilatih oleh tentera Amerika Syarikat untuk mengambil alih misi menjelang tahun 2014 didakwa menjadi pengedar dadah kepada askar Amerika, lapor dokumen baru yang diperoleh Judicial Watch, sebuah yayasan mempromosikan ketelusan dalam kerajaan, secara rahsia. 

“Keadaan ini menyukarkan kerana tentera kita diletakkan dalam keadaan itu sedangkan mereka sudah pun berdepan pelbagai tekanan. Malangnya askar mereka yang juga sekutu kita menjadi pengedar dadah,” kata presiden Judicial Watch, Tom Fitton, kepada Fox News.
Fitton bersama penyiasat mendapati antara Januari 2010 dan Disember 2011, tentera Amerika menyiasat 56 askarnya di Afghanistan atas dakwaan memiliki, menggunakan atau mengedarkan candu. Heroin pula disebut sebanyak 26 kali.
Laporan Pemerintah Siasatan Jenayah Tentera pada Disember 2011, menunjukkan sebuah pangkalan operasi memiliki dadah yang dibeli daripada beberapa kakitangan Tentera Kebangsaan Afghanistan dan Polis Kebangsaan Afghanistan. 

Dalam satu kes, penterjemah Afghanistan menjual pelbagai jenis candu kepada askar. Laporan Jabatan Siasatan Jenayah bertarikh Ogos 2010 menyebut seorang askar mengaku membeli ubat penahan sakit ketika cuba membeli steroid. 

Dalam laporan berasingan daripada Februari 2011, seorang pakar membeli heroin dan xanax (ubat antikemurungan) daripada tahanan juvana di pelbagai lokasi di Kem Phoenix, Afghanistan. 

Fitton berkata, Judicial Watch memutuskan memfailkan permohonan mendapatkan dokumen itu 14 bulan lalu kerana usaha tentera mengatasi penggunaan dadah di Vietnam. Tidak jelas sama ada kes di Afghanistan adalah kejadian terpencil atau gejala masalah dadah yang lebih meluas. 
Laporan siasatan tentera menunjukkan sekurang-kurangnya lapan kematian akibat berlebihan dos membabitkan dadah oxycodone, heroin dan morfin. Satu kematian yang diumumkan, Judicial Watch mendapati Jabatan Pertahanan menyiarkan gambaran kematian itu sebagai tidak berkaitan dengan perang. – Agensi
'via Blog this'

Pertempuran baru di Bahrain

Berita Harian Online | Pertempuran baru di Bahrain:

PENUNJUK perasaan antikerajaan melarikan diri selepas membakar tayar di Manama, semalam. - Foto Reuters
PENUNJUK perasaan antikerajaan melarikan diri selepas membakar tayar di Manama, semalam. - Foto Reuters
Puak Syiah desak kerajaan bebas aktivis, pulau perlumbaan F1

MANAMA: Pertempuran baru tercetus di Bahrain semalam antara beratus-ratus penunjuk perasaan antikerajaan dan pihak polis, kata saksi hanya beberapa jam sebelum negara Teluk itu menganjurkan perlumbaan Formula One (F1). 

Polis melepaskan gas pemedih mata dan bom air ke arah penunjuk perasaan daripada puak Syiah yang membalas dengan balingan batu dan bom api sambil melaungkan “Jatuhlah Hamad”, merujuk kepada Raja Sunnah negara itu, kata saksi kepada AFP.
Penunjuk perasaan turut menggesa pembebasan aktivis Syiah terkenal, Abdulhadi al-Khawaja, yang mogok lapar sejak awal Februari lalu. Laporan menyatakan keadaan kesihatannya semakin merosot meningkatkan kebimbangan dia akan mati di penjara.
Dalam satu mesej dihantar di Twitter, kementerian dalam negeri Bahrain berkata semalam bahawa Khawaja berada dalam keadaan sihat dan akan bertemu duta Denmark hari ini.” Khawaja memiliki dua kerakyatan Bahrain dan Denmark. 

Kawalan keselamatan di sekitar perkampungan Syiah di sini diperketatkan kelmarin, sebagai langkah berjaga-jaga berikutan gesaan kumpulan yang menggelar diri mereka Pergerakan Belia 14 Februari, agar mengadakan tunjuk perasaan dan memulaukan perlumbaan sempena acara Grand Prix itu. 

Sementara itu, litar Sakhir, tempat perlumbaan diadakan ditutup sepenuhnya. Saksi berkata penunjuk perasaan hanya berupaya menyekat seketika beberapa jalan menuju ke trek, membakar tayar dan sampah sarap. 

Di ibu kota ini, polis menghalang bantahan dirancang di pasar utama, kata penduduk dan saksi. 
Pertempuran terbaru berlaku sehari selepas seorang penunjuk perasaan ditemui mati di perkampungan Syiah di Sakhura, ketika pergerakan pembangkang Al-Wefaq berkata pasukan keselamatan malam Jumaat lalu “menyerang penunjuk perasaan secara aman dan memukul sebilangan mereka dengan pelbagai alat dan senjata.” 

Kementerian dalam negeri berkata satu siasatan sedang dijalankan terhadap kematian Salah Abbas Habib, 36, yang dianggap sebagai pembunuhan. 

Penunjuk perasaan diketuai puak Syiah semakin hebat di Bahrain, tapak kebangkitan maut selama sebulan yang dihancurkan tahun lalu, namun pemerintah diraja berkeras supaya perlumbaan diteruskan mengikut jadual. – AFP
'via Blog this'